Followers

Sunday 30 April 2017

Muhyiddin Barangkali Sudah Menyesal ?


MMI tertarik dengan kenyataan Puad Zarkashi tentang Presiden parti cap bunga ni , sebab jelas sekali apa yang diperkatakan itu membutikan bahawa kehadirannya dalam kancah politik negara pada hari ini sekadar pelengkap kepada urusan politik keluarga Che Det yang begitu teruja untuk terus berkeluarga dengan Kit Siang.

Dari pengamatan MMI sendiri , rasanya Muhyiddin ni nampak macam dah menyesal sikit tapi biasalah pemimpin politik macam ni ego dia tinggi beb !

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilabelkan sebagai seorang presiden parti politik yang ‘cetek ilmu’ susulan menimbulkan kenyataan tidak berasas terhadap penyelesaian hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi, Ahli Parlimen Pagoh itu dilihat gagal menerima hakikat bahawa International Petroleum Investment Company (IPIC) dan 1MDB sudah mencapai kata sepakat melalui prosiding timbang tara.

“Jelas kenyataan Muhyiddin membuktikan beliau dangkal fakta serta tidak menguasai maklumat mengenai isu 1MDB.

“Selain itu, penyelesaian itu juga membuktikan segala dakwaan Muhyiddin ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah fitnah,” kata Ketua Pengarah JASA dalam satu kenyataan, Ahad.

Tegas beliau antara fakta serta persoalan dangkal dibuat oleh Muhyiddin adalah mendakwa  rakyat Malaysia akan menangung beban berganda apabila pembayaran kepada IPIC dibuat sebanyak dua kali.

“Sebenarnya komitmen untuk membayar faedah serta bon dipikul oleh 1MDB yang merupakan pihak berhutang, manakala IPIC sebagai penjamin sahaja kepada hutang berkenaan.

“Kejahilan Presiden PPBM itu amat nyata kerana 1MDB tidak membayar ‘sekali lagi’ jumlah USD3.5 bilion kepada IPIC,” kata Puad lagi.

Pada 24 April, 1MDB dan IPIC mengeluarkan kenyataan susulan mencapai persetujuan bagi penyelesaian membabitkan prosiding timbang tara di Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London.

Bagaimanapun dua hari kemudian, Muhyiddin dilaporkan mempersoalkan penyelesaian berkenaan serta mendakwa rakyat akan menjadi mangsa melalui kutipan cukai untuk menanggung beban kewangan 1MDB.

Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Batu Pahat itu juga mengulangi pendiriannya bahawa Muhyddin sudah terpengaruh kepada pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad dalam membuat tuduhan tidak berasas kepada kerajaan.

“Jelas tindakan beliau menubuhkan PPBM kerana terlalu percaya kepada kata-kata Tun Mahathir adalah perbuatan sia-sia,” kata Puad lagi. bnbbc

Well kalau kita amati kenyataan dari pemimpin parti cap bunga ni macam ada sesuatu , isu yang dibangkitkan dan serangan politik yang disasarkan sudah berbeza-beza dan asyik tertumpu kepada perkara yang sebenarnya sudah diselesaikan.

Mungkin nak patah balik rasa segan jadi buat jalah mana yang patut !

MMI

Saturday 29 April 2017

Akibat Kelemahan PKR Maka DAP Jadi TUHAN Pakatan Haprak ?


Betu ke PKR di Selangor ni hebat ? Kalau benar hebat dari sudut mana tu ?

Dan kalau kita menyentuh tentang dasar pentadbiran dan keikhlasan politik PKR dalam konteks negara Malaysia , apakah benar wujud apa yang mereka sebut sebagai KEADILAN ?

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan pembelaan Rafizi Ramli terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam isu rasuah berbanding ahli partinya sendiri, Adam Rosly merupakan satu manifestasi ketundukkan dan kebergantungan PKR, termasuk parti-parti pembangkang seperti PAN dan PPBM kepada Dap di dalam pakatan harapan.

Menurut beliau, berdasarkan daripada tindakan dan perbuatan Rafizi itu mengesahkan bahawanya kebanyakan parti di dalam pakatan harapan, termasuk PKR adalah parti yang tunduk kepada Dap.

“Dan inilah yang kita maksudkan bahawa pakatan harapan itu adalah rangkaian parti-parti politik yang pro Dap. Apabila Dap melakukan kesalahan seperti membuat perkara-perkara termasuk menentang RUU355, menentang perkara-perkara yang melibatkan kepentingan orang Melayu dan sebagainya, maka parti-parti dalam pakatan harapan yang lain tidak berani mengangkat muka.

“Kenapa mereka tidak berani mengangkat muka? Ini kerana talian hayat politik mereka adalah Dap. Bila mereka tahu mereka tidak ada kekuatan, mereka tahu mereka berada dalam keadaan berpecah belah sebagai gagasan politik Melayu sampai ada dua tiga parti.

“Dengan PPBM, Amanah dan PKRnya, maka mereka tiap-tiap satu tidak ada kekuatan. Masing-masing bergantung nyawa kepada Dap,” tegas beliau.

Disebabkan kebergantungan nyawa politik PKR kepada Dap itulah kata Annuar lagi, menyebabkan kenyataan Rafizi berhubung isu rasuah Lim Guan Eng dan juga Adam Rosly amat berbeza dan kelihatan berat sebelah.

“Jadi bila pemimpin Dap buat salah mereka tidak berani menegur. Tapi bila sama sendiri seperti dengan Adam Rosly, mereka akan gunakan satu formula yang lain untuk menyisihkan sama sendiri dan sebagainya, sebagai usaha untuk menutup dan mahu memastikan PKR tidak terjejas.

“Dan sebenarnya tindakan seperti itu tidak akan menyelamatkan PKR. Ini disebabkan dalam keadaan PKR leka mengkritik dan menuding jari kepada orang lain tetapi di kalangan mereka sendiri tidak dapat menunaikan apa idealisme yang mereka cuba zahirkan.

“Dan mereka jangan lupa bahawa di luar sana bukan hanya ada satu Adam Rosly di dalam PKR, tetapi ada banyak lagi Adam Rosly yang lain,” ujarnya.

Dan bagi UMNO pula jelas Annuar, ini bukan satu perkara yang pelik malah ini ketundukan dan kebergantungan parti-parti di dalam pakatan harapan kepada Dap adalah sesuatu yang telah diduga sejak dari dulu lagi.

“Seperti yang saya katakan tadi, mereka tidak mampu untuk mengangkat muka kepada Dap, malah mereka lebih sanggup untuk menikam sesama sendiri. Dan ini adalah satu bukti kepada rakyat keadaan parti yang seperti ini tidak boleh kita letakkan harapan.

“Mereka boleh menjanjikan bulan dan bintang semata-mata mahu menanamkan kebencian kepada musuh mereka iaitu kerajaan dan UMNO, tetapi mereka sendiri sebenarnya tidak dapat melaksanakan apa yang mereka kata dan janjikan itu,” akhirinya. sumber umno online

MMI kata kalau ikutkan daripada kronologi yang disebut tu , tak salah kalau kita kata puak-puak ni langsung tak berani angkat muka dengan DAP seolah-olah DAP tu Tuhan !

Sembang kuat !

MMI

Friday 28 April 2017

Songsang & Terus Pincang - DAP Style !!


Apa jua yang dipertontonkan kepada umum oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang hanyalah satu sandiwara politik songsang.Kepincangan kerajaan di bawah pentadbiran Guan Eng ni sudah tidak lagi mampu disembunyikan dan nafsu politik meluap-luap yang selama ini cuba dipendamkan jauh di dalam hati nampaknya tidak lagi mampu ditahan-tahan.

Dendam kesumat politik nampak jelas dan kini ianya sudah mula dilimpahkan semacam lava gunung berapi yang mengalir tanpa boleh di lencongkan lagi.

Kepanasan lava itu akan terus membelah dan membakar apa sahaja yang berada dilaluannya dan kerana itulah orang ramai dinasihatkan supaya segera berpindah bukan diarahkan untuk melencongkan lava tersebut.

Secara simboliknya begitulah kerajaan DAP di Pulau Pinang , mereka dilihat sudah tidak lagi menghiraukan suara akar umbi malah siapa jua yang cuba menghalang dan mengkritik tindak-tanduk mereka akan dianggap sebagai musuh !

Dan puak-puak DAP ini langsung tak sedar merekalah punca kepada kesongsangan dan kepincangan yang begitu ketara berlaku di Pulau Pinang hari ini.

Rakus , Ego dan Bodoh Sombong ... 

Kerajaan Pulau Pinang pimpinan Dap bersikap hipokrasi apabila memberi alasan kononnya cadangan menaikkan surcaj pemuliharaan air Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) adalah langkah terbaik untuk ‘water conservation’ tetapi apabila Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberikan alasan yang sama untuk menaikkan tariff dituduh pula sebagai satu alasan bodoh.

Kenaikan TNB hanya memberi kesan kepada 30 peratus pengguna yang menggunakan lebih 300 kWj setiap bulan tetapi kenaikan oleh PBAPP dikenakan ke atas semua pengguna domestik yang membawa maksud rakyat (pengguna komersil dan industri tidak kena surcaj pemuliharaan air ini).

“Kenaikan surcaj ini melibatkan 25 peratus daripada 504,400 pengguna air di Pulau Pinang iaitu 126,100 pengguna.

“Bukankah langkah TNB juga ada satu langkah ‘energy conservation’ seperti mana PBAPP juga? 

Mengurangkan ‘carbon footprints’ akibat pembakaran ‘fossil fuels’ yang tidak boleh diperbaharui?

Menurut satu laporan daripada umno online , dikatakan Dap mula mengambil kesempatan terhadap statistik penggunaan air domestik per kapita harian bagi Pulau Pinang yang tinggi untuk memperkenalkan surcaj mulai 1 November 2010.

Bagaimana ? Baca SINI

Isunya patutkah warga Pulau Pinang dibebankan oleh kerajaan negeri yang asyik mengaku mereka adalah yang terhebat dalam menjana ekonomi negeri berbanding negeri-negeri lain di Malaysia ?

Kalau dah hebat kenapa masih letakkan beban pada rakyat ?

DAP Style !

MMI

Thursday 27 April 2017

NGO Tentang Seksyen 8 & 18 Enakmen Keluarga Islam JELAS Anti Islam & RASIS !!


Kekeliruan yang dicetuskan oleh pihak tidak bertanggungjawab terhadap perkara yang disentuh oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor , YB Datuk Shabudin Yahya dalam perbahasannya di Dewan Rakyat baru-baru ini nampaknya masih lagi menjadi bahan kepada pihak tertentu untuk mengecam pemimpin tersebut.

Dilaporkan sebanyak 183 pertubuhan cina dan NGO telah tampil mengecam pemimpin tersebut seterusnya bertindak menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri untuk mendesak agar Ahli Parlimen itu dikenakan tindakan disiplin.

Menurut laporan Oriental Daily, 3 daripada 183 pertubuhan itu ialah badan bukan kerajaan (NGO) tidak berasaskan kaum Cina, iaitu Jihad For Justice, Challenger Malaysia dan National Indian Rights Action Team (Niat).

Ketua Wanita FCAM, Ng Geok Chee yang dipetik akhbar itu berkata, memorandum berkenaan mengandungi 3 tuntutan iaitu Shabudin perlu memohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan kontroversi, mengambil tindakan disiplin dan memecat Shabudin serta tidak memilih calon mengabaikan kepentingan wanita dan kanak-kanak pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Kami mahu Shabudin memohon maaf tanpa syarat. Dia tidak sepatutnya bersembunyi di sebalik agama dan menggunakan pelbagai alasan untuk lari daripada tanggungjawabnya,” katanya selepas menyerahkan memorandum itu kepada Setiausaha Politik perdana menteri, Datuk Wong Nai Chee, semalam.

Shabudin sebelum ini berkata, perkahwinan antara mangsa rogol dan perogol mungkin menjadi penyelesaian kepada masalah sosial dan walaupun rogol adalah jenayah, undang-undang tidak menghalang mangsa berkahwin dengan perogolnya.

Bagaimanapun kenyataan beliau telah dilaporkan secara tidak tepat oleh media sehingga membangkitkan kemarahan pihak-pihak diluar yang tidak memahami konteks ucapan beliau yang merujuk kepada PERKARA 8 dan 18 ENAKMEN KELUARGA ISLAM.

Walau bagaimanapun tindakan badan NGO yang dikepalai oleh Ng Geok Chee tersebut telah membangkitkan beberapa persoalan yang pastinya mengundang tanda tanya.

1.Apakah tindakan Ng Geok Chee dan NGO tersebut dilakukan atas dasar sedar dan memahami konteks ucapan yang dibuat oleh YB Ahli Parlimen Tasek Gelugor di Dewan Rakyat baru-baru ini atau ianya sekadar merujuk kepada laporan mengelirukan media tertentu ?

2.Adakah Ng Geok Chee dan NGO terbabit sedar tindakan mereka itu sebenarnya sudah pun mencabar kedaulatan Islam apabila mempertikaikan perkara 8 dan 18 enakmen keluarga Islam ?

3.Tahukah Ng Geok Chee dan NGO terbabit atas dasar bertanggungjawablah maka Ahli Parlimen Tasek Gelugor bangun menolak usul mengharamkan perkahwinan bawah umur memandangkan orang Islam termaktub di bawah perkara 8 dan 18 enakmen keluarga Islam yang membolehkan mereka berkahwin di awal usia 9 tahun dengan syarat-syarat tertentu ?

4.Sedarkah Ng Geok Chee dan NGO tersebut tindakan mendesak mereka itu secara tidak langsung sudah boleh dianggap sebagai  MENENTANG dan CAMPURTANGAN dalam HUKUM ISLAM dan ianya sudah pun mencabar Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan agama Islam itu dikedudukan tertinggi ?

5.Timbul tanda tanya apakah tindakan NGO tersebut didalangi oleh pihak-pihak tertentu yang punya kepentingan politik ?


Kegagalan Ng Geok Chee dan NGO terlibat menjawab persoalan yang dibangkitkan hanya akan menjadikan tindakan mereka dilihat sebagai dangkal dan bermotifkan dendam politik semata-mata.

sumber - Penang Online

MMI kata kita tunggu respon orang Melayu dan Islam pula lepas ni ...

MMI

Apabila Pembangkang Mula Jadikan GST Sebagai ASAS Kempen PRU14 !!


Jika kita melihat kepada perkembangan politik semasa dan siri ceramah pemimpin pembangkang sejak dua menjak ni sudah pastilah ramai akan keliru dengan kenyataan yang mereka lontarkan.Kepincangan dan kesongsangan ini sudah sampai ke tahap melalut dan akhirnya mereka sendiri mengakui bahawa dasar yang kerajaan laksanakan selama ini adalah pilihan yang terbaik sehingga negara-negara luar turut sama menyatakan minat terhadap pelaksanaan GST.

Kenapa sebelum ini puak-puak pembangkang begitu menentang malah menolak pelasanaan dasar-dasar berkaitan sehinggakan ramai yang tertipu kononnya hanya pembangkang sahaja yang benar-benar memahami denyut nadi rakyat khususnya dalam isu membabitkan kenaikan kos harga barangan yang dikatakan bermula daripada pelaksanaan GST ?

Hakikatnya pembangkang hanya memainkan sentimen ini untuk kepentingan politik mereka semata-mata sedang realitinya mereka sendiri masih samar malah dilihat gagal untuk mengemukakan kaedah yang lebih baik khususnya dalam pengenalan cukai bagi menjamin keupayaan negara mendepani perubahan ekonomi dunia yang akan ekstrem.

Pemansuhan GST di jaja ke serata pelusuk negara sehingga yang terbaru di Tasek Gelugor Pulau Pinang , Nurul Izzah sekali lagi mengulangi kenyataannya bahawa GST membebankan rakyat.


Tetapi secara tiba-tiba tak sampai seminggu kenyataan Nurul berubah , U-Turn 100% apabila beliau menyatakan Pakatan Harapan tidak akan memansuhkan GST jika menang pilihan raya umum akan datang sebaliknya mengenakan sifar cukai untuk GST.

Walaupun apa yang cuba dimomokkan oleh puak-puak pembangkang ini lebih kepada mengurangkan cukai yang dikenakan kepada pengguna akhir (kenyataan Nurul Izzah) , hakikatnya sejauh mana kaedah ini benar-benar bleh dilaksanakan ?

Sebelum semua termakan dengan rancangan yang MMI jangka mustahil untuk berlaku ini , MMI perlu tegaskan disini bahawa jika itulah kaedah yang mahu dilaksanakan maka pengguna akan menjadi mangsa.

Sebelum pengenalan GST , Malaysia sudah memiliki SST dan secara ringaskan ramai dari kalangan warga kita tidak pernah tahu dan sedar berapakah nilai cukai yang dikenakan terhadap mereka dalam setiap pembelian yang dibuat.

Malah berdasarkan kajian cukai yang dikenakan terhadap pengguna pada masa itu jauh mengjangkaui 6% seperti mana yang dikenakan dalam GST.

Malah terdapat begitu banyak sekali syarikat-syarikat dan pemilik perniagaan yang tidak membayar cukai kepada kerajaan dan apabila GST dilaksanakan kumpulan-kumpulan yang dulunya sudah mengaut keuntungan berlipat kali ganda kini perlu melalui proses yang berkaitan dan tidak lagi boleh mengelak daripada membayar cukai kepada kerajaan.

MMI juga sedar ada pihak yang kata . dulu walaupun kita tak sedar berapa cukai yang dikenakan harga barangan masih lagi murah jika dibandingkan dengan sekarang!

YES MMI langsung tak nafi sebab ramai dari kalangan kumpulan yang mengenakan harga tersebut tidak menjelaskan cukai kepada kerajaan !

Malah kumpulan ini boleh sahaja memanipulasi jumlah barangan yang dibawa masuk dan jumlah barangan dijual , maksudnya mereka boleh memanipulasi pengistiharan jumlah barangan kepada pihak kerajaan dan sudah pastilah barangan seperti ini boleh dijual dengan harga murah.

Keduanya kedudukan ekonomi dan perubahan yang berlaku hampir pasti tidak akan memungkinkan harga barangan akan kembali kepada harga seperti dulu.

Itu hakikatnya ....

Hari ini puak-puak pembangkang ni BERJANJI lagi ...

MMI nak ambil contoh janji puak-puak pembangkang sebelum ni ... Pemansuhan Tol Sungai Nyior di Butterworth , sampai ke hari ini ianya terus kekal dan janji hanya tinggal janji !

Kenyataan Tun M bahawa DAP begitu menghormati kedudukan Islam dan Hak Orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan , melihat kepada sokongan terhadap tuntuan penggunaan kalimah Allah dan penolakan berterusan mereka terhadap RUU355 , apakah benar DAP begitu ?

Merujuk kepada kenyataan daripada Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang mengulas tentang kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, yang menyatakan Pakatan Harapan tidak akan memansuhkan GST jika menang pilihan raya umum akan datang sebaliknya mengenakan sifar cukai untuk GST.

Awal tahun ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata Pakatan Harapan dilaporkan berhasrat menghapuskan tol Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Utara-Selatan dan GST, jika berjaya menjadi Kerajaan Pusat pada PRU-14.

Pada minggu lalu pula Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Mahathir Mohamad, menyatakan GST tidak akan dihapuskan kerana "itu mungkin menyebabkan beberapa masalah dengan pembiayaan kerajaan" dan mahu menaikkan cukai korporat menggantikan GST.

Abdul Rahman berkata, pembangkang tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan sebaliknya perlu mencari alternatif bagaimana mahu meningkatkan pendapatan atau mengekalkan hasil negara.

"Pembangkang boleh menjadi popular dengan memansuhkan GST dan menang pilihan raya tetapi hakikatnya mereka kena akui bahawa mereka menipu rakyat kerana tidak akan dapat bertahan lebih-lebih lagi membangunkan negara ini tanpa GST.

"Rakyat perlu faham, bahawa pembangkang sedang mempermainkan tahap intelektual rakyat mengenai GST," katanya.

Kepada Nurul dan puak-puak pembangkang ni mengaku sajalah GST tu adalah kaedah yang paling eifisien setakat ini dan tak payahlah malu-malu sampai nak ubah statement bagai ...

MMI

Wednesday 26 April 2017

Benar Ke Tuduhan Tun M Dana 1MDB Ada Pada Jho Low ??


Isu 1MDB menjadi teras kepada ucapan Tun M dalam setiap siri ceramahnya di serata negara malah beliau tanpa berselindung terus-terusan membuat dakwaan bahawa dana 1MDB yang didakwanya hilang itu berada dalam tangan Jho Low.

Sejauh mana dakwaan ini ianya masih gagal dibuktikan oleh mana-mana pihak melainkan tuduhan berterusan tanpa BUKTI dan LAPORAN terhadap pihak berkuasa.

Untuk artikel ini kita fokus pada isu membabitkan penyelesaian 1MDB IPIC yang ditulis oleh Lim Sian See ...

Laporan mengenai 1MDB dan IPIC menemui jalan penyelesaian USD6 bilion dan tidak lagi meneruskan pertikaian melalui arbitrasi antarabangsa mengejutkan ramai pihak namun tidak kepada saya.

Saya sentiasa yakin bahawa IPIC adalah pihak yang akan rugi jika arbitrasi itu diteruskan.

Akhbar Singapura, The Straits Times pernah menulis mengenainya:

“Arbitrasi yang tidak kemas dan berpanjangan terhadap pertikaian antara keduanya akan mengheret mereka kepada kegagalan pengurusan entiti milik negara seperti 1MDB, International Petroleum Investment Company (IPIC) dimiliki kerajaan Abu Dhabi dan anak syarikatnya, Aabar Investments,” menurut laporan itu.

Tetapi petunjuk lebih ketara ialah petikan berikut:

“Encik Qubaishi, yang berkhidmat sebagai Pengarah Urusan IPIC, ditahan di negara emiriyah itu. Beliau masih lagi tidak didakwa atas sebarang jenayah.”


Khadem Al Qubaishi adalah Pengarah Urusan IPIC dan turut memegang jawatan Pengerusi Aabar Investments. Sehingga lewat 2015, beliau disenaraikan sebagai warga Arab ke-14 paling berkuasa.

Qubaishi dan Ketua Pegawai Eksekutif Aabar, Mohamed Badaway Al Husseiny, yang turut menjadi sasaran Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat bagi kes sivil penggubahan wang haram, adalah dua individu yang didakwa paling terlibat dalam pertikaian 1MDB dan IPIC.

Dana dari 1MDB telah dimasukkan ke akaun mereka sendiri, tandatangan mereka terdapat di merata perjanjian antara 1MDB dan Aabar dan mereka juga adalah pemilik dan pengarah kepada ‘Aabar’ palsu di British Virgin Islands.

Bukti terhadap mereka sangat ketara.

Sepatutnya, mereka adalah individu yang pertama didakwa atas penipuan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa namun sehingga kini masih lagi tidak didakwa.

Alasannya mudah. Jika mereka didakwa atas jenayah terbabit, ia satu pengakuan kepada perbuatan pegawai tertinggi Abu Dhabi menipu 1MDB dengan syarikat palsu dan resit penerimaan wang tanpa kebenaran. Ia sekaligus bermakna 1MDB akan mudah memenangi arbitrasi itu terhadap IPIC.

Jika Qubashi dan Badawy didapati bersalah ia juga akan mengaibkan kerajaan Abu Dhabi kerana ia boleh diibaratkan seperti jika ia melibatkan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Khazanah atau PNB kerana memalsukan dokumen bagi membuat penipuan berbilion dari negara lain.

Untuk itu, adalah tidak mengejutkan IPIC bersetuju untuk tidak meneruskan arbitrasi dan mencapai satu persetujuan dengan 1MDB.

Setelah sekian lamanya IPIC tidak mahu mengesahkan 1MDB sudah membayar mereka USD3.5 bilion dan Aabar telah memberi jaminan dua unit dana iaitu yang dinamakan Unit Dana Brazen Sky Cayman dan Dana GIL.

Sekarang, IPIC telah mengakui pembayaran ini telah dibuat dan mereka kini akan bekerjasama dengan 1MDB bagi menyelesaikan pertikaian sebagaimana dilaporkan Bloomberg dan turut diumumkan IPIC:

“Kedua-dua negara ini turut bersetuju untuk tidak meneruskan tindakan undang-undang sebelum Disember 2020 di mana pada masa yang sama keduanya akan turut berunding terhadap pertikaian ke atas USD3.5 bilion yang dikaitkan dengan dua bon.”

“Sebagai sebahagian dari penyelesaian ini, 1MDB akan membayar USD2.5 bilion melalui perolehan jualan daripada unit Brazen Sky Ltd dan 1MDB Global Investment Ltd.


Unit dana USD2.5 bilion dimiliki oleh 1MDB.

Untuk mengimbau kembali, 1MDB masih lagi memiliki aset kewangan dalam bentuk unit iaitu:

1. Unit Brazen Sky bernilai US$940 juta.

Ia adalah lebihan dari keuntungan USD2.38 bilion dan modal USD1.8 bilion dalam PetroSaudi di mana USD1.44 bilion sudah ditebus dan digunakan.

Dana ini dijamin oleh syarikat sebenar Aabar PJS (biarpun IPIC sebelum ini mempertikai fakta ini).

Pemindahan awal dari 1MDB kepada PetroSaudi adalah sumber kepada semua dakwaan kononnya Riza Aziz dan Jho Low telah menerima kesemua wang itu. Sekarang, bukan sahaja 1MDB memperolehi semula wang itu, malah akan turut membuat keuntungan sebanyak USD500 juta bagi pelaburan dalam PetroSaudi, dan ia juga bermakna tiada dana dicuri dan kesemua pelaburan yang dibuat PetroSaudi adalah sah, maka tiada jenayah dilakukan.

*MMI kata kenyataan diatas jelas menafikan tuduhan yang dibuat oleh Tun M terhadap Jho Low sebelum ini !

2. Dana GIL USD1.5 bilion yang dijamin Aabar PJS.

Ini adalah lebihan dari bon GIL USD3 bilion di mana USD1.5 bilion disimpan bagi kegunaan 1MDB.

Jumlah USD1.5 bilion dari dana GIL inilah yang didakwa kononnya dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jika dana ini kini ditebus, ia turut bermakna RM2.6 bilion tidak mungkin dari ‘wang dicuri’ kerana tiada wang hilang atau dicuri.

Nampaknya pemulihan harga minyak dan komoditi baru-baru ini turut membenarkan aset di bawah kedua-dua dana ini untuk pulih dan direalisasikan oleh pengurus dana.

Masih tiada lagi pengumuman dari IPIC / Aabar untuk memghormati jaminannya dan membantu bagi menebus dana ini namun ia adalah satu kemungkinan yang ketara memandangkan IPIC tidak mahu berdepan risiko menanggung aib.

1MDB sentiasa memegang kepada Surat Ikatan Jaminan dari Aabar bagi kedua-dua unit ini yang ditandatangani oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Aabar.



Menggunakan USD2.5 bilion daripada perolehan ini, 1MDB kini boleh membayar semula USD1 bilion yang dibayar oleh IPIC pada Jun 2015 serta semua faedah bagi bon USD3.5 bilion yang dijamin IPIC.

Kesinambungan kepada Perjanjian Pertukaran Aset USD6 bilion pada Jun 2015

Keseluruhan pembayaran dan jaminan USD6 bilion dikenalpasti sebagai aset bagi perjanjian pertukaran aset pada Jun 2015 antara 1MDB-IPIC dimeterai berdasarkan kepada fakta berikut:

Bagi memudahkan kefahaman, kita senaraikan komponen terbabit mengikut senarai berikut:

Aset dari 1MDB:

a. USD3.5 bilion deposit tunai yang dibayar kepada Aabar BVI

b. USD1.5 bilion dana GIL (Pengurus Dana diperkenalkan oleh BSI dan dijamin oleh Aabar BVI)

c. USD940 juta unit dana Brazen Sky (Dijamin oleh Aabar Investments Abu Dhabi, dan bukan Aabar BVI, sebagaimana dinyatakan dalam laporan Ketua Audit Negara dan laporan PAC).

d. USD3.5 bilion bon prinsipal 1MDB

e. USD1.5 bilion dari faedah bon hadapan apabila tempoh matang pada 2022 bagi bon USD3.5 bilion

f. USD 1 bilion dalam bentuk pendahuluan tunai (yang dibayar kepada 1MDB pada Jun 2015)

Di bawah persetujuan terkini, 1MDB akan dapat menebus semula  dana 

b) USD1.5 bilion dana GIL dan 

c) USD940 juta unit dana Brazen Sky, mungkin dengan bantuan daripada IPIC berikutan jaminan yang diberikannya.

Jumlah kira-kira USD2.5 bilion ini kemudian akan digunakan oleh 1MDB untuk menyelesaikan dana ‘e’ iaitu faedah bon hadapan 1MDB USD1.5 bilion dan membayar semula IPIC wang tunai pendahuluan USD1 bilion.

Sebagaimana anda boleh lihat, perkara b, c, e dan f akan diselesaikan.

Ia meninggalkan perkara ‘a’ dan ‘d’ untuk diselesaikan.

Lanjutan itu, pertikaian dengan IPIC kini hanya termaktub kepada ‘a’ iaitu aset USD3.5 bilion yang ditegaskan 1MDB, ia sudah dibayar kepada IPIC, namun dinafikan IPIC dan ini menjadi kunci utama pertikaian dalam arbitrasi.

Namun sekarang IPIC akhirnya mengakui terdapat pembayaran seumpama itu dan ia akan bekerjasama dengan 1MDB bagi menyelesaikan pembayaran itu yang kemudiannya akan digunakan 1MDB untuk membayar bon ‘d’ USD3.5 bilion yang dijangka perlu dibayar pada 2022.

Sebab itu IPIC dan 1MDB memberikan tempoh sehingga tahun 2020 bagi menyelesaikannya dan tidak akan mengambil tindakan undang-undang antara satu sama lain sepanjang tempoh itu.

Persetujuan ini turut bermakna 1MDB tidak melepaskan haknya untuk menyaman IPIC bagi jumlah USD3.5 bilion tetapi hanya boleh berbuat demikian selepas tahun 2020.

1MDB secara ketara melalui perkembangan yang baik untuk mendapatkan semula dana mereka dan membayar hutang. Dan saya lihat penebusan dan penjualan unit dana sebagai langkah kedua terakhir. Adalah diharapkan 1MDB dan IPIC akan mencapai satu langkah terakhir bagi menyelesaikan dana USD3.5 bilion.

Fakta bahawa IPIC akhirnya mengakui terdapat pembayaran USD3.5 bilion dari 1MDB kepada pihak terlibat (berkaitan kerajaan Abu Dhabi) bermakna satu lagi langkah kritikal bagi 1MDB dalam menyelesaikan kontroversi dan tuduhan kononnya terdapat ‘wang dicuri.’

Landasan paling asas kepada tindakan sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat pada Julai 2016 adalah berikutan kepada pengakuan 1MDB bahawa ia telah membayar wang kepada IPIC namun dinafikan, maka timbullah tuduhan wang hilang dan penggubahan wang haram.

Memandangkan IPIC telah mengakui terdapat pembayaran seumpama itu dan tiada wang yang hilang, maka tidak pernah berlaku penggubahan wang haram.

Bagi membaca semula secara terperinci mengapa kesemua ‘wang yang hilang’ itu bukan milik 1MDB dan mengapa saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dan siasatan Switzerland akan gagal, baca tulisan saya pada Julai 2016 di capaian berikut:


sumber Lim Sian See 

So MMI rasa wajar kalau kita ulang perenggan akhir tu yang menyebut  -  Landasan paling asas kepada tindakan sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat pada Julai 2016 adalah berikutan kepada pengakuan 1MDB bahawa ia telah membayar wang kepada IPIC namun dinafikan, maka timbullah tuduhan wang hilang dan penggubahan wang haram.

Memandangkan IPIC telah mengakui terdapat pembayaran seumpama itu dan tiada wang yang hilang, maka tidak pernah berlaku penggubahan wang haram.

Well apa asas tuduhan Tun M ?

Baca artikel berkaitan ;

http://mahamissa.blogspot.my/2017/04/tasek-gelugor-tidak-gusar-dengan-bersatu.html 

MMI

Tuesday 25 April 2017

Apa Jadi Bila INVOKE Akui BN Terus Dapat Sokongan ?


Makin galak puak-puak pembangkang menyerang kerajaan dan kepimpinan negara makin ramai yang hilang minat untuk terus percaya dengan momokan politik pembangkang.Bagi MMI dalam konteks ini kem pembangkang seharusnya menyalahkan Rafizi yang terlalu bebas membuat fitnah dan serangan membabi-buta tanpa memikirkan kesan jangka panjang terhadap gerak rancang pembangkang.

Sebagai manusia normal sudah tentunya kita akan merasa tertipu apabila setiap kali isu yang dibangkitkan hanyalah sekadar pelengkap suasana politik syok sendiri puak pembangkang.Diakhirnya mereka tanpa sedikit pun rasa malu akan mengaku ianya sekadar berjenaka.

Dalam semua gerak ini antara yang paling hebat dicanangkan adalah fungsi INVOKE sebuah pusat penyelidikan yang diterajui oleh Rafizi sendiri.

Jangan sesiapa menafikan peranan dan hasil kerja INVOKE kerana bagi Rafizi dan pembangkang disinilah segalanya akan bermula.

Cumanya MMI tertanya-tanya apakah keputusan INVOKE yang terkini akan ditolak mentah-mentah oleh Rafizi dan seluruh kepimpinan pembangkang ?

Merujuk kepada portal bnbbc , INVOKE yang dimiliki PKR mendedahkan kelebihan berada pada UMNO sekiranya berlaku saingan tiga penjuru dalam PRU-14.

Rafizi Ramli mengakui sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) masih kukuh serta akan kekal menerajui pentadbiran kerajaan pusat sekiranya senario itu berlaku.

Berdasarkan laporan yang dipetik daripada MalayMail Online pada Selasa, terdapat tiga situasi yang dikaji dan semuanya menunjukkan memihak kepada UMNO,

“Dalam situasi pertama adalah pertembungan dengan PKR dan PAS di mana 29.8 peratus responden menyokong UMNO sementara 22.3 peratus akan sokong PKR dan 11.2 peratus akan memilih PAS.

“Bagaimanapun sebanyak 13.7 peratus tidak ada keputusan, 21 peratus tidak menjawab soalan sementara 2.1 peratus berkata mereka tidak akan mengundi,” kata laporan terbaharu pusat itu.

Dalam situasi kedua adalah pertembungan antara UMNO dengan PPBM dan PAS di mana sokongan masih kekal memihak UMNO dan PPBM pula menjadi pilihan kedua tertinggi berbanding PAS.

“Sebanyak 30.5 peratus akan mengundi UMNO, sementara 18.4 peratus akan sokong PPBM. Hanya 10.8 peratus akan menyokong PAS,” kata laporan itu.

Sementara itu, situasi ketiga membabitkan pertembungan antara UMNO dengan PAN dan PAS turut menyaksikan pengundi masih memilih UMNO dengan 32.2 peratus menyokong, sementara 16.1 peratus sokong PAN dan 12.5 peratus pula menyokong Pas.

Berdasarkan kejian itu, PAS bakal hilang banyak kerusi berikutan menubuhkan blok ketiga pembangkang iaitu Gagasan Sejahtera pada tahun lalu.

Daripada semua situasi ini, , PAS bakal hilang banyak kerusi yang ditandinginya jika berlaku saingan tiga penjuru dan kemungkinan pertambahan kerusi oleh UMNO.

Laporan portal itu juga menyebut kajian itu membabitkan 10,000 orang responden seluruh negara yang terdiri daripada 65 peratus Melayu/Bumiputera Muslim, 23 peratus Cina, tujuh peratus India dan lima peratus Bumiputera bukan Muslim.

MMI ternyata-tanya juga apakah keputusan ini sengaja dibuat untuk mengaburi perancangan pembangkang ?

Jika tanpa muslihat apakah Rafizi benar-benar boleh menerima hasil keputusan ini ?

Atau beliau akan sekali lagi menyebut semua yang diwar-warkan itu hanya satu lagi LAWAK JENAKA ???

MMI

Monday 24 April 2017

Tasek Gelugor Tidak Gusar Dengan BERSATU !

 

Dulunya dia adalah Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor kemudianya hadir dalam PRU13 sebagai calon BEBAS menentang Barisan Nasional dan kini hadir sekali lagi menumpang populariti Tun Mahathir dalam misi peribadinya untuk menjatuhkan YB Datuk Shabudin Yahya , Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor hari ini.

Memang kena benarlah Datuk Sharif dan konco-konconya memilih PPBM sebab secara ringkasnya parti cap bunga itu lahir dengan matlamat untuk menjatuhkan YAB Datuk Seri Najib manakala kehadiran Datuk Sharif bersama PPBM Tasek Gelugor pula dengan misi menjatuhkan YB Datuk Shabudin.

Tak ada beza apa pun sebab realitinya cakap-cakap pemimpin PPBM ni lebih kepada retorik persepsi penyedap bicara menghasut rakyat untuk hadam dan membenci UMNO.

Sepanjang PPBM wujud tidak ada satu laporan pun dibuat terhadap semua dakwaan mereka khususnya isu berulang 1MDB yang pasti disebut oleh Tun Mahathir pada mana-mana siri ceramah sekalipun.

Soalnya BUKTIKAN apa yang dimomokkan kepada rakyat ! Jangan bagi alasan sebab alasan demi alasan tidak akan mampu membuktikan apa-apa.

Dalam hal membabitkan PPBM Tasek Gelugor , ada dikalangan mereka kini sudah terlalu obses dan hanya menanti masa untuk PRU14.

Solanya sejauh mana kekuatan PPBM di Tasek Gelugor ?

Apakah benar kehadiran mereka sudah memberikan impak yang cukup besar kepada UMNO ?

Ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya berkata, PPBM tidak membawa sokongan yang besar dalam masyarakat.

“Umno Tasek Gelugor tidak merasa kegusaran dan kebimbangan tentang penularan parti berkenaan di sini, dan tindakan mereka dengan menguar-uarkan bahawa mereka telah bertapak di sini adalah satu perang psikologi.

Seharusnya PPBM sedar akan perkara ini dan tidak perlu menghabiskan masa mempengaruhi rakyat.

“Rakyat sudah faham kaedah yang menjadi asas dalam perjuangan sesebuah parti politik itu,” katanya.

Menurutnya, PPBM dilihat sebagai sebuah parti yang begitu rapuh dan tidak mempunyai hala tuju yang jelas.

“Apa yang diuar-uarkan mereka hanyalah untuk menjatuhkan Perdana Menteri itu saja. Dalam soal ini, jika kita lihat, sekiranya parti yang diasaskan atas dasar amarah, balas dendam dan tiada hala tuju biasanya terkubur dalam usia yang singkat.

“Kita tengok perkembangan di seluruh Malaysia misalnya di Negeri Sembilan, Johor dan juga di tempat-tempat lain ramai lagi mereka yang keluar dan ada sehingga jadi pengasas pun sudah keluar dari parti tersebut, pada saya dalam soal sebegini sepatutnya mereka memikirkan tentang keadaan itu dan bermuhasabahlah,” katanya. sumber


Yang terkini PPBM bawa Tun Mahathir turun berceramah di depan rumah dia.Ceramah yang diadakan di Pokok Machang itu diwar-warkan sebagai mendapat sokongan yang ramai.Pelbagai persoalan dilontarkan kepada yang hadir.

Cuma yang tak dilontarkan mereka adalah kenaikan surcaj air oleh kerajaan DAP Pulau Pinang .. hehehe sahabat baik beb mana boleh cerita ! 

Well MMI akan ulas isu yang dibangkitkan oleh PPBM termasuk Tun Mahathir dalam ceramah baru-baru ini di artikel seterusnya.

Kita tengok siapa mereka sebenarnya ...

MMI

Sunday 23 April 2017

Surcaj Air Kerajaan DAP Tolong Jawab Soalan Pemuda


Kenyataan Media Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang

Pulau Pinang - Rakyat Pulau Pinang kini berdepan satu lagi kenaikan kos sara hidup dan kali ini , Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menghadiahkan rakyat negeri itu dengan Cadangan Kenaikan Surcaj Pemuliharaan Air (SPA) melebihi 100 %. 

Ini adalah kenaikan kali kedua sejak ianya diperkenalkan pada 1/11/2010. Selepas diperkenalkan , ianya kemudian dinaikkan lagi sebanyak 100% pada 1 September 2013, kenaikan daripada 24 sen kepada 48 Sen setiap 1000 liter. 

Selain daripada itu, tarif air telah dinaikkan pada 1 April 2015 dengan purata kenaikan sebanyak 16.7%. Ini adalah kesinambungan daripada keputusan Kerajaan Negeri untuk mengaut untung tambahan diatas kesengsaraan rakyat Pulau Pinang. 

Pemuda UMNO ingin bertanya dua soalan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhubung cadangan kenaikan ini :- 

1.Ketua Menteri Pulau Pinang ada menyatakan bahawa banyak pihak meminta mereka menaikkan tarif air. 

Pemuda UMNO memohon agar didedahkan pihak manakah yang meminta agar tarif air ini dinaikkan ?

2.Ketua Menteri Pulau Pinang ada menyatakan bahawa dari data yang mereka perolehi, masih ramai pengguna yang membazir air. 

Pemuda UMNO memohon agar di dedahkan dan di kongsikan data pembaziran dan juga kaedah pengiraan yang membolehkan penafsiran pembaziran itu berlaku atau tidak ?


Keupayaan pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menjawab soalan ini akan memberi maklumat tambahan kepada rakyat dan sekurang kurangnya mereka memahami kenapa kenaikan surcaj ini perlu berlaku. 

Pemuda UMNO Pulau Pinang menolak sekeras kerasnya Cadangan Kenaikan Tarif ini kerana ianya memberi kesan secara langsung kepada peningkatan kos sara hidup yang sememangnya cukup tinggi ekoran pelbagai caj baru dan pelbagai kenaikan caj sedia ada yang tidak berperikemanusiaan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang semenjak mereka memerintah negeri ini. 

Rakyat Pulau Pinang perlu sedar jika Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini dikekalkan pada Pilihanraya akan datang, pelbagai kenaikan dan pengenalan serta rekaan caj baru akan mereka lakukan yang pastinya menaikkan lagi kos saraan hidup. 

Akhir sekali, kami juga mendesak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara untuk tidak meluluskan cadangan kenaikan surcaj air. Cukuplah dengan kelulusan terdahulu yang telah diberikan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. 

Sekian Terima Kasih 

Rafizal Abd Rahim 
23 April 2017

Saturday 22 April 2017

Apabila ISLAM Tidak Lagi Mahu Di Jadikan Agama Persekutuan


Jelas tertera dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam itu adalah agama persekutuan dan kedudukannya tidak pernah dipertikaikan oleh mana-mana pihak sebelum ini sehinggalah terbentuknya hubungan sesama parti politik pembangkang.

Pembentukan parti politik pembangkang yang bermula tatkala isu membabitkan Anwar Ibrahim di pecat daripada jawatan kabinet oleh Tun Mahathir itu akhirnya bukan sahaja menyebabkan aksi-aksi demontrasi jalanan yang bertukar ganas tetapi sudah sampai ke tahap mereka yang bukan Islam BERANI untuk mula mempertikaikan kedudukannya.

Kewujudan DAP di Malaysia selepas itu mula memperlihatkan sikap sebenar mereka dengan menjadi satu-satunya parti politik paling lantang dalam menolak hal-hal membabitkan Islam selain menyokong gerakan bukan Islam untuk menggunakan kalimah Allah.

Kini parti itu adalah sebagaian daripada parti-parti politik dalam negara yang turut sama menolak pindaan RUU355 yang secara zahirnya jelas hanya terguna pakai kepada orang Islam sahaja.

Kita perlu sedar gerakan demi gerakan seperti ini akhirnya akan mewujudkan satu lagi kelompok manusia yang terdiri daripada mereka-mereka yang hilang asas dan lebih terarah kepada kehidupan terbuka bersifat liberal.

Sedar atau tidak kumpulan ini sebenarnya menyumbang kepada kewujudan lebih banyak kumpulan-kumpulan lain yang akan berdiri atas rasa dan pendirian yang sama.

Akhirnya berlakulah apa yang paling kita bimbangi , kelahiran kumpulan Melayu yang jelas berpegang kepada logik akal semata-mata tanpa mengambil kira kedudukan Islam sebagai pegangan kepada majoriti warga Malaysia iaitu orang-orang Melayu.

Tidak ada mana-mana pihak yang mempertikaikan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan sebelum ini sehinggalah munculnya segelintir Melayu yang lebih terarah untuk berkuasa atas nama politik.

Bertitik-tolak dari situlah bangsa DAP , PKR , PAN dan dulunya PAS berlumba-lumba menyatakan sokongan kepada puak pembangkang yang dikepalai DAP walaupun jelas pembawakan mereka lebih kepada menolak keutuhan Islam itu sendiri.

Rentetan daripada itu muncullah nama Kassim Ahmad , tokoh anti-hadis yang pernah mendakwa hadis-hadis Nabi sebagai ajaran palsu dan menyeleweng daripada ajaran Islam mendesak agar Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi menghapuskan Islam sebagai Agama Persekutuan. 

Beliau juga mendesak agar pihak kerajaan tidak campur tangan dalam hal ehwal agama kerana menurutnya, kaedah pentadbiran Islam di negara ini hanya membawa kepada konflik agama. Seterusnya 

Apakah benar dakwaan Kassim bahawa pentadbiran Islam itu membawa kepada konflik agama ? 

Rasanya Kassim terlalu obses dengan perubahan dunia yang secara "total" nya berlaku kerana tindak-tanduk manusia.Kassim seharusnya melihat kepada perkembangan semasa yang sedang berlaku pada hari ini.

MMI fokuskan kepada isu keganasan dan peperangan yang berlaku di negara-negara tertentu didunia !

Apakah semua itu berlaku disebabkan oleh dasar pentadbiran Islam semata-mata ?

Siapakah yang menjadi pencetus kepada berlakunya situasi sedemikian ?

Lihat isu di New York 911 , Perang di Iraq , Afghanistan , Syria dan beberapa siri keganasan yang berlaku di Perancis , London dan lain-lain , apakah kita yakin semua itu bermula daripada mereka yang beragama Islam ?

Tidak apa yang berlaku itu disebabkan oleh kerakusan politik melampau yang dicetuskan terlebih dahulu oleh mereka-mereka yang bukan Islam.

Kesengsaraan warga Palestin contohnya kenapa sehingga ke hari ini konflik itu masih belum selesai ?

Apakah kekebalan ISRAEL sehinggakan tidak ada seorang pun pasukan Delta Force atau Navy Seal Amerika Syarikat yang diarahkan untuk masuk ke negara tersebut dan menghapuskan pimpinannya atau paling tidak menangkap pemimpin yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan orang awam , kanak-kanak dan orang-orang tua ?

Walhal pasukan yang samalah (Delta Force atau Navy Seal Amerika Syarikat) yang hadir menceroboh bumi Pakistan semata-mata untuk membunuh Osama Bin Laden !

Apakah Osama Laden sahaja kepala pengganas ? Bagaimana dengan yang lainnya ?

Sudah tentu kalau Kassim melihat dalam konteks ini beliau akan mengakui bahawa pentadbiran negara yang tidak berasaskan kepada agama itu juga turut menjadi pencetus konflik bukan sahaja terhadap sesama agama tetapi sudah sampai ke tahap menjadikan orang awam sebagai mangsa !

MMI yakin dan percaya ramai dikalangan kita yang menolak fahaman Kassim dan jelas apa yang dilontarkan beliau jauh menyimpang daripada apa yang kita praktikkan .. Cumanya MMI bimbang di masa-masa mendatang ini apakah kumpulan-kumpulan seperti Kassim ini akan terus bercambah ?

INGAT apabila Islam tidak lagi mahu dijadikan Agama Persekutuan maka ia bukan hanya sekadar cadangan dan desakan tetapi sudah sampai ke tahap menyerang institusi Islam di Malaysia.

MMI

Friday 21 April 2017

Cubaan Menyerang PERDA Hanya Tindakan Manipulasi Guan Eng !


Semua orang sebenarnya dah tahu betapa marah dan geramnya Guan Eng terhadap Ahli Parlimen Tasek Gelugor , YB Datuk Shabudin Yahya memandangkan kerana orang inilah akhirnya Ketua Menteri Pulau Pinang dari DAP itu berdepan dengan pertuduhan di mahkamah.

Walaupun pada peringkat awalnya Guan Eng dilihat masih lagi mampu tersenyum dan mempelawa pula Ahli Parlimen Tasek Gelugor untuk minum kopi bersama beliau di Komtar , akhirnya Guan Eng terpaksa menyimpan amarahnya sebab pelawaannya tidak di layan.

Tapi kena ingat jenis manusia macam ni dia tak akan lepas macam tu ja , dia akan cari dan tunggu peluang untuk balas balik dan barangkali kerana dendam itu juga akhirnya Guan Eng cuba menjadikan PERDA sebagai sasarannya.

Guan Eng mula pertikai dan persoalkan tentang isu membabitkan tanah milik PERDA yang dimomokkan sebagai kerugian bernilai RM15.2 juta !

Mak aiii banyak tu ... So apa jadi ???

Guan Eng lupa beb ! Dia lupa apa yang bangkitkan tu dah di jawab oleh PERDA setahun yang dulu hadoiii punya nak spin .... 

Kenyataan yang disiarkan pada tarikh 17 April 2017 itu membangkitkan persoalan berbunyi Lebih Setahun, PERDA Masih Tidak Jawab Dalam Skandal Kerugian RM15.2 Juta Dalam Penjualan Tanah Tanpa Tender Terbuka Dan Mengapa Hanya Memohon Membina 27 Buah Rumah Kedai Dan Tidak Ada Sebuah Pun Rumah Kos Rendah? 

Walaubagaimanapun isu yang dibangkitkan oleh Lim Guan Eng itu dilihat banyak pihak sebagai satu lagi tindakan terdesak daripada pemimpin DAP itu untuk menyerang Ahli Parlimen Tasek Gelugor , YB Datuk Shabudin Yahya memandangkan banyak pendedahan membabitkan kelemahan dan kepincangan kerajaan negeri Pulau Pinang telah didedahkan oleh YB Datuk Shabudin sehingga Lim Guan Eng dihadapkan ke mahkamah dengan pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa.

Lim Guan Eng barangkali sengaja atau terlupa bahawa persoalan terbabit sudah pun dijawab oleh PERDA setahun yang lalu bertarikh 1 April 2016 yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian.

Dalam kenyataan itu Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) , membidas kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang mendakwa agensi itu menjual tanah di Tok Keramat, Seberang Prai Selatan (SPS), bawah harga pasaran. 

Pengerusi PERDA, Datuk Shabudin Yahaya, berkata Guan Eng terlalu terburu-buru dalam isu itu, serta dinasihatkan supaya melihat perkara berkenaan dalam skop lebih luas dan bukan hanya membuat perbandingan harga semata-mata. 

Shabudin berkata, tanah berkenaan dipecah kepada beberapa lot kecil sebanyak 240 lot yang diluluskan dalam Pelan Kebenaran Merancang untuk membina rumah kos rendah pada 1988. 

"Projek pembangunan ini sudah terbengkalai sejak 30 tahun lalu kerana masalah mendapan. Malah, sebanyak 107 rumah fasa 1 yang sudah dibina di terpaksa dirobohkan," katanya.

Beliau berkata, selepas membuat kos analisa keuntungan, projek ini dilihat sebagai liabiliti untuk dibangunkan yang mana PERDA akan menanggung kerugian sebanyak RM10 juta jika diteruskan. 

"PERDA memutuskan bahawa hasil jualan tanah itu hendaklah digunakan untuk membeli tanah ganti di dalam kawasan SPS dan terkini kami sudah pun berurusan untuk membeli sebidang tanah berkeluasan 4.8 hektar untuk membina lebih banyak rumah kos rendah," katanya. 

Mengulas lanjut, Shabudin berkata, PERDA sedia maklum mengenai mengenai nilai semasa tanah berkenaan, tetapi nilai semasa didakwa Guan Eng itu adalah nilai sekitar. 

Justeru, PERDA menjual tanah ini dengan meletakkan syarat kepada pemaju supaya membangunkan lebih banyak rumah kos rendah dan mampu milik berharga RM42,000 hingga RM72,000 selain tidak boleh melebihi RM200,000. 

"Oleh itu hendaklah difahami bahawa nilaian keuntungan RM15 juta yang sepatutnya diperoleh PERDA diagihkan faedahnya kepada 250 pembeli melalui harga jualan rumah yang jauh lebih rendah. Tindakan itu selari dengan peranan PERDA untuk membantu rakyat dan bukan untuk mengaut keuntungan" katanya. Seterusnya

Sekarang MMI tengok isu ni dah di "passing" kepada sahabat DAP yang sekarang ni sedang terintai-intai kawasan sebab nak bertanding masa PRU14 nanti.

Puak-puak ni dah mula menyalak dah , punya seronok dok jaja tapi BUKTI haprak langsung tak ada ... 

Spesis Sotong jugalah lebih banyak bercakap dari buat kerja dan kerana itu Guan Eng tak perlu sibuk-sibuk sangat tentang PERDA sebab badan ini jauh lebih profesional daripada kerajaan DAP Pulau Pinang.

Bagi elok kerajaan negeri dulu lah kot .... Yang bunga tu pun rasanya eloklah pebetoilah dulu diri tu sebelum bercakap bab orang.

MMI

Thursday 20 April 2017

Apa Respon Guan Eng Lepas Zairil Nafi & Bagi Penjelasan ?


Zairil Khir Johari , Ahli Parlimen Bukit Bendera dari DAP yang sedang berdepan dengan isu moral membabitkan penyebaran gambar hubungan intim yang dikatakan mirip beliau dan Dyana Sofya dilaporkan sudah pun mengadap Lim Guan Eng dan memberikan penjelasan.

Agak berbeza dengan Dyana , Zairil sebaliknya menafikan lelaki dalam gambar yang tersebar di media sosial itu adalah beliau.Malah menganggap sebaran gambar terbabit sebagai satu serangan peribadi terhadap dirinya.

Perkara ini disahkan oleh Pengerusi DAP Pulau Pinang , Chow Kon Yeow dan turut memaklumkan Zairil juga telah membuat penjelasan kepada beliau.

Kalau ikutkan sebaran gambar sebegini membabitkan 2 anak Melayu dalam DAP itu sudah memasuki fasa ke 3 dan tiap kali tersebarnya gambar dan video itu , mereka-mereka ini tetap dengan penafian malah semua pihak khususnya dari kalangan pemimpin dalam Pakatan Harapan juga turut sama membisu.

Pak-Pak Lebai dalam parti-parti pembangkang yang mengaku warak dan lebih alim dari orang lain itu juga mengambil pendirian yang sama BISU dan BUTA langsung sedikit pun tak berbunyi !

Agaknyalah apa akan jadi kalau watak-watak itu bertukar tangan kepada pemimpin dari UMNO dan BN ?

Jadi isunya sekarang apa tindakan Guan Eng selaku pimpinan tertinggi DAP (walaupun kedudukannya dalam parti masih belum sah) terhadap Zairil dan Dyana ?

Apa jua penjelasan sekalipun , Guan Eng seharusnya WAJIB mengarahkan kedua-dua pihak ini supaya membuat laporan POLIS ! 

Malah ianya perlu sampai kepada SKMM dan badan-badan lain supaya satu siasatan dapat dibuat agar apa jua penafian sekalipun boleh dibuktikan dengan proses undang-undang.

Apa yang ditakutkan Zairil kalau benar beliau tidak terlibat ?

Ramai barangkali tak perasan , penyebaran aksi 2 insan sedang bercinta itu nampak macam berlaku di sebuah premis dan sudah tentulah premis atau dikawasan terlibat mempunyai CCTV !

Maka sudah pasti apabila siasatan dibuat , ianya bukan hanya terarah kepada proses pengecaman individu sahaja tetapi akan turut melibatkan perkara-perkara lain yang membawa kepada penggunaan semua bahan bukti termasuklah rakaman cctv.

Jadi apa yang Zairil tunggu ? Penjelasan kepada Guan Eng semata-mata tidak mampu menjernihkan keadaan memandangkan Guan Eng juga sedang berdepan dengan pertuduhan di mahkamah !

Tak boleh pakai beb .. lagi pun Guan Eng adalah bos Zairil dan kepala besar dalam DAP , sudah tentulah alasan-alasan diatas akan menjadi bias kerana mereka sudah tentunya akan cuba mempertahankan maruah parti dan imej DAP yang kini sudah tercalar teruk !

Dan lebih bodoh lagi Guan Eng bukan POLIS atau pihak berkuasa beb !

Dalam masa yang sama MMI agak tertarik dengan satu kenyataan daripada ILHAM dan jika kita amati ianya ada kebarangkalian yang besar boleh berlaku ...
⁠⁠⁠Kenyataan Media
20 April 2017
SKANDAL DYANA SOFYA-ZAIRIL HASIL KERJA 'MUSUH DALAM' SELIMUT DAP SENDIRI?
1. Gambar-gambar keintiman 'merpati dua sejoli' DAP ini bukanlah kali pertama tersebar kepada umum. Dyana Sofya dan Zairil nampaknya bukan sahaja hanyut dengan alam percintaan mereka, malah mereka berdua tidak sedar bahawa mereka karam dalam arena politik dan parti DAP sendiri.
2. Sebelum ini, amat jarang parti DAP dipalitkan dengan isu dan skandal peribadi sebegini. Namun, sejak Dyana Sofya-Zairil bermain cinta, DAP telah diheret ke lembah skandal peribadi mereka.
3. Oleh sebab itu, dikatakan terdapat beberapa pihak 'orang lama' dalam DAP yang menganggap mereka ini sebagai liabiliti kepada parti. Lalu, terdapat gerakan untuk menyingkirkan mereka dengan membuat pendedahan sebegini.
4. DAP yang terkenal sebagai parti perkauman ini sememangnya mudah untuk mencapai keputusan untuk memalukan Dyana Sofya dan Zairil sendiri seperti ini kerana mereka berdua merupakan Melayu dan/atau Islam.
5. Malangnya, mereka berdua tidak sedar perkara ini. Mana mungkin keintiman mereka di tempat-tempat tertutup dirakam dan kemudian disebar oleh parti-parti politik musuh yang tidak mungkin mampu untuk mendekatkan diri dengan mereka.
6. Lebih 'masuk akal' segala keintiman mereka dirakamkan oleh 'circle' DAP mereka sendiri kemudian disalurkan kepada pihak-pihak tertentu agar disebarkan, dan bukannya menuding jari kepada pihak lain termasuk musuh politik.
7. Dyana Sofya dan Zairil perlu awasi dan peka siapakah 'musuh dalam selimut' dalam DAP yang merencana perkara ini.
Pejabat Timbalan Pengerusi
Pertubuhan Intektual dan Fikrah Anak Malaysia (ILHAM)
Semalam MMI dah sebut , dari apa yang MMI dengar kepala-kepala besar dalam DAP kini sudah mula melahirkan rasa resah dan tidak selesa mereka terhadap 2 orang yang mengaku Melayu ni.Tindak tanduk mereka jelas telah menjejaskan reputasi DAP yang kini sedang tenat berdepan dengan pelbagai kemelut dan skandal melibatkan pemimpin tertinggi mereka.

So dah mula dengar cakap-cakap kata 2 orang ni perlu di canai sebelum lebih banyak isu timbul.

Dan MMI yakin suara ahli dan pemimpin DAP peringkat bawahan bukannya mampu menggugat keputusan pucuk pimpinan Dinasti Lim dan hampir pasti 2 pasangan sedang bercinta ini akan terus dibela.Baca Selanjutnya

Bila kita amati kenyataan ILHAM diatas dengan apa yang MMI sebut dalam artikel sebelum ini ianya punya persamaan dan tidak mustahil sama sekali apa yang sedang berlaku ini adalah hasil daripada kerja orang dalam DAP sendiri yang punya agenda lain.

Apa sekalipun yang berlaku dan sedang berlaku kita seharusnya perlu melihat kepada 3 perkara asas memandangkan isu membabitkan Zairil dan Dyana ini sudah memasuki siri ke 3 ;

1.Apa jua penafian yang dibuat sama ada oleh Zairil , Dyana mahupun Lim Guan Eng ianya tidak relevan dan hanya boleh diselesaikan melalui satu siasatan menyeluruh daripada pihak berwajib yang memiliki kepakaran. 

2.Kegagalan Guan Eng untuk mendesak atau paling tidak mengarahkan Zairil supaya membuat laporan kepada pihak berkuasa sebenarnya memberikan kita jawapan ianya adalah BUKTI bahawa 2 manusia itu terlibat.

3.Zairil dan Dyana perlu dikenakan tindakan oleh parti DAP berikutan isu yang cukup memalukan ini.GAGAL berbuat demikian maka rakyat bolehlah melihat bagaimana DAP sebenarnya tidak TELUS dan slogan Cekap , Akauntibiliti dan Telus yang diamalkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang dibawah Guan Eng hanyalah sekadar salakan anjing kurap !

Well Guan Eng , kita nak tengok apa lu nak buat jer ....

MMI

Labels