Followers

Thursday 28 February 2013

Makin PANAZZ Giliran HARUN Pula Balun Guan Eng


Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib mahu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membuktikan kepada rakyat khususnya umat Islam bahawa parti itu benar-benar turut memperjuang dan menegakkan agama Islam.

Tegasnya, bukti itu penting bagi meyakinkan umat Islam mengenai dakwaan Guan Eng, kononnya DAP turut berperanan dalam segala hal berkaitan Islam termasuk hukum syarak terutama di negeri yang diterajuinya, Pulau Pinang.

Menurutnya, umat Islam akan mempercayai apa yang dinyatakan oleh pemimpin DAP itu sekiranya dia mempunyai bukti kukuh.

Jika sebaliknya, ujar beliau, Guan Eng tidak wajar mengeluarkan kenyataan bahawa DAP adalah sebuah parti yang memperjuang dan menegakkan Islam di negara ini kerana boleh menimbulkan kekeliruan.

"Kita harap dia dapat tunjukkan bukti, kita akan percaya jika dia ada bukti khususnya di negeri yang dia perintah (Pulau Pinang).

"Dia kenalah tunjukkan sikapnya terhadap Islam termasuk berkaitan peruntukan kepada kegiatan agama Islam khususnya di Pulau Pinang," katanya.

Beliau mengulas reaksi bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang menyifatkan kenyataan Guan Eng bahawa DAP sebuah parti yang memperjuang dan menegakkan Islam sebagai memperbodohkan orang Melayu.Baca Sini 

Ditanya sama ada kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP telah memperjuangkan Islam di negeri itu, Harun bagaimanapun enggan mengulas lanjut sebaliknya menyerahkan kepada pihak media untuk membuat penyiasatan sendiri.

"Kita serah kepada anda dan pihak medialah buat siasatan, pergi siasat di negeri berkenaan (Pulau Pinang) dan selepas itu, laporkan dalam akhbar," ujarnya.

Harun sekali lagi mengulangi ketegasannya untuk tidak bertolak ansur dengan sesiapa sahaja termasuk DAP dalam isu kalimah Allah sambil mengulangi bahawa kalimah Allah sambil mengulangi bahawa kalimah itu adalah hak ekslusif umat Islam, bukan agama lain.antarapos 

Sekali baca memang terbaiklah PAS tapi bila difikirkan balik HAMPEH ja puak-puak ni , nak tau sebab apa ?? Dalam isu kalimah Allah apa yang dah dilakukan oleh puak-puak PAS ni , kalau setakat buat keputusan kemudian diam tu namanya BACUL !!

Hadi Awang selaku Presiden masih dengan keputusannya bersama Pakatan Haprak dan apa yang dah dibuat oleh puak-puak PAS ni terhadap Hadi Awang ? Ada ke mana-mana pihak dengar ada desakan supaya Hadi Awang akur dengan keputusan Majlis Syura PAS ?

Cakap banyak pun tak gunalah bab Karpal berdehem pun tak berani angkat muka SEMBANG !!!!!!

MMI.

Anwar Tuding Jari Hadi BERTANGGUNGJAWAB !!!


PAS tidak menarik balik kenyataan bersama pemimpin pakatan pembangkang yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain kerana kenyataan itu telah disedia dan ditandatangani oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mendedahkan perkara itu berkata, dalam usaha menyelesaikan masalah tersebut, beliau telah meminta Presiden PAS itu sebagai seorang yang tahu agama dan faham Islam, supaya memberikan pandangan untuk diteliti oleh pemimpin pakatan pembangkang.

"Maka Tok Guru Hadi Awang pun atas nama PAS buat, dengan ayat Al- Quran nama Allah itu bagaimana dari segi orang Islam bagaimana dimuliakan, orang (bukan Islam) nak sebut Insya-Allah, Alhamdulillah tak dilarang kalau sebut itu dengan memuliakan, tetapi syaratnya jangan menghina, jangan menyalah erti, jangan menyalah tafsir.

"Kemudian saya kena runding, ha itu kerja ambo, kenyataan itu PAS setujulah. Keadilan tak susah tapi DAP, kena beri penerangan pada dia.

"Jadi ambo terang pada Lim Kit Siang (Penasihat DAP) kata begini, (kalimah Allah) bagi orang Islam sensitif dia benar orang bukan Islam (guna). Orang Cina kata Insya-Allah saya nak pergi kita tak hukum dia kerana dia sebut dengan molek.

"Jadi apabila syarat-syarat iaitu dia tanya, saya kata beginiah, kita pakatan, kita setuju jangan dok balok (berbalah) soal ini, soal Hindu orang Hindu tu bagi dia cakaplah, tapi hok Isle (Islam) ini, biarkan kita bagi penjelasan.

"Itulah yang kita terima, kenyataan kita itu dibentangkan oleh PAS, satu perkataan pun ambo tak pinda, ya, dalam kenyataan itu satu perkataan sepenuhnya dari awal sampai habis yang Tok Guru Hadi Awang sign (tandatangan) ana (saya) jadikan kenyataan majlis pimpinan Pakatan Rakyat yang dipersetujui PAS, Keadilan dan DAP," katanya ketika berceramah di Ketereh malam tadi.

Pada 8 Januari lalu, Abdul Hadi mengumumkan pendirian pakatan pembangkang yang menyatakan Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah Allah dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa Al-Quran.

Pendirian bersama Pakatan pembangkang itu turut dipersetujui Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu.

Bagaimanapun, selepas itu Majlis Syura Ulama PAS memutuskan kalimah Allah adalah khusus untuk agam Islam dan tidak boleh digunakan penganut agama lain berikutan bantahan banyak pihak termasuk golongan alim ulama.

Keputusan Majlis Syura itu bagaimanapun tidak diterima oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menyifatkannya tidak mewakili suara majoriti dalam PAS serta menggesa Hadi meminta badan tertinggi PAS itu mengkaji semula keputusan itu.

Gesaan Karpal itu bagaimanapun dibantah oleh beberapa kepimpinan PAS termasuk Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib dan Timbalan Mursyidul AM parti itu, Datuk Haron Din yang menyatakan akan mempertahankan kalimah suci itu sehingga akhir hayat beliau.

Isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain dicetuskan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada 24 Disember tahun lalu yang membuat gesaan supaya kerajaan persekutuan memberikan kebenaran kepada penganut Kristian menggunakan kalimah itu.  -utusan

MMI.

Jejambat Di Putrajaya RUNTUH !!


Kejadian dilaporkan berlaku sekitar 1 tengah hari tadi.

Lokasi kejadian ialah di P2.5, Lebuh Raya Elite bersebelahan dengan Selangor Science Park 2.Ia terletak di laluan menuju ke KLIA, Cyberjaya dan Putrajaya.

Jurucakap pihak lebuh raya memberitahu, jejambat itu memang sudah ditutup sejak beberapa bulan lalu dan sudah wujud retakan di struktur itu sebelum ini dipercayai akibat permukaan tanah yang lembab di kawasan jambatan berkenaan.

“Jejambat ini pernah digunakan untuk tiga bulan sahaja sebelum terpaksa ditutup akibat masalah mendapan tanah,” katanya.

Pengguna di laluan berkenaan terpaksa menggunakan lencongan sebelum ini. Setakat ini tiada sebarang laporan kecederaan atau kematian.

Pihak media ketika ini sedang berkumpul di lokasi kejadian.




Lagi gambar di mynewshub

MMI.

PR Kini Mula Main KOTOR !!


Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor didakwa 'bermain kotor' menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 apabila dikatakan menggunakan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengganggu persiapan jentera Barisan Nasional (BN).

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pandan, Mejar (B) Mohd. Iszeham Hamid mendakwa, kerajaan Selangor menggunakan kuasa PBT untuk menyita kabin yang dijadikan bilik gerakan BN.

"Kabin itu disewa untuk dijadikan bilik gerakan, dan diletakkan di kawasan hadapan rumah telah ditarik oleh PBT pada waktu awal pagi," katanya dalam mesyuarat Ketua-Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) DUN itu di Pandan, Ampang dekat sini malam tadi.

Beliau yang juga merupakan Pengarah Pilihan Raya BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Cempaka bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi atau bilik gerakan BN yang ditarik mahupun PBT terbabit.

Beliau turut mendakwa, BN tidak dibenarkan memasang bendera parti di kawasan dan jalan yang ditadbir PBT di negeri ini sedangkan bendera parti pembangkang berleluasa di lokasi tersebut. - UTUSAN

Bukan di Selangor saja Pulau Pinang pun sama..Puak-puak ni memang "Double standard" habis di kerah pegawai dan kakitangan Majlis Perbandaran untuk buat kerja-kerja tu semua..Paling celaka di Pulau Pinang pantang ada bendera UMNO dan BN mesti puak-puak ni sampai punya.Kebanyakkan yang kena kerah ni bangsa Melayu jugalah..

Yang pemimpin kat atas tu goyang kaki minum sirap limau...

MMI.

Rakyat Bukan Tau !! #ManifestoBukanJanji


MMI tak taulah orang lain tapi diri sendiri ni tak pernah sekali melupakan kenyataan penuh celupar oleh Guan Eng dan para sahabat DAPigsnya pada 2008 yang lalu.Mungkin sebahagian dari kita dah lupa tentang apa yang dijanjikan dan sebab tulah juak-juak pencacai penjilat Guan Eng dan DAPigs masih lagi terkial-kial kononnya sanggup berkorban untuk perjuangan parti.Pegiiirahhhh...

Paling menarik adalah juak-juak Unit Sengal PAS yang sanggup buat apa saja sampaikan pernah sekali tu jadi pengawal keselamatan kepada Karpal Singh.Hahaha sedih sungguh , tu belum kira mai jadi jaga dekat mana-mana pentas ceramah dapat la habuan sorang sikit buat bekal bawa balik.

Apa pun mereka juga turut terlibat sama menjadi mangsa penipuan Guan Eng dan cai-cainya.

Dua hari lepas, lima tahun yang lalu, lebih tepat lagi lagi pada 25/02/2008, DAPigs mencadangkan supaya setiap keluarga yang menerima gaji kurang RM6,000 sebulan diberikan bonus RM6,000 setahun bagi mengurangkan beban kewangan mereka.

Ketika mengumumkan manifesto DAPigs peringkat nasional di Pulau Pinang pada hari itu, Setiausaha Agungnya , Lim Guan Eng berkata, menjadi tanggungjawab kerajaan memberikan bantuan tersebut berikutan penderitaan rakyat akibat tekanan inflasi dan kenaikan harga barang. Pada hari berkenaan DAPigs telah melancarkan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12 dengan tema 'Malaysia Boleh Lebih Baik Lagi!'.

Dengan manifesto bukan janji berkenaan dan banyak lagi janji yang telah ditaburkan , DAPigs telah berjaya merampas Pulau Pinang daripada Barisan Nasional. Semenjak 2008, DAPigs berjaya menubuhkan Kerajaan di Pulau Pinang. Sudahkah janji di atas tertunai? Pasti , Rakyat Pulau Pinang dan Rakyat Malaysia sudah lupa janji-janji berkenaan.

Malah ada yang mengaku tak tau sebab dah lama sangat dan inilah strategi puak-puak ni bila dah lama orang akan lupa..Hihihi MMI tak lupa bro !!!! 

Senang-senang mereka menaburkan manifesto bukan janji, samalah perangai buruk seperti rakan-rakan sebantal mereka, PAS dan PGayR. Pada tarikh yang sama lima tahun kejadian di atas berlalu, iaitu pada 25/02/2013 orang yang sama, Lim Guan Eng beserta bapanya Lim Kit Siang kembali ke pentas Pakatan Haram untuk menabur janji-janji terbaru. Apakah Rakyat Malaysia akan bakal ditipu lagi?

kredit to cucutokselampit

MMI.

Agenda CAUVINIS Dalam MANIFESTO PR


Dalam diam-diam, Pakatan cuba menyelitkan agenda cauvinis Cina dalam manifesto pilihanrayanya. Agenda yang di maksudkan tak lain tak bukan ialah:

Mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (Gabungan Sekolah Menengah Cina) atau UEC bagi tujuan kemasukan ke institusi pengajian tinggi dan menerima pakai kelayakan bagi permohonan kerja.

Walaupun dalam keadaan Kerajaan BN sedang terdesak menawan hati masyarakat Cina, tak pernah sekali pun Kerajaan BN tunduk kepada desakan Dong Zong, NGO cauvinis Cina di bawah DAP, untuk mengiktiraf kelayakan UEC bagi kemasukan ke universiti atau permohonan kerja terutamanya di perkhidmatan awam.

Mengapa?

Kerana agenda utama Kerajaan ialah perpaduan. Bagaimana kita nak terapkan perpaduan di kalangan masyarakat majmuk Malaysia? Dengan menggalakkan rakyat Malaysia dari semua bangsa untuk bercampur-gaul sesama mereka supaya persefahaman dan persahabatan dapat dipupuk sejak dari kecil.

Dan cara utama menerapkan perpaduan sudah tentunya menerusi sistem persekolahan. Bila anak-anak dari pelbagai kaum bersekolah bersama, maka sudah tentunya ikatan antara mereka akan lebih erat.

Kalau sekarang, selepas SRJK(C), ramai orang Cina yang masuk sekolah menengah kebangsaan kerana UEC tidak diiktiraf jadi sukar nak masuk universiti atau cari kerja, tapi kalau UEC dah diiktiraf, sudah tentunya masyarakat Cina akan lebih cenderung masuk Sekolah Menengah Cina.

Kalau Kerajaan BN tunduk kepada tuntutan Dong Zong supaya UEC diiktiraf, maka orang Cina di Malaysia dari kecil sehinggalah dewasa akan bergaul dengan orang Cina sahaja dan hanya fasih dalam Bahasa Cina sahaja. Bagaimana nak pupuk perpaduan kalau dari kecil sampai dewasa tak pernah bergaul dengan orang Melayu, India dan bangsa-bangsa lain? Cakap Bahasa Melayu pun tak tahu?

Bayangkanlah, masa kecil masuk tadika Cina. Masa sekolah rendah masuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Masa sekolah  menengah pun masuk Sekolah Menengah Cina yang menawarkan kelulusan UEC, tak payah ambil SPM.

Jangan lupa, Dong Zong ini adalah NGO rasis di bawah DAP yang menentang pertambahan tempoh pembelajaran Bahasa Melayu di SRJK(C)! Kerajaan nak tambahkan jumlah masa pelajar di sekolah Cina belajar subjek Bahasa Melayu kerana didapati tahap penguasaan Bahasa Melayu kebanyakan pelajar sekolah Cina terlalu lemah sehingga menyebabkan mereka gagal memahami guru-guru di sekolah menengah kebangsaan. Tapi usaha murni ini ditentang Dong Zong! Tak perlu nak fasih Bahasa Melayu, kata mereka! Yang penting untuk mereka Bahasa Cina didaulatkan dan kebudayaan Cina diutamakan. Perpaduan tak penting. Suasana muhibbah antara kaum tak penting. Yang penting hanya kepentingan Cina.

Inilah agenda rasis yang dibawa oleh Dong Zong dan DAP dan secara senyap ianya didaulatkan oleh Pakatan di dalam Manifesto mereka.

Ke mana halatuju negara kalau agenda rasis seperti ini diutamakan? Adakah menang di PRU lebih penting untuk Pakatan dari perpaduan kaum? Mana pergi suara orang Melayu dalam Pakatan? Mengapa PAS dan PKR menyokong agenda rasis DAP ini? Adakah DAP sebenarnya taiko dalam Pakatan?

Kalau negara yang berpecah dengan setiap kaum semakin terasing yang kita mahu, undilah Pakatan.

Kalau kita mahukan masa depan yang gemilang dengan perpaduan kaum sebagai teras kemajuan negara, undilah BN.

Tepuk dada, tanyalah selera.

sumber apakecoh2 

MMI.

Pakatan Haprak Sememangnya CELARU


Ada sesuatu yang menarik perhatian MMI apabila melihat gambar diatas.Apa yang pasti sudah tentu ianya melibatkan seorang kanak-kanak berbaju kuning dan sama-sama menyertai himpunan BERSIH.Namun sudah pasti kehadiran kanak-kanak tersebut bukan di lakukan atas kemahuan diri sendiri kerana masih kanak-kanak malah jauh sekali layak mengundi.

Jadi persoalannya disini apa guna bikin ribut dengan gambar kanak-kanak tersebut ? Sebenarnya inilah bukti bahawa dalam himpunan politik juak-juak pembangkang , mereka dengan bersahaja turut mengheret anak-anak kecil ini walaupun terdapat arahan oleh pihak berkuasa supaya jangan melibatkan mereka yang di bawah umur.

Gambar dibawah ni adalah si bapa dan si ibu yang membawa kanak-kanak di atas.


Apa aku peduli dengan arahan tersebut ? Ini hak kami dan ini caranya kami mahu membuktikan kepada dunia bahawa rakyat kini menolak kerajaan Barisan Nasional !! Barangkali itulah jawapan yang mungkin MMI dapat sekiranya bertanyakan soalan kepada ibu dan bapa anak kecil ini.

MMI pun sebenarnya malas nak pedulikan tentang isu ni sebab pihak berwajib sudah pun mengambil tindakan yang sewajarnya tapi kadang-kadang terfikir , apakah juak-juak dan macai pembangkang ini sedar dengan apa yang mereka lakukan ?

Mungkin tak ramai yang sedar bahawa juak-juak macai pembangkang khususnya mereka yang seangkatan dengan si ibu dan si bapa dalam gambar diatas sudah pun dipermainkan malah sejak lama dulu.Ketidaksedaran mereka mungkin kerana terlalu taksub dengan perjuangan songsang pembangkang hingga menyebabkan faktor lainnya langsung tidak dihiraukan.

Sebagai penyokong dan pencinta Pakatan Haprak sudah tentu perjuangan parti mahupun pihak-pihak yang pro pembangkang akan disokong oleh juak dan macai-macai ini.Maka oleh kerana itu sudah pasti perjuangan juak pembangkang selama ini iaitu IFC yang mahukan supaya setiap bayi dan kanak-kanak yang lahir tidak di catat tentang agamanya sehingga mereka berusia 18 tahun turut di sokong.Baca Sini 

Jadi berbalik kepada gambar di atas , apakah si ibu dan si bapa itu tahu anak-anak kecilnya itu akan memilih untuk menyokong pembangkang dan perjuangannya kelak ?

Jika jawapannya YA menjurus kepada hak mereka sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak kecil tersebut , maka ianya memberikan kita satu jawapan bahawa mereka juga menolak perjuangan hak asasi pihak-pihak tertentu dalam pembangkang khususnya yang mahukan supaya setiap anak-anak kecil tidak dimasukkan agama mereka ke dalam MYkid selagi mana mereka tidak berusia 18 tahun.

Konfliknya disini adalah bagaimana manusia seperti ini boleh terus menyokong perjuangan pembangkang sedangkan mereka sendiri tidak bersetuju ?

Senang jawab inilah bukti betapa pembangkang dan juak-juaknya KELIRU dan jauh TERSESAT dengan perjuangan mereka sendiri.

KELIRUnya juak-juak pembangkang hari ini sampaikan mereka sendiri mengaku bahawa hanya jalan reformasi sahaja yang mampu menghasilkan sebuah kerajaan yang baik.Reformasi yang macam mana tu agaknya ? 

Jika pilihanraya sendiri pun tidak mahu dianggap sebagai BERSIH maka BERSIH yang semacam mana lagi yang mereka mahukan ?

Jangan lupa gang , jika pilihanraya tidak BERSIH maka sudah tentu kemenangan PR di Pulau Pinang,Kedah,Selangor dan Kelantan juga tidak sah dan BERSIH !! 

Bersih ker ???

Dan paling kemaruk juak-juak pembangkang juga kini berebut-rebut menjadikan artis sebagai ikon perjuangan mereka.Lihat saja artis Yassin yang kini menjadi duta PKR sudah pun menghasilkan lagu berjudul  REFORMASI , tak ada pula gambar macam kat atas tu noo ?? senang cakap cari makan lah..

Layan ja klip video tu kalau ampa rasa bagus klik lah suka , kalau tak klik ja tak suka abis cerita..

Hebat puak-puak nikan ? anak pulun sebelah pembangkang mak pula pulun sebelah UMNO...Terbaiklah !!

Aa lagi satu dengar cita lagu Yassin tu Faizal Tahir pun terlibat sama..emm betol ker ??

MMI.

OstatZah Abby Dah Insaf ??!!!


Dengar cita OstatZah Abby ni dah insaf !! Hmmm insaf yang macam mana tu ? Kalau ikutkan dari gerak kerja minah ni dah makin sibuk sekarang ni maklumlah penceramah bergerak.Apa pun jom kita ushar tengok insaf ke minah ni ??

Padan muka! Mulut laser Ustazah Segera PAS ni elok ditampal je. Bagi sebijik baru dia tau. bak kata orang, selagi tak ditutup mulut atas bawah ni selagi itulah dia melalak. Kalau ya pun nak menyokong biar la berpada-pada. Jangan nampak bodoh tuli.

Tengok kat bawah ni..


Mungkin ada yang tak nampak maaflah tapi antaranya bak kata pengomen tweet Abby Bodoh ni, SPM Abby Abadi ni dapat berapa ek? Bagai anjing menyalak bukit. Adeehh! Pedas der! Padan Muka..ptuii!!

sumber anakjatimalaya93 

MMI.

Wednesday 27 February 2013

Edisi Misteri - Rakaman Cahaya Di German


Kisah atau cerita tentang UFO selama ni memang banyak dan ianya menimbulkan pelbagai tanggapan hinggakan ada di kalangan kita sendiri yang taksub dengan benda-benda misteri ni.Namun rakaman terbaru ini sudah pasti menggemparkan banyak pihak kerana objek misteri bercahaya di rakam dengan jelas melalui sebuah terowong di German.


Dalam masa yang sama satu cahaya yang lebih besar di kesan dan di rakam seolah-olah menghentam sebuah lori sehingga melambung ke udara.

Apakah punca cahaya tersebut ? Adakah ianya UFO yang sering di sebut-sebut selama ini ? Misteri berkaitan cahaya ini semakin menarik dan terus menimbulkan teka teki dikalangan orang ramai.


Kerja buat Anwar apa noo....

MMI.

PAS Hampir Terkulai Kerana NAFSU Sendiri


Sebagai rakan gandingan dalam Pakatan Haprak PAS makin hari makin songsang , terkini tindakan mereka bersama sahabat sesyurganya melancarkan manifesto PR menyebabkan PAS kini hampir terkulai.

Entah apa yang bermain di fikiran puak yang mengaku ulama dan Islam ni , sampaikan segalanya di bolehkan tanpa sedikit pun teguran.Malah kalau ada sekalipun ianya ibarat angin sepoi-sepoi bahasa langsung tidak ada ketegasan.

Persoalan kini bermain di rangkaian media sosial berkenaan simbol yang terdapat dalam buku manifesto pembangkang di mana ianya dilihat lebih kepada pluralisme dan kebebasan dalam beragama yang diperjuang oleh pakatan di negara ini.



Terdapat 41 lambang yang disusun pada muka depan buku berkenaan meliputi simbol gereja, orang menadah tangan berdoa dan simbol tapak tangan.

Selain simbol tapak tangan yang diulangi dua kali, terdapat satu simbol salib yang merupakan simbol agama Kristian.

"Tidak terdapat simbol masjid atau kubah yang boleh dikenal pasti sebagai simbol Islam, namun terdapat dua simbol orang sedang menadah tangan yang boleh ditafsirkan sedang berdoa iaitu amalan yang biasa dilakukan oleh penganut agama samawi, termasuk Islam dan Kristian,"

Dalam soal ini di mana PAS ? Apakah tidak ada langsung perbincangan sesama parti sebelum manifesto ini dikeluarkan ?

Mungkin bagi sesetengah kita diluar sana ianya sekadar simbol namun dalam satu sudut lain ianya membawa seribu makna.Macam Mat Sabu pernah kata dalam politik ni soal agama letak lah sebelah sat sebab kita perlu kuasa !! 

Psstt PAS ni perjuang apa aaaa ????

MMI.

TU DIA MAI DAH !! Video Perbincangan SULIT Puak Pakatan Haprak


Orang tua-tua pernah pesan dalam dunia ni macam-macam jenis manusia ada.Antara yang paling teruk adalah mereka-mereka yang bercakap banyak tapi kerja buat langsng tak setimpal dengan apa yang di ungkapkan.Malah manusia macam ni bukan tau reti malu , dia main belasah ja janji puas.

Rata-rata rakyat Pulau Pinang mesti faham dengan apa yang MMI catatkan kat atas tu.Sampai hari ni Guan Eng selaku Ketua Menteri apa yang dia buat ? Dari segi ekonomi pun kalau bukan dengan bantuan kerajaan pusat tok sah mimpi lah..

Ada sapa-sapa nak bagitau MMI apa yang dah Guan Eng buat di Pulau Pinang ? 

Semalam baru saja berlaku satu lagi insiden jem teruk di setiap laluan masuk ke bahagian pulau , ada puak-puak kerajaan negeri pernah pikir pasal hal ni sebelum ni ? Kalau setakat nak bina terowong yang makan belanja besar tu tak payah ceritalah sebab niat tu nak jahanamkan tanah-tanah milik orang Melayu khususnya di sebelah Sebelah Perai.

Sebab tulah kerajaan BN bina jambatan kedua ! Apa yang di sumbangkan oleh Guan Eng ? kalau setakat turun pi melawat tapak projek lepas tu masukkan dalam Buletin Mutiara budak darjah 3 pun tau beza beb.

Manifesto 2008 ? Haha buat lawak bolehlah sebelum pilihanraya bukan main lagi alih-alih dah nak masuk 5 tahun habuk pun tarak.Tol Sungai Nyior sampai ke hari ni masih berbayar.Bagi alasan kerana kerajaan pusat , habis tu kenapa masa kempen buat janji ? 

Alo brader mana janji kerajaan negeri nak bagi RM6000 kepada setiap keluarga yang berpendapatan RM6000 ke bawah ? Ampa pakat makan anak beranak ka ? Yang MMI dengaq Mat Sabu kurang-kurang RM15,000 sebulan sapa bagi ? 

Bercakap banyak pun tapi kerja buat macam siput babi pun tak guna juga.Ampa tengok video kat bawah ni sebiji perangai macam tu lah...


Bercakap banyak bukan dia berani mana pun !!!

MMI.

PR Sudah Mula Turunkan Unit Sokongannya !!!


Selepas lebih kurang 5 tahun penyiasat persendirian Balasubramaniam Perumal (PI Bala) menghilangkan diri bersembunyi di India, Ahad lepas bersamaan 24 Februari 2013, akhirnya PI Bala muncul di KLIA dengan sambutan hangat oleh kira-kira 50 penyokong PKR. 

Sambutan yang diberikan oleh PKR terhadap PI Bala itu mengesahkan lagi wujudnya peranan parti itu dalam merencanakan komplot jahat mereka memanipulasi dan mensensasikan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya untuk dikaitkan dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Lagi pun bila mana perkara pertama yang dilakukan PI bala ialah bersumpah bersaksikan kitab Hindu Bhagavad Gita bahawa Akuan Bersumpah (SD) pertama yang mengaitkan Najib dalam pembunuhan Altantuya kononnya adalah benar, manakala SD 2 pula dilakukan secara terpaksa, tambah jelas lagi peranan PKR dalam kes ini.

Sepatutnya jika PI Bala berhasrat menafikan pula SD2, bukankah lebih elok dilakukan pula SD ketiga. Alang-alang sudah berkali-kali buat akuan bersumpah yang saling bercanggah, elok juga buat sampai SD10, tak gitu?

Menarik untuk dilihat apa reaksi penerimaan orang Melayu Islam dalam PKR dengan sumpah PI Bala dengan kitab Hindu Bhagavad Gita itu, mungkin mereka teruja barangkali memandangkan Ketua Umum PKR sendiri sampai sekarang tak meyakini kebenaran sumpah laknat yang bersaksikan Allah s.w.t.


Semasa di temu bual oleh pihak media di KLIA itu juga PI Bala telah mengumumkan kesediaannya untuk membantu kempen Pakatan Rakyat (PR) dengan menjelajah ke seluruh negara konon bagi membongkar kebenaran di sebalik peristiwa tragis pembunuhan Altantuya Shariibuu.

Ia tidak pun mengejutkan khalayak, kerana umum tahu SD1 yang diikrarkan oleh PI Bala mempunyai kaitan rapat dengan pemimpin-pemimpin utama PKR yang sedari awal lagi mengharapkan manipulasi dan spekulasi mengenai kes pembunuhan Altantuya akan memalapkan sinar politik Najib.

Usaha PR gagal selepas SD2 oleh PI Bala menafikan pembabitan Najib, tambahan pula Raja Petra Kamaruddin yang pernah merekayasa fiksyen kisah Altantuya dengan memanipulasi kehebatan imaginasinya juga telah mengakui PM mahupun isterinya langsung tiada sangkut paut dalam kes tersebut.

Sebaliknya umum didedahkan pula dengan peranan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang pernah terlibat berusaha memujuk suspek pembunuhan, Azilah dan Sirul supaya sengaja membabitkan nama Najib dalam kes sensasi itu.

Sebetulnya apa sahaja gerak geri PI Bala selepas ini ia tidak membantu pun PR dalam usaha mereka untuk memporak-perandakan kepercayaan rakyat kepada PM, kerana keraguan umum terhadap kredibiliti penyiasat persendirian yang pernah diupah oleh Razak Baginda teramat besar sekali.

Khalayak sebenarnya lebih tertarik untuk mengetahui kenapa PI Bala sanggup menggelapkan wang RM50,000 yang diamanahkan oleh Razak Baginda yang sepatutnya diberikan kepada Altantuya dan jika PI Bala tidak bermaksud menyonglapnya, sekurang-kurangnya khalayak umum ingin tahu di mana wang itu sekarang.

Paling penting khalayak ingin tahu siapakah dalang utama yang menaja, menanggung dan menampung segala kos kehidupan PI Bala di luar negara sejak lebih kurang 5 tahun lalu? 

Tidak sedikit kos tanggungan tersebut, dari hal upah tutup mulut, kos perumahan, makan minum dan kenderaan serta kos harian lain, jumlahnya besar, setakat RM50,000 yang disonglap oleh PI Bala dari Razak Baginda tentunya tidak mencukupi.

Tentu sahaja penajanya dari kalangan pemimpin utama PKR, kerana parti ini juga sebelum ini menaja kehidupan kekasih gelap Elizabeth Wong iaitu Helmi Malik di Indonesia dalam usaha mereka ‘menyejuk bekukan’ kisah hubungan sulit kedua-dua mereka dari terus menjadi perhatian umum.

Persoalannya siapa nama pemimpin itu dan dari manakah sumber kewangan yang diperolehnya?

sumber jeringdaily 

MMI.

Tunku Aziz BALUN Guan Eng Lagi..Bila Nak SAMAN ??


Kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kononnya parti itu berperanan memperjuangkan agama Islam di negara ini adalah retorik murahan demi memancing undi masyarakat Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-13, kata bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Beliau menegaskan, DAP tidak akan sesekali memperjuangkan Islam dan kebajikan orang Melayu sebaliknya parti itu lebih bersifat cauvinis dan perkauman.

"Mana mungkin DAP memperjuangkan nasib Islam? Selama ini mereka juga yang bermati-matian menentang pelaksanaan hukum hudud. Baru-baru ini, Guan Eng sengaja mengeluarkan kenyataan berkaitan penggunaan kalimah Allah yang akhirnya menyebabkan pemimpin Islam di negara ini bercakaran antara satu sama lain.

"Jangan percaya retorik murahan seperti ini, mereka hanya pandai bercakap. Apa bukti mereka memperjuangkan Islam? Yang saya tahu, mereka lebih banyak melukakan perasaan kami," tegasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas ucapan Guan Eng semalam pada konvensyen pakatan pembangkang di Shah Alam yang menegaskan bahawa DAP juga berperanan menegakkan Islam di negara ini.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang turut menyangkal dakwaan pihak-pihak tertentu yang menyatakan DAP menghina atau anti-Islam sedangkan parti itu menegakkan agama Islam seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. - UTUSAN

Kalau dikira kenyataan Tunku Aziz setakat ni dah berlambak rasanya tapi sampai hari ni Guan Eng tak buka mulut pun nak saman Tunku Aziz ?? Senang kira Tunku Aziz cakap benda betul la bro !!

Lagi satu ampa nak tau pasai apa Guan Eng kata macam tu  ? Sebab konvensyen tu yang ramai orang Melayu juak-juak pencacai kuda tunggangan Anwar !!!

Janji pun tak tunai boleh pula cakap nak perjuangkan Islam ? 

Haha budak tadika pun reti laaa....

MMI.

Kit Siang Spin Lagi , Rasanya Memang Jenis Anak Beranak Macam Tu Kot Noo ?!!


Macam yang MMI kata dalam tajuk kat atas tu lah..Anak beranak ni memang dah jenis tu kot noo ?? Menipu putar belit dari dulu sampai sekarang tak boleh nak pisah dah..Orang tua-tua kata yang ni buluh tua dah tak boleh nak bengkok dah.

Dah la pandai cabar orang tapi teloq tak ada bila cabaran tu orang terima.Berlagak bukan main tegur sana tegir sini alih-alih bila orang terima teguran tu dia spin macam lain pula.

Bila PM tandatangan ikrar integriti pilihanraya, Lim Kit Siang jadi panas. Dahla Pakatan takut nak sign, dia pertikai pulak apa yang PM buat. Lalu dia kata sejak 2009 indek persepsi rasuah Negara teruk. Dan dia libatkan pemerintahan Dato' Seri Najib. 


Tapi lupakah Kit Siang bahawa dari tahun 2009 sehingga kini Pakatan juga memerintah di beberapa negeri di Malaysia?

Dan Lim Kit Siang bandingkan rekod indeks rasuah pemerintahan Najib dengan pemerintahan Tun Abdullah dan Tun Mahathir...ada ke negeri yang Pakatan pegang masa Tun Abdullah dan Tun Mahathir ?

Bermakna dengan adanya negeri yang diperintah Pakatan, indeks persepsi rasuah jadi teruk.

Kalau bersih sangat, Kenapa Pakatan takut nak sign ikrar integriti tu?

Haa lagi satu awat yang tak cerita pasai janji dalam manifesto DAP dengan PR yang sampai ke hari ni tak tunai-tunai tu ? Nak spin bagi rakyat lupa ka ????

Yang tu pun macai PAS dan juak PR tak reti-reti lagi ka..BANGSAT !!

sumber ikrarpemuda

MMI. 

Guan Eng Makin GUSAR Kaum Cina Juga Menolak DAPigs


Apa yang MMI boleh katakan senario politik tanahair semakin menarik sejak dua menjak ni , maklumlah semakin hampir dengan pilihanraya macam-macam perkara berlaku.Guan Eng selaku orang BESAR dalam DAPigs mengelabah sakan sampaikan Karpal yang berkerusi roda pun kadang-kadang terasa hati.

Kalau dulu bukan main lagi bertempik sorak merata tempat kini tempikan mereka tidak lagi menerima sorakan seperti biasa.Sumber dari cakap-cakap juak PAS sendiri mereka pun dah mula meluat dengan cara dan pendekatan DAPigs yang berlagak tunjuk hero sampaikan habis anak cucu termasuk tok wan sekali kena bohong dengan Guan Eng.

Bukan setakat tu saja di seluruh negara ketika ini , sudah terdapat suara dan kebangkitan rakyat khususnya dari kaum Cina sendiri yang menyuarakan rasa ketidakpuasan hati mereka terhadap janji kosong yang d tabur oleh pimpinan DAPigs seolah-olah rakyat hanyalah pencacai bodoh yang hanya dipergunakan pada ketika pilihanraya bagi menagih simpati undi.

Rasanya tempoh masa hampir 5 tahun Pakatan Haprak diberikan peluang untuk membuktikan kesungguhan mereka ternyata memakan diri apabila satu demi satu kesilapan dan kelemahan timbul.

MMI tak nak berceloteh panjang sangat , jika dulu kaum Cina lebih suka mengambil sikap berdiam diri kini tidak lagi.Buktinya adalah dengan terhasilnya video di bawah ,


Yang pasti bukan MMI yang buat video ni bro..Kalau tak faham ampa cari kawan bangsa cina dan minta dia tolong alih bahasa..Setakat yang MMI faham DAP macam TAIKKK !!!

Err ada mana-mana Melayu yang agama Islam nak pertahankan DAPigs ni ker ???? Silakan....

Psstt ampa pakat-pakat sebar sama video ni naa....

MMI.

Tuesday 26 February 2013

Jem Luar Biasa Di Pulau Pinang

Hampir semua laluan untuk masuk ke bahagian pulau mengalami kesesakan yang teruk semenjak tengahari tadi.Sehingga entri ini di tulis kesesakan semakin teruk di jambatan dan feri.Menurut laporan punca kepada kesesakan ini adalah kerana kerja-kerja membaik pulih penyambung kabel penghubung jambatan dan memaksa satu laluan di atas jambatan terpaksa ditutup.MMI.

Siapa Blogger BN Yang Masuk PR Tu ???

Gambar Hiasan
Dalam kesibukan juak-juak pembangkang mencanangkan penipuan demi penipuan melalui janji manifesto mereka dunia maya di kejutkan dengan berita blogger pro BN bertindak mengumumkan penyertaannya ke kem Pakatan Haprak.

Apa hilang akal ka si blogger ni ? Apa yang MMI boleh katakan si blogger ni taklah menyertai DAPigs tapi memilih salah satu diantara PKR dan PAS.Huhhhh macam-macam hal kejap sana kejap sini..Kalau ampa semua nak tau blogger mana , ampa kena pi sendiri ke blog dia malas MMI nak "copy" entri dia...Klik Sini 

MMI.

Ingat Rakyat BODO Kaaaa ???


GEORGTOWN -  Ketua Biro Penerangan BN negeri Tan Cheng Liang berkata rakyat tidak akan terpedaya untuk kali kedua dengan manifesto itu memandangkan janji-janji pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-12 belum ditunaikan.

Beliau menyifatkan manifesto itu sebagai retorik dan percaya kesemua manifesto itu tidak akan dilaksanakan.

"Mereka tidak akan laksanakan kerana track record mereka dalam menunaikan semua janji tak ada, dulu punya janji pun tak kotakan. Macam mana rakyat nak percaya mereka. Satu kali ditimpa tangga cukup la, tidak ada kali kedua," katanya.

Tan yang juga Ketua Wanita MCA berkata rakyat kini semakin bijak untuk menilai parti mana yang benar-benar ikhlas menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat.- Bernama

Entah apa yang di fikirkan oleh puak-puak ni sampaikan sekali lagi mengulangi pembohongan bersiri yang sering dilakukan oleh mereka.MMI yakin sejak semalam sampai ke hari ni cai-cai pembangkang kini masih lagi bertepuk tangan kerana terlalu teruja dengan janji baharu dari pembangkang.


Alo brader Guan Eng mana lu punya janji mau kasi WIFI percuma di seluruh negeri ? Err ingat rakyat BODO kaaaa ????

MMI.

Monday 25 February 2013

HOT Hadi BANTAI Guan Eng & Nik Aziz ?!!!


Entah mengapa secara tiba-tiba Hadi Awang meracau dan mula menyerang rakan seangkatan sendiri.Habis gempar seluruh negara Presiden PAS mengutuk dan bantai Guan Eng termasuk Nik Aziz sendiri.

Apa yang menyebabkan sampai berlaku macam tu sekali ? Semenjak dua menjak ni kem Pakatan Haprak dilihat semacam dah kena sampuk pula habis merata gelanggang puak-puak ni lari siap telanjang pula tu !!!

Cerita dia , Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meneruskan serangan terhadap Barisan Nasional apabila menyifatkan  Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)  mirip habuan yang diberikan oleh Firaun kepada orang Mesir.

Beliau berkata dana BR1M yang diberikan adalah hak rakyat justeru kerajaan BN tidak berhak untuk menuntut nama melalui pemberian itu.

"Cerita BR1M ini bukan cerita baru, Firaun pernah bagi BR1M. Kekayaan digunakan untuk menyesatkan rakyat. Firaun berucap, 'aku sebagai raja di Mesir, air sungai yang mengalir ke kampung, ini adalah projek aku'.

"BR1M adalah hak rakyat, bukan duit BN," kata beliau ketika menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-4 di sini, hari ini.

Hahaha hebat sungguh Hadi Awang , memang hebat rasanya dia lupa agaknya kenyataan tersebut secara tak rasminya sudah pun mengesahkan bahawa Guan Eng dan Nik Aziz juga adalah FIRAUN !!



Eh Bang Chot pun sama..
Rasanya rakyat kat luar sana boleh nilailah mana baik dan mana yang buruk.Kita jangan lupa sikap puak-puak ni memang selalu mencari salah orang dan sebab itulah Hadi Awang kini menjadi kambing hitam diatas kelemahannya sendiri.

Hadi Awang cukup lemah dalam menghadapi musibah yang diciptanya sendiri.Sebagai seorang pemimpin malah mengaku ulama adakah begini sikap yang harus kita contohi ? Tahukah Hadi perkara paling asas yang sedang rakyat nilai kini adalah kenyataannya berhubung soal mengkafirkan ahli-ahli UMNO ?

Sedarkah beliau bahawa isu kalimah Allah yang semakin panas sudah pun menimbulkan kemarahan banyak pihak termasuk ahli PAS sendiri ? 

Sudah tentu dalam keadaan ini Hadi Awang sudah pun berguru untuk menangani masalah yang kini melanda beliau.Setelah berguru Hadi Awang kini LULUS dan beliau kini sudah memulakan strategi pertamanya dengan membangkitkan isu FIRAUN ini bagi menutup isu kalimah Allah yang telah mengheret bukan saja keperibadiannya tetapi juga parti yang dinaunginya.Baca Sini 

Persoalan yang MMI mahu tinggalkan kepada ampa semua adalah siapa agaknya GURU HADI sekarang ???

MMI.

PAS Berdosa Dengan Fadzil Noor ??!!!


Sejauh mana relevannya PAS hari ini dalam dunia politik tanahair ? Barangkali itulah persoalan yang sudah pun meniti di bibir-bibir penggemar politik di Malaysia.Malah MMI berani katakan dengan rekod paling buruk parti PAS semenjak ianya ditubuhkan PAS hampir pasti akan diadili secukup-cukupnya dalam PRU13 nanti.

Walau apa pun yang terjadi rakyat semakin hari semakin celik dan faham siapakah PAS sebenarnya.Tidak di nafikan PAS masih mempunyai penyokong namun sebahagian daripadanya kini menangis dan meratap dalam hati kerana melihat perjuangan mereka kini umpama melukut di tepi gantang.

Sejauh mana penyokong PAS kini mampu bertahan dengan pemimpin PAS saban hari melacurkan perjuangan yang sebenarnya hasil titik peluh juak-juak PAS di peringkat akar umbi ?

MMI mahu mengajak semua untuk sama-sama kita baca artikel di bawah yang rasanya sudah pun menceritakan betapa PAS hari jauh sekali berbeza dengan PAS dulunya..

HANYA kerana sayangkan Islam, Nasharudin Mat Isa "disingkirkan" dari Pas. Pelik memang pelik. Tetapi inilah realiti yang berlaku. Pas dikatakan semakin jauh tersasar daripada perjuangan asal apabila sanggup melakukan apa sahaja hanya kerana mahu berkuasa. Islam seolah-olah bukan lagi menjadi keutamaan kepada mereka.

Saya yakin dan percaya, keadaan ini tidak akan berlaku sekiranya Datuk Fadzil Noor masih hidup dan terus memimpin Pas. 

Kira-kira 12 tahun lalu, sewaktu bertugas di Kedah, saya antara wartawan yang sering diarahkan untuk membuat liputan ceramah-ceramah diadakan oleh Pas. 

Ketika itu, parti ini masih lagi dipimpin oleh Allahyarham atau lebih selesa dengan panggilan Ustaz Fadzil. Beliau orang Kedah. Secara tidak langsung, negeri Jelapang Padi ini adalah antara lubuk kuat Pas. 

Pun begitu, sepanjang melaksanakan tugas sebagai wartawan media arus perdana,saya dan rakan-rakan media lain tidak menghadapi masalah untuk membuat liputan walaupun menyedari dikelilingi oleh penyokong-penyokong tegar Pas.

Malah, bertemu Ustaz Fadzil setiap kali beliau selesai menyampaikan ceramah untuk mendapatkan ulasan lanjut tentang sesuatu isu telah menjadi kemestian. 

Begitu juga waktu-waktu lain. Jika ada perkara yang memerlukan ulasan atau komennya dengan kadar segera, telefon menjadi penghubung. Sekiranya gagal menghubungi, saya akan terus ke rumah beliau. Kebiasaanya kunjungan ke rumah tidak akan gagal kerana Ustaz Fadzil sentiasa mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berkunjung, kecualilah jika beliau keluar atau berada di luar kawasan.

Pernah kehadiran saya ke rumahnya bukan sahaja disambut baik oleh isterinya,tetapi turut dihidangkan air dan makanan yang ada ketika itu.

Sebagai pemimpin sebuah parti Islam, Ustaz Fadzil telah menunjukkan sifat-sifat yang terpuji biarpun dalam masa sama, kami berlainan ideologi.

Allahyarham seorang yang sangat sayangkan agama dan sanggup `beralah' demi memastikan Islam dan orang Melayu terpelihara di tanah air tercinta ini. 

Kemampuannya memimpin dan mendidik ahli-ahli parti menjadikan beliau dihormati oleh pihak lawan dan kawan. Beliau dikatakan bertanggungjawab mengubah rentak dakwah Islam daripada jumud dan melampau kepada sederhana.

Tidak hairanlah pemergiannya menyahut panggilan Ilahi pada 23 Jun 2002 dihadiri dan ditangisi oleh segenap lapisan masyarakat dari seluruh negara.

Malangnya hari ini, apa yang berlaku dalam kepemimpinan Pas amat berbeza. 

Islam bukan sahaja gagal untuk terus diletakkan di kedudukan yang paling istimewa malah keputusan yang dibuat sering kali menimbulkan tanda-tanya.

Dalam hubungan ini, dosa Nasharudin yang juga bekas Timbalan Presiden Pas sehingga menyebabkan beliau terbuang daripada parti adalah kerana mahu melihat orang Melayu bersatu dan kesucian agama Islam terus terpelihara.

Jika beginilah sikap pemimpin-pemimpin Pas yang ada sekarang, apakah parti ini masih relevan untuk mengekalkan namanya sebagai Parti Islam Se-Malaysia?

Jika dengan Fadzil Noor pun dah dikira dosa bagaimana pula dengan Allah swt ???


MMI.

Punca Perkataan ALLAH Dalam Bible - Tun Mahathir


Ikuti kupasan Tun Mahathir tentang isu penggunaan kalimah ALLAH dalam bible oleh bukan Islam.Jelas apa yang di kupaskan oleh Tun sebenarnya membawa mesej khususnya kepada seluruh umat Islam itu sendiri supaya memahami dan mengetahuinya secara ilmiah dalam berdepan dengan isu kalimah ALLAH ini.

Paling menarik adalah pesanan Tun bahawa jangan sesekali ada mana-mana pihak menjadikan EMOSI sebagai cara untuk mempertahankan tuntutan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam.

Jom tengok apa Tun M kata...

 

Dalam beberapa perkara kita harus ingat isu kalimah Allah ini juga merupakan satu usaha yang dipergunakan sepenuhnya oleh juak pembangkang khususnya Anwar Ibrahim dalam memenangi hati pengundi bukan Islam bagi menghadapi PRU13 nanti.

Anwar tahu beliau kini amat-amat memerlukan sokongan akar umbi bagi mencapai cita-cita terdesaknya dan kerana itulah mereka-mereka di luar sana yang bukan beragama Islam kini cuba didekati dan di menangi hatinya.

Paling menyedihkan PAS semakin hari semakin longlai dan makin HINA kerana perbuatan sendiri.Sedar atau tidak PAS kini bukan saja pencacai kepada Pakatan Haprak tetapi sudah pun menjadi liabiliti kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Akhir kalam kita harus sedar dan faham bahawa emosi bakal menghancurkan apa yang kita bina selama ini maka kerana itu jadikan ilmiah dan fakta sebagai kekuatan dalam berdepan dengan mereka-mereka di luar sana.

MMI.

Sunday 24 February 2013

3 Ribu Anggota RELA Sambut Hishamuddin Hari Ini


Bertempat di USM Trans Krian Nibong Tebal Pulau Pinang hari ini , 3 ribu anggota RELA berjaya dikumpulkan dalam satu program bersama Menteri Dalam Negeri YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.Kehadiran beliau di sambut dengan penuh meriah para anggota RELA yang menunggu ketibaan beliau seawal jam 10.00 pagi tadi.

Dalam majlis tersebut Datuk Hishamuddin turut mengingatkan para sukarelawan khususnya anggota RELA supaya memperkuatkan semangat dan jati diri masing-masing.

YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein mengingatkan gerakan kesukarelaan bukan  untuk menanam kebencian, menabur fitnah atau  melaga-lagakan antara  kaum, tetapi untuk penyatuan  dan untuk  keamanan.

Malah ia sekaligus mewujudkan gelombang untuk  mematahkan arus kebencian, perpecahan, pertembungan kaum, budaya, agama, serta menolak aktiviti  keganasan.




Berikut merupakan rakaman nyanyian lagu IM4U yang dinyanyikan oleh semua anggota RELA bersama YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein siang tadi.Baca juga di mypenangonline 


MMI.

Saturday 23 February 2013

Tu Dia Video Kempen Nik Aziz Sempena PRU13 BOCOR Mesti Tengok !!!!


Ketika seluruh jentera parti tidak kira sama ada pro kerajaan mahupun pembangkang kini masing-masing sibuk melakukan persiapan akhir bagi menghadapi pilihanraya paling sengit dalam sejarah negara Malaysia PAS nampaknya mengorak langkah setapak lagi.

Jentera kempen parti PAS kali ini bakal menyaksikan satu perubahan apabila mekanisma kempen melalui video turut menjadi pilihan barisan pengarah strategik pilihanraya mereka.

Juak-juak pencacai PAS hampir pasti gembira dengan pengumuman ini kerana mereka bukan saja akan menjalankan kerja-kerja kempen di akar umbi tetapi akan turut di sokong dengan unit media yang telah menghasilkan video khas bagi menambahkan lagi keberkesanan kempen mereka.

Setakat ini video tersebut belum lagi disiarkan dalam mana-mana media dan ianya menjadi rahsia atau kejutan kepada parti lawan apabila tiba masanya nanti.Malah video kempen tersebut turut menampilkan Nik Aziz sebagai watak utama.

Melalui sumber dalaman yang membocorkan maklumat ini kepada MMI , rata-rata macai dan pemimpin PAS kini amat berbangga dan tak sabar-sabar untuk menayangkannya kepada seluruh rakyat.

Agak mengejutkan juga apabila MMI di maklumkan yang video ini sudah pun diluluskan tayangannya oleh pihak kerajaan yang hanya menantikan masa untuk disiarkan.

Video ini di terima untuk disiarkan di semua saluran media kerana pihak kerajaan mahu membuktikan bahawa saluran media tidak di sekat seperti mana yang sering di momokkan oleh juak-juak pembangkang.

MMI yakin ramai diantara ampa semua tidak sabar untuk mengetahui bagaimanakah video kempen tersebut dan apakah pengisiannya.Untuk makluman MMI mempunyai salinan video tersebut dan bagi tidak menghampakan ampa semua MMI siarkan video tersebut seperti di bawah.
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
    

Memang terbaiklah ! video kempen ini sudah pasti bakal mencecah jutaan pengunjung sedikit masa lagi...Seperkara yang perlu ampa semua tahu adalah segala ayam dan lembu yang dimaksudkan oleh Nik Aziz ni adalah terdiri daripada juak-juak pencacai dan penyokong PAS yang sudah pun menerima wang bantuan dari kerajaan sebelum ini.

MMI tumpang simpati kerana Nik Aziz sendiri sanggup menyamakan penyokong-penyokongnya dengan binatang seperti ayam dan lembu.

Psstt di Pulau Pinang Guan Eng bagi duit dekat rakyat juga dan kebanyakkannya yang menerima duit tersebut adalah penyokong dan juak-juak PAS jadi memang kenalah dengan apa yang Nik Aziz kata.

Jadi kepada ayam dan lembu PAS , TAHNIAH dan selamat berbelanja..

MMI.

Labels