Followers

Thursday 31 August 2017

Bersatulah Kita Melayu Seperti Mana Pernah Bersatu Untuk Capai Kemerdekaan


Assalamualaikum,
Salam Sejahtera dan Salam Merdeka

31 hari bulan Ogos 2017 adalah hari yang penuh bersejarah dan ianya adalah hari keramat yang hendaklah dikenang dan dirayakan oleh rakyat Malaysia berbilang kaum yang cintakan negara ini dan khasnya bangsa Melayu sebagai hari yang memerdekakan negara kita yang tercinta ini dari cengkaman penjajah.

Sempena meyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Negara yang ke-60 tahun pada tahun 2017 ini saya terpanggil untuk memberi pendapat menerusi pengalaman dan penglibatan saya dalam gerakkan menuntut kemerdekaan negara semenjak tahun 1946 lagi khasnya mengenai kehebatan yang di perjuangkan oleh bangsa Melayu.

Bahawa pencapaian kemerdekaan Tanah Melayu adalah bermula hasil daripada Penyatuan Bangsa Melayu.

Dengan penyatuan bangsa Melayu, kita telah memerdekakan negara kita, Persekutuan Tanah Melayu dan kini Malaysia.

Dengan teras penyatuan bangsa Melayu, kita telah membina Negara kita dengan jayanya.

Dengan penyatuan bangsa Melayu juga ianya tidak berniat dan tidak akan menafikan hak semua kaum yang menjadi warga negara Malaysia sepertimana yang dipersetujui dalam perjanjian “KONTRAK SOSIAL” yang persetujuan oleh semua kaum yang mengakui taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara ini.

Dengan berpegang teguh konsep Penyatuan Bangsa Melayu juga seterusnya adalah asas kekuatan perpaduan, kestabilan politik dan kemakmuran Negara untuk semua kaum yang tinggal di negara yang tercinta ini.


Bangsa Melayu telah banyak bertolak ansur dan mengkorbankan hak-hak mereka kepada kaum-kaum lain di negara ini demi mencapai kemerdekaan negara.

Kebahagian negara, kestabilan politik, kemakmuran rakyatnya yang terdiri dari berbagai kaum berteraskan kepada penyatuan bangsa Melayu.

Kini, bukan sahaja negara kita yang tercinta ini teruji dan tercabar bahkan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara dan bangsa Melayu sebagai anak watan negara ini sedang teruji dan tercabar akibat dari perpecahan orang-orang Melayu yang ghairah berpolitik.


Menerusi perayaan Ulang Tahun yang ke-60 2017, marilah kita menyambut Hari Kemerdekaan negara kita yang tercinta ini, dengan hasrat dan niat serta berdoa kehaderat Allah S.W.T supaya orang-orang Melayu bersatu semula tanpa mengira fahaman pegangan ideologi dan latar belakang politik bagi mewujudkan semula simbol ketuanan bangsa Melayu di negara ini sebagaimana seruan “Bersatulah Kita Orang-Orang Melayu Sepertimana Kita Pernah Bersatu, Sebagaimana Kita Berjaya Mencapai Kemerdekaan Negara Kita”

Apalah sangat untuk mementingkan – Kedudukan, Martabat, Pangkat, Jawatan, Fahaman kerana semuanya ini adalah sementara.

Kembalikanlah ke pangkal untuk kita bangsa Melayu bersama-sama membuktikan bahawa kita adalah suatu bangsa yang bermaruah dan bermartabat dan bersatupadu.

Justeru itu akan terbina suatu benteng kekuatan bangsa yang kukuh yang tidak boleh diganggu dan digugat oleh sesiapa pun.

Untuk mengenang sejarah dan erti kemerdekaan, generasi muda masa kini perlu dan wajib diberi pengertian bahawa pencapaian kemerdekaan negara kita bukan datang secara bergolek.

Banyak pengorbanan dari segi tenaga, harta benda, wang ringgit mahupun nyawa yang telah dilakukan dan telah dikorbankan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan dan pembela tanah air termasuk angkatan bersenjata dan polis untuk menentang musuh dari dalam dan luar negara.

Atas kebijaksanaan pemimpin-pemimpin Melayu khasnya pemimpin yang teragung, Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan dibantu dengan jujur dan iklas oleh Pemimpin-Pemimpin lain seperti Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Allahyarham Tun Dr. Ismail Bin Abdul Rahman, Mendiang Tun Tan Cheng Lock, Mendiang Tun Colonel H.S. Lee, Mendiang Tun Tan Siew Sin, Mendiang K.L Devaser, Mendiang Tun Sambanthan dan lain-lain pemimpin negara yang telah membawa Kemerdekaan Negara kita menerusi perundingan dengan penjajah Inggeris.

Namun diantara Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku, terdapat ramai lagi tokoh-tokoh besar dan kecil sebagai pejuang dan pembebas tanah air kita dari cengkaman penjajah dan anasir-anasir jahat, yang mana nama-nama mereka tertinggal dalam catatan tinta emas lipatan sejarah.

Kita hanya berserah kepada Allah S.W.T Yang Maha Esa lagi Maha Mengetahui dan semoga Allah merahmati perjuangan dan roh-roh mereka sebagai pembela watan dan dihimpun bersama para syuhada dan Solihin. Amin.

PUISI KENANGAN UNTUK BAPA KEMERDEKAAN
SEMPENA ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE-60

Tunku Abdul Rahman,
Kau Bapak Kemerdekaan,
Putera raja kurniaan Yang Esa,
Untuk watan dan bangsa tercinta.

Berdarah raja berjiwa rakyat,
Menabur bakti penuh tekad,
Merancang diplomasi mengatur bicara,
Demi kemerdekaan nusa dan bangsa.

Bapak Kemerdekaan,

Di meja bulat engkau berdebat,
Berdepan penjajah bangsa keparat,
Lidahmu petah akalmu tinggi,
Akhirnya kemerdekaan berjaya diperolehi.

Jiwamu tenang sepanjang masa,
Wajahmu sentiasa senyum mesra,
Di bibir rakyat namamu terukir,
Pujian diberi tanpa akhir.

Bapak Kemerdekaan,

Putra Melayu anugerah Yang Esa,
Sinarmu bagai bulan purnama,
Tingkahmu indah mempersona,
Di bumi keramat warisan bangsa.

Jasa dan baktimu seluas laut biru,
Besar kesan dan banyak manfaatnya,
Membebaskan nusa memajukan bangsamu,
Menjadi tauladan sepanjang masa.

Bapak Kemerdekaan,

Kepimpinanmu bertuah,
Mendapat seorang Pembantu Perkasa,
Yang cukup taat dan setia,
Abdul Razak Hussein namanya,
Wira yang gigih bekerja,
Yang kurang berbicara,
Fikiranya pelita hati,
Ketulusannya sudah teruji.

Berdada lapang dan tinggi budinya,
Bertutur dengan penuh adab dan makna,
Sangat bijak ia dalam mengatur langkahnya,
Sentiasa cermat awasi dalam pemerhatiannya.

Tunku Abdul Rahman,
Bapak Kemerdekaan,
Kau sentiasa tekun mengharungi onak dan duri,
Kau sentiasa tabah menungkah gelombang,
Jika marah pun dalam ketawa
Jika susah dalam senyum jua…

Bapak Kemerdekaan,

Kau memimpin dengan menyedari yang dipimpin,
Menegur dengan menyedari yang ditegur,
Mengarah dengan menyedari yang diarah.

Kau menghukum dengan menyedari yang dihukum,
Memuji dengan menyedari yang dipuji,
Menguji dengan menyedari yang diuji,
Menolong dengan menyedari yang ditolong.

Bapak Kemerdekaan,

Kau sentiasa peka dan berdiri teguh pada yang benar,
Hanya pada yang benar.

Itulah Bapak Kemerdekaan yang kami hormati,
Itulah Bapak Kemerdekaan yang kami sayangi,
Itulah Bapak Kemerdekaan yang kami abadikan dalam hati.
Amin.

Ikhlas daripada:
Tan Sri Dato Seri Hj Mohd Yussof Latiff
TOKOH MELAYU TERBILANG UMNO 2017
Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang(PEMENANG)
30 Ogos 2017


Wednesday 30 August 2017

Desak Tolak Jemputan AS , Kit Siang Boleh Simpan Sikit Tak BANGANG Tu ?


Jemputan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk melawat Rumah Putih bulan depan merupakan mimpi ngeri buat pembangkang.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata usaha dilakukan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dengan menghantar surat kepada Kabinet supaya tidak membenarkan Najib memenuhi undangan itu membuktikan pembangkang dengki dengan kejayaan Perdana Menteri.

“Tindakan Kit Siang membuktikan beliau cuba menukar skrip ciptaannya apabila isu kerugian urus niaga mata wang asing (Forex) Bank Negara Malaysia (BNM) dibangkitkannya menuju kehancuran, selepas kerajaan memenuhi desakannya supaya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCL).

“Agenda beliau hanya mahu memburukkan nama kerajaan dan Perdana Menteri yang diberi mandat sepenuhnya oleh Jemaah Menteri untuk memenuhi undangan Donald Trump membuat lawatan ke Rumah Putih,” katanya pada selepas perjumpaan bersama jawatankuasa UMNO Terengganu di Kuala Terengganu, hari ini.

Annuar mengulas desakan Ahli Parlimen Gelang Patah yang mengesa jemaah menteri menolak jemputan Presiden AS yang dijadualkan pada 12 September ini.

Tegas Ahli Parlimen Ketereh itu, kunjungan Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional mampu meningkatkan hubungan diplomatik dan ekonomi kedua-dua negara dan satu penghormatan kepada Najib dan Malaysia.

“Lawatan Najib ke AS dijangka memberi impak besar kepada negara terutama dalam membina hubungan strategik lebih erat dan hubungan ekonomi yang lebih bermanfaat,” kata Annuar lagi.

Inilah masalahnya bila pembangkang berkiblatkan kepala bangang yang tak reti nak simpan bangang dia tu.Dan semestinya MMI yakin benar ramai dari kalangan pengikut bangang ni akan terus angguk dan angguk tanda bangang mereka yang terlalu setia tuh !

Punya teruk kelaku puak-puak ni ... KANTOI mengaku sudah lah ...


MMI

Tuesday 29 August 2017

Hala Tuju PAS Selepas Tidak Lagi Bersama Dengan Pakatan Haprak


Ramai yang dah melihat bagaimana parti PAS sejak penubuhannya bergerak menghiasi pentas politik tanahair.Ramai juga kalau kita perhatikan pemimpin mereka yang dulunya bersama atas satu ideologi kita sudah tidak lagi bersama.

Malahan ada dikalangan mereka yang dulunya berdiam dan zip mulut tatkala timbul isu-isu panas membabitkan hukum menghukum sesama Islam kini dilihat sudah mula terbuka dan tidak lagi menjadikan politik ortodok sebagai pegangan.

Bagi MMI ianya merupakan satu perubahan yang baik walaupun masih ada dikalangan mereka yang masih lagi kekal berpegang kepada ideologi asal yang menolak UMNO khususnya walaupun secara terangnya sebelum itu mereka sendiri sebenarnya sudah pun merelakan parti yang mengaku Islam itu diliwat oleh DAP laknatullah.

Kesannya seluruh warga PAS di MACAIkan oleh suku-sakat puak-puak yang hanya mengejar kedudukan dan kemewahan politik semata-mata.

Hari ini PAS tidak lagi bersama dengan parti-parti pembangkang yang bersekongkol di bawah Pakatan Haprak dan dalam masa yang sama ramai yang sedar polisi politik parti itu kini sudah mula menerima kerjasama bersama UMNO dalam keadaan dan urusan tertentu yang sudah tentunya merujuk kepada perkara-perkara yang menyentuh institusi ISLAM.

Ramai juga yang tertanya-tanya apakah PAS boleh membuka pintu partinya untuk menerima kerjasama politik dengan parti UMNO ?

Dalam keadaan PRU14 yang dikatakan semakin hampir ini , apakah PAS mampu untuk meletakkan kepentingan umat Melayu dan Islam serta semangat NASIONALISMA sebagai wadah perjuangan politik mereka ?

Sudah tentunya persoalan-persoalan ini sukar diteka namun MMI optimis bahawa perbezaan ideologi antara kedua-dua parti (PAS & UMNO) itu tetap ada cumanya sejauh mana PAS boleh menghalalkan gerak kerja atau hubungan bersama dalam misi untuk memastikan Malaysia bebas dari puak-puak yang jelas begitu iri hati dengan Melayu dan Islam.

PAS sedia gabung dengan parti perjuangkan Islam

PERPECAHAN di kalangan parti pembangkang sehingga tertubuhnya Pakatan Harapan dan blok ketiga yang diterajui oleh Pas sudah pasti menimbulkan pelbagai persoalan serta kekeliruan di kalangan rakyat untuk memilih parti yang layak menerajui kerajaan pada PRU14.

Selain itu, kemungkinan akan berlaku pula perebutan dan pertindihan kerusi di kalangan parti pembangkang sendiri terutama apabila tertubuhnya dua parti baharu dalam arena politik negara iaitu Amanah dan Bersatu yang sudah tentu mempunyai pengaruh tersendiri.

Di sebalik perpecahan itu, ramai pengundi mengharapkan supaya suatu kerjasama politik di kalangan parti pembangkang dapat dicapai menjelang pilihan raya umum akan datang ataupun hanya mewujudkan dua pilihan, sama ada BN ataupun pembangkang sahaja.

Mampukah Pas meluaskan kuasanya dengan blok ketiga iaitu Gagasan Sejahtera serta mewujudkan kerajaan di peringkat negeri khususnya di Pulau Pinang tanpa kerjasama politik dengan DAP dan PKR pada PRU14?

Ikuti kupasan lanjut berhubung perkembangan politik Pas di Pulau Pinang menerusi wawancara khas Wartawan Sinar Harian, MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI bersama Pengarah Pilihan Raya Pas Pulau Pinang, BUKHORI GHAZALI.

Bagaimana perkembangan politik Pas di Pulau Pinang sekarang ini?

Sekarang ini Pas secara umumnya semakin diterima oleh rakyat Pulau Pinang, khususnya orang Melayu. Kita akui kita ada masalah dengan orang bukan Islam disebabkan oleh persepsi yang dimainkan oleh media sosial sehingga menyebabkan orang bukan Islam menganggap Pas ini seolah-olah macam tidak mahu dengan mereka.

Sebenarnya tidak, saya sebagai seorang yang bekerja di banyak syarikat orang bukan Islam mereka sebenarnya masih lagi bersetuju bahawa dalam banyak-banyak parti ini, Pas adalah yang konsisten dengan dasar perjuangan.

Cuma apabila mereka melihat Pas seolah-olah macam agak selesa dengan parti kerajaan, seolah-olah Pas mungkin melupakan matlamat dan perjuangan asal. Perkara ini kita sedang atasi.

Kalau tengok beberapa minggu lalu, kita telah lancarkan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) di Nibong Tebal dan Kepala Batas. Kita akan teruskan pula di kawasan Bagan dalam sedikit hari lagi.

Insya-ALLAH, saya yakin matlamat Pas Pulau Pinang untuk tambah kerusi berdasarkan kecenderungan orang Melayu khususnya, ada peluang untuk tambah sekurangnya empat hingga lima kerusi.

Adakah pemimpin DHPP ini akan dijadikan sebagai calon Pas pada PRU14 nanti?

Insya-ALLAH, kita sedang menimbang perkara ini. kita akan melibat beberapa faktor khususnya di kawasan yang ada agak ramai pengundi-pengundi bukan Islam, kita boleh bagi ruang untuk mereka bertanding.

Kenapa rakyat Pulau Pinang perlu sokong Pas?

Pertama sebab Pas konsisten dengan dasar perjuangan. Pas kekal dengan prinsip walau di mana ia berada. Kita melihat produk kita ini Islam. Maknanya apa jua yang berkaitan Islam kita akan sokong dan kita akan pastikan ia berjaya dicapai.

Kalau ada produk-produk atau benda yang merugikan Islam, kita akan lawan habis-habisan. Ini benda yang menjadi nadi dalam gerak kerja kita, kita tidak akan kompromi dalam bab ini. Sebab itu Pas semasa dalam kerajaan Pulau Pinang kita konsisten, kita memantau dan perhati semua dasar kerajaan ini.

Kita tengok masa itu sekitar tahun 2014 dan 2015, kita dapat banyak maklumat daripada orang Melayu khususnya di sebelah Pulau, terlalu banyak kegiatan judi siber dan tak boleh kawal.

Apabila kita tengok benda ini semakin membiak dan kerajaan negeri tidak boleh buat apa, kita buat perjumpaan dengan Ketua Polis Pulau Pinang untuk bincang isu ini. kita sedar untuk nak hapus memang susah, bukan senang tapi sekurangnya kita nak tengok bagaimana boleh kurangkan masalah ini.

Isu perumahan pula, kita tengok harga rumah melambung semakin tinggi. Tak perlu tengok di sebelah Pulau, di Kepala Batas pun harga rumah lebih RM300,000. Kalau tengok dari segi logik akal, kalau nak bayar pinjaman rumah RM300,000 selama 25 tahun, sebulan hampir RM2,000.

Macam mana kalau orang yang berpendapatan sederhana nak beli rumah? Ini fakta dan hakikatnya. Jadi sebab itu kita buat satu kajian dan Pas Pulau Pinang tubuh satu jawatankuasa khas untuk bincang isu ini, tengok di mana masalahnya. Hasil kajian yang kita buat, kita dapati bahawa dasar kerajaan ini mesra pemaju, bukan mesra rakyat.

Apabila mesra pemaju ia akan cari untung yang maksimum. Walaupun kita dalam kerajaan negeri ketika itu, kita buat memorandum kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan saya sebagai wakil Pas Pulau Pinang kita serahkan memorandum ini kepada Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang pada ketika itu, Mohamad Sabu untuk diserahkan kepada Guan Eng.

Kita sedar bahawa kita tak boleh kompromi isu-isu Melayu dan Islam. Kalau keadaan ini berlarutan, habis orang Melayu di kawasan Pulau. Jadi apabila sebut isu rumah ini bukan orang Islam saja, orang bukan Islam yang susah pun ada juga. Tapi maksud kita rakyat tertekan dengan dasar perumahan yang harga tinggi ini.

Lebih setahun masih tiada hasil dan tindakan, maka Pas Pulau Pinang buat perbincangan nak bangkitkan isu ini dalam Muktamar Pas di Batu Pahat. Kita nak maklum bahawa Pas sanggup hilang jawatan kerana nak mempertahankan hak. Ini yang kita nak sebut bahawa Pas konsisten dengan dasar perjuangan. Walaupun rugi pada Pas tetapi untung pada Islam, kita sanggup.

Mampukah Pas bertahan di Pulau Pinang tanpa kerjasama politik dengan PKR dan DAP?

Kita yakin mampu pertahankan Dun Permatang Pasir sebab Permatang Pasir ini geografinya lain sedikit. Di situ ada banyak pondok dan pusat-pusat pengajian Islam yang faham Islam ini sebagai teras pengajaran.

Mereka faham keperluan penyokong Pas dan cawangan kita di sana pun banyak, jadi kita yakinlah. Cuma di kawasan lain kita sedang usaha untuk tingkatkan sokongan.

Pada PRU13 lalu Pas hanya menang satu kerusi Dun di Permatang Pasir, apakah Pas bercadang nak tambah lebih banyak kerusi Dun dimenangi di Pulau Pinang pada PRU14?

Mengikut kenyataan yang dibuat oleh Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang sebelum ini, kita sedang mengkaji untuk bertanding di 20 kerusi Dun. Kita tak akan bertanding di semua kerusi.

Mana mungkin kita nak tanding di Dun yang majoriti 90 peratus ada pengundi bukan Islam. Kita kena berpijak di bumi yang nyatalah. Dun yang berpotensi, kita akan masuklah.

Antara 20 kerusi Dun itu, adakah ia termasuk kawasan yang ditandingi oleh DAP?

Untuk fasa pertama ini, kita akan kekal bertanding di enam kerusi Dun yang kita tanding pada PRU13 lalu iaitu di Dun Penaga, Sungai Dua, Permatang Berangan, Bayan Lepas, Permatang Pasir dan Sungai Aceh.

Cuma beberapa Dun lagi kita sedang menunggu perkembangan terbaru. Kita akan pastikan bahawa semua Dun yang kita sebut ini bersiap sedia dengan jentera dan kita akan lihat perkembangannya pada setiap bulan.

Kenapa Pas nak rampas kerusi Permatang Pauh pada PRU13?

Sebab kita tak ada hubungan lagi dengan PKR. Kita bertanding sebab kita melihat ia secara demokrasi. Dalam kerangka Pas pusat, kita perlu pastikan bahawa kita ada peluang untuk menang beberapa kerusi Parlimen.

Kita mengunjurkan bahawa kita ada peluang untuk menang 60 kerusi Parlimen sekiranya dapat tingkatkan undi atas pagar sebanyak 50 peratus. Jadi kita melihat Permatang Pauh ada potensi itu.

Permatang Pauh juga adalah kawasan kita sebelum ini, kita bagi pada PKR atas dasar kita kompromi sebab kita berada dalam PR. Sekarang kita tiada dalam PR dan kita ada hak untuk tanding di situ.

Apakah kelebihan Permatang Pauh, adakah kerana ia kubu kuat PKR menyebabkan Pas nak ambil semula kerusi tersebut?

Bukan macam itu... sebenarnya setiap Pas kawasan ada hak untuk mencadangkan kerusi-kerusi yang nak bertanding. Kita ada hak untuk cadangkan Parlimen dan Dun yang nak bertanding berdasarkan kepada kajian kita sendiri, sejauh mana sokongan ahli-ahli, masyarakat dan jentera parti.

Ini bukan soal Permatang Pauh, semua Pas kawasan sedang membuat perkara yang sama. Cuma sama ada perkara ini dijelaskan ataupun dibuat pengumuman, itu subjektif lah.

Tetapi hakikatnya semua Pas kawasan sedang menyediakan pelan tindakan ke arah bertanding ini. Cuma sama ada Pas pusat setuju atau tidak, ia melibatkan perkara kedua.

Macam Permatang Pauh kalau dilihat dari sudut ini memang Pas Pulau Pinang menyokong, tetapi pusat pula mungkin mereka ada kajian sendiri bahawa sampai masanya kita bertanding sebab kita tak ada hubungan politik dengan PKR.

Dulu kita ada hubungan politik dengan PKR, kita kena bincang dulu. Sekarang tak ada kerjasama, tak perlu bincang lah. Kita tengok ada kemampuan, kita masuklah. Maksud saya bukan sahaja di Permatang Pauh, termasuk di kawasan lain juga.

Buat masa ini kita akan bertanding di Kepala Batas dan Tasek Gelugor, ini tradisi. Kalau termasuk Permatang Pauh ini kira tiga kerusi Parlimen. Yang lain-lain itu masih dalam kajian untuk pastikan kita masuk itu untuk menang.

Dengan hasrat bertanding 20 kerusi Dun itu, adakah ia mampu memberi majoriti mudah untuk Pas tadbir Pulau Pinang?

Kalau lihat di Pulau Pinang ini, ada 15 kerusi saja. Kerusi lain itu adalah pengundi Melayu bawah 50 peratus, jadi mungkin ada kesukaran. Tetapi kalau DHPP mendapat penyertaan orang bukan Islam, mungkin boleh menang.

Kita faham bukan mudah, jadi saya tak mahu meletakkan sasaran. Cuma bagi saya, saya yakin apa yang akan berlaku di Pulau Pinang ini akan sama juga dengan apa yang akan berlaku juga di peringkat pusat sedikit hari lagi.

Kalau Pas boleh menang banyak kerusi, tetapi Pakatan Harapan dan BN tak ada majoriti, kita boleh jadi penentu kepada siapa kita nak masuk dan gabung (bentuk kerajaan). Soal sapa itu soal lain lah, yang penting untuk peringkat mula ini Pas kena ada kerusi. Tak ada kerusi jangan cakap.

Kalau rakyat Pulau Pinang memberi peluang kepada Pas untuk menerajui negeri ini, sediakah Pas untuk meletakkan calon Ketua Menteri Melayu yang pertama di Pulau Pinang?

Ia bersifat subjektif, kita kena faham bahawa landskap di Pulau Pinang ini ia berbeza sebab penduduk orang bukan Islam adalah majoriti. Kita kena selamat dalam hal ini.

Jadi benda yang telah sedia ada, kita tak boleh ubah terus. Benda ini perlukan penelitian. Akan sampai masa ia akan sesuai dengan keadaannya. Saya tak boleh sebut kata terus Ketua Menteri Melayu, sebab tak logik dan kerusi majoriti Melayu ada 15 saja.

Kalau disebut dari segi hukum ALLAH ini, apa saja boleh berlaku. Tapi kalau ikut dari segi logiknya benda yang agak mustahil. Seolah-olah kita kata logikkah Malaysia ini ditadbir orang Cina, tak logik sebab majoriti kerusi Parlimen ini orang Melayu.

Mungkin selepas PRU14 akan ada perbincangan ataupun rundingan antara Pas dengan Pakatan Harapan untuk mewujudkan satu kerajaan di Pulau Pinang?

Bukan setakat di Pulau Pinang, termasuk di Malaysia pun Pas terbuka untuk berbincang dengan sesiapa saja. Yang jadi dasar kita adalah Islam sebab Islam ini menjadi teras perbincangan, bila-bila masa saja.

Maknanya kalau selepas PRU14 ini pun, contohnya Pas ada enam atau tujuh kerusi, Pakatan Harapan mungkin ada 16, BN pun mungkin ada 16 kerusi. Jadi Pas boleh tentukan dengan siapa untuk bergabung tubuh kerajaan.

Dasarnya adalah Islam, Islam ini bukan kata buat hudud esok. Islam ini maksudnya keadilan sosial, mempertahankan kebenaran, menyanggah kezaliman, mana-mana orang bersabit dengan rasuah kita dakwa, tak kira pada parti mana pun.

Walaupun Pas jadi ‘King Maker’ maksudnya dalam konteks siapa yang boleh tawar Pas atas dasar apa yang Pas mahu. Saya tak mahu buat andaian kepada sesiapa.

Kalau Pas diberi peluang untuk tadbir Pulau Pinang, apakah dasar Pas itu sama seperti yang dilaksanakan di Kelantan?

Saya tak mahu membuat andaian sebab kita perlu berbalik kepada hukum alam. Di Pulau Pinang ini penduduk bukan Islam lebih ramai daripada Islam. Kalau kita buat sesuatu andaian ini, ia macam kita menyanggah arus perdana, tak adil untuk bercakap benda ini.

Tetapi tidak mustahil kalau kita buat suatu benda yang baik. Oleh kerana nak Pas duduk dalam satu kerajaan, tak perlu sebut Pakatan Harapan atau BN. Kalau Pas menang tujuh kerusi, atas dasar persefahaman Islam sebagai dasar pihak tertentu, Pas terima sebagai sebahagian daripada gabungannya.

Bagi Pas, siapa itu tidak penting. Apa yang dia buat itu lebih penting. Kalau dia buat benda apa yang Islam suruh, dia ketua pun tak apa. Ayat ini penting. Bagi Pas siapa tak penting, apa yang dia buat penting. kredit sinar

MMI kata banyak yang dijelaskan kat atas tu perlu dinilai dengan otak bukan dengan emosi .. Jadi jangan terlalu mendabik dada sebab polisi PAS sebagai blok ketiga perlu dilihat dengan strategi dan taktikal bukan dengan rasa dan hati semata-mata.

Rasanya faham kot noo ...

MMI

Monday 28 August 2017

Latheefa vs Rafizi Rumusannya Dengan Azmin Sekali Orang Tak Suka !


Pergaduhan dalaman PKR antara peguam, Latheefa Koya dengan Rafizi Ramli semakin teruk.

Terkini Naib Presiden PKR yang lantang itu didakwa menjadi ejen kepada seorang pemimpin kanan UMNO yang susur galurnya berasal dari Indonesia.

Latheefa yang juga peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tidak berpuas hati dengan Rafizi susulan gesaan supaya satu kongres khas diadakan bagi menentukan hala tuju hubungan dengan Pas semalam dan membidas Ahli Parlimen Pandan itu sambil mendakwanya ‘barah’ kepada pembangkang.

“Yang marah-marah saya sebab posting ini- sila lihat apa yang dibuat oleh barah ini sekarang. Dia sedang memaksa parti pecah dua. Dia tak hadir mesyuarat. Tetapi dia berani hanya bagi kata dua melalui media.

“Ini namanya tindakan bacul. Dia bertanding dulu dalam parti – bawa cerita palsu, minta backing dari orang-orang berpengaruh – tetap kena reject oleh anggota.

“Sekarang ini guna dia punya NGO- kutip duit pastu – dia guna duit ni untuk memecahbelahkan cabang. Bukan utk memantapkan parti tapi sebaliknya bagi huru-hara sebagai strategi ponorogo,” dakwa Latheefa dalam satu kenyataan di akaun Facebooknya.

Latheefa tidak menulis individu dimaksudkan, bagaimana umum mengetahui Rafizi baru-baru ini ada membuat rayuan kutipan derma bagi membiayai kos guaman dalam satu kes saman dihadapinya.

Ponorogo dimaksudkan oleh Latheefa adalah melibatkan seorang pemimpin kanan UMNO yang berasal dari sebuah kawasan di Indonesia, dimana beliau semasa dalam satu wawancara di televisyen Indonesia mengakui berasal dari Ponorogo.

Latheefa juga mendakwa Rafizi setiap hari berhubung dengan ‘Geng Ponorogo’ dan sentiasa membuat ugutan untuk melompat parti.

“Dia ni perangai buruk- kalau org tak terima idea dia – dia akan lompat-lompat, ugut-ugut. Hari-hari geng dia berhubung dengan geng ponorogo,” katanya lagi.

Paling jelas kenyataan Latheefa menunjukkan Rafizi adalah individu yang dimaksudkan dalam kritikannya adalah kenyataan ini : “Dia masuk tunjuk muka lepas PRU12. Dia kuar (keluar) lepas gaduh dari keje (kerja) koperat (korporat) sebelum dia masuk tapi konon berkorban gaji tinggi.”

Rafizi bertanding di kerusi Parlimen Pandan semasa Pilihan Raya Umum Ke-13, sebelum itu beliau memegang jawatan dalam Petronas.

Semalam, Rafizi mendakwa ketika ini wujud dua kumpulan saling bertentangan dalam parti itu dan masing-masing membawa pendapat berbeza mengenai cara bagaimana Pas perlu ditangani.

Katanya, kewujudan dua kumpulan berbeza pendapat itu mengelirukan akar umbi kerana ada antara mereka turut memegang jawatan kanan Pakatan Harapan.

Keadaan itu, kata Rafizi, sudah berlaku sejak pertengahan tahun 2015 dan dikhuatiri akan memberi kesan kepada persedian gabungan berkenaan menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14.

SEMUA ni cerita gelong , lama dah pun cuma ramai yang tak mau tengok .. masing-masing gila jawatan nak kuasa sebab tu tak kira siapa pun bedal janji masyuk !

MMI

Sunday 27 August 2017

Tempoh Tamat Guan Eng Hang Tunggu La !!


Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini mengelak  menjawab soalan berhubung gesaan supaya memohon maaf dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana kenyataan fitnah.

Beliau mengambil sikap tutup mulut dalam isu tersebut walaupun tempoh supaya berbuat demikian dalam tempoh 24 jam sudah berakhir.

“Hari ini, saya hanya boleh jawab satu isu sahaja iaitu mengenai isu tambakan laut di perairan Pulau Pinang yang dibangkitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Teknologi Jepun 2017, di George town, hari ini.

Jumaat lalu, SPRM telah memberi Lim tempoh 48 jam untuk memohon maaf secara terbuka tanpa syarat kepada suruhanjaya itu atau berdepan tindakan undang-undang.

Ini  susulan kenyataan yang dikeluarkannya Guan Eng bahawa penahanan Exco Kerajaan Negeri, Phee Boon Poh oleh SPRM sebagai “penahanan haram” merupakan satu kenyataan berunsur fitnah.

Sementara itu, beliau yang juga setiausaha agung DAP berkata pihaknya terkejut dengan pengumuman bahawa kerajaan pusat tidak akan menyokong kerja-kerja tambakan laut di selatan negeri ini.

Beliau mengulas kenyataan Najib semasa majlis Jamuan Rakyat di Balik Pulau bahawa kerajaan Persekutuan tidak akan menyokong projek tambakan laut di Pulau Pinang sekiranya ia akan memberi kerugian yang besar sehingga menjejaskan punca pendapatan rakyat di kawasan terlibat.

Perdana menteri juga berkata kerajaan persekutuan mempunyai pendirian dalam meluluskan sesuatu projek dan bukanlah menolak semata-mata atas dasar fahaman politik.

Lim berkata, “kerja-kerja tambakan laut di selatan negeri ini sedang dalam proses untuk dikaji oleh Jabatan Alam Sekitar, jadi biarlah projek itu ditentukan oleh kajian-kajian alam sekitar”.

Kerajaan negeri sebelum ini mengumumkan pelaksanaan projek tambakan laut seluas kira-kira 1,800 hektar di Permatang Damar Laut di daerah Barat Daya yang bernilai RM46 bilion bagi membina tiga pulau buatan untuk tujuan pembangunan.

MMI kata lagi , Guan Eng ni memang @#$%^  &^%$# dia ingat Malaysia ni bapak dia punya kot ! Kita ada undang-undang ikutlah , kalau sebelum ni bukan main canang sana canang sini sekarang bila kena batang hidung sendiri PUTAQ !!!

Sebelum ni dah buat IBR so hang main tuduh SPRM pula , apa maksud dia ?

Elok ambik bawa masuk dalam ja dia ni !

MMI

Saturday 26 August 2017

Sukan Sea 2017 Menyatukan Rakyat Malaysia #BangkitBersama #KL2017


Penganjuran Sukan Sea 2017 benar-benar memberikan inspirasi kepada seluruh warga Malaysia untuk bangkit bersama atas semangat 1Malaysia.

Sejak hari pertama gelangang Sukan Sea 2017 membuka tirai , para peminat sukan tanahair dan seluruh penyokong Malaysia tampil memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap kontinjen Malaysia yang kini sedang berjuang untuk merealisasikan misi muncul juara keseluruhan Sukan Sea 2017 edisi ke-29 ini.

Cukup membanggakan sekali apatah lagi kemenangan para atlet negara dalam acara masing-masing kadang-kalanya menyentuh hati dan perasaan seluruh rakyat Malaysia tatkala lagu Negaraku dimainkan.

Salah seorang peminat sukan tanahair , Saudara Muhammad Subhi Abu Bakar dari utara tanahair yang ditemui baru-baru ini menyatakan bahawa beliau sendiri menitiskan air mata setiap kali melihat kejayaan pasukan Malaysia dan perasaan sebak pasti hadir apabila lagu Negaraku dikumandangkan dengan bendera Malaysia mendahului negara-negara lain.

Satu perasaan yang tiba-tiba hadir sewaktu meraikan kejayaan pasukan Malaysia , beliau yang akan kembali ke Kuala Lumpur awal minggu ini untuk sama-sama memberikan sokongan kepada pasukan Malaysia mendoakan kejayaan Malaysia untuk muncul juara keseluruhan dan mengucapkan tahniah kepada Malaysia dan YB Khairy Jamaluddin yang telah menunjukkan kesungguhan dalam penganjuran kali ini sehingga mampu menarik minat seluruh warga Malaysia untuk sama-sama bangkit bersama.

Dalam masa yang sama para netizen sudah pasti dapat melihat dengan jelas bagaimana seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang , bangsa , agama bangkit bersatu atas semangat 1Malaysia demi kejayaan bersama.

Video di bawah pastinya mencuit hati semua kita dengan ungkapan They tell us we are Muslims/Chinese/Indians, but last night showed us that we are MALAYSIANS first! #AyuhMalaysiaku #BangkitBersama
kredit KitaJuara2017 

Friday 25 August 2017

Siapa Tun M Kalau Melayu Sendiri Pun Dah Tak Percaya ?


Aksi yang cukup menghibakan sehingga ramai dari kalangan ahli UMNO menitiskan air mata kerana terlalu sebak terpaksa merelakan pemergian seorang pemimpin yang pada ketika itu menjadi tumang kepada orang Melayu di Malaysia.

Tun Mahathir , beliau telah membuat keputusan untuk berundur dan meletakkan semua jawatannya sama ada dalam parti mahupun kerajaan.Dan sudah semestinya keputusan itu tidak lagi boleh diubah-ubah kerana ianya keputusan mutlak peribadi seorang Perdana Menteri.

Maka Tun Abdullah Ahmad Badawi yang pada ketika itu menjawat jawatan nombor dua tampil menyelamatkan keadaan kerana pemimpinnya sedang berada dalam keadaan duka dan lara.

Tidak ada sesiapa yang tahu kenapa Tun M membuat keputusan sedemikian melainkan masing-masing membuat tafsiran masing-masing sehinggalah kemudiannya kita dimaklumkan bahawa Tun M membuat keputusan tersebut kerana kecewa dengan orang-orang Melayu.

Siti Hasmah pernah menyebut bahawa apabila banyak orang Melayu datang merayu, memohon atau meminta tolong daripadanya (Tun M). Dia dengan belas kasihan kadang-kadang memikirkan orang itu mampu, maka diberi apa yang diminta. Tetapi lama-kelamaan orang itu datang semula meminta pertolongan lain, padahal kerja yang diberikan dulu belum selesai lagi atau belum berjaya.

Inilah masalah orang Melayu. Mereka suka meminta-minta, bila diberi tidak tahu melaksanakannya tetapi tidak sabar-sabar pula hendak berjaya.

Apa yang MMI cuba sampaikan di sini adalah apa jua yang berlaku sebelumnya , Tun M jelas begitu mengambil berat perihal orang Melayu sehinggakan beliau meletakkan jawatannya.Namun jika kita amati sedalam-dalamnya tindakan tersebut seharusnya mampu mencipta sesuatu yang jauh lebih baik khususnya kepada orang Melayu itu sendiri.

Semua pihak sedia maklum apabila Tun M meninggalkan perjuangan orang Melayu pada ketika itu , Tun Abdullah telah diberikan kepercayaan untuk memimpin umat Melayu dan seluruh bangsa di Malaysia.

Di bawah kepimpinan Tun Abdullah inilah ramai pihak sebenarnya sedar bahawa Melayu sedang diubah.Perubahan yang mungkin tidak terlalu ketara tetapi konsep Islam Hadhari yang diketengahkan oleh Tun Abdullah sebenarnya adalah titik tolak kepada perubahan kepada orang Melayu yang bermula dari akar umbi.

Prinsip Islam Hadhari yang ingin diketengahkan oleh kerajaan ini bukan hanya sekadar slogan atau retorik semata-mata, malah lebih dari itu ia merupakan satu anjakan paradigma dan pendekatan menyeluruh untuk mengubah persepsi ummah terhadap ajaran Islam bagi membangunkan ummah, bangsa dan negara secara global dan bersepadu.

Beberapa prinsip Islam Hadhari dirangka bagi merangsang ke arah perubahan minda umat Islam secara menyeluruh dan sistematik yang tidak bersifat sektor atau partisan, yang sudah semestinya memerlukan satu perubahan pandangan global umat Islam. Selaras dengan itu, konsep hidup sebagai pengabdian kepada Tuhan dan konsep kerja sebagai ibadah, manusia sebagai khalifah dan kewajipan mencapai kekuatan dalam semua bidang kehidupan akan ditekankan, khususnya dalam memenuhi prinsip-prinsip maqasid al-syariah yang sentiasa berkembang seperti menjaga, memartabat dan memperkasa: Agama, akal, nyawa, harta, keturunan, maruah, institusi keluarga dan alam sekitar.

Pendekatan Islam Hadhari adalah untuk membuktikan keupayaan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh yang sentiasa mengamalkan prinsip kesederhanaan (wasatiyyah), sesuai dengan tuntutan agama Islam. Ia selaras dengan dasar-dasar negara yang dilaksanakan masa kini dan yang akan dicapai pada masa hadapan seperti Wawasan 2020, Dasar Pembangunan Negara dan sebagainya. Pendekatan Islam Hadhari menekankan nilai-nilai pembangunan sejagat yang sama sekali tidak bercanggah dengan konteks masyarakat majmuk.

Apa salahnya pelaksanaan ini ? MMI tanya sebab akhirnya Tun M sendiri mengepalai segerombolan soldadu-soldadu politik menjatuhkan Tun Abdullah !

Walaupun alasan demi alasan diberikan , Tun M terlupa bahawa gerakan di pentas pembangkang itu telah menyebabkan bukan sahaja reputasi Tun M terjejas tetapi dianggap sebagai pengkianat kepada parti Melayu UMNO.

Jika benarlah kerajaan di bawah pimpinan Tun Abdullah itu terlalu memudaratkan umat Melayu dan Malaysia amnya sudah pastilah siapa jua penganti sekalipun akan berdepan situasi sukar dan Malaysia pasti akan berdepan masalah berganda.

Hakikatnya kehadiran Najib sebagai Perdana Menteri turut mendapat tentangan yang sama daripada Tun M !

Cuma alasan kali ini berbeza apabila fitnah terhadap 1MDB menjadi asas kepada gerakan menumbangkan Perdana Menteri itu sehingga Tun M sendiri kini bersama dengan parti-parti pembangkang yang dulunya amat dibenci oleh Tun M sendiri.

Jika Tun M mengaku beliau kecewa dengan orang Melayu sekalipun kenapa perlu sampai bersekongkol dengan DAP yang begitu dimusuhinya satu ketika dahulu ?

Dalam satu temubual bersama Tun Siti Hasmah satu ketika dahulu , beliau disoal tentang pandangannya sekiranya Tun M berpeluang kembali ke saat sebelum menjadi Perdana Menteri , beliau hanya ingin menjadi ahli biasa UMNO sahaja. 

Tun Siti Hasmah menjawab "Agaknya rasa kecewa dialah (Tun M). Biarlah menjadi ahli biasa. Lebih mudah lagi kot kerana zaman telah bertukar. Bermula sebagai ahli biasa baliklah maksudnya tu. Agaknya dia sudah penat."

Hakikatnya Tun M tidak melakukan semua itu sebaliknya bertindak dengan lebih agresif dengan menubuhkan parti baru memecah-belahkan orang-orang Melayu dalam UMNO dan bersekongkol pula dengan DAP dan parti-parti pembangkang yang lain.

Ketidaksetiaan Tun M terhadap parti dan kepercayaan jutaan ahli UMNO sewaktu beliau menjadi pemimpin parti dan negara langsung tidak diambil kira jauh berbeza sama sekali dengan Tun Abdullah yang sehingga kini kekal sebagai seorang pemimpind dan bekas Perdana Menteri yang disegani.

Apa yang MMI dapat rangkumkan adalah tindak-tanduk Tun M tidak pernah konsisten sejak beliau sendiri meninggalkan parti UMNO yang menjadi wadah perjuangan orang-orang Melayu.

Siulannya kini sudah tidak lagi terarah kepada perjuangan orang Melayu sebaliknya semakin menghampiri standard praktik mereka-mereka yang berpegang kepada gerakan liberal yang bercambah dalam Pakatan Haprak.

Apakah kita masih percaya bahawa gerakan Tun M bersama dengan Pakatan Haprak itu adalah berdasarkan kepada sumber fitnah 1MDB ?

Atau ianya sudah menjangkaui prinsip kendiri mereka yang kini dilihat semakin galak untuk merampas kuasa ?

Fikirkan sebab ungkapan demi ungkapan Tun M hari ini sudah jauh berbeza sama sekali dengan apa yang pernah beliau ungkapkan dulu ... 



Tepat sekali apa yang dilontarkan oleh Tun M tu sebab TUAN yang berada dibelakang dalam Pakatan Haprak hari ini bukannya Tun M dan siapa jua orang Melayu yang terlibat sebaliknya kuasa penuh ada pada mereka yang kini bersama dengan Dinasti Lim DAP.

Bukti bagaimana DAP SCREW Melayu ....

MMI

Rujukan ;

Thursday 24 August 2017

Habislah , Najib Ke AS Pembangkang Tak Sabar2 Nak ....


Agak lama juga puak-puak pembangkang di Malaysia ni asyik dengan cerita kononnya Najib tak berani nak keluar negara khususnya Amerika Syarikat sebab dah ada pendakwaan terhadap Perdana Menteri yang dikaitkan dengan 1MDB.

Maka berbondong-bondonglah para pengikut puak-puak tiga suku ni pukoi canang di seluruh negara termasuk di kedai-kedai kopi sampaikan kopi yang dipesan pun ada yang tak sempat nak minum.Maklumlah tengah stim berdebat kiranya apa saja yang orang lain kata semua tak betul , dia saja betul sebab maklumat yang dia dapat tu datangnya daripada luar.

Bila kita tanya luar tu dari mana ? Dia jawab dari LUAQQQQQQ laaaaa (dengan nada tinggi) puhhh penuh perasaan tapi MMI nak maklumkan situasi sebenarnya ramai yang ada kat situ malas nak layan si mulut celupar tu sebab dah kenal sangat CORONG SPEAKER KAMPUNG !

Tapi jangan risau sekarang ni dah makin kurang masyarakat kita yang suka layan orang macam ni dan mereka pun sedar bahawa isu yang dibangkitkan tu hari demi hari banyak yang bersumberkan FITNAH !

Selain daripada tu ramai juga yang hairan puak-puak pembangkang ni khususnya puak-puak munger cukup takut dengan orang sendiri sampaikan ada yang kena halau hanya kerana nak peluk Tun M.Kejadian tu berlaku di Kepala Batas baru-baru ni , memang lawak kalau kita tengok sebab pedajal orang sendiri langsung tak ada kepercayaan sesama sendiri.

Habeh camno ????

Oklah cukuplah tu , untuk makluman semua YAB Perdana Menteri kita akan berangkat ke Amerika Syarikat bulan September nanti.

RUMAH Putih dan Putraya sudah mengesahkan lawatan kerja Perdana Menteri Najib Razak ke Amerika Syarikat sebagai meraikan sambutan ulang tahun ke-60 hubungan bilateral kedua-dua negara.

“Presiden Donald Trump teruja untuk meraikan sambutan ke-60 tahun hubungan dua hala AS-Malaysia dan membincangkan cara mengukuhkan dan meluaskan hubungan kami dan melebarkan kerjasama serantau dengan antara rakan terapat Amerika di Asia Tenggara,” kata White House.

Pejabat Perdana Menteri turut mengeluarkan kenyataan, mengesahkan lawatan itu.

Katanya, kedua-dua negara berminat untuk meraikan hubungan dua hala yang semakin diperkasakan di bawah pentadbiran Najib menjadi rakan kerjasama yang komprehensif berdasarkan kepada kepentingan bersama.

“Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan kerjasama termasuk keselamatan negara, menentang keganasan dan ekstremisme, serta pelaburan dan perdagangan yang akan memberi manfaat kepada negara dan rakyat.”

Lawatan Najib dijadualkan pada 10 hingga 12 September, dan beliau dijangka melawat memorial 9/11 di New York pada 11 September, 16 tahun selepas serangan pengganas itu.

Beliau juga dijangka menemui ahli politik kanan Democrat dan Republican di Washington DC.

Jadi MMI cuma nak tanya apa cerita pembangkang ?

Tak nak tangkap Najib kat sana ka ? Bukan ka ampa kata semua dah ready tunggu Najib sampai ja ???

Habislah beb ... Najib dah nak ke Amerika , pembangkang rasanya tak sabar-sabar dah nak tutup muka sebab MALU weiii , ampa yang selama ni dok jadi tukang karut tu mau pikiaq ambiklah nooo ..

Ops lupa nak bagitau yang dituduh Najib tapi alih-alih SOTONG PKR kena hukum 18 bulan penjara BRAVO !!!!

MMI

Wednesday 23 August 2017

Demi Malaysia , Khairy Beri Lebih Dari 100% Komitmen #BangkitBersama #KitaJuara #KL2017


Temasya Sukan Sea 2017 semakin rancak dipertandingkan sejak pembukaan gilang gemilang bertaraf dunia pada 19 Ogos 2017 yang lalu.Rata-rata warga Malaysia dan negara-negara terlibat terus memberikan tumpuan terhadap kontinjen dari negara masing-masing memandangkan banyak acara sudah pun bermula dan sudah tentunya keputusan-keputusan bagi tiap acara itu menjadi begitu penting kerana disinilah lahirnya rasa bangga terhadap negara masing-masing.

Malaysia sebagai tuan rumah juga tidak ketinggalan , dengan misi untuk mencipta kejayaan muncul juara keseluruhan sudah tentulah ianya memerlukan sokongan semua pihak kerana misi Malaysia pada Sukan Sea 2017 bukan sahaja terletak pada perjuangan seluruh para atlet dan pasukan tetapi juga kemenangan mutlak itu bakal menjadi resipi terbaik dalam membangkitkan semangat patriotik dan cinta terhadap negara khususnya dengan kehadiran Hari Kemerdekaan Negara Malaysia pada 31 Ogos 2017.

Bagi merealisasikan misi tersebut sudah pastilah komitmen dari setiap yang terlibat haruslah melebihi tahap 100% dan Malaysia beruntung kerana memiliki seorang Menteri Belia dan Sukan , YB Khairy Jamaluddin yang sejak hari pertama lagi sudah pun menunjukkan kemampuan luar biasa bukan sahaja sebagai seorang Menteri tetapi juga terlibat secara langsung dalam Sukan Sea 2017.

Bukan sesuatu yang mudah sebenarnya apabila terlibat sebagai seorang Menteri yang bertanggungjawab terhadap seluruh penganjuran temasya paling berprestij ini dan dalam masa yang sama turut mewakili Malaysia dalam pasukan Polo negara.


Selain daripada itu kelibat Menteri Belia dan Sukan Malaysia ini boleh di lihat di mana-mana gelangang pertandingan apabila beliau turun ke bawah bertemu para atlet malah turut bertindak sebagai penyokong pasukan-pasukan Malaysia yang bertanding.

Semangat yang ditunjukkan oleh Khairy ini bukan sahaja mendapat perhatian banyak pihak tetapi juga telah menjadi satu inspirasi kepada seluruh para atlet negara yang bertanding untuk terus berusaha demi Malaysia.



Hasilnya sehingga ke saat ini Malaysia terus mendahului negara-negara lain dengan 42 pingat emas , 35 perak dan 23 gangsa seterusnya meletakkan keseluruhan pingat yang berjaya dipungut oleh Malaysia setakat ini berjumlah 100 pingat.

Tanpa kita menafikan beberapa isu yang timbul sepanjang penganjuran Sukan Sea 2017 kali ini , pujian harus diberikan kepada Khairy dan seluruh pasukan penganjuran kerana bertindak pantas menangani semua perkara yang timbul.


Sikap profesional yang ditunjukkan bukan sahaja mampu menyelesaikan tetapi meredakan keadaan seterusnya mengambalikan fokus seluruh warga Malaysia dan para atlet ke medan perjuangan yang masih berbaki 7 hari lagi.

Lebih menarik dengan kesungguhan para atlet Malaysia berjuang dalam acara masing-masing , kejayaan yang diraih bukan sahaja mengembirakan seluruh warga Malaysia tetapi turut sama membangkitkan semangat patriotik rakyat Malaysia khususnya para netizen yang sentiasa memberikan sokongan.





Kepada seluruh kontijen Malaysia , teruskan perjuangan ini kerana Malaysia sentiasa bersama anda dan kepada YB Khairy Jamaluddin , Menteri Belia dan Sukan Malaysia  "You did it well sir , keep it up ! Go Malaysia !

#BangkitBersama #KitaJuara

kredit Kita Juara 2017

Tuesday 22 August 2017

Serbuan SPRM Di Selangor , MACAI Pembangkang Kata Yang Tu SEDEKAH !!


Hampir pasti cerita sumpama ini tidak akan popular di semua saluran media pembangkang sebab orang tua-tua kata makan diri.

Tapi kita sebagai warga Malaysia rasanya boleh melihat dan menilai dengan seadilnya siapakah sebenarnya yang suka kepada benda-benda RASUAH dan MERASUAH ni !!!!

SPRM menyerbu pejabat Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI), Universiti Selangor (UNISEL) dan Jana Niaga berhubung tuduhan rasuah. Ia susulan laporan yang dibuat Pemuda UMNO Selangor baru-baru ini.

Skandal UNISEL kecoh selepas MBI dikatakan telah membayar RM16 juta dan menyambung kontrak Jana Niaga untuk menyelenggara bangunan dan asrama Kampus UNISEL di Bestari Jaya.

Di bawah Khalid Ibrahim, Jana Niaga telah ditamatkan kontrak kerana gagal mematuhi perjanjian. Syarikat itu kalah di mahkamah dan rayuan juga ditolak.

Tindakan Azmin dan MBI membayar RM16 juta kepada Jana Niaga dan menyambung semula kontrak menjadi kontroversi kerana dibantah Naib Canselor UNISEL, Prof Redzuan Othman.

Azmin dan kartelnya yang selama ini bermaharajalela mungkin dalam ketakutan. Pakatan tidak lari daripada rasuah dan seleweng kuasa walaupun mereka sering mendakwa lebih baik berbanding BN. - aidc

Di Pulau Pinang jangan cakaplah , sampai ke hari ni masih dok spin sana sini sekarang Selangor pula ... Kalau bab orang lain bukan main kena batang hidung sendiri puak-puak macai kata SEDEKAH hahaha pegirahhhh !

MMI

Monday 21 August 2017

Kilang Haram - Guan Eng Jawab Jap ....


Kepada Lim Guan Eng tolong jawab dan bagi pencerahan jap bab dokumen kat bawah ni ....
























In a preceding article titled “Kit Siang, what kind of government is your son running” (READ HERE), TTF accused Lim Guan Eng of contradicting himself by first acknowledging that an illegal factory in Kampung Sungai Lembu brought negative impact on villagers, before admitting that his administration adopted a policy of ‘non-interference’ that prevented him from taking remedial action.

Not only has the Penang Chief Minister yet to respond to the accusation, he has yet to address allegations that the incidence of cancer in the affected village far exceeded the national average by a factor of 23 times. The anomalous rate has been attributed to the toxic fumes and ash that billowed into the open from pits of burning sawdust, fumes that villagers were forced to inhale for many years.

In light of this, TTF has taken the liberty to furnish Malaysians with the cut-and-dry proof that the illegal factory issue was NOT a deliberate attempt by the Barisan Nasional government to sabotage Guan Eng as claimed by some quarters. Attached bellow herein is a petition signed by 180 residents in Kampung Sungai Lembu, along with a legal letter issued to the JKKK of the affected village that ‘warned him off’ issuing statements.

TTF is tired of the excuses given by the Chief Minister and calls upon him to clear the air on the matter. TTF also offers to publically debate Lim Guan Eng on the matter and is optimistic that the Chief Minister will do what is right and accept the challenge in the broader interest of Competency, Accountability and Transparency (CAT). 


Labels