Followers

Tuesday 31 October 2017

Apakah Kriteria Projek Khas Sehingga Projek Di Lembah Permai Boleh Di Luluskan ?


Semalam MMI dah siarkan pendedahan oleh Penang Forum tentang kelulusan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap 6 lagi projek di kawasan bukit di Pulau Pinang yang turut berisiko mengalami tanah runtuh.

Enam kawasan terlibat adalah Paya Terubong, Tanjung Bungah, Batu Feringghi, Balik Pulau, Teluk Kumbar dan Bayan Lepas.Baca selanjutnya di SINI

Yang pastinya pendedahan itu bukan dibuat secara sembrono tetapi berdasarkan kepada kaji selidik kumpulan yang benar-benar komited terhadap isu membabitkan alam sekitar dan juga tahap keselamatan para penduduk.

Selain daripada pendedahan terhadap kelulusan 6 lagi projek di kawasan berisiko tanah runtuh, sudah ada pihak yang tampil menggesa kerajaan DAP Pulau Pinang supaya menjelaskan kepada rakyat berkenaan status "PROJEK KHAS" yang dilaporkan telah membenarkan pembinaan di lereng bukit berketinggian 76 meter dan berkecerunan 25 darjah.

Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM) S.M. Mohamad Idris berkata, pihaknya turut khuatir sekiranya kerajaan negeri akan menggunakan alasan ‘projek khas’ itu untuk memberi kebenaran merancang kepada pelbagai projek pembangunan lain di kawasan lereng bukit.

Ini kerana, katanya, kerajaan negeri sehingga kini masih belum menjelaskan kriteria projek khas yang dimaksudkan itu sekali gus menimbulkan keraguan kepada banyak pihak.

“Kita tidak tahu apa yang dimaksudkan de­ngan projek khas itu sehingga boleh dibangunkan di lereng bukit yang sepatutnya tidak mendapat kelulusan merancang daripada kerajaan negeri.

“Bagaimanapun, kami beranggapan projek khas hanya boleh dilaksanakan untuk pembangunan milik kerajaan yang betul-betul mustahak, bukannya perumahan penduduk dan pelancongan yang seolah-olah menguntungkan pemaju swasta,” katanya - Seterusnya

Mengambil kira pembangunan di kawasan bukit yang semakin rancak di bawah pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang, sudah tentunya timbul prasangka yang negatif khususnya yang melibatkan pihak pengurusan dan juga pemaju.

Malah rekod hitam yang kini sudah terpalit kemas di bahu Ketua Menteri Pulau Pinang apabila dibicarakan di mahkamah atas pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa sewajarnya dilihat sebagai salah satu daripada perkara yang MUNGKIN berlaku dalam kes pembangunan di lereng bukit apatah lagi ianya jelas telah melanggar syarat pembinaan itu sendiri apabila melebihi 76 meter dan berkecerunan 25 darjah.

Dan lebih meresahkan rakyat lagi apabila pembinaan di Lembah Permai, Tanjung Bungah yang telah mengorbankan nyawa itu diluluskan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang walaupun ianya jelas terlalu hampir dengan kawasan kuari dan turut di bantah oleh Jabatan Alam Sekitar.

Persoalannya apakah WUJUD unsur RASUAH atau persetujuan bawah meja antara pihak-pihak terlibat sehingga membolehkan projek pembangunan sebegitu dilulus dan diteruskan ?

Lebih mencemaskan lagi, rakyat khususnya di Pulau Pinang dan Malaysia amnya sudah pun menyaksikan sendiri bagaimana sikap kerajaan DAP Pulau Pinang yang sering putar belit dalam isu terowong yang sehingga ke hari ini masih lagi belum selesai.

Janji putar belit kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menyerahkan segala dokumen berkaitan kepada pihak Kementerian Kerja Raya Malaysia dilaporkan masih lagi belum ditunaikan dan ini sudah tentunya menimbulkan lagi rasa syak rakyat bahawa tindakan yang sama boleh berulang.

Ketidakpercayaan ini mula timbul bahkan ianya sudah mula diperkatakan kebanyakkan warga Pulau Pinang sendiri.

So sekali lagi kerajaan DAP Pulau Pinang perlu tampil dan menjelaskan persoalan yang telah dibangkitkan apakah kriteria projek khas yang dimaksudkan supaya segala prasangka negatif yang mula menular itu dapat disangkal.

Kegagalan kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menjelaskan persoalan berbangkit hanya akan menyebabkan isu berbangkit dan segala tanggapan rakyat adalah BENAR berlakunya amalan rasuah dan tindakan kerajaan negeri yang melangkaui syarat dan peraturan sendiri.

Betul ke Guan Eng ?

MMI

Monday 30 October 2017

Penang Forum Dedah 6 Lagi Projek Di Kawasan Bukit Di LULUSKAN


Menurut pihak terlibat sebanyak 6 projek di kawasan bukit yang mempunyai risiko sama seperti yang berlaku di Lembah Permai, Tanjung Bungah telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa tempatan (PBT).Satu pendedahan yang sebenarnya menuntut kerajaan DAP Pulau Pinang untuk tampil dan memperjelaskan kenapa projek sedemikian rupa masih lagi diteruskan ?

Apakah kali ini isu persetujuan puluhan agensi akan terus dijadikan sebagai perisai politik untuk menyelamatkan kerakusan kerajaan DAP menggadaikan tanah di Pulau Pinang ?

Ahli Penang Forum, Dr Kam Suan Pheng berkata sebanyak 55 blok melibatkan enam projek pembinaan di kawasan bukit dengan ketinggian 76 meter dan ke atas di negeri ini diluluskan sejak 2008 hingga 2015 oleh PBT.

Enam kawasan terlibat adalah Paya Terubong, Tanjung Bungah, Batu Feringghi, Balik Pulau, Teluk Kumbar dan Bayan Lepas.

Suan Pheng berkata perkara itu amat membimbangkan berikutan ia dibina di kawasan berisiko yang mana, pihaknya bimbang kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah, 21 Oktober lalu yang mengorbankan 11 nyawa berulang  selain kejadian tanah runtuh, masalah yang sering membelenggu penduduk Pulau Pinang adalah banjir yang kian membimbangkan dari tahun ke tahun.Seterusnya

Lebih teruk lagi, Kerajaan DAP Pulau Pinang yang sering mengaku berjiwa rakyat dan kononnya prihatin dengan permasalahan yang melanda warga Pulau Pinang dilihat tidak komited dalam isu yang dibangkitkan.

Buktinya dialog yang dianjurkan tersebut hanya dihadiri oleh seorang pimpinan DAP manakala mereka-mereka yang bertanggungjawab dalam hal berkaitan tidak hadir dan ini sudah tentunya mencerminkan kepada kita bahawa mereka bersikap lepas tangan.

Dialog Banjir Pulau Pinang: Masanya untuk Bertindak itu turut dihadiri hampir 200 peserta dengan menampilkan lima panel iaitu wakil Penang Forum, Datuk Agatha Foo; kontraktor, Aziz Noor serta wakil penduduk Tanjung Bungah, R Meenakshi dan wakil penduduk Bandar Baru Air Itam, K Suthakar.

Antara Adun yang hadir, Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid; Adun Pulau Betong, Datuk Dr Muhamad Farid Saad, Adun Teluk Bahang, Datuk Shah Headan Ayoob dan Adun Penanti, Dr Norlela Ariffin.

Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid berkata, pemimpin-pemimpin DAP sepatutnya hadir pada forum itu kerana Penang Forum telah membuat analisis, mengumpul data serta mengetengahkan kaedah-kaedah dan jalan penyelesaian terhadap isu itu.

“Namun pihak yang sepatutnya mengambil jalan untuk mengatasi permasalahan ini tidak hadir.

"Tidak ramai pemimpin (DAP) yang hadir pada forum ini. Oleh sebab itu saya nampak pendirian Ketua Menteri Lim Guan Eng yang menepis isu tanah runtuh yang berlaku di Tanjung Bungah baru-baru ini sebagai  kesilapan pemaju dari sudut teknikal. Mereka  tak mahu akui (kesilapan kerajaan negeri)," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog itu.

So apa cerita Guan Eng ? Kenapa tak hadir dan bersemuka dengan rakyat ?

Takut orang tanya bab "Projek Khas" ka ????

MMI

Sunday 29 October 2017

Kerajaan DAP Di Ibaratkan Sebagai PKU Di Pulau Pinang


Dr Tan Chuan Hong dari MCA Pulau Pinang hari ini menghadiahkan kerusi roda kepada kerajaan DAP Pulau Pinang sebagai simbolik kepada kelemahan pentadbiran kerajaan negeri di bawah Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri.

Setiausaha Organisasi MCA Negeri Pulau Pinang itu mengkritik kerajaan DAP Pulau Pinang sebagai  gagal dalam isu pemansuhan tol di Sungai Nyior serta gagal dalam mengendalikan isu terowong bawah laut malah pembayaran sebanyak RM305 juta kepada pemaju sebelum mendapat laporan "feasibility study" benar-benar menimbulkan keraguan. 

Tindakan sedemikian menyebabkan timbul tanda tanya daripada rakyat apakah wujud “agenda tersembunyi” selain daripada cakap tak serupa bikin yang dilihat sebagai satu penyakit.

Oleh itu, MCA Negeri Pulau Pinang dengan rela hatinya menghadiahkan “kerusi roda”, dan bersedia untuk menghantar pimpinan kerajaan negeri DAP Pulau Pinang ke hospital untuk mendapatkan  rawatan agar penyakit mereka dapat disembuhkan. Selebihnya di pautan berikut ;


Hahahahaha memang MMI rasa sesuai sangat tindakan MCA hadiahkan kerusi roda ni pada kerajaan DAP Pulau Pinang, cukup sesuai sebab banyak sangat menipunya selain suka berdolak dalih.

Bila bercakap bukan main semuanya hebat belaka tapi bila bab kerja buat hampeh !

Cukup sesuai gelaran tu Kerajaan DAP Pulau Pinang ni ditadbir oleh Parti Kurang Upaya (PKU)

So golongan OKU jangan terasa hati sebab walaupun ampa OKU kerja dan semangat ampa jauh lebih baik daripada puak-puak PKU di Pulau Pinang.

Guan Eng bila nak letak jawatan ?

MMI

Tanah Tanjung Bungah Berisiko Runtuh Sejak 5 Tahun Lalu !!! Kenapa LEPAS ?


Pakar tanah runtuh dan pengurusan bencana, Prof Dr Habibah Lateh daripada Universiti Sains Malaysia (USM) berkata kawasan sekitar Tanjung Bungah telah dikenal pasti sebagai satu daripada lokasi berisiko tinggi tanah runtuh sejak lima tahun lepas.

Katanya, berdasarkan kepada pemetaan bahaya tanah runtuh yang dibangunkan pihaknya dalam satu kajian ditaja Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) dan Kementerian Pendidikan Tinggi sebelum ini, didapati batuan induk di Tanjung Bungah sebahagian besarnya terdiri daripada batuan granit yang banyak mengalami proses pengluluhawaan yang tinggi.

Beliau menerangkan batuan granit yang telah terluluhawa sememangnya cenderung untuk berlakunya tanah runtuh disebabkan ia tidak kohesif (tanah tidak melekat di antara satu dengan yang lain) yang seterusnya boleh membawa kepada ketidakstabilan cerun.

"Sebahagian kawasan di Tanjung Bungah, batuan granitnya telah mengalami pengluluhawaan dengan gred yang tinggi dan bertukar menjadi tanah pasir berlodak yang sangat mudah untuk runtuh atau menggelongsor," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Habibah yang merupakan pensyarah kanan di Pusat Pengajian Jarak Jauh USM, menjelaskan secara amnya bahan cerun di Pulau Pinang agak berbeza dengan tempat lain di Malaysia kerana ia terdiri daripada batu berlodak yang bercampur dengan batu-batu besar.

"Suhu yang tinggi dan hujan lebat boleh menyebabkan proses luluhawa fizikal dan juga kimia dapat berlaku dengan kadar yang tinggi dan ia sangat berisiko untuk berlaku runtuhan cerun terutama sekali bagi kawasan yang batuan induknya terdiri daripada batuan jenis granit," katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan projek kuari berhampiran lokasi kejadian tanah runtuh di tapak projek perumahan mampu milik di Lengkok Lembah Permai Sabtu lepas, yang mengorbankan 11 nyawa itu merupakan satu daripada faktor yang boleh menyumbang kepada tragedi berkenaan.

"Ini kerana aktiviti letupan di permulaan projek kuari boleh menggegar dan secara tidak langsung melonggarkan batuan dan tanah di tempat itu, bagaimanapun kebiasaannya letupan dilakukan dengan cara yang dapat meminimumkan gegaran di kawasan sekitarnya," katanya.

Dalam pada itu Habibah berkata, berdasarkan kajiannya selama ini ke atas penduduk yang tinggal berdekatan kawasan lereng bukit, kebanyakan mereka tahu bahaya dan risiko tinggi untuk tinggal di kawasan itu, namun hanya mengambil tindakan tunggu dan lihat.

"Mereka bertindak sedemikian kerana tragedi belum terjadi kepada mereka selain lebih mengutamakan faktor kemewahan dan pemandangan yang cantik.

"Kadang-kadang ada penduduk yang sudah pun terlanjur membeli rumah di kawasan itu, namun bagi saya kita perlu mementingkan dan menyelamatkan nyawa kerana wang dan harta benda boleh dicari," katanya.

Sehubungan itu Habibah berkata ada perancangan antara pihaknya dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk mewujud dan meningkatkan kesedaran mengenai tanah runtuh kepada orang ramai terutama di Pulau Pinang dan di tempat-tempat lain di negara ini yang mempunyai risiko tinggi untuk berlaku tanah runtuh.

"Kerjasama antara pihak agensi kerajaan dan universiti amat penting dalam pengurusan bencana serta mewujudkan kesedaran dalam kalangan penduduk berkaitan dengan tanah runtuh dan bencana alam yang lain demi untuk menyelamatkan nyawa dan kerosakan harta benda yang boleh menjejaskan ekonomi negara," katanya yang turut menyelar sikap sesetengah pemaju yang hanya mementingkan keuntungan tanpa memikirkan keselamatan dan nyawa bakal pembeli rumah mereka. Bernama

MMI kata hairankan walaupun kajian pihak kat atas tu dah nyatakan ianya berisiko, pembangunan masih lagi diteruskan oleh pemaju !

Dan sudah tentu pemaju mendapat kelulusan dari pihak yang mentadbir kerajaan negeri !!!!

Apa ada unsur-unsur RASUAH kerrrrr ??? Katanya dari 20 agensi yang setuju LEBIH DARI SEPARUH AGENSI KERAJAAN NEGERI !

Kua Kia Soong kata .......


Hrmmm sendiri pikirlah ... 

MMI

Adun Tanjung Bungah Tinggalkan Parti Dedah Kerajaan DAP Banyak Berdalih !


Ramai yang dah menjangka cuma menanti masa bila Adun DAP dari Tanjung Bungah ni akan bertindak.

Teh Yee Cheu sebelum ini merupakan Adun dari parti DAP yang telah lama diasingkan oleh Dinasti Lim kerana tindakannya yang tidak sehaluan dengan parti.

Sikapnya yang menentang dasar DAP dan keputusan kerajaan DAP Pulau Pinang dalam isu banjir dan alam sekitar termasuklah isu yang telah menyebabkan berlakunya runtuhan di tapak projek perumahan di Tanjong Bungah dilihat sebagai antara sebab kenapa Adun DAP ini membuat keputusan sedemikian.

Yee Cheu sebelum ini pernah membangkitkan isu untuk mengehadkan tempoh jawatan Ketua Menteri negeri kepada dua penggal dan telah ditentang oleh rakan-rakannya dari DAP sendiri.

Dikhabarkan Yee Cheu akan meninggalkan parti DAP selepas pembubaran DUN Pulau Pinang nanti.

Beliau mengatakan ini penggal terakhirnya dalam roket. Beliau sudah hilang keyakinan kepada perjuangan DAP. Tiada " reform" dalam DAP katanya.

Kemuncak ketidakpuasan hati Teh adalah dalam insiden tanah runtuh di Tanjung Bungah tempoh hari yang mengorbankan 11 nyawa.

Pimpinan kerajaan negeri DAP mendakwa pembinaan berkenaan dilakukan atas tanah datar atau flat land sedangkan beliau telah kemukakan bukti bahawa ianya berlaku atas cerun bukit. Teh berkata partinya tahu hakikat itu namun berdalih pada rakyat.

MMI kata macam biasa, apabila si Adun DAP ni umum untuk tinggalkan parti DAP maka apa jua kenyataannya akan dianggap sebagai tidak munasabah sebab itu dasar DAP.

Jadi MMI lebih syorkan supaya Adun Tanjung Bungah ni dengan tempoh masa berbaki ini untuk mendedahkan segala-galanya tentang kepincangan kerajaan DAP supaya rakyat tidak terus di perbodohkan.

So terpulang pada Adun Tanjung Bungah sebab kita dah kenal sangat dengan puak DAP ni, jenis spesis buat BODOH sama macam sahabat baru Kit Siang asyik LUPA , TAK PERASAN dan TAK TAU !!!! 

Haprak !!!!

MMI

Saturday 28 October 2017

Apa Lagi Pilihan Pembangkang , Bajet 2018 Bukan Seperti Bajet Lanun Pakatan Haprak ?


Pembentangan bajet 2018 yang telah dibentangkan oleh Datuk Seri Najib di Dewan Rakyat pada Jumaat lalu jelas sama sekali telah melenyapkan cerita dongeng dan rekayasa puak-puak pembangkang.

Kehadiran Datuk Seri Najib ke Dewan Rakyat dengan tema biru kali ini cukup dinanti-nantikan oleh jutaan rakyat Malaysia dan sudah tentunya isi pembentangan itu menjadi perkara paling penting untuk dinilai dan diterjemahkan oleh rakyat mengikut keperluan dan pandangan masing-masing.

Sebagai pemerhati politik, MMI antara jutaan rakyat yang mengikuti pembentangan tersebut dan ianya jelas memperlihatkan betapa kerajaan Barisan Nasional cukup komited untuk terus menyediakan keperluan dan memenuhi kehendak seluruh warga Malaysia.

Perkara ini boleh kita lihat khususnya melalui pengumuman-pengumuman baharu yang dibuat selain penambahbaikan terhadap perkara-perkara sedia ada.

Mengambil kira suasana dan perkembangan dunia pada hari ini, Bajet 2018 bolehlah MMI simpulkan sebagai antara yang terbaik dalam semua bajet yang pernah kerajaan bentangkan dan ianya lebih menarik lagi apabila pembangkang sendiri terkunci mulut dan hanya mampu melalak dengan lolongan emosi politik.

Jika sebelum ini mereka dengan lolongan dan plakad "Siapa MO1" kali ini mereka dengan lolongan yang sama cuma bunyinya berlainan "Kleptokrasi" !

Maka kalau kita perhatikan tingkah laku berulang-ulang yang mungkin sudah menjadi budaya kepada pembangkang itu dapatlah kita simpulkan bahawa pembangkang sudah tidak mampu lagi untuk mempertikaikan pendekatan kerajaan BN yang begitu komited dan konsisten dalam usaha mereka mentadbir negara seterusnya memastikan agenda memperkasakan rakyat diteruskan.

Pembangkang mungkin sudah membentangkan bajet lanun mereka tetapi ianya sama sekali sekadar satu propaganda politik murahan yang sudah dapat dibaca oleh kebanyakkan rakyat marhaen di akar umbi.

MMI menggunakan istilah lanun kerana ianya amat bersesuaian sekali dengan cara dan pendekatan pembangkang sebab mereka bukan kerajaan dan kerangka bagi menyediakan bajet pembangkang itu tidak punya asas yang kukuh dan sudah tentu apa sahaja yang dibentangkan itu bersifat retorik malah 2 buah negeri yang ditadbir oleh pembangkang sendiri pun masih lagi GAGAL menunaikan janji-janji mereka kepada rakyat.

Oleh yang demikian apa asas dalam penghasilan bajet pembangkang tersebut kalau bukan merujuk kepada bajet yang disediakan oleh kerajaan persekutuan pada setiap tahun so tak salah istilah LANUN itu digunapakai.

Dalam masa yang sama rakyat tahu bahawa pembangkang hanya pandai berjanji tetapi tidak pernah komited untuk menunaikan janji mereka dan buktinya jelas seperti mana yang MMI huraikan dalam artikel sebelum ini - https://mahamissa.blogspot.my/2017/10/warm-up-bajet-2018.html

Dan kalau kita perhatikan perkembangan selepas bajet 2018 dibentangkang di Dewan Rakyat, kebanyakkan puak-puak pembangkang jelas memperlihatkan mereka lebih beremosi apabila lebih asyik mempersoalkan tentang isu Kak Wan yang mendapat perhatian banyak pihak selain sikap pemimpin pembangkang yang mengaku kononnya kerajaan persekutuan meniru pendekatan yang telah mereka laksanakan.

Meniru ker ? Ehh bukankah aksi Guan Eng sewaktu himpunan anti kleptokrasi baru-baru ini juga meniru dasar dan pelaksanaan kerajaan persekutuan ? Meneruskan BR1M sedang Tun Mahathir menganggap ianya amalan RASUAH ! Hahahahaha bangang puak-puak lanun ni !

So tak perlulah kita layan aksi terdesak puak-puak pembangkang tu sebab lanun memang antara kerjanya mengelirukan orang ramai untuk memastikan agendanya tercapai.

Jom kita perhatikan apakah intipati Bajet 2018 yang telah dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Bajet 2018 bertemakan Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50.

Bajet itu bertemakan lapan teras utama iaitu:

1. Merancak pelaburan perdagangan dan industry.
2. Menuju Aspirasi TN50.
3. Mengungguli pembangunan pendidikan, latihan dan kemahiran serta bakat.
4. Memacu pembangunan inklusif.
5. Mengutamakan kesejahteraan rakyat dan peluang menjana pendapatan.
6. Mempersiaga Revolusi Perindustrian Keempat dan ekonomi digital.
7. Meningkatkan kecekapan dan penyampaian GLC dan perkhidmatan awam.
8. Mengimbangi Par Excellence Duniawi dan Par Excellence Ukhrawi.

Bajet 2018 memperuntukkan RM280.25 bilion, menyaksikan pertambahan peruntukan berbanding RM260.8 bilion peruntukan Bajet 2017 yang dibentangkan.Sambung BACA SINI

Meneliti keseluruhan Bajet 2018, kita pasti terfikir apakah benar dakyah pembangkang yang mengatakan kerajaan Malaysia akan MUFLIS ?

Dengan peruntukan bajet mencecah RM280.25 bilion iaitu RM234.25 bilion untuk perbelanjaan mengurus, RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan dan tidak termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka sudah tentu ianya adalah jaminan bahawa kerajaan sedia ada Barisan Nasional benar-benar komited dan berdisiplin serta jauh sama sekali untuk tergolong dalam kategori muflis seperti mana yang diidam-idamkan oleh puak-puak pembangkang.

Malah semua pengagihan yang dilakukan oleh kerajaan dibuat tanpa mengikut sentimen politik mahupun kaum-kaum tertentu dan mencakupi seluruh negara termasuklah pembangunan di negeri-negeri yang ditadbir pembangkang.

So apa pilihan yang ada pada pembangkang untuk terus menyerang kerajaan Barisan Nasional ?

Nak jadikan negeri-negeri yang ditadbir pembangkang sebagai contoh ?

Di Pulau Pinang ? 11 nyawa dah melayang ! Ketua Menteri kes mahkamah rasuah dan salah guna kuasa !

Di Selangor ? Masih ada lagi kawasan yang tidak mendapat bekalan air bersih ! Pendidikan percuma janji yang tidak ditunaikan sehingga kini ! Isu UNISEL ! Isu dana YAWAS !

Banyak lagi kalau nak catatkan kat sini so ringkasnya LANUN tetap LANUN dan mereka tidak akan berhenti untuk melakukan kerja-kerja sabotaj dan merosakkan.

Itu sahaja yang mampu pembangkang lakukan kerana BAJET 2018 yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib baru-baru ini adalah bajet yang mencakupi semua perkara termasuklah mereka-mereka yang bukan dari kalangan penyokong kerajaan SEBAB kita REALISTIK bukan HIPOKRIT !

MMI

Friday 27 October 2017

Warm Up Bajet 2018


Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan punya rekod lebih dari 60 tahun mentadbir Malaysia, rakyat sebenarnya sudah melihat bagaimana dasar-dasar negara di rangka.Mengikuti pembentangan bajet pada setiap tahun, sudah tentu ramai dari kalangan warga Malaysia dapat melihat sendiri bagaimana kerangka bajet itu dibina dan kemudiannya diterjemahkan untuk kemakmuran negara seterusnya untuk kebaikan rakyat.

Kita sedar bahawa pembangkang juga menggunakan bajet sebagai salah satu mekanisma untuk menarik sokongan rakyat supaya pembangkang dilihat lebih baik daripada pihak kerajaan persekutuan.

Malah dalam keadaan-keadaan tertentu, pembangkang menjadikan isu bajet sebagai "platform" untuk menghasut rakyat kononnya kerajaan tidak benar-benar serius dalam menyediakan bajet yang memenuhi aspirasi rakyat.

Contohnya dalam isu pemberian BR1M, ramai dari kalangan pemimpin pembangkang menjadikan isu BR1M sebagai senjata politik dengan menganggap pemberian bantuan tersebut bersifat "one off" dan ianya tidak benar-benar membantu rakyat.

Sedangkan pemberian BR1M dilaksanakan setelah pihak kerajaan meneliti dasar subsidi negara yang dilihat boleh dirasionalisasikan berdasarkan kumpulan sasaran yang sudah tentu akan lebih mendapat manfaat.

Seperkara yang tidak dicanang oleh pembangkang adalah bagaimana setelah BR1M diperkenalkan ianya telah berjaya mensasarkan kumpulan sasaran yang benar-benar layak untuk menerima bantuan terbabit dan sehingga kini 7 juta rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada dasar terbabit.

Mengambil kira keadaan itu, pembangkang sehingga kini masih lagi berbeza pandangan dan sudah pun membuktikan kecelaruan mereka kepada seluruh rakyat Malaysia.Perkara ini dibuktikan dalam himpunan anti kleptokrasi baru-baru ini apabila Tun Mahathir dengan jelas menyatakan BR1M adalah RASUAH tetapi Lim Guan Eng dalam ucapannya menyatakan BR1M akan diteruskan malah pembangkang juga mampu untuk meneruskan BR1M.

Baca artikel berkaitan https://mahamissa.blogspot.my/2017/10/bebal-di-anti-kleptokrasi-tun-mahathir.html 

Persoalannya apakah ucapan dari kedua-dua pemimpin dalam pembangkang ini konsisten atau ianya akan berubah-ubah mengikut keadaan ? 

Atau ianya dibuat sekadar janji-janji politik seperti mana yang pernah berlaku di Pulau Pinang terhadap pemansuhan tol Sungai Nyior, masalah banjir dan pembinaan rumah kos rendah ?

Malah di Selangor juga isu berkaitan air bersih,elaun khas kepada ibu tunggal,pendidikan percuma dan lain-lain semua ini sebenarnya harus dipersoalkan oleh rakyat apakah ianya sekadar gula-gula pilihanraya atau ianya bukti kelemahan dan pembohongan berterusan pembangkang ?




Tidak dinafikan siapa jua berhak untuk mempersoalkan tetapi dalam keadaan tertentu biarlah persoalan itu merujuk kepada fakta dan realiti kerana kita bukan sekadar berbicara soal politik tetapi melibatkan kesejahteraan negara dan rakyat keseluruhannya.

Kita sedar terdapat segelintir dari kalangan rakyat yang cuba untuk bereksperimen ! Maksudnya mereka sedang berkira-kira atau cuba untuk mengubah kerajaan kononnya untuk melihat sama ada perubahan yang berlaku itu boleh mendatangkan kebaikan yang jauh lebih baik daripada apa yang dimiliki hari ini.Jika tidak ubah kembali kepada kerajaan sedia ada pada hari ini.

Apabila sampai ke tahap itu, sebelum tindakan sedemikian diambil rakyat perlu membuat semakan dan penelitian berdasarkan "track record" kedua-dua belah pihak.

Apakah kita sanggup untuk memperjudikan nasib negara dan rakyat keseluruhnya bagi tempoh 5 tahun yang akan datang ?

Adakah kita sudah benar-benar yakin ianya boleh menyebabkan berlakunya perubahan yang lebih positif ?

Memang jika pembangkang mentadbir sekalipun akan ada perubahan tetapi sejauh mana perubahan itu mampu berpaksikan kepada perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan contohnya kedudukan agama Islam dan hak orang Melayu ?

Lihat kembali kejadian-kejadian yang berlaku di Pulau Pinang !

Contohnya kampung orang-orang Melayu dihapuskan, gerai milikan orang Melayu dirobohkan, dasar pembangunan yang tidak sekata khususnya dalam pembinaan rumah mewah dan rumah mampu milik semua ini menunjukkan kepada kita bahawa kebaikan yang dilakukan oleh pentadbiran pembangkang bolehlah disamakan dengan buih-buih cantik yang terhasil sewaktu berlakunya ombak sedang kepadatan dan kekuatan alunan yang membentuk ombak itu berada jauh didasar lautan yang kita sendiri tidak nampak.

Jadi bayangkan adakah kita sanggup untuk hanya menjadikan keyakinan yang dipenuhi dengan agakan itu sebagai penamat kepada keputusan yang bakal menentukan survival rakyat Malaysia ?

Bajet bayangan pembangkang hanyalah bajet yang masih berteraskan kepada bajet dan dasar kerajaan persekutuan.

Tidak ada perkara baharu yang dikemukakan kepada kita oleh pembangkang melainkan tokok tambah penyedap rasa dari apa yang telah dan bakal dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan di bawah Barisan Nasional dan pembangkang sudah tentunya boleh menyatakan apa sahaja kerana mereka bukan kerajaan persekutuan yang menampung bukan sahaja 1.6 juta penjawat awam tetapi juga seluruh rakyat Malaysia termasuk pembangkang dan negeri-negeri dibawah pentadbiran pembangkang.

Di saat kita terbang ke sana ke mari pasti akan ada insan yang hanya mampu berkereta!
Di saat kita boleh berkereta pasti ada insan lain yang hanya mampu bermotorsikal!
Di saat kita bermotorsikal pasti ada insan lain yang hanya mampu menunggang basikal!
Di saat kita menunggang basikal pasti ada insan lain yang hanya berjalan kaki!

Dan perlu diingat disaat kita masih mampu berjalan kaki pasti ada insan lain yang sedang kesakitan dan nasib mereka-mereka ini sudah tentunya bergantung kepada kestabilan sesebuah kerajaan dan dasar yang dibawanya.

Oleh yang demikian, MMI berpesan ... Janganlah kita asyik memikirkan tentang diri sendiri kerana kesan daripada tindakan kita itu bakal menyebabkan pihak dan individu lain terkesan seterusnya menanggung beban akibat daripada tindakan kita yang hanya mengikut emosi.

Bajet 2018 yang bakal dibentang oleh YAB Perdana Menteri sekejap sahaja lagi adalah BAJET REALISTIK yang berdasarkan kepada KEMAMPUAN dan KEUPAYAAN negara BUKAN BAJET POLITIK semata-mata.

MMI

Wednesday 25 October 2017

Dendam Tun M Sampai Ke Tahap Hina Negara Sendiri


Jika benarlah Tun Mahathir mahu melihat sebuah negara Malaysia yang bebas dari segala perlakuan negatif yang disebutnya sejak menjadi saudara sebantal DAP, sudah pasti isu membabitkan pertuduhan terhadap Lim Guan Eng, masalah pentadbiran kerajaan negeri DAP Pulau Pinang yang kini sudah sampai ke tahap mengorbankan nyawa,isu UNISEL di Selangor, isu penyelewengan dana  YAWAS, perbalahan sesama pemimpin dalam parti dan banyak lagi diambil peduli.

Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya, Tun Mahathir sengaja memekakkan telinganya dan membutakan matanya sendiri dan hanya berpegang kepada sumber fitnah yang dijaja ke serata negara.

Kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah misalnya Tun Mahathir sepi tanpa berita !

Dalam banyak siri ceramah Tun Mahathir sekalipun tidak ada bukti yang dikemukakan malahan sehingga kini tidak ada mana-mana pihak yang tampil dengan bukti-bukti walaupun dalam isu tertentu pihak berkuasa khususnya PDRM sudah pun memberikan ruang kepada pihak yang membuat tuduhan supaya tampil menyerahkan bukti-bukti.

Selebihnya Tun Mahathir lebih banyak meracau dengan tuduhan penyedap halwa telinga dan semakin hari ianya semakin mengikut emosi dan dendam politiknya terhadap pimpinan UMNO hari ini.

Dalam artikel sebelum ini MMI dah sebut betapa Tun Mahathir sebenarnya sedang berdepan dengan dilema politik yang cukup melampau sehingga sanggup menggadaikan dirinya sendiri.Tidak cukup dengan itu Tun Mahathir kemudiannya menghina pula keturunan orang-orang Bugis yang rasanya tidak punya dosa terhadap beliau.Baca artikel berkaitan http://mahamissa.blogspot.my/2017/10/malay-dilemma-bila-tun-mahathir.html

Natijahnya akibat daripada tindakan tersebut, Malaysia berdepan dengan situasi yang memungkinkan berlakunya insiden mirip konfrontasi dan sudah tentu pihak kerajaan sedikit sebanyak akan terlibat.Namun akibat tindakan sembrono dan penting diri akhirnya Tun Mahathir sendiri di kecam oleh masyarakat Bugis.Antaranya ;
Konsul Kehormat Malaysia di Makassar, Indonesia, Halim Kalla yang berketurunan Bugis berkata, jika kenyataan seperti itu dikeluarkan di Indonesia, Dr. Mahathir akan ditahan pihak polis kerana perbuatan tersebut seumpama mengisytiharkan pe­rang untuk memecahbelahkan bangsa.
“Dr. Mahathir tidak perlu menyentuh soal asal usul kerana kita semua, baik pemimpin di Indonesia atau di Malaysia terdiri daripada pelbagai keturunan tetapi tetap saling hormat menghormati, baik sebagai warga Malaysia atau Indonesia.Baca seterusnya
Sebagai pemerhati politik, MMI beranggapan Tun Mahathir akan memohon maaf diatas ketelanjuran kata-katanya sebab Tun Mahathir mengaku begitu cintakan Melayu dan Malaysia.

Mengambil kira kehadiran beliau dalam politik selama lebih dari 20 tahun sebagai pemimpin dan kini masih lagi berpolitik sudah tentu pengalamannya akan menjadi pengajaran yang berguna tetapi Tun Mahathir benar-benar hilang prinsip bukan sahaja tidak memohon maaf, di tempelak pula masyarakat Bugis yang bangun menyatakan rasa tidak senang mereka terhadap tingkah laku Tun Mahathir.

Tak cukup dengan itu Tun Mahathir hina pula negara sendiri sebagai "Darul Penyangak" !


Penghinaan itu merujuk kepada isu kleptokrasi yang dijaja pembangkang sedang realitinya Tun Mahathir lupa yang bersikap sedemikian lebih menjurus kepada puak-puak dalam Pakatan Haprak sendiri.

Buktinya himpunan anti kleptokrasi GAGAL menarik sokongan rakyat dan semua itu berlaku kerana Tun Mahathir dan konco-konco Pakatan Haprak tidak berdiri atas prinsip yang satu sehingga mempertontonkan kepada umum aksi 2 badut sarkas yang cukup melucukan sekali.Baca artikel berkaitan http://mahamissa.blogspot.my/2017/10/bebal-di-anti-kleptokrasi-tun-mahathir.html

Dalam masa yang sama, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata amat tidak wajar bagi bekas perdana menteri itu menggelarkan negara ini dengan nama sebegitu kerana gelaran tersebut tidak patriotik dan di luar daripada batas kewarasan berpolitik.

“Jikapun marah dengan kerajaan hari ini, Mahathir tidak sepatutnya menghina negara sendiri. Negara ini adalah negara kita bersama.

“Baik atau buruknya, maju atau mundurnya negara ini, kita perlu bersama mempertahankannya, bukan menghinanya,” tegas Salleh menerusi catatan terbaharu di blog beliau; sskeruak.blogspot.my hari ini.

Well dendam kesumat yang membara dalam diri Tun Mahathir itu hampir pasti sudah pun merosakkan reputasi dirinya sendiri.Di saat Tun Mahathir begitu galak menyerang dan menghina pimpinan dan negara kita, kerajaan di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib konsisten dengan gerak kerja mereka.

Tidak bermuka-muka dan berani mengambil keputusan yang tidak mesra rakyat kerana kerajaan Barisan Nasional dengan UMNO sebagai parti peneraju tahu keupayaan dan kemampuan mereka untuk menguruskan negara tanpa perlu bermuka-muka dan berbohong seperti mana yang sering dilakukan oleh puak-puak dalam Pakatan Haprak.

Kerajaan akan laksanakan apa yang mencakupi kemampuan kerajaan sebab kita REALISITIK bukan HIPOKRIT !

MMI

Tuesday 24 October 2017

Jangan Retorik PAS Perlu BERANI Bertindak !


Mengikuti perkembangan parti PAS pada hari ini, sedikit sebanyak ianya mengundang persoalan tentang sejauh mana parti yang pernah dihumban DAP dari Pakatan Rakyat itu benar-benar serius dalam mendepani suasana politik alaf baru ?

Semua sedia maklum PAS tidak lagi bersama dalam Pakatan Haprak dan sudah pun berdepan perpecahan sesama sendiri sehingga tertubuhnya PAN.Dari satu sudut perpecahan itu sebenarnya baik kerana disinilah urusan pemutihan untuk membersihkan parti PAS daripada anasir dan puak-puak  beragenda songsang yang selama ini mempergunakan kedudukan serta kehadiran mereka untuk kepentingan diri boleh dilakukan.

Siapa tidak kenal Mat Sabu dan barisan kepimpinan parti PAN ? Kumpulan itu sejak awal lagi sudah membuka pintu seluas-luasnya kepada kehadiran DAP yang jelas menentang usaha memperkukuhkan institusi Islam seperti mana yang dimahukan PAS, lihat sahaja isu-isu membabitkan tuntutan kalimah Allah, RUU355, dan lain-lain.

Reputasi PAS sebelum ini sebenarnya dimusnahkan oleh para pengikutnya sendiri yang terdiri daripada kalangan mereka yang lebih melihat soal KEDUDUKAN, KUASA, WANG RINGGIT, dan PERJUANGAN politik yang lebih terarah kepada liberal dan sekular.

Mana mungkin agenda sedemikian boleh "match" dengan prinsip dan dasar parti PAS dan kerana perbezaan itu jugalah kita pernah melihat bagaimana Mat Sabu begitu beria-ia untuk cuba merubah dasar PAS dengan menolak sekejap perjuangan Islam dan menerima agenda DAP semata-mata untuk mendapatkan KUASA !

Hari ini PAS bukan sahaja ditolak oleh sebahagian penyokong-penyokongnya dengan meninggalkan parti itu dan menyertai PAN tetapi sudah menjadi sasaran PELURU politik DAP dan antara gerakan licik mereka adalah mensasarkan peluru-peluru itu terhadap Hadi Awang seperti mana yang mereka lakukan terhadap UMNO dengan menyerang Datuk Seri Najib.

Agenda yang hampir sama dan sasaran yang sama iaitu terhadap angkatan Melayu dan Islam terdiri daripada PAS dan UMNO !

Kenapa agaknya kedua-dua kumpulan itu perlu segera diserang dan dimusnahkan ?

Kerana mereka tahu sebarang hubungan walaupun ianya sebesar zarah sekalipun bakal melenyapkan agenda besar DAP dan peluang untuk mendapatkan PUTRAJAYA !

NAMUN ....

Walaupun kita sudah melihat PAS berupaya untuk terus bertahan, realitinya kedudukan parti PAS itu sendiri tidaklah seselamat mana.

PAS sedang berdepan konflik identiti memandangkan peperangan politik sejak tertubuhnya PAN sudah tentu melibatkan kalangan mereka-mereka yang dulunya bersama atas satu parti.

Satu pengalaman yang telah dilalui oleh UMNO apabila wujudnya PKR !

Harus diakui ianya bukan mudah kerana parti perlu benar-benar KONSISTEN dan KOMITED dalam mendepani cabaran dan serangan politik melampau yang boleh sampai ke tahap menyentuh EMOSI.

Buktinya sudah ada, perebutan Wisma Tok Guru di Kelantan !



Apa yang berlaku ? Berlaku ketegangan membabitkan penyokong PAS dan PAN berhubung isu perebutan wisma tersebut sehingga terpaksa ditenangkan oleh anggota polis yang mengawal kawasan berkenaan.

Sebelum ini media melaporkan PAN mungkin terpaksa mencari bangunan baharu untuk menempatkan pejabat mereka apabila menerima notis mengosongkan wisma tersebut.

Difahamkan, notis tersebut dikeluarkan melalui nama pemilik asal tanah yang menempatkan bangunan yang menjadi pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa dan markas PAN Kelantan.

Isu tanah tersebut sebelum ini ditimbulkan oleh ADUN Meranti, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud yang mendakwa bangunan dan tapak berkenaan milik kerajaan negeri.

Malah, Mohd. Nassuruddin juga mempertikaikan tindakan Husam kerana terus menggunakan kemudahan berkenaan walaupun sudah meninggalkan PAS.

Husam bagaimanapun dilaporkan berkata, beliau akan mencabar arahan mengosongkan bangunan berkenaan dengan memfailkan kes itu ke mahkamah.-Seterusnya 

Well apa yang berlaku itu sudah membuktikan bahawa akan berlaku keadaan-keadaan sebegitu dan mungkin jauh lebih dasyat lagi di masa depan apatah lagi dengan PRU14 just around the corner !

Soalnya apakah PAS benar-benar bersedia untuk berdepan dengan segala macam serangan politik yang hampir pasti menerjah kem mereka ?

Melihat kepada perkembangan terkini, PAS masih lagi leka dan gagal tampil secara konsisten khususnya dalam hal membabitkan parti sendiri.

Baru-baru ini, PAS mengesahkan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar tidak akan diketengahkan sebagai calon mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Dalam masa sama, PAS juga memberi peringatan kepada Mahfuz supaya keluar daripada parti berikutan tindak tanduknya yang cenderung menyokong Pakatan Harapan diketuai DAP.

“Saya beritahu terus terang, Mahfuz tidak akan bertanding lagi. Mereka yang menentang PAS tidak akan dicalonkan lagi. Itu pendirian kita.

“Kita akan ganti dengan calon yang lebih baik mengantikannya (Mahfuz) di Pokok Sena,” katanya ketika ditemui selepas satu siri ceramah. selanjutnya 

Agak ganjil sekali tingkah laku parti PAS apabila mendepani isu semacam ini !

Mahfuz yang jelas sekali begitu BANGGA bersama PAN dan kedudukan Salleh Man Adun Permatang Pasir di Pulau Pinang yang sehingga ke hari ini masih lagi berkiblatkan Pakatan Haprak dibiarkan bergerak bebas seolah-olah PAS merestui tindak-tanduk mereka berdua !

Sebagai parti politik, PAS sewajarnya segera memecat Mahfuz dan membuat satu keputusan secara drastik berhubung kedudukan Salleh Man di Pulau Pinang.

Namun sehingga ke hari ini ianya tidak berlaku !

Makanya MMI nak ingatkan PAS jangan bersikap RETORIK, BERTINDAK bukan sekadar bercakap ! 

Sebab kita faham sangat-sangat kesannya cukup besar !

MMI

Monday 23 October 2017

Tanah Runtuh : Bukan Setakat Tak Hirau Suara Rakyat , Keputusan JAS Pun Tak Di Peduli


Kejadian tanah runtuh di Lembah Permai Pulau Pinang yang telah mengorbankan nyawa baru-baru ini sekali lagi dikejutkan dengan berita bahawa permohonan bagi pembinaan pangsapuri di lereng bukit itu sebenarnya telah di tolak oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Melalui satu kenyataan media dikeluarkan Ketua Pengarah JAS , Datuk Dr Kamarulnajuib Che Ibrahim berkata JAS menerima ‘Permohon Kebenaran Merancang’ pada 9 Januari 2015 dari pemaju perumahan itu, Taman Sri Bunga Sdn Bhd dan memberi jawapan penolakannya pada 23 Januari 2015.

“Tapak pembinaan itu terletak bersebelahan dengan kuari granit yang dimiliki Teik Granite Quarry yang merupakan kuari kekal di situ dan sudah beroperasi sejak 1960.

“Syarikat kuari itu melakukan letupan dua kali sebulan dan terakhir adalah pada 9 Oktober 2017. Apabila batu diletupkan dan pecah dari lereng bukit itu, ia kemudian dihantar ke tapak penghancuran di kawasan kuari yang sama bagi dihancurkan untuk kegunaan sektor pembinaan.

“JAS tidak menyokong permohonan pemaju untuk memulakan perancangan projek itu kerana tiada zon penampan yang mencukupi antara projek pangsapuri itu dan aktiviti kuari berhampiran berlandaskan kepada Garis Panduan Pendudukan dan Penzonan Kawasan Industri dan Perumahan. 

“Aktiviti kuari berkenaan terletak hanya 162 meter dari tapak penghancuran dan antara 400 hingga 500 meter dari tapak letupan kuari itu.

“Oleh itu ia adalah tidak selamat dan persekitaran yang tidak aman untuk penempatan manusia. Malah, pembangunan itu melibatkan cerun curam dan ini memerlukan kajian terperinci kejuruteraan yang memerlukan kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar. Bagaimanapun, mereka membuat keputusan untuk tidak mengendahkan nasihat kami dan meneruskan pembinaan dan tidak menghiraukan keselamatan pekerja mereka. rujuk




Malah Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini mengaku mereka tidak mendapat sokongan daripada JAS untuk meneruskan projek terbabit tetapi masih lagi dengan sikap angkuh mereka apabila mengatakan projek itu diteruskan apabila mendapat persetujuan 20 agensi yang lain dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Sehenti (OSC) Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). Baca SINI

Agensi mana yang bersetuju tu ? Selain dari Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) siapa lagi ? 

Kerajaan DAP perlu menyenaraikan ke semua agensi terlibat dan setiap agensi terlibat perlu mendedahkan kenapa persetujuan tersebut diberikan ? Atas dasar apa dan kenapa ?

Malah Kerajaan DAP perlu mendedahkan minit Mesyuarat Jawatankuasa OSC pada 18 Februari 2015 seperti mana yang didakwa oleh EXCO Kerajaan Tempatan, Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow.

Jangan sekadar bercakap dalam sidang media sebab keyakinan rakyat terhadap DAP pada hari ini diragui memandangkan para pimpinan parti dan kerajaan DAP Pulau Pinang yang suka putar belit !

Sebagai sebuah kerajaan negeri , DAP selaku peneraju pentadbiran langsung tidak menghiraukan rungutan dan suara rakyat apatah lagi suara-suara dari NGO dan wakil-wakil daripada parti BN yang sebelum ini telah mempertikaikan projek di kawasan tebing bukit.

Jika suara ini tidak didengari dan hanya berpaksikan kepada 20 agensi yang diperkatakan, apakah ini merujuk kepada hal yang dilalakkan oleh kerajaan negeri kononnya mereka berjiwa rakyat ?

Dan adakah persetujuan dari agensi yang diperkatakan itu berdasarkan kepada kajian yang menyeluruh khususnya berkaitan dengan kemungkinan berlakunya bencana alam yang boleh mendatangkan bahaya kepada mereka yang terlibat ?

Atau persetujuan itu ada kena mengena dengan unsur-unsur RASUAH ?

BUKTIKAN !!!!!

MMI

Sunday 22 October 2017

Tanah Runtuh Guan Eng Jangan Bagi Alasan Lagi Sila Keluar Dari P.Pinang !


Pakar segala putar belit ini sekali lagi mengambil jalan mudah apabila kejadian tanah runtuh yang telah mengorbankan 8 orang dan sebahagian lagi masih hilang (tertimbus) dianggap sekadar bencana di tempat kerja.

Secara ringkasnya memang kejadian tersebut melibatkan kawasan tapak pembinaan namun sebagai seorang Ketua Menteri, Guan Eng harus bertanggungjawab terhadap nahas terbabit memandangkan ia melibatkan projek di kawasan tebing bukit yang sebelum ini telah mendapat reaksi dari pelbagai pihak.

Isu pembangunan melibatkan kawasan bukit sudah lama menjadi rungutan banyak pihak sama ada NGO mahupun parti-parti politik tetapi sikap sambil lewa kononnya sudah terlalu kebal menjadi penyebab kenapa bencana yang paling dibimbangi itu akhirnya berlaku.

Kerajaan DAP Pulau Pinang sememangnya tidak pernah mahu belajar, insiden Highland Tower misalnya adalah contoh paling jelas betapa pembangunan di kawasan lereng bukit perlu mendapat perhatian serius kerana kesannya boleh membawa kepada kematian.

Lebih malang lagi,  Adun Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu pernah membantah pelaksanaan projek tersebut kerana faktor keselamatan namun kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkeras meluluskannya.

Malah penduduk juga diberitakan pernah membantah projek pembinaan di lereng bukit terbabit tetapi langsung tidak diendahkan.

Sikap keras kepala dan degil kerajaan DAP Pulau Pinang benar-benar mengecewakan rakyat khususnya mereka-mereka yang tinggal berdekatan dengan kawasan terlibat.

Bersembunyi disebalik nama "Projek Khas" bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan dilakukan dilihat sekadar jalan pintas yang digunakan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang yang sekarang ini mula kelam kabut selain mula menyalahkan pihak pemaju.

Apakah relevannya menjadikan nama "Projek Khas" ini sebagai "Gate Pass" untuk menghalalkan kerja-kerja pembinaan di lereng bukit sedangkan sudah terdapat garis panduan sedia ada iaitu tidak meluluskan projek pembangunan kawasan bukit yang terletak melebihi 76 meter dari paras laut ?


Kenapa agaknya projek ini diluluskan memandangkan sebelum ini sudah terdapat laporan terhadap kawasan yang sama sejak awal lagi ?


Perlu diingat berdasarkan pautan tersebut, isu yang sama bukan hanya melibatkan kawasan nahas tetapi juga di kawasan-kawasan lain.Oleh kerana itulah para pemimpin khususnya daripada Barisan Nasional hari ini dengan tegas menggesa kerajaan DAP Pulau Pinang supaya SEGERA menghentikan pembangunan di lereng bukit.





Yang pasti sudah ada nyawa yang terkorban dan suara-suara wakil rakyat serta penduduk langsung tidak dihiraukan.

Apakah ini yang dikatakan kerajaan berjiwa rakyat ? 

Apakah ini yang dikatakan kerajaan yang mengamalkan prinsip Cekap , Akauntibiliti dan Telus ?

Macam YB Farid katalah "Guna Eng, Enough Is Enough" !!!!

So Lim Guan Eng sila keluar dari Pulau Pinang !

MMI

Saturday 21 October 2017

MALAY DILEMMA , Bila Tun Mahathir Melampaui Sempadan & Adab Kemelayuannya


Apakah yang anda semua dapat simpulkan daripada gambar diatas ? Adakah ianya sekadar satu sesi bergambar atau ianya satu lagi bukti betapa kerakusan politik akhirnya menyebabkan Tun Mahathir dan Melayu yang bersama itu terpaksa menelan ludah sendiri !

Semua pihak sedia maklum betapa Tun Mahathir dikenali sebagai seorang pemimpin yang begitu obses memperjuangkan agenda Melayunya.Bahkan kalau kita amati sejarah sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia, tidak ada sesiapa pun yang boleh menyanggah kenyataan tersebut.

Demi kelansungan perjuangan orang Melayu dan UMNO khususnya, Tun Mahathir adalah orang pertama yang menyatakan pendiriannya supaya seluruh rakyat menolak kehadiran Anwar Ibrahim kerana sifat bekas timbalan Tun Mahathir itu terlalu berbeza dengan norma-norma orang Melayu.

Tun Mahathir tidak sesekali boleh menerima kehadiran seorang pemimpin yang punya jiwa dua alam ! Lebih malang lagi manusia dua alam itu adalah orang yang beliau sendiri angkat ke kedudukan tertinggi dalam negara yang akhirnya menjadi penentang kepada pentadbirannya sendiri.

Bekas Perdana Menteri yang pernah menghasilkan buku bertajuk "Malay Dilemma" itu dilihat konsisten dalam apa jua yang dituturkannya malah tindakan selepas itu jelas memperlihatkan kewibawaannya sebagai seorang pemimpin yang boleh untuk orang Melayu bertaut.

Lim Kit Siang dan parti cauvinis DAP pula adalah musuh politik yang perlu ditentang habis-habisan, seluruh angkatan UMNO terus-terusan mendapat mandat supaya memperkukuhkan parti demi perjuangan ABATA.

Rakyat mendapat penjelasan demi penjelasan kenapa DAP perlu ditolak dan kenapa pembangkang perlu dinafikan majoriti mereka daripada membentuk kerajaan persekutuan.

Hakikat yang tidak ada mana-mana pihak boleh pertikaikan kerana Tun Mahathir benar-benar mengangkat perjuangan Melayu bahkan secara tidak langsung mengangkat kedudukan agama Islam selain mengajak rakyat supaya mengamalkan toleransi sesama kaum.

Itu secara tersiratnya, cuma kalau kita perhatikan perjuangan Melayu yang dibawa Tun Mahathir selama beliau memimpin Malaysia, kita pasti akan nampak bagaimana Tun Mahathir sebenarnya lebih awal memanipulasi orang Melayu di akar umbi.

Benar Melayu mendapat peluang dan ruang dalam meniti kehidupan mereka tetapi realitinya Tun Mahathir lebih menumpukan kepada kumpulan tertentu yang dipasaknya sehingga menjadi ORANG PALING KAYA dalam Malaysia.

Mungkin agendanya baik tetapi secara rasionalnya kumpulan-kumpulan yang dipasak itu bukanlah majoriti orang MELAYU !

Nama-nama seperti Vincent Tan , Ananda Krishnan , Robert Kok dan ramai lagi termasuk anak-anak Tun Mahathir rasanya adalah kalangan mereka yang jauh lebih menikmati hasil sokongan orang-orang Melayu terhadap perjuangan Melayu yang dibawa Mahathir !

Ramai yang tak sedar tetapi diterima kerana Tun Mahathir pada ketika itu masih lagi berpegang kepada prinsip perjuangannya.Mungkin kaedah yang digunapakai itu adalah "Short Cut" untuk memudahkan lagi peluang orang-orang Melayu untuk bertapak.

Merujuk kepada perkara diatas apakah kini kita yakin bahawa usaha dan perjuangan bekas Perdana Menteri itu selama ini benar-benar berpaksikan kepada melonjak keupayaan orang Melayu atau ianya lebih kepada mempertahankan apa yang telah beliau miliki sepanjang era pentadbirannya ?

Namun semua itu sudah terdedah tatkala tubuh badan Tun Mahathir mula digadaikan kepada DAP, parti yang paling dibencinya suatu ketika dahulu.Kehadiran Tun Mahathir bersama dengan DAP dan pimpinannya adalah saat paling penting khususnya kepada orang-orang Melayu kerana disitulah segala-galanya terjawab !

Satu persatu niat dan agenda songsang mula terdedah, emosi politik melampau yang langsung tidak berbatas akhirnya memakan diri !

Sebagai contoh apakah rakyat benar-benar mahu meletakkan kepercayaan terhadap segerombolan mereka-mereka yang kononnya benar-benar berjiwa pejuang dengan memilih parti yang bukan sahaja berantakan malah dikecam oleh kalangan ahli sendiri sehingga ramai yang telah bertindak keluar parti ?

Atau sanggup menjadi pak angguk kepada sekumpulan pemimpin yang punya agenda dan kepentingan masing-masing ?

Tanpa kita sedar Tun Mahathir adalah penulis "The Malay Dilemma" dan tanpa memperincikan intipatinya (kerana yakin ramai yang sedar) kita perlu melihat soal PERJUANGAN untuk mengangkat kedudukan orang MELAYU itu sendiri.

Dalam hal ini apabila kita sampai ke tahap itu, perkara paling penting adalah PENYATUAN kerana Melayu tidak akan mampu untuk berpecah lagi.Perpecahan hanya akan mengakibatkan berlakunya episod ulangan di mana untuk mensejahterakan MELAYU kita perlu jalan "Short Cut" seperti mana yang dilakukan oleh Tun Mahathr di era pentadbirannya dengan mewujudkan sekali lagi kumpulan sokongan yang pada hari ini jauh mengatasi kita.

Siapa mereka ? Fikirkan ....

Dan kalau kita perasan di waktu ini Tun Mahathir sebenarnya sudah pun mengulangi strategi "Short Cut" tersebut dengan mula berpaut kepada DAP !

Apakah kita mahu ianya berulang ?

Percayalah yang dilemanya adalah Tun Mahathir dan kerana dilema itulah akhirnya Tun Mahathir sanggup menghina keturunan orang-orang BUGIS !

Mana adabnya ?

MMI

Labels