Followers

Tuesday 28 February 2017

30 Bilion Jauh Lebih Besar Dari 2.6 Bilion !!

MMI percaya untuk mengurus sebuah negara seperti Malaysia , kita memerlukan pasukan yang punya keupayaan mental dan fizikal yang kukuh.Mendepani cabaran global bukan hanya terletak kepada keupayaan berceramah di pentas politik semata-mata kerana ianya tidak akan membantu negara menjadi lebih baik.
Apa lagi yang mahu dimomokkan oleh kumpulan sebelah sana apabila satu persatu isu membabitkan dana yang selama ini menjadi bahan politik menyerang keperibadian Perdana Menteri dan kerajaan diperjelas ?

Malah dari pengamatan MMI sendiri , penjelasan itu bukan hanya berkisar kepada dana RM2.6 bilion tetapi sudah sampai ke tahap menolak sama sekali semua pertuduhan yang berlaku sebelum ini sebagai sampah politik.

Hari ini semua pihak sudah dapat mengenal pasti punca bau busuk yang diwar-warkan itu bukannya datang daripada kepimpinan YAB Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional tetapi dihasilkan oleh mereka yang mengaku sayang kepada rakyat.


Apa mungkin Tun Mahathir dan suku-sakatnya akan mempertikaikan pula keputusan serta kedudukan Raja Arab Saudi ? 

Atau sudah ada angan-angan untuk segera memanipulasi isu kononnya Raja Arab Saudi sudah awal-awal lagi bersetuju untuk mempertahankan Najib atas dakwaan atau apa yang disifatkan oleh Tun Mahathir sebagai pembohongan tentang sumber dana RM2.6 bilion ?

Agak-agak beb .. Siapa Malaysia kalau nak dibandingkan dengan Arab Saudi ?

Lihat dalam semua konteks , MMI yakin Arab Saudi jauh lebih hebat daripada Malaysia dan atas dasar itu apakah perlunya Arab Saudi melayan karenah Najib yang dituduh sebagai pembohong ?

Lebih menarik lagi , kehadiran Raja Arab Saudi ke Malaysia ini bukan sahaja membuka jalan dan mewujudkan peluang baru tetapi sudah pun memasuki pusingan melabur.

Pelaburan berjumlah AS$7 bilion menyamai RM30 bilion sudah pun dimeterai diantara kedua-dua belah pihak , jauh mengatasi nilai RM2.6 bilion itu sendiri.

Apakah Malaysia hari ini sudah tergadai kepada Arab Saudi ??????

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan syarikat minyak Saudi Aramco dan Petroleum Nasional Bhd (Petronas) akan memeterai perjanjian pelaburan bernilai AS$7 bilion (RM30 billion) pada Selasa.

Dalam masa yang sama Perdana Menteri turut membidas pihak-pihak yang menyifatkan pelaburan asing besar yang mengalir masuk ke negara ini sebagai ‘menjual kedaulatan Malaysia’.

“Ia bukan soal tentang kedaulatan, tetapi tentang pelaburan yang akan memberi manfaat bagi kita. Ia akan membawa masuk modal asing, mengukuhkan ringgit dalam jangka sederhana. Ia juga bermakna lebih banyak peluang pekerjaan dan keyakinan kukuh terhadap ekonomi kita,” katanya.

Sewaktu beliau berjaya menarik berbilion ringgit pelaburan China semasa lawatan ke negara itu baru-baru ini puak pembangkang dan sewaktu dengannya mendakwa kononnya kedaulatan negara akan terjual kepada China.Baca selanjutnya di SINI 

MMI percaya untuk mengurus sebuah negara seperti Malaysia , kita memerlukan pasukan yang punya keupayaan mental dan fizikal yang kukuh.Mendepani cabaran global bukan hanya terletak kepada keupayaan berceramah di pentas politik semata-mata kerana ianya tidak akan membantu negara menjadi lebih baik.

Merancang dan mencipta peluang adalah satu keperluan utama selain daripada elemen-elemen lain yang perlu digarapkan sesempurna mungkin agar rakyat dan negara mendapat manfaat daripadanya.

Mendepani cabaran ekonomi global contohnya Malaysia adalah sebahagian daripada negara-negara di dunia yang kini berada dalam balapan yang sama.Objektifnya selari tetapi pendekatan berbeza , soal siapa di depan dan siapa di belakang bukan carian kita tetapi Malaysia akan terus berlari dan kekal dalam balapan dengan segala kemampuan mengikut corak dan pendekatan kita sendiri.

Tahniah YAB Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional ....

MMI

Thursday 23 February 2017

Pembangkang & Korea Utara , Sama ? Pelik ???


Berita pembunuhan Kim Jong Nam abang sebapa kepada pemimpin Korea Utara itu telah menggemparkan negara baru-baru ini.Insiden ala-ala James Bond ini jika kita lihat dari sudut yang berbeza-beza ia sebenarnya memberikan kita isyarat betapa segala kemungkinan boleh berlaku terhadap negara yang kita cintai.

Bukan niat MMI nak bangkitkan rasa cemas atau tidak selesa dikalangan masyarakat tetapi setidak-tidaknya biarlah insiden ini menjadi pengajaran kepada semua pihak bahawa dalam keadaan kita berjaga-jaga sekalipun kejadian semacam ini tetap boleh berlaku.

Apa kesannya kepada negara apabila insiden ini berlaku ?

Ramai pihak terkejut itu pasti .. kemudian penyebaran rakaman cctv yang pada pandangan MMI terlalu pantas disebarkan oleh pihak-pihak tertentu sehinggakan penyebaran itu disifatkan sebagai mengganggu proses siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Itu paling asas ...

Yang paling penting adalah campur tangan negara luar terhadap polisi dan dasar kerajaan melalui agensi-agensinya telah berlaku !

Tekanan yang diberikan oleh Duta Korea Utara di Malaysia misalnya adalah jelas merupakan satu tindakan bersifat menolak selain tidak menghormati undang-undang Malaysia.

Membuat tuduhan melulu selain bersangka buruk kononnya siasatan tersebut didalangi oleh pihak yang berada di sebalik tabir dan penyiasatan yang dikendalikan bukan bertujuan untuk mengenal pasti punca kematian dan untuk mencari suspek, tetapi bermotifkan politik.

Apakah kesemua ini bakal mencetuskan sesuatu ?

YES ! Sememangnya ia telah mencetuskan sesuatu cumanya MMI pecahkan kepada 2 perkara.

1.KETEGANGAN hubungan diplomatik yang selama ini terbina diantara kedua-dua negara.

Apa jua bentuk hubungan yang berlaku , insiden pembunuhan ini jika tidak ditangani dengan baik boleh memberikan impak negatif namun warga Malaysia perlu yakin kerajaan Malaysia melalui Menteri Luar , Datuk Seri Anifah Aman sudah pun berada di barisan hadapan dalam mendepani isu berbangkit dengan TEGAS dan penuh berhemah.

Buktinya Menteri Luar dalam kenyataannya menyebut sebarang tohmahan Malaysia bersekongkol dengan mana-mana negara asing berhubung kes kematian Kim Jong Nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong Un, merupakan penghinaan yang amat besar terhadap Malaysia.

“Apabila Duta Besar Korea Utara dipanggil oleh Kementerian Luar, Timbalan Ketua Setiausaha bagi Hal Ehwal Dua Hala telah menekankan bahawa penyiasatan tersebut telah dijalankan tanpa memihak kepada sesiapa serta dijalankan mengikut undang-undang negara ini,” katanya.

Beliau berkata siasatan polis adalah berdasarkan kesemua petunjuk yang ada dan akan disiasat sepenuhnya.

Menurut Anifah, pihak kedutaan Korea Utara hendaklah memberi kerjasama penuh kepada kerajaan Malaysia bagi memastikan siasatan dijalankan dengan rapi dan bukan menimbulkan syak wasangka terhadap siasatan tersebut. FMT 

2.PERSAMAAN yang wujud antara Korea Utara dan pembangkang di Malaysia.

Semua telah sedia maklum bahawa DAP dan PKR telah pun mengambil ketetapan dengan menyokong usaha kerajaan Malaysia dalam mendepani insiden pembunuhan terbabit.Sokongan yang dibuat itu jelas apabila Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata, walaupun berdepan tekanan Korea Utara, Malaysia seharusnya diberikan ruang secukupnya untuk menjalankan siasatan.

“Sebagai negara yang mempunyai kedaulatan dan sistem undang-undang tersendiri, Malaysia wajar diberikan ruang menjalankan siasatan tanpa tekanan atau tunduk kepada mana-mana pihak.

“Saya yakin polis khususnya mempunyai kewibawaan dalam menjalankan siasatan dan seterusnya membantu pihak kerajaan menyelesaikan kemelut ini,” katanya kepada media.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, Malaysia tidak seharusnya mengalah sehingga mengetahui punca kematian Jong Nam.

Malah katanya, Malaysia sepatutnya menggunakan apa sahaja cara untuk mengenal pasti punca kematian Jong Nam, walaupun dikecam Pyongyang.

Hebat bukan ? Demi negara .....

MMI hargai sokongan yang diberikan oleh kedua-dua pihak terbabit namun apabila meneliti kronologi insiden dan membandingkan tindak-tanduk pembangkang di Malaysia selama ini , bolehlah MMI katakan bahawa kedua-duanya punya persamaan yang cukup ketara sekali selain berlakunya keadaan yang agak pelik.

MMI pecahkan kepada beberapa sudut ...

A.Sikap Korea Utara sendiri yang membuat tuduhan kononnya siasatan yang dilakukan oleh kerajan Malaysia itu adalah tidak telus selain bersekongkol dengan pihak yang mendalangi insiden tersebut.

-Ianya menyamai dengan sikap pembangkang di Malaysia yang saban waktu mempertikaikan semua usaha kerajaan khususnya dalam menangani isu-isu berbangkit sedangkan proses siasatan yang dibuat itu turut melibatkan pihak berkuasa dan juga wakil-wakil daripada pembangkang sendiri.

B.Korea Utara seharusnya memberikan segala bantuan dan sokongan kepada kerajaan Malaysia untuk menyelesaikan siasatan dengan seberapa segera yang boleh bukan dengan membuat tuduhan yang bukan-bukan 

-Begitu juga pembangkang di Malaysia , mereka lebih terarah kepada memanipulasi isu untuk kepentingan politik walaupun isu yang disebar dan diwar-warkan itu sudah dijawab dan diselesaikan melalui proses perundangan dengan melibatkan pihak-pihak yang berwajib.

C.Tindakan Korea Utara sendiri seolah-olah cuba menyembunyikan sesuatu ! Kenapa perlu tergesa-gesa dan khuatir sedang mereka tahu Malaysia punya rekod bersih dalam urusan melibatkan hubungan antara negara-negara di dunia ?

-Pembangkang juga begitu , dalam keadaan tertentu dan isu-isu melibatkan hubungan mereka dengan pihak luar seperti Sarawak Reports , George Soros , Agen-agen Yahudi seperti NEDS dan sebagainya , pembangkang lebih banyak membisu tanpa membuat sebarang komen walaupun ada pengakuan daripada wakil-wakil pembangkang sendiri bahawa mereka menerima dana daripada pihak asing semata-mata untuk menggerakkan demontrasi haram jalanan.

D.Secara logiknya , membuka kedutaan sesebuah negara di negara lain bolehlah kita anggap sebagai adanya kepercayaan dan usaha untuk mengeratkan hubungan sama ada dari segi politik , ekonomi , pendidikan dan apa jua yang boleh mendatangkan kebaikan kepada kedua-dua negara.

Jadi dalam isu Korea Utara ini , mereka seharusnya tidak perlu melatah memandangkan Malaysia sebelumnya menerima kehadiran duta mereka sebagai penyambung dan pengerat hubungan diplomatik khusus untuk kebaikan kedua-duanya.

-Begitu juga pembangkang , pemimpin pembangkang itu (Saifudin dianggap sebagai suara pembangkang) secara tidak langsung sebenarnya telah memperakui bahawa kerajaan Malaysia berdiri atas kapasiti negara berdaulat selain punya sistem undang-undang yang terbaik.

Tidak cukup dengan itu beliau juga memperakui bahawa pihak PDRM punya kewibawaan dalam menjalankan tugasan mereka.

Yang peliknya kenapa sebelum ini , orang yang sama dengan kumpulan yang sama adalah mereka-mereka yang mempertikaikan semua pihak diatas.Malahan dalam himpunan haram bershit misalnya anggota Polis dihina sebagai anjing kerajaan tanpa ada mana-mana pemimpin pembangkang yang bangkit dan menolak penghinaan tersebut.

Sebab itulah MMI lihat pembangkang dan Korea Utara punya persamaan , masing-masing pelik !

Dan orang yang paling lantang menolak apa yang MMI sebutkan disini pastilah Teresa Kok , sebab dia kata DAP tak sama dengan Korea Utara.

MMI tak nafi memang ada betulnya ...

Sejak tahun 1969, Korea Utara telah mempunyai 3 pemimpin tertinggi manakala DAP mempunyai seorang pemimpin yang sama.


Sama tak ? Pelikkan ? Haaa itulah pembangkang sebenarnya ... So hati-hati beb !

MMI

Friday 17 February 2017

Bila RBA GAGAL "DEFEND" DAP !!


Kalai kita amati tindak-tanduk DAP sejak diberi muka oleh sekumpulan orang Melayu yang bangkit kononnya bersolidariti terhadap isu dan pertuduhan membabitkan perlakuan dua alam bekas Timbalan Perdana Menteri , Anwar Ibrahim yang kini sedang meringkuk dalam penjara , DAP adalah antara parti yang paling bijak memanipulasi keadaan pada ketika itu.

Jika sebelumnya kumpulan yang sama menolak DAP dengan pelbagai alasan , kerana obses melampau atau terhutang budi akhirnya DAP diterima oleh kumpulan tersebut yang kemudiannya membentuk parti politik bernama PKR.

Tidak cukup dengan itu , PAS pun pada masa dan ketika itu turut sama tenggelam punca dan bertindak luar dari tabie dengan mencipta serta menghalalkan pelbagai cara termasuk menggunakan ayat-ayat Al-Quran semata-mata untuk meyakinkan orang ramai khususnya orang Melayu dan Islam betapa hubungan politik yang terbina itu adalah benar.

Ungkapan Tahaluf Siyasi digembar-gemburkan dengan secukup rasa supaya rakyat tidak melihat soal pendirian dan prinsip lagi tetapi dikesimpangkan supaya terarah kepada hubungan politik atas nama mirip Islamik walaupun hakikatnya hubungan itu jelas songsang.

Bertitik-tolak dari sinilah DAP mencipta peluang demi peluang untuk meraih sebanyak mungkin untung politiknya sehingga akhirnya Pulau Pinang , Perak , Selangor rebah dalam dakapan parti-parti pembangkang.

Ramai yang terkejut khususnya penggerak-penggerak UMNO dan Barisan Nasional seolah-olah Malaysia dilanda GARUDA !

Sebahagian lagi rakyat pula mengambil sikap untuk melihat perkembangan kerana perjudian yang didagangkan sebelum itu dibuat atas dasar mencuba bukan atas faktor keyakinan.

Kini setelah beberapa tahun ianya menjadi catatan sejarah buat Malaysia , seluruh warganya dapat melihat dengan jelas betapa hubungan yang disajikan sebelum itu hanyalah berasaskan kepada kemahuan dan nafsu untuk menjatuhkan BN semata-mata bukan hubungan untuk membina Malaysia yang lebih baik.

PAS kini tidak lagi bersama pakatan pembangkang walaupun DAP yang sebelum itu meludah PAS ke lantai cuba menjilat balik ludahan tersebut.

PKR dilihat lebih kepada menurut kata walaupun ada sikit-sikit bunyi yang hanya terhasil apabila ada inci-inci tertentu yang dianggap milik dan hak mereka disentuh.

Kewujudan PAN pula lebih mirip kepada sekumpulan keldai yang kini bertukar TUAN ! 

Keldai-keldai ini tidak lagi dimiliki oleh mereka-mereka yang sebelum itu berkopiah putih dan bertasbih dan hanya menjalankan kerja-kerja mengangkut barang dilereng-lereng bukit.Keldai-keldai ini sudah dimodenkan dan kesemua mereka kini dihimpunkan dalam kandang serba moden dengan Tuan yang baru ... Siapa ? Tak perlu MMI jelaskan ....

Kemunculan dan kehadiran PPBM pula bolehlah diibaratkan sebagai ANAI-ANAI !

Jika sebelum ini anai-anai ini melata diserata genap rumah-rumah UMNO kini kumpulan anai-anai ini berpindah ke rumah baru.Rumah agam yang dilihat mereka jauh lebih lazat dan punya zat-zat yang boleh dijadikan sebagai penambah tenaga untuk terus menggigit dan meneruskan hidup.

Sesuatu yang pasti MMI yakin bahawa perpindahan anai-anai ini adalah disebabkan oleh kayu-kayu yang terdapat dalam UMNO itu terpelihara dengan baik dan sentiasa dijaga oleh pemilik dan mereka-mereka yang berteduh didalamnya.

Dan sudah tentulah anai-anai ini akan menggigit rumah baru mereka cumanya gigitan anai-anai ini akan hanya dirasai setelah gigitan demi gigitan itu berjaya meruntuhkan alang-alang yang selama ini menjadi penahan kepada rumah baru tersebut.

Walaupun kehadiran anai-anai ini masih baru , pemilik rumah itu sebenarnya sudah pun terkesan ! Tinggalnya si pemilik masih mahu berdiam diri kerana jika hal ini terdedah maka terjejaslah reputasi rumah agam yang diwar-warkan kepada umum sebagai yang paling hebat itu !

Kini apa yang bakal berlaku ?

Si Pemilik dan pekerja-pekerjanya sudah mula menggila dan mereka semakin hari semakin runsing.

Kerana kerunsingan itulah akhirnya Kit Siang secara tiba-tiba membuat pengakuan bahawa bayang-bayang kuda tunggangan mereka bernama RBA itu sebenarnya WUJUD ! 

"Most ambitious “Black Ops” to destroy DAP in four decades, involving Ministers and the Prime Minister himself "

Baca artikel Kit Siang di SINI  

Amboiii kalau dekat orang sedap ja kata macam-macam , Kit Siang lupa agaknya sejak dan mungkin sebelum 2004 lagi DAP sudah pun mempunyai rangkaian dan pasukan siber RBA ini.

BUKTINYA .... Since 2004 DAP was doing this and it intensified in 2008. For ten years from 2004 to 2014 DAP has been monopolising the air waves. Then, in February 2015, Prime Minister Najib Tun Razak’s Boffin Boys decided that enough is enough and they started to hit back. That was exactly two years ago. And in two years Najib’s Boffin Boys demolished what took DAP ten years to develop.

And that is what really upset Kit Siang .. ikuti ulasan daripada Raja Petra Kamarudin seterusnya di SINI 

Guan Eng pula berdepan dengan pelbagai skandal yang secara jelas terhala ke arahnya sehinggakan Setiausaha Agung DAP ini bakal dibicarakan di mahkamah dalam tempoh terdekat.Pelbagai kepincangan pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang sudah terdedah dan ianya semakin menyesakkan ahli-ahli DAP sendiri sampaikan sudah ada yang bertindak keluar parti ! Rujuk SINI 

So apa lagi yang bakal berlaku ?

PRU14 adalah penentu seterusnya ! 

DAP tahu bahawa mereka perlu lakukan sesuatu kerana Pakatan Haprak tidak sekukuh salakannya !

DAP tahu bahawa kehadiran PPBM telah memberikan impak negatif terhadap aura pimpinan dalam Dinasti Lim sehingga parti itu terjejas !

DAP tahu PKR dan PAN adalah parti yang lebih kepada memenuhi nafsu serakah mereka dan mereka tidak punya upaya seperti mana yang dimiliki oleh DAP !

Dan kerana itulah DAP perlu bertindak licik , mungkin membuat sedikit pengakuan kononnya mereka lemah disini dan gagal disana adalah strategi biasa untuk mengumpan dan mengalih isu kerana Kit Siang tahu apa yang menimpa Guan Eng bukanlah perkara biasa.

Terlalu banyak "DAMAGE" yang telah dilakukan oleh Guan Eng sehingga memerikan kesan kepada parti cauvinis DAP itu sendiri.

Untuk "survive" pada PRU14 , DAP perlu teruskan penguasaannya dalam Pakatan Haprak ! Jika itu gagal dibuat DAP , Pakatan Haprak akan sekali lagi menerima nasib yang sama seperti mana melingkupnya Pakatan Rakyat.

Hakikatnya Kit Siang sudah pun mengaku bahawa semua OPERASI HITAM DAP kini GAGAL menjadi benteng mempertahankan parti dan pimpinan parti cauvinis sendiri.

KEGAGALAN yang sudah sampai ke peringkat menjejaskan reputasi pentadbiran kerajaan negeri di bawah teraju DAP sendiri.

Dan kerana itulah Kit Siang sedang terkial-kial untuk menutup bau yang cukup busuk itu daripada tersebar ke seluruh negara walaupun beliau perlu mendedahkan kewujudan Red Bean Army yang sebelum ini dinafikannya.

MMI

Tuesday 14 February 2017

Formula Kit Siang Bakal Ubah DAP Menjadi .....


Sebagai manusia ada masanya kita sihat dan ada masanya kita jatuh sakit ! Itu lumrah dalam kehidupan dan begitu juga MMI , dalam persekitaran yang panas ini demam dan batuk menyebabkan beberapa perkara tertangguh.

Walau bagaimanapun kita punya pilihan untuk merubah keadaan itu dan semuanya terletak pada diri kita sendiri.Begitu juga halnya dengan perkembangan politik semasa , walau kurang sihat tidaklah bererti MMI tidak mengikuti perkembangan dan sesuatu yang menarik telah berlaku dalam tempoh beberapa waktu ini.

Sama ada ianya adalah keputusan bersama atau keputusan individu tertentu MMI tak pasti , cumanya kehadiran Zaid Ibrahim menyertai parti DAP sudah cukup untuk menceritakan apa yang sebenarnya sedang berlaku dalam DAP dan Pakatan Haprak.

Pada pandangan MMI , ini adalah formula Kit Siang yang sedang terkial-kial menyatukan parti-parti dalam kem pembangkang yang kini dilihat sedang berdepan dengan krisis identiti.Kemasukan PPBM sebagai rakan sekutu sebelum ini walaupun secara tersuratnya dilihat memberikan kelebihan buat Pakatan Haprak , realitinya ia mengundang rasa tidak senang sebahagian besar daripada ahli DAP sendiri.

Bermula di Pulau Pinang lagi , kita sudah melihat bagaimana wakil-wakil DAP dalam DUN sudah memperlihatkan rasa kurang senang mereka dengan agenda kerajaan negeri yang lebih terarah kepada kepentingan peribadi serta kepartian sedang usaha dan agenda melibatkan rakyat jauh tersasar.

Selepas itu lontaran suara ahli akar umbi DAP yang secara total menolak hubungan DAP dengan Tun Mahathir yang dilihat mereka sebagai songsang dan tidak selari dengan dasar parti DAP itu sendiri.

Kemudiannya keputusan 4 orang pemimpin DAP Melaka bertindak keluar parti !


Mereka keluar parti kerana mereka telah hilang kepercayaan terhadap parti dan kecewa dengan barisan kepimpinan. Parti DAP juga telah menyimpang dari matlamat dan objektif parti, alasan-alasan yang kita semua sudah sedia maklum kecuali mereka yang masih terbuai dalam lakonan puak DAP. baca seterusnya di blog Dr MiM

MMI melihat suasana dan keadaan ini bakal mempengaruhi keputusan para ahli DAP selepas ini memandangkan tindak-tanduk pemimpin tertinggi DAP pada hari ini dilihat lebih terarah kepada mengejar kedudukan untuk menguasai Putrajaya.

Desas-desus dan pendedahan yang dibuat oleh Tunku Aziz berkaitan perjanjian sesama DAP dan PPBM untuk meletakkan nama-nama pemimpin dikedudukan nombor satu dan dua nampaknya semakin diperlihatkan melalui usaha yang dilakukan.

Isunya apakah ini yang dimahukan oleh ahli-ahli DAP ?

Menguasai Putrajaya mungkin menjadi sebahagian daripada matlamat mereka tetapi bersama dan bekerjasama dengan PPBM serta Zaid Ibrahim sebagai orang baru dalam DAP ?

MMI tak nampak gandingan ini bakal menghadirkan sesuatu yang baik khususnya kepada penyokong-penyokong DAP sebaliknya apa yang bakal berlaku sekiranya Pakatan Haprak berjaya menguasai Putrajaya adalah ; 

Perebutan untuk menguasai kedudukan hiraki tertinggi sesama parti melibatkan DAP , PPBM , PAN , PKR akan berlaku !

Ahli-ahli dan penyokong DAP di akar umbi akan sekali lagi dipergunakan untuk kepentingan politik mereka-mereka yang menguasai Dinasti Lim seperti mana yang kini sedang berlaku di Pulau Pinang !

Banyak agenda DAP tidak boleh dilaksanakan atau ditentang oleh parti-parti dari Pakatan Haprak sendiri khususnya melibatkan dasar kesamarataan memandangkan kehadiran PPBM bersama Tun Mahathir bukanlah atas asas tersebut.

So untuk apa Kit Siang , Guan Eng dan konco-konco Dinasti Lim bermati-matian mempertahankan hubungan tersebut ?

Penyokong DAP harus sedar apa yang sedang berlaku dan sedang diusahakan itu bukanlah untuk kamu ! Sebaliknya ia dibuat atas dasar untuk menguasai kedudukan tertinggi dan memenuhi agenda peribadi mereka-mereka yang bersekongkol dalam Dinasti Lim !

Dan kehadiran Zaid Ibrahim sebagai ahli keluarga DAP yang baru sebenarnya bukan atas dasar keyakinan terhadap parti itu tetapi dengan agenda untuk meminimakan penguasaan Dinasti Lim supaya PPBM dan Tun Mahathir lebih berperanan dalam menentukan hala tuju Pakatan Haprak !

Sebagai ahli DAP yang baru Zaid sudah pun memperlihatkan kecenderungannya terhadap Tun Mahathir apabila menyatakan dengan jelas sokongannya terhadap Tun Mahathir.
KUALA LUMPUR, Feb 10 ― Datuk Zaid Ibrahim believes Tun Dr Mahathir Mohamad is currently the de facto Opposition Leader despite repeated denials by Pakatan Harapan.
Zaid, in an interview with Malay Mail Online, said the former prime minister is currently the only leader with the calibre to unite and lead the Opposition in the absence of Datuk Seri Anwar Ibrahim who is in prison.
“I think he is the de facto leader now,” Zaid, a former party colleague of Dr Mahathir, told Malay Mail Online.
“He is the only leader with an opinion, strong, who has the experience,” he added.continue 
Dan melihat keyakinan Zaid sebagai ahli DAP terhadap Tun Mahathir , Apakah ini juga petanda bahawa pendedahan Tunku Aziz itu benar ?

Sebab itulah MMI kata formula Kit Siang ini bakal merubah DAP menjadi parti bertaraf Pak Angguk dan tidak lagi mampu mengawal serta menguasai Pakatan Haprak seperti mana yang telah mereka lakukan sebelum ini.

Akhir sekali MMI tertanya-tanya  , Apakah DAP sebelum ini percaya dan menerima Tun Mahathir ?

Semua game bro !

MMI

Sunday 12 February 2017

Misi Kemanusiaan FFFM ,Baca & Fahamkan Sebelum Sokong Sebaran FITNAH ! @azeezputera


Kecoh di media sosial mengatakan misi kemanusiaan ke Myanmar bagi membantu mangsa Rohingya tidak dilakukan dengan niat yang ikhlas sebaliknya dibuat secara membabi buta dan pihak terlibat hanya mahu mendapatkan kredit politik semata-mata.

Habis segala pihak yang terlibat daripada pak menteri hinggalah para ustaz yang terlibat dicop sebagai lebih jahat daripada YAHUDI ! 

Punya terok puak-puak celaka kaki fitnah ni , MMI pun sampai geleng kepala punya teruk !

Isunya puak-puak kaki fitnah ni tak jejak kaki pun di bumi Myanmar tu apatah lagi membantu , tapi meroyan macam dah sampai ke bulan !

So MMI terpanggil untuk kongsikan apakah situasi dan keadaan yang sebenarnya berlaku dan semua yang tercatat dibawah ni datangnya daripada mereka yang berada dalam misi kemanusian FFFM.

Jom baca ....

Adakah bantuan akan sampai melalui pembunuh Rohingya?

USTAZ HAKIM MOHD NOR-11 Februari 2017

PETANG 10 Februari 2017, hari kelapan misi ini, tepat jam 4.46 pagi waktu Malaysia ataupun jam 3.16 pagi waktu tempatan, kapal Nautical Aliya berlepas meninggalkan port Yangoon.

Di sebalik kegembiraan kami akan bertemu dengan hampir 100,000 orang pelarian Rohingya di sempadan Bangladesh - Myanmar lagi tiga hari, ada sesuatu yang memerlukan perhatian kami.

Kecoh di media sosial mempertikaikan misi FFFM ini apabila dilihat memberikan bantuan ini melalui kerajaan Myanmar. Ramai berkata, mana mungkin bantuan akan sampai apabila melalui si pembunuh Myanmar?

Namun, itu apa yang orang lihat dan tahu melalui media sosial semata mata. Tetapi apa yang ramai tidak tahu ialah, kita sudah terima surat jaminan daripada kerajaan Myanmar boleh ada wakil Malaysia sekurang kurangnya tiga orang yang akan ikut trak bantuan dari Port Yangoon ke Sittwee, Rakhine (Arakan), tempat konflik berlaku. Ini penting untuk kami saksikan sendiri bantuan itu sampai dan tiada ketirisan berlaku.

Dari awal lagi, komiti FFFM isytihar kita akan pastikan sendiri semua bantuan sampai. Soal mereka patuh kepada janji atau tidak adalah di luar dari kemampuan kita semua. Pelbagai pelan sandaran kami lakukan untuk pastikan bahawa benar-benar bantuan ini sampai ke tangan Rohingya.

Menjawab persoalan bahawa Flotilla ini mempunyai misi politik dan pelbagai misi sampingan, kalau boleh ingin saya kongsikan sejarah awal bagaimana Flotilla ini terbentuk . Saya sendiri ada di dalam mesyuarat pertama saat idea FFFM ini timbul.

Waktu itu, Mapim panggil banyak NGO bermesyuarat di Selangor. Saya, Nazri dan Abu hadir wakili Serantau Muslim.

Dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ustaz Tirmizi, Naib Presiden Mapim itu, Serantau Muslim cadangkan untuk diwujudkan Flotilla ini seumpama Woman Boat To Gaza. Hujah kami, bila Flotilla ini tidak dibenarkan masuk atau ada halangan, maka misi akan berjaya kerana seluruh dunia akan fokuskan pandangan kepada Rohingya.

Hujah kami diterima. Serantau Muslim kemudiannya mencadangkan nama Food Flotilla For Rohingya kerana mahu tarik simpati dan perhatian orang ramai dengan elemen makanan di hadapan nama misi ini.

Namun setelah dibahaskan panjang, semua yang hadir sepakat pilih nama Food Flotilla For Myanmar kerana tidak mahu misi terganggu dari awal dan tidak dapat akses ke Sittwe hanya kerana ada nama Rohingya di nama misi.

Waktu itu kami berhujah walaupun tulis Myanmar, tapi memang niatnya adalah untuk Rohingya. Sebab itu masa mula mula ada tertulis nama kecil, Rakhine State dalam logo FFFM. Rakhine State adalah nama lain bagi Arakan, negeri asal Rohingya.

Namun bila tiba saat perlaksanaan, ia tidak semudah yang disangka. Proses mencari kapal yang sesuai cukup sukar. Ke Thailand, Indonesia, Bangladesh dan seluruh Malaysia kita mencari kapal yang sesuai. Memang tiada. Ramai tak setuju beri kebenaran guna kapal mereka kerana misi ini dianggap misi yang berbahaya. Insurans tak melindungi, kata mereka.

Kalau ada pun kapal yang sesuai. Harganya sangat mahal dan kami para NGO Islam ini tidak mampu untuk menanggung kosnya. Pada waktu itu, datang tawaran dari KP1M yang ada wakil dalam kerajaan Malaysia untuk bekerjasama.

Terlalu panjang perbahasan sama ada mahu kerjasama dengan pihak kerajaan atau tidak untuk dicoretkan di sini. Cukuplah saya ringkaskan bahawa misi ini hampir terbatal sekiranya tidak mendapat sokongan daripada pihak kerajaan. Dan niat kita ikhlas, Rohingya mesti dibela segera! Sehari misi ini tertangguh, semakin banyak Rohingya yang mati kebuluran.

Apabila pihak kerajaan mula terlibat dalam misi sebesar dan sepenting ini, terdapat banyak perkara melibatkan G2G (Goverment To Government) yang perlu diperhalusi.

Ia tidak semudah melaungkan slogan "Jom putuskan hubungan dengan Myanmar". Ada perkara jangka panjang yang melibatkan kepentingan keselamatan, perdagangan, pendidikan, perundangan dan banyak lagi.

Jadinya, misi ini bukan lagi satu misi yang boleh 'hit and run'. Ada cadangan kata ,"Langgar aje berlabuh di Sittwee, Rakhine, Myanmar. Apa nak jadi pun jadilah. Kalau kena tembak boleh syahid." Sahabat, ia bukan semudah perkiraan itu.

Kita tidak mahu dengan tindakan singkat kita ini menyebabkan kesan buruk yang berpanjangan. Kita tidak mahu masuk ke zaman perang. Ia tidak berbaloi.

Kalau peserta kapal ini mati ditembak oleh tentera Myanmar, tidakkah nanti ia akan mencetuskan peperangan yang tidak disangka sangka antara dua buah negara. Ia mungkin akan merebak lebih besar kerana di atas kapal ini ada 13 warganegara. Hanya kerana tindakan singkat kerana terbawa bawa dengan emosi kita, ia membawa kesan buruk yang berpanjangan.

Sebab itu, kita masih percaya kepada jalan diplomasi. Ironinya, kita mahu khabarkan kepada dunia, Myanmar telah checkmate! Saat mereka terima bantuan, saat itu mereka telah isytihar bahawa betul ada Rohingya yang perlukan bantuan. Mengapa Rohingya perlukan bantuan? Kerana kamu Myanmar, telah berlaku zalim kepada mereka!

Ramai yang berbahas dari sudut , habislah semua bantuan kena "sebat" oleh rejim Myanmar.

Namun, tidak nampak kalian dari sudut bahawa Myanmar terpaksa tunduk rebah mengaku mereka berlaku zalim.

Hinggakan yang terima barang bantuan itu adalah "pak menteri" yang pegang portfolio kebajikan cepat-cepat balik tanpa tunggu majlis tamat kerana tahu sebenarnya dia malu untuk terima bantuan itu.

Sahabat, jalan juang kita panjang. Kita tahu Rohingya telah tertindas sejak sekian lama. Namun janganlah kecam usaha kecil kami ini semata mata ada perbezaan pandangan. Boleh jadi semasa kami membuat keputusan , itulah keputusan yang terbaik untuk semua..

Justeru, mohon doakan kami. Mohon dengan sangat. Harapan dan doa kalian lah yang menjadi obor semangat kami membelah lautan yang serba seribu kemungkinan ini. Berjauhan dengan keluarga hampir 20 hari.

Kos kewangan yang ditanggung sendiri. Dan pelbagai lagi pengorbanan kecil kami ini hanya dapat kami harungi dengan doa dan harapan dari anda semua. Tolonglah kami dengan doa kalian.

USTAZ HAKIM MOHD NOR,

Setiausaha Serantau Muslim, Peserta Food Flotilla For Myanmar (FFFM).

MMI kata Alhamdulillah dan sama-sama kita berdoa agar misi ini dapat disempurnakan,Amin.

Thursday 9 February 2017

Orang Kata Kalau Bab Menipu Puak2 Ni Nombor Satu ??


Gambar atas tu MMI jumpa dalam carian di "google image" dan ianya berkaitan dengan aksi pijak memijak gambar muka 3 Adun Perak yang menolak DAP serta sekutunya dan memberikan sokongan kepada BN sehingga tumbangnya kerajaan campuran pembangkang di Perak satu ketika dulu.

Melihat kepada aksi sedemikian , dapatlah MMI simpulkan setakat inilah sahaja upaya dan kredibiliti yang dimiliki oleh pemimpin-pemimpin DAP apabila berdepan dengan satu-satu perkara.

Otak letak lutut sebaliknya sanggup tampil ala-ala penari ago-go kononnya nak sampaikan hasrat betapa bencinya mereka terhadap individu tertentu sedangkan mereka yang mengaku sebagai pemimpin politik itu boleh bertindak dengan lebih rasional dan jauh lebih profesional dari itu.

Terimalah keadaan seadanya sebab yang menolak DAP dan pembangkang pada ketika itu bukan wakil-wakil daripada BN (dah tolak masa PRU) tetapi wakil-wakil DAP dan pembangkang sendiri.

Duduk dan bincanglah dengan saki baki yang ada di mana silapnya ! Bukan menari ago-go beb ....

Hari ini tampil sekali lagi dari puak yang sama , tapi bukan menari ago-go lagi dah ! Kali ni siap dengan segala macam cerita nak bagi sedap orang dengar sedang hakikatnya DUSTA !


Apabila Exco Perumahan Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan mengatakan antara 2008 dan 2016, sejumlah 20,887 unit rumah mampu milik jenis A (kos rendah) dan B (kos rendah-sederhana) dibina di Pulau Pinang oleh kerajaan DAP , MMI mula membuat carian sebab nak "confirm"kan sejauh mana benarnya kenyataan tersebut.

Apakah benar ada rumah-rumah mampu milik seperti yang disebut oleh Jagdeep tu ?

Jika benar di mana ?????

Jagdeep, yang memegang portfolio perumahan, berkata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor perlu mengesahkan fakta sebelum membuat tuduhan.

Antara 2008 dan 2016, sejumlah 20,887 unit rumah mampu milik jenis A (kos rendah) dan B (kos rendah-sederhana) dibina di Pulau Pinang.

“Bandingkan jumlah itu dengan 5,124 unit jenis serupaya yang dibina dalam tempoh tahun sama, iaitu dari 2000 hingga 2007,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjawab hasrat Tengku Adnan menjadikan Pulau Pinang sebahagian Wilayah Persekutuan agar lebih banyak rumah mampu milik dibina untuk rakyat negeri itu.seterusnya 

Fuh dasyat , 20,887 DAP berbanding dengan 5124 BN ?

Sejauh mana kebenaran tuduhan tanpa lokasi Jagdeep tu ?

Menurut sumber, sejak tahun 2011 hingga 2015 kerajaan negeri sebaliknya telah meluluskan pembinaan sebanyak 7934 unit rumah ‘mampu tengok’ pelbagai jenis dari teres setingkat, teres 3 tingkat dan kondominium dengan harga bermula dari RM280,000 hingga RM3.5juta.

Jelasnya, bagi tempoh sehingga 2014 hanya 165 unit rumah kos rendah dengan harga RM42,000 dibina (tahun 2011) dan 5 unit (tahun 2014) berharga RM65,000 di Pulau Pinang, yang mana dibina oleh sebuah agensi kerajaan Persekutuan, Perda.

Tambah sumber, dakwaan Jagdeep bahawa kerajaan negeri itu telah membina 20,887 unit rumah mampu milik (2008-2016) adalah mustahil untuk dihadam ekoran dari 12 projek yang diusahakan itu hanya dua sahaja yang dimulakan termasuk projek Chelliah Park City, jumlah unit 2093 dengan pecahan 770 unit kos rendah RM72,500, 883 unit RM200,000 dan 440 unit dengan harga RM400,00 dan bakal siap pada tahun 2018.

Manakala satu lagi projek yang dimaksudkan adalah projek di Bandar Cassia Batu Kawan yang merangkumi 520 unit pada harga dari RM72,500 hingga RM300,000 dan bakal siap setahun lewat dari projek pertama, iaitu tahun 2019.

“Ini bermakna kerajaan negeri baru membina 2613 rumah untuk rakyat dengan hanya 25 peratus adalah pada harga RM72,500 bukannya 20,887 unit seperti mana yang dicanang serata dunia oleh pemimpin DAP lebih-lebih lagi dari mulut busuk (Ketua Menteri) Lim Guan Eng.

“Untuk tempoh 2000-2013, JKP Sdn Bhd (agensi kerajaan Persekutuan) telah membina 4341 rumah kepada rakyat dengan 60 peratus adalah rumah kos rendah dan sederhana rendah pada harga RM42,000 sehingga RM120,000.

“Selebihnya adalah rumah kos tinggi dengan harga sehingga RM350,000. Itu tidak termasuk rumah yang dibina oleh pihak Perda,” katanya.

Justeru, menurut sumber, kerajaan negeri Pulau Pinang harus bercakap benar dan tidak sengaja mereka-reka cerita kononnya rumah-rumah tersebut sedang dalam pembinaan.

Selain itu,kerajaan negeri turut ditegur dengan tuduhan kononnya kerajaan pusat tidak memperuntukkan Perumahaan Penjawat Awam 1 Malaysia (PR1MA) di negeri berkenaan, walhal permohonan kerajaan Persekutuan itu ditolak, kononnya tidak memenuhi dasar kerajaan negeri.

“Ia termasuklah permohonan JKP dan Perda yang mahu membina rumah murah juga hampir 3,4 tahun permohonan itu diperam dan tidak diberi sebarang jawapan.

“Kalau ikhlas nak bantu rakyat seperti mana yang keluar dari mulut busuk LGE dan DAP, benarkanlah agensi kerajaan Persekutuan bina rumah dan beri kelonggaran syarat yang baru dibuat semasa pemerintahan DAP di Penang,” ujarnya.

Tudia .. Menipu lagi bro ...

Betullah orang kata kalau bab menipu puak-puak ni nombor satu !!!!

MMI

Saturday 4 February 2017

1MDB Dalam Kerangka Yang Lain !


1MDB Dalam Kerangka Yang Lain ! Sengaja MMI letakkan tajuk sebegitu sebab artikel yang MMI nak kongsikan ini bukan dari sudut pembangkang dan ianya lebih banyak mendedahkan hubung kait pihak-pihak tertentu dalam apa yang disebut sebagai sabotaj terhadap 1MDB.

Banyak pihak sebenarnya dah keluarkan pelbagai artikel dalam pelbagai sudut pandangan , pemahaman , tuduhan , fitnah dan rasanya tidak salah MMI turut sama kongsikan artikel ini memandangkan kita perlu meluaskan pemahaman kita terhadap bukan sahaja perkara-perkara melibatkan pengurusan syarikat tetapi juga hal-hal politik yang ada diantaranya jauh lebih dasyat daripada apa yang kita bayangkan.

Siapa jua yang membaca artikel ini , MMI rasa adalah wajar kita membaca sehingga ke akhir supaya apa jua respon sekalipun setidak-tidaknya apa yang mahu dilontarkan dapat kita faham supaya penilaian kemudiannya lebih kepada kebenaran bukan tuduhan.

Mereka Sudah Tahu Sejak 2013 1MDB Di Sabotaj !

Sejak dua bulan setengah yang lalu, Malaysia Today telah menampilkan siri artikel (pautan yang disediakan di bawah) dapat disimpulkan bahawa golongan elit global telah lama memanipulasi ekonomi Asia Tenggara. Siri tersebut dimulakan dengan memperkenalkan George Soros sebagai orang yang merancangkan Krisis Kewangan Asia 1997 di samping meneruskan regim ‘agenda perubahan’ di Malaysia dan Indonesia.

Apabila siri ini berkembang, ia menjadi jelas bahawa Soros juga orang yang mencetuskan krisis kewangan dunia 2007, walaupun samada ianya perancangan Soros atau bukan dari rakan kongsinya. Tetap, kita berbicara tentang dua bencana kewangan hanya dalam satu dekad, setiap daripadanya mencetuskan penurunan nilai mata wang utama dan menggoncangkan pasaran saham di seluruh dunia. 

Tetapi itu bukanlah satu kejutan yang besar. 

Kejutan terbesar datang dengan pendedahan misteri yang Tony Blair bersubahat dengan Soros dari hari dia mengambil alih tanggungjawab ‘Number 10 Downing Street’, ibu pejabat kerajaan United Kingdom (UK). Turut mengejutkan adalah pendedahan bahawa bekas Perdana Menteri adalah perancang di belakang pelbagai konspirasi untuk mensabotaj 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dana khazanah negara Malaysia.



Pada masa ini, dalam siri kesebelas, dalam siri ini telah menimbulkan keraguan daripada sesetengah pihak yang menegaskan bahawa Perdana Menteri Malaysia, Dato ‘Seri Najib Tun Razak, telah menyalahgunakan dana bernilai berbilion-bilion dolar yang dimiliki oleh rakyat Malaysia. Pihak ini sedang ditanam dengan idea bahawa saya seorang ‘penipu’ yang diupah oleh Perdana Menteri untuk memastikan dia berkuasa. 

Tetapi hakikat sebenarnya bahawa keraguan ini umpama mereka mendapat dadah daripada pembangkang adalah satu ironi. Jumaat lalu, pasukan saya mengesahkan- tanpa sebarang keraguan – Tony Pua telah dijanjikan USD10-15 juta oleh sekumpulan warga asing yang berkait dengan Soros dan Blair dengan meletakkan kesalahan kepada Najib untuk ‘merompak kekayaan rakyat Malaysia’. Kumpulan itu meletakkan Pua dalam cengkaman mereka semata-mata kerana ahli parlimen pembangkang telah mula mempunyai hubungan yang rapat dengan beberapa kumpulan perbankan di Singapura. 

Sekarang, ini adalah Pua yang sama yang baru-baru ini memfailkan tuntutan 110-halaman di mahkamah Kuala Lumpur dengan mendakwa bahawa Najib telah menggunakan 1MDB sebagai ‘kenderaan’ untuk mengaut berbilion wang ke poketnya. Supaya ianya kelihatan seperti Pua sedang berusaha keras untuk menempatkan diri bersama dengan kumpulan tersebut. Ini mungkin boleh menjelaskan mengapa Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu tidak gembira apabila saya dedahkan hubungannya dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia. 

Anda lihat, misi Pua adalah untuk mengalihkan pengundi melawan Najib dengan menampakkan kepada mereka bahawa Perdana Menteri telah mengheret 1MDB ke ambang kejatuhan. Saya, di sisi lain, mendedahkan kewujudan penglibatan antara Pua dan Muhyiddin sejak Julai 2013 untuk mencetuskan ‘keruntuhan’ dana. Jadi bagaimana pengundi boleh mempercayai Pua lagi? Dan jika mereka tidak percaya beliau, bagaimana dia boleh mendapat USD10-15 juta yang dijanjikan oleh sekumpulan warga asing kepadanya?


Ya, rakyat Malaysia yang banyak jahil. Mereka percaya setiap maklumat yang Pua dan ‘tuannya’ memberitahu mereka. Malah Lim Kit Siang mengetahui pada Julai 2013 tentang rancangan oleh sekumpulan warga asing untuk mensabotaj 1MDB. Beliau dan Pua sangat yakin bahawa perancangan tersebut disimpan dengan selamat. Sekarang bahawa rahsia tersebut terbongkar, Kit Siang mempunyai satu lagi sebab untuk telan pil pahit ke dalam mulutnya setiap malam sebelum dia masuk tidur. 


Itulah yang menjelaskan rahsia mengapa Kit Siang menyimpan dendam terhadap saya. Tetapi dia tidak bersendirian. Ramai orang yang hebat bakal kerugian apabila saya berterusan dengan pendedahan ini, dianggarkan kesannya hingga ke ’20-25 bahagian’. Saya tidak pasti saya akan kembali dengan selamat dengan merancang perjalanan katakan ke California atau New York. Saya diberitahu, ada orang-orang di Amerika Syarikat dan mungkin juga di Abu Dhabi yang sebenarnya mungkin mahukan saya mati. 

Tetapi ia tidak seperti yang saya jangkakan apa-apa yang berbeza. Risiko yang datang bersama-sama dengan kerja ini adalah amat nyata, sementara bahaya sentiasa dianggap berlaku. Namun, selagi ada nafas dalam diri saya, saya akan kekal The Third Force dan akan memastikan bahawa kebenaran tidak akan dikaburi oleh propaganda media atau persepsi jahat yang besar melemahkan pemikiran rakyat Malaysia. Dan artikel ini berkenaan dengan berjuang melawan persepsi tersebut. 

Hari ini, saya akan cuba untuk menyelesaikan beberapa soalan yang dibangkitkan oleh mereka yang ragu, bermula dengan salah satu yang telah menjadi sumber yang menimbulkan kemarahan kepada Raja Petra Kamarudin (RPK), pengasas Malaysia Today. 

Adakah Raja Petra Kamarudin (RPK) pengarang siri ini? 

Walaupun telah berkali-kali menjelaskan kepada rakyat Malaysia bahawa Raja Petra meletakkan tanda nama beliau pada setiap artikel dengan namanya, sekumpulan Pakatuns pembangkang sengaja mengupah pasukan siber untuk menulis komen mendakwa RPK pengarang siri ini. Sumber mendedahkan bahawa pasukan siber yang dipimpin oleh Kit Siang dan dengan misi untuk menjatuhkan RPK atas setiap apa yang saya katakan. 

Nah, mari saya jelaskan sekarang – artikel ini ditulis oleh saya, Raggie Jessy, kolumnis tetamu dengan Malaysia Today. Semua yang saya lakukan, saya melakukannya tanpa prejudis dan kepentingan yang lebih besar demi keselamatan negara. Saya bukan blogger yang dibayar dan tidak melibatkan diri dalam rekayasa cerita, seperti yang didakwa oleh pasukan siber Kit Siang.


Pada bila-bila masa saya diarahkan untuk menulis artikel-artikel atau apa-apa yang Malaysia Today telah paparkan setakat ini. Dan juga tidak saya mengharapkan Malaysia Today, atau, dalam hal ini, Outlook Malaysia, memikul beban saya melalui penulisan saya samada yang betul atau kesalahan saya, sama ada berupa pendapat, artikel analisis atau ‘breaking story’. 

Saya melakukan apa yang saya patut lakukan kerana saya percaya pada apa yang saya lakukan. Dan Malaysia Today telah bermurah hati untuk menawarkan saya ruang untuk berbuat demikian.

2. Daripada mana saya dapatkan maklumat? 

Terus terang, ada sesuatu yang saya tidak bebas untuk mendedahkan walaupun pihak berkuasa akan memaksa saya untuk berbuat demikian dengan menggunakan undang-undang Malaysia yang ketat. Saya bersedia mati demi menjaga kerahsiaan ini. Jika itu harga yang saya perlu bayar untuk mendapatkan kebenaran serta mendedahkannya, maka saya rela. 

Hakikatnya, dengan cara yang mana saya dapatkan kebenaran ada kalanya melampaui batas undang-undang. Jika saya menawarkan diri maka itu bermakna saya mungkin dapat diistilahkan sebagai ‘pembuat undang-undang sendiri’, seseorang yang bukan anggota penguatkuasaan undang-undang tetapi yang mengejar orang yang disyaki melanggar undang-undang dan menghukum mereka. 

Saya katakan ianya ‘menghukum’, kerana saya fikir artikel saya sedang menghukum kepada mereka yang saya dakwa salah laku. Sebagai contoh, apabila saya mendedahkan bahawa Tony Pua adalah jenayah, anda boleh yakin bahawa ia sangat memberi kesan kepadanya. 

BETULKAH? TONY PUA ADALAH PENJENAYAH? 

Ya, dia seorang penjenayah. 

Pua gagal memaklumkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) apa yang dia sudah tahu pada Julai 2013. Dia tahu bahawa Menteri Kewangan kedua , Dato ‘Seri Ahmad Husni bin Mohd Hanadzlah, bersubahat dengan sekumpulan warga asing untuk menjadikan 1MDB muflis. Pua juga tahu bahawa Ketua Pegawai kemudian Eksekutif (CEO) 1MDB, Dato ‘Shahrol Azral Ibrahim Halmi, mengadakan persepakatan dengan Emiratis memerah dana Malaysia untuk mendapatkan wang tunai menurut Malaysia Today.


Tidak terlintaskah kepada Pua bahawa campur tangan oleh pihak berkuasa itu boleh menganggu kes yang sedang dibicarakan dalam sebuah mahkamah di London? Bukankah apa yang dia lakukan sama seperti bersubahat dengan jenayah di mana wang daripada 1MDB telah dicuri? Tidakkah ini menjadikan Pua penjenayah? 

Satu-satunya cara dia boleh membersihkan namanya dengan mencetuskan tindakan perundangan terhadap saya kerana membuat dakwaan tidak masuk akal. 

MAKA HUSNI DAN SHAHROL JUGA PENJENAYAH? 

Satu pertaruhan. 

Kedua-duanya menyalah guna kedudukan masing-masing di pejabat masing-masing apabila mereka membenarkan pembayaran kepada syarikat yang berdaftar di Kepulauan British Virgin (BVI), Aabar Investments PJS Limited (Aabar-BVI). Mereka melakukan ini walaupun mengetahui bahawa pengasas syarikat itu, Kahdem al-Qubaisi, tidak mempunyai niat meremit pembayaran kepada penerima yang dimaksudkan, International Petroleum Syarikat Pelaburan Abu Dhabi (IPIC). 

Sumber mendedahkan bahawa kedua-duanya telah dijanjikan sejumlah ‘ganjaran’ suapan bernilai USD10-15 juta setiap satu hanya untuk menutup mulut mereka. Menurut pengetahuan saya, ia adalah satu kesalahan bagi mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan / beliau atau kedudukan untuk suapan melalui tindakan / beliau atau keputusan, menurut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 .


Sumber juga mendedahkan bahawa Shahrol telah tahu sejak Disember 2012 berkenaan rancangan Qubaisi, kemudian Pengarah Urusan IPIC, untuk mendapat faedah dengan menggunakan dana dana daripada 1MDB. Bukan sahaja Shahrol tutup mulut, dia membawa dana untuk mempercayai bahawa Aabar-BVI adalah anak syarikat IPIC menurut Malaysia Today lagi. 


Sekarang, adakah ia menjadikan Shahrol seorang penjenayah? 

ADAKAH MAKLUMAT DALAM ARTIKEL SAYA TEPAT? 

Anda perlu bertanya soalan yang sama kepada Mahathir – adakah dakwaan yang beliau buat dalam blog beliau tepat? 

Menurut orang tua itu, Najib melesapkan dana bernilai RM42 bilion. Beliau sepatutnya memberikan rakyat Malaysia bukti tepat bagaimana Najib menghilangkan dana tersebut? Jika tidak, mengapa anda perlu percaya kepadanya dan bukan saya? Adakah hanya kerana dia adalah bekas Perdana Menteri?


Rakyat Malaysia juga harus minta Clare Rewcastle Brown menyenaraikan nama pegawai-pegawai 1MDB yang berpakat untuk mengambil kekayaan daripada dana dan melampirkan bukti kukuh untuk mengesahkan tuntutan beliau. Kita perlu tahu siapa orang-orang ini dan bagaimana mereka melakukan jenayah tersebut. Tiada cerita ditokok tambah cuma bukti mereka yang melakukan apa, bila dan di mana. 

Dan bagaimana. 

Cik Rewcastle juga perlu menjelaskan jika dia telah dijanjikan jutaan ringgit oleh orang yang mempunyai kaitan dengan Blair atau Emiratis untuk melancarkan kempen media terhadap 1MDB. Sementara itu, dia juga perlu mendedahkan jika Husni turut bersubahat dengan beliau menentang Najib atau ‘dibayar’ oleh orang yang dikaitkan dengan Qubaisi untuk menutup mulutnya. Saya, ingin tahu jika Husni pada ketika ini pemilik benefisial unit hartanah di Amerika Syarikat bernilai kira-kira USD5 juta. 

Rakyat Malaysia juga ingin tahu kaitan Pua dengan Cik Rewcastle. Ahli parlimen pembangkang itu, telah beberapa kali bersekutu dengan Ketua Editor Sarawak Report untuk merancang serangan ke atas Najib dan 1MDB. Pua dikatakan telah berjumpa sekejap dengan Cik Rewcastle setahun selepas dia dilantik sebagai panel Ahli Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC). 

Jika Mahathir dan Cik Rewcastle boleh menghasilkan jawapan untuk soalan di atas saya secara terbuka mengumumkan bahawa Cik Rewcastle sebenarnya penjelmaan semula Mother Teressa dan Mahathir adalah Gandhi Malaysia. Tetapi itu tidak akan berlaku. Satu-satunya perkara yang mereka tahu lakukan adalah dusta, dusta dan bohong.


Dan tidak – Saya tidak pernah berbohong. 

ADAKAH PUTERA MAHKOTA ABU DHABI AKAN MENGAKUI KEBENARANNYA? 

Saya tidak pasti. Anda perlu bertanya soalan tersebut pada orang-orang beliau. 

Beberapa pihak percaya bahawa Sheikh Mohammed bin Zayed al-Nahyan terlalu sayangkan abangnya, Sheikh Mansour bin Zayed al-Nahyan, bahawa dia tidak mungkin mengakui beliau pernah bersekongkol dengan Qubaisi “merompak” 1MDB. Tetapi yakinlah, Putera Mahkota berazam untuk menyelesaikan kekecohan yang mengelilingi dana Malaysia begitu juga dengan kerajaan Malaysia. Saya diberitahu, dia merancang untuk mendapatkan kompromi yang adil, dan, pada pandangan beliau, perkara yang mulia. 

Mohammed juga mengambil langkah-langkah untuk memastikan bahawa kerajaan Abu Dhabi dapat melaksanakannya bersama-sama. Perkara ini menjelaskan mengapa beliau merancang untuk bergabung Mubadala Development Company dengan IPIC. Putera Mahkota mahu Mansour di bawah radar beliau pada setiap masa dan tidak mempercayai saudaranya untuk membawa satu lagi syarikat milik secara bersendirian. 

Bersambung… Baca pautan seterusnya di Malaysia Today 

MMI kata jika sebahagian daripada artikel ini dianggap sebagai PERSEPSI maka segala macam tuduhan terhadap 1MDB sebelum ini juga boleh dikira pakai sebagai sebahagian daripada permainan PERSEPSI dengan niat tertentu.

Pada ketika 1MDB sudah pun disahkan sebagai bebas daripada pertuduhan sebelumnya dan tidak kehilangan wang miliknya melainkan menanggung hutang yang kini sedang diselesaikan melalui pelan rasionalisasi di bawah seliaan Arul Kanda tanpa menyentuh mana-mana dana melibatkan agensi-agensi kerajaan , semua pihak sewajarnya harus fokus kepada mencari dalang atau pihak yang menjadi penyebab kepada berlakunya apa yang disebut sebagai masalah.

Reset minda dan berusaha untuk memahami situasi khususnya perkara-perkara melibatkan perjalanan syarikat , pelaburan , kedudukan ekonomi dan risiko perniagaan selain daripada isu politik yang bercambur baur.

MMI yakin kita mencari keadilan bukan mencari mangsa untuk sekadar memenuhi emosi politik yang berlandaskan kepada ideologi semata-mata.

MMI

Thursday 2 February 2017

Kerjasama PAS & PPBM , Khayalan Yang Cuba Di Realitikan


Melihat kepada senario politik membabitkan parti-parti pembangkang di Malaysia pada hari ini , dapatlah MMI simpulkan sebagai kecelaruan antara realiti dan fantasi.Agak pelik sekali tingkah laku parti-parti pembangkang ini memandangkan perbezaan yang mereka sendiri wujudkan itu kini cuba disamakan dengan kaedah-kaedah ganjil.

Entah ramuan apa yang mereka sedang gunakan kerana kenyataan-kenyataan tegas sudah pun dikeluarkan oleh pimpinan parti masing-masing.

PAS misalnya sudah pun menyatakan dengan jelas bahawa parti itu tidak akan sesekali bekerjasama dengan DAP setelah apa yang mereka lalui bersama atas nama Tahaluf Siyasi sebelum ini.Kegagalan Tahaluf Siyasi PAS bersama DAP bukan sahaja mengajar parti itu untuk berhati-hati dengan parti cauvinis tersebut tetapi sudah pun menyedarkan pimpinan tertingginya betapa DAP tidak pernah menganggap hubungan sebelum ini sebagai medan untuk DAP menerima dan memahami kehendak PAS.

DAP sehingga ke saat ini hanya mengaku menghormati Islam berlandaskan Perlembagaan Persekutuan secara luaran sahaja malah gagal dan langsung tidak menunjukkan tanda-tanda mereka menerima dan memahami Islam serta pengisiannya.

Kesannya banyak perkara yang dilakukan DAP selama ini bercanggah dengan nilai perlembagaan itu sendiri.Ringkasnya DAP tidak pernah menerima Islam sebagai agama yang paling tinggi dalam hiraki perlembagaan negara sebaliknya cuba memanipulasi keadaan itu untuk kepentingan parti dan agenda mereka.

UMNO konsisten dalam pendirian mereka menolak politik DAP kerana prinsip parti itu jelas menolak bukan sahaja perkara yang termaktub dalam perlembagaan tetapi dasar yang dilakukan DAP di Pulau Pinang sendiri telah mengesahkan parti itu hanya mempergunakan orang Melayu dan Islam untuk kepentingan politik semata-mata.

Hari ini setelah Presiden PAS memutuskan semua kerjasama dengan DAP serta menolak pelawaan DAP untuk PAS kembali bersama dalam Pakatan Harapan , timbul pula isu kerjasama songsang yang cuba dihalalkan oleh segelintir pemimpin PAS dengan PPBM.

Tindakan Timbalan Presiden PAS , Tuan Ibrahim Tuan Man yang secara tersiratnya telah bersetuju dengan usaha untuk bekerjasama dengan PPBM nyata menimbulkan banyak persoalan !
KENYATAAN JAWATANKUASA INDUK BERSAMA PAS-PPBM
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Bersama antara Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah berlangsung hari ini di Kuala Lumpur dan berjaya menghasilkan persefahaman antara kedua-dua pihak. Delegasi PAS diketuai oleh YBhg Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS dan PPBM diketuai oleh YB Dato’ Seri Mukhriz Mahathir, Timbalan Presiden PPBM.
Mesyuarat hari ini telah memperhalusi deraf rangka kerjasama persefahaman politik PAS-PPBM dalam menghadapi PRU 14 dan beberapa ketetapan positif telah diambil dalam usaha untuk memeterai kerjasama antara kedua-dua parti.
Rangka kerjasama antara PAS dan PPBM akan diperhalusi oleh pimpinan tertinggi kedua-dua parti untuk ditandatangani oleh Presiden kedua-dua parti pada satu tarikh terdekat.
Sehubungan itu, mesyuarat hari ini juga telah bersetuju untuk membentuk sebuah Jawatankuasa Teknikal Bersama PAS-PPBM untuk mengambil tindakan susulan atas keputusan-keputusan yang dipersetujui oleh kedua-dua parti.
DATO’ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
YB DATO’ SERI MUKHRIZ MAHATHIR
Timbalan Presiden PPBM
1 Februari 2017
Anehnya bagaimana hubungan ini cuba dibina sedangkan PPBM kini adalah sahabat DAP ?

Apakah PAS akan tampil dengan perjanjian aneh untuk bekerjasama dengan PPBM walaupun parti itu punya kaitan secara langsung dengan DAP ?

Menurut sumber PAS tidak punya masalah untuk bekerjasama dengan PPBM asalkan parti itu tidak bersama dengan DAP dan PAS juga menolak sebarang bentuk kerjasama dengan PAN parti serpihan PAS.

Isunya apakah PPBM akan meninggalkan kedua-dua parti DAP & PAN ?

Apa yang MMI sedang perhatikan adalah tindak tanduk PAS selepas ini kerana parti yang sering mengaku sebagai pejuang Islam ini pernah menempatkan nama mereka setanding dengan mereka yang suka membuat U-Turn !

Malah PAS pernah menghalalkan cara semata-mata untuk kepentingan politik yang dialaskan dengan potongan hadis dan ayat-ayat tertentu untuk mengekalkan ciri-ciri Islamik mereka.

Sama ada PAS bersama dengan PPBM atau dengan mana-mana pihak sekalipun , MMI tak pernah kisah sangat sebab PAS tidak pernah mahu menerima UMNO sebagai rakan seperjuangan.

Cuma MMI ternanti-nanti perkembangan selanjutnya memandangkan PAS sudah pun mengaku dan mengesahkan untuk menolak DAP.

Apakah PAS hari ini akan kembali menjadi PAS yang sebelumnya dengan Tahaluf Siyasi yang baru ???

Kita tunggu tengok ...

MMI

Wednesday 1 February 2017

Apabila DAP Cuba Menjadi ISLAM !!


Sebagai rakyat Malaysia adalah menjadi satu kejanggalan sekiranya mana-mana pihak sekalipun tanpa mengambil kira perbezaan bangsa dan agama itu masih lagi gagal untuk memahami betapa budaya hidup dalam kepelbagaian kaum itu adalah ciri-ciri orang Malaysia.

Kepelbagaian itu bukan sahaja terletak dari sudut bangsa tetapi juga agama dan budayanya.Sesuatu yang telah dipupuk sejak lama dahulu kini sudah berkembang menjadi sebahagian daripada diri kita semua dan kerana itu kita melihat semua bangsa sama-sama menyambut perayaan mengikut kaum.

Sebagai contoh tidak ada yang hairan melihat orang Melayu dan India menjadi tetamu orang Cina pada Gong Xi Fa Cai dan tidak ada sesiapa yang berasa pelik apabila orang Cina dan India menjadi tetamu orang Melayu pada Hari Raya Aidilfitri.Begitu juga dengan orang Melayu dan Cina yang menjadi tetamu kepada orang India yang merayakan perayaan Deepavali.

Begitulah seterusnya dengan sambutan dan perayaan-perayaan lain termasuklah bersikap menghormati amalan agama-agama lain dengan menidakkan kedudukan agama Islam itu sebagai agama persekutuan.

Muhibah sebenarnya Malaysia ini dan melihat kepada suasana dan keadaan sebegitu Malaysia seharusnya menjadi sebuah negara yang jauh lebih hebat daripada negara-negara lain khususnya dalam hal melibatkan perpaduan.

Namun keadaan ini semakin hari semakin terjejas dan gengaman erat seluruh rakyat Malaysia semakin longlai apabila ada segelintir pihak yang menjadikan kedudukan politik itu untuk kepentingan dan agenda kepartian.

DAP misalnya semenjak mentadbir Pulau Pinang sering kali bersikap angkuh dan mendabik dada khususnya terhadap orang-orang Melayu dan Islam,

Rata-rata pimpinannya jika diamati bukan sahaja bersikap dwi-standard tetapi jelas menjadi ancaman kepada hak orang Melayu itu sendiri.

Ketua Menteri Pulau Pinang . Lim Guan Eng sepanjang kariernya dilihat sebagai seorang pemimpin yang suka bermuka-muka dan hanya mementingkan kedudukannya sama ada dalam parti mahupun dalam kerajaan negeri.

Banyak dasar-dasar kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat berat sebelah termasuklah memejamkan mata terhadap tingkah laku wakil-wakil rakyatnya yang sebelum ini pernah bertindak secara membabi-buta sehingga mendatangkan rasa kurang senang dikalangan warga penduduk.

Kenyataan PAS Pulau Pinang misalnya cukup jelas memperlihatkan kepincangan yang cuba diselindungi oleh pimpinan DAP dan dalam keadaan ini sekalipun DAP masih lagi menjadikan orang Melayu sebagai keldai mahupun orang suruhan untuk mempertahankan dasar kerajaan negeri yang kononnya berjiwa rakyat.

Di mana jiwa rakyatnya jika ;

1.Perkampungan milik orang-orang Melayu dilupuskan tanpa perancangan susulan penempatan semula melainkan terarah kepada pembangunan yang tidak mampu dimiliki oleh penduduk ?

2.Tindakan dwi-standard terhadap penjaja Melayu yang begitu ketara jika dibandingkan dengan keistimewaan yang diberikan kepada penjaja khususnya daripada kaum Cina !

3.Projek tambak laut untuk mewujudkan 3 buah pulau di Teluk Kumbar serta implikasinya terhadap penduduk Melayu Islam !

4.Campur tangan terhadap Institusi Fatwa Negeri Pulau Pinang !

5.Menolak cadangan pindaan akta 355 !

6.Menjalankan kerja-kerja promosi pemikiran Islam Liberal melalui Penang Institut !

Kesemua perkara-perkara yang dibangkitkan oleh PAS Pulau Pinang dan UMNO (sejak PAS bersama DAP) selama ini sebenarnya bukan sahaja terarah kepada tindakan bersifat konvensional semata-mata tetapi dari segi perundangan Islam pun DAP sebenarnya sudah menyamai musuh Islam.


إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

"Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangi kamu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barang siapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (QS. Al-Mumtahanah: 9)

Bandingkan 6 perkara tersebut dan nilaikan dengan ayat diatas !

Jelas DAP bukanlah dari kalangan mereka yang menerima kedudukan Islam secara maksima , DAP hanya menerima Islam itu atas kapasiti politik semata-mata.Lim Kit Siang dan seluruh pimpinan yang menyokong Dinasti Lim adalah kalangan mereka yang sebenarnya menolak Islam.

Tidak ada istilah kerajaan DAP Pulau Pinang itu lebih Islamik hanya kerana mereka menyediakan peruntukan yang besar untuk institusi Islam atau mana-mana saluran yang berkaitan kerana DAP tidak memahami Islam itu sendiri.

Cubaan mana-mana pihak yang cuba untuk menyakinkan orang ramai kononnya kerajaan DAP itu bukanlah seperti mana yang digambarkan bolehlah dianggap sebagai bersubahat kerana asasnya jelas dan sudah pun dipertontonkan kepada umum melalui tingkah laku mereka.

Apakah berjiwa rakyat itu bererti berjiwa Islam ?

Sesuatu yang harus pimpinan DAP dan para penyokong mereka tahu adalah walaupun Malaysia punya kepelbagaian Bangsa dan Agama , tidaklah bermakna Islam itu agama yang boleh diperkotak-katikkan.

Kedudukannya dalam Perlembagaan Persekutuan adalah jelas dan menjadi bukti betapa ianya perlu dihormati oleh semua pihak dan menjadi tanggungjawab mana-mana individu sama ada Islam mahupun bukan Islam untuk belajar dan memahami Islam itu sendiri sebelum mengaku mereka sudah melakukan yang terbaik untuk Islam.

Seperti yang disebut awal tadi , menyediakan peruntukan sama ada besar mahupun kecil kepada institusi Islam tidaklah bererti mereka-mereka itu sudah memahami Islam.

Ianya adalah tanggungjawab dan amanah daripada rakyat terhadap kerajaan sama ada negeri mahupun persekutuan dan bila kita berbicara soal kerajaan berjiwa rakyat ia hanya akan berjiwa Islam apabila pihak yang mengamalkannya memahami serta melaksanakan segala perintah Allah swt.

Bayangkan dalam keadaan ini sekalipun , kerajaan DAP Pulau Pinang dengan segala macam kelemahan dan tindakan berat sebelah mereka bukan sahaja tidak cukup kuota untuk memenuhi kriteria sebagai sebuah kerajaan berjiwa rakyat bahkan jauh sekali berjiwa Islam.

Sebab itulah apa jua usaha yang dilakukan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang setelah dikritik oleh banyak pihak sebagai kerajaan dan parti yang tidak membela orang Islam , Kit Siang atau Guan Eng harus bertanggungjawab bukan cuba menjadi Islam dan mengarahkan orang-orang seperti Malik Kassim untuk mempertahankan dasar licik DAP.

MMI

Labels