Followers

Wednesday 30 November 2011

Dari PWTC - PAS Kuda Tunggangan DAP


Bertempat di dewan utama PWTC malam tadi telah berlangsungnya Majlis Perasmian Serentak Persidangan Perwakilan Wanita,Pemuda dan Puteri UMNO yang telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Presiden UMNO.

Majlis yang dihadiri oleh semua perwakilan dari ketiga-tiga sayap UMNO tersebut cukup bermakna dan memberikan satu isyarat yang cukup jelas kepada semua anggota parti teruamanya sayap Wanita,Pemuda dan Puteri untuk terus memperkukuhkan parti demi mempertahankan maruah Bangsa,Agama dan Negara.


Dalam perkembangan terkini yang dilihat bahang pilihanraya semakin hampir maka semboyan sebenarnya telah dibunyikan bagi menuju ke medan peperangan.Peperangan untuk memenangi pilihanraya ke-13 nanti.

YAB Timbalan Presiden UMNO turut menyentuh peri pentingnya semua jentera memperkukuhkan parti dan fokus kepada kemenangan parti.




MMI cukup tertarik apabila YAB Timbalan Presiden UMNO turut berkata PAS yang kononnya menggantikan UMNO dalam perjuangan membela Islam seperti yang dicanangkan oleh mereka sebenarnya telah tersilap kerana ianya dilihat sebaliknya apabila YAB Timbalan Presiden berkata DAP yang sebenarnya menggantikan PAS kerana DAP lah yang menentukan aliran Islam yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.

PAS juga dilihat gagal sebenarnya apabila slogan Negara Berkebajikan dilihat hanyalah retorik politik apabila isu air bersih di Kelantan pun mereka tak mampu untuk tangani.Negara Berkebajikan yang bagaimanakah PAS laung-laungkan ini ?


Beliau turut mempersoalkan bagaimana Pakatan Rakyat mampu untuk menjaga kedudukan agama,bangsa dan negara jika pemimpin mereka sendiri (Anwar Ibrahim) bergelumang dengan krisis kredibiliti.

Paling penting dalam ucapan YAB Timbalan Presiden UMNO beliau mengingatkan semua perwakilan Wanita,Pemuda dan Puterisupaya tahu PRU Ke-13 adalah ibu segala pilihan raya yang akan menentukan jatuh bangunnya umat Melayu dan faktor calon adalah senjata untuk menang dalam pilihan raya nanti.Oleh itu beliau mengingatkan semua perwakilan bangunlah berjuanglah biar putih tulang jangan putih mata.Sambil diberikan tepukan yang gemuruh oleh semua perwakilan.

Hebat ucapan tersebut MMI yakin seluruh perwakilan pastinya bersemangat untuk sama-sama pastikan UMNO terus di pertahankan.

Ikuti Teks Ucapan Penuh Timbalan Presiden UMNO Klik Sini 

MMI.

Sekitar Perhimpunan Agung UMNO 2011 (Hari Pertama)


Perhimpunan Agung UMNO 2011 memulakan tirainya hari ini.Ribuan perwakilan pemuda dan puteri mula mendaftarkan nama masing-masing.PWTC mula sesak dengan para perwakilan dan pengunjung.

MMI yang membuat tinjauan sekitar Perhimpunan Agung UMNO 2011 ini cukup teruja apatah lagi seawal jam 08.00 pagi petugas-petugas sudah mula membuat persiapan masing-masing.Ini bagi memudahkan segala urusan dan jadual program berjalan dengan baik.

Para perwakilan pemuda,wanita dan puteri UMNO termasuk pengunjung yang mula membanjiri PWTC sejak awal pagi.






Kaunter-kaunter pendaftaran para perwakilan juga dibuka sekitar jam 9.30 pagi melibatkan kaunter pemuda,wanita dan juga puteri.Para perwakilan dilihat begitu ceria sewaktu bergilir-gilir mendaftarkan diri selain daripada bertemu rakan-rakan dari seluruh negara.Cukup muhibah dan akrab sekali barisan Hulubalang,Srikandi dan Permata UMNO ini.

Syabas MMI ucapkan kepada urusetia pendaftaran kerana berjaya menjalankan urusan pendaftaran dengan baik sekali.Senyuman sentiasa bermain dibibir petugas membuatkan para perwakilan yang terpaksa berbaris panjang tidak sedikit pun mengeluh.Semangat UMNO.




Selain dari itu pelbagai acara menarik turut disediakan kepada pengunjung dan perwakilan yang hadir.Gerai jualan jangan cakaplah macam-macam ada.Kepada makcik-makcik dan mereka-mereka yang masih belum sampai ke PWTC atau masih mencongak-congak untuk hadir MMI bawakan khusus untuk semua persiapan dan gerai-gerai jualan yang sedang rancak dipersiapkan dan ada yang telah memulakan perniagaan.



Hebat..Tunggu apa lagi mai jangan tak mai.Selain daripada gerai-gerai jualan turut disediakan adalah pameran motor yang menarik hati sesiapa saja yang hadir ke Perhimpunan Agung UMNO 2011 kali ini.Khusus untuk yang meminati motor-motor ni.




Memang menarik selain daripada semua yang diatas bertempat di Tanjong Lounge Riverside PWTC juga telah berlangsungnya pertandingan akhir Pidato Politik Piala Perdana Menteri.Seramai 12 peserta telah berjaya melayakkan diri kepertandingan akhir ini dan YB Khairy Jamaluddin Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia turut turun padang sebagai juri pertandingan.Pertandingan Pidato Politik Piala Perdana Menteri anjuran Pemuda Barisan Nasional ini telah menjelajah keseluruh negara dalam sesi peringkat zon.Klik Sini  

Pertandingan ini dimenangi oleh peserta dari Johor Mohd Syamsul Salleh 25 tahun dan beliau berjaya membawa pulang piala iringan beserta wang tunai Rm5000.00.Sepanjang pertandingan berlangsung Tanjong Lounge Riverside penuh sesak dengan penonton dan sambutan yang diberikan amat menggalakkan.Tahniah kepada Pemuda Barisan Nasional.



Setelah berakhirnya pertandingan pidato tersebut semua perwakilan pemuda UMNO di jemput ke Dewan Tun Razak 1 PWTC bagi majlis ramah mesra dan jamuan makan tengahari yang merupakan sebahagian daripada acara tahunan pemuda UMNO Malaysia meraikan semua perwakilan dari seluruh negara yang hadir ke Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Artis kumpulan NICO sedang membuat persembahan
Sempena dengan majlis jamuan makan ini semua perwakilan dihiburkan dengan satu persembahan BN Youth Music terdiri daripada barisan artis kumpulan NICO,Adam AF dan banyak lagi.Ini merupakan sebahagian daripada usaha atau kaedah Pemuda UMNO dan BN untuk mendekati golongan muda dari pelbagai lapisan dan minat yang berbeza.





Bagi MMI program dan jadual hari pertama ini cukup padat namun ianya dapat memberikan satu pengalaman berguna buat semua perwakilan yang hadir.Kepada Pemuda UMNO teruskan kerja buat kamu yang cukup baik ini.Persetankan apa saja tohmahan orang-orang yang dengki kerana ianya tidak membawa kita ke mana.

Ayuh bangun kita pertahankan Barisan Nasional.

P/S Sampai sini dulu,kaki sakit jalan banyak sangat tadi.Apa pun MMI nak tidur sebentar.Arios.    

MMI.

Monday 28 November 2011

Guan Eng Hilang Punca Bila Tsu Koon Makin Ceria


Ketika berarak masuk ke dewan majlis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang berjubah khas sempat melambaikan tangan dan tersenyum ke arah sekumpulan media, manakala Keng Yaik pula kelihatan serius. Selepas majlis itu berakhir, Tsu Koon, ketika mengadakan sidang media, sempat berjenaka dengan menyatakan ramai orang pada masa sekarang mengubah gaya rambut masing-masing ketika merujuk kepada seorang wartawan yang dikenalinya.

Tsu Koon seolah-olah dijadikan 'budak belasahan' bagi Guan Eng. Agaknya, apabila Tsu Koon tidak lagi bertanding, maka Guan Eng akan kehabisan modal untuk mengkritik BN "Saya sendiri sudah mengubah gaya rambut...rambut saya lebih pendek sekarang," katanya yang mungkin cuba merujuk kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang menukar penampilan rambutnya, baru-baru ini.

Gelagat bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu dilihat cukup santai berbeza sebelum ini apabila ada kalanya berwajah muram dan enggan menjawab soalan pertanyaan wakil media terutama terhadap desakan supaya beliau mengundurkan diri termasuk sebagai Presiden GERAKAN.

Mungkin perubahan itu disebabkan oleh pengumuman yang dibuatnya tiga hari sebelum itu iaitu untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang bagi memberikan laluan kepada pemimpin muda selaras agenda transformasi parti, ‘Gerak Bersama Rakyat’. Pengumuman itu disambut dengan pelbagai reaksi ada yang gembira, sedih dan terkejut.



Paling mengejutkan ialah reaksi daripada Guan Eng yang mahu Tsu Koon diberi peluang bertanding pada pilihan raya umum kerana beliau adalah pemimpin tertinggi GERAKAN, selain berjawatan menteri. 

Setiausaha Agung DAP itu mahu Tsu Koon mencontohi Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, yang kembali bertanding walaupun pernah tewas. Guan Eng mendakwa Tsu Koon tidak membuat keputusan secara sukarela, sebaliknya akibat desakan Barisan Nasional (BN).

Amat mengejutkan apabila Guan Eng mengeluarkan kenyataan itu kerana sejak memegang tampuk pemerintahan Pulau Pinang, beliau sering mengeluarkan kenyataan mempersendakan Tsu Koon yang diperlinya sebagai ‘kawan baik saya’ dalam kebanyakan sidang media atau ceramahnya bagi menunjukkan kegagalan kerajaan BN Pulau Pinang terdahulu.

Tsu Koon seolah-olah dijadikan ‘budak belasahan’ bagi Guan Eng. Agaknya, apabila Tsu Koon tidak lagi bertanding, maka Guan Eng akan kehabisan modal untuk mengkritik BN yang rakyat maklum berjaya memodenkan Pulau Pinang.

Bagi Tsu Koon, beliau kini boleh memfokuskan kepada usaha memantapkan GERAKAN yang mencatat prestasi paling buruk pada Pilihan Raya Umum 2008 (PRU-2008) dan tidak perlu lagi memikirkan strategi untuk dirinya menang pilihan raya.

“Saya akan berada di barisan depan untuk berdepan segala kritikan terhadap GERAKAN,” tegas Tsu Koon.

Selesai dengan persoalan masa depan Tsu Koon, satu lagi perkara iaitu berkaitan jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang yang sepatutnya diumumkan pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN, baru-baru ini.
Tsu Koon yang memegang jawatan itu sejak 1990, dikatakan akan meletak jawatan bagi memberi laluan kepada pemimpin lain mengetuai jentera BN negeri yang didakwa pelbagai pihak masih tercari-cari rentak sebagai pembangkang serta masih ‘berlagak’ seperti kerajaan.

Secara tradisinya, kerusi itu dipegang oleh wakil GERAKAN dan boleh dikatakan ia boleh menjadi petanda kepada calon Ketua Menteri jika BN berjaya merampas kembali pentadbiran negeri pada pilihan raya akan datang.

Dua nama yang disebut-sebut bakal menggantikan Tsu Koon ialah Setiausaha Agung GERAKAN, Teng Chang Yeow dan Naib Pengerusi GERAKAN negeri, Ong Thean Lye. Kedua-dua mereka adalah lepasan Universiti Sains Malaysia (USM) dan mempunyai kelebihan masing-masing. Jika dinilai dari sudut karisma jawatan itu, seharusnya menjadi milik Chang Yeow, tetapi dari segi penerimaan ahli GERAKAN, Thean Lye adalah orangnya.

Kini semua menanti pengumuman siapa bakal menjawat jawatan itu yang dijangka dilakukan minggu ini dan diharapkan pemimpin berkenaan mampu menggalas tanggungjawab untuk berdepan dengan pakatan pembangkang pada ‘peperangan’ tidak lama lagi.

“Chang Yeow bijak berpolitik, pandai berceramah, mempunyai idea bagus dan mesra rakyat. Tetapi, masalahnya ialah dari segi penerimaan ahli dan ini berpunca atas sikapnya yang sering berasakan dirinya berkaliber berbanding orang lain.

“Thean Lye pula tidak terlalu pandai berceramah dan sebijak Chang Yeow, tetapi beliau mesra ahli,” kata seorang Pemuda GERAKAN sambil menambah Chang Yeow dan Thean Lye tidak dapat menunjukkan kemampuan serta kaliber masing-masing sebelum ini kerana ada pemimpin tertinggi dalam parti itu yang cuba menghalang mereka.

“Ini menyebabkan mereka tidak dapat menunjukkan kemampuan serta kaliber masing-masing,” katanya.

Kini semua menanti pengumuman siapa bakal menjawat jawatan itu yang dijangka dilakukan minggu ini dan diharapkan pemimpin berkenaan mampu menggalas tanggungjawab untuk berdepan dengan pakatan pembangkang pada ‘peperangan’ tidak lama lagi.

Sumber Agenda Daily.

Apa pun yang bakal terjadi kita perlu sama-sama pastikan Pulau Pinang kembali ke tangan Barisan Nasional.

MMI.

Sam Ketot Gila Nak Ke Putrajaya


Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Ke-8 yang telah diadakan di Johor dilihat sebagai pentas untuk menanam kebencian terhadap kerajaan Barisan Nasional.Pentas tersebut digunakan sepenuhnya untuk menghentam kerajaan dan sasaran ditujukan kepada UMNO.


Hebat sekali AMK yang diketuai oleh Si Sam Ketot ni.Hebat sungguh dia mengkritik dan menghentam kerajaan dan UMNO seolah-olah parti keadilan tidak pernah sunyi dari masalah dan kelemahan.Apatah lagi jika kita fokuskan kepada pemimpin utama mereka jauh panggang dari api jika nak dibandingkan YAB Datuk Seri Najib Tun Tazak dengan Anwar Al-Juburi.

Kali ini MMI nak fokuskan kepada Angkatan Muda Keadilan pula.Kebetulan MMI pun dalam kategori muda jadi biar muda bercakap pasal muda.Sepanjang Pemerhatian MMI ucapan Ketua Angkatan Muda Keadilan haprak ini dilihat cukup membosankan dan laungan sokongan hanya dibuat apabila di minta atau disoal oleh Si Sam ini.


Apakah sebagai seorang pemimpin sebuah parti yang kononnya berjuang untuk rakyat boleh mengajak rakyat untuk turun ke jalanan bagi menumbangkan kerajaan yang sedia ada ? Apalah malang penyokong-penyokong keadilan ini terutamanya barisan pemuda kerana mengangkat seorang pemimpin yang sebenarnya hanya pencacai kepada Anwar Ibrahim.

Lupakah kamu penyokong-penyokong Keadilan bahawa dalam ucapan Sam Ketot ini beliau secara terang-terangan telah menyatakan untuk memastikan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-7 bahkan mengajak seluruh jentera keadilan untuk sama-sama  memastikan Anwar tidak dimasukkan ke penjara kerana kes liwatnya. 
Adakah ini kepimpinan yang baik apabila mengajak pengikutnya untuk melanggar undang-undang dan beliau dilihat tidak dapat menerima apa saja keputusan mahkamah melainkan keputusan itu memihak kepada mereka.Adakah ini yang dimaksudkan dengan keadilan? 


Kalau bersumpah pun takut macam mana nak dapatkan sokongan rakyat ? Kepada Sam Ketot cukup-cukuplah menjilat punggung Anwar tu.Lebih baik kamu usahakan supaya Anwar Ibrahim bersumpah beliau tidak terlibat dalam kes liwat Saiful Bukhari baru boleh jadi hero.

MMI juga turut melihat Kongres ini khususnya AMK tidak ada satu pun perkara yang dibincangkan atau dipertontonkan kepada rakyat bahawa mereka serius dan komited dalam usaha untuk membela nasib rakyat.Yang selalu dilaungkan adalah UMNO tidak baik,nak pastikan supaya Anwar menjadi PM,nak adakan demonstrasi jalanan,kerajaan tidak adil,memperbaiki ranting dan cabang yang memang bermasalah dan banyak lagi semuanya perkara-perkara menghentam parti lawan.

Sam Ketot telah berjanji untuk memastikan Anwar menjadi PM,Beliau juga turut bersemangat untuk merampas kerajaan persekutuan pada pilihan raya ke-13 nanti.Pastinya semua itu memerlukan sokongan rakyat dan pengikut-pengikut Pakatan Haprak termasuklah pencacai dikalangan PAS dan semestinya politik jalanan menjadi agenda utama mereka untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.

Tindakan pengecut dan bacul daripada pemuda keadilan.Sam Ketot ternyata meletakkan kuasa dan jawatan sebagai keutamaan selain daripada berbohong kepada rakyat semata-mata untuk menjayakan misi mereka ke Putrajaya.

Ops Jangan lupa beliau juga dilihat sedang mengintai-ngintai tempat untuk bergelar wakil rakyat. 

Paling bahaya apabila telah mula kedengaran cakap-cakap berkenaan apa salahnya selain bangsa Melayu menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia.Ternyata mereka lupa jasa dan pengorbanan para pejuang terdahulu yang bersusah payah untuk memastikan tanah melayu dipimpin oleh bangsa Melayu sendiri.

Sam ketot dan barisan AMK sememangnya kurang ajar dan bahaya kepada negara Malaysia.

MMI serahkan kepada semua untuk membuat penilaian.Ikutilah ucapan demi ucapan Ketua Angkatan Muda Keadilan yang MMI bawakan di atas serta fahamilah maksud sebenar dan sejauh mana komitmen mereka untuk membawa Malaysia ke mercu kejayaan.


MMI yakin dan pasti UMNO yang dicaci dan dimaki ini khususnya sayap pemuda akan memberikan tentangan yang cukup sengit apatah lagi Perhimpunan Agung UMNO yang bakal menyusul tak sampai 48 jam ini bakal mencetuskan satu semangat dan tindakan terbaik dari semua segi untuk mempertahankan maruah Bangsa,Agama dan Negara.

Rumusannya apa saja yang diperkatakan,UMNO dan Barisan Nasional jugalah yang bekerja untuk kebaikan dan kebajikan rakyatnya.Selain daripada merosakkan perpaduan rakyat Malaysia,memburukkan negara kepada dunia luar,Puak-puak Sam buat apa? 

Ayuh bangsaku kita nyahkan pembangkang dari bumi bertuah Malaysia.

MMI.
  

Malaysia vs Apex


Semua rakyat Malaysia telah pun mengetahui keputusan perlawanan di antara Malaysia dan Bahrain.Keputusan penuh Malaysia kalah kepada Bahrain dengan 3 - 2 cukup membuatkan jiwa dan semangat kita lemah,kecewa,marah,sakit hati dan sebagainya.

Namun perlu diingat bagaimana anak-anak buah Ong Kim Swee ini bermati-matian berusaha untuk membawa bolasepak negara ke mata dunia.Hari ini walaupun kita tewas tetapi nama Harimau Malaya tetap memberikan perasaan gerun dan gentar kepada setiap pasukan yang bakal bertemu dengan Malaysia.



MMI sentiasa memberikan sokongan dan buat semua barisan pemain dan pegawai Harimau Malaya anda telah melakukannya.Syabas teruskan usaha dan pastikan kita mampu.


Buat semua penyokong-penyokong Harimau Malaya anda semua terbaik.Teruskan sokongan kerana andalah sebenarnya sebahagian daripada kekuatan skuad Harimau Malaya kita.


Namun disebalik semua ini MMI cukup rimas dengan isu yang melanda sorang anak buah Ong Kim Swee ini.Siapa tak kenal Apex ? Penjaga gawang Malaysia yang sentiasa mendapat kepercayaan jurulatih malah seluruh rakyat Malaysia juga.Hakikatnya kontroversi demi kontroversi melanda pemain bernama Apex ini.

Apa cerita ni Apex ?

Terbaru berkenaan pendedahan melibatkan beliau dengan seorang wanita bernama Shida.MMI malas nak ulas sebab nanti di tuduh pula kianat.Tapi sebagai rakyat Malaysia MMI tak mahu melihat perkara-perkara seperti yang didedahkan ini berlaku kerana kita orang Melayu dan beragama Islam.


Pastinya akan ada yang mengutuk MMI kononnya kolotlah poyolah tapi atas dasar perjuangan maka MMI akan perjuangkan.Kepada Apex tolong hentikan perbuatan sebegini kerana ianya mampu merosakkan reputasi kamu sebagai pemain yang dianggap terbaik pernah negara lahirkan.

Kalau benar lah pendedahan tersebut dan dah sampai tahap begini,macam mana ?


Untuk selanjutnya Baca Di Sini 

Harapan MMI semoga semuanya dusta dan fitnah.Langkah terbaik Apex perlu menjawab semua tuduhan ini jika ianya tidak benar.Adakah sidang akhbar perbetulkan apa yang tidak betul.Berani Kerana Benar.

MMI.

Sunday 27 November 2011

Berita Dari Tasek Gelugor - Anugerah Kecemerlangan UPSR


Seramai 270 pelajar hadir bersama keluarga masing-masing di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Murni Sungai Dua pagi tadi.Para pelajar tersebut terdiri daripada mereka yang mencatat keputusan cemerlang dalam UPSR dan hadir dari sekolah-sekolah dalam Parlimen Tasek Gelugor.

Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR 2011 merupakan satu program daripada Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tasek Gelugor dengan kerjasama Biro Pendidikan & Latihan UMNO Bahagian Tasek Gelugor yang diadakan pada setiap tahun.

Pada tahun ini sebanyak 270 pelajar dari semua sekolah rendah dalam Parlimen Tasek Gelugor  telah berjaya mencatat keputusan cemerlang  5A dan 7A bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.


Program yang dihadiri oleh semua kepimpinan UMNO dalam kawasan Tasek Gelugor ini di rasmikan oleh YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop Ahli Parlimen Tasek Gelugor merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri.Beliau yang turut memberikan sumbangan kepada para pelajar berkata " Dulunya sewaktu saya mengambil peperiksaan keadaan tidak sama seperti hari ini,Dulunya sekolah untuk orang Melayu begitu kurang sekali dan perlu melanjutkan pelajaran ke sekolah orang putih."


Hari ini kita bersyukur kerana kerajaan yang ada begitu komited dalam usaha memberikan taraf pendidikan terbaik kepada seluruh rakyatnya.Setiap kawasan akan disediakan sekolah dan ini sebenarnya untuk memastikan para pelajar tidak perlu bersusah payah seperti zaman saya dulu dan dapat menimba ilmu dengan keadaan yang baik dan selamat.Kesannya hari ini kita berjaya mengumpulkan 270 orang murid cemerlang dalam Parlimen Tasek Gelugor tahniah kepada semua." sambil diberikan tepukan oleh semua yang hadir.




Program yang bermula seawal jam 08.30 pagi dengan sesi motivasi yang disusun oleh Biro Pendidikan & Latihan UMNO Bahagian Tasek Gelugor turut mendapat pujian daripada ibu bapa yang hadir kerana ianya dapat memberikan suntikan semangat kepada para pelajar untuk terus mencapai kecemerlangan.

Pelajar-pelajar dilihat begitu gembira dengan penganugerahan ini dan jelas dilihat diwajah masing-masing keceriaan terpancar dan keyakinan untuk terus belajar sehingga mencapai kecemerlangan.

Dari kiri : Adik Nur Amira Bt Mohd Nor Affandi dan Nivashini A/P Gopal Krishnan
Adik Nur Amira Bt Mohd Nor Affandi dari Sekolah Kebangsaan Taman Senangan yang berjaya mencatat 5A menyatakan beliau berasa puas dengan kejayaan yang dicatatnya apatah lagi dengan penghargaan yang diterima hari ini membuatkan beliau berazam untuk terus mencapai kecemerlangan dan mahu memastikan impian ke universiti tercapai.

Penghargaan yang kami terima ini akan dijadikan sebagai pencetus semangat untuk terus berusaha bagi mencapai kecemerlangan.Terima kasih kepada pihak YB Tan Sri dan UMNO kerana menganjurkan program seumpama ini dan ingat kepada kami barisan pelajar.Saya yakin dan percaya dengan sokongan yang sebegini kami para pelajar mampu untuk terus berusaha agar menjadi yang terbaik.Kata adik Nivashini A/P Gopal Krishnan yang juga pelajar cemerlang dari Sekolah Kebangsaan Taman Senangan.

Tahniah kepada semua pelajar cemerlang UPSR 2011.Teruskanlah usaha sesungguhnya menuntut ilmu itu satu ibadah. 

MMI ucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop Ahli Parlimen Tasek Gelugor,YB Ust Syabudin Yahya Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor,Dato' Jasmin Mohamed ADUN Sungai Dua dan semua pimpinan yang sudi dan hadir dan menyumbang kepada pembangunan pendidikan di Parlimen Tasek Gelugor,.

1 lagi usaha dari UMNO dan Barisan Nasional untuk rakyat .

MMI.


Dr Rozmey Kena Balun


Dr Rozmey satu nama yang tidak asing lagi kepada seluruh rakyat Malaysia kerana saban hari ada saja berita berkenaan beliau mahupun produk-produk keluaran beliau.Namun hari ini MMI terpanggil untuk sama-sama menceritakan kisah Dr Rozmey ini yang diberitakan telah di tarik balik ijazah kedoktorannya.

Aduh kenapa pula sampai begitu ? Bagaimana pula dengan produk-produk yang telah beliau keluarkan dan berada di pasaran ? Macam mana pula pengguna-pengguna yang menggunakan produk beliau ? Adakah produk beliau ini mengandungi racun atau bahan-bahan terlarang  ?  


MMI kesian juga pada Dr Rozmey ni.Dah jadi sampai tahap Milionaire ada pula masalahnya.Apa pun sama-sama kita ambil iktibar daripada kejadian ini.

Mungkin Dr Rozmey dilihat terlalu melebih sangat hinggakan ada pihak-pihak diluar sana yang kurang senang dengan cerita-cerita Dr ataupun produk-produknya.

Apa pun sebagai orang Melayu MMI rasakan satu kerugian (jika benar apa yang diperkatakan) apabila Dr Rozmey seorang jutawan yang dilihat berjaya ditimpa musibah sebegini.

Sama-sama kita kongsi pendedahan kisah Dr Rozmey ini melalui blog yang akan MMI bawakan khusus untuk semua.

So,apekebendanya scam MLM berasaskan produk kesihatan yang di-mastermind-kan oleh mamat perasan cun psycho gilababat yang ini?Herba Prima Marketing nama syarikatnya - cuma tak de satu pun produknya ada nampak umbai-umbai daun pokok rumpai batang kayu,whatever.Semua main claim "herba",tapi produknya adalah dalam bentuk tepung bancuhan yang kena dikocak dalam air - jadi,apemendenya yang herba bang? Berita Penuh 

Jadi macam mana semua ? Apa pun MMI serahkan pada semua untuk menilainya.

P/S Alangkah hebatnya kalau semua orang Melayu berjaya dan jadi jutawan

MMI.


Saturday 26 November 2011

Pertandingan Pidato Politik Piala Perdana Menteri Zon Utara


Hari ini bertempat di Sunway Convention Centre Seberang Jaya telah berlangsungnya satu Pertandingan Pidato Politik Piala Perdana Menteri Anjuran Pemuda BN Malaysia.Program yang dijalankan disini adalah untuk para peserta daripada zon utara.

Program yang bermula seawal jam 09.00 pagi ini melibatkan 4 peringkat dimana para peserta perlu melalui 'Screen Test',Saringan,Separuh Akhir dan Akhir.

Bagi peringkat zon utara ini sebanyak 18 peserta telah berjaya melayakkan diri bagi menentukan kejuaraan.

Program ini dilihat cukup baik dengan pendekatan yang cukup mesra dan ruang yang diberikan kepada semua peserta untuk sama-sama memberikan yang terbaik.


Pertandingan Pidato Politik Piala Perdana Menteri ini telah menjelajah keseluruh negara dan Pulau Pinang diberitakan sebagai destinasi terakhir sebelum pertandingan akhir dibawa ke PWTC.Program ini bertujuan untuk mencari lebih ramai bakat-bakat diluar sana yang mampu untuk diangkat sebagai penceramah dan dalam masa yang sama mendekati kumpulan-kumpulan anak muda ini dengan niat untuk melatih mereka seterusnya membawa mereka kedepan.



MMI yang turut berada di lokasi turut melihat sendiri bagaimana gigihnya semua peserta berusaha untuk mendapatkan tempat ke pertandingan akhir.Semangat yang begitu jitu dan perpaduan sesama peserta turut menarik perhatian MMI apabila semua peserta bertanding atas satu semangat tanpa memperkecilkan pesertas-peserta yang lain.



Gagasan 1Malaysia juga dapat dilihat hari ini apabila terdapat peserta dari kalangan kaum Cina turut mengambil bahagian dan juga penonton yang hadir memberikan sokongan terdiri dari semua bangsa.

Percayalah program sebaik ini pastinya mampu melahirkan generasi pemidato hebat dalam usaha memberikan ruang dan peluang kepada semua warga Malaysia untuk sama-sama melibatkan diri dalam arena politik.

Mohd Fadhuni Hj Abdul Ghani

Saudara Mohd Fadhuni HJ Abdul Ghani salah seorang peserta yang turut layak ke peringkat saringan berkata " Program sebegini sememangnya bagus untuk kita tonjolkan bakat anak-anak muda kerana dulunya anak-anak muda kurang diberi pendedahan terutamanya program pidato yang semacam ini."

Hari ini anak muda sebenarnya cukup lantang memberi pendapat bahkan mereka dilihat lebih menggunakan medan siber terutamanya facebook,blog dan twitter dalam menzahirkan apa saja yang terpendam di hati mereka namun dengan penganjuran pertandingan seperti ini kita dapat mempelbagaikan kaedah dan saluran untuk mereka di luar sana bersuara.

Baliau turut berkata "Apatah lagi YAB Perdana Menteri baru sahaja melancarkan slogan BN Pilihan Orang Muda dan ini merupakan platform terbaik yang dimulakan oleh Pemuda BN dan saya yakin dengan idea dan gerak kerja sebegini dalam memenangi hati anak muda,BN pastinya mampu menarik sokongan anak muda untuk kembali bersama UMNO dan Barisan Nasional."

Ahmad Shukry Saidin
Pertandingan ini menjadi pentas terbaik dalam usaha Pemuda BN melahirkan barisan pemimpin baru di semua peringkat untuk sama-sama membantu dan bekerja bagi pemuda dan UMNO disetiap negeri kata saudara Ahmad Shukry Saidin.

Beliau yang turut layak keperingkat saringan sewaktu ditemui turut berkata " Ruang dan peluang ini sebenarnya dapat digunakan sepenuhnya oleh mereka-mereka yang tidak mendapat peluang diperingkat bahagian masing-masing dalam menonjolkan bakat yang ada disamping dapat dijadikan sebagai sumbangan kepada Barisan Nasional dan UMNO apabila para peserta kembali ke bahagian masing-masing dengan ilmu yang dapat dipelajari disini."

Ini juga sebenarnya menunjukkan Barisan Nasional komited dan memberi gambaran jelas bahawa kita berusaha untuk mengembeleng seluruh aset yang ada pada kita sebagai parti yang memerintah agar dapat digunakan sepenuhnya sebagai sebahagian daripada jentera yang berguna.Paling penting ia juga menunjukkan semangat 1 Malaysia dengan para peserta terdiri daripada pelbagai kaum.Terima Kasih kepada Pemuda BN dan terima kasih juga kepada YAB Perdana Menteri yang sentiasa menyokong dan mendokong gerak kerja orang-orang muda khususnya Pemuda BN.Katanya.

Sehingga blog ini ditulis Pertandingan Pidato Politik Piala Perdana Menteri Zon Utara masih dijalankan.Harapan MMI semoga zon utara mampu melahirkan seorang pemidato hebat yang bakal menggegarkan negara khususnya dalam usaha kita mematahkan serangan dan tohmahan daripada pihak pembangkang.

Syabas Pemuda BN anda semua terbaik.

MMI.

Labels