Followers

Friday 30 December 2016

MRT : Jawapan Kepada Raja FITNAH Rafizi


1. Semalam, YB Rafizi memberitahu media yang beliau tidak gembira dengan Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional kerana berterusan mengemukakan bukti bagi membongkar tuduhan palsunya, dan yang terkini ialah dakwaannya terhadap kos bagi projek MRT SBK yang baharu dibuka kononnya adalah berganda daripada projek MRT di Sepanyol dan Korea Selatan.

2. Kami dapati YB Rafizi tidak mahu mengulas mengenai kandungan pendedahan kami sebaliknya menggelar kami pejuang siber atau cybertrooper.

Ini jelas menunjukkan Rafizi sedar penipuannya sudah dibongkar dengan hanya bersandarkan kepada maklumat salah di internet termasuk daripada satu blog Wordpress tidak sahih menggunakan nama ‘Pedestrian Observations’ untuk menyerang projek MRT kerajaan yang memanfaatkan rakyat.

3. Untuk mengimbau kembali, Rafizi secara terbuka membuat tuduhan berikut:

a). Kos projek MRT Laluan Seoul 9 meliputi 27km adalah US$43 juta
b). Projek Sants-La-Sagrera Barcelona meliputi 5.8km dibina bermula 2008 dan siap pada 2011 menelan belanja US$39 juta bagi setiap km.
c). Kononnya projek MRT SBK Malaysia bagi laluan 51km adalah US$103 juta bagi setiap km, atau sekali ganda daripada projek MRT di Barcelona dan Seoul.

4. Kita akan mendedahkan banyak lagi bukti yang Rafizi, sama ada tahu atau sebaliknya, menggunakan maklumat salah bagi menghasut dan memperdaya masyarakat dengan memfitnah kerajaan.

5. Sebagaimana dinyatakan pada kenyataan kami sebelum ini, berdasarkan kepada sumber yang lebih sahih dan berwibawa bagi projek Laluan Seoul 9 adalah daripada Institut Pembangunan Korea yang menunjukkan kos bagi projek itu adalah US$5.7 bilion bagi 37.5km atau US$152 juta bagi setiap km.

Berikut adalah capaian bagi maklumat itu: http://www.siudmysore.gov.in/UTdetails/Day4.pdf

6. Kami juga telah menyatakan satu lagi sumber berwibawa iaitu Pihak Berkuasa Metropolitan Seoul menyatakan kos purata pembinaan bagi pelbagai laluan MRT yang dibina di pelbagai lokasi adalah US$105 juta bagi setiap km.

Maklumat ini boleh dirujuk di halaman empat, di capaian berikut: http://chinese.seoul.go.kr/wp -content/uploads/ch/uc/seoul/swf/eBook_/Br_010_rapidtransit/seoul_rapidtransit.pdf

7. Anda akan mendapati kedua-dua rujukan itu adalah daripada dua sumber kerajaan dan bukannya daripada blog tidak sahih yang cenderung digunakan Rafizi sebagai sumber maklumatnya.

8. Sekali lagi, kami ingin tekankan di sini, jika YB Rafizi masih yakin dengan kos bagi projek MRT berkapisiti tinggi Seoul adalah US$43 juta bagi setiap km, beliau seharusnya mempersoalkan Kerajaan DAP Pulau Pinang mengapa projek LRT berkapisiti lebih rendah di atas muka bumi menelan belanja 50 peratus lebih tinggi iaitu pada US$64 juta bagi setiap km.

9. Projek MRT Sants-La-Sagrea Barcelona meliputi jarak 5.8km yang didakwa YB Rafizi menelan belanja US$39 juta bagi setiap km bukanlah projek MRT.

Ia hanyalah satu laluan terowong 5.8km bernilai €179•3m untuk dibina, dengan tiada stesen, tiada depoh, tiada sistem isyarat dan gerabak.

Ia disebut dengan nyata di capaian berikut :


10. Adalah mengarut bagi seorang Ahli Parlimen untuk menggunakan kos pembinaan terowong sahaja untuk dibandingkan dengan satu projek MRT yang lengkap hanya untuk membuat tuduhan kononnya projek MRT SBK menelan belanja berganda.

Kenapa mahu membandingkan sebuah terowong dengan sebuah projek MRT yang lengkap?

Dan tidak masuk akal bagi seorang Ahli Parlimen untuk mempercayai yang Barcelona akan membina sistem MRT hanya untuk laluan 5.8 km sahaja!

11. Bagi mengelakkan keraguan, terowong yang dimaksudkan YB Rafizi adalah sebahagian daripada projek Laluan Metro Barcelona meliputi jarak 48km dengan kos Euro €6.5 bilion atau US$7.9 bilion berdasarkan kepada pertukaran matawang pada 2011. Ia bersamaan dengan US$164.5 juta bagi setiap km, iaitu lebih tinggi daripada US$39 juta bagi setiap km sebagaimana didakwa YB Rafizi.

Pembinaan bermula pada 2002 dan siap pada 2014.

Berikut adalah dua rujukan bagi menunjukkan fakta ini:

Adalah jelas bahawa kedua-dua projek MRT Seoul dan Barcelona dinyatakan YB Rafizi lebih mahal daripada projek MRT SBK bagi kos setiap km.

12. Biarpun YB Rafizi secara jelas silap sekali lagi, YB Rafizi sepatutnya menjadikan dirinya lebih bermanfaat dengan menggunakan maklumat mengenai terowong itu untuk bertanyakan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng mengapa kos terowong adalah US$39 juta bagi setiap  km (mengikut tukarang matawang pada 2011) manakala Projek Terowong Pulau Pinang bagi jarak 7.2km menelan belanja RM3.6 bilion atau US$162 juta bagi setiap km (mengikut tukaran matawang 2011).

13. Kesilapan berulangkali YB Rafizi sejak minggu terdahulu ini adalah punca kepada mengapa beiau tidak lagi dipandang serius.

Kami juga hairan mengapa YB Rafizi tetap berkeras mahukan Perdana Menteri menyaman beliau. Ingin kami ingatkan, beliau sudahpun disaman oleh Perdana Menteri berkaitan tuduhannya mengenai cincin berlian di mana YB Rafizi memberitahu mahkamah, dia hanya bergurau. Katanya, ia hanya satu jenaka.

Bagaimanapun, tuduhan palsu berulangkali YB Rafizi ini tidak lagi kelakar.

14. Kami jangkakan YB Rafizi akan terus berusaha mengelak daripada mengaku akan pembohongannya dengan menyerang penyampai maklumat yang mendedahkan penipuannya dalam usaha memfitnah kerajaan.

15. Seorang Ahli Parlimen yang berterusan membuat tuduhan tidak berasas untuk mencetuskan kebencian masyarakat menggunakan maklumat salah adalah berbahaya. Ini mungkin menyebabkan kredibiliti Ahli Parlimen tersebut menjunam ke laut.

Ia satu permainan fitnah berbahaya yang YB Rafizi patut hentikan.

Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional
Putrajaya.
29 Disember 2016

Tuesday 27 December 2016

Percayalah SITUASI Ini Tidak Akan Berlaku Lagi !!!


Sebagai sebahagian daripada generasi muda yang hadir dan mengenal politik pada era kepimpinan Tun Mahathir , MMI suka untuk katakan bahawa situasi seperti mana dalam gambar diatas yang telah berlaku pada satu tempoh sebelum ini tidak akan sesekali berulang lagi !

Itulah hakikat yang harus kita terima betapa Tun Mahathir pada hari ini sudah berkerat rotan untuk tidak akan bersama dengan parti UMNO kerana sudah pun memilih jalannya sendiri.

MMI yakin ramai dari kalangan penulis blog pro UMNO mahupun kerajaan seboleh-bolehnya tidak mahu menulis perkara-perkara yang punya kaitan dengan diri Tun Mahathir kerana mengenangkan jasa yang telah beliau berikan kepada Malaysia.

Namun tindak-tanduk dan jalan yang Tun Mahathir sendiri pilih itu bukan sahaja sudah berbeza dengan pendirian kita tetapi sudah sampai ke tahap melalut.

Situasi yang sedang berlaku pada hari ini sebenarnya sudah pun memberi petunjuk kepada kita semua betapa pendirian Tun Mahathir serta kehadiran PPBM tidak akan kemana.Belum pun sampai tempoh matang PPBM sudah dilanda dengan pelbagai isu-isu yang menjejaskan reputasinya.

Skandal , sikap gopoh , pertikaian sesama sendiri , hilang arah tuju , bersahabat dengan DAP , sombong walaupun masih mentah telah menyebabkan PPBM yang hadir demi kepuasan nafsu politik itu sudah semakin longlai.

Selain daripada menonjolkan sifat dendamnya Tun Mahathir turut sama ditempelak rakan yang turut mengaku bersama-sama dalam satu pasukan untuk menuju PRU14.

Pada ketika Tun Mahathir melabel pemberian BR1M itu sebagai satu bentuk RASUAH , Presiden PKR Wan Azizah pula tampil sebaliknya.

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan rasuah, sebaliknya ia adalah hak rakyat, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyangkal dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang melabelkan BR1M sebagai rasuah.

“(BR1M) memang patut diberikan kepada rakyat. Ia bukan rasuah. Ia adalah hak rakyat.

“Jika rakyat layak mendapat sebarang bantuan daripada kerajaan, ia patut diberikan kepada mereka,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

So apa lagi yang ada pada Tun Mahathir ?

Di telanjangkan sendiri oleh mereka-mereka yang beliau mengaku sebagai sahabat !

Ada anak pula asyik bergantung bukan pendokong ! 

MMI kesian sangat-sangat tapi apa boleh buat , yang ada di kiri dan kanan Tun Mahathir pula jauh lebih bangang sebab tak mampu menjadi penasihat supaya Tun Mahathir segera berehat dari arena politik negara.

Ini penting kerana tindakan Tun Mahathir sudah sampai ke tahap melacurkan diri sendiri ! 

MMI yakin dan percaya ramai dari kenalan mahupun mereka yang mengenali Tun Mahathir atau menyokong usahanya selama ini sedang sibuk membuat perkiraan.

Apakah aku masih mahu meneruskan sokongan ini bersama-sama dengan DAP ?

Bagaimanakah janji dan prinsip aku untuk menentang DAP yang jelas bukanlah sahabat Melayu dan Islam ?

Sudah lupakah aku bahawa perjuangan ini untuk anak cucu dan generasi selepas aku ?

Apakah dengan kemelut yang melanda PPBM membolehkan mereka menjadi kuasa penentu sekiranya Pakatan Harapan menawan Putrajaya ?

Mampukah suara Mahathir mengatasi dan menundukkan keegoan cauvinis-cauvinis DAP ?

Fikirlah , jangan ikut kata hati tetapi guna akal dan lihatlah sejelas-jelasnya !

Tun Mahathir boleh sahaja bersalam dengan Anwar Ibrahim , berpeluk dengan Kit Siang , berseloka dengan Mat Sabu dan berbisik dengan Wan Azizah tetapi jika Tun Mahathir masih mengimpikan suasaan serta pujuk rayu daripada ahli UMNO seperti mana yang pernah berlaku di PWTC satu ketika dahulu , PERCAYALAH situasi itu tidak akan berlaku lagi !

UMNO akan terus ke hadapan dan kali ini mereka tidak akan menoleh lagi !

Selamat tinggal Tun Mahathir ....

MMI

Sunday 25 December 2016

10 Soalan Untuk Dr Afif & Kerajaan DAP Pulau Pinang


Jawab ! Jawab ! Jangan tak jawab pula !!!!!


Baru-baru ini telah berlangsung satu forum yang dianjurkan oleh PKR dan antara barisan panelis yang diturunkan adalah Dr Afif , budak beringus dari Seberang Jaya yang semakin obses untuk menerima DAP sebagai salah satu daripada parti politik yang dinggap maksum ni.

Tema forum tu Kuasa UMNO Hilang Bila UMNO Kalah !

MMI difahamkan pada hari kejadian tak seroang pun daripada panelis dalam gambar diatas menjawab persl0oan-persoalan berikut.

Jadi MMI ambik keputusan untuk sama-sama sebarkan di Blog , mana tau Afif nak jawab !

Anda bersedia ?

1)Mampukah PKR dan lain-lain parti kembalikan peruntukan tanah wakaf bagi surau dan masjid bagi pembangunan baru di Penang..semua tapak surau dan masjid telah digazetkan sebagai tapak rumah ibadat dan tidak perlu diwakafkan seperti zaman BN?

2) Mampukah PKR dan lain-lain memastikan kuota bumiputra bagi tanah kerajaan negeri Pulau Pinang tidak kurang 70%..Projek JKP jelutong disyaratkan 70% bukan Melayu?

3) Mampukah PKR dan lain-lain pastikan rumah kos rendah yang diperuntukan oleh pemaju dimiliki 70% oleh bumiputra..kerajaan negeri syaratkan 50/50 sekarang...sedangkan peratus yang miskin di Pulau Pinang lebih ramai Melayu malahan ada hanya 1 dari keseluruhan peruntukkan rumah mampu milik diperuntukkan kepada Melayu di penang?

4)Mampukah wakil exco agama PKR mengembalikan Tapak Masjid Bayan Mutiara yang telah dijual oleh kerajaan negeri DAP?

YB Malik PKR pernah berjanji tapak akan digantikan ditempat lain apabila isu ini ditimbulkan tapi sehingga kini diam seribu bahasa?

5) Mampukah PKR memastikan gerai-gerai milik Melayu tidak lagi diganggu sehingga semua gerai-gerai bukan Melayu distruktur semula dan dilesenkan memandangkan gera-gerai2 bukan Melayu lebih lama telah bertapak di Pulau Pinang tetapi masih dibiarkan contohnya di Jalan Raja Uda dan Jalan Perak?

6) Mampukah PKR memastikan bahawa lebih banyak rumah kos rendah dibina oleh state pada kadar harga RM25K seperti dulu atau 42K atau rumah disewakan dan bukannya wayang silap mata DAP yang memperkenalkan "rumah tidak mampu milik" pada kadar harga yang tidak munasabah untuk orang Melayu.Hampir kesemua rumah kos rendah di Pulau Pinang dibina dan diserahkan oleh pemaju kepada state dan tidak dibina oleh state.?

7) Kerajaan Negeri DAP juga telah menjual Tanah Laut milik Rakyat Miskin Pulau Pinang sebanyak 4211 ekar hanya dalam masa 8 tahun berbanding BN yang hanya menambak laut seluas 1474.55 selama 40 tahun, Mampukah PKR pastikan sekurang kurang 30% tanah tersebut dapat dibina perumahan untuk orang-orang Melayu atau dapat dimiliki oleh oran-orang miskin Pulau Pinang?

8)Memandangkan ramai nelayan di Penang adalah Melayu..minta terutamanya YB Exco PKR Melayu tolong jawab dengan terperinci bagaimanakah pertandingan warna warni,buat sandwich,gotong royong dan tanam 500 pokok bakau dapat menyelesaikan masalah nelayan terutamanya nelayan bumiputera yang rata-rata kurang berkemampuan yang hilang pekerjaan akibat penambakan laut? Untuk makluman strategi penyelesaian diatas adalah abstract dari pelan mitigasi rasmi kerajaan negeri pulau pinang

9) Mampukah PKR menghalang agenda memecahkan umat Islam dan Melayu Pulau Pinang apabila pertandingan jawatan Kariah Masjid diperkenalkan oleh kerajaan negeri DAP yang mana sudah pasti pertandingan dan kempen mampu memecahbelahkan orang-orang Islam dan Melayu yang berada disaf yang sama dimasjid walaupun berbeza parti?

10)Mengapakah PAS yang dikenali berjuang bagi Memperkasa Islam meninggalkan pakatan rakyat yang ditunjangi oleh DAP..sedangkan mereka berada di dalam pentadbiran Majlis Agama Islam Pulau Pinang.. bukankah mereka lebih faham agenda Anti Islam DAP?

MMI

Kenapa Kita Perlu Tolak Gerakan Tun Mahathir & Muhyiddin !


Dulunya ramai yang tersenyum apabila Tun Abdullah didesak supaya meletakkan jawatan serta berundur sebagai Perdana Menteri Malaysia.Tanpa kita sedari keputusan itu sebenarnya adalah satu penolakan secara terang-terangan terhadap keputusan Tun Mahathir sebagai orang yang bertanggungjawab menamakan Tun Abdullah sebagai penggantinya.

Siapa lagi yang memilih Tun Abdullah kalau bukan Tun Mahathir ?

Berdasarkan keputusan itulah akhirnya Tun Mahathir sedar beliau sudah melakukan kesilapan bila mana kehadiran Tun Abdullah sebagai Perdana Menteri selepas beliau dianggap sebagai dalang yang boleh merosakkan agenda peribadinya.

Ramai yang keliru sebenarnya , kehadiran Tun Abdullah sebagai Perdana Menteri pada ketika itu merupakan satu titik tolak perubahan dalam parti UMNO malah kalau kita perhatikan berlaku anjakan dalam pentadbiran kerajaan apabila dasar Islam Hadhari dilaksanakan.

Strategi untuk terus mengukuhkan negara dijana dengan begitu baik melalui asas Islam dan perlaksanaan dasar-dasar Islam yang mahu dipupuk diperingkat akar umbi itu jika diteliti cukup hebat kerana ia diasaskan daripada tanggungjawab ketua keluarga di rumah sehinggalah ke peringkat tertinggi pucuk pimpinan negara melalui dasar-dasar kerajaan.

Dan ianya sudah pun dibuktikan melalui kajian mampu mendatangkan kebaikan kepada seluruh rakyat di Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

Namun kerana perlaksanaan Islam Hadhari itu masih diperingkat permulaan , ramai yang keliru dan mula menimbulkan pelbagai persepsi yang telah mengakibatkan dasar tersebut ditolak.Lebih menyedihkan lagi ada dikalangan orang Islam sendiri yang turut sama menolak konsep mahupun dasar Islam Hadhari. 

10 Prinsip Islam Hadhari ialah:

1. Keimanan dan Ketaqwaan Kepada Allah/Tuhan
2. Kerajaan Yang Adil dan Amanah 
3. Rakyat Berjiwa Merdeka
4. Penguasaan Ilmu Pengetahuan
5. Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif
6. Kehidupan Berkualiti
7. Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita 
8. Keutuhan Budaya dan Moral
9. Pemeliharaan Alam Semulajadi
10. Kekuatan Pertahanan 

Persoalannya kenapa ia ditolak ?

Apakah kerana ramai yang takut dengan Islam atau ada yang bimbang kerajaan UMNO dan BN akan dilihat lebih Islam daripada mereka ?

Bahkan kalau kita amati pada ketika itu suasananya hampir sama dengan apa yang sedang berlaku terhadap usaha untuk merealisasikan RUU355.

MMI kongsikan dengan semua satu artikel yang mengupas tentang Persepsi Orang Cina Terhadap Islam Hadhari baca artikel ini dan fahamkan , semestinya kita akan berasa betapa ruginya kerana dasar ini tidak dipertahankan.

Apa yang sebenarnya mahu MMI jelaskan adalah usaha semurni ini pun kita masih lagi gagal untuk faham malah ada dikalangan kita sendiri (Melayu yang mengaku Islam) menjadi sebahagian daripada kalangan mereka yang menolaknya.

Dan mengambil kira faktor tersebut MMI yakin Tun Mahathir dan Muhyiddin adalah dikalangan mereka yang menolak dasar Islam Hadhari apabila lantang mengkritik pentadbiran Tun Abdullah serta menjadi pelopor kepada gerakan supaya Tun Abdullah meletakkan jawatan.

Akibat daripada desakan tersebut dan kendiri yang begitu hebat dimiliki oleh Tun Abdullah berlakulah proses perletakan jawatan yang kemudiannya dipertanggungjawabkan kepada YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Namun semua yang berlaku itu tidak selesai , hari ini sekali lagi kita melihat episod yang sama berulang bahkan jauh lebih dasyat dari itu.Tun Mahathir dan Muhyiddin sekali lagi tampil sebagai pendesak supaya Najib meletakkan jawatan atau menyokong gerakan untuk menjatuhkan kepimpinannya.

Sampailah ke tahap membentuk parti PPBM serta mengesahkan parti itu akan bersama-sama dengan pembangkang DAP , PKR dan PAN bagi mencabar Barisan Nasional seterusnya menumbangkan kerajaan sedia ada.

Untuk apa semua ini dilakukan ?

Hilang percaya kepada pucuk pimpinan ?

Kita perlu ingat bahawa DEMOKRASI adalah sistem yang kita pilih sejak Tanah Melayu mencapai KEMERDEKAANnya.

Semua orang tahu termasuklah Tun Mahathir , Muhyiddin serta semua pimpinan pembangkang namun mereka sengaja menutup telinga dan mata hanya untuk memastikan agenda politik mereka tercapai.

Realitinya Najib tetap mendapat kepercayaan ahli-ahli UMNO untuk terus memimpin parti dan Najib mendapat sokongan yang jitu daripada parti-parti komponen Barisan Nasional untuk terus memimpin negara.

Dalam masa yang sama usaha Tun Mahathir dan Muhyiddin sebenarnya tidak relevan berdasarkan kepada sistem demokrasi yang kita pegang selama ini.Maka jelas usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri tanpa melalui proses yang sah adalah sama sekali menyimpang daripada sistem perundangan itu sendiri.

Oleh kerana itulah akhirnya PPBM ditubuhkan dan mereka kini sedang membuat persiapan diseluruh negara bersama-sama dengan Pakatan Harapan untuk menentang Barisan Nasional secara sah iaitu melalui Pilihan Raya Umum.

Tak salah untuk bertanding dalam mana-mana PRU , bertandinglah ! Cuma rakyat perlu bijak dalam menilai kerana selain bersembunyi disebalik proses undang-undang , pembangkang bersama-sama PPBM dilihat lebih banyak menjadikan tuduhan berupa fitnah sebagai salah satu mekanisma untuk menagih undi rakyat.

Apa jua alasan yang digunakan oleh Tun Mahathir dan Muhyiddin , MMI percaya bahawa ada lagi alasan lain yang tidak didedahkan kepada umum !

Jika Tun Abdullah ditolak dengan alasan kononnya pentadbiran beliau lemah dan gerakan terancang untuk menjatuhkan Najib berdasarkan kepada kononnya Najib GAGAL memimpin Malaysia , MMI rasa ianya hanyalah sekadar alasan untuk menghalalkan cara.

Dari pemerhatian MMI , kedua-dua (Tun Abdullah & Najib) pemimpin UMNO ini sebenarnya punya pertalian dasar yang bertaut.Kedua mereka punya asas dan prinsip yang hampir sama malah Najib faham dan sedar betapa beliau perlu bertanggungjawab untuk memastikan kesilapan sebelumnya tidak berulang.

Jika Tun Abdullah di zamannya telah memperkenalkan Islam Hadhari , di era Najib beliau telah memperkenalkan Indeks Maqasid Syariah !


Sedarkah kita apa kaitan dan hubungan diantara Islam Hadhari dengan Maqasid Syariah ?

Perdana Menteri dalam ucapannya sewaktu majlis pelancaran pada awal 2015 yang lalu berkata Indeks Syariah Malaysia merupakan produk pelengkap tadbir urus Islam di negara ini melalui pengukuran tuntutan syarak yang lebih menyeluruh.

Indeks pertama seumpamanya yang pernah dibangunkan di dunia itu akan menilai dan mengukur keseriusan kerajaan dalam mencapai lima aspek Maqasid Syariah (dikehendaki oleh syarak) iaitu pemeliharaan agama, pemeliharaan nyawa, pemeliharaan akal, pemeliharaan keturunan dan pemeliharaan harta.

Najib berkata keunikan indeks itu adalah kerana pengukurannya yang lebih menyeluruh kerana pada fasa permulaan ia meliputi lapan bidang utama iaitu perundangan, politik, ekonomi, pendidikan, kesihatan, budaya, prasarana dan persekitaran serta sosial.

"Kita mengukur dan menyemak sama ada dasar dan program yang ditetapkan kerajaan melalui kementerian serta agensi berkaitan menepati atau tidak dengan apa yang terkandung dalam tuntutan Maqasid Syariah itu sendiri," katanya.

Dalam artikel yang MMI kongsikan diawal penulisan ini (Persepsi Orang Cina Terhadap Islam Hadhari) dalam perkara 5 jelas menyebut ;

Kesimpulan - Mencipta Kegemilangan

Oleh kerana Islam Hadhari telah menjadi satu dasar negara, maka mahu tidak mahu kesemua pihak perlu menerima. Sekiranya ada kelemahan dan kecacatan, maka adalah menjadi tanggungjawab semua pihak jua untuk memperbaikinya. 

Jika benar 10 prinsip Islam Hadhari mahu dilaksanakan berlandaskan kepada maqasid syariah, maka sudah tiba masanya umat Islam perlu mencipta kegemilangan tersebut. Jangan biar fahaman sempit politik mengganggu perjalanan Islam Hadhari. Fahaman politik perlu diketepikan untuk mencapai matlamat yang lebih besar. Kalau orang bukan Islam boleh menerima kesemua prinsip Islam Hadhari itu, kenapa kita sebagai umat Islam masih mempertikaikannya. 

Dalam mencipta kegemilangan, hendaklah pada masa yang sama mengurangkan orang-orang bebal (bebalisme) dan pandir . Istilah bebalisme dan pandir ini digunakan oleh Syed Hussein AlAtas merujuk kepada orang yang tidak mempunyai daya antisipasi dan biasanya mereka hanya bertindak balas terhadap peristiwa setelah kejadian – mereka akan membuka payung hanya sesudah hujan membasahi tubuhnya . Tidak menghormati ilmu pengetahuan dan pandangan ilmiah merupakan ciri utama bebalisme. Ciri utama yang menonjol adalah tidak adanya kehalusan pekerti. Dia tidak merasa malu dengan kesalahan yang dilakukan kerana kebodohannya. Dia tidak takut dengan kekurangan intelektualnya. Bila orang ini menonjol maka ia akan menjadi bahan rujukan dan ikutan sehingga akhirnya merosakkan nilai-nilai baik yang cuba dibawa oleh orang lain. 

Maka jelas selain daripada isu melibatkan kepentingan politik tindakan Tun Mahathir dan Muhyiddin yang dapat kita lihat sejak dari era Tun Abdullah sehinggalah pada era Najib Razak ini punya kaitan.

Hakikatnya tanpa kita sedar Najib sedang memperkasakan usaha yang telah dimulakan oleh Tun Abdullah sebelum ini melalui Islam Hadhari yang disangka banyak pihak sebagai sudah hilang bersama pengunduran beliau.

Apabila Tun Mahathir dan Muhyiddin bersama DAP dan berusaha untuk menjatuhkan kepimpinan sedia ada maka secara tidak langsung mereka juga menolak sama sekali dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Najib Razak seperti mana gerakan terancang mereka menolak Tun Abdullah sebelum ini.

MMI tidak menuduh tetapi gerak dan tarinya hampir sama apatah lagi kini kedua-duanya (Tun Mahathir dan Muhyiddin) sudah pun mengaku DAP itu adalah sekutu mereka !

MMI

Thursday 22 December 2016

Guan Eng Jawab Ja Lah Kenapa Nak EMOSIONAL Sangat ?


Seingat MMI dalam artikel-artikel sebelum ni , MMI pernah menyebut betapa Guan Eng ni jenis orang cepat terasa.Kalau ada perkara-perkara yang dia rasa tak boleh nak lepas tangan mulalah diikutkan emosi dia sampai ke tahap pernah jemput sorang ketua bahagian UMNO untuk minum kopi di Komtar.

Entah siapalah yang bagi nasihat suruh dia buat macam tu sebabnya jemputan tu akhirnya makan tuan dan Guan Eng apa jadi pun belarak seluruh di Pulau Pinang sekali pun pada 27 Mac 2017 nanti mahkamah akan mulakan perbicaraan terhadap sabitan kes rasuah dan salah guna kuasa yang dihadapinya.

Tak boleh elak bro , dia kena turun dan berdepan dengan kes tersebut !

Sementara tu Guan Eng nampaknya tak boleh berehat memandangkan pelbagai kepincangan kerajaan DAP Pulau Pinang yang mula ditelanjangkan satu persatu itu dilihat menyemakkan kepala ketua menteri ni.

Disebabkan semak kepala tulah akhirnya dia main pukoi rata , SAMAN sesiapa sahaja yang dilihat cuba untuk menjatuhkan kredibiliti kerajaan negeri di bawah pentadbirannya.

Hallllllooooo Guan Eng , kena ingat na ramai di luar sana tengah perati tingkah laku hang ! Kalau ada pertikaian dan persoalan tentang dasar-dasar serta tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang , jawablah bagilah fakta kemukakan segala dokumen berkaitan kan mudah ?

Ini tidak masih nak main politik lagi ?

Sebagai sebuah kerajaan negeri seharusnya apa jua persoalan yang ditimbulkan oleh mana-mana pihak sekalipun ianya perlulah ditangani dengan berhemah serta bersikap profesional.Apatah lagi kerajaan negeri itu dikepalai oleh parti DAP yang sudah terlalu lama mengaku mengamalkan urustadbir Cekap , Akauntibiliti dan Telus (CAT).

Adalah sesuatu yang janggal apabila kerajaan DAP Pulau Pinang mengambil pendirian bertentangan dengan dasar yang mereka sendiri cipta.Seharusnya dasar CAT yang digunapakai itu menjadi teras kepada kerajaan DAP Pulau Pinang dalam mendepani sebarang permasalahan yang wujud khususnya yang melibatkan kepentingan rakyat.

Apakah menjadi satu kesalahan besar kepada mana-mana individu sama ada pimpinan mahupun rakyat di akar umbi untuk menyuarakan rasa hati mereka terhadap kerajaan negeri ?

Atau adakah ianya menjadi satu kesalahan sekiranya ada mana-mana pihak tampil mempersoalkan ketelusan kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap perancangan mahupun pelan pembangunan yang dirancang ?

Isunya bukan memfitnah tetapi persoalan !


Meringkaskan persoalan yang dibangkitkan oleh  Teng Chang Yeow , Pengerusi Gerakan Pulau Pinang merangkap Pengerusi BN Pulau Pinang tentang isu Pulau Jerejak ini mudah sebenarnya.

1. Dalam soal penjualan saham melibatkan pegangan PDC terhadap Pulau Jerejak , Teng berkata beliau dimaklumkan sumbernya dalam PDC yang kerajaan DAP Pulau Pinang telah menolak kerjasama hampir sama pada 2013 dan hilang peluang memperoleh keuntungan besar.

Katanya, penjualan sama itu boleh menjana RM450 juta dalam jaminan keuntungan dengan nilai pembangunan kasar RM1.5 juta.

Katanya, dengan 49% saham dipegang PDC, ia berpotensi mendapat keuntungan RM220 juta jika meneruskan cadangan urus niaga pada 2013 itu.

“Kenapa ketua menteri dan PDC memilih RM156 juta dengan menjual 49% saham dan rugi hak pegangan terhadap resort di Pulau Jerejak?

“Jika ketua menteri meluluskan kerjasama itu, PDC sudah pasti berpotensi untuk mendapat keuntungan RM220 juta dan hak terhadap Pulau Jerejak dikekalkan”.

Teng berkata Lim sepatutnya mendedahkan semua dokumen berkaitan penjualan saham demi kepentingan ketelusan.

2.Pengerusi BN Pulau Pinang itu turut berkata memandangkan Pulau Jerejak dikenali sebagai sebuah tempat ekopelancongan, pembangunan pada masa depan seperti projek hartanah kediaman akan memusnahkan tumbuh-tumbuhan hijau di kawasan itu.

“Menurut laporan, sebuah jambatan akan dibina bagi menghubungkan kawasan tebus guna baharu yang terletak berhadapan dengan Queesnbay Mall ke Pantai Jerejak,”.

Selain daripada itu empat hotel lima bintang, sebanyak 1,200 unit kediaman, sebuah marina, sebuah taman tema dan laluan basikal sepanjang 11.5-km dilaporkan akan dibina bagi menggalakkan pelancongan di negeri ini.

Isunya “Pentadbiran negeri berulang kali menafikan di Dewan Undangan Negeri tentang wujudnya rancangan pembangunan di Pulau Jerejak kerana negeri ini berjanji tidak akan menjual kepentingan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di Pulau Jerejak,” kata Chang Yeow.

Mengambil kira kedua-dua perkara diatas maka jelaslah persoalan yang dikemukakan oleh Pengerusi BN Pulau Pinang ini berasas dan Lim Guan Eng seharusnya menjawab persoalan yang dibangkitkan bukan mencari helah mencabar serta membuat ugutan untuk menyaman.

Teng dalam kenyataan terbarunya berkata tindakan ugutan saman terhadapnya oleh kerajaan negeri pimpinan DAP berhubung isu Pulau Jerejak yang beliau bangkitkan adalah bertujuan menghentikan mana-mana pihak lain yang cuba mempersoalkan kepimpinan mereka.

Tindakan beliau yang membangkitkan isu tersebut demi kepentingan rakyat dilihat telah dihalang oleh kepimpinan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng yang terdesak untuk menghentikan lebih banyak pendedahan berhubung isu Pulau Jerejak.

Bagaimanapun perkara itu tidak menghalang beliau untuk meneruskan hasrat tersebut meskipun bakal berdepan dengan tindakan undang-undang daripada kerajaan negeri.

“Hari ini saya yang diugut saman. Esok adalah masa untuk kamu semua (pengamal media) dan disusuli dengan rakyat Pulau Pinang yang mempersoal kepimpinan kerajaan negeri pimpinan DAP.

“Saya akan terus dedahkan maklumat mengenai kepincangan kerajaan DAP Pulau Pinang dalam isu Pulau Jerejak dan urusan lain dalam tempoh terdekat ini,” kata Chang Yeow. 

DAP adalah sebahagian daripada pembangkang yang sering mempersoalkan tentang dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional dan antara contohnya dalam usaha menggaitkan kepimpinan negara YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan isu 1MDB.

Sebagai sebuah kerajaan persekutuan yang berpegang kepada ketelusan maka satu jawatankuasa PAC yang menggabungkan Ahli-Ahli Parlimen dari pelbagai parti telah diwujudkan bagi melakukan siasatan terhadap dakwaan bukan persoalan berlakunya penyelewengan dalam pengurusan dananya oleh Perdana Menteri.

Akhirnya jawatankuasa PAC mengesahkan semua dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Berikut adalah kenyataan yang merujuk kepada pengesahan tersebut.

Tiada salah laku jenayah dalam syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Sri Azalina Othman Said, laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengesahkan syarikat milik Kementerian Kewangan itu bebas dari sebarang penyelewengan.

“Laporan PAC pada hari ini membuktikan bahawa tiada salah laku jenayah dalam syarikat milik Kementerian Kewangan itu seperti yang didakwa pembangkang. Selain itu, Laporan PAC turut mengesahkan bahawa tiada sebarang penyelewengan kewangan dan tiada duit yang hilang seperti yang didakwa sebelum ini.

“Proses siasatan yang dijalankan secara transparen dengan memanggil saksi-saksi yang berkaitan serta menggunakan dokumen-dokumen sokongan yang sah,” katanya.

Beliau berkata, pada masa sama,  PAC mengesahkan bahawa YAB Perdana Menteri bukan sahaja tidak melakukan sebarang kesalahan, malah tidak menyumbangkan kepada kesalahan jenayah. Terbukti segala tuduhan tuduhan dan tohmahan terhadap YAB Perdana Menteri selama ini adalah tidak berasas dan hanya bermotifkan politik semata-mata yang berniat untuk menjatuhkan YAB Perdana Menteri secara tidak demokratik.

Katanya, PAC adalah jawatankuasa bi-partisan yang dianggotai oleh wakil pembangkang dan kerajaan. sumber http://www.barisannasional.org.my/news/laporan-pac-buktikan-pm-tidak-bersalah

Berbalik kepada isu ugutan tindakan saman kerajan DAP Pulau Pinang terhadap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow , jika persoalan sebegini pun dianggap sebagai sesuatu yang harus dibalas dengan tindakan menyaman maka dimanakah ketelusan yang diwar-warkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang selama ini ? sumber

Ohh MMI lupa kepala dia serabut hahahaha ...

MMI

Dominasi Licik DAP , Yang Bodohnya Siapa ?


Bukan main lagi punya seronok anak Kit Siang ni , ketawanya berdekah-dekah mesti ada sesuatu yang mencuit hati kedua-dua pimpinan parti politik kat atas tu kan ?

Apa pun ini gambar lama , situasi pada ketika PAS masih lagi berusaha dan mencuba untuk menjadi sebahagian daripada DAP atau paling tidak cuba untuk membawa DAP ke jalan yang benar !

Hasilnya ?

PAS dihina , diherdik dan dihumban keluar dari Pakatan Rakyat hanya kerana berbeza pendapat yang jelas menggangu-gugat pendirian parti cauvinis semalaysia ini.

Walaupun pada ketika itu PKR (segelintirnya) cuba untuk mendamaikan kedua-dua pihak namun ternyata DAP jauh lebih berkuasa.Tidak ada mana-mana parti politik dalam Pakatan Rakyat yang boleh mengubah keputusan DAP untuk tidak menerima PAS sebagai sebahagian daripada Pakatan Haprak !

Apatah lagi dengan hadirnya PAN parti subkontrak DAP yang memerlukan ruang untuk bernafas.

Sebelum itu MMI suka untuk mengajak semua kembali kepada beberapa tahun kebelakang supaya kita dapat sama-sama melihat betapa liciknya DAP mendominasi kedudukannya dalam apa yang disebut sebagai pakatan pembangkang.

Kalau kita perasan , layanan DAP terhadap pimpinan yang senada dengan mereka sememangnya tip top bahkan mampu menundukkan mereka yang datangnya dari kalangan alim ulama.Siapa yang lupa betapa PAS begitu obses dengan hubungan bersama DAP sampaikan ada dikalangan mereka yang mengaku sanggup makan babi dengan Guan Eng dari makan ayam dengan Najib.

Jangan lupa juga hampir satu stadium mendoakan agar UMNO dan BN dicelakakan !

Bagi MMI semua itu berlaku bukanlah kerana iman tetapi kehendak nafsu politik yang ditambah dengan perisa obses terhadap usaha untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.Kesemua usaha itu kalau kita perhatikan tidak langsung bersandarkan kepada amalan kita sebagai umat Islam namun ianya berlaku hanya kerana DAP licik menguasai ruang serta bijak mengambil kesempatan pada ketika roh dan jiwa mereka yang berkopiah diselebungi kata-kata azimat hawa nafsu daripada para iblis dan syaitan.

Alhamdulillah kini PAS sudah berubah sedikit walaupun secara peribadinya MMI masih sangsi dengan pendirian mereka.Harapan MMI moga-moga parti ini mampu bangkit menjadi sebuah parti yang punya kredibiliti dalam mencorak masa depannya dengan berpaksikan kepada prinsip Islamnya dan mungkin ditambah sedikit dengan Melayunya.

Tak salah berubah selagi mana perubahan itu mampu membawa kebaikan bersama khususnya kepada umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Hari ini suasana yang seakan sama seolah-olah kembali dan sedang berputar.

Jika dulunya DAP terlalu girang kerana dipertemukan dengan kelompok Melayu yang menerima kehadiran mereka , kini DAP sekali lagi tersenyum kerana ruang dan peluang itu muncul sekali lagi.

Tak mengapa PAS tidak bersama kerana DAP kini memiliki PAN dan PPBM.

Walaupun hubungan kali ini semacam ada yang tidak kena , DAP sudah pun diberikan peluang tersebut dan mereka sekali lagi akan menjadikan kelompok-kelompok ini sebagai mangsa dominasi seterusnya.

Kita perlu ingat , penubuhan Pakatan Harapan melibatkan parti PKR , DAP dan PAN sebelum ini jelas sedang dicelarukan oleh kemasukan PPBM.Malahan pakatan itu yang lahir daripada kegagalan Pakatan Rakyat sebelum ini turut sama berdepan dengan parasit yang mula menggigit dari dalam.

Walaupun secara tersuratnya parti-parti dalam pakatan harapan dilihat duduk semeja dan seolah-olah punya dasar yang dipersetujui bersama hakikatnya kesemua parti-parti itu sedang berdepan dengan krisis kepercayaan.

Krisis ini yang bermula semenjak kemasukan PPBM sudah mula dipertontonkan kepada khalayak dan mereka seolah-olah terlupa bahawa rakyat sedang melihat dan menilai rentak tempo pembangkang ini.

Kekalutan sudah dapat dilihat apabila Presiden PPBM , Tan Sri Muhyiddin Yassin dinasihatkan oleh Setiausaha Agung PKR , Datuk Saifuddin Nasution agar tidak terlalu gelojoh menuntut kerusi sedangkan parti itu masih baharu berada dalam Pakatan Harapan.

“Kita baru 2,3 hari buat MOU (memorandum persefahaman), jadi perlaksanannya belum dibincangkan lagi. Apabila sampai masa, insya-Allah (perbincangan pembahagian kerusi bertanding). Tapi sekarang belum lagi,” katanya kepada pihak media baru-baru ini.

Kenyataan ini dibuat apabila Muhyiddin pada 13 Disember lalu dilaporkan berkata , muafakat kerjasama antara PPBM dan Pakatan Harapan tidak akan berhasil sekiranya kerusi tidak diberi kepada partinya.

“Sebagai parti baru, kami ingatkan yang kami belum ada kerusi lagi, jadi kami mahu minta kawan-kawan (DAP, PKR dan PAN) untuk menyumbangkan kerusi.

“Tidak ke mana muafakat di sini kalau rakan-rakan kita hanya membantu dari segi moral,” katanya.

Tidak cukup dengan itu , Ketua Penerangan PKR Selangor dalam kenyataannya pula membayangkan PPBM dan PAN berkemungkinan tidak akan dibenarkan bertanding di negeri itu dan Pulau Pinang.

Sebaliknya kata Shuhaimi Shafiei , kedua-dua parti tersebut perlu memberi tumpuan di negeri-nege­ri lain yang dikuasai oleh Barisan Nasional (BN).

Ekoran daripada kenyataan tersebut Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad bingkas menempelak PKR dengan berkata parti itu sepatutnya membawa perkara berkaitan kerjasama politik termasuk soal pengagihan kerusi ke dalam mesyuarat tertutup melibatkan kepemimpinan tertinggi DAP, PKR, PAN dan PPBM.

"Selangor dan Pulau Pinang bukan milik PKR. Saya mencadangkan agar semua perbincangan mengenai agihan kerusi dilakukan dalam mesyuarat kepemim­pinan pakatan pembangkang.

"Ia menggambarkan betapa terdesaknya pihak yang mencadangkan perkara itu. Saya berharap cadangan-cadangan pramatang ini tidak lagi dibuat," !

Jelas apa yang sedang berlaku itu adalah krisis kepercayaan sesama parti dalam Pakatan Harapan dan sesuatu yang pasti adalah di mana DAP pada ketika krisis ini sedang berlaku ?

DAP dilihat tidak campur tangan dalam krisis ini kerana mereka tahu apa jua yang berlaku nanti kedudukan kerusi milik mereka tidak akan sesekali hilang dari gengaman khususnya di Pulau Pinang.

Kerusi milik DAP sudah pasti akan terus kekal menjadi milik parti itu seterusnya memerlihatkan kelicikan dominasi DAP terhadap Pakatan Harapan.

Biar PKR dan PAN tentukan apa yang perlu mereka lakukan untuk menyambut kehadiran PPBM yang kini begitu inginkan kerusi !

Di akhirnya nanti pada ketika PAN dan PPBM melutut untuk dapatkan kerusi , kedua-dua parti itu akan sedar betapa PKR telah selesa di Selangor manakala DAP senang di Pulau Pinang.

Disebabkan keadaan sedemikian kemungkinan akan berlakunya perpecahan dikalangan parti-parti dalam Pakatan Harapan dan mungkin sampai ke tahap bertukar nama sekali lagi.

Yang kekal mendabik dada tetap DAP ... Yang bodohnya ?

Dominasi siapa kalau bukan mereka !

MMI

Tuesday 20 December 2016

Mampukah PPBM Jinakkan PAS ?


Apabila agenda politik melebihi pendirian perjuangan sudah tentulah tindakan yang diambil akan memberikan gambaran yang tidak sempurna.Sebenarnya seluruh warga Malaysia sudah pun disajikan dengan plot penceritaan yang sama apabila sebelum ini PAS dengan tahaluf siyasinya duduk bersama dengan DAP.

Perjuangan yang menggunakan nama rakyat itu dipertahankan semaksimum mungkin walaupun hakikatnya sebahagian besar daripada penggerak dan penyokong politik yang berada dalam Pakatan Rakyat sebelum ini sedar betapa rapuhnya hubungan yang terbina.

Perbezaan hiraki diperlihatkan dengan jelas bila mana PAS sering kali menjadi mangsa suruhan politik parti-parti yang menganggap Pakatan Rakyat itu hak mereka.Seperti biasa DAP sebenarnya bijak menyusun gerak dalam Pakatan Rakyat sehingga PKR dan PAS hanya mampu bersuara dalam keadaan tertentu sahaja bahkan DAP hanya menjaga mereka-mereka yang punya pengaruh.

Hasilnya hadirlah Mat Sabu bersama PAN yang sudah tidak lagi rela membiarkan diri mereka dimamah dengan ideologi politik PAS yang dianggap kuno.Maklumlah perjuangan berteraskan agama semata-mata bukanlah matlamat PAN hari ini , mereka mahukan kesamarataan dalam menongkah arus politik perdana iaitu KUASA !

Tanpa kuasa Mat Sabu barangkali akan kembali menjala ikan di Tasek Gelugor !

Walaupun hari ini PAS sudah tidak lagi bersama dengan Pakatan Harapan dan sudah berulang kali menyatakan pendirian mereka untuk tidak sesekali bersama DAP , ramai dari kalangan parti-parti dalam kem pembangkang sebenarnya masih menaruh harapan terhadap parti ini.

Mereka tahu yang menyebabkan himpunan haram bershit serta siri ceramah melimpah macam ikan sardin sebelum ini adalah kerana orang-orang PAS.Oleh kerana itulah PPBM hari ini melihat perlunya satu pelan dilakukan untuk memastikan sekurang-kurangnya PAS masih menjadi penyokong kepada gerakan pembangkang di Malaysia.

Dan usaha itu perlu segera dilakukan memandangkan PAS kini sudah mula dilihat menerima walaupun tidak semua dasar-dasar yang dibawa oleh UMNO dan kerajaan Barisan Nasional.

Persoalannya Mampukah PPBM jinakkan PAS ?

Kehadiran PPBM dalam arena politik negara jelas berdasarkan kepada pengkianatan terhadap pucuk pimpinan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional.Sudah tentu juga ada pihak yang tidak senang dengan label pengkianat itu tetapi kita tidak dapat lari daripada realiti kerana apa yang sedang berlaku itu punya catatan sejarahnya.

Bermula dengan perbezaan pandangan dan pendapat khususnya dalam mendepani isu 1DMB dan obses untuk menjatuhkan kepimpinan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia , PPBM lahir dalam acuan yang tidak sempurna sama sekali. 

Acuan yang lompang disana sini itu dibuktikan dengan sikap sambil lewa pucuk pimpinan PPBM yang telah bertindak mengambil sesiapa sahaja yang dilihat boleh membantu kepada penubuhan parti cap bunga tersebut.

Kehadiran mereka-mereka dalam PPBM yang sebelum ini bermasalah dengan parti UMNO sehingga ada dikalangannya yang dipecat daripada parti kerana masalah disiplin sudah cukup untuk menjadi kayu ukur betapa PPBM bukanlah pentas perjuangan hakiki tetapi sekadar pelengkap nafsu politik pimpinannya dengan agenda dan dendam kesumat masing-masing.

Pendirian PPBM untuk bersama dalam rangkaian pembangkang dengan menjadikan Pakatan Harapan sebagai madu untuk menarik sokongan akar umbi turut sama menjadi pelengkap kepada kejahilan politik yang berteraskan kepada dendam kesumat.

Kiblat politik Tun Mahathir yang secara tiba-tiba berubah itu bukan sahaja mengelirukan ramai dikalangan pentaksub-pentaksub beliau tetapi juga telah menjadikan bekas Perdana Menteri itu hilang segala maruah kendiri.

Tun Mahathir dan Kit Siang kini menjadi sahabat paling akrab dalam usaha PPBM untuk terus bernafas !

Soalnya apakah PPBM mampu menempatkan dirinya sebaris dengan parti-parti lain yang kini bersama dalam Pakatan Harapan ?

Tian Chua dalam kenyataannya berkata Pakatan Harapan tidak akan memberikan kerusi kepada PPBM walaupun mereka menandatangani perjanjian politik baru-baru ini.

“PPBM adalah parti berasaskan Melayu. Anda tidak boleh mengharapkan mereka (parti itu) untuk bertanding di kawasan Cina, seperti Kelana Jaya atau Damansara.

“Mereka perlu menyelesaikannya dengan PAS berhubung pembahagian kerusi. Itulah peranan mereka.

“Kami (sekurang-kurangnya untuk PKR) boleh (menyediakan kerusi kepada PPBM). Tetapi, buat masa ini, mereka tidak mendapat apa-apa daripada kami (pihak di bawah Pakatan Harapan),” demikian petik kenyataan Ahli Parlimen Batu itu.

Apakah petandanya ?

PPBM akan berdepan situasi paling kritikal khususnya dalam menagih simpati parti-parti dalam Pakatan Harapan untuk memberikan kerusi-kerusi mereka pada PRU14 nanti.

Bila Muhkriz Menagih Kerusi PAS !

Kerana kesangsian sesama mereka itulah akhirnya Mukhriz kini barangkali telah diarahkan supaya mengepalai delegasi PPBM dalam usaha untuk memujuk PAS supaya berkobalirasi dengan PPBM walaupun terang-terangan PAS bukanlah sebahagian daripada Pakatan Harapan.

Mukhriz dilaporkan berkata, soal pembahagian kerusi akan ditentukan dengan semua pimpinan parti pembangkang duduk semeja, dan pertimbangan susulan akan dibuat selepas kata putus dicapai.

“Kita belumpun duduk semeja dengan semua pihak (pembangkang). Bagilah kami masa sikit untuk bincang dengan semua pihak.

Mengulas mengenai rundingan bersama PAS, Mukhriz berkata sememangnya soal pembahagian kerusi adalah perkara yang perlu diperhalusi, bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru sesama pembangkang.

“Itu sebabnya kami di PPBM ini, (berpendapat) pendirian PAS itu tidak kurang pentingnya berbanding kesepakatan yang kita ada antara PPBM dengan Pakatan Harapan.

“Salah satu perkara yang perlu kita perhalusi dalam rundingan PAS itu soal kerusi. Tapi sebelum sampai ke peringkat itu, kita kena bincang mengenai dasar atau asas kesepakatan dengan PAS,” katanya lagi.

Apa jua yang berlaku dan bakal berlaku sekalipun , banyak pihak kini mahu melihat bagaimana dan sejauh mana PPBM serta Pakatan Harapan mampu menangani isu pembahagian kerusi supaya tidak berlaku pertandingan 3 penjuru pada PRU14 nanti.

Dengan kedudukan PAS sebagai parti tunggal yang tidak bersama dengan DAP seterusnya Pakatan Harapan , apakah PPBM mampu berperanan untuk mengaburi pimpinan PAS sedia ada untuk sama-sama bersetuju dengan satu keputusan bertanding pada PRU14 sebagai satu pasukan ?

Muhkriz ada menyebut tentang dasar dan asas kesepakatan , soalnya apakah ianya mampu direalisasikan sedang PAS dan DAP kini berdepan dengan krisis dasar dan asas sesama mereka ?

Sama-sama kita nantikan sambungan drama politik ini ...

MMI

Monday 19 December 2016

RM2.32 Bilion Hilang Dalam Projek STP2 ??


Banyak pihak sebenarnya telah tampil memberikan pendapat serta pandangan terhadap cadangan projek-projek di Pulau Pinang termasuklah berkaitan Projek Seri Tanjung Pinang 2 (STP2).Sudah tentu pandangan dan pendapat ini penting kerana sebarang tindakan melulu khususnya yang melibatkan sumber alam akan menyebabkan berlakunya bencana sama ada terhadap hidupan laut mahupun penduduk di Pulau Pinang.

Pada April 2014 yang lalu , Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merupakan antara yang terawal menolak rancangan menambak laut bagi melaksanakan projek STP2 ini.Malahan CAP mendakwa terdapat banyak kepincangan dalam laporan yang dikemukakan oleh DEIA pada ketika itu.

Baca SINI 

Dari pengamatan MMI , projek-projek ini sebenarnya tidak memberi sebarang keuntungan terhadap warga Pulau Pinang itu sendiri.Seperti yang kita tahu rata-rata penduduknya bukanlah terdiri daripada kalangan mereka yang mampu memiliki aset mencecah jutaan ringgit.

Kalau ada sekalipun jumlahnya terlalu sedikit dan sudah pastilah kekosongan yang ada itu akan diisi oleh mereka-mereka yang pastinya bukan dari kalangan anak tempatan.MMI ada menulis tentang kebimbangan terhadap isu ini dalam artikel yang lalu.

Sebelum tu perlu dijelaskan bahawa MMI bukanlah dikalangan mereka yang membenci pembangunan tetapi melihat dan mahukan pembangunan yang menitik beratkan kemampuan rakyat selain daripada memelihara perkara-perkara yang asas kerana tanpa asas itu pembangunan yang berlaku bakal memberikan impak negatif terhadap diri kita sendiri.

Bahkan MMI dah sebut dalam artikel sebelum ini betapa Pulau Pinang menjadi contoh kerakusan yang lebih terarah kepada pembangunan semata-mata sehingga menyebabkan warganya kini bukan sahaja terasa terpinggir tetapi hampir-hampir kehilangan pegangan malah dalam keadaan tertentu bumi yang dulunya milik bersama sudah dirasai seperti milik orang lain.

Berdiri sahaja ditengah-tengah Georgetown kita pasti dapat merasakan bahawa tanah yang kita pijak itu begitu terasing sekali dan ia bukan lagi milik kita tetapi milik mereka-mereka yang mungkin memiliki raut wajah sama tetapi budaya , jiwa , bangsa dan rohnya jauh berbeza dengan kita MELAYU ! Baca seterusnya di SINI 

Oleh sebab itulah projek STP2 perlu diberikan perhatian memandangkan terlalu banyak persoalan kini timbul dan ianya serius apabila melibatkan kedudukan tanah di Pulau Pinang !

Berapa jumlah sebenar saiz tanah yang ditebus guna ?

Baru-baru ini Gerakan Pulau Pinang telah menggesa kerajaan negeri pimpinan DAP supaya mengumumkan saiz sebenar keluasan tanah yang ditebus guna bagi STP2.

Menurut jurucakapnya, Ooi Zhi Yi, berdasarkan angka yang dinyatakan Ketua Menteri Lim Guan Eng dan E&O Berhad tahun lepas, keseluruhan saiz tanah yang ditebus guna adalah melebihi 360 hektar (891 ekar).

Bagaimanapun, pada persidangan dewan undangan negeri sebelum ini, pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Lim Hock Seng menyatakan saiz tanah yang ditebus guna dalam STP2 ialah kira-kira 343 hektar (850 ekar).

“Kenyataan Hock Seng itu berbeza dengan yang diumumkan Guan Eng dan E&O.

“Kami ingin tahu, berapakah keluasan sebenar kawasan yang ditebus guna itu,” katanya pada satu sidang akhbar baru-baru ini.

Menurut kiraan Gerakan, 41 ekar yang hilang itu bernilai RM2.32 bilion kerana harga tanah yang ditebus guna ditetapkan kerajaan negeri pada kadar RM1,300 sekaki persegi.

Ooi berkata sekiranya berlaku perubahan daripada pelan asal, Penilaian Terperinci Kesan Alam Sekitar (DEIA) baharu perlu dibuat kerana kawasan yang ditebus guna kini lebih kecil.

MMI nak ingatkan supaya semua pihak peka dengan apa jua yang berlaku di Pulau Pinang ! Sehingga artikel ini ditulis , kerajaan DAP Pulau Pinang sedang dihimpit dengan pelbagai masalah khususnya melibatkan integiriti pimpinannya.

Oleh sebab itu MMI cukup khuatir kerana puak-puak cauvinis ini bukan sahaja bijak memanipulasi tetapi juga pandai berbohong.

Kerasahan ini ada asasnya memandangkan sebelum ini dalam isu membabitkan pembinaan terowong , kerajaan negeri sudah pun menggadaikan RM305 juta wang rakyat hanya untuk kerja-kerja mengkaji kebolehlaksanaan pembinaannya yang sehingga kini masih menjadi misteri kepada banyak pihak.

Kini timbul pula RM2.32 bilion dan ini bukanlah jumlah yang sedikit !!!

MMI

Sunday 18 December 2016

Siapa Bakal ISI KEPADATAN Penduduk Di P.Pinang ?


MMI percaya bagi menyelesaikan masalah yang membabitkan pembangunan serta pertambahan penduduk , perancangan yang teliti serta tindakan yang berhemah perlu menjadi ciri-ciri utama kerana impak kepada sebarang kesilapan mahupun kelemahan yang wujud akan menyebabkan ketidakseimbangan berlaku.

Kesannya cukup besar bukan sahaja terhadap ekosistem tetapi juga penduduk setempat.Selain daripada itu apa jua perancangan yang mahu dilakukan ianya mestilah berpaksikan kepada keperluan dan asas mengikut kesesuaian populasi kerana MMI juga seperti mana mereka-mereka diluar agak bimbang melihat kerakusan perancangan yang menjadikan tema pembangunan itu sebagai pemudah cara.

MMI sedar bahawa pembangunan itu perlu bagi menampung permintaan populasi penduduk yang semakin bertambah namun janganlah ianya diselitkan dengan kemahuan mahupun agenda tertentu yang boleh menjahanamkan sebahagian besar mereka-mereka yang akan terkesan akibat daripada perancangan tersebut.

Mungkin ramai yang tidak sedar betapa perubahan yang berlaku selepas satu-satu perancangan pembangunan itu akan menyebabkan warga marhain menjadi mangsa keadaan malah akan mula terpinggir setelah pembangunan itu diisi oleh kalangan mereka yang sama ada mampu atau layak memilikinya.

Hari ini akibat daripada dasar dan tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang yang terlalu gopoh untuk membangunkan pulau ini , lautnya sudah mula ditambak dan penambakan ini bukan setakat untuk mendirikan dermaga tetapi sampai ketahap mewujudkan pulau baharu.


Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang , Datuk Zainal Abidin Osman berkata pembinaan 3 pulau di bahagian selatan Pulau Pinang itu amat membimbangkan.

Sebaik sahaja ia dibina, Pulau Pinang akan menyaingi kepadatan penduduk Hong Kong, 17,000 orang berbanding 2,600 orang bagi setiap kilometer persegi pada masa ini.

“Adakah kita bersedia mempunyai ledakan penduduk, 7 kali ganda lebih daripada sekarang?

“Semua pulau ini mempunyai implikasi besar kepada rakyat Pulau Pinang. Adakah kita bersedia menghadapi pertambahan penduduk begini? 

Selain daripada apa yang dibangkitkan termasuklah demontrasi oleh 200 orang nelayan di Teluk Kumbar ( Baca SINI ) MMI cuma terfikir dengan kapasiti ledakan 7 kali ganda kepadatan penduduk yang bakal berlaku terhadap Pulau Pinang , agaknya siapakah yang bakal mengisi kepadatan tersebut ?

MMI bukan apa , MeloyaKini pada 2005 pernah melaporkan PM mahu 50 ribu pelancong cina yang hilang dicari (boleh cari di carian google) laporan tersebut menyebut jumlah itu dikesan memasuki Malaysia tetapi tidak mendaftar keluar setelah tempoh lawatan mereka tamat.

Pada 2012 pula merujuk kepada laporan daripada Mstar bertajuk 'Tracking System' Guna Biometrik Kesan Pergerakan Warga Asing , dalam laporan tersebut menyebut kebanyakan warga asing menyalahgunakan pas lawatan mereka dengan menetap lebih daripada tempoh yang dibenarkan kerana mahu bekerja di negara ini.

Kebanyakkan mereka akan bekerja di restoran-restoran atau melakukan kerja-kerja haram seperti pelacuran dan sebagainya selepas tempoh had lawatan mereka berakhir.

Pelancong dan pelawat dari China dan India merupakan negara yang mempunyai jumlah pelawat paling tinggi datang ke Malaysia menggunakan visa atau pas lawatan sosial. 

Menurut rekod, seramai 1.25 juta pelawat dari China dan 693,056 pelawat dari India berkunjung ke Malaysia pada tahun lepas sahaja.

Itu berdasarkan kepada laporan pada tahun-tahun sebelumnya , persoalannya macam mana pula statusnya pada masa dan ketika ini ?

MMI kongsikan dengan semua rujukan terhadap Unjuran Populasi Penduduk 2015 

sumber






































Melihat kepada unjuran tersebut (Pulau Pinang) maka kebimbangan MMI ini wajar diberikan perhatian kerana memang jelas Melayu mengatasi semua kaum tetapi cuba campurkan jumlah mengikut etnik cina , lain-lain dan bukan warganegara Malaysia ?

Angkanya jauh mengatasi Melayu itu sendiri ! Dan kita harus sedar bahawa ianya belum ditambah dengan jumlah mereka-mereka yang masih belum mendaftar keluar dari Malaysia atau berada secara haram !

Oleh kerana itu MMI nak ulang sekali lagi , dengan pembangunan serta pembinaan rakus oleh kerajaan DAP Pulau Pinang itu yang bakal merubah Pulau Mutiara menjadi sepadat Hong Kong , Siapa Yang Bakal Mengisi KEPADATAN Penduduk di Pulau Pinang ?

Melayu dan Bumiputera ?

Pulau Pinang menjadi contoh betapa kerakusan yang lebih terarah kepada pembangunan semata-mata telah menyebabkan warganya kini bukan sahaja terasa terpinggir tetapi hampir-hampir kehilangan pegangan malah dalam keadaan tertentu bumi yang dulunya milik bersama sudah dirasai seperti milik orang lain.

Berdiri sahaja ditengah-tengah Georgetown kita pasti dapat merasakan bahawa tanah yang kita pijak itu begitu terasing sekali dan ia bukan lagi milik kita tetapi milik mereka-mereka yang mungkin memiliki raut wajah sama tetapi budaya , jiwa , bangsa dan rohnya jauh berbeza dengan kita MELAYU !

MMI

Friday 16 December 2016

DASYAT Skandal Demi Skandal ! Guan Eng Tunggu Apa Lagi ?


Tak pastilah sama ada si Ketua Menteri Pulau Pinang ni bermuka tebal atau bebal sebab dah terlalu banyak perkara-perkara mungkar didedahkan kepada umum.Kalau MMI nak senaraikan satu persatu kerja buat si Guan Eng ni rasanya berkajang muka surat tetapi cukuplah dengan MMI nyatakan serba sedikit selebihnya ampa semua boleh baca dalam artikel-artikel MMI sebelum ni.

Kalau kita “review” balik sejak rejim DAP mengambil alih pentadbiran kerajaan Pulau Pinang daripada Barisan Nasional pada 2008 yang lalu , perkara pertama sekali yang berlaku dan menelanjangkan siapa sebenarnya DAP ni adalah isu membabitkan pemansuhan tol Sungai Nyior.

Sebelum menang bukan main lagi siap berdemo di tol tapi bila dah menang dan rakyat mula mempersoalkan tentang janji maka DAP dengan cukup ego menjawab ianya tidak dapat dilakukan kerana melibatkan kerajaan persekutuan.

Bab perjanjian syarikat-syarikat konsesi tol ni MMI rasa tak perlu di terangkan panjang lebar , ampa boleh tinjau-tinjau dalam carian google bab ni cuma MMI suka nak maklumkan kerajaan di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Mohd Najib sentiasa mengambil berat tentang perkara ni dan sebab tulah ada kadar tol yang tidak dinaikkan sebab kerajaan punya pelan melalui rundingan dengan syarikat-syarikat terbabit.

Apa pun isunya mudah ! Kalau benar kerajaan DAP pimpinan Guan Eng nak membantu rakyat dan dalam kes tol Sungai Nyior mereka boleh sahaja sekurang-kurangnya membayar pihak syarikat konsesi terlibat menggunakan dana kerajaan negeri , paling tidak rakyat akan mendapat tol percuma atau pembayaran yang lebih murah.

Jangan spin isu kononnya kita mampu itu kita mampu ini ! Akhirnya pembohongan semata-mata.

Selesai bab tol , DAP mula pasang teropong dan mereka mula meneropong kawasan-kawasan yang kebanyakkannya didiami oleh orang-orang Melayu dan India.Mereka selidik dan cari alasan kemudian berlakulah pembersihan kampung-kampung sehinggakan kampung yang didiami oleh mereka yang menjadi penyokong DAP sewaktu pilihanraya 2008 pun diranapkan.

Dah selesa sikit , kerajaan di bawah DAP ni mula zip mulut-mulut orang Melayu dan India yang berada dalam pentadbiran kerajaan negeri.Mereka-mereka ini walaupun mengaku sebagai pemimpin dan wakil rakyat tetapi hakikatnya tidak mampu berbuat apa-apa sebaliknya hanya boneka semata-mata.

Tak percaya ? Jangan lupa tentang tindakan demi tindakan bersifat “double standard” terhadap para peniaga kecil-kecilan ! Pihak berkuasa bukan sahaja meranapkan gerai-gerai tetapi merampas barangan peniaga sehingga ada diantaranya telah mencetuskan ketegangan kedua-dua pihak terlibat.

Yang sebangsa dengan DAP ? Bukan sahaja dapat terus menjalankan perniagaan tetapi diberikan pula keistimewaan sampai ke tahap tutup jalan semata-mata nak bagi puak-puak ni berniaga.

Pemimpin dalam pentadbiran kerajaan DAP yang melihat bangsa mereka dianiaya tanpa sedikit pun pelan untuk membantu kumpulan ini hanya memekakkan telinga dan membutakan mata masing-masing.

Sebab ? Bimbang hilang kedudukan !

Oleh kerana itu maka DAP mula menyusun gerak , mereka tidak mahu lagi melihat perkara-perkara kecil yang tidak menguntungkan.Kali ini mereka mahukan sesuatu yang lebih impaknya bukan semata-mata keuntungan politik tetapi keuntungan yang boleh di mamah oleh seluruh generasi mereka.

Disaat inilah bermacam projek mega dan mewah dibawa masuk tanpa mengambil peduli rungutan warga marhain tentang keperluan rumah mampu milik.Habis segala pesisir pantai ditambak , bukit bukau ditarah , banjir kilat yang berlaku hanya dianggap sebagai permainan alam.

Guan Eng pernah menyebut dalam satu kenyataannya kalau tak ada hujan maka tak ada banjir ! Begitu mudahnya si ketua menteri ini mengulas tanpa sedikit pun desakan daripada kalangan pimpinan yang berada dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Sial memang sial puak-puak ni !

Rentetan daripada semua itulah akhirnya kerajaan DAP Pulau Pinang begitu terkinja-kinja untuk membina terowong dasar laut yang kemudiannya bertukar kepada pembinaan jambatan ke tiga.Habis semua pihak dibohongnya termasuklah berbohong kepada rakyat kononnya pelan pembinaan tersebut telah dikemukakan kepada kementerian terlibat.

Sekali lagi punya sial puak-puak ni !

Apa pun kita percaya kepada ketentuanNYA selagi mana kita berusaha untuk mencegah kemungkaran pasti diakhirnya kejayaan itu pasti.

Kerana usaha inilah MMI yakin Guan Eng dengan egonya terlupa bahawa setiap gerak dan tindak tanduknya menjadi perhatian banyak pihak.Kerana kelalaian inilah akhirnya ketua menteri ini bakal dihadapkan ke mahkamah pada Mac 2017 nanti kerana disabitkan dengan pertuduhan salah guna kuasa dan rasuah.

Sejak dari itu suasananya tidak lagi semacam dulu , Guan Eng tidak lagi senang duduk !

Rakyat Pulau Pinang terdiri daripada semua kaum sudah mula mendesak supaya ketua menteri ini segera meletakkan jawatannya termasuklah desakan daripada ahli DAP sendiri.Wakil-wakil DAP dalam DUN Pulau Pinang turut sama mendesak supaya Guan Eng meletakkan jawatannya kerana ketua menteri ini sudah tidak lagi mempunyai integriti untuk terus memimpin Pulau Pinang.

Walaupun Guan Eng dan konco-konconya sedang bermati-matian untuk menyelamatkan karier politik anak kesayangan Kit Siang ini , situasinya semakin kritikal !

Pendedahan terkini daripada ahli DAP bernama Roger Teoh cukup menggemparkan !

Roger Teoh bertindak meletakkan jawatannya daripada DAP dengan alasan tidak tahan dengan begitu banyak skandal mengenai projek mega bernilai RM46 bilion.

Dalam kenyataannya beliau menyebut tentang projek terowong Pulau Pinang , kajian kebolehlaksanaan bagi projek Penang Transport Master Plan (PTMP) juga dilakukan oleh kontraktor yang sama yang dianugerahkan projek tersebut.Selain daripada itu projek tersebut juga mempunyai unjuran yang tidak realistik yang bermaksud daya maju projek itu akan menjadi satu persoalan.

Beliau mendedahkan Ketua Pegawai Eksekutif kontraktor utama sendiri tidak tahu menahu tentang kenaikan kos sedangkan kerajaan DAP berkata kos telah meningkat daripada RM27 bilion kepada RM46 bilion.

Manakala kerajaan DAP berkata antara langkah yang akan diambil bagi menampung kenaikan kos tersebut adalah dengan membuat pinjaman daripada bank-bank.

Lebih teruk lagi , Roger mengakui sesiapa yang cuba mempersoalkan tentang projek mega ini , parti dan kerajaan DAP Pulau Pinang akan menyerang mereka tanpa belas kasihan walaupun mereka itu adalah ahli DAP atau sekutunya.

Roger seorang lepasan ijazah PHD yang sebelum ini menuntut di Centre for Transport Studies , Imperial College London telah meletakkan jawatannya selepas beberapa cubaan untuk membawa isu ini secara dalaman tetapi tidak Berjaya.

Antara ungkapannya “Saya bukan “Yes Man” dan skandal PTMP tanpa penjelasan yang jelas daripada kerajaan negeri Pulau Pinang itu bertentangan dengan prinsip saya menyertai DAP iaitu kearah membina Malaysia yang lebih baik.”

Lihatlah bagaimana DAP menyusun taktik mereka , memperbodohkan pengikut-pengikutnya dan bertindak balas terhadap sesiapa jua yang cuba mempertikaikan tindakan yang dilakukan.

Dalam hal ini kerajaan DAP khususnya Guan Eng perlu bertanggungjawab memandangkan banyak perkara tidak dijelaskan khususnya berkaitan kos projek PTMP yang kini bernilai RM46 bilion meningkat sebanyak RM19 bilion daripada kos awal ?

Malahan tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang yang jelas mengatakan kemungkinan akan membuat pinjaman daripada bank-bank untuk membiayai kos pembinaan PTMP dilihat sudah memasuki fasa yang serius.

Bagaimana sebuah kerajaan negeri yang mengaku hebat dalam menguruskan ekonominya dan mempunyai kedudukan kewangan yang jauh lebih baik daripada kerajaan persekutuan sendiri boleh bertindak untuk mendapatkan pinjaman bank bagi menyelesaikan isu PTMP ?

Sedarkah kerajaan DAP Pulau Pinang kesan terhadap tindakan tersebut bakal memberikan impak kepada kedudukan kewangan kerajaan negeri seterusnya akan menyebabkan rakyat Pulau Pinang yang terpaksa menanggungnya ?

Jika hal melibatkan fitnah terhadap 1MDB di heret oleh pembangkang termasuklah DAP sendiri untuk dijadikan sebagai KONONNYA perjuangan membela rakyat , bukankah tindakan kerajaan DAP yang jelas bukan fitnah ini (membuat pinjaman bank bagi membiayai kos pembinaan PTMP yang meningkat ke RM46 Bilion) tidak akan membebankan RAKYAT ?

Sudah-sudahlah , Guan Eng perlu segera meletakkan jawatan dan seluruh pimpinan DAP khususnya di Pulau Pinang perlu bertindak pantas HALAU anak Kit Siang ini jauh-jauh sekiranya benar kamu adalah parti yang berjuang untuk membina Malaysia yang lebih baik !

Jika tidak RAKYAT perlu bangkit dan HALAU DAP pada PRU14 nanti !

MMI

Labels