Followers

Thursday, 29 August 2013

Panazz Macai DAPigs Bagi Arahan Jangan Tayang Tanda Putera ??!


Seperti yang di janjikan MMI akan cuba usahakan untuk membawa keadaan sebenar apa yang berlaku di ground zero apabila arahan di keluarkan oleh Guan Eng untuk menghentikan penayangan filem Tanda Putera.Sebelum itu seperti semua sedia maklum pihak pawagam di Pulau Pinang telah pun menerima arahan yang MMI klasifikasikan sebagai ugutan daripada pihak berkuasa tempatan supaya menghentikan penayangan filem Tanda Putera , jika GAGAL berbuat demikian mereka akan berdepan dengan penarikan lesen perniagaan oleh pihak terbabit.Baca Selanjutnya 

Kita semua tahu pihak GSC dan Lotus sudah pun mengesahkan untuk menuruti ugutan daripada pihak berkuasa tempatan untuk menghentikan tayangan Tanda Putera.Oleh kerana itu MMI memilih untuk memantau pawagam-pawagam persendirian pula.

Berikut adalah gambar-gambar yang di ambil di sekitar pawagam MEGA CINEPLEX di Perai Pulau Pinang hari ini.




Keadaan tenang dan jelas sekali filem Tanda Putera turut tidak di tayangkan di pawagam persendirian ini.Pada ketika gambar ini di ambil beberapa pengunjung berbangsa Melayu yang di temui turut melahirkan rasa kesal mereka kerana tidak dapat menonton Tanda Putera.

Selain daripada itu apabila MMI mengakses laman web pawagam terbabit masih jelas kelihatan poster filem Tanda Putera di letakkan sebaris dengan filem-filem lain yang bakal di tayangkan.


Namun setelah butang klik di tekan kenyataan seperti di bawah akan muncul...



Untuk makluman Mega Cineplex mempunyai dua cawangan satu di Perai dan satu lagi di Langkawi.Bagaimanapun cawangan di Langkawi tidak mempunyai masalah tayangan dan ianya berjalan seperti mana jadual di bawah.


Pasti akan ada pihak yang bertanya apa punca MMI menceritakan tentang proses tayangan di Pulau Pinang ini kerana arahan sudah di keluarkan.

Sebenarnya pihak pawagam mahu menayangkan filem Tanda Putera tetapi makluman daripada sumber menyatakan bukan sahaja mereka menerima surat daripada pihak berkuasa tempatan tetapi mereka turut didatangi oleh pihak tertentu sejak semalam lagi memberikan arahan supaya jangan menayangkan filem Tanda Putera.

Persoalannya siapa mereka itu ??

MMI

No comments:

Post a comment

Labels