Followers

Tuesday 8 May 2018

Kenapa MELAYU WAJIB Tolak DAP & Mereka Yang Bersekongkol


Guan Eng Dedah 11 Strategi Untuk Hakis Islam Sebagai Agama Persekutuan

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggariskan 11 strategi bertopengkan kebebasan agama yang dilihat sebagai usaha terancang untuk mencabar Islam sebagai Agama Persekutuan sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

11 strategi itu dilakukan di bawah Kerajaan Pulau Pinang yang telah ditawan DAP selama dua penggal.

“Kakitangan kerajaan bukan Islam juga perlu diberi cuti bergaji untuk upacara khusus keagamaan mereka, sama seperti untuk orang Islam iaitu 40 hari untuk pergi haji dan umrah,” katanya.

Selain itu, setiap kawasan di taman perumahan juga menurut Ketua Menteri Pulau Pinang itu akan diperuntukkan keluasan tanah yang setimpal untuk dibina kuil dan rumah ibadat bagi agama-agama lain.

“Peruntukan tahunan RM1.5 juta untuk memastikan pemaju perumahan menyediakan luas tanah yang setimpal untuk tujuan keagamaan membabitkan kepentingan agama bukan Islam,” katanya.

Tambah beliau, peruntukan yang diberikan kepada institusi pendidikan agama seperti pusat tahfiz dan sekolah pondok berdaftar juga akan diberikan sama rata kepada sekolah-sekolah agama bukan islam yang lain ‘seadilnya’.

Ini termasuk peruntukan untuk pendakwah-pendakwah Kristian dan pergerakkan mubaligh agama lain dengan pemberian dana yang sama rata.

“Ini juga membabitkan peruntukan tahunan sebanyak RM50,000 kepada Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia.

“Selain itu, kita akan mewujudkan Exco untuk Hal Ehwal Bukan Islam (HEB), yang dipengerusikan ketua menteri dan penyediaan peruntukan dana kira-kira RM30 juta sejak 2008 dan menyerahkan bangunan di Jalan Mecalister kepada HEB Pulau Pinang untuk pengurusan hal ehwal penganut Hindu,” katanya lagi.



kredit aidc

Monday 7 May 2018

PRU14 DAP Guna Taktik Paling KEJI


Inilah kerja buat mereka semata-mata untuk kedudukan dan kuasa !

Walaupun Mahathir telah diperalatkan dan sanggup menggadai maruah sendiri untuk semata-mata cuba meyakinkan rakyat Malaysia kononnya DAP adalah sebuah parti pelbagai kaum dan amat suci dalam kerja-kerja politik mereka, hakikatnya warga Malaysia bukanlah warga dangkal dan tidak berakal.

Ramai yang sedar dan tahu bahawa DAP sememangnya sebuah parti rasis dan ianya telah dibuktikan dengan rakaman ucapan oleh para pemimpin DAP sendiri.

So di mana benarnya pengakuan penuh nista Mahathir kononnya DAP itu adalah suci ?

Kini anggota seumur hidup DAP, Amran Ahmad pula mendedahkan parti DAP mempunyai niat untuk menyebarkan progaganda yang bersifat fitnah terhadap kerajaan semata-mata untuk meraih undi rakyat pada PRU14.

Beliau dalam sidang medianya telah menyeru rakyat di seluruh negara terutama pengundi Melayu di Perak, agar tidak menyokong PH pada pilihan raya nanti.

“Jangan sokong PH, jangan undi logo PKR, tanpa anda sedar anda menyerahkan Perak kepada DAP,” katanya sambil menambah PH tidak layak memerintah Malaysia.

Katanya, beliau akan membuat beberapa siri pendedahan bagi memberi pemahaman kepada rakyat secara jelas tentang propaganda dan niat jahat parti pembangkang itu untuk mengelirukan orang ramai.



Selain daripada itu Amran turut mendedahkan DAP berhasrat menuntut jawatan Menteri Besar Perak jika Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Rabu ini.

Beliau berkata pendedahan itu berdasarkan surat yang didakwa diterimanya pada 6 April lepas daripada Prof Dr Abdul Aziz Bari, calon DAP bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebing Tinggi, Perak yang menyebut DAP tidak selesa untuk memberi jawatan menteri besar itu kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, sebaliknya DAP mahu menonjolkan tokoh dalam kalangan parti mereka sendiri.

“Ini adalah satu pembohongan jelas yang dilakukan oleh DAP yang mana kali ini dilakukan oleh pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, yang pada ketika dahulu berkata mereka tidak berhasrat menuntut jawatan Menteri Besar Perak.


Tengok dan nilai sendiri, kalau dah kuncu sendiri pun dia sanggup sailang apalah sangat dengan rakyat ?

Pikir bro pikir ....

MMI

Sunday 6 May 2018

Tolak Habis-Habisan DAP Suara Masyarakat Cina Pulau Pinang


Pulau Pinang kini diambang perubahan dan perubahan ini sudah pun disedari oleh DAP selaku parti pentadbir kerajaan negeri sejak 2008 yang lalu.

Segala janji manis dan sikap angkuh para pimpinan DAP serta sikap mengikut telunjuk pemimpin psrti yang bersekongkol jelas tidak lagi mampu menyembunyikan semua kerakusan dan kegagalan kerajaan DAP Pulau Pinang yang kini sudah sampai ke tahap merimaskan para penduduk.

Hanya rakyat Pulau Pinang sahaja yang tahu kesan daripada kerakusan demi kerakusan ini dah sudah tentulah hanya rakyat Pulau Pinang yang mampu untuk merubah nasib mereka sendiri.

Bait-bait kepada perubahan ini sudah pun kedengaran dan rata-rata masyarakat cina sendiri sudah berani bersuara melahirkan kekecewaan mereka terhadap kegagalan demi kegagalan kerajaan DAP Pulau Pinang selama mentadbir negeri tersebut.

Salah satunya adalah Majlis Kaum Cina Pulau Pinang (PCCC).

Majlis Kaum Cina Pulau Pinang itu merayu masyarakat Cina di negeri Pulau Pinang supaya tidak lagi mengundi pakatan diketuai DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-14, 9 Mei ini.

Pengerusinya, Dr Chang Wei Lu, berkata sudah tiba masanya kaum Cina di negeri itu 'membuka mata' dengan segala kepincangan yang dilakukan kerajaan DAP Pulau Pinang sejak 10 tahun lalu.

"Kali ini, kita mesti tolak habis-habisan DAP dan jangan beri mereka peluang untuk memerintah lagi.

"Cukuplah dengan apa yang mereka sudah gadaikan, sehingga kita sendiri sudah tidak berasa aman di negeri sendiri," katanya ketika berucap di Program Ceramah MCA di Dewan Persatuan Tan Si Eng Chuan Tong baru-baru ini.

Wei Lu merujuk kepada keputusan pihaknya pada Disember tahun lalu yang membatalkan Sambutan Budaya dan Warisan Tahun Baharu Cina, yang sudah dianjurkan sejak 1999.

Beliau berkata, tindakan itu dibuat selepas kerajaan DAP tidak menyelesaikan pembayaran hutang kepada PCCC yang membantu menyelenggarakan perayaan Tahun Baharu Cina.

Katanya, kerajaan negeri menjanjikan untuk membantu pembayaran sebanyak RM80,000 untuk menganjurkan acara itu tetapi sehingga hari ini, kerajaan negeri didakwa masih berhutang RM70,000 kepada PCCC.

Difahamkan, PCCC adalah antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjadi tulang belakang kepada kemenangan utama DAP di Pulau Pinang, sebelum perbalahan mereka bermula pada 2014.

Seharusnya semua masyarakat Melayu dan India di seluruh negeri Pulau Pinang wajar mengambil pendekatan yang sama.

Jika masyarakat cina juga sudah mula memikirkan tentang perubahan di Pulau Pinang, kita juga harus sealiran dengan menolak habis-habisan DAP dan seluruh kuncu-kuncunya dan nyahkan Guan Eng daripada bumi Pulau Pinang.

Selamatkan Pulau Pinang jangan biar tangan-tangan rakus ini terus-terusan merosakkan Pulau Mutiara.

Pilih BN kita hilangkan STRESS seluruh rakyat Pulau Pinang !

MMI

Saturday 5 May 2018

Rakyat Terus Di Perbodohkan Oleh Fitnah Pembangkang #TsunamiPHitnah


Sejak bermulanya kempen PRU14, pembangkang nampaknya semakin hilang arah !

Kegusaran jelas terpancar di wajah setiap pemimpin mereka apabila ombak atau tsunami politik yang diharap-harapkan tidak berlaku.

Pendek kata harapan untuk menumpang tuah tsunami politik seperti sebelumnya gagal dan kalau kita amati siri kempen pembangkang, mereka jelas tertekan sehingga FITNAH telah menjadi sebahagian daripada portfolio jentera pilihanraya pembangkang.

MMI dikhabarkan jentera Fitnah ini telah ditekan dengan begitu drastik sekali supaya memperbanyakkan fitnah supaya rakyat terus membenci kerajaan Barisan Nasional.

Antara contohnya isu yang tular di dalam laman sosial kononya seorang wanita  warganegara China mendapat IC dan akan pengundi di PRU-14 ini.

Satu lagi permainan licik selepas isu Bangla, kini pekerja asing warga China pula menjadi mangsa fitnah Pembangkang.

Hakikatnya semakan yang dibuat melalui laman web SPR,  pemilik no kad pengenalan seperti  yang disebarkan bukanlah seorang yang berdaftar sebagai pemilih di dalam mana-mana tempat di Malaysia.


Sebab itulah awal-awal lagi MMI kata rakyat terus di perbodohkan pembangkang dengan fitnah sebegini sehingga rakyat seolah-olah tidak berotak, langsung tidak menyiasat sedangkan SPR secara terang-terangan telah menyediakan pautan untuk membuat semakan.

Hari pengundian hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, MMI harap rakyat sedar dan nilailah dengan akal dan fikiran setiap berita yang disampaikan kepada kita kerana kita sedang berada dalam zaman  manusia sanggup memFITNAH untuk mengejar kedudukan dan kuasa !!!!

Hati-hatilah ....

MMI

Friday 4 May 2018

Ke Mana Pergi Duit GST Kita ? #JomBN #HebatkanNegaraKu


Kepada siapa yang kerajaan gunakan?

Adakah kerajaan gunakan untuk bayar hutang?

Jom kita review sebab tak salah untuk kita saling ingat mengingatkan ....


GST Memenuhi Keperluan Rakyat








GST Membela Kebajikan Rakyat





Selain daripada semua perkara di atas kita sebagai rakyat di semua peringkat harus melihat GST dalam kontek yang lebih besar. Contohnya apakah sumbangan kita kepada negara dengan mengambil kira sumbangan kita kepada seluruh masyarakat ?

Mungkin akan ada yang tidak bersetuju dengan MMI namun realitinya secara tidak langsung kesan daripada pengenalan GST ini telah menjadikan rakyat Malaysia sebagai antara rakyat yang turut menyumbang kepada pembangunan negara selain daripada dasar-dasar kerajaan BN yang sentiasa bekerja untuk kesejahteraan rakyat.

Ringkasnya kita turut menyumbang dan tahukah kita ke mana sumbangan itu itu diarahkan ?

Mengapa GST ?

Duit hasil pungutan GST daripada perbelanjaan mewah digunakan untuk membela kebajikan rakyat lihat gambar di bawah ;


MMI tahu dan sedar bahawa banyak pihak diluar sana yang menjadikan isu GST ini sebagai isu yang kononnya begitu membebankan namun realitinya sebahagian besar daripada perungut-perungut itu adalah dari kalangan mereka yang sebenarnya mempunyai kemampuan cumanya ia dibezakan mengikut pendapatan dan pekerjaan masing-masing.

Dan percayalah kerajaan bukanlah sezalim seperti mana yang dimomokkan oleh pembangkang kerana pungutan cukai GST dipulangkan semula kepada rakyat dalam 2 bentuk.

1.Semua bentuk pembangunan yang dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

2.Golongan sasaran seperti penerima BR1M dan kumpulan-kumpulan seperti petani, pasukan keselamatan, pesara dan mereka-mereka yang tidak berkemampuan.

Walaupu begitu kita harus sedar bahawa golongan tidak berkemampuan ini sebenarnya sering dibantu oleh para Wakil Rakyat Barisan Nasional di kawasan masing selain agensi yang dikhususkan untuk membantu mereka.

So apa lagi yang dimomokkan melainkan ianya hanyalah untuk provokasi politik menanam kebencian rakyat terhadap kerajaan BN.

Lihat apa perbezaan pandangan mereka yang pakar dengan politikus ?



Antara kebaikan dari segi dasar kerajaan setelah GST diperkenalkan adalah :

SST dimansuhkan !
Cukai korporat diturunkan !
Cukai pendapatan individu diturunkan !



Hakikatnya banyak kebaikan berlaku hasil daripada terlaksananya GST cuma yang menyebabkan berlakunya keadaan tertentu itu adalah bersebab.

Siapa yang naikkan harga barangan ?

Siapa yang memonopoli bidang ekonomi negara ?

Apabila kerajaan berusaha untuk merapatkan jurang penguasaan ekonomi ini dengan penuh adil dan saksama melalui dasar-dasar pembangunan yang mampu membawa pulangan dari segi ekonomi dan peluang pekerjaaan, ada pula pihak yang berusaha bermati-matian memburukkan usaha tersebut !

Kumpulan mana pula yang menyokong usaha pihak-pihak ini ?

Bangsa Melayu dan juga rakyat Malaysia yang hari-harinya dipenuhi dengan rungutan demi rungutan !!!!!

Jika benar rakyat Malaysia mahu melihat perubahan yang lebih baik maka seharusnya mereka menyokong kerajaan sedia ada kerana kerajaan BN bukanlah sebuah kerajaan caca marba, janji mereka berdasarkan keupayaan bukan populis semata-mata.

Kesannya ;

1.Terbinanya lebuh raya tanpa tol di Pan Borneo.
2.Terbinanya Lebuh Raya Utama Tengah - CSR (Central Spine Road) tanpa tol di Pantai Timur. 
3.Terbina landasan keretapi ECRL menghubungkan jaluran di sebelah Pantai Timur yang bakal meningkatkan ekonomi.
4.Terbinanya UTC di setiap negeri untuk kemudahan rakyat.
5.Terbina Tun Razak exchange (TRX) membuka 300 ribu peluang pekerjaan. 
6.Terbinanya MRT sebagai jaringan perhubungan yang lebih selesa dan pantas di Ibu Kota.

Dan banyak lagi rujuk di pautan berikut Pencapaian PM Najib Sepanjang Lima Tahun


Sebagai rakyat apa lagi yang kita nak rungutkan ?

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada kerana MMI yakin dan percaya kerajaan BN di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak mampu membawa Malaysia jauh lebih baik daripada apa yang kita miliki hari ini.

#JomBN

MMI

Wednesday 2 May 2018

Pengundi Bangladesh Datang Lagi ?? #TsunamiPhitnah


Seperti yang dijangka sekali lagi puak-puak pembangkang menjadikan isu warga Bangladesh sebagai makanan fitnah mereka dengan menjaja ke seluruh negara kononnya Barisan Nasional sudah mula membawa masuk pengundi dari Bangladesh.

Isu kitar semula cumanya kali ini mereka menggunakan gambar sekumpulan warga Bangladesh yang tiba di Pulau Pinang bertopi biru.

Woooo bukan main seronok puak-puak kaki fitnah ni sampaikan ada juga dikalangan orang-orang parti sendiri yang turut sama seronok mengadu domba isu yang dimainkan tanpa sebarang siasatan dibuat.

Kiranya main telan ja apa yang orang suap tapi kalau tengok kepada zahir diri jauh berbeza, nampak macam profesional dan educated tapi hampeh otak udang !!!!

Kepada yang suka main telan ja tanpa tengok isi yang ditelan itu MMI nak jelaskan bahawa penyebaran gambar FITNAH itu sebenarnya adalah gambar kehadiran sekumpulan warga asing di Pulau Pinang untuk menghadiri satu konvensyen Qnet (direct selling company – subsidiary of QI Group of Companies).

Konvensyen berkenaan bermula pada 24 April dan berakhir pada 28 April 2018 dan kira-kira 15,000 ahlinya hadir di SPICE Arena, Relau, Pulau Pinang.

So what ?

Macam inikah pembangkang berkempen?

Dengan tsunami fitnah?

MMI nak ingatkan ingatkan kepada semua bahawa kita juga perlu menghormati warga Bangladesh, penduduk mereka juga bertauliah dan beradab, sama seperti penduduk negara India, Sri Lanka, Arab Saudi, Jepun, Korea dan semua negara lain. 

Sedar atau tidak tindakan sedemikian adalah satu tindakan yang bukan sahaja menghina warga negara yang lain tetapi menjatuhkan imej bangsa itu sendiri seolah-olah mereka terlalu hina sampai sanggup menjadi kuda tunggangan kepada orang lain.

Beginilah sikap puak-puak pembangkang main bedal dan langsung tak pernah memikirkan sensitiviti orang lain seolah-olah mereka adalah yang paling agung dalam dunia.

Hello !!!! Barisan Nasional jauh berbeza dengan pembangkang, kita tak perlu berlakon sampai menangis depan budak kecil kononnya diri tu dah tua, kita tak perlu sebar fitnah berbohong dengan rakyat hanya untuk mendapatkan kuasa sebab BN punya keupayaan dan kemampuan untuk meyakinkan rakyat dengan segala gerak kerja dan usaha kerajaan selama ini.

Betapa hinanya pembangkang dan bayangkanlah bagaimana hubungan diplomasi kita nanti, Nauzubillah sekiranya Pakatan Harapan menang dan apabila pemimpin Harapan memimpin negara ?

Apa yang akan berlaku agaknya ????

Tak cukup dengan itu difitnahnya lagi dengan sebaran gambar kononnya warga Bangladesh memakai baju Barisan Nasional, memegang poster Najib Razak dan bendera Barisan Nasional. 


Agak-agaklah bro, benda simple macam ni pun nak percaya ke ?

Siapa-siapa pun boleh mengajak orang pakai baju sebegini. Kalau esok pagi ada warga Singapura, Thailand, India, China, Jepun atau Amerika yang pakai dan pegang poster sebegitu, adakah mereka juga pengundi hantu ?

Dan lebih bodohnya pembangkang dan juga mereka-mereka yang percaya ni adalah kerana gagal memahami proses pilihanraya itu sendiri.

Setiap parti yang bertanding dalam pilihanraya pastinya tahu bahawa proses pengundian itu bukanlah dibuat secara sambil lewa ianya berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah SPR.

Malah setiap parti ada wakil masing-masing dalam setiap saluran mengundi selain wakil sewaktu perkiraan undi dibuat.

Dan semua pengundi hanya boleh mengundi sekiranya nama mereka disahkan oleh SPR sebagai pengundi pada satu-satu pilihanraya merujuk kepada peraturan dan undang-undang yang tersedia.

Perlu juga MMI jelaskan bahawa setiap nama-nama pengundi telah dipamerkan oleh SPR dalam tempoh tertentu untuk parti-parti politik melihat dan membuat sebarang bantahan sekiranya wujud sebarang pertikaian.

Malah kakitangan SPR bukanlah terdiri daripada penyokong-penyokong Barisan Nasional sahaja, semua pihak terlibat tanpa mengambil kira fahaman politik.

So apa lagi yang nak dibebelkan ?

Pada PRU13 yang lalu Anwar Ibrahim dan pembangkang membuat tuduhan kononnya kerajaan BN membawa masuk 40,000 Bangladesh untuk mengundi. 

Kemudian apa yang berlaku? 

Di Parlimen, Anwar Ibrahim tanya balik “mana ada dia kata begitu”.  If I may say this, the Opposition won votes based on lies !

Tak cukup dengan itu dalam pilihan raya yang lepas, pembangkang tuduh kerajaan bawa masuk Bangladesh sebagai pengundi hantu. Lepas PRU13, apa mereka kata? 

A.PEMANTAU kata tidak ada pengundi asing. 

B.Pemimpin DAP Ong Kian Ming kata tidak ada pengundi asing.

C.Calon pembangkang Petaling Maria Chin Abdullah, bekas Pengerusi BERSIH, juga akan tidak ada pengundi asing.

Hello Khalid Ismath bekas aktivis BERSIH pun mengaku bahawa semua tuduhan itu adalah propaganda semata-mata.


Hakikatnya pembangkang sengaja mereka-reka cerita dan membuat fitnah untuk menang undi dan kerusi di PRU sahaja dan mereka kemudian dengan bersahaja tanpa bertanggungjawab membuat penafian seolah-olah semua kejadian yang berlaku itu tidak memberikan impak kepada mana-mana pihak khususnya dalam soal keselamatan negara. 

Sikap macam ni ke kita nak pilih untuk tadbir negara ?

PRU14 Pakatan Haprak tak relevan langsung !

MMI

Tuesday 1 May 2018

Apakah Permatang Pauh Masih Milik Keluarga Anwar Selepas PRU14 ??


Ramai yang melihat PRU14 sebagai medan buku bertemu ruas di Permatang Pauh apabila penyandang Wan Azizah dari PKR tidak bertanding sebaliknya menyerahkan kerusi tersebut kepada Nurul Izzah anaknya yang didatangkan dari Lembah Pantai.

Wan Azizah pula berpindah keluar dan bertanding di Pandan !

Dari pengamatan MMI apa yang berlaku ini adalah strategi Wan Azizah sendiri kerana melihat pencabarnya di Permatang Pauh bukanlah calang-calang lawan sebaliknya adalah Datuk Zaidi, Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh yang selama ini telah menunaikan tanggungjawabnya terhadap seluruh rakyat Permatang Pauh melebihi Ahli Parlimen sendiri.

Tak perlu MMI perjelaskan satu persatu kerana hampir pasti seluruh pengundi di Permatang Pauh tahu siapa sebenarnya yang bekerja untuk rakyat.

Selain dari itu Wan Azizah juga dikhabarkan punya agenda peribadi apabila membuat keputusan bertanding di Pandan. Semuanya ada kena mengena dengan si peliwat di penjara Sungai Buluh, rasanya ramai yang boleh agak.

Apa pun semua gerak kerja Team Zaidi di Permatang Pauh sejak awal 2013 yang lalu benar-benar memberikan saingat sengit kepada calon PKR Nurul Izzah.

Dilaporkan PKR kini berada dalam keadaan terdesak untuk mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang dimenangi mereka sejak Pilihan Raya Umum 1999.

Nada kebimba­ngan terserlah apabila ca­lonnya, Nurul Izzah Anwar mengakui pertarungan di kerusi berkenaan kali ini tidak semudah yang disangka selepas meng­ambil kira beberapa faktor.

Katanya, selain bim­­­bang peratusan keluar mengundi yang rendah pada 9 Mei nanti boleh menyebabkan mereka tumbang, faktor kekuatan lawan iaitu Barisan Nasio­nal (BN) dan Pas juga merupakan perkara yang perlu diberi perhatian.

“Sebab itu saya kata PKR tidak boleh ambil mudah. Mereka (BN dan Pas) mempunyai sejarah yang panjang di sini, jadi mereka ada kekuatan jentera. Oleh itu, sejak dua tahun lepas, kita (PKR) mula bekerja kuat di sini,” katanya dalam satu sidang akhbar baru-baru ini.

PKR sebelum ini dianggap kebal di Permatang Pauh apabila BN gagal sebanyak enam kali untuk merampas kerusi berkenaan termasuk dua percubaan pada pilihan raya kecil (PRK) 2008 dan 2015.

Bagaimanapun, pemerhati politik menyifatkan faktor kemenangan PKR di situ adalah kerana sokongan penyokong Pas terutamanya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

Kerjasama politik mem­ba­bitkan kedua-dua parti terputus pada 2015 selepas Pas mendakwa PKR mengkhianati mereka dalam pelbagai isu. sumber utusan

Hakikatnya ada 2 perkara yang perlu kita fahami ...

1.Kenyataan Nurul adalah strategi low profile PKR untuk mendapat simpati pengundi seperti mana yang pernah dilakukan oleh Wan Azizah yang sering menjaja kisah Anwar walaupun hari ini beliau bersama Mahathir.

2.Kerisauan ini punya logiknya kerana perpisahan PAS dari Pakatan Haprak adalah satu kerugian besar kepada parti-parti yang bersama dalam Pakatan Haprak memandangkan PAS adalah penyumbang undi terbesar kepada Pakatan Haprak dulunya.

Selain daripada itu momentum dan gerak kerja UMNO Permatang Pauh yang sudah menempah nama sebagai bahagian UMNO paling aktif ( dalam perkiraan MMI sendiri) turut menjadikan rentak PKR yang hanya mengejar kedudukan dan kuasa politik semata-mata terencat.

Melihat kepada semua senario diatas adalah sesuatu yang mustahil untuk Nurul Izzah dan PKR sekali lagi mencatat nama di Permatang Pauh !

Jika para pengundi benar-benar memilih berdasarkan kepada gerak kerja dan tanggungjawab maka calon Barisan Nasional P044 Datuk Zaidi Bin Mohd Said adalah calon yang paling layak dipilih mewakili rakyat Permatang Pauh.


Soalnya apa yang pengundi Permatang Pauh mahukan ?

Pembelaan dan kemajuan oleh Datuk Zaidi mewakili Barisan Nasional atau terus menjadi pak turut PKR yang akhirnya mungkin terlupa siapa sebenarnya Ahli Parlimen seperti mana yang berlaku dalam penggal yang lalu.

Pilihan di tangan ANDA !!!!

MMI

Labels