Followers

Saturday 21 July 2018

PRK Sungai Kandis Jangan Silap Pilih !


Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis secara sahnya telah bermula apabila Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) pada siang tadi telah mengumumkan nama-nama calon yang akan bertanding.

Tiga calon bakal berentap dalam PRK kali ini dan mereka terdiri daripada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Lokman Noor Adam, 45, dan calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, 48, dan seorang calon Bebas, pesara kerajaan berusia 60 tahun, K Murthy.

Sudah tentunya PRK kali ini berbeza dengan sebelumnya kerana BN turun sebagai pembangkang.

Ada di kalangan rakyat Malaysia melihat jumlah majoriti yang diperolehi oleh bekas penyandang terlalu besar untuk memberikan kelebihan kepada calon BN pada kali ini.

Namun dalam semua pandangan itu ianya berakhir dengan kata-kata bahawa rakyat sedang membuat perhitungan semula dan mereka rata-ratanya sudah mula memikirkan bahawa kerajaan yang ada pada hari ini sebenarnya adalah kerajaan yang gagal sama sekali khususnya dalam mengotakan janji mereka.

Kelemahan yang telah diperlihatkan seantario dunia kini dianggap sebagai kudis yang amat menyakitkan khususnya bagi rakyat dan sesuatu perlu dilakukan segera agar kudis itu tidak merebak sehingga menjadi barah yang mampu membawa maut.

Hati-hati wahai pengundi Sungai Kandis kerana watak PKR yang diperlihatkan kepada kamu itu belum tentu wajah sebenar dan contohnya sudah diperlihatkan kepada kita semua.

Lihat sahaja bagaimana seorang menteri boleh mempersendakan puluan ribu rakyat yang menerima BR1M, bait-bait perkataan yang keluar dari mulut menteri itu sudah terlalu berbeza daripada sebelum nya.

Sebab itulah PRK Sungai Kandis adalah medan yang begitu penting kepada rakyat, silap percaturan ramai yang hanya mampu tersenyum kelat seperti mana yang telah berlaku pada PRU14 yang lalu.

Calon BN PRK N49 Sungai Kandis, Dato’  Lokman Noor Bin Adam dalam satu surat terbukanya kepada seluruh pengundi di Sungai Kandis menulis ....

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Saudara-saudari sekalian. Hari ini saya telah diamanahkan oleh Kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional serta Kepimpinan UMNO Kota Raja untuk bertanding mewakili Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil DUN N49 Sungai Kandis. Sungguhpun amanah ini sangat berat, namun saya yakin, berkat gerak kerja yang tersusun dan strategi yang betul, serta dengan sokongan saudara-saudari sekalian, misi mustahil ini pasti mampu kita tukar menjadi kemenangan.

Kemenangan Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil ini sangat penting kerana ianya pilihanraya yang pertama selepas Pakatan Harapan menjadi pemerintah negara ini.  Pilihanraya ini umpama referendum rakyat samaada mereka berpuashati dengan janji-janji yang telah dimungkiri atau bangkit menghukum Pakatan Harapan dipeti undi.  Pakatan Harapan juga akan diadili samaada rakyat Malaysia khususnya orang Melayu redho melihat Institusi-institusi Islam diperlekeh, hak istimewa orang Melayu diperkotak-katikkan, kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dipersenda serta Kedudukan Raja-Raja Melayu yang mula dipersoalkan, malah diaibkan dengan fitnah melampau. 

Saya terima amanah berat ini dengan kepercayaan bahawa Allah swt sentiasa bersama orang-orang yang benar.  Langkah kita di Sungai Kandis kali ini harus dijadikan langkah pejuang yang akan membela nasib rakyat, bukan hanya di Sungai Kandis, malah sebahagian besar rakyat Malaysia seluruh negara yang merasa tertipu dengan janji manis Pakatan Harapan dan yang termakan fitnah yang kini jelas hanya rekaan.

Ayuh kita bangkit memberikan yang terbaik bagi memastikan kemenangan rakyat ini!  Bagi teman-teman yang berkelapangan,  diharapkan dapat hadir bersama saya di Majlis Penamaan Calon yang akan berlangsung di Dewan Teratai, Seksyen 19 Shah Alam, Selangor esok 21hb Julai, 2018. Berkumpul Jam 7.00 pagi dengan memakai baju warna biru BN.

Salam Perjuangan!

Dato’  Lokman Noor Bin Adam
Calon BN PRK N49 Sungai Kandis
20hb Julai, 201

Apa jua yang bakal berlaku selepas ini, percayalah ..... Sungai Kandis adalah permulaan untuk mengembalikan MARUAH RAKYAT yang terhina dengan permainan FITNAH sehingga rakyat menjadi KELDAI TUNGGANGAN Pakatan Harapan.

Pilih mereka yang mengiktiraf  MANIFESTO sebagai JANJI !

Siapa lagi kalau bukan Dato' Lokman Noor Bin Adam  
Calon BN PRK N49 Sungai Kandis

MMI

Friday 13 July 2018

PPBM Ganti UMNO Bela Nasib Melayu ?


Apabila Tun Mahathir selaku pengerusi PPBM mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu akan menggantikan UMNO khusus dalam usaha membela kepentingan orang-orang Melayu di Malaysia ( klik sini ), banyak pihak mula membicarakan peranan yang dimaksudkan.

Sudah tentunya apabila menyentuh tentang kepentingan orang Melayu ianya tidak dapat lari daripada menyentuh tentang perkara paling asas yang tertera dalam Perlembagaan Persekutuan.

Hak dan Kedudukan orang Melayu, Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Kedudukan Raja-Raja Melayu dan banyak lagi perkara-perkara yang tersimpan kemas dalam Perlembagaan Persekutuan.

Penulis agak tertarik dengan drama terbaru arahan Tun Mahathir ini apabila kenyataan sedemikian dibuat dalam keadaan parti PPBM sendiri hanya memiliki 13 kerusi parlimen berbanding parti DAP dan PKR.

Persoalannya sejauh mana suara PPBM mampu untuk memastikan agenda perjuangan Melayu yang pernah dikhianati oleh Tun Mahathir sendiri boleh dipertahankan khususnya di Dewan Rakyat sekiranya berlaku tuntutan oleh parti-parti yang bersama dalam Pakatan Harapan yang menjurus kepada tuntutan berdasarkan kepada kepentingan terhadap kaum lain ?

Sebagai contoh rakyat sudah pun dihidangkan dengan usaha untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching dalam satu kenyataannya berkata kerajaan akan memastikan usaha untuk mengiktiraf UEC sebagai syarat kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Tambah wakil DAP ini perkara tersebut sudah pun dibincangkan bersama Menteri Pendidikan Maszlee Malik dan langkah untuk memperincikan pelaksanaan tersebut sedang diusahakan. Lihat pautan SINI

Lebih menarik lagi sehingga ke saat ini Tun Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia yang mengaku bahawa partinya PPBM akan menggantikan UMNO dalam urusan membela orang-orang Melayu masih lagi MEMBISU.

Bukankah tindakan Timbalan Menteri Pendidikan itu secara tidak langsung telah menyentuh berkenaan kedudukan Bahasa Kebangsaan itu sendiri ?

Jangan lupa masih ramai lagi di luar sana yang mengaku warganegara Malaysia tetapi buta Bahasa Kebangsaan jadi kenapa yang terkinja-kinja sangat nak iktiraf UEC ?

Sepatutnya cari jalan dan kaedah untuk pastikan semua pihak mampu menguasai Bahasa Kebangsaan bukan berusaha untuk menghalalkan UEC yang selama ini tidak diiktiraf ?

Ada yang bertanya apa kena mengena Bahasa Kebangsaan dengan UEC ?

Dari segi mata kasarnya memang nampak jauh tapi kalau kita amati tindakan dan kesungguhan pihak yang berusaha itu rasanya kita boleh faham apa yang sebenarnya tersirat.

Tahukah kita bahawa UEC merupakan peperiksaan yang diambil oleh pelajar Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) yang berada di luar Sistem dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Sijil UEC ini dibahagikan kepada tiga tahap yang mana kesemuanya menggunakan bahasa Mandarin dan sukatan pembelajarannya dicedok daripada Taiwan dan diselia oleh badan pendidikan tersendiri yang jelasnya tidak selaras dengan Kurikulum Kebangsaan seperti termaktub dalam Akta Pendidikan 1996. rujukan

So untuk apa perjuangan menghalalkan UEC ini dibuat ?

Selain daripada itu kenapa isu ini ditimbulkan ?

Adakah ianya cubaan yang disengajakan oleh pihak terlibat pada ketika kedudukan Perdana Menteri yang mewakili PPBM dengan jumlah kerusi corot di Dewan Rakyat dilihat begitu lemah ?

Jika perkara sebegini pun Tun Mahathir masih lagi berdiam diri atau mungkin selepas ini mengaku tidak tahu seperti mana yang diamalkan beliau selama ini, maka penulis merasakan Tun Mahathir seharusnya cermin diri sebelum mengaku partinya mampu untuk membela orang-orang Melayu.

Malah kalau kita melihat isu politik yang berlaku di Perak misalnya penarikan diri Siti Aishah daripada dilantik sebagai Speaker Dewan selepas didakwa ditekan oleh DAP adalah satu KELEMAHAN dan KEGAGALAN Tun Mahathir sendiri khususnya dalam soal membela orang Melayu.

Jika benar PPBM adalah pembela orang Melayu, di mana Tun Mahathir pada ketika krisis ini sedang berlaku ?

Malahan Menteri Besar Perak juga adalah ahli parti PPBM ! Kenapa MENURUT ????

Lebih dasyat lagi, Tun Mahathir sendiri telah membuat kenyataan bahawa kerajaan tidak lagi akan meneruskan elaun bantuan kepada para nelayan !

Lupakah Tun Mahathir rata-rata nelayan adalah terdiri daripada orang-orang Melayu ?

Jangan lupa siapa yang bertanggungjawab dalam penamatan perkhidmatan 17 ribu penjawat awam yang kebanyakkan mereka adalah orang-orang Melayu selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan ?

Maka di mana bukti yang mengatakan PPBM adalah parti yang mampu menggantikan UMNO bagi membela nasib orang Melayu ?

Daripada pengamatan penulis, PPBM dan Tun Mahathir adalah PENGECUT dan sedang bermimpi kerana mereka hanya tampil bersuara setelah menggunakan hukum RIMBA dengan menyekat dan membekukan akaun-akaun milik UMNO dan pemimpin UMNO supaya parti yang selama ini meletakkan kepentingan orang-orang Melayu itu lemah serta tidak berdaya untuk menggerakkan usaha membela dan membantu orang-orang Melayu selama ini.

Penulis yakin dan percaya UMNO akan terus berjuang dan bangkit walaupun kita sedang berdepan dengan pelbagai kekangan khususnya agenda politik bernafsu Tun Mahathir namun untuk PPBM mengaku sebagai pengganti UMNO ianya terlalu dangkal dan begitu mengaibkan kerana seluruh rakyat Malaysia tahu dan sedar untuk Tun Mahathir berada di kedudukannya hari ini beliau perlu tunduk dan patuh kepada musuh beliau sendiri iaitu DAP.

Tun Mahathir dan PPBM tolong cermin diri !

MMI

Labels