Followers

Saturday 3 August 2013

Guan Eng Di Saran Letak Jawatan !!!


Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) mendesak Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk meletak jawatan berikutan krisis politik dalaman parti itu.

Presidennya, Rahmad Isahak berkata Lim sepatutnya mengundur diri kerana gagal melaksanakan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) secara adil, jujur dan telus.

"Tanpa ragu-ragu, Lim adalah liabiliti kepada parti. Polisi CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus) perlu bermula dari dalam parti.

"Jika anda tidak melaksanakan CAT di dalam parti anda sendiri, bagaimana anda mahu ia dilaksanakan di dalam kerajaan negeri.

"Lim sepatutnya berbudi-bahasa dan adil kepada semua ahli DAP dengan meletak jawatan sebagai setiausaha agung parti itu," kata Rahmad pada sidang media di Hotel Traders, Pulau Pinang pada Sabtu.mstar 

Apa yang di suarakan oleh KMPP itu tepat sama sekali , malah Guan Eng seharusnya menjadi orang pertama yang memikul tanggungjawab ini apabila pemilihan CEC DAP menjadi masalah.

Dari sini MMI rasa ramai rakyat di luar sana dapat lihat bagaimana DAP atau dinasti Lim dalam DAP membohongi kaum Cina di Malaysia.Malah sehingga entri ini di tulis sudah ada kaum Cina sendiri yang mempertikaikan ketelusan puak Lim dalam DAP.

Agak menarik juga dalam isu ini , mereka yang mengaku sahabat sesyurga DAP diam terus langsung tidak bersuara...kihkih PAS apa cita ? Kenapa tak tolong settlekan kes DAP ni ? Mana ketelusan kalau dah sampai bergaduh bagai ??

OO lupa PAS taraf pencacai ja dalam DAP ...

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels