Followers

Monday 31 July 2017

Nasib Penduduk Kampung Mutiara Batu Feringghi Pulau Pinang


Hati siapa yang tak sedih bila mana rumah dan kampung yang selama ini menjadi penempatan kita secara tiba-tiba bakal lenyap ? Malah arahan sudah pun dikeluarkan supaya semua penduduk segera mengosongkan rumah masing-masing kerana tanah tempat mereka bermain dan mengenal dunia itu bukan lagi milik mereka.

Secara undang-undangnya para penduduk Kampung Mutiara Batu Feringghi , Pulau Pinang tidak punya alasan untuk menolak notis pengosongan kerana pemilik tanah jauh lebih berhak.

Walau bagaimanapun sebagai manusia apatah lagi rata-rata penduduk yang terdiri daripada golongan bawahan dan pertengahan itu pasti berdepan dengan keperitan kerana jelas perpindahan itu bakal menelan belanja yang agak besar termasuklah kemampuan untuk mendapatkan kediaman yang baru.

Dalam konteks Pulau Pinang pula , sudah tentulah kebanjiran projek-projek pembinaan rumah mewah yang nilai penjualannya mencecah jutaan ringgit bakal mengundang keresahan para penduduk Kampung Mutiara.

MMI sejak awal pagi berada di Kampung Mutiara dan kawasan sekitar dapat melihat sendiri bagaimana suasana dan keadaan para penduduknya apabila diberitakan pada hari tersebut kerja-kerja perobohan akan dilakukan.

Situasinya cukup menyedihkan apatah lagi ianya melibatkan warga tua yang sudah tentu tidak punya kudrat untuk bangkit mempertahankan kampung mereka.

Berikut MMI kongsikan gambar-gambar yang sempat dirakam ;

Penduduk membina halangan di sepanjang laluan masuk ke Kampung Mutiara





Keadaan di pintu masuk laluan ke Kampung Mutiara 






Suasana sekitar Kampung Mutiara





Bagaimana pun satu rundingan telah diadakan oleh wakil penduduk bersama dengan pemilik tanah bagi menyelesaikan isu berbangkit.

Merujuk kepada laporan yang disiarkan Penang Online , tempoh selama 3 bulan telah diberikan kepada para penduduk bagi menguruskan urusan perpindahan keluar dari perkampungan tersebut dan ianya dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Baca selanjutnya di SINI

MMI akui secara perundangan penduduk harus mengosongkan kediaman masing-masing dan berpindah keluar dari perkampungan tersebut namun melihat kepada keadaan dan suasana sebegini timbul persoalan apakah yang kerajaan negeri DAP lakukan selama mereka mentadbir Pulau Pinang sejak dari 2008 yang lalu ?

Dalam pada isu perumahan mampu milik masih lagi GAGAL ditangani oleh kerajaan negeri , MMI yakin dan percaya hal membabitkan nasib penduduk Kampung Mutiara ini bukanlah menjadi agenda terpenting kerajaan negeri yang mengaku berjiwa rakyat !

Jika benar kerajaan DAP Pulau Pinang mahu membela nasib rakyat rasanya situasi seperti mana yang berlaku di Kampung Mutiara pastinya tidak akan berlaku kerana ia hanya memerlukan perancangan dan tindakan yang benar-benar menepati slogan Cekap , Akauntibiliti dan Telus.

Realitinya CAT sudah lama mati di Pulau Pinang !

MMI

Sunday 30 July 2017

Pentadbiran Kerajaan DAP P.Pinang Caca Marba Di Bawah Guan Eng


Setelah Guan Eng mendapat kritikan demi kritikan akibat daripada kelemahan dan kegagalannya mentadbir kerajaan negeri maka nama Chow Kon Yeow telah diangkat Guan Eng kononnya bakal menggantikan beliau sekiranya berlaku sesuatu terhadap dirinya akibat daripada pertuduhan salah guna kuasa dan rasuah.

Kiranya inilah orang yang akan menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang selepas Guan Eng , tak apalah hang nak namakan sapa pun MMI bukan kisah sangat pun tapi persoalannya apakah nama yang disebut itu jauh lebih baik daripada Guan Eng ?

Sebagai warga Pulau Mutiara , MMI yakin dan percaya tetap punya hak untuk bersuara dan sekurang-kurangnya mahu melihat pimpinan selepas ini setidak-tidaknya bukanlah datang dari kelompok yang punya agenda cauvinis seperti mana yang diamalkan sebelum dan sehingga kini.

Malangnya nama yang disebut itu juga rupa-rupanya bukanlah dari kalangan mereka yang boleh kita percayai sebab dalam isu anugerah yang diterima oleh pihak MPSP dan MPPP jelas sama sekali ianya berlaku kerana 2 sebab utama ;

1.Kerakusan dan tahap obses menggila puak-puak DAP untuk menjadikan anugerah-anugerah seumpamanya sebagai kempen politik kononnya anugerah itu adalah bukti betapa kerajaan di bawah DAP jauh lebih baik daripada semua kerajaan yang ada di Malaysia.

2.Sikap sambil lewa dan KEGAGALAN para pimpinan kerajaan DAP Pulau Pinang termasuklah nama-nama yang MMI sebut diatas sana untuk berpegang kepada slogan CAT itu sendiri akhirnya menyebabkan berlakunya kelemahan paling memalukan dalam sejarah pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang.

Seolah-olah Pulau Pinang kini sedang ditadbir oleh sekumpulan BADUT yang tempang di sini sana dan CACA MARBA !

Itulah ungkapan yang disebut oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor , Datuk Shahbudin Yahaya yang menyifatkan kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Dap umpama kerajaan badut yang sentiasa menimbulkan kelucuan seperti tersalah kira, tersalah jumlah projek, beli rumah tiada kolam renang dan terbaru tidak sedar menerima anugerah palsu.

Jelas beliau, ini jelas dapat dilihat apabila akhirnya kerajaan negeri terpaksa mengakui bahawa anugerah yang diterima daripada Europe Business Assembly (EBA) adalah tidak diiktiraf dan ianya berbayar.

“Setelah diasak akhirnya mereka mengakui terpaksa membayar untuk mendapat anugerah tersebut.

“Kini, saya mencadangkan agar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bersifat ‘gentleman’ dengan menjelaskan kekeliruan yang berlaku.

“Jika sebelum ini dia begitu agresif di Parlimen meminta kerajaan menjawab segala persoalan dan apabila tidak berpuas hati meminta ditubuhkan suruhanjaya siasatan, jadi dalam hal ini jika ‘gentleman’, jelaskan secara sukarela bagaimana mereka boleh melakukan kesilapan sebegini.” 

Tambah Shabudin, sebenarnya kekeliruan fakta ini bukanlah sesuatu yang asing dengan Dap kerana Dap sememangnya sinonim dengan manipulasi fakta seperti fakta pembinaan terowong,  fakta salah kira undi CEC dan macam-macam lagi.

“Maka, jika kali ini mereka memberi alasan tidak sedar bahawa anugerah ini palsu maka ia adalah perkara biasa bagi melepaskan tengkuk sendiri.

“Mana mungkin mereka tidak tahu ianya palsu kerana anugerah ini perlu dibayar malah kerajaan negeri mempunyai keupayaan untuk menyiasat sebelum membuat pembayaran.

“Atau mungkin kerana terdesak dan mahu orang melihat mereka adalah yang terbaik maka mereka sanggup membuat pembohongan membeli anugerah tersebut agar dapat pujian daripada rakyat. Mereka tidak sangka bangkai gajah yang ditutup akan terhidu juga akhirnya,” bidasnya lagi.

Justeru beliau mendesak Guan Eng untuk menjawab sekiranya benar mereka tidak sedar anugerah ini palsu, apakah kriteria yang digunapakai oleh EBA sehingga Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) diiktiraf yang terbaik dan bilakah kajian tersebut dilakukan.

Jika kerajaan negeri tidak mampu menjawab maka terbuktilah bahawa Guan Eng memang langsung tiada kredibliti dalam mengurus nama baik negeri Pulau Pinang.


Baca juga artikel berkaitan di SINI

MMI

Saturday 29 July 2017

Dendam Politik ! Mahathir Angan-Angan Akan Di Ampunkan ..


Wan Azizah dilaporkan bersetuju dengan tuntutan aktivis reformasi yang mahu pembangkang menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi menyiasat pelbagai tuduhan terhadap Dr Mahathir sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Wan Azizah berkata, sehingga keputusan PRU diketahui, pakatan pembangkang bersetuju untuk mengekalkan Dr Mahathir sebagai pengerusi bagi gabungan berkenaan.

Apa yang menarik perhatian MMI adalah kenapa ada dikalangan rakyat Malaysia yang masih lagi belum sedar bahawa mereka sebenarnya sedang dipermainkan oleh pimpinan-pimpinan Pakatan Haprak yang cuba menyembunyikan agenda masing-masing ?

Kononnya berdiri bersama atas satu prinsip dan pendirian tetapi hakikatnya mimpi mereka lain-lain dan hal ini sudah pun diterjemahkan dalam beberapa siri pembohongan puak-puak Pakatan Haprak sebelum ini.

Antara contohnya apa yang dilontarkan oleh Wan Azizah dalam wawancara bersama Al Jazeera ;



Jika pendirian itu adalah matlamat PKR , bagaimana pula dengan pendirian parti-parti yang lain dalam pembangkang  kerana sehingga kini dilihat begitu jelas sekali kehadiran Tun Mahathir bersama Pakatan Haprak hanyalah sekadar keldai tunggangan !

MMI dah menulis dalam artikel sebelum ini keadaan dan situasi Tun Mahathir yang begitu buruk sekali sehingga kredibiliti Tun Mahathir yang dulunya begitu dihormati kini sekadar menjadi hantu raya dalam Pakatan Haprak sampaikan ucapnya sudah berbelit-belit.Baca artikel berkaitan di SINI

Berbalik kepada respon Wan Azizah terhadap tuntutan daripada aktivis reformasi yang mahukan supaya siasatan dilakukan terhadap Tun Mahathir selama 22 tahun mentadbir negara , ianya jelas menunjukkan kepada kita bagaimana ceteknya ilmu politik Presiden PKR ini kerana tidak tampil dengan respon yang lebih kukuh dan punya titik nokhtah.

Jika MMI berada d tempat Azizah sudah hampir pasti sebelum menjawab tuntutan terbabit , kupasan terhadap kedudukan dan gabungan pembangkang itu akan MMI olah sekemas mungkin dan akan menokhtahnya keputusan supaya gabungan parti-parti pembangkang tidak dilihat sebagai serigala tempang yang sedang menyamar dalam sekumpulan besar kambing biri-biri.

Namun jawapan Azizah jauh meleset dan telah menelanjangkan bukan sahaja diri sendiri tetapi juga seluruh pimpinan parti-parti dalam Pakatan Haprak.

Mana mungkin sebagai seorang pemimpin politik yang kini berstatus presiden dan berkemungkinan diangkat sebagai Perdana Menteri BONEKA boleh mengeluarkan keputusan sedemikian ?

Persetujuan untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi menyiasat pelbagai tuduhan terhadap Tun Mahathir di waktu beliau kini bersama Pakatan Haprak dan berada dalam kedudukan tertinggi yang diangkat sendiri oleh seluruh pimpinan dalam Pakatan Haprak jelas memperlihatkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa barisan pembangkang telah menyimpang terlalu jauh.

Dan lebih memeranjatkan lagi tindakan tersebut hanya akan diambil oleh Pakatan Haprak sekiranya mereka menang dalam PRU14 !

Woooo apakah keputusan ini dibuat berdasaran citarasa politik Wan Azizah seorang ? Atau ianya datang dari mulut-mulut celupar pimpinan dalam Pakatan Haprak yang sebenarnya sedang mempergunakan Tun Mahathir habis-habisan ?

Apa pun tindakan sebegini sebenarnya adalah bukti dalam banyak bukti-bukti sebelum ini betapa Pakatan Haprak bukanlah pasukan politik yang boleh menyumbang kepada kebaikan rakyat dan negara.Mereka hampir pasti berbalah sekiranya KUASA yang kini menjadi idaman berada dalam tangan.

Dengan penguasaan secara total DAP terhadap Pakatan Haprak , besar kemungkinan sekiranya Malaysia ditadbir oleh Pakatan Haprak , Anwar yang kini berseorangan dalam sel di Kajang akan berteman dengan sahabat baiknya Tun Mahathir.

Segalanya hampir pasti berlaku dan pada ketika itu apabila penguasaan besar DAP hasil daripada perancangan licik parti itu terhadap kelemahan pimpinan Melayu dalam Pakatan Haprak khususnya dalam jumlah bilangan kerusi , percayalah tidak mustahil PKR juga akan berpecah dua yang akhirnya akan menyebabkan kuasa orang-orang Melayu semakin terhimpit.

Pincang bukan ?

Mungkin pada saat ini di waktu kalian sedang membaca artikel ini , Tun Mahathir juga berangkali sedang berangan-angan apakah aku akan diampunkan oleh Anwar dan seluruh puak-puak pembangkang yang dulunya amat aku benci ?

Mengambil kira dari kenyataan Azizah , MMI ada 2 jawapan !

1.Dendam itu hampir pasti tidak akan dilupakan dan Tun Mahathir hanya mampu berangan-angan

2.Azizah hanya membebel sebab jelas Presiden PKR ini adalah BADUT sama seperti mana Tun Mahathir yang kini sedang ligat beraksi dalam Pakatan Haprak.

PERCAYALAH keputusan bukan ditangan mereka !

So dalam erti kata lainnya mereka pincang dan songsang !

MMI

Friday 28 July 2017

Tun Mahathir Sekadar Keldai Pakatan Haprak


Agak-agak ampa mereka-mereka kat atas tu IKHLAS dan SETUJU ka Tun Mahathir jadi kepala dalam pembangkang ? 

Letak sebelah sekejap senarai yang puak-puak ni umum sebab dalam keadaan yang semacam ni Pakatan Haprak akan buat apa saja yang boleh asalkan mereka boleh dapat sokongan daripada akar umbi.

Kalau kita tengok betul-betul jelas kedudukan Tun Mahatir tu dibuat sekadar untuk mendapatkan sokongan orang Melayu selebihnya puak-puak pimpinan pembangkang ni sudah pun berdepan dengan penolakan dari puak-puak mereka sendiri.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dalam ulasannya berkata Anwar dan Kit Siang tidak akan sekali-kali membiarkan Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Haprak pimpinan DAP memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14.

Menurut Salleh , dua tokoh pembangkang itu tidak akan membiarkan perkara tersebut berlaku berikutan apa yang telah dilakukan Tun Mahathir terhadap mereka dan negara ini ketika beliau menjadi Perdana Menteri dahulu.

Hakikatnya Pakatan Haprak hanya akan meragut nyawa sendiri sekiranya mereka menghadapi pilihan raya umum nanti dengan berjanji kepada pengundi untuk kembali kepada Mahathirisme.

“Tawaran Mahathir akan menjadi Perdana Menteri Pakatan Harapan bukanlah sesuatu yang tulen dan hanya sekadar untuk 'ambil hati' orang tua itu agar beliau terus menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,’’ kata Bendahari UMNO itu dalam catatan melalui blognya sskeruak.blogspot.my.

Katanya lagi, Dr. Mahathir yang kini Pengerusi Pakatan Harapan terdesak dan sedar bahawa dengan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai skandal Forex Bank Negara melibatkan US$10 bilion.

Salleh seterusnya berkata, bukan sahaja legasi Dr. Mahathir akan musnah, tetapi dinasti politiknya juga tidak akan menjadi kenyataan serta anak beliau, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz tidak lagi mempunyai harapan untuk menjadi Perdana Menteri.

“Jadi, inilah masa paling baik untuk mempergunakan keadaan terdesak Mahathir itu agar beliau meningkatkan lagi serangan terhadap Najib, dengan menjanjikan jawatan Perdana Menteri kepada beliau,’’ katanya.

Menyentuh andaian ciptaan pembangkang bahawa Dr. Mahathir akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang serta akan dilantik menjadi Perdana Menteri, Salleh berkata, Pengerusi PPBM itu sudah tersasar daripada realiti sekiranya beliau berfikir perkara itu akan berlaku.

“Sudahkah Mahathir lupa pada 2004 apabila pengundi memberi keputusan pilihan raya terbaik kepada Barisan Nasional (BN) dalam sejarahnya kerana mereka amat gembira untuk melihat Mahathir bersara?,’’ tanya beliau.

Salleh menambah, sikap hipokrit yang dipamerkan Pakatan Harapan dapat dilihat dengan begitu jelas dan hanya seseorang yang amat jahil sahaja tidak mampu melihatnya.

“Prinsip serta akhlak sudah tiada lagi dan Pakatan Harapan akan sanggup berkata dan berbuat apa sahaja, tidak kira betapa tidak masuk akal sekali pun, semata-mata untuk memperdaya pengundi kononnya mereka mempunyai formula untuk menang, sedangkan pada hakikatnya, barisan kepemimpinan mereka hanya menunggu masa untuk mengalami musibah,’’ katanya.

Beliau berkata, Pakatan Harapan menyangka pengundi boleh diperdaya dengan mudah dan mereka akan memenangi pilihan raya umum akan datang melalui tipu helah.

“Tetapi, pengundi dapat melihat perkara itu dengan ketara,’’ kata Salleh sambil menjelaskan bahawa Dr. Mahathir akan menjadi calon pilihan raya paling tua dalam sejarah dunia iaitu pada usia 93 tahun, sekiranya beliau bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Dalam masa yang sama pembangkang seharusnya sedar bahawa mereka kini sedang berdepan penolakan dari dalam iaitu para penyokong mereka sendiri yang kini sudah mula berani tampil menolak keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan pembangkang.

Malah lontaran suara mereka kini sudah sampai ke tahap mempertikaikan sikap pemimpin pembangkang yang dilihat hilang prinsip apabila mula mencari alasan demi alasan untuk menghalalkan kerjasama dengan Tun Mahathir.

Dalam satu forum bertajuk ‘Mahathir Ejen Perubahan atau Ejen Pemusnah’yang dianjurkan oleh satu badan NGO baru-baru ini jelas memperlihatkan penolakan , pertikaian dan rasa rimas para penyokong yang gagal di jawab oleh kalangan panel pembangkang sendiri.

Seorang peserta yang memper­kenalkan diri sebagai Ahmad dan telah mengundi seba­nyak dua kali dalam pilihan raya umum mempersoalkan siapa yang ba­kal menjadi Perdana Menteri sekiranya pembangkang menang dalam pilihan raya kelak, namun mendapat jawapan si­nis daripada Hishamuddin.

“Siapa Perdana Menteri itu tidak penting kerana soalan itu soalan bangang, beli lembu pun belum tetapi dah sibuk nak letak lembu di mana,” jawab Hishamudin. 

MMI kata punya bangang dia ni sebab kalau kita amati , maksudnya tak perlu buat persiapan dan perancangan ... macam ni nak susun kerajaan ?? Hahaha

Seorang lagi peserta yang memperkenalkan diri sebagai Haris mendakwa, dia merupakan pengikut tegar zaman reformasi dahulu dan lantang melabelkan kesemua pemimpin pembangkang hari ini sebagai badut kerana tidak belajar daripada kesilapan lalu.

“Kami dah letih nak mende­ngar badut-badut semua ini menyampaikan ceramah politik. Dahulu kutuk dan hasut kami mengenai Mahathir, kata dia bapa segala kejahatan, tetapi hari ini gembira menjalin kerjasama de­ngan Maha Firaun itu?

“Dulu kutuk Mahathir, sekarang bekerjasama dengan Mahathir kutuk Najib. Esok lusa turun bekerjasama pula dengan Najib? Tidak pernah belajar daripada kesilapan lalu!” katanya sebelum meninggalkan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) tempat forum itu berlangsung setengah jam sebelum program itu ber­akhir pukul 11 malam.



Sementara itu, Michael Jeyakumar yang juga Ahli Parlimen Su­ngai Siput cuba memberi penjelasan kepada peserta iaitu pembangkang memerlukan Dr. Mahathir untuk mendapatkan undi orang Melayu di kawasan kampung kerana majoriti mereka masih percaya terhadap kepemimpinan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

“Kita nak masukkan Dr. Ma­hathir sebab sebelum ini kita gagal mengurangkan kekhuatiran orang Melayu yang kebanyakannya bimbang jika pembangkang menang, segala subsidi yang di­terima akan ditarik balik,” katanya.Mohamad pula mengakui mes­kipun Dr. Mahathir menjadi pe­ngerusi dalam pembangkang, barisan kepemimpinan tertinggi lain berperanan seperti diktator terhadapnya.

“Soal diktator atau kuku besi, kami telah mengadakan mesyua­rat rasmi dan tidak rasmi berkali-kali, banyak cadangan beliau ditolak oleh kami. Orang muda perlu berfikir luar daripada kotak sebab yang ditimpa masalah hingga masuk ke penjara, didakwa di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) gara-gara Dr. Mahathir sebelum ini ialah kami, tetapi kami telah pun memaafkannya,” katanya.

Isnin lalu, Otai Reformis 1998 secara konsensus menolak keha­diran Dr. Mahathir dalam Pakatan Harapan dan berhasrat memboikot kempen parti yang disertai oleh Pengerusi PPBM itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

Setiausahanya, Abdul Razak Ismail berkata, penolakan itu dibuat kerana merasakan bekas Perdana Menteri itu bukan calon yang layak untuk dijadikan sebagai pemimpin contoh kepada pakatan tersebut.

Well kat sini MMI ada 2 perkara yang rasanya perlu kita sama-sama kongsikan.

1.Kehadiran Tun Mahathir dan penerimaan pembangkang ke atas dirinya bersebab dan sebab itu jelas dinyatakan seperti mana yang tercatat kat atas tu .. Untuk menagih sokongan dan secara tersiratnya Tun Mahathir hanyalah keldai yang dipergunakan sepenuhnya untuk memastikan orang Melayu terus berpecah ! Tak lebih dari itu beb ....

2.Puak-puak Pakatan Haprak yang mengaku senior ni sebenarnya sudah pun bersetuju untuk mengangkat Jijah seorang pemimpin dalam PKR yang cukup HEBAT dari segala segi seiring dengan kehebatannya sewaktu menjawab soalan-soalan sewaktu ditemuramah oleh Al-Jazeera baru-baru ini.



Hebatkan Jijah ??? Haprak yang tidak punya prinsip perjuangan sama ada untuk Bangsa , Agama dan Negara.

So ringkasnya apa yang sedang berlaku sekarang ini adalah kecelaruan dan kucar kacir pendirian parti-parti dalam Pakatan Haprak itu sendiri.

Walaupun kita tahu Jijah pasti melondehkan ke semua baju yang dipakainya untuk diserahkan kepada Anwar sebagai pengganti , realitinya kuasa penentu dalam apa jua keputusan nanti adalah milik sekelompok gang mata sepet yang kini sedang menghuni Kota Dinasti Lim.

Jangan buat silap beb !

MMI

Thursday 27 July 2017

39 Perkara Yang Disembunyikan Oleh Portal Pembangkang


Sungguh menarik apabila portal-portal pro-pembangkang tidak highlightkan 39 perkara yang telah dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa perasmian Invest Malaysia Kuala Lumpur 2017 (IMKL 2017) pada 25 Julai 2017.

Dalam masa yang sama, penulis berharap agar kepimpinan negara dan BN akan menjelaskan segala kejayaan yang telah dicapai ini kepada rakyat secara berterusan dan berulang-ulang supaya ianya melekat di kepala kita semua.

Realitinya, kepimpinan BN kurang menghebahkan kejayaan mereka tidak seperti puak pembangkang. Bagi pembangkang, aksi dan propaganda itu penting untuk membohongi rakyat kononnya mereka bekerja untuk rakyat. Sampai potong reben pun perlu 9 orang!

39 perkara yang tercatit di bawah adalah sebahagian daripada bukti bahawa negara Malaysia berada di landasan kemajuan yang betul. Ianya juga menafikan segala fitnah, hasutan dan putar belit puak pembangkang yang kononnya negara akan bangkrap.

Kemampuan kerajaan untuk membawa masuk lebih banyak pelabur luar negara dan meletakkan negera Malaysia dalam ranking tinggi jika dibandingkan dengan negara-negara yang lain jelas menunjukkan nama negara Malaysia tidak buruk seperti yang sering dibohongi oleh pembangkang.

Pada 2010, Najib Razak telah memperkenalkan Model Ekonomi Baharu di Invest Malaysia. Model ini direka bentuk bagi mentransformasi Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi, dan negara ini menjadi sebuah masyarakat yang lebih terangkum, saksama dan mapan, dengan tanggapan tiada siapa ditinggalkan di belakang, peluang disediakan untuk semua, dan asas yang betul diletakkan bagi menjamin masa depan yang stabil dan berjaya.


1. Antara 2009 dan 2016, Pendapatan Negara Kasar (PNK) meningkat hampir 50 % dan PNK per kapita menggunakan kaedah Atlas meningkat kepada AS$9,850.

2. Berdasarkan julat semasa pendapatan tinggi Bank Dunia AS$12,235 :
  • Kerajaan sudah mengecilkan jurang ke arah sasaran pendapatan tinggi daripada 33 % kepada 19 %.
  • 2.26 juta pekerjaan diwujudkan, yang merangkumi 69 % daripada 3.3 juta sasaran yang mahu dicapai menjelang 2020.
3. Kerajaan menarik paras pelaburan langsung asing (FDI) yang tidak pernah dicatatkan sebelum ini, yang menunjukkan keyakinan dunia terhadap Malaysia. Pertumbuhan negara disegani oleh ekonomi maju, malah semasa tempoh ketidaktentuan ekonomi global.

4. Unjuran negara Malaysia pada tahun 2017 juga meningkat :
  • Bank Dunia meningkatkan unjuran mereka daripada 4.3 % kepada kenaikan KDNK 4.9 %.
  • Morgan Stanley juga meningkatkan unjuran mereka dan kini ialah 5 %.
  • Nomura juga meningkatkan unjuran ekonomi Malaysia sebanyak 5.3 %.
  • Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pula daripada 4.5 % kepada 4.8 %.
5. Dalam suku pertama 2017, perdagangan negara merekodkan kenaikan 24.3 % - meningkat kepada RM430.5 bilion berbanding dengan tempoh sama tahun lalu.

6. Pada Mac 2017, eksport mencecah paras RM80 bilion buat kali pertama dalam sejarah negara. Pada RM82.63 bilion, ia angka bulanan tertinggi bagi eksport Malaysia yang pernah direkodkan.

7. Pasaran modal meningkat sebanyak 9% kepada paras RM3.1 trilion pada 6 bulan pertama tahun ini, dan kini berada di tempat kelima di Asia secara relatif kepada KDNK. 

8. Dalam pasaran ekuiti terdapat aliran masuk bersih RM11 bilion pada separuh pertama 2017, berbanding dengan aliran keluar bersih RM3 bilion sepanjang 2016.

9. Pasaran bon Malaysia berkembang kepada RM1.2 trilion pada 2016.

10. Pasaran modal Islam merekodkan pertumbuhan tahunan 10 % sejak enam tahun lalu, mencecah RM1.8 trilion pada Jun 2017.

11. Pada AS$29 bilion, Bursa Malaysia merekodkan jumlah tertinggi dana dijana sejak 5 tahun lalu dalam mana-mana 10 negara anggota ASEAN.

12. Mata wang ringgit, dianggap oleh Bloomberg sebagai "mata wang utama Asia paling kukuh suku ini, meningkat 2 kali ganda berbanding yang terbaik berikutnya, yuan China."

13. Malaysia berjaya mempelbagaikan sumber pendapatan kerajaan, termasuk mengurangkan kebergantungan terhadap pendapatan minyak dan gas daripada 41% pada 2009 kepada 14 peratus hari ini.

14. HSBC melabur lebih RM1 bilion untuk membina ibu pejabat serantaunya di Tun Razak Exchange, mengiktiraf peningkatan status Malaysia sebagai sebuah pusat kewangan dan perniagaan antarabangsa.

15. Broadcom Limited, salah sebuah syarikat semikonduktor terbesar dunia dengan permodalan pasaran hampir setengah trilion dolar akan memindahkan Hab Pengedaran Globalnya dari Singapura ke Malaysia pada 2017, di mana ia akan menguruskan inventori global kumpulan bernilai RM64 bilion setahun. 

16. Huawei, sebuah penyedia penyelesaian ICT utama global yang memberikan perkhidmatan kepada lebih satu pertiga penduduk dunia, menjadikan Malaysia ibu pejabat operasi global, pusat hos data dan pusat latihan global, dengan kos projek keseluruhan RM2.2 bilion serta mengambil lebih daripada 2,370 pekerja.

17. Saudi Aramco melabur AS$7 bilion - pelaburan hiliran terbesarnya di luar Arab Saudi, untuk membeli 50 % kepentingan di dalam Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) PETRONAS di Johor. 

18. Finisar Corporation, peneraju teknologi global dalam komunikasi optik, akan melabur RM610 juta lagi dalam operasinya di Perak, menjadikan jumlah pelaburannya di Malaysia kepada RM1 bilion.

19. Coca-Cola pada Mac 2017 mengumumkan tambahan pelaburan RM500 juta untuk mengembangkan saiz dan kapasiti pengeluaran kilangnya di Bandar Enstek. Syarikat itu sudah pun melabur RM1 bilion di Malaysia sejak 2010. 

20. Penilaian ekonomi terbaharu OECD menyatakan "Malaysia adalah salah satu ekonomi Asia Tenggara paling berjaya... terima kasih kepada asas makroekonomi kukuh dan kejayaannya mentransformasi ekonomi menjadi amat pelbagai dan terangkum."

21. Malaysia berada di tempat kedua ASEAN dalam Laporan Menjalankan Perniagaan Bank Dunia 2017 dan ke-23 keseluruhan dalam kalangan 190 ekonomi seluruh dunia.

22. Malaysia di tempat kedua negara Asia Tenggara di dalam Indeks Modal Insan Forum Ekonomi Dunia 2016, meningkat satu anak tangga daripada tempat ketiga tahun lalu.

23. Malaysia berada di tempat ketiga daripada 190 ekonomi, seluruh dunia, dalam Melindungi Pelabur Minoriti, oleh Laporan Menjalankan Perniagaan Bank Dunia 2017.

24. Laporan Daya Saing Global Forum Ekonomi Dunia 2016-2017 meletakkan Malaysia di tempat keempat dalam kalangan 138 ekonomi di atas Kekuatan Perlindungan Pelabur.

25. Malaysia berada di tempat ke-11 dari 125 negara di dalam Indeks Daya Tarikan Modal Teroka dan Ekuiti Swasta, oleh IESE Business School di Sepanyol.

26. Agensi penarafan Fitch mengukuhkan semula penarafan A- negara Malaysia dengan tinjauan stabil.

27. Kaji selidik BAV Consulting dan Wharton School di University of Pennsylvania mengisytiharkan Malaysia menjadi "Negara Terbaik Untuk Dilabur" dan "Malaysia adalah pemimpin yang jelas dalam ranking ini, mencatatkan skor sekurang-kurangnya 30 mata lebih dari negara lain mengikut skala 100 mata."

28. IMF melaporkan bahawa daya tahan ekonomi Malaysia adalah disebabkan oleh "tindak balas dasar makroekonomi mantap di tengah-tengah risiko serta cabaran besar." Malah, dasar yang kukuh ini adalah sebab mereka mengatakan bahawa: "Malaysia adalah antara ekonomi paling pantas berkembang dalam kalangan rakan segandingan."

29. Laporan Bank Dunia bulan Jun 2017 berkata bahawa "pengurusan makroekonomi kerajaan secara berterusan proaktif dan berkesan mengemudi cabaran jangka terdekat di dalam persekitaran ekonomi" dan "Ekonomi Malaysia sedang berkembang dari kedudukan yang kukuh."

30. Negara bekerjasama dengan pemimpin teknologi China, Alibaba untuk menubuhkan Zon Perdagangan Bebas Digital, zon perdagangan khas pertama dunia yang akan mempromosikan pertumbuhan e-dagang, dan menyediakan platform canggih kepada perusahaan besar dan PKS. Inisiatif ini untuk menggandakan pertumbuhan e-dagang daripada 10.8 % kepada 20.8 % menjelang 2020.

31. Pendapatan 40 % isi rumah terendah meningkat pada kadar pertumbuhan tahunan terkumpul 12 % sejak 2009

32. RM5.36 bilion dalam bentuk Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M kepada 7.28 juta isi rumah pada 2016.

33. Pembinaan dan memulihkan hampir 95,000 rumah untuk golongan miskin luar bandar tahun 2016. Projek perumahan mampu milik lain termasuk PPA1M, untuk kakitangan awam; PR1MA, untuk golongan berpendapatan sederhana bandar dan Program Perumahan Rakyat untuk golongan berpendapatan rendah, atau B40, dengan sewa bulanan serendah RM124.

34. Dari 2010 hingga 2016, kerajaan membina 6,042 kilometer jalan luar bandar baharu, menyediakan akses air bersih kepada 350,000 rumah dan menghubungkan 154,000 rumah dengan perkhidmatan elektrik.

35. Pada akhir tahun 2016, fasa pertama projek Mass Rapid Transit (MRT) disiapkan, Fasa kedua Aliran Sungai Buloh-Kajang dilancarkan. Aliran beroperasi 51 kilometer dengan 31 stesen. Ini akan mengurangkan 160,000 kereta dari jalan raya, menjadikan Kuala Lumpur lebih boleh didiami. Ia mewujudkan 130,000 pekerjaan baharu, yang mana 70,000 adalah pekerjaan langsung. Projek siap sebelum jadual dan RM2 bilion di bawah bajet.

36. Lebuh Raya Pan Borneo di Sarawak dan Sabah akan menjadi pencetus perubahan kepada rakyat di sana, menggalakkan mobiliti lebih besar, mengukuhkan industri dan pelancongan serta mewujudkan ribuan pekerjaan baharu.

37. Rel kelajuan tinggi pertama menghubungkan Kuala Lumpur ke Singapura, yang akan mengurangkan masa perjalanan antara kedua-dua bandar raya kepada 90 minit, berbanding lebih empat jam menggunakan kereta.

38. Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) akan membawa manfaat besar, pekerjaan dan sambungan baharu kepada rakyat Pahang, Terengganu dan Kelantan khususnya.

39. Penubuhan sebuah Unit Tadbir Urus dan Integriti di semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC), dan Entiti Perniagaan milik negeri dan kementerian, di bawah pengawasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Satu lagi perkara yang penulis ingin highlightkan ialah kenyataan Najib Razak yang berkata kerajaan sedang menghapuskan kroni kapitalis, tiada lagi urus niaga sebelah pihak, tiada lagi binaan negara untuk menjaga ego seseorang dan tiada lagi menjadikan syarikat negara seperti hak peribadi.


BANGANG Kalau Ada Yang Termakan GAME Si Rafizi !


Mungkin akan ada dikalangan kita yang pelik melihat gambar yang MMI sediakan kat atas tu , maklumlah sekali pandang mungkin benda lain yang terbayang di fikiran.Bagi MMI ia adalah perkara biasa sebab kita adalah manusia.

Tetapi apabila kita mendapat gambaran yang sebenar maka pastilah gambar diatas tu dalam kategori buah-buahan tak ada kena mengena langsung dengan mana-mana kategori lain.


Apa yang MMI nak kaitkan adalah , begitulah juga permainan politik yang dibawa oleh pimpinan pembangkang dalam dunia politik hari ini.Mereka sentiasa mencipta pelbagai pembohongan yang mampu mengheret rakyat supaya percaya seterusnya termakan dengan umpan politik demi untuk mencari sokongan politik.

Tak cukup dengan itu ada juga dikalangan mereka yang menggunakan sentimen tertentu agar rakyat sekali lagi bersimpati dengan mereka sedangkan realitinya rakyat sedang dipergunakan.

Tindakan Rafizi menjadikan pembohongan demi pembohongan sebagai senjata untuk beliau terus hidup dalam dunia politik tanahair sebenarnya sudah pun memakan diri.

Undang-undang sudah pun mengesahkan bahawa Rafizi sebenarnya bukanlah Pakar Strategik politik PKR tetapi pakar dalam penipuan dengan mencipta sumber FITNAH untuk dijaja sebagai bahan kempen politik.

Kita sedia maklum dalam isu membabitkan Tabung Haji misalnya Rafizi melalak ke serata pelusuk negara kononnya duit para penyimpan dalam tabung terbabit tidak selamat.Kesan daripada kebodohan segelintir rakyat yang termakan hasutan tersebut akhirnya menyebabkan mereka-mereka yang bertindak mengeluarkan semua wang simpanan daripada Tabung Haji menanggung beban sedangkan Rafizi sendiri masih mengekalkan simpanannya dalam tabung yang sama.

Terkini Rafizi telah disaman oleh NFC dan perlu membayar tuntutan saman mahkamah berjumlah RM300,000.00 akibat memfitnah Pengerusi NFC atas dakwaan membeli hartanah menggunakan dana awam.

Untuk rekod , Mahkamah Tinggi memutuskan Rafizi BERSALAH dan memerintahkan Ahli Parlimen Pandan itu membayar RM150,000 kepada Salleh dan RM50,000 kepada NFC serta kos sebanyak RM100,000.00 yang bakal mengundang risiko MUFLIS sekiranya jumlah tersebut gagal dijelaskan.


Merujuk kepada keputusan tersebut maka jelas sekali keputusan mahkamah yang memutuskan Rafizi sebagai BERSALAH adalah bukti bahawa Rafizi adalah PENIPU paling besar dalam sejarah politik tanahair.Dakwaan yang dibuat oleh beliau itu adalah serius dan bukanlah perkara main-main kerana ia sudah pun memberikan impak negatif bukan sahaja kepada NFC tetapi juga kerajaan.

Selain daripada itu tindakan Rafizi yang mula memainkan sentimen merayu simpati apabila memohon sumbangan daripada rakyat untuk membantunya menyelesaikan pembayaran saman tersebut cukup memalukan bukan sahaja kepada Rafizi sendiri tetapi juga kepada seluruh angkatan pembangkang di Malaysia.

Sentimen menagih simpati itu jelas dilakukan oleh Rafizi apabila beliau melahirkan rasa kononnya tidak selesa memohon bantuan orang ramai kerana tidak dibesarkan untuk bergantung harap dengan orang lain.

Tetapi terus memohon bantuan dengan alasan ke semua simpanannya sudah dibelanjakan untuk memulakan INVOKE !

Sebelum termakan dengan agenda penipuan ini , rakyat Malaysia perlu sedar dan bertanya kepada diri masing-masing apakah wajar sumbangan itu dibuat memandangkan ia akan digunakan untuk membayar saman akibat kesalahan MENFITNAH yang sudah pun diperakui oleh mahkamah ?

Dan percayakah warga Malaysia , Rafizi tidak punya kemampuan untuk membuat bayaran tersebut sedangkan beliau sebelum ini sudah pun didedahkan mempunyai simpanan besar di akaun Tabung Haji dan ASB ?

Itu yang kita tau beb ! Yang kita tak tau ?????

Dalam masa yang sama , MMI nak tegaskan tindakan sebegini sebenarnya adalah satu gerakan terancangan di mana modus operandinya lebih kepada kepentingan politik semata-mata.

Yang dicari bukan duit sebenarnya tetapi mereka sedang mencari publisiti politik untuk dipergunakan semula dengan menjaja keseluruh pelusuk negara kononnya mereka tetap menjadi pilihan rakyat dan keputusan mahkamah itu adalah keputusan yang tidak berlandaskan perundangan tetapi hasil sogokan politik UMNO dan Barisan Nasional.

Buktinya Rafizi mengaku bahawa beliau tidak menyesal dengan tindakannya mendedahkan kes disyaki gejala rasuah serta penyalahgunaan kuasa kepada umum walaupun berdepan risiko menjadi muflis.

“Kerja tidak berbayar untuk mendedahkan rasuah ini mendedahkan pula kami kepada pelbagai risiko seperti saman dan tindakan undang-undang,” kata Rafizi sedangkan keputusan mahkamah itu dibuat setelah meneliti ke semua bukti-bukti yang ada dan diadili mengikut peruntukan undang-undang negara.

Akhir kalam jangan lupa Guan Eng juga menggunakan modus operandi yang sama dalam isu sabitan kes rasuah dan salah guna kuasanya PUNGUT DERMA juga beb ... Baca artikel berkaitan kat sini http://mahamissa.blogspot.my/2016/07/derma-guan-eng-satu-penipuan-politik-dap.html

Nampak bukan bagaimana "game of diversion" digunakan untuk menghalalkan tindakan FITNAH yang dibuat oleh puak-puak lahanat ni !

Cita dia BANGANGlah kalau ada yang termakan dengan "game" si SOTONG ni !

MMI

Wednesday 26 July 2017

MERAGUKAN Wang Rakyat Di Guna Untuk Dapat ANUGERAH ??


Kalau benar apa yang didedahkan oleh YB Adun Pulau Betong ini , maka sekali lagi kerajaan DAP Pulau Pinang bukanlah sebuah kerajaan yang berjiwa rakyat.Tidak perlu lagilah melaung slogan Cekap , Akauntibiliti dan Telus yang selama ini dijaja ke serata ceruk kampung kononnya pentadbiran merekalah yang paling bersih dalam semua pentadbir-pentadbir yang ada.

YB Farid dalam kenyataan medianya menyebut , berita yang disiarkan di muka depan akhbar Guang Ming Daily pada hari ini sangat mengejutkan ramai. Anugerah-anugerah oleh Europe Business Assembly dikatakan adalah anugerah-anugerah yang “boleh dibeli dengan wang”.

Setelah dimaklumkan mengenai artikel oleh Guang Ming Daily tersebut semalam, saya membuat carian di Internet dan saya menjumpai banyak artikel yang mendakwa Europe Business Assembly (EBA) adalah satu organisasi yang tidak kredibel dan bermatlamat mencari untung dengan “menjual anugerah-anugerah" kepada sesiapa sahaja termasuk organisasi kerajaan dan perniagaan yang sanggup membayar kepada mereka.

Carian di Internet telah menemukan saya dengan artikel terbaru berhubung Europe Business Assembly bertajuk “Ukrainian businessmen trade on reputation of Oxford University to make millions selling 'fake' honours and awards” (Rujuk : http://www.dailymail.co.uk/news/article-4724826/Ukrainian-businessmen-make-millions-selling-fake-honours.html).

Saya turut menemui artikel ini, “Bought International Awards to Show Off at Home Turf”, (Rujuk: https://www.cin.ba/en/kicenje-placenim-nagradama/) yang mendedahkan Bandaraya Belgrade memenangi anugerah ‘The Best City’ dan Datuk Bandarnya Dragan Đilas memenangi anugerah ‘The Manager of the Year’ pada Julai 2012 dalam majlis yang diadakan di Dublin, Ireland. Setahun sebelum MBPP dan Dato’ Patahiyah Ismail memenangi anugerah-anugerah yang serupa. 

Datuk Bandar Belgrade dilaporkan telah membayar hampir €11,000 wang dari kantung Majlis Bandaraya Belgrade sebagai “yuran penyertaan” dalam majlis anugerah tersebut kepada EBA.

Pada 26 Mac 2013, akhbar the Star melaporkan bahawa Yang DiPertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Dato’ Patahiyah Ismail akan menerima anugerah “Best Municipal Manager” manakala MPPP menerima “Best Municipality Award” daripada Europe Business Assembly (EBA) dalam satu majlis yang akan diadakan pada 1 dan 2 Julai 2013 di Montreux, Switzerland. 

Pada 8 Julai 2013 YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam kenyataan selepas Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majis MPPP telah dengan bangganya memaklumkan kepada umum dua anugerah daripada EBA yang telah diterima Dato’ Patahiyah dan MPPP tersebut. 

Pada 2 Julai 2014, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Yang DiPertua MPSP pada masa itu, Dato’ Maimunah Mohd Sharif turut memenangi anugerah yang dimenangi oleh MPPP dan Dato’ Patahiyah Ismail pada tahun sebelumnya daripada EBA. Maklumat mengenai penerimaan augerah dan pengiktirafan daripada EBA dipaparkan di laman web Majlis Perbandaran Seberang Perai. (http://www.mpsp.gov.my/index.php/en/program-kualiti-cs/anugerah). Majlis Anugerah EBA bagi tahun 2014 telah diadakan di Stresa, Itali. Malah MPSP turut menerima Sijil pengiktirafan bagi : (1) Best Holiday Destination, (2) Best Cities dan (3) Top Medical / Travel / Hospitality Web-site.

Sehubungan dengan pendedahan yang dibuat oleh Akhbar Guang Ming Daily pada hari ini, saya mendesak dan menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas slogan Cekap, Akauntabel dan Telus untuk memberi penjelasan kepada rakyat Pulau Pinang samada MPPP dan MPSP turut membuat bayaran wang kepada Europe Business Assembly, sebuah organisasi yang dikatakan tidak kredibel tersebut untuk mendapatkan anugerah-anugerah ? 

Apakah wang milik rakyat Pulau Pinang telah dibelanjakan untuk mendapatkan anugerah-anugerah tersebut? Adalah agak menghairankan DUA Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam negeri yang sama di Malaysia boleh memenangi anugerah yang sama daripada sebuah organisasi antarabangsa di Eropah pada dua tahun berturut-turut.

Apakah dalam keghairahan untuk mencari pujian dan pengiktirafan antarabangsa dengan niat untuk menunjuk-nunjuk yang  Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP adalah terbaik, MPPP dan MPSP telah “membayar wang” untuk mendapatkan anugerah-anugerah dan pengiktirafan dari sebuah organisasi yang “bogus”?

Adalah amat mendukacitakan dan memalukan seluruh rakyat Pulau Pinang sekiranya benar MPPP dan MPSP telah turut membayar wang kepada EBA untuk mendapatkan anugerah-anugerah tersebut pada tahun 2013 dan 2014 lalu. Perbuatan sebegitu tidak ada bezanya dengan mereka yang "membeli ijazah yang dijual oleh universiti-universiti atas talian.

Dan MMI percaya kalau kita lihat kembali kepada perkembangan dan senario politik melibatkan pentadbiran , parti dan isu yang terarah kepada pimpinan mereka , ianya amat memalukan sekali.

Merujuk kepada kenyataan media daripada YB Datuk Muhammad Farid Bin Saad , jelas sekali sekiranya anugerah itu yang menjadi taruhan maka tindakan sedemikian wajarlah di kecam oleh seluruh warga Pulau Pinang khususnya.

Untuk apa menghabiskan WANG RAKYAT hanya untuk mengejar anugerah sedangkan banyak lagi perkara-perkara lain yang boleh dilakukan contohnya menyelesaikan isu banjir kilat kerana ianya adalah satu keperluan rakyat Pulau Pinang ?

MMI

Tun M Bertanggungjawab Cetus Krisis Perlembagaan Negara 1988 - @khairykj @RRafizal


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia , YB Brigadier Jeneral Khairy Jamaluddin dalam ulasannya di Twitter menyebut "With all due respect, Tun Mahathir has no credibility to speak about the judiciary. An institution emaciated during his primiership" (Dengan segala hormat, Tun Mahathir tidak mempunyai kredibiliti untuk bercakap mengenai badan kehakiman. Sebuah institusi yang menjadi lemah semasa pentadbiran beliau).

Khairy dalam ulasannya menyentuh tentang sikap Tun Mahathir yang pada hari ini dilihat semakin hilang arah khususnya dalam berpolitik apabila semakin banyak kenyataan daripada Pengerusi PPBM itu bersifat stereotaip dan dangkal.

Tun Mahathir ternyata terlalu mengikut hati dan perasaannya sehingga terlupa bahawa kehadirannya dalam Pakatan Harapan sudah pun menjejaskan kredibilitinya sebagai seorang bekas pemimpin.Penguasaan parti DAP dalam Pakatan Harapan itu sendiri sebenarnya telah menyebabkan tindak-tanduk dan suara Tun Mahathir sekadar kuda tunggangan pembangkang yang akhirnya bakal melenyapkan integritinya selaku seorang pemimpin.

Sikap terdesak Tun Mahathir yang beria-ia mahu melihat kerajaan Barisan Nasional pimpinan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di tumbangkan pada PRU14 nanti sudah pun memakan dirinya sendiri apabila sanggup untuk bersekongkol dengan bekas timbalannya Anwar Ibrahim yang kini sedang menjalani hukuman akibat kesalahan meliwat bekas pembantunya.

Dalam pada beliau menyatakan sokongan kepada Anwar untuk diangkat menjadi perdana menteri, Dr Mahathir mendakwa bekas timbalannya itu tidak dilayan dengan adil serta keputusan mahkamah dalam kes Anwar jelas dipengaruhi kerajaan.

Apakah Tun Mahathir sedang berbicara soal demokrasi dan mempertikaikan sistem kehakiman di era pentadbirannya sendiri ?

Tun Mahathir perlu ingat hubungan yang dicipta atas kepentingan politik dengan parti DAP juga telah mencalarkan reputasi pemimpin ini memandangkan Tun Mahathir sejak dulunya sudah pun mengangap parti itu sebagai musuh utama kepada orang Melayu.

Malahan DAP bukanlah parti yang mengamalkan demokrasi dan ianya diperakui oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dalam kenyataannya sebelum ini.

Beliau berkata kepemimpinan parti DAP ditentukan sendiri oleh dua pemimpin diktatornya iaitu Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng demi memastikan legasi kepemimpinan nepotisme mereka berterusan.

Buktinya kata beliau, jawatan Naib Pengerusi yang pernah dipegangnya merupakan satu lantikan tanpa melalui sebarang pemilihan oleh perwakilan mahu pun dipilih oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

“Contohnya, hanya dua hari saya masuk DAP, saya sudah dilantik sebagai Naib Pengerusi tanpa ada apa-apa pemilihan parti. Jadi di mana demokrasinya?

“Kalau nak kata DAP ini parti demokratik, adalah salah sama sekali. Walaupun ada pemilihan parti sekali pun, pe­mimpin mereka sendiri yang tentukan. Pemilihan parti hanya wayang kulit semata-mata,” katanya. 

Jika isu sedemikian yang merujuk kepada soal prinsip pun tidak mampu dibezakan oleh Tun Mahathir mana mungkin tindakannya yang cuba menyentuh isu kehakiman itu boleh diterima oleh seluruh rakyat Malaysia.

Khairy dalam pada itu berkata Dr Mahathir perlu sedar bahawa beliau adalah orang yang bertanggungjawab mencetuskan krisis Perlembagaan di negara ini pada tahun 1988.

"Krisis Perlembagaan pada tahun 1988 berlaku apabila beliau memecat Ketua Hakim Negara, Tun Mohamad Salleh Abas serta lima lagi hakim kanan dan (krisis) itulah yang hendak kita pulihkan sampai hari ini"

Merujuk kepada Krisis Kehakiman dan Krisis Perlembagaan 1988 berikut adalah fakta dan kronologi insiden terbabit ;

Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 merupakan satu siri peristiwa yang dicetuskan bermula dari pemilihan Presiden UMNO pada tahun 1987 yang berakhir dengan penggantungan perkhidmatan dan penyingkiran Ketua Hakim Negara Tun Mohamad Salleh Abas dari jawatannya yang dijamin tidak boleh dipecat oleh Perlembagaan Malaysia.

Pemecatan oleh Tun Dr. Mahathir atas kapasiti Perdana Menteri Malaysia telah dilihat sebagai satu penyekatan terhadap kebebasan kehakiman yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia.

Pada bulan June 2008, bekas Hakim Mahkamah Agung, Tan Sri Azmi Kamaruddin mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu meminda Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan kerana mahukan bidang kehakiman diletakkan di bawah kawalannya. “Saya percaya Perdana Menteri pada masa itu mahu menjadi diktator,”

Perkara 121 di dalam Perlembagaan Persekutuan menyediakan peruntukan pengasingan kuasa. Tun Mahathir sudah pun mengetuai Perundangan dan Eksekutif. Kini beliau telah meletakkan peruntukan kuasa kehakiman di bawah kekuasaan Perdana Menteri pula.

Dengan kehakiman di bawah kuasa Perdana Menteri, Tun Mahathir boleh meminta hakim melakukan apa yang beliau kehendaki. Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan dipinda pada 1988, mengakibatkan bidang kuasa HAKIM NEGARA ditentukan oleh Parlimen.

Rentetan daripada beberapa keputusan-keputusan mahkamah tinggi yang tidak memihak kepada Tun Mahathir, beliau mula memberi tekanan kepada Hakim-Hakim Negara.

Tun Salleh Abas yang mewakili hakim-hakim menulis sepucuk surat sulit kepada YDPA dan Raja-Raja Melayu bagi mengemukakan ketidakpuasan hati mereka.

Akibat dari tindakan Tun Salleh Abas menulis surat kepada YDPA, pada tahun 1988 beliau telah dihadapkan ke Mahkamah timbang tara yang diadakan oleh Tun Dr. Mahathir yang mengikut Perkara 125(3) Perlembagaan Persekutuan, atas tuduhan salah lakunya. Timbang tara itu dipengerusikan oleh Tun Hamid Omar.

5 orang hakim Mahkamah Agung bersidang dan memberikan Tun Salleh Abas perintah interlokutori terhadap timbang tara. Mereka adalah;
1. TS Azmi Kamaruddin,
2. TS Eusoffe Abdoolcader,
3. TS Wan Hamzah Mohamed Salleh,
4. Wan Suleiman Pawan Teh
5. Datuk George Seah

Malangnya kelima-lima hakim Mahkamah Agung tersebut digantung jawatan mereka. Sementara itu pada Oktober 1988, Wan Sulaiman Pawan Teh dan Datuk George Seah telah dipecat.

Pemecatan tersebut menyebabkan Mahkamah Agung Malaysia digantung, tuntutan pengesahan timbang-tara tidak dapat dibicarakan. Ogos 1988, Tun Salleh telah dipecat secara rasmi sebagai Ketua Hakim Negara.

Di antara peristiwa-peristiwa yang menyebabkan Tun Mahathir pada ketika itu Perdana Menteri Malaysia bertindak meminda Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan ialah;

1. Di dalam krisis pemilihan Presiden UMNO antara team Tengku Razaleigh Hamzah dan team Tun Mahathir berlarutan sehingga krisis ini terpaksa diselesaikan di Mahkamah Tinggi.

Di Mahkamah Tinggi, UMNO 11 mendakwa sekurang-kurangnya terdapat 30 cawangan tak berdaftar yang menghantar wakil-wakil mereka ke pemilihan UMNO itu harus mencukupi untuk membatalkan keputusan-keputusan pemilihan yang telah dilakukan oleh PAU yang lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi Harun Hashim pada ketika itu membuat keputusan untuk membuang kes tersebut, dan menyebut Perkara 41 dalam Akta Pertubuhan 1966 yang mengatakan bahawa mana-mana satu pertubuhan akan menjadi “tidadenial secara automatik jika terdapat satu cawangannya tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

Oleh itu, Hakim Harun Hashim mengisytiharkan bahawa beliau tidak mempunyai pilihan lain kecuali untuk mengisytiharkan bahawa UMNO adalah sebuah “pertubuhan yang tidak sah” dan dengan itu, “apa yang terjadi pada tahun 1987” tidak sah di sisi undang-undang.

2. Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah membatalkan permit-permit kerja Berthelsen dan Raphael Pura. Ini kerana wartawan tersebut telah menulis sebuah siri majalah terhadap urusniaga-urusniaga kewangan yang dilaksanakan oleh pegawai-pegawai kerajaan yang diragui tidak etika dan sah. Asian WSJ menerbitkan majalah-majalah itu turut diharamkan.

Bagaimanapun, Mahkamah Agung mengubah pembatalan permit kerja Berthelsen disebabkan dia tidak diberi peluang untuk menjawab tuduhan-tuduhan kerajaan. Oleh itu. mahkamah telah menarik balik pengharaman Asian WSJ.

2. Selepas Operasi Lalang pada tahun 1987 di mana kerajaan menahan beberapa penentang politik tanpa perbicaraan di bawah ISA.

Mahkamah Tinggi meluluskan permohonan mendiang Karpal Singh untuk bebaskan tahanan atas alasan masalah teknik terhadap cara beliau ditahan.

Mahkamah Agung menggunakan kuasa kajian semula kehakiman, dan membatalkan pindaan-pindaan kepada Kanun Prosedur Jenayah yang memberikan kuasa kepada Peguam Negara untuk memulakan prosiding jenayah di Mahkamah Tinggi tanpa melalui Mahkamah Majistret.

20 tahun kemudian iaitu pada 20 Jun 2008, Tun Salleh Abas yang dipecat daripada badan kehakiman pada 1988 berkata: “Kalau anda musnahkan badan kehakiman, anda memusnahkan demokrasi dan kalau anda memusnahkan demokrasi, anda terjamin dalam pemerintahan diktator.”

Mendiang Karpal Singh berpendapat bukan Kerajaan Malaysia yang harus memohon maaf kepada Tun Salleh Abbas tetapi Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri yang patut berbuat demikian, itu pun jika Dr Mahathir tidak lupa. Kerajaan pula wajib membayar segala kos dan manfaat yang harus mereka dapat. Karpal Singh juga menyeru agar diadakan satu inkuiri tentang krisis kehakiman.

Selayaknya sementara masa masih berbaki Tun Mahathir perlu memperbetulkan kiblat politiknya terlebih dahulu sebelum bermain dengan perkara-perkata yang hanya akan menelanjangkan niat dan hasrat hitamnya.

Baca juga artikel berkaitan  - Perginya Seorang Patriot ? 

MMI

Tuesday 25 July 2017

Cerita Menarik Budak Baru Nak Up Armada Bertembung Pemuda UMNO Di PWTC , Syed Saddiq Mana ?


Kecoh hari ni di PWTC siang tadi apabila Pemuda UMNO Malaysia diketuai oleh Datuk Razlan Rafii , Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dan Exco Pemuda UMNO Malaysia , Datuk Armand Azha Abu Hanifah bersama Ketua Pemuda Batu , Ketua Pemuda Putrajaya dan lebih dari 300 orang pemuda UMNO hadir untuk bertemu Armada PPBM yang sebelum ini begitu hebat melontarkan cabaran kononnya kehadiran mereka akan disusuli dengan tindakan MENAMPAR Datuk Armand.

Tindakan yang disifatkan sebagai pencetus rasa marah dan kurang senang pemuda UMNO itu jelas sebenarnya dijadikan sebagai propaganda oleh budak-budak baru nak up ni untuk menunjukkan kononnya mereka begitu hebat walaupun hakikatnya hancing. 

Sebelum tu MMI dimaklumkan kehadiran budak-budak Armada tersebut bertujuan untuk menyerahkan surat jemputan kepada YAB Presiden UMNO untuk menghadiri program "Nothing 2 Hide" bersama dengan Tun Mahathir.

Walaupun alasan itu memperlihatkan ianya sekadar satu jemputan tetapi tindakan yang dilakukan oleh suku-sakat Armada itu sendiri dengan provokasi sedemikian cukup memalukan dan tidak ada sebarang alasan yang boleh dikemukakan kerana merekalah (suku-sakat Armada) yang mencetuskan rasa tidak puas hati pihak Pemuda UMNO.

Dalam masa yang sama tindakan Armada ini bolehlah MMI sifatkan sebagai cubaan untuk menimbulkan isu semata-mata malah mungkin untuk mencari publisiti murahan kerana mereka sendiri sebenarnya tahu dan sedar kaedah yang jauh lebih baik daripada menimbulkan provokasi.

Jika benar budak-budak baru nak up Armada ni bersikap profesional kenapa perlu adanya plakad-plakad berupa sindirian seperti mana gambar dibawah.


Lebih memalukan lagi kelibat Syed Saddiq langsung tidak kelihatan dan ianya menimbulkan tanda tanya kenapa Ketua Armada sendiri tidak BERANI untuk turun mengepalai budak-budaknya ?

MMI sebut memalukan kerana Syed Saddiq sering mengaku kononnya beliau adalah seorang pemimpin muda yang cukup hebat dalam segala segi tetapi sanggup membiarkan budak-budak hingusannya turun padang sendirian.

Sebaliknya Syed Saddiq hanya berani secara jauh dan hanya membuat kenyataan di media sosial rasa bangganya dengan budak-budak baru nak up yang caca marba bila bertembung dengan Pemuda UMNO.

Natijahnya mereka hilang punca dan jelas kelihatan dalam video di bawah bagaimana wakil Armada Ashraf Mustaqim  itu sendiri gugup dan cemas sehinggakan hilang suara.

MMI bukan pakar sangat tapi dalam keadaan sedemikian tubuh badan manusia akan bertindak balas apabila adanya rasa GUGUP , GEMURUH dan TAKUT sehingga menyebabkan tekak kering dan hilang suara.

Itu tindak balas badan manusia bro .. Dan ianya jelas dapat dilihat dalam video di bawah ;

HANCING Beb !!!



Labels