Followers

Friday 28 February 2014

2nd Bridge Pencacai Buka Pekung Guan Eng


Jambatan kedua Pulau Pinang sudah pun bersedia untuk menerima kemasukan kenderaan pertamanya apabila selesai majlis perasmian yang akan di lakukan oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Sabtu ini.

Projek kerajaan persekutuan yang menelan belanja sebanyak RM4.5 bilion itu sudah siap sepenuhnya dan merupakan mercu tanda terbaru bagi rakyat Pulau Pinang dan Malaysia amnya.

Agak mengjengkelkan sekali apabila pembinaan yang telah siap di bina ini tiba-tiba menjadi perhatian pihak pro pembangkang dan ianya mengulangi sejarah pembinaan jambatan pertama satu ketika dulu di mana akhirnya mereka juga merupakan pengguna paling aktif .

Penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di lihat begitu terdesak apabila mula mempertikaikan tentang kutipan tol yang di kenakan kepada pengguna.Mereka kini menyifatkan Najib tidak ikhlas menyediakan kemudahan tersebut kerana berselindung di sebalik agenda untuk merompak wang rakyat melalui tol yang di bina.

Satu tindakan yang cukup memalukan bahkan pertikaian tersebut secara tidak langsung membuka pekung Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sendiri.

Rakyat Pulau Pinang sebenarnya masih belum lupa tentang janji yang di buat oleh Guan Eng pada 2008 yang lalu untuk menghapuskan tol Sungai Nyior di kawasan Guan Eng sendiri.Namun sehingga ke hari ini segala janji tersebut hanya tinggal janji malah Guan Eng di lihat lebih suka menuding jari kepada pihak lain sedangkan janji tersebut di buat oleh beliau sendiri.

Masakan sebagai Ketua Menteri Guan Eng tidak boleh menunaikan janjinya apatah lagi dengan kedudukan kewangan negeri yang di war-warkan sebagai terbaik sejak DAP memerintah negara.

Jika Guan Eng dan pembangkang benar-benar serius dalam janji mereka isu tol Sungai Nyior boleh sahaja di selesaikan dengan menggunakan peruntukan kerajaan negeri tetapi perkara sebaliknya berlaku JANJI TINGGAL JANJI !

Malahan sekiranya perancangan besar yang melibatkan peruntukan kewangan yang besar boleh di lakukan oleh kerajaan negeri untuk membina terowong mengapa tidak peruntukan kewangan itu di guna pakai untuk menyelesaikan sumpah serta janji Guan Eng sendiri untuk menghapuskan tol Sungai Nyior ?

Soalnya Guan Eng dan kerajaan negeri selama ini banyak berbohong dan ianya di buktikan seperti berikut ,

Sejak 2009 sehingga 2013 kerajaan negeri Pulau Pinang telah melakukan perbelanjaan yang cukup berhemah apabila kadar defisit semakin meningkat di bawah pemerintahan Lim Guan Eng.

Daripada jumlah 39.45 juta pada 2009 meningkat kepada 262.04 juta pada 2013 nisbah di antara keduanya adalah 222.59 juta.

Apakah ini menunjukkan perbelanjaan berhemah ?

Rakyat seharusnya sedar betapa kepimpinan Guan Eng selama ini banyak bercakap sedangkan hakikatnya lebih sudu dari kuah.

Mungkin akan ada pihak yang menyatakan punca kenaikan defisit tersebut adalah di sebabkan kerajaan negeri berbelanja untuk kepentingan rakyat di Pulau Pinang.Boleh jadi namun tunjukkan di mana perbelanjaan tersebut di salurkan dan apa pembangunan yang wujud di Pulau Pinang sepanjang tempoh pentadbiran Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ?

Waima perumahan mampu milik pun tidak mampu di sediakan oleh kerajaan negeri , jika ada pun ianya melibatkan harga dan kos yang tinggi yang bukan dalam kumpulan mampu milik.

Rakyat perlu sedar bahawa terdapat perbezaan di antara kerajaan pimpinan Najib dan kerajaan negeri pimpinan Guan Eng.

Pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang di laksanakan demi memenuhi permintaan yang cukup tinggi bagi menyelesaikan masalah aliran trafik melibatkan rakyat khususnya di Pulau Pinang.Kerajaan BN tidak pernah mengaku apatah lagi berjanji untuk tidak mengenakan tol bagi jambatan kedua tersebut.

Malah tol tersebut di kenakan dengan tujuan penyelenggaraan selain mendapatkan kembali kos yang telah di laburkan supaya projek-projek mega yang lain dapat di laksanakan untuk kepentingan rakyat di mana-mana kawasan dan negeri yang memerlukan.

Inilah sistemnya yang di gunapakai oleh kerajaan hari ini menunaikan janji yang telah di buat sebelum PRU13 yang lalu.

Manakala kerajaan negeri pimpinan Guan Eng pula lebih banyak berpolitik dan membuat janji walaupun sehingga ke hari ini janji mereka hanya tinggal janji.Malah cadangan Guan Eng untuk membina terowong pun termasuk dengan tol sekali.

Apa cerita ?


MMI

Hebatnya Sambutan Rakyat Jepun Terhadap ANWAR !!


Hebat Anwar Ibrahim kalau macam ni lah keadaannya kira dasat abis , kalau ampa tengok betul-betul gambar ni menceritakan tentang sambutan yang di terima oleh Anwar sewaktu berjaya masuk ke negara Jepun semalam.

Dasat-dasat !!

Tapi ampa kena tau juga satu perkara ...


Bezakan kedua-dua gambar kat atas tu , ampa akan nampak puak-puak celaka ni MENIPU lagi bro !!!!!

Dah jadi darah daging rasanya..

MMI

Apa Yang Tak Kena Dengan Senyuman Anwar ??


Semalam MMI muatnaikkan satu artikel simple cerita tentang ular anaconda besar yang tengah tunggu mangsanya ( Baca Sini ) dan sejak itu ramai kawan-kawan yang mengenali MMI telefon tanya kenapa tiba-tiba MMI buat cerita macam tu ? Hihi ada yang hairan sebab MMI ada minta pembaca untuk melihat kedudukan paras air dalam gambar tersebut sama ada nampak bergerak-gerak atau tidak.

Haha sampai ada yang kata MMI gila ! 

Sebenarnya MMI ada tujuan kenapa artikel simple itu di tulis sebegitu rupa.


Cerita sebenarnya adalah jika di amati betul-betul gambar tersebut jelas di lihat bagaimana ular itu sedang menantikan mangsanya dalam keadaan yang mungkin tidak di sedari oleh si mangsa sendiri.Dan kedudukan paras air serta sungai tersebut menunjukkan bagaimana habitat ini menguasai keadaan dan selesa dengannya.

Cuma yang menjadi sedikit masalah kepada si ular adalah kerana keadaannya yang agak besar dan sudah pasti jika berada di darat ia akan mengalami sedikit kesukaran dari segi pergerakan namun perlu di ingat sekiranya ia berpeluang dan di beri peluang untuk berada di darat sudah pasti ular tersebut akan berusaha untuk menyesuaikan diri seterusnya mencari mangsa yang lain.

Sama lah dengan apa yang berlaku pada ketika ini di Kajang , Anwar Ibrahim yang semua pihak sedia maklum dan kenal sudah pun memulakan kempen politiknya untuk bertanding di kerusi N25 Kajang.

Anwar kini sedang berusaha untuk mencari ruang dan peluang berada di bumi Selangor dan menguasai pentas politiknya.Dengan apa yang di miliki oleh Anwar Ibrahim adakah kita atau rakyat Kajang merasakan beliau mampu membawa kebaikan ?

Lihat sahaja apa yang berlaku di kawasan Parlimennya sendiri Permatang Pauh ?

Lihat sahaja apa yang telah di lakukan oleh Anwar sejak beliau di pecat daripada UMNO dan kabinet ?

Lihat juga apa yang telah beliau perjuangkan selama ini ?

Tak perlu rasanya MMI ulas panjang cukup sekadar ampa baca di SINI 

Hati-hati bro semua , senyum itu bukan senyum biasa kehadiran Anwar di Kajang samalah dengan si ular dalam gambar di atas.

Sekali dia ngap abissss !!!

MMI

Thursday 27 February 2014

Air Yang Tenang Jangan Di Sangka Tiada ULAQ !!


Gambar ini bukan palsu dan ianya di ambil sendiri oleh seorang jurufoto profesional di hutan Brazil sewaktu beliau melakukan tugasan mengenal pasti habitat ular jenis anaconda.

Huh kalau tengok keadaan ular tu memang besar beb , sekali dia ngap mau tinggal handphone ja !

Tapi ada yang menarik tentang gambar ni , cuba ampa perhatikan kedudukan paras air tu lama-lama.

Nampak paras air tu bergerak-gerak kan ?

Haaa tak nampak ? Kalau macam tu abaikan ja lah !!

MMI

Wednesday 26 February 2014

Refresh Tun Mahathir GERUN


Saya berasa gerun mengambil tindakan yang bertentangan dengan kebijaksanaan konvensional serta bercanggah dengan pendapat pakar, termasuk daripada IMF dan Bank Dunia.

Strategi kita tidak syak lagi bercanggah dengan pendapat umum yang dilabelkan oleh pengkritik ekonomi sebagai “contrarian”. Ia bertentangan dengan amalan konvensional dan kalau ekonomi kita runtuh akibat daripadanya maka tidak ada sesiapa pun yang akan menolong kita. Saya sendiri mungkin terpaksa berundur dalam keaiban – sesuatu yang amat saya takuti.

Bagaimanapun, saya lebih takut kepada kemungkinan kita akan hilang kawalan ke atas negara kita sendiri seperti kerajaan Indonesia yang hilang kuasa kepada IMF. Saya amat tidak suka melihat gambar Camdessus berdiri berpeluk tubuh bersebelahan Presiden Suharto ketika menyaksikan pemimpin Indonesia itu menandatangani perjanjian dengan IMF.

Camdessus kelihatan begitu puas dan sinis menyaksikan Presiden Suharto melepaskan kawalan ke atas ekonomi Indonesia yang berupa asas kedaulatan negara itu – kedaulatan yang diperjuangkan dengan begitu gigih dan berani menentang Belanda pada 1940-an.

Saya tentunya tidak mahu Malaysia menderita nasib yang sama. Kita telah cuba memujuk Indonesia agar tidak menyerah kepada IMF.

Menteri Kewangan Indonesia ketika itu, Marie Muhammad berhubung rapat dengan Anwar yang mengatakan beliau ada meminta Marie supaya menasihatkan Suharto agar tidak menurunkan tandatangan.

Saya diberitahu bahawa menjelang waktu itu. Presiden Suharto sudah tidak boleh tidur. Seramai kira-kira 40 juta rakyat Indonesia telah hilang pekerjaan. Rupiah sudah runtuh. Nilainya merudum daripada 2,000 bagi setiap satu dolar Amerika kepada 16,000.

Rusuhan tercetus di ibu negara, Jakarta. Kedai dibakar dan ramai yang terbunuh. Rakyat peribumi Indonesia menyalahkan krisis itu kepada orang Cina Indonesia. Mereka tidak menganggap Amerika dan penguasaannya ke atas IMF sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap krisis mata wang.

Apabila IMF mengambil alih kawalan ke atas kewangan Indonesia, langkah yang mereka paksakan terhadap Indonesia seperti menghentikan subsidi makanan dan minyak telah memburukkan lagi penderitaan rakyat dan lebih banyak rusuhan berlaku.

Thailand dan Filipina yang turut menyerah kepada IMF juga menerima nasib serupa. Hanya Korea Selatan berjaya melakukan pemulihan ketara selepas menyerah kepada IMF.

Saya tidak sedikit pun yakin terhadap kaedah penyelesaian IMF yang dipaksakan oleh Anwar ke atas negara. Menteri-menteri mula mengadu bahawa mereka tidak ada peruntukan untuk melaksanakan projek pembangunan. Semua faedah dan keistimewaan dikurangkan dan langkah jimat cermat mula memberi kesan negatif.

Anwar mahu melihat lebihan belanjawan di mana pendapatan mengatasi perbelanjaan, tetapi mustahil boleh dicapai memandangkan kemerosotan kuasa membeli mata wang ringgit. Jadi, beliau mengurangkan peruntukan belanjawan sebanyak 25 peratus. Kalau kita terus mengurangkan belanjawan maka akan tiba masanya nanti kita kehabisan wang di dalam Perbendaharaan. Kemelesetan ekonomi akan menjadi lebih teruk dan kita mungkin terpaksa menyerahkan kedaulatan ekonomi kita kepada pihak luar.

Saya berazam untuk meneruskan pelaksanaan strategi penyelesaian yang telah dipersetujui. Kemudian pada saat akhir, Anwar menelefon saya untuk memberitahu yang Gabenor Bank Negara, Tan Sri Ahmad Mohd Don dan Timbalannya, Fong Weng Phak telah menghantar surat peletakan jawatan. Saya terkejut, tetapi tetap bertekad mahu melaksanakan langkah yang telah diputuskan.

Saya meminta pegawai ketiga paling kanan di Bank Negara supaya datang menemui saya. Pada masa itu, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz adalah Penolong Gabenor yang bertanggungjawab bagi hal ehwal ekonomi, operasi luar dan pasaran mata wang serta kawalan tukaran asing .(3)

Saya kenal beliau, tetapi tidaklah rapat. Kita kesuntukan masa untuk mencari Gabenor baru, jadi saya serta-merta melantik beliau menjadi Pemangku Gabenor. Beliau datang ke kediaman saya dan saya jelaskan kepadanya apa yang sedang berlaku serta apa yang harus beliau lakukan.

Mujurlah beliau seorang yang berkebolehan dan memberikan sepenuh kerjasama. Menurutnya, beliau akan menghubungi bank dan menghentikan semua pemindahan besar wang yang terbabit dalam perdagangan mata wang. Dalam pada itu, beliau juga akan memastikan pembayaran untuk transaksi perniagaan biasa diteruskan.

Pada 1 September 1998, Zeti secara rasmi mengumumkan pelaksanaan kawalan mata wang dan ikatan ringgit kepada dolar Amerika. Beliau memberitahu media massa: “Kita perlu bertindak bersendirian memandangkan masyarakat antarabangsa telah gagal mengemukakan sebarang penyelesaian yang bermakna kepada keadaan huru-hara kewangan global. Sebaik-baiknya dunia patut bertindak seiringan dan bukannya memaksa negara bertindak sendirian.”

Zeti yang kemudiannya dilantik menjadi Gabenor telah dijemput untuk menyertai MTEN. Beliau memberi maklum balas yang baik mengenai keadaan semasa pasaran dan pergerakan ringgit. Sejak menjadi Gabenor, Zeti telah memenangi beberapa anugerah antarabangsa kerana kepemimpinannya di Bank Pusat.

Antara perkembangan lain yang diperhatikan adalah kemungkinan munculnya pasaran gelap mata wang ringgit. Kita memantau harga barang bagi memastikan tidak ada pihak cuba membuat keuntungan berlebihan. Kita memastikan bekalan semua barang keperluan utama adalah mencukupi.

Mesyuarat harian MTEN diteruskan. Bank disyaratkan supaya mendepositkan semua tukaran asing yang mereka terima di Bank Negara. Dengan itu, kita tidak pernah kekurangan mata wang asing untuk dijual kepada pengimport tulen. Ikatan ringgit kepada dolar Amerika pada kadar RM3.80 bagi setiap dolar telah dikuatkuasakan dengan begitu tegas sekali dan ini terbukti baik bagi pengimport serta pengeksport.

Kalangan ahli perniagaan gembira menerima ringgit pada kadar RM3.80 setiap kali mereka menukar dolar Amerika atau mata wang lain. Mereka juga selesa dengan jaminan bahawa kita akan mengekalkan kadar tukaran sehinggalah keadaan menjadi stabil semula. Mereka kini boleh merangka belanjawan untuk sepanjang tahun tanpa perlu membabitkan diri dalam kegiatan melindungi nilai ringgit. Ini secara langsung mengurangkan kos menjalankan perniagaan.

Tindakan mensyaratkan pemilik saham mendaftar dengan BSKL dan menghentikan penjualan saham Malaysia yang dipegang oleh syarikat pemegang amanah juga telah membantu menyekat kejatuhan harga di BSKL. Dalam jangka masa singkat, indeks komposit BSKL yang jatuh di bawah 300 mata telah naik semula kepada lebih 800 mata.

Jumlah hutang lapuk turut berkurangan selepas tempoh gagal bayar dinaikkan semula kepada enam bulan dan ekonomi mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan.

Sewaktu krisis, kita memperkenalkan beberapa langkah bagi mengurangkan masalah yang tercetus. Misalnya, apabila jualan hartanah membeku maka kita menganjurkan kempen pemilikan rumah yang menggabungkan pemaju, pembeli, pembiaya, pegawai kerajaan dan peguam. Pada pameran promosi pertama, kira-kira RM3 bilion hartanah dijual.

Bagi menggerakkan semula industri pembinaan maka kita memutuskan supaya dibina 40,000 unit pangsapuri untuk menempatkan penghuni setinggan. Memandangkan jualan runcit tidak berkembang mengikut keadaan yang sepatutnya maka kita menyediakan tempat pameran untuk peruncit dan di mana perlu, kita membantu mereka merundingkan bekalan pada harga yang lebih murah.

Di samping itu, kita meneliti laporan penggunaan elektrik, pergerakan kargo dan kontena di pelabuhan, ketibaan pelancong, penumpang kapal terbang, pendaftaran kenderaan baru dan banyak lagi. Jadi kita tahu secara terperinci prestasi ekonomi dan sering mencari jalan untuk merangsangnya.

MTEN memberi perhatian utama kepada operasi Pengurusan Danaharta Nasional Bhd, Danamodal Nasional Bhd dan Jawatankuasa Penyusunan Semula Hutang Korporat yang semuanya ditubuhkan untuk menangani masalah hutang lapuk serta permodalan semula bank.

Kita tidak membenarkan penjualan serta-merta saham yang diperoleh melalui CLOB kerana ini akan menyebabkan kejatuhan harga semua saham. Pemilik saham juga perlu mendaftar terlebih dahulu dengan BSKL. Kemudian kita menubuhkan pula sebuah syarikat khas untuk membeli saham berkenaan, memantau kepulangannya dan akhir sekali menjualnya secara beransur-ansur supaya tidak mengganggu harga saham di BSKL.

Pada mulanya, pemilik saham CLOB itu tidak begitu gembira. Namun, hasil pemulihan pesat BSKL menyebabkan harga saham naik 200 peratus sewaktu syarikat khas yang kita tubuhkan itu mula membeli saham-saham CLOB.

Jadi, mereka terselamat daripada mengalami kerugian besar kewangan yang amat mereka takuti. Mereka juga menunggu seketika sebelum menjual saham mereka dan memperoleh keuntungan besar. Syarikat khas berkenaan turut membuat keuntungan dan kerajaan mendapat balik modalnya yang diberikan dalam usaha menyelamat yang berani.

Dunia mengutuk kawalan mata wang yang kita lakukan dan ramai ahli ekonomi berkata bahawa ia tidak selari dengan sistem perdagangan terbuka. Pakar-pakar meramalkan kemusnahan Malaysia dan dengan gembira menunggu kepulangan kita ke pasaran dunia sebagai pengemis.

Kita bagaimanapun tidak gentar. Kita percaya yang kita telah menemui jawapan tepat kepada penjarahan negara kecil oleh peniaga mata wang. Cara kita mungkin tidak konvensional, tetapi berkesan.

Biarlah orang lain mempertahankan doktrin ekonomi, tetapi bagi kita, yang lebih utama adalah menyelamatkan negara dan diri kita. Akhirnya, kita pulih dengan lebih cepat daripada semua negara yang menerima pinjaman IMF, sama ada secara sukarela atau kerana tekanan. Negara-negara itu telah menyerah diri kepada langkah penyelesaian yang sama untuk semua.

Peniaga mata wang menghentikan operasi mereka. bahkan IMF pun akhirnya mengakui yang cara kita berkesan walaupun mereka tidak memperakukannya kepada negara lain. Pakar ekonomi dan pemenang Hadia Nobel, Joseph Stiglitz menyokong pandangan kita.(4)

Malah, Soros turut mengakui bahawa Malaysia telah mengambil langkah yang betul dengan tidak menyerah kepada IMF.

Dasar yang kita laksanakan berkesan untuk negara kita, tetapi tidak banyak negara membangun berada dalam keadaan yang serupa dengan kita. Ia berkesan bagi kita kerana selain keazaman politik dan kepakaran merangka dasar yang praktikal, kita juga mempunyai simpanan mata wang asing yang banyak di Bank Negara untuk digunakan bagi melindungi kedaulatan ekonomi kita. Selain itu, kita mempunyai simpanan yang besar hasil pengurusan ekonomi yang bertanggungjawab selama ini.

Kejayaan kita menyekat kemaraan peniaga mata wang dan menolak campur tangan IMF bukanlah semata-mata kerana tindakan tegas kita pada masa itu. Ia sebaliknya berpaksikan kepemimpinan ekonomi yang mantap oleh kerajaan dan ketetapan dasar yang dilaksanakan, khususnya dalam dekad 70-an dan 80-an.

Bagaimanapun, krisis mata wang bukanlah satu-satunya masalah yang terpaksa kita tangani. Sehari selepas Zeti mengumumkan kawalan terhad mata wang, masalah saya dengan Anwar meletus.Memoir Tun Mahathir.

Baca artikel sebelumnya di SINI 

MMI

Refresh Kerjasama Tun Mahathir & Nor Mohamed Yakcop


Nor Mohamed menjelaskan kepada MTEN bahawa sebenarnya tidak ada wang tunai yang dipindahkan. Sejuta ringgit, walaupun dalam bentuk wang kertas RM100, sudah cukup berat untuk diangkut. Jadi, tentulah mustahil untuk memindahkan ratusan juta ringgit, apatah lagi berbilion ringgit. Lagipun, ringgit hanya sah diperlakukan di Malaysia. Ia tidak boleh digunakan di luar negara.

Bank dan penukar wang di negara lain mungkin menerima ringgit untuk ditukarkan dengan mata wang tempatan, tetapi jumlahnya kecil sahaja. Di penghujungnya, mereka pasti memulangkan mata wang kertas itu kepada Malaysia untuk ditukarkan dengan mata wang pilihan mereka. Bagaimanapun, ini jelas tidak berlaku. Kalau berlaku pun, kita tentu dapat melihat barisan van perisai berulang-alik di antara Singapura dan Malaysia.

Jadi, apakah mata wang yang diperdagangkan sebenarnya? Nor Mohamed menjelaskan bahawa tidak ada wang yang terlibat secara fizikal. Sebaliknya wang sebenar ada di dalam bank-bank Malaysia, kebanyakannya di dalam akaun pemilik wang itu.

Saya bertanya kepada kepada Nor Mohamed apa yang berlaku apabila wang itu dijual atau dibeli. Menurut beliau, sejumlah kecil daripadanya mungkin dimasukkan ke dalam bank atau diambil sebagai tunai. Namun, biasanya wang itu dikreditkan ke dalam akaun penerima atau didebitkan daripada akaun pembayar. Tidak ada transaksi wang tunai berlaku sama sekali. Jual beli dibuat di atas kertas semata-mata. Yang berubah hanyalah angka-angka di dalam akaun bank.

Apabila ringgit didagangkan, tidak ada wang yang menyeberangi sempadan. Dalam erti kata lain, tidak ada wang yang keluar dari Malaysia ataupun masuk ke dalam Malaysia secara fizikal. Proses itu mungkin rumit sedikit bagi dagangan yang melibatkan akaun mata wang asing di bank-bank asing. Begitu pun, ringgit yang diperdagangkan tidak akan sama sekali meninggalkan Malaysia.

Saya sedar bahawa itu mestilah caranya. Jadi, kita meminta Bank Negara menarik balik wang kertas bernilai RM500 dan RM1,000 bagi menyekat orang ramai menyeludup keluar wang. Bagaimanapun, apa yang sebenarnya berlaku selama ini adalah ringgit Malaysia yang diperdagangkan itu kekal di dalam akaun orang asing di bank-bank Malaysia. Disebabkan wang itu dimiliki oleh orang asing, maka kita tidak boleh menggunakannya.

Ini adalah sesuatu yang baru kepada saya. Saya bukan seorang ahli perbankan dan urusan saya dengan bank juga terhad. Saya selalu membuat pembayaran menggunakan cek tanpa memikirkan bagaimana angka di dalam akaun saya berubah. Transaksi saya umumnya kecil dan diuruskan oleh pembantu peribadi saya.

Saya mula berasa gerun apabila menyedari yang saya telah membelanjakan begitu banyak wang negara tanpa mengetahui apa-apa mengenai operasi bank. Namun, sejak mempelajari bahawa ringgit yang diperdagangkan itu tidak pernah keluar dari Malaysia secara fizikal dan jual belinya hanya membabitkan pemindahan hak milik daripada satu akuan kepada akaun yang lain di dalam bank, maka saya mula berfikir bagaimana kerajaan boleh menggunakan kuasa kawalan Bank Negara ke atas bank-bank di Malaysia untuk menghentikan perniagaan mata wang.

Saya yakin ramai rakan-rakan saya di dalam MTEN tahu bahawa sistem kewangan mewujudkan lebih banyak kredit berbanding mata wang yang dikeluarkan oleh bank pusat. Bagaimanapun, mereka tidak nampak bagaimana maklumat itu mungkin boleh membantu mewujudkan kawalan rasmi ke atas perdagangan mata wang. Mungkin ada baiknya juga kejahilan saya mengenai sistem kewangan sebelum ini kerana ia memberi saya peluang untuk melihat dengan persepktif baru tentang bagaimana boleh menggagalkan peniaga mata wang.

Saya bertanya Nor Mohamed sama ada kerajaan boleh mengarahkan bank agar tidak memindahkan hak milik apabila peniaga mata wang membeli dan menjual ringgit. Beliau menjawab, boleh. Saya pun memikirkan kemungkinan untuk melaksanakannya.

Serentak itu, Tun Daim, Nor Mohamed dan ahli-ahli perbankan di dalam MTEN mula membincangkan kemungkinan menyekat peniaga mata wang daripada memperoleh ringgit. Pada masa yang sama, kita perlu menghentikan jual beli saham syarikat Malaysia melalui Central Limit Order Book (CLOB) di Singapura atau apa yang disebut sebagai dagangan “atas kaunter.”

Ia diwujudkan oleh Singapura untuk meneruskan kegiatan jual beli saham-saham Malaysia selepas kita memisahkan bursa saham kita daripada bursa saham Singapura pada 1989. Urus niaga CLOB menyebabkan harga saham kita merosot terus-menerus.

Indeks Komposit kita, iaitu Kuala Lumpur Composite Index (KLCI) berada di sekitar 1,200 mata apabila serangan ke atas ringgit bermula. Bagi mengelakkan kehilangan wang yang dilaburkan di Malaysia, maka pelabur asing berpusu-pusu keluar dengan menjual saham milik mereka dan menukar ringgit yang mereka peroleh kepada dolar Amerika atau mata wang lain.

Penjualan ini menyebabkan kejatuhan harga saham kita menjadi lebih teruk. Pada satu peringkat, ia jatuh sehingga di bawah 300 mata. Modal pasaran saham yang disenaraikan di bursa saham kita tinggal satu perempat sahaja daripada nilai sebelum krisis.

Kita mendapati bahawa saham yang diniagakan melalui CLOB telah didaftarkan atas nama syarikat-syarikat pemegang amanah. Amalan ini sah dari segi undang-undang, tetapi apabila saham itu dijual dalam lingkungan syarikat pemegang amanah maka pemilikannya tidak berubah; ia kekal dalam tangan syarikat pemegang amanah terbabit. Atas dasar itu maka jual-beli tersebut tidak perlu dimaklumkan kepada Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

Yang menjadi masalah adalah penjualan berterusan saham-saham itu menyebabkan harganya jatuh. BSKL tidak dapat berbuat apa-apa mengenai kegiatan CLOB. Transaksi saham-saham Malaysia di CLOB tidak perlu didaftarkan dengan BSKL selagi ia kekal sebagai urusan atas kertas oleh syarikat pemegang amanah yang sama.

Kita perlu menghentikan amalan itu dan memutuskan bahawa tidak ada jual-beli akan diiktiraf kecuali pemilik sebenar mendaftar dengan BSKL. Kegagalan mereka berbuat demikian boleh menyebabkan transaksi berkenaan tidak diiktiraf dan saham yang terlibat, dari segi undang-undang akan dianggap sebagai hak milik penjual.

Sebaik sahaja kita mengenakan syarat itu, saham-saham tidak mungkin boleh diniagakan lagi di CLOB tanpa mendaftarkannya dengan BSKL. Tiada siapa akan membeli kalau saham itu tidak menjadi milik mereka dari segi undang-undang. Ini memaksa pemilik sebenar untuk mendaftar urus niaga mereka dengan BSKL sebagai syarat untuk mendapatkan pengiktirafan.

Tindakan kita itu berjaya menamatkan peranan syarikat pemegang amanah sebagai orang depan dalam perdagangan CLOB. Semua pemilik perlu mendaftar dengan BSKL. CLOB tidak lagi berperanan menjual-beli saham Malaysia. Ia terpaksa ditutup.

Sementara itu, kita juga memutuskan untuk menambat ringgit kepada dolar Amerika – satu langkah yang pastinya menimbulkan kontroversi. Bagaimanapun, kita perlu menentukan kadar tukaran ringgit sebaik sahaja selepas mengarahkan bank agar tidak memindahkan wang akaun mereka dalam sebarang transaksi.

Kita juga perlu menyediakan rizab mata wang asing, terutama dolar Amerika yang mencukupi dalam bank tempatan dan di Bank Negara sekiranya diperlukan oleh pedagang bagi membayar import mereka. Dan sudah tentulah kita perlu menjamin bekalan ringgit yang mencukupi di bank untuk ditukarkan dengan mata wang asing pada kadar yang kita tetapkan.

Kita sentiasa mendesak agar pendapatan penjualan barangan buatan Malaysia kepada pembeli asing dibawa balik dan didepositkan di dalam bank Malaysia. Sesetengah negara membangun seperti Argentina membenarkan pendapatan eksport disimpan di luar negara.

Dalam kes negara pengeluar minyak Timur Tengah pula, sebahagian mereka tidak pernah membawa pulang perolehan eksport minyak mereka. sebaliknya, mereka membiarkan pendapatan eksport minyak mereka yang sering disebut sebagai “petrodollar”, mengelilingi dunia mencari pelaburan yang paling menguntungkan.

Bagi kita pula, kalau kita benarkan hal ini berlaku maka ia akan mengakibatkan pengaliran keluar yang berterusan pendapatan eksport negara. Kalau kita tidak dapat menggunakan tukaran asing hasil eksport kita, maka kita tidak akan dapat membayar kos import atau melunaskan hutang.

Kesan daripada amalan membawa balik pendapatan eksport itu menyebabkan Malaysia sentiasa mempunyai rizab mata wang asing yang mencukupi untuk digunakan oleh pengimport bagi membeli barangan dan perkhidmatan asing. Apabila kerajaan menetapkan kadar tukaran, ia harus menjamin bekalan mata wang asing yang mencukupi untuk membayar kos import utama pada kadar yang ditetapkan itu.

Kita mungkin boleh memperkayakan diri kita dengan mengukuhkan ringgit kepada paras sebelum krisis, iaitu RM2.50 bagi satu dolar Amerika memandangkan pada masa itu ringgit sudah mula pulih perlahan-lahan. Pada kadar paling rendah, nilai ringgit susut kepada hampir RM5 bagi setiap dolar Amerika. Ia kemudian berkisar sekitar RM3.80 dan RM4.

Kalau ringgit terlalu kukuh pula kerana kita menetapkan kadar tukaran yang amat tinggi maka produk Malaysia tidak dapat bersaing dalam pasaran antarabangsa dengan produk yang serupa dari Thailand, Filipina dan Indonesia. Kita perlu menetapkan kadar tukaran yang tidak terlalu memiskinkan kita dan pada masa yang sama menjamin persaingan produk keluaran kita. Oleh itu, kita memutuskan kadar RM3.80 bagi satu dolar Amerika.

Kita merahsiakan perkara itu, tetapi kita mahu Bank Negara dan BSKL melaksanakannya. Kerajaan perlu menyelia pelaksanaan rancangan itu hampir setiap minit.

Apabila kita mula melaksanakannya, kita tidak pasti sama ada kawalan itu akan memberi sebarang kesan atau tidak. Kita pun tidak tahu sama ada keputusan mengenai pendaftaran wajib jual-beli saham CLOB boleh dilaksanakan atau terbukti tidak praktikal.

Perlu ditegaskan bahawa sewaktu kita mengambil keputusan tersebut di dalam MTEN, Anwar masih menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Beliau tidak membantah rancangan untuk menyekat kegiatan peniaga mata wang dan mengawal urus niaga CLOB.

Dr Noordin Sopiee tampil dengan lebih 30 sebab mengapa kita tidak harus melaksanakan semua rancangan itu. Tidak semestinya beliau tidak bersetuju dengan hujah itu, tetapi beliau mengemukakannya bagi mencabar pemikiran kita.

Saya terpaksa berhujah mematikan setiap bantahan yang beliau kemukakan. Ahli MTEN yang lain menunjukkan tahap sokongan berbeza-beza, dengan sesetengahnya mengatakan bahawa langkah yang kita cadangkan itu tidak pernah dilakukan oleh sesiapa pun sebelum ini.

Memang betul ia berisiko, termasuklah kemungkinan keutuhan mutlak mata wang ringgit. Pasaran gelap mungkin muncul bagi menjual ringgit dengan harga yang lebih murah daripada kadar yang kita tetapkan. Kewangan dan ekonomi negara mungkin menjunam dan tidak boleh dikawal lagi.

Kita sama sekali tidak boleh menjangka apa yang akan terjadi. Bagaimanapun, hujah yang mengatakan kita tidak patut melakukannya kerana ia belum pernah dilakukan oleh sesiapa sebelum ini mungkin sesuai bagi orang yang penakut dan berfikiran kolot. Pendirian itu pastinya tidak sesuai bagi seorang yang bertanggungjawab kepada negara dalam menghadapi saat kesukaran yang tidak pernah dialami sebelum ini.

Ada orang membangkitkan bahawa wujud keadaan di mana penduduk di kebanyakan negara membangun enggan dibayar dalam mata wang tempatan, sebaliknya mereka mendesak agar dibayar dengan dolar Amerika. Ringgit juga mungkin ditolak sebagai bayaran. Jika ini berlaku maka nilainya tidak lebih tinggi daripada harga kertas yang diguna untuk mencetaknya.

Saya mendapat tahu kemudian bahawa setengah ahli MTEN telah memberitahu beberapa orang Menteri Besar supaya menghalang saya daripada meneruskan langkah yang dirancang. Malangnya, mereka tidak bersedia untuk berdepan dengan saya bagi berbahas mengenai perdagangan mata wang dan CLOB kerana mereka tidak memahaminya.

Malah, pemahaman mereka juga sangat kurang mengenai betapa kompleksnya langkah yang sedang kami rancang dan risikonya. Kalau pun ada antara mereka mempunyai keraguan yang berasas, mereka tidak berkebolehan untuk menyatakan pandangan mereka.

Keadaan itu memberikan kelebihan kepada saya. Saya berasa lega dengan keputusan yang diambil, tetapi itu bukan bermakna saya tidak bimbang dengan kemungkinan rancangan kita akan membawa bencana kepada negara.

Bersambung

Baca artikel sebelumnya di SINI 

MMI

Refresh Rakyat Terkesan Dengan Penurunan Nilai Ringgit


Rakyat Malaysia, khususnya golongan peniaga mula merasai kesan penurunan nilai ringgit. Pengimport misalnya, tidak dapat mengumpulkan cukup ringgit untuk membeli dolar yang mereka perlukan bagi membayar kos barangan yang dipesan daripada pembekal asing. Akibat kekurangan wang, mereka gagal membayar balik hutang.

Rakyat Malaysia yang gemar ke luar negara pula mendapati kos perjalanan mereka terlalu mahal. Eksport kita biasanya menggunakan dolar. Jadi, dengan kenaikan nilai dolar kita sepatutnya memperoleh lebih banyak mata wang ringgit daripada eksport.

Pembeli asing pula mahu membayar harga yang lebih rendah untuk eksport kita. Mereka mendakwa kos pengeluaran kita telah berkurangan kerana nilai ringgit merosot. Apa yang mereka tidak sebut adalah, akibat kenaikan nilai dolar maka bahan mentah, komponen dan barangan modal (capital goods) yang kita import menjadi lebih mahal.

Kejatuhan nilai ringgit tidak menjadikan kita lebih berdaya saing, terutama jika dibandingkan dengan jiran kita yang nilai mata wang mereka juga jatuh.

Kita berasa tidak berdaya apabila nilai ringgit terus merosot dan ekonomi menuju ke arah kemelesetan. Sebelum itu, selama hampir 10 tahun berturut-turut, ekonomi kita berkembang pada kadar lapan peratus setahun.

Kini, kita berdepan dengan kemungkinan pertumbuhan negatif. Saya tidak boleh berkata apa-apa mengenai peniaga mata wang – setiap kali saya membuat kenyataan terbuka, nilai ringgit jatuh lagi.

Pada 17 Jun 1997, sebelum serangan ke atas mata wang Asia bermula, Pengarah Urusan Tabung Mata Wang Antarabangsa atau International Monetary Fund (IMF) waktu itu, Michael Camdessus memuji Gabenor Bank Negara kerana pengurusan ekonomi dan kewangan Malaysia yang baik.

Pujian itu dibuatnya pada Majlis Hal Ehwal Ekonomi Dunia, Los Angeles. Katanya: “Malaysia adalah negara contoh di mana pihak berkuasanya sedar mengenai cabaran menguruskan tekanan akibat pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan mengekalkan sistem kewangan yang sihat di tengah-tengah pengaliran masuk modal yang banyak dan pasaran hartanah berkembang pesat.”

Inflasi, kata beliau, adalah rendah dan tukaran ringgit kekal pada kadar RM2.50 kepada AS$1 untuk jangka masa yang lama. Ringgit, tambah beliau lagi, adalah mata wang yang benar-benar kukuh yang mencerminkan kemantapan kewangan Malaysia.

Namun, apabila serangan ke atas mata wang Asia berlaku, orang yang sama berkata ekonomi kita terlalu panas dan ini menyebabkan mata wang kita merudum diserang oleh peniaga mata wang. Saya tidak percaya yang nilai ringgit susut kerana ekonomi kita lemah atau kerana pasaran hilang keyakinan terhadap Malaysia.

Saya membeli beberapa buah buku mengenai perniagaan mata wang untuk lebih memahami mekanismenya. Saya yakin punca kejatuhan ringgit adalah dagangan mata wang bukannya ekonomi atau mata wang kita.

Saya pernah bertemu dengan Camdessus sebelum itu dan beliau nampaknya seorang yang baik. Anwar yang ketika itu adalah Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri lebih kerap berjumpa beliau.

Saya meminta Anwar merayu kepada Camdessus supaya berusaha menghentikan dagangan mata wang. Saya berkata, kegiatan itu tidak perlu dan merosakkan ekonomi negara membangun. Saya tidak tahu sama ada Anwar menyatakan atau tidak hal itu kepada Camdessus, tetapi tidak ada usaha diambil bagi menghentikan kegiatan tersebut.

Bagi saya, mendagangkan mata wang seolah-olah ia satu barangan adalah tidak masuk akal sama sekali. Kopi, gula, getah dan seumpamanya adalah barangan sebenar dan mempunyai kegunaan yang sahih, tetapi mata wang tidak mempunyai nilai secara sendiri. Ini adalah perantara bagi mendapatkan komoditi sebenar. Ia tidak boleh digunakan dengan cara lain dan tidak boleh dimakan.

Kita bukan lagi berada pada Zaman Pertengahan (Middle Ages) di mana ekonomi Eropah tidak mempunyai sebarang mata wang yang diyakini. Ketika itu, peniaga-peniaga di pasar Perancis menggunakan lada hitam dari Asia Tenggara sebagai mata wang dan pertukaran barang. Hari ini, kita guna lada hitam dan rempah ratus untuk menambah kesedapan makanan dan kita guna wang untuk membeli-belah.

Saya teringat pernah membaca mengenai orang Brazil mencampakkan kopi keluaran mereka ke dalam laut sewaktu bekalan bahan itu berlebihan dan harganya murah. Ia bertujuan untuk mewujudkan kekurangan bekalan dan dengan itu dapat menaikkan harganya.

Bagaimanapun, apakah kita perlu mencampak atau membakar wang untuk menaikkan nilainya? Dalam hal mata wang, keadaan sebenar yang berlaku adalah lebih teruk kerana wujud lebih banyak wang dalam edaran berbanding yang diterbitkan oleh bank pusat dan lembaga mata wang.

Bekalan yang berlebihan itu berlaku kerana bukan mata wang sahaja digunakan untuk jual beli, tetapi juga cek, kad kredit dan pemindahan elektronik. Jumlah yang diwakili oleh instrumen tersebut pastinya melebihi jumlah mata wang kertas yang dikeluarkan dan berada dalam edaran. Hakikatnya, wang sudah bertukar bentuk menjadi maya (virtual).

Apabila menoleh ke belakang sekarang, jelaslah saya menerima secara literal klise ekonomi, iaitu wang adalah darah daging kepada sistem kewangan dan ekonomi.

Sebagai seorang doktor, saya tahu tentang wujudnya sejumlah darah yang berpusing dalam badan seseorang pada setiap masa (walaupun kadangkala ia terpaksa ditambah melalui pemindahan darah).

Bagaimanapun, saya belajar untuk tidak mengguna pakai kiasan itu secara literal dalam hubungannya dengan ekonomi. Wang bukan macam hutang kerana wujud lebih banyak hutang daripada jumlah wang dalam edaran bagi menyokong dan menyukatnya. Cara pakar ekonomi berfikir berbeza daripada doktor. Bagi mereka, dua campur dua kadangkala boleh menjadi lebih daripada empat.

Setelah Amerika Syarikat muncul daripada Perang Dunia Kedua sebagai kuasa tentera dan ekonomi dominan, dunia menerima dolarnya sebagai mata wang rasmi bagi perdagangan antarabangsa dan juga sebagai mata wang rizab.

Perjanjian Bretton Woods (1) telah menetapkan nilai dolar pada kadar AS$35 bagi setiap auns emas. Kemudian, semua negara menetapkan nilai mata wang mereka berdasarkan nilai dolar yang pada asasnya bermakna nilai emas.

Ekonomi dunia selepas perang kembali pulih dalam jangka masa peraturan itu dikuatkuasakan. Bagaimanapun, apabila pada 1971, Amerika keluar daripada piawaian emas, umumnya bagi membiayai kos perbelanjaan Perang Vietnam yang bertimbun, maka kedudukan mata wang dunia menjadi tidak stabil. Kuasa pasaran kini menentukan kadar tukaran mata wang dan kebanyakannya “terapung” dalam hubungan antara satu sama lain.

Bagi saya, tindakan ini merosakkan kedaulatan nasional dan menyebabkan negara terdedah kepada kezaliman pasaran serta ketamakan manusia. Orang tamak tidak akan peduli tentang kebajikan orang lain, dan pastinya juga tidak peka kepada keperluan negara membangun. Mereka akan menjahanamkan mana-mana negara dan memiskinkan penduduknya atas nama keuntungan.

Kita terpaksa menerima keadaan itu walaupun kita tahu mekanisme dan kuasa pasaran boleh dimanipulasikan. Ia tidak mengambil masa yang lama bagi spekulator untuk mula menyalahgunakan sistem berkenaan. Sebelum itu, mereka telah mencipta kaedah jualan singkat komoditi dan saham. Kini, mereka mencipta pula jualan singkat mata wang.

Mereka mengaut keuntungan besar dengan membuatkan negara muflis, terutama negara membangun. Tindakan mereka ini jelas satu pembunuhan kewangan. Mereka menubuhkan dana lindung nilai atau hedge fund dan mempelawa golongan kaya untuk mencarum. Umumnya, pulangan yang diterima jauh lebih besar daripada pelaburan lain, tetapi operasi dana itu tidak menghasilkan apa-apa yang boleh digunakan oleh pasaran atau orang ramai.

Paling tidak pun tindakan yang boleh diambil adalah mengawal selia kegiatan tersebut, tetapi masalahnya orang yang menuntut ketelusan bagi setiap urusniaga dan rancangan orang lain itu sendiri yang membenarkan operasi dana diselubungi misteri. Bukankah pelabur serius tidak akan sanggup mengambil risiko ke atas wang mereka dalam kegiatan yang penuh rahsia?

Namun, pengendalian dana tersebut terus dibenarkan menjadi satu misteri. Siapakah peniaga itu? Daripada manakah mereka memperoleh modal? Berapa banyak mereka meminjam? Kepada siapa mereka menjualnya dan siapa yang membeli mata wang yang mereka jual itu?

Kita tidak tahu jawapan kepada semua soalan ini. Dana itu boleh diniagakan sehingga 20 kali ganda modalnya. Bagi pengurus tabung ini, perkara paling penting dalam ekonomi adalah perluasan hutang yang jauh melebihi bekalan mata wang sehingga tidak ada kaitan lagi antara kedua-duanya. Kesan operasi mereka mengakibatkan kebinasaan.

Camdessus adalah orang Perancis, dan saya dengar beliau bersahabat dengan Presiden Chirac. Jadi, disebabkan saya kenal baik dengan Chirac maka saya menulis kepada beliau mengenai penjarahan oleh peniaga mata wang dan saya meminta beliau bercakap dengan Camdessus agar membantu menghentikan kegiatan itu.

Kemudian, sewaktu Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel atau Commonwealth Heads of Government Meeting (CHOGM) di Edinburgh, Scotland pada 1997, saya bertemu Tony Blair yang baru sahaja menjadi Perdana Menteri Britain bagi membincangkan perkara itu. Saya menjelaskan dengan panjang lebar kesan mata wang dan meminta beliau membawa perkara itu kepada IMF. Bagaimanapun, segala usaha saya di peringkat itu tidak menghasilkan apa-apa.

Sebelum itu, Malaysia memperoleh sedikit pengalaman dalam perniagaan mata wang. Kita mengambil bahagian dalam kegiatan itu bagi memastikan nilai rizab antarabangsa kita tidak susut akibat naik turun nilai mata wang yang kita simpan.

Ketika itu kita hanya berurusan dengan menggunakan mata wang negara-negara maju sahaja. Seperti mana orang lain, kita juga membuat spekulasi, tetapi tidak memanipulasi. Apa yang kita lakukan adalah memperincikan risiko yang kita ambil, tetapi apabila salah satu spekulasi kita songsang, kita telah kehilangan sejumlah besar wang. Selepas pengalaman itu, kita keluar daripada perniagaan mata wang.

Pada September 1997, saya dijemput berucap pada mesyuarat tahunan Bank Dunia dan IMF di Hong Kong. Saya mengambil kesempatan membelasah peniaga mata wang dengan menuduh mereka telah memiskinkan lagi negara-negara yang sedia miskin di dunia. Saya menyebut nama Soros sebagai salah seorang peniaga yang memanipulasi mata wang negara-negara Asia Tenggara dan menggangu gugat pembangunan mereka.

Hari berikutnya, Anwar berucap pada mesyuarat yang sama. Ketika itu, saya sudah berlepas ke Sabah dan beliau menelefon saya. Nada suaranya seperti orang marah. Beliau memberitahu saya bahawa ucapan saya menyebabkan nilai ringgit bertambah susut, cuma beliau tidak memberitahu saya agar jangan bercakap lagi. Namun, saya terus mengkritik IMF dan peniaga mata wang.

Dalam satu perjumpaan di Santiago, Chile, saya mengulangi kutukan ke atas mereka dan sekali lagi nilai ringgit jatuh. Perkembangan itu membuktikan kepada saya bahawa peniaga mata wang adalah punca yang menekan turun nilai ringgit.

Ia tidak mungkin disebabkan oleh reaksi pasaran kerana tindak balasnya begitu pantas. Ini juga bukan disebabkan persetujuan am pasaran, tetapi kerja beberapa pemain utama yang mempunyai pengaruh besar terhadap pasaran. Dan atas alasan mereka yang tersendiri, saya mendapati sesetengah orang sengaja cuba menyekat saya daripada bercakap mengenai peniaga mata wang.

Di dalam negara, Anwar memulakan apa yang dikenali sebagai “penyelesaian IMF tanpa IMF.” Pada dasarnya, kita tidak dilanda masalah ekonomi yang teruk. Kita tidak perlu meminjam daripada IMF bagi melangsaikan hutang luar kerana kita tidak banyak berhutang. Antara hutang yang ada masih belum sampai masanya untuk dibayar balik. Hutang yang telah sampai masanya untuk dibayar balik pula sudah pun kita langsaikan.

Namun, sama ada kita perlu meminjam daripada IMF atau tidak, Anwar berpendapat bahawa Malaysia perlu menerima nasihat IMF. Beliau percaya bahawa untuk mengekalkan keyakinan antarabangsa terhadap pengurusan ekonomi kita, kita perlu melakukan apa yang diberitahu oleh mereka dan menguruskan ekonomi kita mengikut cara yang mereka kehendaki.

Anwar berpendapat yang ubat IMF adalah baik untuk kita dan akan membantu kita pulih daripada penyakit antarabangsa walaupun kita sebenarnya belum lagi jatuh sakit. Jadi, beliau menaikkan kadar faedah dan memotong perbelanjaan kerajaan.

Saya memberi amaran kepada Anwar yang tindakannya itu mungkin menyebabkan kerajaan kehilangan hasil yang diperlukan bagi membayar gaji kakitangan awam.

Beliau juga cuba memendekkan tempoh ingkar pembayaran balik hutang daripada enam bulan kepada tiga sebelum mengisytiharkannya sebagai hutang lapuk. Ini sekaligus menaikkan nisbah hutang lapuk bank dan menyebabkan ramai peminjam muflis. Perniagaan merosot. Penyakit yang kita cuba elakkan, muncul.

Ubat IMF gagal menghalang penyakit itu, sebaliknya menjadi punca penyakit. Dalam pada itu pun, Anwar tetap meneruskan dasar pro-IMF beliau.

Ekonomi kita jelas menuju ke arah kemelesetan. Banyak syarikat muflis manakala yang lain gagal melangsaikan hutang bank, lebih-lebih lagi selepas Anwar memendekkan tempoh ingkar bayar hutang daripada enam bulan kepada tiga dan menaikkan kadar faedah kepada 12 peratus.

Kita memutuskan supaya ditubuhkan sebuah badan operasi seperti Majlis Gerakan Negara yang ditubuhkan untuk menangani kesan rusuhan kaum pada 1969. Bagi mengurangkan perbalahan politik maka kita menjemput semua Ketua Menteri dan Menteri Besar, termasuk daripada PAS untuk menganggotai sebuah badan yang kita panggil Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) (2). Pemimpin kesatuan sekerja dan perniagaan serta ketua badan pemikir juga diajak bersama.

Dengan itu, kita dapat menjelaskan kepada mereka masalah yang dihadapi oleh negara dan mendengar pandangan mereka mengenai cara menanganinya. Bagaimanapun, disebabkan bilangan ahli yang ramai maka Majlis itu tidak dapat bermesyuarat lebih kerap. Jadi, saya memutuskan supaya diwujudkan sebuah panel penasihat kecil untuk memantau perkembangan, di samping mencadangkan cara mengatasinya.

Ia perlu disokong oleh keseluruhan Kabinet walaupun hanya sebilangan Menteri sahaja yang menganggotainya. Mujurlah Kabinet tidak mempersoalkan bidang kuasa atau syarat-syarat penubuhan badan yang berpengaruh itu.

Anggota panel penasihat termasuklah Anwar; Datuk Mustapa Mohamed, iaitu seorang ahli ekonomi yang dihormati dan kini berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri; bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman; Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Samsuddin Hitam; Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Fong Weng Phak (entah apa sebabnya, Gabenor tidak pernah menghadiri mesyuarat kami); Ketua Unit Perancangan Ekonomi, Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman; Oh Siew Nam, seorang eksekutif sektor swasta yang arif mengenai perbankan dan pasaran kewangan serta Ketua Pengarah ISIS, Tan Sri Dr Noordin Sopiee.

Panel penasihat kecil itu bermesyuarat sekurang-kurangnya tiga jam setiap pagi di pejabat saya. Kami meneliti semua perangkaan mengenai ekonomi dan mentauliahkan penyelidikan berhubung sebarang isu yang kami rasa mungkin mempengaruhi prestasi ekonomi atau prospek negara.

Kami memanggil pakar bagi memberi penerangan dan membuat cadangan mengenai perkembangan semasa. Kami mendengar banyak taklimat dan sering membuat keputusan mengenai apa yang perlu dilakukan.

Mujurlah kita tidak mengalami ketegangan sosial sewaktu krisis kewangan. Rakyat Malaysia mungkin telah terjejas teruk akibat krisis tersebut, tetapi keganasan bukanlah tindak balas mereka. Pada masa yang sama, kita sedang membuat persiapan akhir bagi Sukan Komanwel yang akan diadakan pada tahun berikutnya, jadi, kita tidak mampu untuk menghadapi sebarang bentuk ketidakstabilan.

Sambil menangani krisis itu, saya meneruskan tugas ke luar negara untuk melaksanakan usaha ekonomi dan diplomatik. Saya berada di Buenos Aires, Argentina apabila saya tiba-tiba teringat kepada Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang mengetuai operasi perniagaan mata wang Bank Negara sewaktu kita mengalami kerugian.

Saya ternampak beliau sedang berjalan-jalan di Kuala Lumpur sebelum saya berlepas ke Buenos Aires. Wajah beliau muncul dalam fikiran saya dan saya memutuskan yang beliau mungkin boleh memberi penjelasan mengenai perniagaan mata wang serta mencadangkan cara untuk mengatasinya.

Urus niaga mata wang asing kita yang merugikan itu mungkin boleh menghasilkan suatu kebaikan dan menyelamatkan kita pada saat-saat kita dikepung oleh peniaga mata wang.

Perkara itu amat mendesak dan saya tidak boleh menunggu sehingga pulang ke tanah air, lalu saya meminta pejabat saya mencari dan menerbangkan Nor Mohamed ke Argentina. Tidak lama selepas itu, beliau dan saya duduk di dalam bilik hotel saya dan beliau menjelaskan selok-belok perniagaan mata wang serta sebab kita mengalami kerugian.

Saya bertanya, apakah pengajaran daripada pengalaman itu yang boleh kita gunakan untuk mengatasi masalah yang sedang kita hadapi?

Beliau mencadangkan agar kita mengenal pasti beberapa buah institusi yang memiliki sumber kewangan yang besar dan menubuhkan sebuah tabung khas untuk membeli ringgit. Kita terima cadangan itu dan melaksanakannya.

Namun, sekali lagi kita tidak dapat melawan kekuatan peniaga mata wang. Mereka boleh membuat spekulasi sehingga 20 kali ganda modal mereka dan kita mungkin kehabisan rizab antarabangsa kalau kita cuba melawan mereka dengan cara itu. Kita bukan berdepan dengan sebuah dana spekulasi mata wang, tetapi beberapa buah.

Ternyata percubaan kita itu gagal. Saya tahu yang Nor Mohamed berpengetahuan lalu memutuskan untuk melantik beliau menjadi Penasihat Kewangan saya dan salah seorang anggota MTEN.

Kita mengajukan banyak soalan kepada beliau dalam usaha untuk memahami dan mengawal perniagaan mata wang. Saya perlu memahami sedalam-dalamya mengenai sistem perbankan dan kewangan, dan Nor Mohamed berjaya memperjelaskan semuanya.

Disebabkan kita tidak faham selok-beloknya maka kita telah memperkenalkan langkah-langkah yang terbukti tidak berkesan. Pada satu peringkat, terlintas dalam fikiran saya untuk menurunkan nilai ringgit dan menaikkan gaji bagi mengimbangi kesan penyusutan nilainya.

Apabila saya membincangkan idea itu dengan beberapa orang kawan dan Menteri, mereka berkeras mengatakan bahawa ia tidak akan berkesan. Namun, saya terus yakin mesti ada sesuatu yang boleh dilakukan secara sah oleh kerajaan bagi menghentikan manipulasi mata wang kita. Sehingga saat itu, saya masih beranggapan yang mata wang sebenar telah bertukar tangan dalam urus niaga berkenaan.

Saya masih belum memahami perdagangan mata wang yang dijalankan dalam bentuk abstrak dan maya serta bagaimana transaksi atas kertas yang bernilai berbilion-bilion dolar boleh mengalir merentasi dunia dengan lebih pantas berbanding kita membayar RM10 untuk membeli sayur di pasar.

Itulah sebabnya apabila kita diberitahu yang mata wang kita dibawa keluar, kita menyangka orang yang terlibat benar-benar membawa wang kita ketika mereka keluar dari Malaysia. Jadi, kita meminta pegawai kastam di pintu keluar supaya memeriksa beg pengembara. Kita kehairanan kerana tidak ada wang tunai yang cuba dibawa keluar.

Bagaimanapun, kita mendapati jumlah wang dalam edaran di Malaysia berkurangan dengan begitu banyak dan berjuta-juta ringgit Malaysia telah mengalir ke Singapura. Atas sebab itulah kita meminta kerajaan Singapura mendepositkan sejumlah pegangan ringgit mereka ke dalam bank Malaysia.

Kita juga hairan bagaimana peniaga mata wang di luar Malaysia boleh memiliki berbilion ringgit duit kita untuk dijual. Saya tertanya-tanya dari mana penyerang mata wang antarabangsa itu memperoleh ringgit?

Mereka melakukan jualan singkat dengan mengikat kontrak untuk menyerahkan ringgit yang sebenarnya tidak mereka miliki. Bagaimanapun lambat-laun mereka perlu juga membuat penyerahan.

Saya bertanya kepada Nor Mohamed bagaimana sejumlah besar mata wang kita boleh meninggalkan Malaysia tanpa dikesan dan bagaimana peniaga boleh membawa keluar berbilion-bilion ringgit. Kita juga tidak mempunyai rekod pembelian ringgit sebelum mereka mula memperdagangkannya sebagai satu komoditi dan dalam proses itu merosakkan kestabilan kadar tukarannya.

Pada satu peringkat, saya membuat kesimpulan bahawa mereka tentu telah membeli sejumlah besar ringgit sebelum memperdagangkannya di pasaran.

Bersambung

Baca artikel sebelumnya di SINI 

MMI

Refresh Kejatuhan Mata Wang 1997


Sempena dengan PRK Kajang yang akan diadakan dalam masa terdekat ni , MMI ambil keputusan untuk berkongsi cerita tentang politik negara yang pernah mengungguli kedudukan tertinggi dalam carta isu-isu panas di Malaysia.

Harapannya agar beberapa siri ini akan memberikan kita satu peringatan yang cukup berguna supaya kita lebih berhati-hati selepas ini.

Berpegang kepada prinsip ingat mengingati sesama kita rasanya 2 cerita ini mampu memberikan kita kesedaran betapa pentingnya kepimpinan negara yang selama ini menabur jasa kepada seluruh rakyat Malaysia.

Pada Mei tahun itu (1997), saya mengambil keputusan untuk bercuti selama dua bulan dan menyerahkan tanggungjawab kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Pemangku Perdana Menteri. Saya menganggap ini sebagai satu peluang baik untuk memerhati bagaimana beliau menjalankan tugas kerana saya sudah pun berfikir untuk bersara pada tahun berikutnya. Saya mahu pastikan yang apabila Anwar mengambil alih, beliau mampu mentadbir negara dengan baik.

Ketika berada di Bledisloe dalam daerah Cotswolds, England, saya menerima berita mengenai serangan ke atas baht Thailand oleh peniaga mata wang. Apa yang berlaku adalah ahli perniagaan Thai telah meminjam sejumlah besar mata wang asing pada kadar faedah yang rendah berbanding pinjaman dalam mata wang baht.

Mereka boleh membuat keuntungan segera daripada perbezaan dua kadar faedah itu dengan syarat nilai baht stabil. Peniaga mata wang antarabangsa adalah orang yang mencari keuntungan dengan memerhati dan mengambil kesempatan daripada ketidakwajaran dan kelemahan seperti yang berlaku di Thailand ketika itu. Ia diibarat pucuk dicita ulam mendatang kepada kegiatan mereka.

Mereka menyebarkan berita kononnya nilai baht terlalu tinggi dan pertumbuhan ekonomi negara itu mustahil dapat dipertahankan. Mereka kemudian menjual sejumlah besar baht menyebabkan nilainya merosot berbanding dolar Amerika. Kejatuhan nilai baht menyebabkan orang Thai yang meminjam dolar menghadapi kesulitan.

Mereka terpaksa mendapatkan lebih banyak baht bagi membayar balik pinjaman mata wang asing mereka kerana kalau keuntungan perniagaan mereka tidak mencukupi, mereka mungkin tidak dapat membayar balik pinjaman.

Sekiranya mereka gagal membayar balik hutang maka terbukti benarlah dakwaan peniaga mata wang bahawa ekonomi Thai lemah.

Kemudian mereka melambakkan lebih banyak baht menyebabkan nilainya merudum lagi. Maka semakin ramailah orang Thai yang meminjam mata wang asing gagal membayar balik hutang mereka. Sementara itu, peniaga tersebut kelihatan seolah-olah mereka tidak ada kaitan langsung dengan krisis berkenaan. Apa yang mereka lakukan hanyalah sekadar bertindak balas. Hakikatnya, merekalah yang mencetuskan malapetaka itu.

Kitaran tindakan kejam (vicious cycle) ini pantas merebak. Lebih teruk nilai baht menyusut, lebih ramai peminjam yang gagal membayar balik hutang dan semakin lemah pula ekonomi Thailand.

Kerajaan Thai cuba membeli baht bagi mempertahankan nilainya dengan menggunakan rizab dolar. Bagaimanapun, peniaga mata wang nampaknya memiliki bekalan baht yang tidak terbatas untuk terus dilambakkan dalam pasaran.

Akhirnya, kerajaan Thai dibebani rizab baht yang banyak, tetapi bernilai rendah manakala simpanan mata wang asingnya merosot teruk. Ini mencetuskan satu lagi pusingan penjualan baht apabila ia menjadi lebih lemah akibat tanggapan bahawa ia tidak disokong oleh rizab mata wang asing yang secukupnya.

Apabila saya pulang daripada bercuti pada bulan Ogos, di Thailand sangat teruk. Kita mengambil keputusan untuk meminjamkan mata wang utama bagi memperkuatkan rizab antarabangsanya, tetapi tidak berhasil. Nilai baht terus jatuh.

Kewangan Malaysia berada dalam keadaan baik pada masa itu kerana kerajaan dan peniaga tidak perlu meminjam dengan banyak mata wang asing. Kadar faedah kita sentiasa rendah dan pinjaman mata wang asing tidak akan memberikan apa-apa kelebihan. Rizab mata wang asing Bank Negara juga mencukupi, setidak-tidaknya cukup untuk menyokong ringgit kalau diserang. Namun, itu hanyalah andaian.

Kita juga tidak membuatkan diri kita terdedah seperti orang Thai dengan meminjam mata wang asing dan berurus niaga dengan peniaga mata wang, jadi apa yang harus kita bimbangkan?

Kemudian kita mula mendengar mengenai jangkitan kewangan, iaitu bagaimana masalah jiran kita mungkin menjangkiti kita. Walaupun ekonomi dan kewangan kita nampak sihat, ringgit mungkin akan diserang juga.

Kalau peniaga mata wang mencetuskan kehilangan keyakinan terhadap Malaysia, nilai ringgit akan turut jatuh. Saya langsung tidak faham mengapa hal seperti ini harus berlaku, tetapi pakar ekonomi pasti ia akan terjadi.

Mereka betul. Peniaga mata wang mula menjual ringgit secara besar-besaran menyebabkan nilainya merosot. Sebelum serangan itu bermula pada pertengahan 1997, kadar mata wang kita ialah RM2.50 bagi satu dolar Amerika. Bagaimanapun, menjelang hujung tahun nilai ringgit tinggal separuh sahaja. Kita tidak tahu siapa yang menjual ringgit atau kepada siapa mereka menjualnya.

Saya diberitahu mengenai seorang lelaki bernama George Soros yang pernah menyerang paun British dan lira Itali. Kedua-dua buah negara itu menghadapi saat genting mempertahankan mata wang mereka yang disusutkan nilainya secara paksa.

Tanpa mengetahui peniaga mana yang terbabit, saya mengandaikan bahawa Soros adalah salah seorang daripadanya. Tidak kira siapa mereka, saya amat marah.

Bagaimanakah orang luar boleh dengan sewenang-wenangnya memiskinkan negara dan rakyat kita? Bagaimanakah mereka tergamak berbuat demikian secara sedar dan sengaja? Sekalipun itu bukan tujuan utama mereka, mengapakah mereka memilih untuk menjahanamkan kita sebagai produk sampingan strategi perniagaan mata wang mereka? Semua ini tidak masuk akal kepada saya, sama ada dari segi ekonomi mahupun moral.

Bersambung

MMI

Berita Yang Tak Akan Di Siarkan Oleh Media Pembangkang


Credit Suisse calls PM Najib a "Economic Hero" and predicts Najib will do well in 2018 elections.

- looks like most analysts agree that Malaysia is being managed well from an economic point of view and well-placed for faster growth over the next few years.
---
In their latest analyst report on Malaysia dated 24th Feb 2014, top international bank Credit Suisse has praised PM Najib as an economic hero and has said the ETP is showing great results and he has made bold but temporarily unpopular steps that have strengthened the economy which will eventually benefit the Rakyat in the next few years and hence positions PM Najib for a good 2018 GE14 showing.

Credit Suisse is a member of Wall Street's bulge bracket, a list of less than a dozen of the largest and most profitable banks. The company has been identified as one of the world's most important banks, upon which international financial stability depends. The bank is also one of Fortune Magazine's most admired companies.

Excerpt from Credit Suisse's report on Malaysia:
-- 
We believe that PM Najib will be feted as an economic hero. On his watch, we have seen strong GDP momentum and transformation.

PM Najib represents a country with little political risk, given that he now has a ‘real’ mandate, with two election wins (GE and UMNO) under his belt. Any talk of a political challenge is highly parochial, in our view.

He is considered an economic hero by institutional investors. Malaysia sailed through the Global Financial Crisis unscathed and even saw economists upgrading their GDP forecasts as the benefits of the ETP were felt.

Indeed, our economists have just upgraded their forecasts last week, expecting 2014 GDP growth of 5.3%.

Balancing the fiscal budget

PM Najib has aggressively tackled the fiscal deficit via a programme of austerity and the promise of GST, much to the delight of investors.

While this was never going to be popular domestically, if the markets are convinced that Malaysia can balance its fiscal budget, it will lead to a better credit rating, which will translate into a stronger currency without the need to raise rates and therefore a stronger economy. As the benefits are reaped by the people, the pain will be forgotten and PM Najib will be feted as an economic hero, both at home and abroad.

If that happens, he will, in our view, be well set for 2018 elections.

Baca juga artikel berkaitan di SINI 

MMI

Tuesday 25 February 2014

Najib Ulangi Sejarah Tun Mahathir !


Betullah kata orang tua-tua , bukan senang nak jadi pemimpin dan bukan senang nak jadi yang di pimpin.Seseorang itu perlu punya semangat dan kekuatan dari segi mental dan fizikal supaya setiap percaturannya memberikan kesan kepada mereka yang di pimpin.

Manakala menjadi yang di pimpin pula mesti punya jiwa dan kemahuan walaupun kritikan selalunya lebih banyak daripada berusaha untuk menyelesaikan perkara yang di kritik.

Hmm susah juga kan , tapi MMI percaya dengan satu perkara kedua-dua harus punya DISIPLIN kerana hanya dengan disiplin sahaja sesuatu itu mampu di realisasikan seterusnya menggapai kejayaan.

Disiplin pula besar bukan setakat hormat menghormati sesama kita tetapi ianya mestilah memenuhi ciri-ciri disiplin terhadap agama , kepercayaan , tuhan , perjuangan dan serba serbi yang berkaitan dengan kehidupan kita sebagai manusia.

Mungkin ini lah yang di miliki oleh pemimpin-pemimpin kita selama ini memandangkan mereka bukan sahaja perlu memimpin rakyat tetapi negara.

YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pasti sedar dan tahu tentang perkara-perkara ini bahkan beliau sudah tentu pernah melalui sendiri peristiwa dan kejadian yang boleh membuatkan jiwanya tertekan.

Tak perlu MMI nyatakan satu persatu rasanya semua telah sedia maklum serangan demi serangan politik tohmahan , hinaan , cacian dan lain-lainnya terhadap beliau dan isterinya bukanlah sesuatu yang boleh di anggap biasa.

Sebagai pemimpin sudah semestinya perkara paling utama adalah memastikan negara dan rakyat terus di pertahankan selain berusaha untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan yang boleh memusnahkan negara dalam apa jua keadaan.

Dalam perjuangan ini ada ketikanya pemimpin kita terpaksa mengambil keputusan tidak popular semata-mata untuk memastikan nasib rakyat terbela dan negara terus berkembang.

Ada beberapa perkara dan dasar kerajaan yang telah di buat sebelum ini menyebabkan rakyat merungut walaupun hakikatnya ia di lakukan untuk memastikan kestabilan ekonomi terus berdaya saing.

Keluhan itu bukan sahaja datang daripada rakyat tetapi juga daripada kalangan pemimpin separti dan tidak perlu di sebut rasanya pembangkang yang telah sedia untuk membangkang.

Namun kita kadang kalanya terlupa kerana tindakan seperti inilah , rakyat Malaysia berjaya mengharungi kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1997 dan 1998 apabila Tun Mahathir pada ketika itu Perdana Menteri mengikat nilai mata wang negara.

Sedarkah kita siapa yang mahu mengambil jalan mudah pada ketika itu bagi menyelamatkan institusi kewangan negara dengan meminjan daripada IMF ?

Ya ! Anwar Ibrahim .. Dan manusia inilah juga pada hari ini yang menjadi dalang kepada setiap gerakan menghina serta menghuru-harakan negara dengan dakyah dan penipuan bertali arus.

Walaupun kepimpinan YAB Datuk Seri Najib masih di kira baru kalau di bandingkan dengan kepimpinan Tun Mahathir , beliau sebenarnya merupakan seorang pemimpin yang punya keberanian dan kekuatan untuk melakukan tindakan yang bukan sahaja boleh menyebabkan reputasinya terjejas tetapi boleh menyebabkan beliau bersara awal dalam dunia politik.

Namun kerana perjuangan dan semangat serta iltizamnya maka Najib berani mengambil risiko untuk melakukan tindakan yang tidak popular di mata rakyat tetapi punya potensi untuk memastikan Malaysia terus berdiri mantap dan bersaing dengan negara-negara lain di dunia.

Apakah yang telah di lakukan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak ?

Baca sambungannya di SINI 

MMI

Kristian Tolak Guna Kalimah ALLAH !!

Gambar Hiasan
Pasti ada yang terkejut bila MMI sebut kristian tolak guna kalimah Allah , malah mungkin ada yang kata ini satu lagi provokasi atau seangkatan dengannya.Tak kisahlah tapi sememangnya apa yang MMI tulis tu benar cuma ia tidak berlaku di negara kita.

Citanya orang kristian termasuk paderi mereka sendiri di negara Belanda menolak penggunaan kalimah Allah bagi menggantikan perkataan "GOD" sebagai tuhan.

Tak percaya tengok rakaman di bawah ,



Penceramah ini merupakan Pensyarah Institut Kefahaman Islam Malaysia Siti Shamsiah Md Supi , beliau menerangkan tentang Kristian di Belanda telah menolak penggunaan kalimah Allah dalam agama mereka.

Di negara kita puak-puak tu dok buat pandai dengan keras kepala , Dah tu ada juga puak musibat Pakatan Haprak ni dok back-up.

Puihh punya kemaruk undi sampai sanggup jadi BARUA !!

MMI

Haaa Anwar Bawa SIAL Di Selangor ?!!


Hari ni agak bz sikit tapi alhamdulillah semua keja dah selesai , jadi bila dah selesai barulah sedap nak pi mengadap makan tengahari.Tengah layan tu terdengar la orang kat meja sebelah bersembang , ada la 3 orang Pak Ngah , Pak Teh dengan Pak Long kat situ.

Perbualan tu daripada bab makanan sampailah kepada bab politik dan politik tu membawa sampai ke Kajang !

Tu dia punya hebat sidang meja bulat hari ni , MMI pun sambung dengar lagi haha orang kata telinga gajah.

Dalam perbualan tu MMI di kejutkan dengan cerita tentang Anwar Ibrahim.

"Anwar punya punca la anak aku yang di Selangor sana JEM , punya sial sampai ayiaq pun tak dak !"

Huh tu dia punya marah pak cik ni , rupanya anak pak cik tu pun antara yang menghadapi masalah bekalan air di Selangor.

Dari perbualan tu fahamlah MMI , ada orang kat luaq sana kata Anwar bawa sial di bumi Selangor.

Hmm bagi MMI mudah , puak pembangkang selalu dok jaja tentang kebebasan bersuara dan sebagainya jadi bab cerita pak cik tadi kita kira kebebasan bersuaralah senang , lagipun mungkin 3 orang pak cik tu tengah buat satira politik..Mana kita nak tau kan !!

Untuk rekod kerajaan negeri Selangor akan melaksanakan catuan air secara bergilir di seluruh negeri mulai hari ini untuk mengimbangi penyaluran air di kawasan yang mengalami gangguan bekalan sejak 7 Februari lepas.Baca Selanjutnya 

MMI tumpang simpati dengan nasib rakyat Selangor, sabar banyak-banyak gang !!

MMI

Labels