Followers

Friday 29 August 2014

BAGAI Di Kata Mereka Akan ISTIHAR PERANG !!! SEBIJI YAHUDI !!!


MMI dah agak dari awal lagi , puak-puak ni bukan boleh bagi muka sebab sejarah sudah tercatat puak yang dibagi muka akan melawan balik bila mereka dah rasa selesa.Macam mana yang sedang berlaku di bumi Palestin tu sekarang dah mula menunjukkan tanda-tanda boleh berlaku di Malaysia.

Bukan nak mengaku kata salah tapi siap nak berdepan lagi !! Apa cerita gang ?? 

Pendedahan tentang Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang disahkan sebagai pertubuhan haram kerana tidak didaftarkan dengan mana-mana pihak telah menyebabkan Lim Guan Eng , Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini melenting.

Mungkin berasakan jawatan Ketua Menteri yang ada padanya sangat berkuasa , Lim Guan Eng secara terbuka mencabar Ketua Polis Negara untuk berdepan dengannya didalam isu pertubuhan haram PPS.

Dalam masa yang sama Lim Guan Eng turut mengaku bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang yang membiayai serta melindungi PPS sejak 4 tahun yang lalu walaupun sedar ia menyalahi undang-undang.

Agak aneh sekali tindakan yang ditunjukkan oleh Lim Guan Eng memandangkan dalam keadaan PPS telah disahkan sebagai badan yang tidak berdaftar , beliau masih lagi mahu menafikan kenyataan terbabit malahan mengambil sikap mempertahankan badan tersebut sedangkan isunya bermula daripada beberapa kelemahan yang dilakukan oleh anggota PPS sendiri.

Sebagai sebuah kerajaan negeri seharusnya Guan Eng perlu menunjukkan sikap profesionalnya dalam mendepani isu sebegini dan beliau sewajarnya harus menerima kritikan dan juga kelemahan yang dilakukan oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang.

Isu ini diperkuatkan lagi dengan beberapa gambar yang telah tersebar menunjukkan bagaimana anggota PPS dilihat turut sama terlibat dalam kerja-kerja parti DAP seperti pemasangan bendera parti sedangkan diwaktu penubuhannya Lim Guan Eng sendiri mengakui bahawa PPS adalah sebuah badan sukarela yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri untuk membantu pihak Polis membasmi kegiatan jenayah khususnya di negeri Pulau Pinang.

Apakah kewajaran sebagai sebuah badan yang kononnya mahu melindungi masyarakat dari mengurangkan kegiatan jenayah melakukan tindakan sebaliknya terhadap masyarakat ?

Inilah yang menjadi pertikaian banyak pihak namun Lim Guan Eng memilih untuk terus menyerang Ketua Polis Negara sedangkan pihak Polis melakukan siasatan terhadap laporan yang dibuat.

Adakah menjadi satu kesalahan bagi pihak PDRM untuk melakukan siasatan terhadap laporan yang dibuat ?

Secara jujurnya PDRM telah menjalankan tugasnya mengikut peruntukan undang-undang sedia ada malahan semenjak PPS di tubuhkan tidak pernah sekali pun badan itu dipertikaikan oleh mana-mana pihak kerana menghormati tujuan penubuhannya.

Paling memeranjatkan sekali apabila Guan Eng bukan sahaja mempertahankan PPS tetapi turut mencabar Ketua Polis Negara.

Secara tidak langsung tindakan mencabar Ketua Polis Negara adalah sama seperti mencabar kuasa YDP Agung kerana Agung yang melantik Ketua Polis Negara. sumber 



Cuba ampa tengok macam mana punya sial puak-puak ni !!

MMI

Thursday 28 August 2014

Punya KEMARUK Nakkan Azizah Sampai Keluar FATWA DASYAT !! PAS Buat Apa ??


Naib Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Dr.  Najmil Faiz Mohamed Aris membidas kenyataan kepimpinan pembangkang yang mendakwa pencalonan Datin Seri Wan Azizah merupakan neoptisme halal dalam usaha pakatan pembangkang untuk menjadikan isteri kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai MB Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurut beliau, dakwaan tersebut secara jelas memperlihatkan bahawa bagi pakatan pembangkang terutama Pas dan PKR, halal dan haram mereka adalah bergantung kepada situasi dan survival politik kepartian mereka.

“Jika keadaan itu menguntungkan mereka, maka segala perkara yang mereka lakukan adalah halal walaupun jelas ianya bertentangan dengan prinsip. Contohnya macam kisah Pas yang u-turn daripada sokongan kepada Tan Sri Khalid kepada Wan Azizah, biarpun jelas apa hukumnya di dalam Islam tentang berketuakan seorang wanita, namun Pas akhirnya bersetuju juga dengan pencalonan Wan Azizah.

“Nampaknya hari ini, mereka cuba mengeluarkan fatwa baru dengan mendakwa sebagai nepotisme halal demi untuk membenarkan perbuatan ketua mereka, Anwar untuk meletakkan isteri sendiri menjadi MB di Selangor.

“Inilah sikap kepimpinan pakatan pembangkang yang tidak pernah konsisten, serta senang-senang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal demi kepentingan politik mereka. Inilah yang dikatakan pendekatan politik, matlamat menghalalkan cara yang diambil dari falsafah politik Machiavelli,” tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Jika beginilah sikap dan pemikiran mereka, maka tidak mustahillah satu hari nanti kepimpinan pembangkang sanggup menghalalkan apa yang haram di dalam agama demi kepentingan politik kepartian mereka, jelasnya yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Kuala Terengganu.

“Hari ini mereka kata nepotisme halal, sebab ada kepentingan politik bagi mereka di situ. Kita bimbang satu hari nanti, mereka sanggup untuk menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh agama.

“Contohnya seperti isu LBGT atau pluralisme dan liberalisme agama, di mana hari ini telah pun wujud usaha untuk menghalalkan perkara tersebut. Kita bimbang sekiranya mereka berkuasa kelak, maka segala perkara yang haram itu akhirnya akan dihalalkan oleh mereka apabila kepimpinan pembangkang, terutamanya di kalangan Melayu telah meletakkan kepentingan politik melebihi kepentingan agama,”ujarnya.

Tambah beliau lagi,  dalam isu nepotisme ini, parti-parti di dalam pakatan pembangkanglah yang begitu tegar mengamalkan nepotisme berbanding UMNO atau parti-parti komponen di dalam BN.

“Mereka sebelum ini begitu ghairah memfitnah UMNO sebagai sebuah parti yang mengamalkan nepotisme, kronisme dan sebagainya, tetapi hari ini segala sebagai salah laku yang mereka dakwa dan tuduh UMNO lakukan itulah yang mereka buat.

“Dalam Dap seperti kita lihat, ada dinasti Lim dan Dinasti Karpal. Manakala di dalam PKR, kita tak payah ceritalah. Anwar anak beranak dan kroni-kroninya memegang jawatan tinggi di dalam kepimpinan parti. Ini semua jelas bahawa tidak ada yang lebih mengamalkan nepotisme dan kronisme selain dari parti-parti pembangkang.

“Jadi, saya seru agar rakyat di negara ini dapat melihat dan membaca gerak geri politik pembangkang yang sebenarnya hanya mahu memperalatkan rakyat demi kepentingan dan nafsu politik golongan pemimpin tertentu saja. Tidak lebih dari itu,” akhiri beliau.-mediaumno

MMI taklah terkejut sangat sebab memang dah jangka lagipun Mat Sabu dah bagitau awal-awal lagi yang dia lebih suka makan BABI dengan Guan Eng daripada makan ayam dengan NAJIB.

Tu apa ?? Bukan setakat menghalalkan tapi dia SANGGUP sebab hati yang kononnya Islam tu dah membusuk terlalu lama.

MMI

Ini SELANGOR KETUM Yang PUNYA !!!


Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa kerusi Menteri Besar Selangor adalah milik PKR dan ia seharusnya diperakui oleh semua parti dalam Pakatan Rakyat.

Beliau mengeaskan bahawa parti lain didalam Pakatan Rakyat harus menghormati hak PKR didalam isu jawatan Menteri Besar.

Sebelum itu kemelut kedudukan Menteri Besar Selangor belum menampakkan sebarang tanda-tanda akan selesai apabila DYMM Sultan Selangor masih belum mengumumkan siapa yang baginda perkenankan.

Malah baru-baru ini baginda telah bertitah supaya setiap parti dalam Pakatan Rakyat menyediakan 2 nama calon masing-masing selain daripada Wan Azizah untuk dipertimbangkan oleh DYMM Sultan Selangor sebelum memperkenankan salah seorang daripada mereka menggantikan Khalid Ibrahim yang sudah pun memohon perkenaan Sultan untuk melepaskan jawatannya.

Walau bagaimanapun Khalid telah diperintahkan untuk meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar sehingga Menteri Besar yang baru dilantik.

Serentak dengan itu PKR dan DAP dalam satu keputusan bersama yang dicapai baru-baru ini tetap dengan pendirian mereka untuk hanya mencalonkan Wan Azizah sebagai calon menggantikan Khalid Ibrahim walaupun keputusan itu dilihat banyak pihak sebagai satu penderhakaan terhadap titah DYMM Sultan Selangor.

Namun tindakan parti PAS yang dilihat tidak konsisten sejak krisis di Selangor bermula mendatangkan masalah kepada Anwar Ibrahim.

PAS bukan sahaja memperlihatkan sikap kurang selesa dengan keputusan Anwar dan pucuk pimpinan Pakatan Rakyat tetapi turut sama mengambil pendirian berbeza dan ada ketikanya keputusan daripada PAS cukup mengelirukan.

Sehinggalah PAS membuat keputusan semula dengan menyerahkan kepada kuasa DYMM Sultan Selangor dan akan mencadangkan lebih daripada 1 nama kepada baginda Sultan untuk dipertimbangkang sebagai calon menggantikan Khalid Ibrahim.

Barangkali kerana itulah maka Anwar Ibrahim dalam kenyataannya secara langsung menyebut bahawa kerusi Menteri Besar Selangor hanya menjadi milik PKR sahaja.

"Ia adalah kerusi dan keputusan PKR dan ia harus dihormati dalam semangat Pakatan Rakyat," katanya ketika ditanya sama ada beliau bimbang PAS akan mengemukakan nama lain sebagai calon Menteri Besar Selangor.

"Kita tidak pernah mempersoalkan isu berhubung calon PAS untuk menjadi Menteri Besar Perak, Kedah atau Kelantan tetapi apa yang lebih penting dalam pemikiran saya ialah semua itu sudah dipertimbangkan sebelum mesyuarat dan diputuskan pada 17 Ogos," katanya.sumber 

Sebenarnya tak ada siapa pun nak kisahkan atau pertikaikan kedudukan Selangor tu milik siapa sebab keputusan PRU13 yang lalu sudah terbukti Pakatan Haprak punya mandat untuk menubuhkan kerajaan negeri.

Soalnya apabila banyak pihak tak mau Wan Azizah so yang dok kelupoq juga tu kenapa ?? Bagi jalah nama lain rasanya malam ni juga selesai !! 

KETUM !! KETUM !!

MMI

Rayer Buat Tuduhan Lagi Pemimpin UMNO Guna Undang-Undang ZALIM ??!!!


Setelah dikenakan dua pertuduhan dibawah Akta Hasutan kerana mengeluarkan ucapan menghina pemimpin Umno secara keterlaluan , RSN Rayer hari ini mengecam pemimpin yang menggunakan undang-undang secara zalim terhadap beliau.

Rayer menganggap pertuduhan yang dikenakan padanya hanyalah permainan politik kotor Umno dan Barisan Nasional.

Untuk rekod RSN Rayer telah dikenakan dua pertuduhan berikutan ucapannya yang menghina orang Melayu dan pemimpin Umno semasa kempen PRK Bukit Gelugor dan ketika Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang tempoh hari.

Untuk pertuduhan pertama, Hakim Mahkamah Sesyen Tuan Zulhazmi Abdullah mendakwa Rayer di bawah Seksyen 4 (1)(b) Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan itu ketika sidang DUN 20 Mei lalu.

Manakala pertuduhan kedua menurut Hakim Zanarian Hussain adalah berhubung ucapan Rayer di Jalan Sri Delima, ketika kempen Pilihanraya Kecil (PRK) Bukit Gelugor 22 Mei lalu.

Rayer kemudiannya mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut dan perbicaraan bersambung pada 17 Oktober depan.

Terdahulu Rayer telah mencetuskan kemarahan orang-orang Melayu apabila dalam ucapanya telah dan sengaja malah secara jelas menyebut "Celaka Umno" pada ketika sidang dewan dan juga di pentas ceramah.

Beliau kemudiannya telah diminta untuk segera membuat permohonan maaf terhadap orang Melayu namun kerana kedegilannya , orang-orang Melayu telah bangun untuk mendesak Rayer membuat permohonan maaf.

Api kemarahan yang dicetuskan oleh Rayer itu telah menyebabkan berlakunya insiden rempuhan ke dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan juga perhimpunan di hadapan Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur.

Malah laporan Polis turut dibuat oleh banyak pihak berikutan keceluparan Rayer yang menghina orang Melayu.

Sekiranya Rayer membuat tuduhan bahawa pemimpin Umno menggunakan undang-undang secara zalim , selayaknya tuduhan itu digunakan terhadap Rayer sendiri.Ini kerana beliaulah yang mencetuskan keadaan sedemikian dan pada ketika beliau punya ruang untuk meredakan kemarahan orang-orang Melayu dengan membuat permohonan maaf , beliau dengan egonya langsung tidak berbuat demikian.

Sikap Rayer yang turut mempertikaikan pihak pendakwaan berkenaan kekebalannya sebagai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri juga menunjukkan betapa pemimpin DAP ini begitu biadap dan langsung tidak punya sebarang niat untuk mengaku kesalahan sendiri.

Apakah tindakan terhadap Rayer yang mengikut saluran undang-undang ini juga dianggap sebagai zalim ?

Jika itulah definisi zalim bagi Rayer maka orang Melayu juga rasanya berhak menganggap penghinaan beliau sebelum ini dengan mencelakan pemimpin Umno sebagai satu tindakan zalim kerana penghinaan terhadap Umno bererti beliau turut menghina 3 juta ahli Umno yang lain diseluruh negara.sumber 

Undang-undang zalim ?? Hairan juga MMI , bukan ka undang-undang yang sama digunakan oleh Anwar dan pemimpin pembangkang lain untuk lepas dari segala pertuduhan sebelum ni ??? Oh lupa undang-undang hanya terpakai apabila ianya membela puak-puak kamjat ni !!!!

MMI

Bagaimana Peruntukan BESAR Boleh Di Salurkan Kepada Pertubuhan HARAM ??


Isu tentang PPS yang tidak didaftarkan atas sebab kelemahan dan kebodohan beragenda pemimpin DAP di Pulau Pinang kini sudah pun menyebabkan si Phee Boon Poh dan Guan Eng tak senang duduk.

Kalau sebelum ni bukan main mengaku sana sini PPS ni untuk memastikan kadar jenayah berkurangan di Pulau Pinang , tapi kini setelah anggotanya yang dah macam YAKUZA tu bikin ribut mana pi cerita nak kurang kadar jenayah ?

Malah kalau diikutkan anggota yang bikin ribut hantam orang ikut suka dia tu , dah diambil tindakan oleh pihak PPS ka ? Phee Boon Poh buat apa ?? Dok tidoq lagi ka ?? Atau dok sibuk pi melawat tanah di New Zealand noo !!!

Guan Eng pula kenapa duduk diam ? Awat yang tak arahkan supaya anggota tu dihadapkan segera kepada pihak Polis ???????? Anggota PPS sikit punya ramai ka awat tak suruh depa ja pi tangkap malaun tu dan serahkan kepada pihak Polis ???

Dah tu apa yang MMI tau kerajaan negeri DAP dibawah Guan Eng telah pun menyalurkan peruntukan yang cukup besar kepada pasukan PPS ni.Mungkin untuk keperluan mereka la kot tapi mau ingat bukan sikit bro siap ada walkie talkie sorang satu lagi..

Yang menjadi kemushkilan pada MMI ni adalah bagaimana peruntukan itu disalurkan ?????

PPS bukan berdaftar dan sudah semestinya PPS tidak boleh membuka akaun sewenang-wenangnya tanpa mengemukan bukti pendaftaran.Lainlah kalau kerajaan negeri DAP bagi surat sokongan untuk pihak bank buka akaun.

Itu pun kalau ikut prosedur bank tak betul bro !!! Mana boleh bukan akaun pertubuhan hanya dengan surat sokongan daripada kerajaan negeri sebab ia bukan pendaftaran !!!

Sekarang ni peruntukan tu disalurkan macam mana ???

Bagi tunai terus ka ?? Kalau bagi tunai terus duit sapa bro ??

Kalau duit kerajaan negeri mana boleh buat lagu tu sebab itu duit rakyat !!!!

Mesti ada laporan keluar masuk dan kalau ada sebarang transaksi keluar masuk bagi sebarang pembayaran kepada PPS ni ianya dikira pengaliran wang haram sebab PPS HARAM !!!!

So kerajaan negeri tolong jelaskan !!

Dan MMI rasa pihak SPRM perlu segera menyiasat perkara ni sebab ada istilah HARAM dalam perkara yang menyentuh PPS ni.Kepada pihak-pihak kat luaq sana ampa pi buat laporan segera supaya SPRM boleh buat tindakan.

Depa ni bukan boleh sangat tak ada laporan bukan nak siasat dah macam robot dah !!!

Psst aku rasa depa ada adjust nih...

MMI

Anwar PECAT PAS Dari PAKATAN HAPRAK !!


Semestinya ramai yang sedar tentang insiden beberapa proses pemecatan ahli politik dari kalangan kem pembangkang sejak wujudnya Pakatan Haprak.Antara yang menjadi isu panas adalah pemecatan Hasan Ali oleh parti PAS kerana pemimpin tersebut dikatakan tidak sehaluan dengan dasar parti.

Kemudiannya kita dapat melihat insiden pemecatan Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan paling menarik kedua-dua pemecatan ini dilakukan oleh parti PAS tanpa pihak yang dipecat diberikan ruang untuk membela diri.

Alasan pemecatan pula jangan cakaplah , tidak sehaluan dengan dasar parti dan ada yang sampai ke tahap kerana gagal hadir mesyuarat saja.

Fuh macamlah pemimpin PAS lain pada ketika itu hadir kesemua mesyuarat yang diadakan.

Apa pun itu cerita PAS , PKR pun sama naik terkini Khalid Ibrahim dipecat daripada ahli PKR hanya kerana tidak mahu melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor.Alasan lain MMI malas nak tulis sebabnya semua orang tahu bahawa punca utama kepada pemecatan itu adalah kerana ghairah Jijah dan Nuar perlu dipuaskan seberapa segera yang mungkin.

DAP pula lebih kurang sama , siapa jua yang tidak pro kepada dinasti Lim pasti akan mendapat habuan seperti mana yang berlaku terhadap Jenice Lee Adun Teratai dan beberapa orang lagi pimpinan lain dalam DAP.

So berdasarkan pemerhatian MMI , Pakatan Haprak begitu mementingkan kesetian terhadap parti masing-masing termasuklah hubungan diantara parti-parti dalam Pakatan Haprak.

Oleh yang demikian maka MMI merasakan adalah WAJAR sama sekali untuk ANWAR IBRAHIM mengarahkan pucuk pimpinan Pakatan Haprak memecat dengan kadar segera parti PAS.

Ini amat perlu dilakukan memandangkan PAS telah memberikan masalah yang cukup besar kepada Pakatan Haprak atau lebih mudah masalah kepada Anwar untuk merealisasikan perancangannya untuk menggantikan Menteri Besar Selangor.

PAS tidak mengikut apa jua keputusan yang telah diputuskan oleh pucuk pimpinan Pakatan Haprak dan diwaktu PKR serta DAP bersetuju untuk tetap mencalonkan Wan Azizah , PAS telah membuat kenyataan untuk mencalonkan lagi 2 nama.

So apa yang Anwar tunggu lagi ???? Segeralah PECAT PAS dari Pakatan Haprak !!!!

Sampai sekarang tak dengar langsung bunyi untuk pecat PAS kan ??? Kenapa ????

Sebab Anwar tahu sekiranya PAS keluar dari Pakatan Haprak , beliau tidak akan mampu lagi untuk berdepan dengan suasana politik hari ini.

Rumusannya PAS jauh lebih berkuasa dalam Pakatan Haprak tetapi sayang mereka lebih merelakan diri menjadi pencacai kepada seorang bekas banduan bernama Anwar Ibrahim.

MMI

Wednesday 27 August 2014

ROSMAH Bakal ADUN ?!!


Kenapa terkejut ? Tak boleh ker Datin Seri Rosmah jadi Adun ? Apa dia ??.. Sebab dia isteri Perdana Menteri !! Ehh kenapa pula ?? Takkanlah kerana dia isteri Perdana Menteri tak boleh nak bertanding sebagai Adun ??

Rasanya itulah soalan-soalan yang akan timbul sekiranya Datin Seri Rosmah Mansor benar-benar bertanding sama ada sebagai Adun ataupun Ahli Parlimen.

Pertamanya MMI nak mohon maaf kepada Datin Seri Rosmah andai kata artikel ini mengguris hati dan perasaan Datin Seri , MMI cuma nak mengajak mereka-mereka yang kat luar sana supaya sama-sama memikirkan tentang kedudukan dan senario politik di Selangor.

Pasti dah ramai yang sedar apa yang bakal MMI catatkan seterusnya , YA !! Benar semuanya benar ianya ada kena mengena dengan kehadiran Wan Azizah dibumi Selangor.

Pada ketika banyak pihak melihat kepada kekalutan di bumi Selangor , Wan Azizah sedikit pun tidak pernah merasa segan mahupun bersikap profesional seperti mana kebanyakkan puak pembangkang yang mahukan supaya Datin Seri Rosmah duduk diam-diam dan jangan buat apa langsung.

Sebolehnya mereka mahu Datin Seri Rosmah duduk sahaja di rumah menjadi suri rumah kepada Datuk Seri Najib.

Malah pelbagai cemuhan dan kritikan serta cacian sudah pun dilemparkan terhadap Datin Seri dan tak kurang juga yang memfitnah beliau sedangkan hakikatnya Datin Seri tidak pernah melakukan apa jua yang di dakwa.

Begitulah hebatnya puak-puak munafik yang suka mencari kesalahan orang lain tetapi dalam masa yang sama lupa rumah sendiri pun busuk dengan najis.

Perancangan Anwar bapa kronisme dan nepotisme sedikit pincang apabila PAS masih dengan permainan tarik talinya.Sepanjang krisis ini berlaku , apa yang MMI perhatikan adalah sikap pemimpin PAS yang tertinggi dan masih dihormati terlalu berkecamuk.

Mereka pada dasarnya mahu sahaja mengambil keputusan untuk meninggalkan Pakatan Haprak tetapi tidak punya kekuatan untuk merealisasikannya kerana disekeliling mereka terdapatnya agen-agen Anwar yang MMI selalu sebut sebagai ANWARINAS.

Kerana itu mereka masih mencari jalan untuk mengelak daripada manusia bernama Wan Azizah menjadi Menteri Besar dan mereka juga tahu bahawa sekiranya itu berlaku bermakna mereka telah menerima kehadiran Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

PAS secara jujurnya menolak Anwar dan Azizah malahan keberadaan mereka dalam Pakatan Haprak bukanlah kerana semangat PR memandangkan mereka tidak pernah sekata dalam segala hal.Permainan politik ini sering kali diluahkan oleh penyokong-penyokong PAS di akar umbi.

Cuma kerana kelemahan yang dimiliki PAS mereka terpaksa menggunakan peluang yang terhidang dalam Pakatan Haprak untuk sama-sama seiring sebagai pasukan pembangkang jika tidak PAS adalah parti yang paling tercorot dalam carta politik negara.

Itu hakikatnya cuma dalam beberapa keadaan MMI yakin PAS juga akan turut melalak sekiranya Datin Seri Rosmah dipilih untuk bertanding dimana-mana kerusi seperti mana yang dilakukan oleh Wan Azizah.

Disini Datin Seri Rosmah jauh lebih berakal dan punya sikap profesional apabila tidak pernah disebut apatah lagi terfikir untuk mengikuti jejak isteri seorang bekas banduan bernama Anwar Ibrahim.

Bagitu juga dengan Datuk Seri Najib , beliau kini mula mengulas tentang episod hitam buat Selangor yang akan tercatat sebagai satu sejarah kepincangan Pakatan Haprak sejak ia diwujudkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat Selangor menilai secara rasional perkembangan politik di Selangor.

Najib yang juga pengerusi BN berkata 'nepotisme terbuka' sedang berlaku di negeri Selangor di mana wakil rakyat yang sihat disuruh meletak jawatan dan digantikan dengan isteri sendiri dan satu pilihan raya kecil diadakan dan selepas itu isteri sendiri dicalonkan untuk menjadi menteri besar. 

"Cuba bayangkan, kalau dalam BN kita angkat isteri menjadi menteri besar, kita akan dituduh nepotisme terbuka tetapi ini sedang berlaku di Selangor.

"Ini terserah kepada rakyat Selangor cuba fikirkan apa yang baik dan patut lakukan berasaskan pertimbangan masuk akal dan rasional dan pertimbangan ini menyelamatkan negeri dan negara kita secara keseluruhan.

"Pertimbangan bermotif sesuatu seperti ada udang 'galah' di sebalik batu akan merugikan rakyat," katanya di majlis mesra Aidilfitri Umno Peringkat Selangor yang dihadiri lebih 10,000 orang di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) di Dengkil malam tadi.

Turut hadir Pengerusi Badan Penghubungan Umno Selangor dan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar.

Najib berkata kerajaan pusat melahirkan penghargaan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bersetuju menandatangani perjanjian mengenai Projek Loji Rawatan Air Langat 2 untuk dilaksanakan bagi menjamin bekalan air berterusan kepada rakyat negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Beliau berkata walaupun perjanjian itu sepatutnya ditandatangani tiga tahun dulu tetapi politik telah mengatasi pertimbangan rasional Abdul Khalid.

"Menteri Besar Selangor sudah sedar bahawa keputusan kerajaan pusat sebelum ini adalah benar dan tepat, tanpa Langat 2 tiada jaminan bekalan air," katanya.

Sementara itu, Najib berkata tragedi MH17 ada hikmahnya apabila rakyat Malaysia di seluruh negara yang dilanda perasaan sedih dan pilu, disatukan, dengan bertafakur selama seminit, sebagai tanda penghormatan.

"Kita bersatu dalam kesedihan. Inilah keadaan yang amat unik dan teristimewa apabila kita dapat lupakan persengketaan, perbezaan ideologi politik, tidak kira bangsa dan agama tetapi atas dasar kita rakyat Malaysia, kita kongsi kesedihan dan simpati.

"Ini menunjukkan dalam ujian tersebut, rakyat Malaysia boleh bersatu dan tiada rintangan yang tidak boleh ditempuhi," kata Najib.

Sebelum itu, Najib bersama hadirin bertafakur selama seminit untuk memberi penghormatan kepada penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lalu dan juga MH370 yang hilang sejak Mac 8.

Di majlis itu, Najib turut menyampaikan sumbangan kepada jemaah haji di Parlimen Sepang yang bakal menunaikan haji tahun ini.Bernama

MMI

KERAS KEPALA Malah DERHAKA Terhadap DYMM Sultan Selangor !!


Krisis politik yang berlaku di Selangor masih belum menampakkan tanda-tanda untuk selesai , sejak pagi semalam ramai pihak menjangkakan kehadiran Khalid Ibrahim ke Istana Kayangan bagi mengadap DYMM Sultan Selangor akan memberikan titik nokhtah diatas kekalutan yang telah berlaku sejak bermulanya "Langkah Kajang" lagi.

Namun semua itu tidak berlaku apabila Khalid Ibrahim dalam sidang medianya menyatakan bahawa DYMM Sultan Selangor telah menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Selangor sehingga pelantikan baharu ditentukan.

Dalam masa yang sama DYMM Sultan Selangor turut menitahkan pemimpin Pakatan Rakyat daripada parti PAS, PKR dan DAP supaya mencadangkan lebih daripada dua nama daripada setiap parti sebagai calon Menteri Besar Selangor bagi memudahkan baginda untuk menentukan calon yang berkelayakan, seterusnya memberi perkenan untuk melantik mana-mana calon yang difikirkan layak sebagai menteri besar.

Walau bagaimanapun titah DYMM Sultan Selangor tidak dipersetujui oleh PKR dan DAP apabila Setiausaha Agung PKR dan Pengerusi DAP dalam satu kenyataan media semalam mewakili parti masing-masing menegaskan mereka tetap dengan keputusan awal untuk hanya mencalonkan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.

Ianya diperkuatkan dengan alasan bahawa Wan Azizah telah mendapat sokongan daripada 30 orang Adun dan seharusnya Wan Azizah layak untuk dicalonkan kerana jumlah majoriti Adun berada di belakang Wan Azizah.

Seperkara yang harus diteliti disini adalah apakah DAP dan PKR dengan sengaja mahu mengingkari titah Sultan Selangor yang mahukan setiap parti mencadangkan 2 nama calon ?

Bukankah DYMM Sultan Selangor dengan jelas telah menyatakan bahawa baginda telah menangguhkan perletakan jawatan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor sehingga Menteri Besar yang baru dilantik , Ini sebenarnya membuktikan betapa DYMM Sultan Selangor sudah mengambil kira semua faktor dan Pakatan Rakyat di Selangor hanya perlu mengemukakan nama-nama calon selain daripada Wan Azizah yang sudah pun dicalonkan.

Adakah DAP dan PKR terlalu bodoh untuk memahami isi kandungan titah DYMM Sultan Selangor ?

Seharusnya DAP dan PKR mengambil jalan mudah dengan segera mencadangkan nama-nama yang dirasakan layak untuk segera dicadangkan kepada DYMM Sultan Selangor sekiranya Pakatan Rakyat di Selangor benar-benar ikhlas mahu menyelesaikan krisis politik yang kini bukan sahaja berpanjangan tetapi telah menyebabkan rakyat semakin jemu.

Disinilah rakyat khususnya di Selangor perlu sedar bahawa apa yang berlaku kini di Selangor adalah kerana sikap pemimpin PKR dan permainan politik yang keterlaluan sehingga mengheret bukan sahaja pihak istana tetapi juga rakyat.

Kekalutan ini sudah semestinya sedikit sebanyak melemahkan kedudukan politik negeri seterusnya akan menyebabkan banyak pihak lain terjebak.

Keadaan yang pada mulanya boleh diselesaikan dengan baik kini akan terus berlarutan kerana sikap kronisme dan nepotisme yang begitu kuat dalam PKR telah menghalang kemelut politik di bumi Selangor daripada berakhir.

Paling pasti PKR dan DAP punya agenda lain dan kerana itu mereka hanya mahukan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.

Tindakan DAP dan PKR dilihat banyak pihak sebagai keras kepala sedangkan jalan penyelesaian sudah pun tersedia.Bagi pemerhati politik apa yang berlaku memperlihatkan bahawa DAP dan PKR telah menderhaka kerana ingkar dengan titah DYMM Sutan Selangor.sumber

Apa yang paling MMI bimbang adalah sekiranya keputusan tidak memihak seperti mana yang dimahukan oleh puak-puak Anwar dan berlakunya serangan terhadap kredibiliti institusi raja khususnya melibatkan DYMM Sultan Selangor !

Apakah yang akan berlaku ? Jangan nafikan kerana sudah ada suara-suara sumbang yang mahukan pihak istana jangan campur tangan.

Jika itu berlaku berapa kerat agaknya orang Melayu Selangor yang akan bangun melawan ??

MMI

ASTRO Bagi Tayangan PERCUMA !!!


Baru-baru ni kecoh tentang siaran astro tergendala dan ianya telah membangkitkan rasa kurang senang banyka pihak khususnya pelanggan-pelanggan astro.Disebabkan masalah teknikal yang tak dapat dielakkan maka astro tampil membuat permohonan maaf dan menghadiahkan tayangan percuma kepada para pelanggannya.
Pelangan Astro yang dihargai,
Kami amat meminta maaf atas gangguan perkhidmatan yang berlaku pada pukul 6 petang, 24 Ogos 2014, yang telah menjejaskan siaran 78 saluran termasuk sistem telefon pusat panggilan kami. Gangguan perkhidmatan tersebut disebabkan oleh sebuah kebakaran di premis kami di Bukit Jalil.
Pihak Bomba telah segera dimaklumkan. Keselamatan kakitangan kami menjadi keutamaan, oleh itu premis tersebut telah dikosongkan. Api berjaya dipadamkan pada pukul 6.30 petang dan kakitangan bertugas hanya dibenarkan memasuki semula premis setelah dibenarkan oleh pihak Bomba pada pukul 7.30 malam.
Keutamaan kami serta-merta adalah untuk mengembalikan siaran saluran-saluran yang terjejas, diikuti dengan operasi pusat panggilan kami. Saluran TV bersiaran semula secara berperingkat, bermula 8.30 malam dan kesemua saluran bersiaran semula pada pukul 11.00 malam. AOTG dan IPTV turut kembali seperti biasa tidak lama selepas itu. Pusat panggilan kami kembali beroperasi pada pukul 8.45 malam.
Kami bersyukur tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku. Insiden ini sedang disiasat dan tindakan yang wajar akan diambil.
Sekali lagi, kami memohon maaf kepada semua pelanggan atas gangguan perkhidmatan yang dialami. Terima kasih atas kesabaran semua dan sebagai tanda penghargaan, kami akan membuka kesemua saluran untuk dinikmati oleh para pelanggan (kecuali perkhidmatan Astro First, Astro Best dan Astro Box Office Sports) di sepanjang hujung minggu ini iaitu dari Jumaat 29 Ogos, 6.00 petang sehingga Isnin 1 September 2014, 12.00 tengah malam. 
So kepada semua tak payahlah nak marah sangat sebab benda tu bukan sengaja lagipun penjelasan astro tu boleh diterima.

Lagi satu rasanya semua pengguna astro dah sedia maklum bila hujan siaran akan terganggu sikit dan masalah teknikal semacam ni bukan boleh jangka.Kita tak rumah pun kadang-kadang "black out" , MMI sarankan tak payah marah-marahlah.

Enjoy tayangan percuma ...

Ada yang nak menambah ??

MMI

Si CELAKA Di HADAPKAN Ke Mahkamah Pagi Tadi


Akhirnya si bangsat Rayer ni dihadapkan ke mahkamah kerana keceluparan mulutnya menhina orang Melayu sebelum ini.Diharapkan proses perundangan dan kehakiman kali ni buat kerja betul-betul , rakyat di seluruh negara mahu melihat bangsat ini di kenakan tindakan sekeras-kerasnya.

Kena ingat tu sekeras-kerasnya jangan pula nanti selesai luaq mahkamahlah , buat permohonan maaflah dan macam-macam lagi yang ada sebut lah.

Lepas tu hukuman biaq setimpal gang , jangan pula denda RM1 ribu dengan berkelakuan baik selama 6 bulan .... Tak jadi bro , bangsat macam ni mau kena 15 tahun penjara !!! 

Ada sapa-sapa setuju ???
Adun Seri Delima, R.S.N Rayer hari ini mengaku tidak bersalah di Makhamah Sesyen P.Pinang diatas kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Zulhazmi Abdullah  sebentar tadi. Beliau yang diwakili oleh Gobind Sing Deo dilihat tenang ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya. Selepas selesai pertuduhan dibacakan, beliau meminta untuk dibicarakan dia atas kesalahan yang disabitkan terhadap dirinya itu. Beliau sebelum ini didapati telah mengeluarkan perkataan UMNO celaka di dalam satu ceramah ketika Pilihanraya Kecil Bukit Gelugor bertempat di Jalan Delima sehingga membangkitkan kemarahan ahli-ahli UMNO khususnya di P.Pinang sehingga membawa kepada satu kes kekecohan yang tercetus di DUN P.Pinang sebelum ini. Turut kelihatan beberapa pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat yang datang memberi sokongan terhadap Adun tersebut. Antara yang hadir ialah, Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng, Yang Dipertua MAIPP, YB Malik Kassim,YB Phee Bon Poh dan beberapa lagi pemimpin DAP. Hakim Mahkamah Sesyen Zulhazmi Abdullah telah membenarkan ikat jamin RM3,000 dan menetapkan 17 Oktober ini untuk tarikh sebutan semula kes melibatkan Adun tersebut.sumber 
MMI

MB Selangor Sapa Kata Azmin Tak Mau ?!!

 
Cita-cita tu ada tapi maklumlah krisis di Selangor ni direncanakan oleh taiko Nuar yang banyak orang dalam PKR tak berani nak langgaq ! Maklumlah sejarah dah terbukti sapa-sapa yang tak sehaluan kompom kena halau tak pun kena pecat.

Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali menafikan dakwaan bahawa beliau menolak jawatan Menteri Besar Selangor.

Azmin berkata demikian ketika ditanya wartawan Hotel Empire, Subang Jaya, Selangor, 17 Ogos lalu.

Wartawan : Saya maksudkan, awak tidak mahu menjadi Menteri Besar (Selangor)

Azmin Ali : Saya tidak pernah sebut fakta itu.

Tambah Azmin lagi, beliau cuma menegaskan semula komitmennya terhadap Akuan Berkanun yang ditandatangani sebagai tanda akur kepada keputusan PKR mencalonkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. sumber aidc 



So apa boleh buat , punya stim nak jadi MB pun kena tahan satlah kihkih Azmin nak lawan Nuar ??? Pakai dak lah bro ...

MMI

Tuesday 26 August 2014

Pimpinan PAS Sendiri Yang MUNAFIKKAN Parti !!!


Apa yang sedang berlaku dalam parti PAS kini merupakan satu kesilapan yang sebenarnya dizahirkan oleh pimpinan PAS sendiri.

Diwaktu mereka sedang leka dengan pangkat , kedudukan dan kuasa sebahagian besar daripada mereka langsung tidak  terfikir untuk kembali bertenang dan mengucapkan syukur.

Malahan pimpinan PAS sebelum ini begitu bongkak dan sombong , pantang ada sahaja kritikan dan teguran pasti akan dibalas dan ada diantaranya mengkafirkan orang-orang Melayu dan Islam yang lain.

Begitulah adat manusia , kita bukan maksum nafsu itu mampu memesongkan kita sekiranya kita lalai.

Kemelut politik Selangor benar-benar menjadikan PAS sebagai pengecut malah munafik kerana ramai diluar sana sedar betapa PAS kini tidak lagi seperti dulu.Tunduk kepada desakan PKR dan DAP semata-mata kerana bimbang hilang kedudukan dan kuasa.

Kerana itu PAS yang sebelum ini memberikan sokongan terhadap Khalid Ibrahim boleh membuat keputusan sebaliknya setelah mesyuarat diperingkat pusat diadakan.

Apa yang berlaku dalam PAS sebenarnya ?

Terkini , keputusan yang telah dibuat PAS untuk menyerahkan kepada Sultan Selangor bagi memutuskan nama atau siapa yang layak menjadi Menteri Besar Selangor dianggap menyerlahkan lagi sikap munafik didalam kepimpinan parti tersebut.

Mesyuarat PAS sebelum ini sudah pun mencalonkan nama Wan Azizah serta Azmin Ali sebagai Menteri Besar menggantikan Khalid Ibrahim.Kemudiannya dibawa keperingkat pimpinan Pakatan Rakyat dan memutuskan hanya satu nama akan dicalonkan iaitu Wan Aziah namun PAS menarik balik cadangan asal mereka setelah 13 Adun PAS Selangor menolak keputusan kepimpinan tertinggi parti untuk mencalonkan Azmin Ali.

Kemelut itu berlaku disebabkan oleh Hadi Awang dalam mesyuarat semalam membuat keputusan untuk memilih Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor.

Hadi dalam mensyuarat tersebut bertegas untuk menolak Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar atas alasan agama dan kelayakan namun keputusannya itu tidak mendapat sokongan daripada pimpinan yang lain termasuklah daripada Timbalan Presiden PAS sendiri Mat Sabu dan juga 13 Adun PAS yang lain.

Disebabkan keadaan itu maka keputusan akhir PAS menyerahkan kepada DYMM Sultan Selangor untuk menentukan siapa yang lebih layak untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Keputusan ini diumumkan oleh Mustafa Ali dalam satu sidang media yang tidak dihadiri oleh Hadi Awang dan juga Mat Sabu.

Namun sidang media tersebut agak aneh kerana kenyataan yang dibaca oleh Mustafa Ali seolah-olah menunjukkan keputusan itu seolah-olah tidak mendapat restu daripada banyak pihak dari kalangan pimpinan PAS sendiri.

"Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada hari ini 25 Ogos 2014 bersetuju untuk menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan jawatan menteri besar Selangor.” Mustafa Ali.

Setiausaha Agung PAS itu turut enggan mengesahkan sama ada parti itu bersama pendirian Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) untuk menamakan Dr Wan Azizah dan sebaliknya memberitahu pemberita agar ‘tafsir (kenyataan) itu sendiri’.

Berdasarkan apa yang berlaku semalam jelas dapat dilihat bahawa PAS kini sedang bergelut dengan krisis dalaman melibatkan parti sendiri.Mereka sedar bahawa sudah wujud kumpulan-kumpulan tertentu yang tidak lagi punya rasa hormat terhadap pimpinan tertinggi khususnya mereka-mereka dari kalangan ulama dalam PAS.

Malah sikap tidak menentu pimpinan PAS dalam setiap keputusan melibatkan krisis politik di Selangor membuktikkan betapa PAS kini bertukar daripada sebuah parti yang mengaku pejuang Islam menjadi parti paling munafik.sumber 

MMI kata ampa yang dalam PAS tu mau beringat hati-hatilah dengan dengan dia ni....


Sebab apa ?? Sebab dia sanggup makan babi dengan Guan Eng dari makan ayam dengan Najib !!! Ampa mau reti !!!

MMI

Khalid Kena LUDAH Petanda Rakyat Mahu Dia Letak Jawatan


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini disembur dengan air, diludah dan ditampar beberapa kali oleh seorang lelaki ketika sedang melalui tangga utama Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini. 

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu turut dilemparkan kata-kata kesat oleh beberapa lagi individu yang datang bersama-sama lelaki tidak dikenali itu yang dikatakan telah menunggu Khalid di lobi beberapa minit sebelum kejadian. 

Kumpulan tersebut terus mengekori Khalid hingga ke tempat letak kenderaan dan terus meludah beliau walaupun Khalid telah memasuki keretanya. 

Kejadian berlaku kira-kira pukul 1 petang, dua jam selepas khalid didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan mengeluarkan pernyataan menghasut berkaitan dengan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan selepas jaminan RM4,000 dibayar oleh rakannya. - utusan online

Apa yang berlaku hari ini adalah petanda bahawa rakyat dah muak dan benci dengan sikap Khalid Samad yang sememangnya bongkak ni.Kalau sebelum ni dia pernah kata Menteri harus bertanggungjawab dan letak jawatan kerana insiden MH370 , takkan bila dah rakyat ludah ni nak kata dia sengaja kot ???


Rakyat tak mau weiiii , bila ang nak letak jawatan ???

MMI

GADIS SANGGUP GADAI MARUAH , Dakwah PAS Makin HEBAT !!!!


Gambar atas ni MMI kongsi daripada blog AAKJ memaparkan satu screen shot bagaimana pelajar hari ini sanggup menggadai maruah diri semata-mata untuk mendapatkan sesuatu.Nauzubillah makin menjadi-jadi kegilaan anak-anak muda hari ini.

Kalau membaca tajuk kat atas sana tu pasti akan ada pihak yang kata kenapa perlu kaitkan PAS dalam hal ni ??

Oklah macam ni semua orang tau yang PAS sering kali membuat tuduhan terhadap kerajaan sebagai penyebab kepada berlakunya gejala-gejala gila seperti ini dan MMI tak nafikan memang ada tapi wajarkah sekiranya setiap kejadian itu dituding jari kepada kerajaan semata-mata ?

Insiden di Ipoh


Insiden di Pulau Pinang


Banyak lagi kalau nak senarai kat sini dan semua tu belum dicampur dengan aksi-aksi mereka yang punya nama dalam politik.. Huh !!!

Bukan nak membela kerajaan dalam bab ini tapi MMI berpandangan untuk mengatasi masalah seperti ini seharusnya semua pihak yang mengaku Islam bersatu atas nama Islam.Itupun belum tentu ianya dapat ditangani dengan sempurna.

Walau bagaimanapun sekurang-kurangnya kita bersatu untuk mencegah kemungkaran tapi sayang PAS asyik dengan tudingan jarinya.

MMI nak tanya Bukit Bintang tu bukan di bawah wakil rakyat Barisan Nasional dan kenapa sehingga ke hari ini tidak ada seorang pun pemimpin mahupun pencacai PAS yang berani tampil untuk membersihkannya ?

Takkan sebab DAP kot ???? Abis yang mengaku dakwah selama ni dekat mana ?? Dekat kawasan yang PAS boleh makan ja ??? 

Lihat Pulau Pinang dah berapa kejadian seumpamanya , mana suara puak PAS ??? Menikus ker ???

Dakwah PAS makin hebat kan ??? 

Sebab tu himpunan macam BERSIH tu boleh bercampur laki pompuan !!!!

MMI

UNIT ANAL Di Asuh Sejak MUDA !!!


Baru-baru ni gempar tentang anggota pasukan PPS di Pulau Pinang yang diragui proses penubuhannya sehingga menyebabkan berlakunya insiden ala mafia apabila seorang lelaki cina dibelasah dan mengalami kecederaan.Baca SINI 

Kini cerita tentang anggota jaga jalan iaitu Unit Anal sebuah parti yang mengaku hebat sampaikan kerja Polis pun depa buat.MMI macam biasa lantak ampalah nak tubuh apa pun jangan sampai mengganggu orang sudah.

Apa pun gambar-gambar yang diterima ini membuktikan betapa mereka sejak dari awal lagi sudah memulakan doktrin kepartian terhadap anak-anak muda malah MMI jangkakan kanak-kanak ini masih dibangku sekolah rendah.



Lihat juga tenaga pengajarnya


Jika sebelum ini puak pembangkang sering kali mencemuh agensi kerajaan kononnya menjadi agen untuk mendoktrin rakyat agar membenci pembangkang dan membasuh otak para pesertanya , gambar yang MMI sertakan ini adalah perkara yang sama dilakukan oleh parti yang mengaku hebat tu.

Walaupun ia tidak menggunakan nama unit anal tetapi pakaian seragam , warna dan tenaga pengajarnya sudah begitu jelas menunjukkan mereka-mereka ini adalah generasi pelapis yang kini sedang didoktrin secukupnya oleh mereka-mereka yang lebih dewasa.

Untuk apa ????

MMI dimaklumkan sememangnya kanak-kanak ini didoktrin agar membenci Najib dan kerajaan Barisan Nasional dengan pelbagai alasan.

Sering kali mereka menjadikan nama jambori sebagai "camourflage" untuk menutup aktiviti mereka dan ianya sudah lama berlaku.

Sekali lagi MMI ulang , tak pernah kisah ampa nak buat apa tapi jangan menuduh orang lain sedangkan ampa sendiri yang melakukannya.

Mungkin pihak berkuasa kena siasat juga penubuhan unit-unit atau gerakan semacam ni berdaftar ke idak ? Mana tau jadi macam kat Penang dah nampak macam komunis dah pun !!!

MMI

Lagi PENDEDAHAN BERAPI Rakaman Audio Pimpinan PAS Tentang Anwar & PKR


Nampak gayanya sekali lagi PAS akan dihentam oleh DAP sebab kebocoran maklumat dalaman yang jelas membuktikan betapa PAS tidak begitu senang dengan tindak-tanduk pimpinan dalam Pakatan Haprak.Selain dari itu rakaman audio dibawah juga menjawab persoalan tentang dimana kelibat Hadi Awang sewaktu sidang media pengumuman keputusan mesyuarat PAS tentang siapa yang menjadi pilihan PAS untuk berada di kerusi Menteri Besar Selangor.

Desas-desus yang mengatakan Hadi kurang senang dengan keputusan PAS Pusat yang dimonopoli oleh puak Anwarinas rasanya dah terjawab.

Paling pasti ia turut mengesahkan betapa PAS sekarang sudah terlalu jauh menyimpang , hilang prinsip dan maruah diri mudah kata dah terlalu lama merelakan diri jadi PENCACAI ! 



Kepada puak-puak PAS di akar umbi INGATLAH pemimpin yang kat atas tu bukan semuanya bagus malah sebahagian daripada mereka hanya mementingkan kedudukan sendiri manakala ahli dipergunakan untuk mencapai cita-cita mereka.

Kalau ampa tak mau sedaq juga terpulang.

kredit pisau.net 

MMI

Monday 25 August 2014

Pasukan Peronda Sukarela Ka KOMUNIS ??


Sebelum ini diwar-warkan kononnya penubuhan PPS atau Pasukan Peronda Sukarela di Pulau Pinang ini adalah bertujuan untuk membantu pihak Polis mengawal kegiatan jenayah serta yang seangkatan dengannya.Maka dicananglah ke seluruh negara dan serata pelusuk negeri bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang dibawah DAP begitu mengambil berat perihal keselamatan rakyatnya.

Lim Guan Eng tersenyum apabila dilambung-lambung oleh para pembodek dan kaki ampu yang berada disekelilingnya.

MMI pun tak kisah sangat penubuhan skuad macam ni , selagi mana ianya bertujuan untuk membantu masyarakat dan pihak Polis menangani jenayah teruskanlah.Untungnya rakyat juga tapi sejak kebelakangan ini PPS dah tak macam PPS !! 

Cerita anggota PPS berlagak macam Polis dan bersikap biadap selalu sangat dengar tapi MMI malas nak tulis sebabnya hal-hal kecik ni biasalah , semua orang buat silap.

Namun kini lain pula halnya !!

Ekoran daripada sikap kurang cerdik puak-puak baju purple ni seorang lelaki cina kena belasah ala-ala mafia macam tu.Ampa baca kat SINI 

Bermula dari saat itulah maka satu demi satu isu tentang PPS ini di bongkarkan !! Apa cer ???

Sebelum tu MMI nak berterima kasih kepada pemimpin dari parti PCM ni sebab kerja buat dia memang gila dan kerana gila dia tu maka Guan Eng pun tak senang duduk.

Dalam satu sidang media hari ini, Huan dalam kenyataannya mempersoalkan mengapa PPS berani bertindak sedemikian walhal unit itu bukanlah satu unit yang mempunyai kuasa untuk bertindak dan juga menahan orang sepertiman yang dilakukan oleh pihak Polis memandangkan unit itu bukannya berdaftar dengan Jabatan Pertubuhan Pendaftaran Negeri P.Pinang.

"Saya telah melakukan pengesahan dengan ROS P.Pinang tentang PPS ini dan amat mendukacitakan sekali bahawa unit itu sebenarnya tidak pernah didaftarkan dan ianya dilihat sebagai pertubuhan haram dan sudah semestinya ianya salah dari segi undang-undang" ujar beliau kepada media hari ini.

Huan turut mendedahkan bahawa PPS kini mula besar kepala apabila mereka dilihat seolah-olah kebal undang-undang apabila ketika melakukan rondaan, mereka berani membawa senjata merbahaya seperti kayu besbol,rotan dan juga alatan memukul yang lain sehingga menimbulkan persoalan adakah ianya mendapat kelulusan dari pihak Polis. 

"Mereka membawa senjata merbahaya seolah-olah mereka berkuasa di sini. Perkara ini akan saya panjangkan kepada pihak berkuasa dan tindakan lanjut akan diambil memandangkan beberapa bukti kini sudah siap dikumpulkan dan selanjutnya akan diambil dalam masa terdekat ini." ujarnya lagi.Baca selanjutnya di SINI 

Inilah bahayanya apabila setiap tindakan itu punya niat lain dan semestinya penubuhan PPS ini kini mengundang rasa tidak selesa kepada kebanyakkan pihak di Pulau Pinang.

Dah semacam zaman darurat pula dah !! Masa zaman darurat dulu orang ramai takut untuk bergerak bebas kerana khuatir di serang puak-puak komunis dan sekarang di Pulau Pinang pun dah rasa perkara yang sama.

Boleh percaya ka puak-puak PPS yang siap bawa senjata ni ??? Dah lah tak mengikut saluran yang betul !!!

Bagi MMI ini adalah gerakan yang cukup berbahaya dan pihak berwajib harus melakukan sesuatu !

Bukan apa kita kata PPS tapi sebaliknya KOMUNIS !!!

Jaga bro !!

MMI

Aksi LIWAT & ChinaDoll Secara Langsung Tak Mau Ka ??


Punyalah nak pertahan sampai najis sendiri pun dah tak perasan ! Apa punya musibat puak-puak ni , kalau bab orang lain bukan main mahkamah adalah tempat paling adil tapi bila kena batang hidung macam-macam bunyi.

Kisahnya tentang kes liwat si KETUM yang akan didengar di mahkamah pada bulan Oktober nanti.Macam-macam punya minta ! Sapa depa yang minta macam-macam sangat ni ?? 

Ohh lupa dia baru menang pemilihan parti baru-baru ni nak kena tunjuk sikit lah !!!!
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, hari ini menuntut tiga perkara dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelang prosiding rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal didengar pada Oktober ini.
“Kita tuntut bahawa pendakwaraya berjiwa UMNO digugurkan.
“Kalau benar hendakkan transformasi, gugurkan pendakwaan ke atas semua peguam Anwar termasuk N. Surendran.
“Kalau Najib berani dan jujur, buat siaran secara langsung perbicaraan itu. Biar rakyat jadi hakim,” kata Mohamed Azmin kepada lebih 5,000 perwakilan PKR yang hadir pada Kongres PKR ke-10 di Stadium Malawati di sini.Baca Seterusnya 
Hahahahahaha ampa ingat dak lagi si KETUM ni sebelum ni masa satu perbicaraan kes dia , mana ada berani beb !!! Bersumpah pun tak mau !!! Dia pilih untuk beri keterangan membela diri tanpa boleh disoal balas oleh pihak pendakwa !! Ampa pi cari di google sana noo belambak cerita tentang hal tu.

Adoiiii !!! Puak musibat ni kata institusi kehakiman negara ni tak baguih ?? Alo brader baguih bila kena kat ampa ja kot ?? 

Kepala hotak ampa !!! 

MMI sarankan supaya aksi liwat itu disiarkan secara langsung ke seluruh negara dan dunia , minta Saiful lakonkan semula lepas tu tayang aksi chinadoll kena belasah dengan KETUM dan kita biarkan rakyat menilai !! Amacam Min ???

MMI

Krisis Selangor BERAKHIR Besok ?!!


Benarkah krisis di bumi Selangor akan berakhir besok ?? Agak-agak apa keputusan yang bakal di buat apabila Khalid mengadap DYMM Sultan Selangor ? Semuanya masih menjadi tanda tanya dan MMI percaya apa jua keputusannya nanti akan menyebabkan 2 perkara berlaku.

1.Serangan bertali arus oleh puak-puak PKR dan pembangkang terhadap DYMM Sultan Selangor sekiranya Khalid dikekalkan atau DUN dibubarkan.

2.Rakyat terus diperbodohkan oleh pembangkang sekiranya kedudukan Wan Azizah dipersetujui oleh DYMM Sultan Selangor untuk menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar berdasarkan jumlah kerusi DUN yang menyokongnya , politik sekali lagi dilacurkan oleh pembangkang khususnya Anwar Ibrahim.

Untuk rekod Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hari ini, mengesahkan bahawa beliau akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah esok, bagi memberi penjelasan tentang krisis yang berlaku di negeri itu.

Abdul Khalid dipercayai akan menghadap Sultan Sharafuddin pada pukul 2 petang Selasa.

Sultan Sharafuddin, yang sepatutnya kembali ke tanah air dari percutian luar negaranya pada 27 Ogos, pulang empat hari lebih awal ekoran krisis itu.

Abdul Khalid akan menghadap Sultan Sharafuddin susulan keputusan pimpinan tertinggi PAS dalam satu mesyuarat khas yang membuat pendirian untuk tidak menyokong lagi kepimpinannya sebagai Menteri Besar Selangor.

Namun, dalam masa sama, PAS mengarahkan empat anggota Exco daripada parti itu untuk kekal dalam pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Abdul Khalid.

PAS mencalonkan dua nama iaitu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Mohamad Azmin Ali sebagai calon menteri besar yang baharu bagi menggantikan Abdul Khalid.

Keputusan sebulat suara itu dibuat selepas mesyuarat khas jawatankuasa kerja pusat PAS, sekali gus menggugurkan sokongan parti itu sebelum ini terhadap Abdul Khalid.

Yang pasti PAS telah membuktikan mereka bukan lagi parti yang punya pendirian !! 

Akhir sekali apa jadi kalau lepas ni ROS kata keputusan PKR memecat Khalid adalah satu kesalahan ?

MMI

Saturday 23 August 2014

Kisah Baby Besar Meh Baca !!


Ali dan Abu adalah dua orang kawan baik. Mereka baru belajar untuk mengendap. Satu hari Abu menunjukkan kepada Ali sebuah rumah untuk mereka mengendap pada malam nanti.

Pada malam tersebut mereka pun sampai ke rumah tersebut serta cepat-cepat mencari sasaran (lubang). Ali pun tanpa berlengah lagi terus melihat ke dalam lubang tersebut dan serta-merta bertempik “Lari…..Abu!!!!!!” dan Ali pun terus memecut lari lantas diikut oleh Abu.

Setelah jauh mereka berlari, Ali pun berhenti tercunggap-cunggap dan dia ditanya oleh Abu “Kenapa kau lari Ali?”.

Ali pun menjawab “Tadi sewaktu aku mengendap, aku nampak bayi lebih besar dari kita berdua sedang menyusu, Kalau bayi pun dah besar tu, kau bayangkanlah besar mana bapak dia”.

Huh nampak tak ? Kalau cerita ni betoi memang dungulah puak 2 ekoq tu sebab yang sorang tu bangang yang lagi sorang tu main ikut ja.

Hahahaha dah macam cerita kat Selangor kan ??

Yang sorang tu bukan main semua dia nak belasah dan sorang lagi pula main ikut saja hahahaha DUNGU !!!

MMI

Friday 22 August 2014

Tribute To Mangsa & Keluarga Tragedi MH17 AL FATIHAH & TAKZIAH


Suasana sayu menyelubungi Kompleks Bunga Raya KLIA Sepang apabila pesawat khas yang membawa 20 jenazah mangsa tragedi MH17 kini selamat mendarat di KLIA.

Ketibaan pesawat terbabit disambut oleh barisan kepimpinan negara yang kini sudah menantikan ketibaan pesawat khas terbabit sejak awal pagi tadi.

Kepada semua keluarga mangsa MH17 , MMI mengucapkan salam takziah dan bersabarlah dengan ujian daripada Allah swt ini kerana sesungguhnya Allah lebih menyayangi mereka.

Ambillah peluang untuk sama-sama bertafakur dan menghormati kesedihan keluarga dan sanak-saudara yang terlibat atas nama KITA RAKYAT MALAYSIA.

Apa jua yang berlaku kita sebagai umatnya perlu terus tabah dan percayalah setiap yang berlaku itu sudah pun tertulis.

ALFITAH & SALAM TAKZIAH buat semua mangsa tragedi MH17 dan keluarga yang terlibat.

Tribute To MH17

Labels