Followers

Saturday 31 March 2018

Forum Skandal Terowong P.Pinang - LKS & LGE Menikus Bila Di Cabar


Kalau tengok dari cara mereka berhujah wow memang dasyat itu belum masuk bab spin lagi, kiranya dua beranak ni memang rare gilalah dan sudah semestinya dalam kem DAP sendiri kedua-dua anak beranak ini dilayan macam raja sebab siapa-siapa yang bersuara atau menegur alamatnya jadi macam YB Penanti dan YB Tanjung Bunga.

Dan dalam hal yang MMI perkatakan ni bekas ahli seumur hidup DAP sudah pun menyatakan pendiriannya bahawa puak-puak ni memang tak boleh pakai.

Bekas ahli DAP seumur hidup tu kata DAP bukan lagi PEMBANGKANG sebaliknya kini berubah menjadi RAKUS untuk terus mengejar KUASA sehingga sanggup menjilat ludah sendiri.

Malah penerimaan DAP terhadap musuh politiknya Tun Mahathir dianggap sebagai tindakan yang amat JIJIK kerana DAP telah menggadaikan PRINSIP perjuangan parti yang secara tidak langsung dianggap sebagai usaha MEMBODOHKAN para penyokongnya di akar umbi.

Nah hadamkan sendiri klik pautan berikut Ahli DAP Dedah Betapa Buruknya DAP

Jadi sebab itulah dalam Forum Skandal Terowong Pulau Pinang anjuran MCA, kelibat kedua-dua anak beranak ini tidak kelihatan.


Dilaporkan kedua-duanya telah diberi ‘jemputan khas’ untuk hadir ke program tersebut bagaimanapun hanya tinggal kerusi kosong sepanjang forum “Political talk on Penang’s truth” berlangsung.

Macam-macam alasan diberikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang kononnya tak setaraf dan hanya akan berdebat dengan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Pegiirahhh sembang kencang bila dah MCA ajak bersemuka menikus PONDAN Sajat lagi BERANI rasanya !

Ada 2 perkara yang MMI nampak dalam isu menikus ni ...

1.Guan Eng sebenarnya telah terlepas peluang untuk membuktikan pertuduhan terhadap dirinya adalah sama sekali dibuat berasaskan kepada FITNAH seperti mana yang beliau sering lontarkan. Rugilah Guan Eng sebab jika benar beliau tidak bersalah dipentas inilah Guan Eng boleh MEMALUKAN bukan sahaja pemimpin MCA tetapi juga Eric See-Too, Timbalan Pengarah Unit Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BNSC).

Ini bukan calang-calang orang beb, pendedahan demi pendedahan dibuat oleh mereka-mereka ini dan disinilah sepatutnya Guan Eng tampil menafikan dakwaan mereka malah dihadapan ratusan penduduk Pulau Pinang sendiri !

Soalnya kenapa tak hadir ?

Sibuk ker Guan Eng ??

2.Guan Eng sebenarnya BIMBANG dan TAKUT kerana pendedahan berdasarkan kepada fakta yang dibuat itu SUKAR untuk di spin oleh mana-mana pemimpin sekalipun kerana ianya berasaskan kepada dokumen, hasil kajian oleh pihak-pihak yang kompeten serta hasil kerja buat pentadbiran kerajaan negeri di bawah DAP itu sendiri.

Sebeb itulah Guan Eng tak berani hadir sampai kena perli dengan Eric !



Apa pun forum anjuran MCA tetap mendapat sambutan apabila lebih 500 orang memenuhi Dewan Tan Si Eng Chuan Tong bagi mendengar ceramah politik bertajuk ‘Kisah Benar 2.0: Skandal Terowong Dasar Laut RM6.3 bilion’.

MMI ucapkan syabas kepada MCA dan semua pihak yang terlibat dalam forum tersebut kerana tampil dan mencabar kedua anak beranak DAP tu.

Sesuatu yang pasti forum tersebut diadakan dalam kawasan Guan Eng, Bagan so kalau kawasan sendiri pun tak hadir ceritanya tak payah nak sembang berdegar-degar kat luar.

Rakyat tak buta dan tak pekak Guan Eng !

MMI

Friday 30 March 2018

GEMPAR Hantu Paling BIADAP Dalam Dewan !


Cukup melucukan sekali apabila puak-puak Pakatan Haprak mempertontonkan kepada umum sifat bodoh sombong mereka.

Dalam artikel sebelum ini MMI dah jelaskan bagaimana Kit Siang yang telah diarahkan supaya keluar dewan dan digantung selama 6 bulan dari menghadiri sidang baca SINI

Namun seperti mana yang MMI sebutkan sebelum ini puak-puak Pakatan Haprak ni memang kurang ajar dan biadap, Kit Siang mengulangi contoh itu apabila masih lagi berada dalam dewan sedangkan beliau sudah pun digantung sebelumnya.

Bukankah kehadiran beliau itu (dalam tempoh digantung) adalah satu tindakan yang tidak menghormati dewan yang mulia seperti mana yang sering dibangkitkan oleh kuncu-kuncu Kit Siang ?

Pembangkang tak sentuh bab ini sebaliknya cuba untuk membangkitkan isu baharu dan bertekak dengan wakil daripada BN.

Kononnya kerana biadap sebab menggelar Kit Siang HANTU !

Hahahah memang patut la bro ....
Kemunculan Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang di dalam Dewan Rakyat walaupun sudah digantung enam bulan mulai semalam dianggap ‘hantu’ oleh Tan Sri Noh Omar dan Ahli Parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi.
Menteri Kesejanteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Menempelak Kit Siang yang tiba-tiba bangun mencelah bertanya kepada Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia sama ada beliau digantung sehari atau enam bulan.
“Saya 23 tahun di dalam Dewan. Suara itu (Kit Siang) saya biasa dengar tetapi saya tidak nampak,” katanya sambil Pandikar meminta Noh meneruskan pembentangan usul berkaitan kementeriannya.
Budiman kemudian bangun mencelah.
“Ada suara hantu,” katanya.
“Hantu, ialah mungkin hantu. Sebab itu, dia tak faham bahasa,” sambut Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang.
Menurut Noh lagi, “Kalau saya kena halau saya keluar Dewan, ini (Kit Siang) duduk lagi dalam Dewan,”.
Kit Siang juga berada di dalam Dewan ketika perbahasan dan undian belah bahagian syor persempadanan semula kawasan pilihan raya petang semalam.
Sebelum itu Ahli Parlimen Setiu Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh bangun bertanya Pandikar mengenai status Kit Siang yang digantung semalam tetapi masih ada di dalam Dewan hari ini.
Bagaimanapun, Pandikar hanya menjawab, beliau juga ‘tidak nampak’ Ahli Parlimen Gelang Patah itu walaupun Kit Siang duduk di kerusi tidak jauh daripadanya.
Dewan kermudian panas dengan beberapa ahli parlimen pembangkang bertikam lidah dengan Noh untuk mempertahankan Kit Siang.- Bnbbc


Hahaha steady Tan Sri Noh Omar dan Speaker memang lawak puak-puak pembangkang ni, bodoh tak bertempat !

MMI

Thursday 29 March 2018

Persempadanan Semula REALITI Yang Perlu Rakyat Tahu


Pembangkang dari blok Pakatan Haprak jelas telah mempamerkan sikap sebenar mereka dalam proses pengundian berkenaan usul Mengenai Laporan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan Dan Negeri Tahun 2018 yang dibentangkan di Dewan Rakyat.

Usul tersebut lulus selepas undian belah bahagian yang menyaksikan 129 undi menyokong dan 80 menentang dan antara yang menyokong usul tersebut adalah Ahli Parlimen Bebas Tan Sri Khalid Ibrahim.

Yang paling penting sekali dalam keputusan ini adalah bagaimana kita melihat usaha kerajaan BN yang sebenarnya menitik beratkan kepada soal rakyat kerana persempadanan ini bukanlah dilakukan atas sebab politik tetapi ianya mensasarkan kepada keperluan rakyat seluruhnya.

Pembangkang semahunya tidak mahu rakyat faham dan sedar bahawa keputusan persempadanan ini adalah untuk kebaikan mereka. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perubahan yang disyorkan dalam kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya akan membolehkan wakil rakyat menyampaikan perkhidmatan dengan lebih cekap dan berkesan di kawasan masing-masing.

Menurut beliau, perubahan tersebut memberi kelebihan kepada wakil rakyat untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan masing-masing.

“(Ia) sekali gus menafikan persepsi dan dakwaan yang tidak benar dan tidak berasas bahawa syor-syor ini hanya menguntungkan sesetengah pihak sahaja,” katanya ketika membentangkan usul kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya di Dewan Rakyat hari ini.

Perkara pokoknya adalah soal PERKHIDMATAN dan sudah pasti sebagai sebuah kerajaan yang komited dengan keperluan rakyat hal seumpama ini perlu ditangani dengan sebaiknya kerana apa jua keputusan sekalipun ianya akan berbalik kepada rakyat.

Jika keputusan ini ditolak maka yang menjadi mangsa adalah rakyat dan apabila keputusan ini diluluskan maka kerajaan sebenarnya sudah melaksanakan tanggungjawabnya untuk memastikan setiap Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri mampu menunaikan tanggungjawab mereka dengan lebih efisien terhadap rakyat.

 Apa lagi yang mahu dimomokkan pembangkang ? Soal ketelusan ? 

Jangan lupa sewaktu proses pengundian berlaku, Azmin Ali sendiri tidak berada dalam Dewan so kenapa pembangkang terjerit-jerit ?

Pakatan Haprak sebelum ini sudah pun mengheret SPR ke mahkamah kerana tidak berpuas hati terhadap syor persempadanan semula tetapi SPR telah menyediakan satu platform untuk semua pihak mengemukakan bantahan terhadap mana-mana syor persempadanan seperti yang dipaparkan.

Akhirnya keputusan mahkamah berpihak kepada SPR membuktikan bahawa SPR telah melaksanakan tugas ini berlandaskan kepada prinsip-prinsip yang telah diperuntukkan oleh Lembaga Persekutuan iaitu undang-undang tertinggi di Negara ini,

Apa lagi yang puak pembangkang nak buktikan ?



Tengok dan dengar betul-betul penjelasan daripada Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia cukup jelas sekali !

Namun puak-puak buta hati ini terus melalak dan cuba pula untuk kaitkan 1MDB untuk panaskan keadaan selebihnya apa ? 

Sengaja nak tunjuk hero kononnya merekalah yang lebih hebat dalam peraturan mesyuarat Dewan Rakyat dan akhirnya Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menggunakan peraturan mesyuarat 44(2) mengarahkan veteran politik DAP itu keluar kerana terus mempertikai laporan atau syor persempadanan semula.

Tak cukup lagi masih nak tunjuk pandai Kit Siang pertikai pula kuasa Speaker sehingga akhirnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said kemudian membacakan usul menggantung ahli parlimen Gelang Patah itu di bawah peraturan mesyuarat 44 (3).

Usul berkenaan disokong Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Razali Ibrahim dan  diputuskan dengan lebih suara yang menyokong.


SILA KELUAR .. Cukup berhemah layanannya

Rumusannya apa yang dibangkitkan adalah berkenaan persempadanan semula dan perlu rakyat seluruhnya tahu bahawa rekod menyatakan Persempadanan Semula yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan pembangkang juga pernah memenangi enam negeri sebelum ini.


Malah Persempadanan Semula ini juga telah dilakukan 14 kali dan enam kali ketika zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.



Jadi mengapa ia perlu dijadikan sebagai isu ?

Sebab puak-puak Pakatan Haprak bukanlah kalangan mereka yang mahu berkhidmat untuk rakyat sebaliknya hanya mengejar kedudukan dan kuasa politik untuk kepentingan dan agenda masing-masing.

MMI

Wednesday 28 March 2018

INVOKE Terlibat Dalam Pencurian Data Peribadi Berjuta Rakyat Malaysia ? #Souljer


Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua .. Begitulah pepatah orang tua-tua mengingatkan kita supaya tidak lupa diri dan sentiasa istiqomah dengan apa yang kita lakukan.

Namun semua itu tidak penting bagi Rafizi dan kuncu-kuncu invokenya apabila keterujaan untuk mendedahkan hasil ramalan berhubung PRU14 segera sampai kepada rakyat.

MMI yakin bagi Rafizi ianya amat penting kerana perancangan penuh agenda PH khususnya dalam mendepani PRU14 ini dapat berjalan dengan baik.

Ramalan Rafizi dan invoke memperlihatkan keputusan hasil ramalan yang dijalankan membabitkan 17 juta rakyat Malaysia itu adalah ramalan yang bakal menjadi penentu sama ada PRU14 dijalankan dalam keadaan telus atau sebaliknya.

Ada 5 persoalan yang harus dijawab oleh Rafizi ! 

1. sejauh mana Rafizi dan invoke benar-benar memiliki 17 juta data peribadi penduduk Pulau Pinang ?

2.Apakah INVOKE memperolehi data-data peribadi rakyat Malaysia ini secara SAH ?

3.Adakah INVOKE terlibat dalam pencurian data peribadi berjuta rakyat Malaysia ?

4.Siapakah (SUMBER) yang memberikan data-data ini kepada INVOKE ?

5.Apakah INVOKE mendapat kebenaran Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia untuk menyimpan dan menggunakan data-data tersebut ?

Kerana itu hari ini Biro Media Sosial Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia tampil dan membuat laporan polis ! 
PUTRAJAYA 28 Mac - Pemuda UMNO hari ini membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung tindakan pusat kaji selidik propembangkang, Invoke Malaysia yang didakwa telah menceroboh lebih 17 juta data peribadi rakyat negara ini.
Aduan itu dibuat oleh Exco Pemuda UMNO, Ibdillah Ishak di Ibu Pejabat Polis (IPD) Putrajaya dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi, Kementerian Komunikasi dan Multimedia secara berasingan di sini.
Menurut Ibdillah, pihaknya berbuat demikian supaya satu siasatan dapat dijalankan segera terhadap pusat kaji selidik itu ekoran wujudnya elemen meragukan berkenaan kaedah digunakan dalam menghasilkan laporan pola pengundian Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Katanya, Invoke Malaysia yang diterajui Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli itu dipersoal sama ada mereka mendapatkan data peribadi secara sah atau mencuri kerana mereka dikatakan berjaya menghubungi lebih 17 juta rakyat Malaysia.
“Setelah diteliti, pusat kajian ini telah menggunakan data haram kerana diperoleh secara tidak sah dan tidak mendapat kebenaran.
“Sehubungan itu, Pemuda UMNO gesa Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi untuk menyiasat dakwaan pencerobohan ini dengan segera,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Putrajaya di sini hari ini.- Utusan Online


Melihat kepada senario ini sahaja pun, kita sudah boleh menghidu bau kurang enak yang kini sedang  menusuk ke lubang hidung sebahagian besar rakyat Malaysia.

Apakah maklumat peribadi kita benar-benar selamat ?

MMI

Tuesday 27 March 2018

Malaysia Akan Bangkrap Jika Beginilah Sikap Ahli Parlimen !


Apabila parti-parti pembangkang begitu galak menghasut orang ramai kononnya Malaysia akan bangkrap kerana kelemahan kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak, mereka kadang-kadang lupa bahawa FAKTA berdasarkan kepada kerja dan usaha yang dilakukan oleh kerajaan BN yang merujuk kepada pengurusan berpasukan.

Sudah tentu sebagai kerajaan, laporan tertentu dan hasil kajian mengenai sebarang bentuk pelaburan sama ada pelaburan masuk atau pelaburan keluar dibuat secara profesional.

Mudah kata ianya disediakan oleh mereka yang mempunyai keupayaan dan kemahiran sebagai kalangan mereka yang punya pengalaman dan kemahiran bertaraf dunia.

Kerana itulah kerajaan BN tidak goyah dengan gerakan pembangkang cumanya dalam keadaan tertentu, kerajaan mesti mengambil tindakan kerana pembangkang telah bertindak sehingga menjejaskan kestabilan ekonomi negara.

Itulah sebabnya MMI menyebut Malaysia akan bankrap jika begini sikap Ahli Parlimen yang sebenarnya merujuk kepada tiga pemimpin DAP yang kurang ajar dan biadap !

Tiga ahli parlimen DAP, Nga Kor Meng (Taiping), Ngeh Koo Ham (Beruas) dan V. Sivakumar (Batu Gajah) digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama 10 hari mulai semalam kerana menghina Speaker dan Dewan.

Keputusan itu diumum Timbalan Speaker Datuk Seri Ronald Kiandee sebaik selesai sesi soalan lisan di Dewan Rakyat, Isnin.

Pada 7 Mac lalu, ketiga-tiga wakil rakyat DAP itu membuat kenyataan bersama menuduh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyalahguna kedudukan apabila menolak soalan berkaitan kapal mewah yang dikaitkan dengan Jho Low serta soalan-soalan 1MDB.

Mereka juga mendesak Pandikar melepaskan jawatan.

Dengan hukuman gantung daripada menghadiri Dewan selama 10 hari, Nga, Ngeh dan Sivakumar tidak boleh mengambil apa-apa bahagian di dalam persidangan Dewan Rakyat yang dijadulkan berakhir 5 April depan.

Berikut kenyataan Ronald Kiandee mengenai hukuman gantung terhadap ketiga-tiga ahli parlimen DAP di Dewan Rakyat.



Belum pun mereka menjadi kerajaan dan belum pun punya kuasa penuh sebagai kerajaan persekutuan, mereka sudah menunjukkan sikap biadap dan kurang ajar !

Apakah rakyat Malaysia yakin manusia-manusia ini mampu menjadi pemimpin yang terbaik mewakili semua bangsa yang hidup serumpun di bumi Malaysia ?

Beringatlah Ahli Parlimen DAP ini tidak menyumbang apa-apa untuk negara melainkan menyalak bukit dan MMI optimis jika spesis menyalak sebegini diangkat untuk menerajui negara mereka bukan sahaja akan terus menyalak tetapi turut sama mengonggong HAK dan KEDUDUKAN orang-orang MELAYU untuk dibuang jauh-jauh.

Well buatlah keputusan yang terbaik kerana pilihan ditangan anda !

#TolakDAP

MMI

Monday 26 March 2018

Perbicaraan Kes Banglo Bermula, Guan Eng Nak Guna Strategi Anwar Juga Ka ?


Setelah sekian lama rakyat Pulau Pinang menanti akhirnya masa yang ditunggu-tunggu telah tiba.

Perbicaraan kes melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membuka tirai dan kita semua sedia maklum Guan Eng bakal berdepan dengan pertuduhan terhadap skandal pembelian banglo yang telah mengheret beliau menjadi Ketua Menteri PERTAMA dalam sejarah negeri Pulau Pinang yang dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan rasuah.

MEMALUKAN !

GEORGE TOWN, 26 Mac – Perbicaraan kes rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon berhubung penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran di Mahkamah Tinggi bermula hari ini dengan pihak pendakwaan mengemukakan pertuduhan pindaan terhadap kedua-dua tertuduh.
Lim dan Phang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pindaan yang dibacakan di hadapan Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail.
Bagi pertuduhan pindaan pertama Lim didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Pulau Pinang menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya dan isteri Betty Chew Gek Cheng, meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.
Lim, 58, dituduh melakukan kesalahan tersebut ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Komtar, George Town di sini pada 18 Julai 2014.
Pertuduhan pindaan itu bagi menukar ayat sebagai penjawat awam dalam pertuduhan asal kepada seorang pegawai badan awam.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada ahli perniagaan Phang Li Koon dengan harga RM2.8 juta.
Sedangkan nilaian semasa hartanah itu adalah RM4.27 juta yang tertuduh mengetahui bahawa Phang mempunyai hubungan dengan tugas-tugas rasminya (Lim).
Lim didakwa melakukan kesalahan itu di No 25 Jalan Pinhorn, George Town di sini pada 21 Okt 2015 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.`
Pertuduhan pindaan kedua pula menukar tarikh kejadian dari 28 Julai 2015 kepada 21 Okt 2015. Phang juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pindaan bersubahat dengan Lim dalam mendapatkan banglo berkenaan pada harga bawah nilai sebenar.
Pindaan itu juga melibatkan tarikh daripada 28 Julai 2015 kepada 21 Okt 2015.
Wanita itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di tempat dan pada tarikh sama mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama Seksyen 165, memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Lim dan Phang tiba di bilik bicara mahkamah pada 8.50 pagi.
Bilik bicara mahkamah dipenuhi dengan anggota keluarga tertuduh serta penyokongnya dan 20 media dibenarkan masuk bagi mengikuti prosiding kes itu.
Media dan orang awam mula berkumpul pada 7.30 pagi dan media dibenarkan masuk ke bilik bicara pada 8 pagi dan diperiksa dengan alat pengesan logam.
Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Datuk Masri Mohd Daud manakala Lim diwakili peguam antaranya Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh dan RSN Rayer manakala Datuk V. Sithambaram dan Hisyam Teh Poh Teik bertindak bagi pihak Phang.
Masri memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya akan memanggil sekurang-kurangnya tujuh saksi pendakwaan hari ini.
Mahkamah juga membenarkan permohonan pendakwaan supaya kes Lim dan Phang dibicarakan bersama.
Sementara itu, pada prosiding perbicaraan sebelah pagi tadi, tujuh saksi pendakwaan selesai memberi keterangan. Perbicaraan akan bersambung pada 2.30 petang ini dan pihak pendakwaan dijangka memanggil tiga lagi saksi pada prosiding sebelah petang.
Apa yang menarik minat MMI adalah sejauh mana ketelusan Ketua Menteri Pulau Pinang ini menghadapi kes perbicaraannya ?

Apakah akan ada MO atau modus operandi yang sama seperti Anwar Ibrahim yang banyak kali menangguhkan perbicaraan atas pelbagai alasan bodoh ?

Jangan lupa Guan Eng sudah pun mengkianati perjuangan rakan-rakannya sendiri apabila tidak meletakkan jawatan sedangkan sebelumnya mereka begitu beria-ia mengaku kononnya atas KETELUSAN dan dasar CAT tindakan meletakkan jawatan adalah perbezaan antara pemimpin pembangkang dan pemimpin kerajaan BN.

SEMBANG GAJAH PUN BOLEH TERBANG !

MMI

Sunday 25 March 2018

Hebat Ke Mahathir Bila Terjah Forum Sinar ?


Apa jua strategi yang dirancang oleh kedua-dua pihak sama ada Mahathir mahupun sinar sendiri, aksi Mahathir yang menerjah forum yang dibarisi ahli panel antaranya Dr Kamarol Yusoff tempoh hari adalah satu perkara yang menjejaskan reputasi Mahathir sendiri.

Semua orang tahu aksi tersebut telah dirancang dan sudah semestinya apa jua impaknya tidaklah membawa erti apa-apa kerana ia hanya sekadar forum dan panel pula adalah kalangan mereka-mereka yang dijemput oleh pihak penganjur.

So apa yang nak diketengahkan sebenarnya ?

Nak tunjuk kepada umum bahawa Dr Kamarol terkedu apabila Mahathir hadir ?

Jika ya sekalipun ianya adalah perkara biasa kerana sebagai manusia normal dan berada dalam keadaan yang dirancang sebegitu rupa sudah tentulah sedikit sebanyak perasaan hormat kerana adab orang Melayu apabila berdepan sememangnya begitu.

Dan kalau Mahathir nak banggakan sekalipun, yang diterjah adalah Dr Kamarol, beliau bukan pemimpin politik so apa yang nak kembangkan sangat ?

Tak mengapa its normal Dr Kamarol, dan ianya tidak bermakna Dr Kamarol akan berhenti untuk memberikan pandangan serta berhujah mengenai politik negara !

Seperkara yang perlu rakyat tahu adalah Mahathir sedar beliau sedang memimpin parti yang sedang hidup segan mati tak mahu dan kerana itu Mahathir perlu mencari ruang untuk mempopularkan dirinya dengan aksi-aksi yang sebegini.

Tak apalah buatlah Mahathir mungkin lepas ni boleh susun jadual program mana pula nak terjah !

Kalau yang pertama ni anjuran Sinar boleh buat macam tu, MMI ternanti-nanti apakah siri terjahan lain selepas ini akan berlaku dan dalam program anjuran siapa pula ?

Bukan apa silap-silap boleh dapat malu kot ! Oh ok bersangka baik terjahlah Mahathir terjah lagi !

Apa pun perlu MMI tulis disini bahawa semua aksi tersebut hanyalah satu lakonan politik yang dibuat untuk mendapatkan simpati rakyat kerana Mahathir sendiri pun dulunya pernah meninggalkan majlis tanpa menjawab soalan yang dikemukan oleh penerjah majlisnya.



Mahathir ingat sama kita tu dah hujung-hujung tak payah dah kot dok berlakon macam ni !!!!

Orang dah kenal siapa kamu sebenarnya !!!!

MMI

Saturday 24 March 2018

Mukhriz Kantoi ISU CAMBRIDGE ANALYTICAL Wayang Pacak Alaf Baharu !


Sesiapa pun berhak untuk memilih identiti atau karektor yang bagaimana mahu ditampilkan kepada umum kerana ianya adalah pilihan peribadi. 

MMI sendiri pun tidak mahu artikel ini kemudiannya dilihat sebagai satu wadah kutukan yang berlandaskan kepada faktor perbezaan ideologi politik yang akhirnya tidak membawa sebarang keuntungan kepada sesiapa.

Namun melihat kepada tindak tanduk pemimpin PPBM ini, rasanya adalah wajar kiranya MMI menyentuh sedikit sebanyak perihal anak kesayangan Mahathir ini kerana apa yang dilagukan beliau adalah berbeza dan kemunculannya sebelum ini bukanlah berdasarkan kepada keperibadian beliau sebaliknya terhasil daripada pihak perunding.

Apa yang didedahkan amat memeranjatkan sekali, Mukhriz mempunyai PENASIHAT dan PERUNDING ANTARABANGSA yang dikenali sebagai CAMBRIDGE ANALYTICA (CA). Rupa-rupanya dia hidup berdasarkan graf, histogram dan laporan yang disediakan oleh syarikat perunding dan penasihat antarabangsa itu. Bukannya berdasarkan naluri dan pertimbangan akal seperti yang sepatutnya dilakukan oleh manusia normal.

Kalau orang PPBM sendiri tidak bercakap, sampai bila-bila pun tiada sesiapa yang tahu tentang perangai sebenar Mukhriz Mahathir. Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2013 dan merupakan anak syarikat kepada SCL Group yang beroperasi di London itu, hanya perlu menjual air liur, permainan silang data seperti yang sering dilakukan oleh para pemikir dan pengatur strategi yang terkurung dalam bilik berhawa dingin dan dikelilingi carta dan graf yang dikenali sebagai WAR ROOM.

Modal syarikat-syarikat seperti CA adalah PSEUDO BEHAVIOURAL SCIENCE yang menggabungkan logik sains dengan cerita dongeng seperti yang sering dilakukan oleh ahli-ahli silap mata.

Sebagai contoh, kesemua data peribadi 52,383 pengundi P5 JERLUN dimasukkan ke dalam aplikasi CA dan data tersebut disalingkan dengan teori Sains Tingkahlaku. Hasil dari analisa ini akan memberi panduan kepada calon P5 JERLUN dalam PRU 14 iaitu Anina Saadudin (CONTOH- jangan ketawa.) untuk merangka strategi kempen paling tepat untuk mengubah sikap pengundi terhadap calon. Misalnya, kajian tersebut menunjukkan pengundi suka calon yang berjubah dan tudung labuh, maka calon akan memakai pakaian tersebut dalam tempoh berkempen.

Persoalan sama ada perkhidmatan CA itu dianggap melanggar etika kerana berasaskan kepada sumber maklumat peribadi 52,383 pengundi itu betul atau tidak, tidak timbul kerana di Malaysia walaupun wujud Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, hampir setiap hari data peribadi rakyat Malaysia bocor sepertimana panggilan telefon secara rambang daripada penjual insurans yang menggunakan nama bank-bank tertentu untuk menjerat mangsa.

Niat awal Wan Saiful Wan Jan yang merupakan Timbalan Pengerusi Biro Strategik dan Polisi PPBM membuat pendedahan itu, adalah untuk menimbulkan persepsi awam yang Barisan Nasional menggunakan pihak asing untuk menang PRU sekaligus mengalihkan isu pihak luar negara yang diupah untuk memburuk-burukkan Malaysia seperti Sarawak Report dan portal-portal berita yang hidup berdasarkan pembelian serta penajaan berita.

Namun usaha tersebut terbalik ke batang hidung Mukhriz Mahathir apabila Azrin Zizal, Ketua SL Kumpulan Asia Tenggara merangkap Pegawai Media Mukhriz Mahathir ketika Mukhriz masih Timbalan Menteri MITI, membuat pengakuan bahawa dia mewakli CA yang membantu Mukhriz secara terus pada PRU-13 di Kedah.

Sudah tentu Mukhriz kelam-kabut cuba menafikan perkara yang amat memalukan itu. Dan tidak menghairankan juga apabila bapanya, Dr. Mahathir yang kuat melindungi si Mukhriz cuba meletakkan kesalahan kepada BN menggunakan khidmat CA. Pengesahan tentang KETIDAKTERLIBATAN BN dengan CA bagaimanapun telah disahkan oleh SCL Group sendiri.Baca selanjutnya di SINI

Semua tuduhan terdesak PPBM yang cuba mengaitkan BN ternyata menjadi PELURU SESAT yang akhirnya memakan diri tuannya sendiri.

Dalam kontek ini MMI rasa wajar untuk kita berterima kasih kepada Timbalan Biro Strategik dan Polisi PPBM kerana hasil daripada keterujaan beliau untuk menghukum BN yang jelas tidak terlibat dan secara tidak langsung telah mendedahkan siapa sebenarnya Dr Jekyll and Mr Hyde yang sebenarnya.

Sebab itu MMI kata inilah WAYANG PACAK alaf baharu !

Mukhriz hang dah kantoi dah !

MMI

Friday 23 March 2018

1MDB Jangan Butakan Mata Hanya Kerana Tohmahan Pembangkang


Ada sesetengah rakyat Malaysia sendiri yang suka mengambil pendekatan untuk membuka seluas-luasnya pemikiran mereka untuk diracuni oleh gerombolan pembangkang yang kerjanya saban hari mencipta tohmahan terhadap kerajaan BN.

MMI bukan saja-saja menulis tetapi ianya berlandaskan kepada pengakuan Rafizi Ramli bahawa kerja mereka adalah menghasut rakyat Malaysia supaya benci kepada kerajaan. Sudah tentulah mengambil kira keadaan itu hasutan-hasutan ini akan digarap sekemas mungkin malah turut melibatkan agensi media asing supaya hebahan berita yang dicipta itu dilihat sebagai punya asas seterusnya dapat mengelirukan rakyat.

Ini realitinya ! 



Sebab itulah dalam hal membabitkan 1MDB, pembangkang terus-terusan menyerang badan terbabit dengan pelbagai tuduhan yang sama sekali tidak masuk akal !

Antara yang popular dikalangan rakyat adalah tuduhan bahawa 1MDB telah kehilangan wangnya dalam jumlah mencecah bilion ringgit kerana dimasukkan ke akaun Najib Razak.

Sedang hakikatnya 1MDB telah pun mengesahkan bahawa badan itu tidak mengalami kehilangan wang seperti mana yang dituduh !

Malah turut menafikan sebarang kaitan dengan tuduhan kononnya sebahagian wang milik 1MDB dimasukkan ke akaun Najib Razak.

Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berkata, isu tersebut bukan suatu perkara baru memandangkan ia telah dibangkitkan pada bulan April 2016 oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan ia telah pun dijawab.

Mengulas mengenainya, Arul berkata, semasa proses siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), 1MDB telah mengemukakan segala dokumen berkaitan kepada pihak Jabatan Audit Negara.

Tambahnya, sebagai pembeli untuk saham yang dijual oleh PetroSaudi, pihaknya telah membuat bayaran sepertimana diarahkan oleh pihak penjual, iaitu PetroSaudi dan 1MDB telah menerima saham di dalam syarikat usahasama sebagai balasan untuk pembayaran tersebut.

” Arahan kepada 1MDB untuk membayar dana AS$700 juta ke dalam akaun Good Star Limited, diberi oleh penjual saham, PetroSaudi, melalui firma guaman White & Case (London), salah satu firma guaman antarabangsa yang profesional, terkenal dan disegani.

” Seterusnya, pihak PetroSaudi sendiri telah memberi pengesahan secara bertulis bahawa apabila dana dibayar oleh 1MDB kepada Good Star, syarikat Good Star itu adalah kepunyaan PetroSaudi,” katanya pada theRakyat.com Baca selanjutnya di SINI

Seperkara yang perlu rakyat Malaysia tahu adalah pembangkang begitu takut sekali sekiranya seluruh rakyat faham tentang sumbangan 1MDB terhadap negara.

Sama ada sedar atau dibuai dengan adu domba pembangkang, TRX dan Bandar Malaysia adalah  bukti kejayaan 1MDB selain daripada segala sokongan dan bantuan secara terus kepada rakyat melalui bantuan-bantuan 1MDB yang lain.

"Masyarakat boleh melihat dan menilai sendiri pembangunan yang sedang giat berjalan di sekitar TRX yang sehingga hari ini masih berjalan dan terus mendapat perhatian pelabur tempatan dan antarabangsa,” katanya ketika berucap pada program Diskusi 1Minda 1Bicara 1MDB baru-baru ini.

Menurut Arul Kanda walau apa pun fitnah, syarikat 1MDB tidak bangkrap dan masih berupaya membayar hutangnya serta membangunkan aset-aset yang ada.

“Sehingga kini kita telah berjaya menarik pelabur ke TRX seperti HSBC Bank Malaysia Bhd yang bakal membina ibu pejabat terbesar di Asia Tenggara selain Prudential, Affin Bank Berhad, Lembaga Tabung Haji dan banyak lagi,” katanya.

Menurutnya 1MDB juga membelanjakan RM3 bilion bagi pembinaan infrastruktur di sekeliling TRX seperti pasar baharu untuk peniaga, dan pembinaan jalan terus ke lebuh raya utama seperti Terowong SMART, lebuh raya Maju (MEX) dan lebuh raya DUKE.

Beliau berkata nilai aset milik 1MDB ketika ini juga sebanyak RM43 bilion, melebihi nilai hutang semasa yang berjumlah RM31 bilion, dengan majoriti aset tersebut merupakan sektor hartanah yang dilihat mempunyai jumlah yang lebih daripada mencukupi untuk membayar hutang syarikat berkenaan. sumber

So apa lagi yang mahu dilalakkan ? 

Sebagai rakyat MMI syorkan supaya berhentilah daripada mempercayai berita penglipurlara kerana ia tidak membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat dan negara sebaliknya rujuk dan cari maklumat yang sahih kerana sekali kita dibutakan oleh pembangkang maka kesannya mampu menyebabkan selurh generasi selepas ini turut sama menjadi buta dan sudah tentunya impak bakal menerjah anak cucu cicit kita nanti.

MMI

Thursday 22 March 2018

Akhirnya Malaysia JAJAH Negara CHINA ! Mahathir Buat Apa ?


Akhirnya Malaysia yang dituduh oleh pembangkang dikepalai Mahathir bakal dijajah oleh negara China bukan sahaja membuktikan ianya tidak berlaku sebaliknya Malaysia kalau dikira berdasarkan perkiraan Mahathir dan kuncu-kuncunya sudah pun menjajah negara China.

Perkara ini dibuktikan apabila Lebuh Kuantan telah dengan rasminya dibuka di bandar Qinzhou, Guangxi.

Menurut laporan daripada beberapa portal menyatakan Lebuh Kuantan yang dirasmikan oleh wakil-wakil dari Majlis Perbandaran Kuantan ini berada di Taman perindustrian Qinzhou China-Malaysia Industrial Park (CMQIP) di bandar Qinzhou di China yang dimiliki 49 peratus oleh Malaysia.


Keluasan CMQIP ialah 3 kali ganda lebih besar dari Taman perindustrian Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) di Kuantan, Pahang yang dimiliki 51 peratus oleh Malaysia.

Lebuh Kuantan di Qinzhou ini merupakan projek timbal balas kepada Jalan Qinzhou di Kuantan sebagai penanda semangat program berkembar bandar-bandar Kuantan dan Qinzhou.

So MMI nak tanya Mahathir atas dasar perkiraan apa yang membuatkan Mahathir begitu galak sekali melalak sebelum ini ?

Kalau mengambil kira daripada sudut ekonomi misalnya MMI tidak nampak sebarang perlakuan salah diantara kedua-dua pihak malah MMI yang kebetulan melalui kawasan Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) di Kuantan baru-baru ini merasakan memang ada kewajaran usaha sama ini dilakukan.

MMI bagi pandangan sebagai rakyat biasa ...

Pertamanya tindakan yang cukup bijak oleh kerajaan kerana menggunakan kawasan yang amat sesuai untuk dibangunkan sebagai kawasan perindustrian di Kuantan yang sayup mata memandang.

Keduanya sepanjang perjalanan MMI dapat melihat rakyat Malaysia yang mendapat manfaat hasil daripada MCKIP dengan peluang-peluang pekerjaaan yang ditawarkan.

Selain daripada itu MMI percaya bahawa ada manfaat-manfaat lain kepada rakyat di sekitar contohnya peniaga goreng pisang dan air kelapa.

Apa pun sengaja MMI bagi contoh semacam itu sebab kalau bagi yang intelek sikit pun puak-puak pembangkang bukannya reti kira nak melalak ja !!!!

Mahathir lagilah sanggup bawa anak isteri untuk cari jalan nak rosakkan imej kerajaan BN !

Tapi dia lupa orang tak pernah lupa apa dia buat waktu jadi Perdana Menteri ! Ampa tau apa dia ???


Pada 24 November 1990, Mahathir menandatangani perjanjian untuk membenar Singapura mengambil-alih tanah Johor seluas 54,000 ekar (216 kilometer persegi) untuk membina empangan di Sungei Linggiu.

Singapura hanya perlu membayar RM320 juta ganti-rugi (for permanent loss of use of the land), premium tanah RM388 juta dan sewa tahunan RM30 untuk setiap 1,000 kaki persegi.

Di bawah perjanjian ini, Singapura juga dibenarkan untuk mengambil air tanpa had dari Malaysia.

54,000 ekar (kesemua sekarang milik Singapura) bersamaan dengan 16 kali ganda saiz Forest City, 88 kali ganda saiz Melaka Gateway dan 7.2 kali ganda saiz Taman Perindustrian Malaysia-China-Kuantan (yang kesemua milik majoriti Malaysia).

Kalau Najib yang bikin perjanjian macam ini dengan Singapura, tentu Mahathir dan gengnya akan meroyan tanpa arah. Sejuta gambar propa akan wujud kononnya Najib jual negara ataupun Najib hamba Singapura. Tetapi, yang bikin ini ialah Mahathir – bukan Najib.

Siapa sebenarnya yang jual negara? Siapa yang sudah gadaikan tanah negara yang sebesar 216 kilometer persegi kepada negara asing? Thanks bro rujukan.

Malaysia tak jajah mana-mana negara beb tapi dengan kebijaksanaan kita mencari ruang dan peluang untuk bekerjasama dengan pihak-pihak yang terbaik bagi mencapai matlamat memajukan Malaysia.

Untuk RAKYAT dan NEGARA bukan macam Mahathir untuk KRONI dan ANAK BERANAK !

MMI

Wednesday 21 March 2018

DAP Terkejut Ribuan Poster Kecam Pentadbiran Kerajaan Negeri !


Ribuan poster mengecam pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang telah dipasang di serata tempat di Pulau Pinang.

Poster yang tertulis "Temberang Pakatan Harapan 10 Tahun 51 Janji Kosong" itu telah menarik tumpuan banyak pihak dan sudah tentulah kerajaan DAP Pulau Pinang yang paling tidak senang duduk.

Yang menarik perhatian MMI adalah tindak balas kerajaan DAP Pulau Pinang yang secara membuta tuli terus menyalahkan Barisan Nasional walaupun tanpa sebarang bukti terhadap tuduhan itu dikemukakan.

Tuduhan yang dibuat oleh Chow Kon Yeow itu jelas bersifat menuduh dan ianya ditambah dengan tuduhan-tuduhan lain yang cukup memualkan seolah-olah nafsu amarah yang ada dalam diri tu tak dapat dibendung-bendung lagi.

Chow Kon Yeow berkata tindakan itu terhasil daripada lebihan dana pilihanraya yang tidak habis pada pilihanraya lalu.

“Mereka masih ada banyak duit daripada 1MDB yang tidak dibelanjakan. Mereka sedang memulakan kempen jahat dengan menggunakan poster, iklan surat khabar dan media sosial.

“Pimpinan, anggota dan penyokong DAP serta Pakatan Harapan tidak boleh memandang rendah keazaman mereka untuk merampas kembali Pulau Pinang,” ujar beliau di laman Facebook rasminya.

Mudahkan dia main tuduh-tuduh ja siap kaitkan dengan dana pilihanraya dan 1MDB.

Hakikatnya Chow Kon Yeow perlu sedar dan tahu bahawa seluruh rakyat Pulau Pinang tanpa mengira bangsa dan agama sudah benar-benar mengenali siapa DAP sebenarnya.

Malah warga Pulau Pinang juga turut kenal siapa Pakatan Haprak yang suka bercakap besar dan bersikap angkuh.

Membuat tuduhan secara membuta tuli ianya dilakukan oleh BN adalah tindakan terdesak sebenarnya kerana BN bukanlah parti yang sebodoh dan sebangang para pemimpin dan macai Pakatan Haprak.

Guan Eng, Chow Kon Yeow terimalah hakikat KEDANGKALAN dan KERAKUSAN kamu sudah menjadi LIABILITI kepada seluruh parti-parti dalam Pakatan Haprak.

Realitinya ia boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dan pastinya pemasangan ribuan poster itu adalah sebahagian daripada SUARA AWAL RAKYAT PULAU PINANG yang bakal menghukum Pakatan Haprak dan DAP dalam PRU14 nanti.

Eloklah puak-puak DAP ni pakat-pakat menyanyi lagu ABCDAP sebab budak-budak tadika lebih matang dari ampa !

MMI

Bila Wan Azizah Pura-Pura Jadi Penentang ISRAEL !


Baru-baru ini dalam Dewan Rakyat, Ketua Pembangkang Wan Azizah bangkit mempersoalkan tentang isu membabitkan kehadiran wakil delegasi UN dari Israel ke Malaysia yang telah mencetuskan perdebatan hangat para masyarakat dan netizen.

Pembangkang nampaknya mengambil isu terbabit untuk terus menyerang kerajaan Barisan Nasional, macam-macam dipertikaikan dan MMI yakin ada diantara masyarakat Malaysia sendiri juga yang keliru dengan adu domba yang dilakukan.

Apa pun MMI bersyukur kerana Wan Azizah membangkitkan persoalan tersebut di Dewan Rakyat walaupun pada dasarnya persoalan itu sebenarnya membawa maksud tersirat.

Wan Azizah dalam soalannya bertanya sama ada Malaysia ada memohon mengecualikan kehadiran delegasi Israel pada WUF9.

Dalam masa yang sama, Wan Azizah turut bertanya mengenai pendirian kerajaan berhubung penentangan terhadap penempatan haram Israel di Palestin yang turut dikecam PBB pada 2016, susulan kemasukan delegasi Israel itu.

Mengambil kira daripada soalan yang dibangkitkan itu MMI membayangkan seolah-olah Wan Azizah ini benar-benar komited dengan dasar kerajaan yang menolak sebarang hubungan dengan negara Israel.

Kerana itulah soalan sedemikian diajukan.

Sebelum MMI ulas lebih lanjut, perlu kita tahu bahawa soalan tersebut telah dijawab oleh Timbalan Menteri Luar, YB Datuk Seri Reezal Merican Nainan Merican bahawa Kerajaan Malaysia tidak memberikan sebarang layanan istimewa kepada delegasi Israel yang masuk ke negara ini bagi menghadiri Forum Bandar Sedunia Kesembilan (WUF9), bulan lalu.

Tengok video di bawah ;



Berdasarkan kepada soalan dan jawapan yang telah diselesaikan di Dewan Rakyat itu maka MMI rasa isu ini seharusnya di tutup dan pembangkang pun tidak seharusnya mengutarakan isu ini lagi termasuklah Wan Azizah sendiri.

Soalnya apakah puak-puak ini boleh berpegang kepada penjelasan tersebut ?

Kalau kita melihat kepada tindak tanduk pembangkang rasanya isu yang sama pasti akan dibangitkan di pentas-pentas politik selepas ini ! 

Sebab itulah pada awalnya MMI menyebut apa yang dilakukan oleh Wan Azizah di Dewan Rakyat seolah-olah beliau begitu komited dengan dasar kerajaan yang menolak sebarang hubungan dengan negara Israel.

Begitu kuat penentangannya sehingga melahirkan kebimbangan terhadap pendirian kerajaan berhubung penentangan terhadap penempatan haram Israel di Palestin yang turut dikecam PBB pada 2016.

Hakikatnya apa yang dipertontonkan kepada umum itu hanyalah sandiwara politik Wan Azizah !

Mungkin ramai yang dah lupa bahawa mereka-mereka ini sebenarnya dah lama bersekongkol dengan kalangan YAHUDI dan ISRAEL !

Perkara ini telah dibongkarkan oleh Lokman Adam bekas Ahli Majlis Tertinggi PKR.

Menurut Lokman, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail serta Timbalannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pernah mengadakan pertemuan dengan Soros pada 2003 bagi mendapatkan dana kegunaan Pilihan Raya Umum (PRU) 2004.

Ujarnya, didalam Mesyuarat Biro Pilihan Raya PKR, Azmin mengesahkan sebanyak RM3 juta diterima parti untuk kegunaan membeli barangan kegunaan pilihan raya.

Pertemuan yang berlangsung di Washington DC itu turut dihadiri bekas Setiausaha Akhbar Datuk Seri Anwar Ibrahim, Khalid Jaafar; dan Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong.

“Apabila saya tanya dengan Mohamad Ezam Mohd Nor (bekas setiausaha politik Anwar) masa itu, beliau memaklumkan bahawa dana itu datangnya dari Soros.

“Jadi untuk PKR, mereka ini telah dibiayai oleh Soros bukan satu perkara baru… sejak 2004 sepengetahuan saya. Yang saya tak tahu mungkin awal daripada itu, saya tak pasti,” katanya dipetik Bernama.

Perkara ini bukan sahaja dibangkitkan oleh Lokman Adam tetapi juga oleh Chegu Bard baca SINI

So apakah niat sebenar Wan Azizah agak-agak ampa ?

Jangan pura-puralah kalau bukan niat untuk menjejaskan reputasi kerajaan BN semata-mata !

MMI

Tuesday 20 March 2018

Pecat Penjawat Awam PH Teruskan Politik DENDAM !


Kita sudah melihat dan mendengar sendiri bagaimana pemimpin Pakatan Haprak sebelum ini membangkitkan tentang penutupan agensi kerajaan persekutuan seperti JASA, BTN dan lain-lain yang seangkatan sekiranya mereka menguasai Putrajaya.

Secara zahirnya kita tahu puak-puak pembangkang cukup terkesan dengan gerak kerja agensi-agensi ini memandangkan rakyat pada hari ini sebenarnya telah mempunyai pilihan untuk mendapatkan kesahihan maklumat mahupun berita yang disebarkan sama ada ianya fitnah atau ianya benar berdasarkan fakta.

Hakikatnya pembangkang melabelkan agensi-agensi ini sebagai agen UMNO atau kerajaan dalam melakukan kerja-kerja politik bagi memastikan keutuhan kerajaan sedia ada.

Namun semakin rakyat celik IT usaha pembangkang yang sering memburukkan agensi-agensi ini akhirnya menemui jalan mati.

Realitinya rakyat faham bahawa apa yang dilakukan oleh agensi-agensi ini adalah berdasarkan kepada tuntutan hak dan dasar yang tersimpan kemas dalam Perlembagaan Persekutuan. Tak perlu MMI jelaskan satu persatu kerana ianya turut melibatkan hal keselamatan negara.

Apakah sebagai kerajaan kita harus bersikap lepas tangan apabila ada segelintir pihak yang sering menyebarkan fitnah untuk kepentingan politik semata-mata ?

Malah dalam hal tertentu fitnah yang disebarkan itu sudah sampai ke tahap menjejaskan reputasi kerajaan dan menggugat kedudukan ekonomi negara.

Bayangkan sekiranya dakyah fitnah dibiarkan bermaharajalela di Malaysia, apakah yang bakal berlaku kepada institusi kenegaraan kita ?

Sejarah telah membuktikan bagaimana gerakan jalanan atas nama tertentu telah mengakibatkan berlakunya huru hara sehingga menjejaskan warga Malaysia yang lain.

Oleh yang demikian MMI percaya bahawa agensi-agensi yang dibenci oleh pembangkang ini perlu terus dikekalkan dan kehadiran mereka dalam membantu rakyat sebenarnya RELEVAN berdasarkan kepada tindak tanduk mereka-mereka yang mengaku Pakatan Haprak !

Walau bagaimanapun kita perlu berhati-hati dengan emosi dan keinginan puak-puak Pakatan Haprak ini memandangkan mereka kini sudah terlalu obses dengan kedudukan dan kuasa.

Yang perlu kita ketahui adalah disebalik wajah senyum kelat yang dipertontonkan kepada umum, mereka sebenarnya menyimpan hasrat yang cukup menjijikkan.

Mereka sudah berkira-kira, dendam politik terhadap UMNO dan BN akan dilunaskan dengan menghukum seluruh penjawat awam sekiranya Pakatan Haprak menguasai Putrajaya.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Mukhriz Mahathir dalam satu program di Seremban pada 18 Mac 2018 yang bersedia untuk melaksanakannya dalam tempoh 30 hari Pakatan Haprak memerintah.



Apakah motif tindakan sebegitu mahu dilakukan oleh Pakatan Haprak ?

Untuk melihat Malaysia lebih berjaya ?

Untuk menyelamatkan Malaysia ?

Semuanya kerana dendam politik tidak lebih dari itu !

Inilah bezanya Kerajaan BN dan Pakatan Haprak, semua pihak sedia maklum bahawa penyokong pembangkang juga terdiri daripada mereka yang menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam.

Sehingga ke saat ini kerajaan BN tidak pernah bertindak mahupun melakukan tindakan memecat terhadap mereka melainkan jika benar-benar terlibat dalam hal melibatkan disiplin dan yang seangkatan dengannya.

Perlu MMI tegaskan ada juga dari kalangan bekas penjawat awam yang hari ini menerima pencen tetapi tidak menyokong kerajaan BN dan mereka-mereka ini tidak pernah sekali pun tidak menerima pencen pada setiap bulan.

Inilah perbezaannya sifat kerajaan BN bukan berdasarkan kepada politik semata-mata tetapi ianya berlunaskan kepada perkhidmatan para kakitangannya.

Dan Mukhriz mungkin lupa bahawa manifesto PH yang dilancarkan baru baru ini telah menyatakan bahawa janji mereka (PH) untuk mengarahkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) supaya mengenalpasti para pegawai kerajaan yang berbakat dan berpotensi untuk memainkan peranan lebih besar dalam pentabdiran.

Persoalannya, bagaimana hendak dapatkan pegawai kerajaan yang berpotensi kalau semuanya hendak dipecat? 

Samalah dengan apa yang Mahathir lakukan sewaktu menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Pecat semua orang yang tidak sehaluan dengannya !!

So berkisarkan kepada keadaan itu MMI optimis Mukhriz, seluruh pemimpin PH dan seluruh macai-macai mereka bukanlah kumpulan yang seharusnya rakyat Malaysia letakkan kepercayaan untuk memayungi kita !

Kehadiran mereka bukan untuk Malaysia tetapi semata-mata untuk memuaskan nafsu politik dan kerakusan untuk berkuasa supaya dendam dapat dilunaskan.

Tolaklah kumpulan begini !

MMI

Monday 19 March 2018

Wajarkah Anak-Anak Ini Dijadikan Mangsa Politik Murahan DAP ?


Pastinya kita sedar bahawa ilmu itu bermula daripada asas dan kerana asas itulah setiap dari kita harus bertanggungjawab !

Tanggungjawab itu tidak hanya terletak pada guru semata-mata tetapi ia merangkumi seluruh hiraki tamadun yang bermula daripada rumah sehinggalah kepada dasar dan pelaksanaan kerajaan sebagai pemimpin masyarakat.

MMI yakin bahawa manusia hidup dalam dunia yang bertamadun dan kerana ketamadunan itulah kita perlu memastikan nilai kebertanggungjawaban itu diletakkan setinggi-tingginya agar mereka yang bakal menerima ilmu itu mendapat manfaat seterusnya menjadi manusia yang berguna.

Namun kejadian yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini jelas berbeza dan ianya telah mencetuskan kritikan masyarakat termasuklah para netizen yang secara terang-terangan merasakan apa yang dilakukan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang sewaktu merasmikan tuisyen rakyat adalah satu tindakan diluar norma kemanusiaan apatah lagi Lim Guan Eng adalah seorang pemimpin.

Apabila kita mula mensasarkan kumpulan pelajar (gambar atas) untuk kepentingan politik maka ianya secara tidak langsung telah menghukum diri kita sendiri.

Lim Guan Eng sebenarnya telah menghukum dirinya sendiri apabila menjadikan anak-anak itu sebagai bahan bagi kepentingan propaganda politik murahan yang secara jelas cuba menyemai rasa kebencian terhadap pihak yang lain.

Apakah itu nilai yang sewajarnya kita curahkan kepada anak-anak tersebut ?

Tidak ada salahnya seluruh masyarakat mahu mencurahkan bakti dan segala daya terhadap anak-anak pelajar tetapi biarlah ianya dibuat dengan ketelusan dan keikhlasan untuk melihat mereka lebih berjaya dan menjadi manusia yang punya nilai dan adab.

Hakikatnya tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang khususnya Lim Guan Eng serta mereka-mereka yang terlibat bertindak sehingga ke tahap itu (lihat video di bawah) adalah satu tindakan yang mengkhianati bukan sahaja anak-anak tersebut tetapi juga institusi pendidikan itu sendiri.



Jika kita melihat dalam sejarah politik negara, pemimpin pembangkang sering menyerang program Permata dengan pelbagai tuduhan semata-mata untuk menjejaskan reputasi program itu serta menjatuhkan kredibiliti pemimpin negara sehingga usaha murni Datin Seri Rosmah dilongkangkan oleh para pemimpin pembangkang.

Dan kita tahu semua itu dilakukan kerana obses politik yang melampau namun sejak tertubuhnya program Permata tidak ada waima sekalipun anak-anak pelajar Permata di seluruh negara dipasakkan dengan elemen politik seperti mana yang dilakukan oleh Guan Eng terhadap anak-anak di Pulau Pinang.

Sedangkan kerajaan BN di bawah teraju UMNO boleh melakukannya jika itu yang menjadi fokus dan kemahuan mereka.

Soalnya kenapa semua itu tidak dilakukan ?

Lihat video di bawah dan fahami asasnya ...



Terimalah hakikat bahawa dasar kerajaan BN yang percaya bahawa anak-anak ini tanpa mengira kaum dan agama adalah PERMATA negara dan mereka perlu dilengkapkan dengan ilmu agar satu hari nanti mereka akan menjadi manusia yang mampu memastikan dasar perpaduan negara terus terbela.

Malah kita mahukan supaya anak-anak ini menjadi seorang rakyat Malaysia yang faham dan tahu menilai dan membezakan antara hak dan batil mengikut lunas-lunas perlembagaan negara Malaysia.

Kita juga mahu mereka menjadi generasi MERDEKA yang lebih berjaya sejajar dengan dasar TN50 untuk melihat Malaysia menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi.

Bukan menjadikan anak-anak ini sebagai alat untuk kepentingan politik murahan seperti mana yang dilakukan oleh Guan Eng dan kuncu-kuncu biadapnya.

Bayangkan mereka baru berkuasa di Pulau Pinang, bagaimana jika mereka menguasai Putrajaya ? 

Apakah kita mahu melihat anak-anak ini menyanyikan lagu DAP pada setiap pagi ?

Justeru itu rakyat seluruh Malaysia khususnya di Pulau Pinang perlu menjadi hakim dan menghukum kebiadapan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini dalam PRU14 yang akan datang.

Tolak DAP !
Tolak Pakatan Haprak !

MMI

Sunday 18 March 2018

Siapa Yang Disebelah Guan Eng Tu ??

Nampak macam kenalkan ? Macam mamat yang dah kena tangkap dengan SPRM sebab rasuah RM19 juta ? Macam mana orang yang Guan Eng kata tak kenal boleh bergambar sampai 2 3 4 5 kali dengan Guan Eng ?

MMI nak tanya juga pejabat Ketua Menteri apa cer ?

Sebelum ni kata sebagai seorang pemimpin dikenali ramai, Guan Eng berhak merakamkan gambar kenangan bersama sesiapa yang dikehendakinya.

“Sebagai seorang yang dikenali, Guan Eng sudah mengambil gambar dengan ramai personaliti dan beliau tidak mampu mengingati berapa banyak atau di mana gambar itu dirakamkan. Baca artikel sebelumnya di https://mahamissa.blogspot.my/2018/03/guan-eng-kata-hanya-bergambar-tak-kenal.html

Guan Eng pula nak jawab macam mana ?

Nak ajak budak-budak menyanyi ABC lagi ka ?

MMI

Saturday 17 March 2018

Guan Eng Hilang Upaya Sampai Hasut Kanak2 Bencikan BN


Tidak ada mana-mana pihak akan mengutuk atau mengkritik mana-mana pemimpin sekalipun sekiranya niat yang dibawa itu benar-benar ikhlas. Apatah lagi jika ianya membabitkan kumpulan atau warga pelajar kerana sebagai manusia normal, kita tahu mereka perlu di ILMU kan agar menjadi manusia yang berguna bukan sahaja kepada negara tetapi juga kepada masyarakat.

Namun apa yang dipertontonkan oleh Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang dalam satu majlis pelancaran tuisyen rakyat di Pangsapuri Mutiara Idaman amat memalukan sekali.

Dalam video yang sedang tular di media sosial itu kelihatan Lim Guan Eng (dilihat dalam keadaan separuh ucapan) sedang terkinja-kinja dengan tayangan video lagu berunsur kanak-kanak yang telah diubah visual dan lirik katanya dengan memasukkan perkataan GST dan 1MDB.


Persoalannya apa motif Guan Eng berbuat demikian ?

Nak memburukkan kerajaan BN dan menjejaskan reputasi BN dengan isu-isu yang dibangkitkan ?

Tak salah bro, selama ni pun setiap hari puak-puak macai dan pemimpin Pakatan Haprak bersilih ganti menyebarkan fitnah malah siang malam berceramah bagai dan semua penggerak politik faham ... Kita fight di medan politik TETAPI bukan begini caranya Guan Eng !

Bukan menggunakan budak-budak yang MMI anggap masih di peringkat bawah ni Guan Eng !

Mereka tak tahu apa-apa dan adalah menjadi satu ketidakadilan kepada diri setiap kanak-kanak terlibat kerana mereka masih belum mampu membezakan antara yang hak dan batil !

Tindakan Guan Eng dan seluruh pasukannya adalah jelas satu KESALAHAN BESAR kerana mengeksploitasikan kanak-kanak dan pelajar terlibat untuk kepentingan politik murahan DAP.

Dengan itu adalah WAJAR untuk mana-mana pihak khususnya Kementerian Pendidikan melihat dan mengkaji dalam mana-mana sudut sekalipun supaya tindakan tersebut dan mereka yang terlibat diadili berdasarkan peruntukan undang-undang.

Biar ia menjadi pengajaran kepada pihak-pihak yang lain !

Inilah sebenarnya sikap Lim Guan Eng dan kuncu-kuncunya, dalam keadaan terdesak untuk mempertahankan Pulau Pinang mereka sanggup mensasarkan kanak-kanak dengan hasutan demi hasutan.

Bukan sahaja menyimpang daripada dasar CAT tetapi menunjukkan kepada kita betapa LOW CLASSnya puak-puak DAP akhir-akhir ini.

MMI faham Guan Eng tahu bahawa rakyat Pulau Pinang kini telah sedar betapa mereka selama ini telah melakukan kesilapan besar apabila membenarkan Dinasti Lim bermaharajalela di bumi Pulau Pinang.

Kerana itu PRU14 ini rakyat Pulau Pinang akan bersuara dan suara ini sebenarnya sudah didengari oleh Guan Eng dan kerana itulah Ketua Menteri ini makin SASAU dan geraknya makin memudaratkan diri sendiri.

Halo Guan Eng semua orang dah tau hang punya auta sampai kena tuduh di mahkamah, gagau duit rakyat tapi terowong halimunan !

Dalam masa yang sama MMI nak ucap tahniah kepada para pegawai dan pegawai khas Guan Eng sebab ampalah sesi itu berlaku dan video serta tarian terkinja-kinja Guan Eng dapat dirakam dan dilihat oleh seluruh rakyat Malaysia.

Guan Eng pula MMI bagi clearance teruskan aksi SASAU yang semacam ini sebab ianya lebih memudahkan rakyat untuk mengenali siapa DAP ini sebenarnya.

DAP dan Pakatan Haprak tak relevan !
Tolak Pakatan Haprak pada PRU14 !

MMI

Friday 16 March 2018

Tak Ada Beza Fitnah Scorpene Perancis Dengan 1MDB Switzerland


Semestinya dalam keadaan Pakatan Haprak sedang huru hara dengan pelbagai skandal, pertuduhan terhadap pemimpinnya di mahkamah, pemberontakan daripada ahli-ahli parti sehingga ada yang bertindak keluar dari parti sehinggalah kepada soal racauan para pemimpinnya untuk mendapatkan simpati rakyat TINDAKAN untuk terus memburukkan imej kerajaan dan Perdana Menteri adalah amat penting kerana PRU14 hanya menanti masa untuk mengambil tempat.

Keadaan ini dilihat sebagai satu keperluan kepada para pemikir yang berada dalam Pakatan Haprak memandangkan mereka sesama sendiri pun pada hari ini sebenarnya telah berbalah cumanya masing-masing memendamkan perasaan supaya hasrat untuk menjatuhkan kerajaan BN tercapai.

Ianya di buktikan dengan kecelaruan politik sesama sendiri akibat kepala-kepala yang sudah boleh dilihat tidak seiring dalam beberapa hal dan kalam mereka itu amat berbeza sebagai contoh lihat video di bawah;


Gerak mereka semakin menggila dan semua itu dilakukan kerana mereka amat-amat terdesak untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa fitnah dan tuduhan jahat terhadap 1MDB adalah benar.

Untuk itu pelbagai gerak disusun dan antara yang terkini apabila agen-agen pembangkang ini mula melata ke seluruh dunia semata-mata untuk membuktikan dakwaan fitnah mereka !

Malangnya langkah itu bukan sahaja GAGAL tetapi telah memalukan seluruh kem pembangkang kerana jelas tuntutan yang dibuat oleh Cynthia Gabriel di Switzerland kononnya dana berjumlah RM430 juta yang dipegang oleh perbendaharaan negara itu adalah milik 1MDB dinafikan secara berdepan.

Cynthia yang juga salah seorang key player dalam gerakan BERSIH sebelum ini dilaporkan berkomplot dengan ahli politik pembangkang di Switzerland, Carlo Sommaruga dalam usaha beliau mendapatkan dana tersebut.

Walau bagaimanapun usaha itu kemudiannya dinafikan oleh Parlimen Switzerland sendiri apabila usul Carlo hanya mendapat  53 undi dari pihak pembangkang manakala parti pemerintah menolak usul dengan 138 undi.

Bagi MMI mudah, tuntutan yang dibuat oleh Cynthia itu sebenarnya adalah tuntutan yang sama sekali berdasarkan kepada dana haram yang tidak ada kena mengena dengan 1MDB.

Then secara tidak langsung Cynthia menuntut dana apa ? Menagih dana dari negara asing yang tuntutannya dibuat berdasarkan dakwaan fitnah terhadap 1MDB ? 

Cukup MEMALUKAN sekali dan tindakan Cynthia ini sudah pun MEMALUKAN seluruh pemimpin dan para macai Pakatan Haprak !!!! 


MMI bersetuju dengan apa yang diungkapkan oleh Tan Sri Annuar Musa bahawa 1MDB menjalankan urusniaga dan pelaburan dengan atau melalui pihak tertentu, dan kebertanggungjawaban mereka terhad setakat mana dan dengan siapa mereka berurusan.

Apa apa yang berlaku dan dilakukan orang lain, apa lagi di negara lain dengan wang yang dilabur mereka adalah sama sekali di luar kuasa 1MDB. Yang penting 1MDB melabur secara sah dan telah mendapat kembali pelaburannya malah dengan keuntungan.

Mana mungkin setelah beroleh pulangan dari pelaburannya, dan dengan tiada kehilangan apa-apa 1MDB mahu menuntut wang pelaburan yang sudah menjadi hak orang lain sebagai hak mereka. Lainlah kalau 1MDB kehilangan wang mereka. Jika itu berlaku semestinya kehilangan itu dicatat dalam akaunnya,dan akaun itu sudah diperiksa lumat oleh PAC, yang turut dianggotai ahli parlimen Pas, PKR dan Dap.

Pembangkang benar-benar mahu membina persepsi wang dicuri. Mereka mahu jadikan berita palsu mereka sebagai modal besar PRU14….mereka tidak akan berjaya. Masa adalah penawar mustajab kepada kepalsuan kerana selepas sedikit masa, tetap datang kebenaran dan dengannya terhapuslah kebatilan.Selanjutnya

Hakikatnya rakyat Malaysia perlu sedar bahawa secara tidak langsung orang-orang seperti Cynthia ini adalah agen kepada pihak asing dan usaha mereka sebagai penyokong gerakan pembangkang di Malaysia itu sudah sampai ke tahap mengkianati negara sendiri.

Kalau diamati apa yang berlaku ianya langsung tak ada beza dengan fitnah Scorpene di Perancis satu ketika dahulu yang turut membabitkan orang yang sama.

So jelas mereka tidak punya keikhlasan dalam perjuangan sebaliknya dipenuhi dendam politik yang tidak senang melihat Malaysia bangkit dan maju di bawah kerajaan Barisan Nasional dan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Akhir kalam apakah kita mahu melihat Malaysia digadaikan secara sembunyi-sembunyi oleh banjingan-banjingan pro pembangkang ini kepada pihak asing seperti mana yang berlaku kepada negara-negara yang tergadai maruahnya kepada kuasa besar dunia sebelum ini ?

Fikir semasak-masaknya !

MMI

Labels