Followers

Sunday 30 November 2014

Apakah Najib Akan Terus Di BANGANGKAN Oleh Orang UMNO ?!


Pertamanya MMI nak ucapkan terima kasih kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden UMNO kerana mengambil pendekatan BERANI menegur segelintir daripada kalangan ahli UMNO sendiri dalam ucapan penggulungannya sempena Perhimpunan Agung UMNO 2014.

Teguran Presiden membuktikan bahawa pemimpin yang kita sayangi ini komited untuk terus melihat UMNO dan Malaysia terus maju dan cemerlang.Malah semua yang dilakukannya tidak lain dan tidak bukan PASTI untuk rakyat diakar umbi.

Maka atas semangat itu dan rasa tanggungjawab , maka seharusnyalah semua orang UMNO kembali bermuhasabah diri agar tiap kelemahan itu dapat diperbaiki demi untuk kebaikan semua pihak.

Tak salah menegur dan tak salah menerima teguran walaupun ada diantaranya pahit untuk ditelan tetapi pahit itu selalunya menjadi ubat paling mujarab untuk PULIH.

Banyak isu-isu menarik telah diutarakan di Perhimpunan Agung kali ini dan rata-rata perwakilan dilihat berpuas hati kerana apa yang berlaku menunjukkan betapa UMNO menzahirkan keterbukaan dalam berhujah malah bersedia untuk memperbaiki diri.

Selaku penulis di alam maya , MMI tertarik dengan 2 perkara yang dirasakan WAJAR diberikan perhatian.

1.Kehadiran Farhana wakil Kelab UMNO Luar Negara yang telah mencetuskan gelombang Tsunami apabila beliau dengan lantang memperlekehkan perjuangan para bloggers selama ini cukup untuk memberikan kita semua satu peringatan bahawa usaha perlu ditingkatkan supaya perjuangan kita menetapi kehendak parti seterusnya MAMPU menongkah arus untuk terus menjadi barisan pertahanan utama kepada parti UMNO di alam maya.

Jika ada yang terasa sekalipun maka simpanlah ia dan lontarkan ia jauh-jauh kerana apa yang lebih penting kedudukan PARTI harus diutamakan.

2.Ucapan penggulungan Najib semalam yang menyentuh tentang peranan segelintir bloggers yang sering kali menghentam pemimpin UMNO juga membuatkan setiap denyut nadi mereka-mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung berdenyut dengan lebih laju.

BANGANG !! Antara ungkapan yang MMI rasa mampu memaksa tiap mata untuk terus memberikan perhatian kepada apa yang Presiden parti mahu sampaikan.

Secara jujurnya MMI juga antara yang tersentak dengan ungkapan tersebut seolah-olah ditujukan kepada semua bloggers yang selama ini berjuang untuk memartabatkan parti keramat ini.

Mungkin sebahagiannya tidaklah terlalu dikenali atau sepopular bloggers-bloggers otai diatas sana tetapi MMI percaya tiap dari mereka turut menyumbang kepada UMNO waima kehadiran mereka sekadar untuk menjadi penyebar kepada maklumat-maklumat keperingkat akar umbi.

MMI tidak sesekali mahu menafikan tiap peranan rakan-rakan pejuang siber pro-UMNO kerana usaha kalian bukanlah usaha yang boleh dilakukan tanpa punya semangat dan roh UMNO.

YAB Presiden parti berhak untuk menegur dan tegurlah semahunya kerana kita mahu supaya parti keramat ini terus dipersada.MMI yakin para pejuang seangkatan dan semua yang ada diluar sana dapat menerima teguran ini dengan berlapang dada kerana kita bukanlah gunting dalam lipatan apatah lagi menikam kawan dari belakang.

SYABAS , YAB Datuk Seri Najib kerana BERANI menegur cuma MMI nak mencadangkan carilah ruang untuk bertemu dengan para pejuang siber UMNO ini secara berdepan melibatkan semua peringkat.

Cari ruang itu untuk bertemu dengan mereka di setiap negeri secara 4 mata kerana mereka juga punya banyak perkara untuk dikongsikan demi survival parti UMNO dan orang Melayu.

Jangan hanya mendengar laporan pihak-pihak tertentu kerana belum tentu laporan itu benar-benar SAHIH kerana BANGANG tidak semestinya hanya berada di luar  , mereka juga kadang kalanya turut berada di dalam sana.

MAAF jika kenyataan diatas sedikit kasar tetapi percayalah ianya untuk kebaikan parti seperti mana yang diungkapkan oleh YAB Presiden dalam ucapan semalam.

MMI juga ingin berkongsi dengan semua satu artikel yang rasanya WAJAR untuk kita sama-sama baca dan menjadikannya sebagai sebahagian daripada teguran untuk kita semua bermuhasabah diri.

Jangan KITA terasa hati dengannya kerana ia satu realiti yang selama ini dilihat oleh akar umbi dan PASTInya ia juga untuk kebaikan parti keramat UMNO. KLIK SINI 

Akhir kalam mungkin apa yang cuba MMI sampaikan ini disalah erti oleh sebahagian daripada mereka-mereka diluar sana tetapi percayalah MMI menyambut baik teguran YAB Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden parti dan kini bukan masanya untuk kita menyerang antara satu sama lain tetapi TEGURAN itu harus sentiasa berlaku kerana kita semua bukannya manusia MAKSUM.

MMI

Strategi Meningkatkan Pemilikan Harta MELAYU @reezalmerican @NajibRazak


Sejak bertahun-tahun, orang Melayu masih melihat hartanah dengan pembiayaan rumah sesuatu yang menakutkan. Apatah lagi, antara kajian yang pernah dibuat oleh Portal Hartanah No.1 Malaysia iaitu iProperty Group mengesahkan harga yang mahal, dan pembiayaan yang ketat serta kadar faedah yang tinggi antara penyebab kesukaran pemilikan hartanah.

Baiklah itu merupakan dilema-dilema yang bermain di fikiran rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu. Kita melihat ketakutan ini memuncak apabila ia tidak ditangani dengan baik oleh persekitaran perbankan dan pemaju yang hanya mahukan keuntungan yang tinggi daripada ketakutan mereka.

Kita tidak boleh menyalahkan pihak pemaju dan pihak bank atas kelebihan yang mereka ada ketika ini yang menambah dilema orang Melayu dalam pemilikan hartanah, namun itulah hakikatnya. Oleh itu, dilema–dilema ini perlu dipecahkan supaya kita orang Melayu mampu memiliki hartanah sekurang-kurangnya sebuah rumah untuk di jadikan warisan.

Justeru itu Perhimpunan Agung UMNO 2014 yang telah melabuhkan tirainya semalam turut memberikan penumpuan kepada isu terbabit.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO , Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican antara yang mengulas tentang strategi untuk meningkatkan pemilikan harta orang Melayu khususnya dalam konteks politik dan dasar kerajaan Malaysia melalui agensi-agensi yang ditubuhkan.

NO KOMEN @nfarhananuar


Wakil Kelab UMNO Luar Negara Mohon Maaf



MMI

Saturday 29 November 2014

Pembohongan UMNO - Datuk Omar Faudzar Jawab Tuduhan Guan Eng


Baru-baru ini portal pro-pembangkang The Malaysian Insider telah memuatnaik kenyataan daripada Lim Guan Eng , Ketua Mentri Pulau Pinang yang menuduh Perhimpunan Agung UMNO 2013 sebagai satu pembohongan demi untuk menimbulkan kebencian agama dan kaum terhadap orang bukan Islam.

Dalam kenyatan tersebut juga Lim Guan Eng ada menyebut bahawa Dauk Omar Faudzar dan Datuk Musa Sheikh Fadzir sebagai pemimpin UMNO yang telah mengkianati orang Melayu dengan menjual tanah-tanah milik Melayu untuk mengaut keuntungan.


Ekoran tohmahan tersebut (Klik Sini) Datuk Omar Faudzar hari ini menjawab tuduhan terbabit.

KENYATAAN AKHBAR KETUA UMNO BAHAGIAN BUKIT GELUGOR

Baru-baru ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ada mengeluarkan satu kenyataan menerusi artikelnya yang bertajuk 'Pembohongan UMNO' yang diterbitkan portal berita Malaysian Insider.

Di sini, saya ingin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan oleh Lim Guan Eng terhadap saya dan Datuk Musa Sheikh Fadzir dalam artikel terbabit.

Saya merasa amat malu dan merasakan tuduhan berbaur fitnah daripada Lim Guan Eng dalam artikel terbabit sudah merosakkan reputasi saya dan syarikat, Maison Heights Sdn Bhd.

Meskipun penjelasan sudah dibuat berkali-kali berhubung urus niaga yang dilakukan berkaitan penjualan tanah di Balik Pulau itu, namun Lim Guan Eng tetap memburukkan nama saya dan Datuk Musa Sheikh Fadzir dengan menggambarkan kami selaku pemimpin tidak bertanggungjawab dan tidak beretika.

Saya ingin menjelaskan bahawa transaksi urus niaga tanah di Balik Pulau itu adalah dibuat mengikut undang-undang Malaysia dan serta mendapat persetujuan daripada tuan tanah terdahulu. Ingin ditegaskan di sini bahawa transaksi tanah itu juga sama sekali tidak membabitkan tindakan menzalimi mana-mana pihak terutama orang Melayu, seperti yang sering digambarkan Lim Guan Eng.

Bagaimanapun ia dijadikan isu politik oleh Lim Guan Eng bagi meraih sokongan awam dan pada masa sama memalukan serta merosakkan reputasi saya. Saya menyifatkan perbuatan beliau sebagai sangat tidak bertanggungjawab.

Berikutan itu, saya sudah mengadakan perbincangan dengan peguam dan kami memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya kepada Lim Guan Eng berhubung perkara berkenaan dalam tempoh terdekat ini.

Terima kasih,

DATUK OMAR FAUDZAR
KETUA UMNO BAHAGIAN BUKIT GELUGOR.
PENGARAH MAISON HEIGHTS SDN BHD

Bercakap Sahaja Tidak Akan Merubah UMNO @nfarhananuar


Perhimpunan Agung UMNO 2014 sudah memasuki hari terakhir dan akan selesai pada sesi sebelah petang nanti dengan ucapan penggulungan Presiden parti.Sepanjang perhimpunan kali ini banyak pihak pastinya sinonim dengan ungkapan "PEREMAJAAN" parti.

Peremajaan parti untuk menjadikan parti UMNO terus kekal relevan dalam medan politik negara selain daripada menjadi tempat berteduh rakyat di akar umbi.

Pastinya ramai telah sedar bahawa proses itu perlu dan amat penting sekali kepada semua pihak di pelbagai peringkat lapisan termasuklah kepimpinan.

Namun kita jangan sesekali tersalah arah dan menjadikan ungkapan itu sekadar kata-kata pemanis untuk dibicarakan atau dijadikan sebagai pembakar semangat semata-mata.Telah banyak kali tindakan retorik seperti ini berlaku , hebat bersilat di atas pentas namun hilang dan lunyai apabila masing-masing balik ke kawasan.

Dan lebih teruk lagi kalau WUJUD jurang perbezaan yang begitu kronik sekali antara ungkapan berapi dengan gerak kerja selama ini !

Mengambil contoh ucapan Farhana wakil kelab UMNO luar negara yang secara terbuka menyalahkan jentera siber UMNO kerana GAGAL mempertahankan Rosmah daripada serangan pihak pembangkang.

Well semua pihak berhak bersuara tetapi biarlah tiap ungkapan itu disusuli dengan sedikit kaji selidik bukan dibuat secara stereotaip !


Kepada Farhana , bercakap sahaja tidak akan merubah apa-apa !!!

Baca juga artikel berkaitan di SINI 

MMI

Blogger @nfarhananuar Akan BELA UMNO Lepas Ni !!


Terima kasih MMI ucapkan kepada anak kelahiran Terangganu yang bercakap pelat KL ni sebab BERANI tampil menjadi jurucakap bagi Kelab UMNO Luar Negara (KULN) dalam Perhimpunan Agung UMNO 2014.

Semestinya kehadiran anak muda seperti ini akan menjadikan UMNO terus di persada memandangkan golongan cerdik pandai sepertinya MAMPU melakukan apa sahaja demi sebuah perjuangan untuk Bangsa , Agama dan Negara.

Mungkin juga inilah sebahagian daripada intipati proses peremajaan parti yang dilaung-laungkan sejak hari pertama perhimpunan bermula.

Malah paling HEBAT wakil KULN ini yang sebelum ni tak pernah nampak dalam mana-mana peperangan siber semenjak 2008 yang lalu MENGGEMPARKAN dunia maya UMNO.

Farhana yang secara tiba-tiba muncul terus sahaja menghina kesemua pejuang media siber pro-UMNO hanya kerana dikatakan GAGAL menangkis serangan pembangkang terhadap Rosmah.

Tanpa sebarang SALAM , Farhana seolah-olah begitu mengenali para pejuang siber UMNO dan begitu faham dengan medan terbuka ini yang telah meledakkan dentuman pertamanya sejak 2008 yang lalu atau mungkin lebih lama dari itu.

Jelas sekali tindakan masuk tanpa SALAM itu bukan budaya MELAYU ! Melayu ada sopannya dan Melayu juga ada santunnya.Apakah Farhana sudah lupa tentang budaya orang Melayu ? Kesian , mungkin salah Rusia agaknya.

Gadis berpelat KL ini juga seolah-olah faham benar dengan dunia perang siber negara dan mungkin juga selepas ini kita semua dapat melihat bagaimana blogger KULN ini mempertahankan Rosmah dan semua pemimpin UMNO termasuklah Bangsa , Agama dan Negara.

Cuma kadang-kadang MMI terfikir , di mana Farhana pada ketika sahabat-sahabat pejuang siber UMNO yang lain berada dilapangan ? Ke mana perginya Farhana pada ketika parti keramat UMNO dan agama Islam dihina dan dicerca ?

Apa pula yang Farhana lakukan pada ketika orang-orang Melayu ditindas oleh rejim DAP ?

Di mana duduknya Farhana pada ketika pejuang siber UMNO berpanas dan berhujan semata-mata untuk mempertahankan UMNO ?

Di mana Farhana pada waktu PRU12 , PRU13 yang lalu ?

Tak sepatutnya kamu menghina para pejuang siber UMNO sebegitu rupa ! 

MMI pasti ada kelemahan di mana-mana tetapi melabel pejuang siber UMNO sebagai GAGAL mempertahankan Rosmah selain parti dan pimpinannya adalah satu tindakan yang amat BIADAP !

Rasanya cukup setakat itu , akhir kalam mungkin selepas ini Farhana boleh segera MEMBUKTIKAN kepada semua pejuang siber UMNO tentang JANJI kamu itu !!!!

Jangan hanya bercakap kosong tanpa idea bernas dan gerak kerja yang boleh dibanggakan oleh mereka-mereka yang mendengar keceluparan mulut kamu semalam !

MMI

Friday 28 November 2014

Khairy KECEWA ?!! #PAU2014 @Khairykj


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyuarakan rasa amat kecewa dengan situasi semasa yang menyaksikan sesiapa sahaja bercakap soal Melayu dengan mudah akan dilabel perkauman atau rasis.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan pada satu peringkat, adalah tidak boleh sama sekali untuk mana-mana pemimpin membangkitkan perkara yang berkaitan agenda Melayu.

“Saya sendiri menerima pelbagai tuduhan sehingga dianggap `progresif jadian’ dan pelbagai lagi. Nampaknya kita sudah sampai ke peringkat tidak boleh langsung bercakap soal agenda Melayu.

“Sebut agenda Melayu, ini rasis. Saya teramat dukacita,” katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini malam tadi.

Khairy diminta mengulas laporan beberapa portal propembangkang yang mengkritik beliau sebagai gagal menterjemahkan keterbukaan dan progresif seperti yang sering dikaitkan dengannya selama ini.

Sedangkan menurut Khairy, apa yang dibangkitkan pihak terlibat berhubung perjalanan perbahasan Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO semalam tidak langsung boleh dianggap rasis.

Katanya, beliau dan para pembahas misalnya tidak langsung meminta supaya sekolah vernakular ditutup seperti yang cuba dispekulasi oleh pelbagai pihak manakala yang berkaitan Akta Hasutan bukan sahaja cerminan pandangan ahli parti bahkan majoriti rakyat.

“Pemuda UMNO cuma menuntut komitmen ke arah perpaduan nasional menerusi bahasa kebangsaan. Apabila kita bangkitkan soal keprihatinan bangsa Melayu, kita dituduh rasis, saya amat dukacita,” jelasnya.

Sementara itu, jelas Khairy, UMNO merupakan sebuah parti yang besar dan oleh itu terdapat bermacam pandangan yang mewakili pelbagai golongan dalam parti.

“Tetapi apa yang penting kita bertindak untuk kepentingan semua rakyat tanpa mengira kaum dengan soal agenda Melayu tetap mendapat keutamaan,” ujarnya. UM 

Dalam masa yang sama , Khairy selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sewajarnya diberikan pujian kerana Persidangan Agung Pemuda UMNO Malaysia pada tahun ini berjaya melahirkan ramai pembahas dan jurucakap pemuda yang berkualiti selain lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Ucapan dasar Khairy juga turut menerima reaksi positif para perwakilan dan rata-ratanya menerima baik saranan serta gesaan yang telah beliau kemukakan khususnya berkaitan proses peremajaan parti. 



TEKS Ucapan Dasar Presiden UMNO #PAU2014


TEKS UCAPAN DASAR PRESIDEN,

DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HJ. ABDUL RAZAK

PADA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2014

SOLIDARITI MELAYU DAN BUMIPUTERA,

SOLIDARITI UMNO, SOLIDARITI MALAYSIA.



Bismillahhirrahmanirrahim,

Alhamdulillahirabbil'alamin. Wabihi Nasta'in. Allahumma

Solli Ala Saidina Muhammad Wa'ala A-li Saidina Muhammad.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam

1Malaysia,

Yang Berbahagia Tan Sri Pengerusi Tetap,

Yang Berbahagia Tan Sri Timbalan Pengerusi Tetap,

YAB Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden,

Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri,

Barisan Ahli-Ahli Majlis Tertinggi,

Pimpinan Parti-Parti Komponen,

Yang Amat Berbahagia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi,

Dif-Dif Kehormat, Seterusnya Saudara Rakan-Rakan Seperjuangan dalam Parti UMNO yang berkeramat ini.

1. Pagi ini merupakan kali ke-6, saya berdiri di hadapan para perwakilan serta para tetamu sebagai Presiden. Saya

merujuk juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang sedang menonton di kaca-kaca televisyen dan mendengar di corong-corong radio.

2. Termasuklah sebahagian besar generasi Y, yang mengikuti Persidangan Agung UMNO ini.

3. Apatah lagi pada saudara sekalian, barisan pimpinan di atas pentas, para perwakilan yang sedang duduk dan berdiri

di bawah serta yang di atas sana, pimpinan mahasiswa tempatan, perwakilan-perwakilan UMNO luar negara, tidak dilupakan adik kakak, pakcik makcik, yang sedang mengamati layar besar di luar dewan ini.

Saudara sekalian,

4. Pada 11 Mei kira-kira 68 tahun lalu, UMNO telah ditubuhkan. Ini merupakan usaha terbesar dalam agenda menyatupadukan orang-orang Melayu.

5. Terbukti, setelah parti ini dibentuk, maka, termaktublah dalam catatan sejarah bahawa, UMNOlah yang telah berjaya menguburkan rancangan penubuhan Malayan Union.

6. Sememangnya lagi, perjuangan dan pengorbanan orang-orang Melayu dalam menempuh semua cabaran itu, tidak lain tidak bukan, dengan berpegang kepada satu prinsip dan semangat yang dinamakan solidariti.

7. Sesungguhnya, inilah bukti dari mata ke mata, dari hati ke hati bahawa, semangat perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO akan terus marak, terus menjulang dan terus menyala.Mari kita laungkan bersama-sama, sebanyak 3 kali,

Hidup UMNO!! Hidup UMNO!! Hidup UMNO!!

Saudara Sekalian,

8. Pada 31 Ogos lepas, kita telah merayakan ulangtahun kemerdekaan tanah air yang ke-57. Kemudiannya, pada 16 September semasa sambutan Hari Malaysia di Bumi Kenyalang, hasil perbincangan bersama para pimpinan di Sabah dan Sarawak, kita telah putuskan bahawa, akan hanya menyambut satu tarikh rasmi kemerdekaan.

9. Ini kerana, 16 September itu bukanlah disengajakan. Ia hanyalah berpunca daripada kelewatan pengesahan laporan pungutan suara daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

10. Dalam hal ini, barangkali ramai yang tertanya-tanya mengapa kita mahukan satu sahaja tarikh kemerdekaan bagi

seluruh Malaysia. Jawapannya adalah, solidariti.

11. Malah, yang lebih mustahak perlu diketahui, itulah hasrat Almarhum Tunku Abdul Rahman, bahawa kita semua

hendaklah menyambutnya di tanggal 31 haribulan Ogos. Tapi jangan bimbang, cuti umum 16 September masih tatap kita

raikan dan rayakan.

Saudara sekalian,

12. Hakikatnya, kita semua sedang berpijak di atas tanah air yang sungguh aman dan sentosa. Menjunjung pula langit

luas terbentang. Disimbahi hujan rahmat sepanjang tahun. Bertulangkan, antaranya banjaran Titiwangsa, Banjaran

Crocker serta Tama Abu, Malaysia diliputi pula hutan hujan tropika.

13. Selain itu, kita berada pula hampir pada garis pembahagi hemisfera, iaitu Khatulistiwa menjadikan tanah air ini sentiasa dilindungi awan.

14. Malah, cahaya matahari tetap menyinar sepanjang tahun. Bersyukurlah atas nikmat-nikmat ini. Semuanya itu, kurniaan daripada Maha Pencipta.

15. Secara geografinya, gabungan Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang dipisahkan oleh Laut China Selatan, membentuk kawasan 330,290 km persegi.

16. Inilah pusaka tinggalan nenek moyang kita, yang diwargai lebih 28 juta penduduk. Terdiri daripada puluhan suku, ras, etnik, dan kaum.

17. Apatah lagi menjelang tahun 2020 nanti, keseluruhan jumlah Melayu dan Bumiputera, Islam dan bukan Islam akan mencecah angka lebih 70 peratus.

18. Seandainyalah semua dapat bersatu di bawah lembayung UMNO dan Barisan Nasional, bayangkanlah saudara sekalian, betapa kuatnya kita, betapa kukuhnya kita, bukan sahaja setakat boleh memenangi pilihanraya umum ke-14 nanti, bahkan kita dengan bangganya dapat bersama-sama menjengah negara maju atau high income advanced economy dalam satu ikatan solidariti yang tidak mungkin terpecah bentengnya.

Saudara sekalian,

19. Ternyata, pertiwi indah ini, telah terbina sejak hampir 6 dekad. Segala yang kita lihat tidak datang dengan mudah dan sendirinya. Sebetulnya pun, suka duka perjalanan Malaysia penuh episod dan peristiwa.

20. Selanjutnya, bak kata pepatah, disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Insiden pahit Lahad Datu telah mempalit dan mencalarkan sejarah watan.

21. Berbekalkan peristiwa itu, bersyukurlah, akan hikmah-hikmah yang muncul bersamanya. Kejadian perit yang tidak diundang itu ternyata telah mempertautkan lagi persaudaraan dan ikatan silaturrahmi antara rakyat Malaysia.

22. Buktinya, ramai perajurit yang berasal daripada Tanah Semenanjung, telah turut gugur di medan juang, bersama rakan-rakan perwira dan anggota keselamatan dari Negeri di Bawah Bayu, demi mempertahankan, supaya, jangan sejengkal pun tanah Sabah, jatuh ke tangan sesiapa.

Inilah dia lambang solidariti.

Saudara Sekalian,

23. Demikianlah, berkait perjalanan negara meniti ceritera kemakmuran. Dulunya, bermula dengan cemuhan, ketidakpercayaan oleh banyak pihak dan sindiran tajam, bahawa kita tidak mungkin mencapai matlamat sebagai sebuah negara bangsa.

24. Tapi kini, di sana sini orang bertanya-tanya, apakah formula dan apakah rahsia sebagai azimat kepada kesentosaan Malaysia. Jawapannya, sekali lagi, solidariti.

Saudara Sekalian,

25. Takwim 2014, sangat menguji kita, apabila digemparkan dengan tragedi tidak terduga, misteri kehilangan pesawat MH370 dan peristiwa tragik pesawat MH17 yang terhempas di kawasan Timur Ukraine.

26. Pada detik-detik cemas itu Saudaraku Sekalian, kuasa-kuasa besar pun tidak mampu untuk menolong. Lalu tidak pernah terjadi dalam sejarah, saya terpaksa berunding dengan puak pemberontak yang tidak beridentiti negara,sehingga berjaya mendapatkan kotak hitam dan akhirnya memasuki kawasan kejadian.

27. Pucuk pangkalnya, dengan kehendak Allah jua, kita telah berupaya membawa pulang hampir kesemua jenazah yang telah terkorban kembali ke tanah air, di mana mereka berasal.

28. Jelasnya, saudara sekalian, rakyat Malaysia secara keseluruhan telah menunjukkan semangat muafakat yang sungguh luar biasa, khususnya sewaktu Hari Berkabung.

29. Sebab itulah, kita mahu dan kita ingin semangat kebersatuan yang berkobar-kobar lagi membara sebegini, diteruskan sampai bila-bila. Inilah lambang perpaduan yang dinamakan solidariti.

FALSAFAH DAN KERANGKA MALAYSIA SEBAGAI SEBUAH NEGARA BANGSA MENUJU MASA DEPAN

Saudara Sekalian,

30. Jikalau kita membongkar tamadun dunia, pastinya antara peristiwa penting yang perlu kita rujuk sebagai iktibar adalah tawarikh seorang Nabi besar bergelar Ulul Azmi, Ibrahim Alaihi Salam.

31. Semasa baginda memulakan pembinaan Kota Mekah yang kontang dan kering ketika itu, Nabi Ibrahim telah berdoa seperti tercatat dalam Surah Al-Baqarah, ayat 126, mafhumnya, meminta agar Tuhan menjadikan bumi dan tanah suci tempat Baginda bertapak itu, satu tempat yang aman dan subur serta dikurniakan pula rezeki kepada para penduduknya.

32. Seterusnya bila disingkap sirah junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Apabila Baginda mula membina negara Madinah, 3 hal atau 3 perkara yang utama telah disabda dan diperbuat.

33. Pertamanya: menyebarkan salam dan keamanan. Dalam erti kata, mempertautkan hubungan antara pelbagai puak dan kaum, tidak kira apa jua keturunan serta kefahaman.

34. Keduanya: menumpukan hal ehwal ekonomi dan kebajikan sehingga kepada bab keperluan makan dan minum para penduduk negeri.

35. Dan ketiganya: mengukuhkan hubungan persaudaraan atau silaturrahmi antara semuanya, tidak kira sesama Islam khususnya, dan di antara Islam dan bukan Islam umumnya.

Saudara Sekalian,

36. Berhubung itu, kita tidak pernah mengatakan pimpinan UMNO memiliki apa-apa karomah, jauh sekali mempunyai apa-apa mukjizat seperti para Rasul dan Nabi-Nabi. Tidak seperti ada orang itu, yang sanggup mengangkat suaminya sendiri sebagai "Anugerah Tuhan".

37. Akan tetapi, kita berasa bersyukur atas nikmat akal fikiran yang dikurniakan oleh Ilahi kepada pimpinan UMNO serta parti, oleh sebab, pabila dirujuk dalam konteks negara kita, bolehlah dibuat perbandingan, dalam pembinaan negara bangsa Malaysia bermula sejak merdeka, ternyata tanpa sedar, kita telah mengambil pengajaran daripada dua peristiwa besar para anbiya' itu tadi, Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad.

38. Sebagai contoh, jika kita teliti, bapa-bapa pimpinan yang terdahulu, dengan segala pendekatan berhikmah dan bijaksana, telah memulakan lembaran baharu negara ini, ibarat menghampar sehelai kain putih yang terbentang untuk dipercorak serta diwarna-warnikan.

39. Langkah terawal diambil oleh pimpinan Kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO adalah mewujudkan keamanan dan kestabilan melalui suatu persefahaman dinamakan kontrak sosial.

40. Ia melibatkan pengorbanan semua pihak yang mempersetujuinya terutama orang-orang Melayu dan Bumiputera. Kontrak sosial itu menjadi satu wahana demi mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat, bagi sebuah negara yang masih muda dan baharu.

41. Terserlah, solidariti yang dipupuk itu, menjadi asas kepada perjalanan Malaysia sejak dulu hingga kini, dan InsyaAllah selama-lamanya.

Saudara Sekalian,

42. Langkah kedua yang dibuat oleh para pemimpin UMNO terdahulu sampai sekarang pula, turut mengikuti jejak-jejak yang dianjurkan dalam sirah Islam dengan menumpukan kepada pelbagai rancangan berbentuk ekonomi, sehingga Tahun 2010 dan apabila saya mengambil alih tampuk pentadbiran, kita telah perkenalkan pula Dasar Transformasi Nasional.

43. Menjelang pertengahan tahun hadapan kelak, kita bakal memulakan Rancangan Malaysia ke-11, yang menjadi pelonjak mula menuju negara maju berpendapatan tinggi.

44. Kesemuanya ini, adalah garis-garis besar dan haluan-haluan penting, bagi memperteguhkan ketahanan ekonomi, memakmurkan negara serta menjaga kebajikan rakyat terbanyak sejak berdekad-dekad yang lalu.

45. Selanjutnya, satu tindakan yang dilakukan tanpa jemu oleh Kerajaan, yang dikemudi oleh parti ini ialah untuk mempastikan kelangsungan solidariti masyarakat, kerana itulah aset yang paling mustahak untuk kita pelihara, demi survival UMNO, demi survival Barisan Nasional malah demi survival Malaysia tercinta.

Saudara Sekalian,

46. Menyisir apa yang sudah saya sampaikan, secara sedar ataupun tidak, dalam tempoh kurang dari 60 tahun, negara bertuah ini telah melalui pelbagai peringkat kemajuan dan kepesatan.

47. Seterusnya, semasa membentangkan bajet 2015, saya telah menetapkan bahawa, falsafah tunjang mestilah menitikberatkan keseimbangan antara Capital Economy dan People Economy.

48. Kerana, dari sudut teori mahupun ilmiah, kedua-duanya wujud secara simbiosis atau saling perlu bagi membentuk Ekonomi Keperluan Rakyat atau EKR, tapi bukan PKR.

49. Bajet yang digubal itu menumpukan kepada 7 strategi, demi kebajikan dan keperluan harian rakyat, khususnya berkaitan kos sara hidup.

50. Berdasarkan hal yang demikian, tampaknya, apa yang telah dirancang, direkayasa dan dilaksana oleh Kerajaan pimpinan UMNO bersama rakan-rakan komponen, sejak lima puluh tujuh tahun yang lepas adalah betul dan telah berjaya meletakkan Malaysia di jajaran yang kukuh dan pada landasan yang tepat.

51. Inilah dia usaha yang dilakukan atas rasa tanggungjawab moral yang tinggi oleh UMNO dan Barisan Nasional, demi kepentingan rakyat dan negara.

Saudara Sekalian,

52. Malaysia kini dilihat dan digelar sebagai sebuah negara Islam moden, progresif lagi dinamik.

53. Menyentuh ehwal inilah, sejak beberapa tahun kebelakangan, saya menyebut bahawa negara kita seharusnya berteraskan kerangka Maqasid Syariah yang dipaksi oleh falsafah keadilan sosial.

54. Seperti yang digariskan oleh Imam Al-Ghazali dan Imam Ash-Shatibi, Maqasid Syariah adalah prinsip yang mendasarkan 5 perkara pokok, sebagai teras dan pedoman kepada semua rukun perjalanan negara.

55. Maknanya, apa jua hal pentadbiran, politik dan ekonomi, semestinya dipandu dan dirujuk serta saling lengkap-melengkapi, saling berkait dengan objektif syariah. Barulah nanti, terbit pengamalan Islam sebagai Ad-Deen yang sejati, menurut Al-Quran dan Sunnah.

56. Berasaskan semua itu tadi saudara sekalian, jika dapat saya rangkumkan, formula kepada parti UMNO yang kita amalkan selama ini, berserampang kepada beberapa elemen utama.

57. Pertamanya, wasatiyyah atau kesederhanaan. Bersederhana di sini tidak bermaksud pencapaian yang biasa-biasa atau mediokriti, sebaliknya menuntut kepada nilai kerja yang tinggi, halus, bermutu dan bersungguh, bukan juga yang ala kadar. Manakala budaya kehidupan pula, yang penuh beretika, bukan pincang akal budinya, atau penuh kerosakan.

58. Keduanya, UMNO perlu terus menjadi parti yang mementingkan pendekatan berimbang. Ia bersifat pertengahan dan tidak melampau serta menyampaikan hak kepada yang berhak.

59. Sebagai contoh, dalam langkah konsolidasi fiskal, cara Kerajaan memberi subsidi, kini beralih daripada secara pukal kepada subsidi bersasar. Ertinya, kita memberi pertolongan dan hak kepada yang berhak, seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia terus kepada golongan masyarakat yang benar-benar memerlukan.

Saudara Sekalian,

60. Ketiganya, UMNO perlu menjadi parti yang unggul dan mementingkan kecemerlangan. Maknanya, orang-orang UMNO dituntut menjadi saf atau barisan yang unggul mendepani kelok kejayaan. Kata-kata Hukamak menukilkan bahawa, bekerjalah kamu untuk kepentingan dunia, seolah-olah ingin hidup seribu tahun dan beribadatlah kamu seperti akan menemui mati pada hari esoknya.

61. Sememangnya pun, pada UMNO, selama ini, dunia kita kelek, akhirat pun kita junjung. Lantas, orang-orang UMNO sewajibnya menjadi golongan yang terunggul atau memperoleh tahap 'par excellence'. Tapi, janganlah pula jadi "Pak Maun" macam dalam cerita P.Ramlee Nasib Do Re Mi.

62. Sekali lagi saya ulang kita mahu orang-orang UMNO menjadi "par excellence" yang cemerlang dan unggul di segala bidang.

Saudara Sekalian,

63. Sehubungan perkara ini, menurut dapatan dan maklumat semasa, sekarang, semakin ramai masyarakat yang berada di luar sana, menjadi pihak yang berada di atas pagar.

64. Mereka sedang meninjau-ninjau dan memerhati, serta menghakimi parti mana atau kelompok mana yang ingin mereka dekati dan beri sokongan.

65. Di hujung sudut sana, ada kelompok-kelompok yang terlalu ekstrem dalam fahaman beragama, sehingga menyalahtafsir istilah jihad.

66. Sampai kepada tahap terlibat dalam aktiviti militan dan membenarkan perbuatan "suicide bombers" atau pengebom berani mati. Sebetulnya, perbuatan itu dilarang keras di sisi agama.

67. Di satu sudut yang lain pula, ada kelompok-kelompok yang terlalu longgar fahamannya terhadap agama, sehingga menjadi liberal, terlibat di kancah hedonisme dan kesongsangan.

68. Apa yang lebih mustahak, UMNO amat teguh di landasan dengan menjadikan Islam sebagai panduan dan bukan seperti pihak lain, yang menjadikan Islam sebagai parti mereka.

69. Bersempena juga pengertian surah At-Taubah ayat-122, UMNO perlu terus tampil memperjuangkan Islam yang sebenar, bersifat universal dan sejagat, tidak ekstremis, memahami hukum-hukum dengan tepat, penghayatan yang sederhana, namun cemerlang dalam pekerjaan, menggalakkan pena'kulan dan berjihad di pengkalan bakti, seperti yang dilakukan oleh kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional, demi kebajikan rakyat serta pembangunan negara.

70. Barulah, barulah masyarakat akan mendekati UMNO dan mahu bersama kita. Seterusnya, Malaysia sebagai negara Islam yang moden, progresif lagi dinamik akan selamanya dipandang mulia oleh kawan dan lawan di seantero dunia.

CERITERA-CERITERA KEJAYAAN MALAYSIA

Saudara Sekalian,

Kalau Roboh Kotanya Jati,

Kayu Belian Kita Dirikan,

Kalau UMNO terus dihormati,

Malaysia yang Makmur jadi HARAPAN.

71. Sejak awal tadi, saya mempidatokan tentang pentingnya solidariti sebagai foundation atau tapak terbangunnya Malaysia terkasih ini.

72. Ternyata, hampir 6 dasawarsa, bertonggak kepada tiang seri-tiang seri ini, berpasakkan kepada prinsip kesederhanaan dan dasar-dasar yang sistematik lagi ampuh, kita telah mencapai prestasi-prestasi menakjub dan rekod-rekod yang mampu diperbanggakan.

73. Antara 11 kejayaan utama yang boleh saya senaraikan:

Pertama: Kalau dahulu semasa mencapai kemerdekaan, kadar kemiskinan isi rumah rakyat Malaysia adalah pada tahap lebih 60 peratus.

Alhamdulillah, berkat kepimpinan UMNO, bersama rakan-rakan parti komponen, sukacita saya mengumumkan, kadar kemiskinan telah menyusut kepada satu peratus, malah kemiskinan tegar kini telah hampir disifarkan kesemuanya.

Kedua: Mutakhir ini, sekalipun ekonomi dunia tidak menentu, Malaysia telah mencapai pertumbuhan positif dalam semua sektor dan mencatatkan kenaikan KDNK sebanyak 6.1 peratus.

Sayugia saya menyatakan, pencapaian ini, telah menempatkan kita sebagai yang paling tinggi di kalangan negara ASEAN.

Ketiga: Kemasukan pelaburan asing sebanyak 38.7 bilion ringgit pada tahun 2013, merupakan catatan paling tinggi actual realized investments yang pernah dicapai dalam sejarah Negara.

Keempat: Pada Julai 2014, Indeks Bursa Malaysia telah mencecah mata seribu lapan ratus sembilan puluh dua, paras paling tinggi dalam tawarikh negara.

Kelima: Malaysia terus kekal kedudukannya sebagai pasaran sukuk terbesar di dunia.

Keenam: Menurut laporan International Finance Corporation, World Bank Group di dalam 'Doing Business 2015 Report', Malaysia berada di tangga ke-18 daripada 189 negara di dunia.

Dan menurut Laporan CNN Travel 2013 pula, Kuala Lumpur menduduki tempat keempat sebagai bandaraya paling popular untuk membeli-belah selepas New York, Tokyo dan London.

Ketujuh: Dalam konteks serantau, kita harus berbangga kerana Malaysia diberi kepercayaan dan penghormatan mendamaikan Kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro atau MILF, sekaligus menamatkan sengketa berdarah selama berdekad-dekad di negara itu.

Kelapan: Pada tahun 2015, Malaysia dengan rasminya akan mempengerusikan ASEAN. Ini adalah satu penghormatan kepada pimpinan UMNO dan Barisan Nasional.

Kesembilan: Kita terus dipandang tinggi oleh saudara-saudara seakidah di bumi Gaza, kerana kepimpinan UMNOlah yang terus konsisten, membantu dan memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang tertindas oleh rejim Zionis.

Kesepuluh: Nama Malaysia, semakin mengharum di persada antarabangsa dan berjaya mendapat 187 undian bagi menduduki Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan PBB. Dan,

Kesebelas: Saya dengan penuh rasa rendah diri, telah menerima Anugerah Kepemimpinan Islam Global, pada sidang World Islamic Economic Forum 2014 di Dubai. Sesungguhnya, pengiktirafan dunia Islam ini, saya dedikasikan kepada parti UMNO dan pastinya kepada seluruh rakyat Malaysia.

74. Begitulah saudara, sedikit sebanyak kisah kejayaan yang dapat dipersembahkan. Sebenarnya, ceritera-ceritera kejayaan yang telah kita tempa sepanjang lima puluh tujuh tahun, lebih banyak daripada itu dan tidak terhitung jumlahnya.

REALITI SEMASA

Sahabat-Sahabat Seperjuanganku Sekalian,

75. Walau sebanyak manapun kejayaan yang telah kita raih, hatta segunung pun rekod yang mampu dicipta, walau setinggi mana pun pengiktirafan yang telah kita terima, kita tidak boleh sekali-kali berasa complacent dan duduk bersimpuh.

76. Ini kerana, musuh dari dalaman mahupun luar, akan terus mengintai-intai, cuba menerobos apa jua celah dan ruang untuk menjatuh-jatuhkan perjuangan kita, bagi merapuh-rapuhkan semangat kita, seterusnya untuk mengapi-apikan persengketaan supaya kita retak dan berpecah-belah.

77. Menyentuh realiti semasa ini, para alim ulama berpesan-pesan, adalah menjadi adat manusia dan organisasi yang bersifat makhluk, kita adalah lemah, kita akan sentiasa melakukan kesalahan.

78. Tapi, tidak mengapa, setiap kali berkumpul, dan ini yang ke-65 Perhimpunan Agung UMNO diadakan, kita akan terus bermuhasabah, saling memperingatkan antara satu sama lain, dan membuat pengislahan demi pengislahan, kerana memang diakui tiada siapa pun antara kita yang sempurna.

79. Sekalipun begitu, perjuangan kita di dalam UMNO, demi membela untung nasib orang-orang Melayu dan Bumiputera itu wajib disempurnakan.

Saudara Sekalian,

80. Atas sebab itulah, ingin dinyatakan bahawa, parti UMNO tidak bersalah, parti UMNO tidak berdosa. Sebaliknya, yang bersalah dan yang sering berdosa itu adalah diri kita.

81. Ternyata, atas kelalaian dan kealpaan kitalah dalam membenteng serta mempertahankan UMNO dengan sewajarnya, menyebabkan realiti politik terutamanya lebih 15 tahun yang lalu begitu berubah.

82. Dari apa yang kita saksikan, benarlah cendekiawan menyebut, 'for evil to triumph, good men do nothing'. Malah, menurut para ilmuwan, kata-kata ini, disesuaikan daripada beberapa hadis antaranya oleh Abu Daud.

83. Maksudnya, sekalipun kita di pihak yang benar, tapi hanya duduk berdiam, dan tidak melakukan apa-apa, maka musuh akan bermaharajalela dan makin menjadi-jadi. Tambahan pula, dipertualang dan dikhianat oleh si kitul-si kitul moden itu tadi.

84. Sayang seribu kali sayang, sedih sejuta kali sedih, natijahnya, ramai orang Melayu dan Bumiputera khususnya, dan masyarakat Malaysia umumnya, telah tersalah sangka dengan perjuangan ikhlas dan murni parti UMNO.

Saudara Sekalian,

85. Apa yang penting, saya ingin menegaskan bahawa orang-orang UMNO tidak perlu apologetic, orang-orang UMNO tidak perlu berasa segan silu, jika ramai pihak yang cuba memperlekeh, mencemuh kononnya parti ini sudah jumud dan tidak relevan lagi.

86. Hakikatnya, jangan sesekali kita lupa, dalam perhimpunan-perhimpunan yang bersejarah seperti inilah kementerian-kementerian strategik untuk kepentingan Melayu dan Bumiputera diusulkan, di perkumpulan sebeginilah institusi-institusi Melayu serta Bumiputera seperti UiTM dimartabatkan.

87. Begitulah juga nasib penjawat awam yang jumlahnya kini lebih 1.5 juta terus dibela, di sinilah Raja-Raja Melayu terus dipermuliakan, di sinilah syiar agama Islam tetap diperteguh dan dipertinggikan, dan yang paling mustahak, di perhimpunan inilah orang-orang Melayu menumpang teduh, membawa hati demi menghitung masa depan keturunan anak cucu mereka.

88. Jadinya, jika kita ingin bertanya, semua kejayaan yang telah kita kecapi, seluruh prestasi yang sudah kita capai, hasil perjuangan siapa? Jawapannya, sudah barang pasti, jasa perjuangan parti yang bertuah ini.

Saudara Seperjuanganku Sekalian,

89. Dari itu, cukup-cukup dan sudah-sudahlah dengan sikap buruk yang merosakkan bangsa kita dari dulu sampai sekarang. Kita harus meninggalkan kisah-kisah Hang Nadim, Singapura dilanggar todak dan musuh dalam selimut.

90. Waima, ada yang menjadi api dalam sekam, bahkan gunting dalam lipatan, tumpul di hujung tapi tajamnya menikam di dalam.

91. Oleh itu, kita orang-orang UMNO mesti berhijrah ke arah yang lebih baik, sebagai penawar kepada luka-luka bangsa.

92. Sebagai platform kepada perjuangan masa depan dan menjadi parti berguna kepada anak cucu dan keturunan kita, bukan sekadar untuk tempoh 50 tahun atau sekurun lagi, bahkan untuk tempoh yang lebih panjang dari itu.

JIL UMNO ATAU GENERASI MASA DEPAN UMNO

93. Bertolak dari situ, Saudara Sekalian, setiap kali Perhimpunan Agung UMNO, semua orang ingin bercakap tentang peremajaan parti.

94. Berbicara di sudut ini, semakin hari semakin jelas kita mendengar keluhan dan rintihan anak-anak muda yang ingin turut serta berjuang dalam UMNO.

95. Malangnya, semakin hari semakin jelas juga kita mendapat maklum bahawa hasrat anak-anak muda ini, katanya dihalang dan ditolak oleh mereka yang lebih lama di dalam parti.

96. Merujuk perkara ini, seperti yang saya sebutkan dalam taklimat Presiden 2 hari lepas, kita perlu menyedari hakikat bahawa UMNO sebenarnya sudah terdiri daripada 3 generasi.

97. Generasi pertama yang berusia 50 tahun ke atas. Generasi kedua berumur antara 30 hingga 50 tahun. Manakala, generasi ketiga pula, adalah mereka yang berusia 30 tahun ke bawah.

98. Apa yang penting, demi masa depan parti, ketiga-tiga generasi perlu bekerjasama. Apa yang paling mustahak juga, generasi ketiga mesti diperluaskan, diperkukuhkan dan diperkasakan.

99. Makanya Saudara Sekalian, saya sebagai Presiden dan seperti yang disuarakan oleh Tan Sri Mahyuddin selaku Timbalan Presiden dua malam lepas, dan turut disokong oleh Pimpinan-Pimpinan Tertinggi UMNO, kami dengan tegas dan penuh komited menyatakan bahawa:

...bermula dari perhimpunan kali ini, kita akan menjadi lebih komited untuk membuka akses dan pintu-pintu UMNO seluas-luasnya kepada para pemuda pemudi Melayu serta Bumiputera.

Anak-Anak Muda yang Dikasihi Sekalian, samada yang berada di dalam dewan mahupun di luar sana,

100. Maka, seperti yang saya sebut dalam taklimat Presiden 2 hari lepas, secara rasminya, diumumkan bahawa kita akan membuka pendaftaran keahlian UMNO secara terus.... melalui online yang akan ditempatkan di bawah pendaftaran Ibu Pejabat UMNO Pusat kepada anak-anak muda seawal usia 18 tahun.

Saudara Sekalian,

101. Bersabit hal anak-anak muda, teringat saya ungkapan Saidina Umar al-Khattab, apabila memperkatakan tentang generasi muda.

102. Anak muda yang menjadi rujukan Saidina Umar adalah Abu Ubaidah. Malah, Nabi Muhammad sendiri memberi gelaran Al-Amin kepada beliau.

Anak-Anak Muda Sekalian,

103. Itulah pewaris generasi UMNO yang kami mahu dan itulah juga yang kami impikan. Satu saf dan barisan generasi dalam istilah arabnya kita namakan sebagai JIL-UMNO yang bererti generasi pewaris kepimpinan masa depan UMNO.

104. Oleh yang demikian, sekiranya pada perhimpunan tahun lepas, saya membicarakan tentang isu pengkaderan. Pada perhimpunan ini pula, saya mahu menyentuh soal-soal pengisian atau pentarbiyahan.

105. Antara kriteria pertarbiyahan JIL UMNO adalah:

Kriteria pertama: JIL UMNO yang berilmu dan berpengetahuan secara holistik atau menyeluruh, yakni mereka yang cerdas, pintar dan bijaksana, yang bukan sahaja berilmu serta berkemahiran, tetapi beramal dengan ilmunya.

Kriteria kedua: JIL UMNO yang berjatidiri dan berintegriti. Maksudnya, kumpulan anak muda ini perlu dilatih supaya

berimbang, berakhlak, mempunyai nilai kesederhanaan, tidak menjadi pelampau dan tidak pula terlalu liberal, sehingga

membelakangkan nilai-nilai murni agama.

Kriteria ketiga: JIL UMNO yang bersifat glokal. Simpulan kalam, walaupun mereka ini belajar tinggi di Universiti Azhar, Madinah atau di Harvard, Oxford mahupun Cambridge, tetapi jangan sekali-kali terpisah daripada nilai-nilai ketimuran, kesantunan Melayu serta nilai-nilai yang murni di tanahair kita. Itulah dia kerja-kerja pentarbiyahan yang harus kita lakukan dalam melahirkan JIL UMNO yang unggul.

106. Makanya, menjadi tugas dan tanggungjawab moral kita supaya terus membimbing, melatih, mendidik dan mengasuh generasi muda dan memberi peluang serta diberi tempat yang setimpal dengan kebolehan, keperibadian, menurut penerimaan masyarakat atau organisasi yang berkaitan.

107. Kesimpulannya, JIL UMNO atau pewaris kepimpinan yang kita dambakan adalah generasi yang kuat sebagai bunga-bunga bangsa, bukannya zuriat yang lemah seperti buih-buih di samudera. Barulah nanti kita mampu bernafas dengan lepas dan lega bila diserahkan parti ini pada mereka kelak.

108. Dalam konteks ini, kalau kita ingin menambat hati generasi muda, UMNO mesti dilihat sebagai parti yang sanggup membanteras rasuah dan politik wang. Oleh sebab rasuah adalah punca kepada banyak kerosakan dan kepincangan.

109. Di atas segalanya, makna besar kepada peremajaan parti adalah, sekalipun UMNO sudah berumur lebih 68 tahun dan hampir 25 ribu hari usianya, tapi jiwa muda dan roh perjuangan mestilah terus membara seolah-olah seperti mana pada hari pertama ia ditubuhkan.

110. Malah segala-gala secara total dan tuntas mesti diremajakan termasuk bagaimana kita menggunakan teknologi, strategi dan pendekatan kita sebagai parti yang kreatif dan inovatif dalam semua hal.

Saudara Sekalian,

111. Merujuk kepada Wanita UMNO, kita akan terus mengangkat dan mengiktiraf jasa serta pengorbanan mereka selama ini. Untuk perhimpunan kali ini kepimpinan wanita telah menyatakan hasrat supaya mereka diberi pengiktirafan yang lebih daripada sekadar tulang belakang parti.

112. Dalam hal ini, kita akan menimbang dan mengadakan rundingan dengan semua pihak berkaitan pengwujudan jawatan Naib Ketua Wanita di Peringkat Bahagian dan Naib Presiden Parti di peringkat Kebangsaan.

113. Namun, saya tahu akan wujud "resistance". Yang mustahak dan utama, kita sebagai parti yang bersaudara akan berunding dan melihat daripada semua faktor supaya apa pun keputusan yang kita ambil nanti menjadi satu keputusan bersama demi memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada bakti wanita UMNO setelah 66 tahun ini.

Saudara Sekalian, 
131. Kepada akar umbi UMNO pula, yang sejak dahulu istiqamah dan iltizam dalam perjuangan, kita harus membayar balik harga pengorbanan dan harga kesetiaan mereka dengan cara terus membela untung nasib bangsa, kerana UMNOlah satu- satunya parti tempat berlindung dan bergantung harap demi masa depan kita 
semua.

132. Sedarlah, insaflah, sesungguhnya kita tidak berhadapan dengan banyak pilihan, hanya satu sahaja. Seandainya parti ini rebah, sekiranya parti ini jatuh dan tumbang, keindukan Melayu 
Bumiputera akan turut tersungkur dan terkubur bersamanya. Nauzubillah. Oleh itu Saudara Seperjuanganku Sekalian

133. Marilah kita bangun, marilah kita berdiri. Tegakkan kepala mu, jangan mundur, pandang ke depan, sekali layar sudah dikembangkan, sekali sauh sudah dinaikkan, bahtera UMNO tidak boleh berpatah balik. Kita akan pastikan, panji-panji Sang Saka Bangsa akan terus berkibar megah di persada.

Saudara Seperjuanganku Sekalian,

134. Angkatkan telapak tangan kanan kalian, genggamlah erat perjuangan ini, sebagai simbolis solidariti bangsa. Ayuh! Ayuh, letakkannya di perabung-perabung dada, di mana bertempatnya hati dan sanubari. 
Bersama kita teriakkan, bersamalah kita laungkan,

MAJU MELAYU! 
MAJU BUMIPUTERA! 
MAJU UMNO! 
MAJU BARISAN NASIONAL! 
MAJULAH MALAYSIA!

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.

Lagi Cerita Duit ... Di Tawar RM100 Juta Untuk SABOTAJ Politik


Pengakuan ini sudah pastinya akan membuat manusia bernama Anwar Ibrahim terus meleleh air liur dan mungkin sasau memandangkan usaha JIJIK yang cuba diterapkannya ke dalam diri para pimpinan politik dalam Barisan Nasional tidak disahut.Ternyata pendirian dan maruah kendiri itu jauh lebih penting dari nafsu politik songsang seperti mana yang dilakukan oleh si bekas banduan tersebut.

Dalam pendedahan di mahkamah dan mengejutkan... Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman memberitahu bahawa seorang ahli korporat dan diketahui ramai kawan rapat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menawarkan kepadanya RM100 juta untuk membawa 10 ahli parlimen Barisan Nasional (BN) Sabah melompat parti.

Anifah, 61, berkata, rakan Anwar iaitu bekas Timbalan Pengerusi Eksekutif KFC, Datuk Ishak Ismail telah mendekatinya ketika dia sedang merokok bersama Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee dan yang lain untuk membuat tawaran itu di Hotel Hilton KL Sentral pada Mei 2008.

"Saya terperanjat dan marah. Saya rasa terhina kerana telah berkhidmat untuk Barisan Nasional sebagai ahli perlimen selama tiga penggal. Saya beritahu Ishak, 'jangan sekali-kali diulang kata-kata itu'." katanya ketika memberi keterangan berhubung saman RM100 juta yang difailkan Anwar terhadapnya Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis.

Beliau menjawab soalan yang diajukan paguamnya, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah.

"Saya menyatakan dalam ucapan di parlimen pada Mei 2008 bahawa saya kecewa dengan kerajaan persekutuan (bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi) kerana tidak memberi pengiktirafan kepada MP daripada Sabah dan Sarawak.

"Bagaimanapun, saya nyatakan di parlimen pada ketika itu bahawa, walau kecewa dengan kedudukan itu dan BN tewas lima negeri, saya tidak akan berpaling tadah,” katanya.

Anifah berkata hingga ke hari ini Anwar masih menaruh harapan untuk jadi perdana menteri tetapi tidak mempunyai jumlah politik yang cukup.

“Untuk mengubah kerajaan dia perlu ada majoriti mudah. Saya adalah sasarannya untuk mencapai cita-citanya,” katanya.

Pada 2008, Pakatan memperolehi 82 kerusi dalam Dewan Rakyat sementara BN ada 140 kerusi.

Anwar dikatakan mendekati 30 ahli Parlimen BN untuk menjayakan lompatan besaran-besaran16 September (2008) dan menawan kerajaan persekutuan BN.

Pada 27 Ogos, peguam Anwar Razlan Hadri telah menggulung kesnya selepas memanggil Anwar yang juga satunya saksi, untuk memberi keterangan.

Sebelum ini Anwar mengemukakan saman fitnah bagi RM100 juta terhadap Anifah dan Kerajaan Malaysia kerana mendakwa kenyataan menteri itu pada sidang media di Washington yang dihadiri Setiausaha Negara Amerika Syarikat ketika itu, Hillary Clinton, telah mencemarkan nama baiknya.

Ketua Pembangkang itu mendakwa Anifah menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak layak untuk memegang sebarang jawatan politik atau apa-apa jawatan dan berbahaya kepada masyarakat Malaysia.

Anwar juga mendakwa bahawa kenyataan defendan yang dilaporkan secara meluas dalam media tempatan dan asing, telah menimbulkan fitnah terhadap perwatakannya dan secara langsung dan tidak langsung menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak beretika, tidak berprinsip dan rasuah Baca Selanjutnya 

Hmm manusia yang sanggup mengorbankan siapa jua untuk memenuhi tuntutan nafsu sendiri ini MALU kerana KONONNYA fitnah terhadap dirinya itu akan menyebabkan beliau dilihat sebagai tidak beretika , tidak berprinsip dan rasuah ?

Hahahahaha rasanya ampa tau kenapa MMI geli hatikan ?

MMI

"Saya Terima RM478K" Ehh Bukan-Bukan Akaun Saya Kena GODAM !!


Saya Terima RM478K ... Ehh Bukan-Bukan Akaun Saya Kena GODAM !! Huihh senang keja la lagu tu , apa jadi pun kena godam ! Terbocoq sana kena GODAM , Terburai sini kena GODAM , Terpecah kat situ kena GODAM ! 

Yang ampa dok GODAM tak mau cerita ??

Bekas Setiausaha Akhbar Tan Sri Khalid Ibrahim buat pertama kali tampil secara terbuka mengaku menerima pampasan sebanyak RM478,000 dan sedia disiasat sama ada terlibat dalam penyelewengan dana Perbadanan Menteri Besar (MBI).

Mengemukakan beberapa bukti dokumen di laman sosial Twitter, Arfa'eza Abdul Aziz berkata, pampasan kepada dirinya dan 7 bekas rakan sejawatnya yang lain itu munasabah.

"Saya akui terima sejumlah RM478k & Cik Faekah RM695k. Saya tegaskan jumlah yang diterima pegawai-pegawai lain juga munasabah," katanya merujuk kepada Faekah Husin, bekas ketua pegawai eksekutif MBI.

"Saya mengalu-alukan siasatan terbuka oleh mana-mana pihak; saya yakin ia adalah proses yang telus," katanya lagi menerusi akaun Twitternya.

Namun tidak sampai seminit kemudian, beliau menafikan memuat naik pesanan Twitter tersebut, sebaliknya mendakwa akaunnya digodam pihak tidak bertanggungjawab.

"Twitter saya diceroboh. Tweet di bawah bukan daripada saya! Manipulasi Twitter ini kerja orang pengecut!"

Tiga kenyataan mengenai pampasan MBI sebelum itu juga dilihat dipadamkan.

Merujuk kepada laporan daripada salah satu portal pro-pembangkang TMI , Faekah didakwa menerima RM581,400 sebagai pampasan dan RM114,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan, manakala Arfa'eza menerima pampasan RM358,000 dan RM55,000 ganti kepada notis tiga bulan dan Setiausaha Politik Mustapa Mohd Talib menerima RM265,000.

Pembantunya yang lain didakwa dibayar antara RM97,000 dan RM230,000 masing-masing sebagai pampasan dan di antara RM18,000 dan RM69,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan mereka.

Khalid menafikan sebarang salah laku, mengatakan beliau mengikut prosedur yang betul dan bayaran tersebut dibuat mengikut Skim Pemisahan Sukarela (VSS) yang ditawarkan kepada pembantunya apabila beliau meletakkan jawatan.

Dalam menjawab persoalan mengenai rasional pembayaran tersebut, Khalid berkata bayaran VSS tersebut hanya kurang 2% daripada rizab MBI yang berjumlah RM112 juta.

Beliau berkata, bayaran tersebut diluluskan ahli lembaga pengarah MBI, termasuk setiausaha kerajaan negeri dan pegawai kewangan negeri, serta exco kerajaan negeri.

MMI kata macam ada bau bangkai kat sini !! Mesti ada sebab kalau tidak mana datangnya bau tu ?

Pihak berwajib buat siasatan ja .. MMI tak kisah sangat sebab duit sebanyak tu bukan datangnya dari kocek dan saku MMI .Tapi kena ingat macam puak pembangkang selalu kata DUIT RAKYAT tuuu..

MMI

Thursday 27 November 2014

Agenda KOMUNIS Kembali Lagi !!


Jelas dapat dilihat dalam gambar diatas bahawa gerakan untuk membawa masuk ideologi komunis masih belum terhenti.Lebih menyakitkan hati apabila ianya kini didalangi oleh para pimpinan pembangkang berbangsa Melayu daripada PKR dan PAS.

Persoalannya apakah agenda mereka ?


Banting-banting ini dipasang di kawasan Teluk Air Tawar di Pulau Pinang dan ternyata ia mengundang keresahan banyak pihak khususnya mereka-mereka yang dulunya pernah melalui zaman kekejaman gerakan komunis.

Sekali lagi MMI tegaskan apakah agenda sebenar mereka ?

Apa yang sedang berlaku ini jelas membuktikan keputusan YAB Datuk Najib untuk mengekalkan Akta Hasutan amat bertepatan sekali malah inilah BUKTI kenapa akta tersebut perlu dikekalkan.

Baca artikel berkaitan di SINI 

MMI

Akta Hasutan Kekal Malah Di Perkukuhkan @NajibRazak #PAU2014


Langkah pertama yang ditunjukkan oleh YAB Datuk Seri Najib hari ini dalam ucapan dasar Presiden pagi tadi jelas memperlihatkan betapa pucuk pimpinan mendengar denyut nadi rakyat selain daripada mengambil kira perkembangan suasana politik negara.

Tidak dinafikan perkembangan politik hari ini yang sering kali dibanjiri dengan tindakan fitnah dan menghasut malah sampai ke tahap mencaci agama dan kepimpinan negara amat perlu di bendung.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan akan terus mengekalkan Akta Hasutan 1948 seiring dengan desakan tiga sayap parti itu dalam persidangan mereka semalam.

Najib berkata, bukan hanya akta tersebut dikekalkan malah dua peruntukan khas akan dimasukkan supaya ia lebih berkesan.

"Kita akan masukkan peruntukan khas, pertama kita mahu memastikan akta ini dapat melindungi kesucian agama Islam bahkan agama lain juga tidak boleh dihina.

"Kedua, kita akan masukkan supaya tindakan boleh diambil atas sesiapa yang cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar di Perhimpunan Agung UMNO ke-68, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Sejurus Presiden UMNO mengumumkan pengekalan Akta Hasutan, para perwakilan berdiri dan memberikan tepukan gemuruh.

Najib menjelaskan keputusan mengekalkan Akta Hasutan itu dibuat selepas mendapat nasihat daripada semua pihak.

Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO semalam menggesa kerajaan mengekalkan Akta Hasutan.

Malah Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan ucapan perasmian sayap UMNO pada Selasa turut menegaskan keperluan mengekalkan Akta Hasutan.astroawani

MMI kata tanpa emosi keputusan telah dibuat dan SEWAJARNYA rakyat Malaysia menerima keputusan ini dengan baik memandangkan ianya diputuskan setelah ruang serta peluang diberikan tetapi sebahagian daripada mereka-mereka di luar sana khususnya pembangkang menjadikan ruang itu sebagai medan untuk terus menghina kedudukan dan kaum lain.

SYABAS NAJIB !!

MMI

Sekitar Perhimpunan Agung UMNO 2014


Perhimpunan Agung UMNO 2014 dimulakan dengan mengumpulkan seramai 2,752 orang perwakilan yang berhimpun di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pagi ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam laporannya memaklumkan jumlah ahli UMNO adalah seramai 3,477,365 orang dengan bilangan cawangan sebanyak 21,332 buah.

“Sebagaimana tahun lalu, bilangan ahli teramai berjumlah 527,946 orang diterajui oleh Negeri Sabah manakala Bahagian yang mencatat bilangan ahli tertinggi ialah Silam Sabah, dengan jumlah ahli seramai 50,094 orang sementara keahlian cawangan teramai dengan jumlah ahlinya 1,795 orang masih juga didahului oleh Kampung Tinosa Jaya /Libaran,” katanya.

Jelas beliau, persiapan bagi menjayakan Perhimpunan Agung UMNO 2014 berjalan lancar yang bermula dari ahli-ahli UMNO di akar umbi iaitu di peringkat Cawangan dan Bahagian termasuklah Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

“Ini adalah tanggungjawabnya berteraskan kepada apa yang telah digariskan dalam Perlembagaan UMNO dan Peraturan Persidangan parti.”

Beliau juga memaklumkan seramai 117 orang delegasi yang mewakili 31 parti melibatkan 21 buah negara turut hadir selain penglibatan media massa seramai 1,452 petugas terlibat membuat liputan dalam persidangan ini. mediaumno
















Labels