Followers

Wednesday 29 January 2014

Reezal Sifatkan Politik Raksasa Kini Berlaku Di Kajang !!


Dah macam-macam bunyi sejak pengumuman Lee Chin Cheh ADUN Kajang yang meletakkan jawatan serta merta .Sampaikan ada puak-puak sendiri pun tersedak sebab terkejut dengan berita tersebut.

Apa hal tiba-tiba letak jawatan ni ? Tak ada bincang apa pun sebelum ni ? Ni apa  ke hal pula ?

Inilah antara ayat paling banyak orang guna semalam dan sudah semestinya puak-puak daripada DAP dan PAS turut sama terkejut atau buat-buat terkejut dengan berita perletakan jawatan si ADUN tersebut.


Lebih menarik bila si tuan badan yang bakal jadi calon pada mulanya bukan main lagi , malu-malu konon nah lepas tu siap buat sidang akhbar lagi.Tapi ampa perati betoi-betoi Khalid dah jadi semacam robot dah !

Kesian MMI tengok , puak tu punya jolok dia sampai teketaq-ketaq.

Alasan dan punca tindakan sedemikian di buat adalah kerana nak melonjak khidmat cemerlang PKR di Selangor.Adoiii apa lagi yang nak di cemerlangkan ? Yang MMI nampak dah semacam politik raksasa dah balun yang kat sana bawa mai yang baru.Tapi kena ingat baru tak baru sangat lah ! 


MMI amat bersetuju dengan kenyataan yang di buat oleh YB Dato' Seri Reezal Merican Ahli Parlimen Kepala Batas apabila menyebut "Secara psikologinya , ia akan membuktikan kepada pengundi di Selangor bahawa mereka sudah memilih seorang ‘raksasa politik’ yang haloba dan hanya melihat kedudukan peribadinya sendiri. Berkemungkinan juga, kemenangan Anwar, walaupun secara percuma, bakal merosakkan imej PKR, DAP dan PAS di dalam jangkamasa panjang.

Kenyataan penuh..
1. Pertamanya, saya ingin mengucapkan 'takziah' kepada mantan ADUN Kajang, kerana terpaksa membuat keputusan yang sukar, semata-mata mahu memberikan peluang kepada seorang individu dari 'luar Selangor' untuk bertanding di kawasan tersebut. 
2. Dalam pengumuman keputusan sebentar tadi, beberapa kali Anwar mengatakan bahawa ini adalah usaha melonjak 'khidmat cemerlang' PKR Selangor selama ini. Kepada saya, ayat tersebut hanya bermakna bahawa ini adalah usaha 'melonjak' ego politik Anwar semata-mata. 
3. Ahli PKR, rakyat Selangor, pengundi di DUN Kajang sepatutnya membuka mata bahawa ini adalah permainan politik penting diri dan tidak hemah dalam menilai kepercayaan rakyat. 
4. Pada pandangan peribadi saya, Barisan Nasional (BN) wajar membuat kajian yang lebih teliti samada mahu terlibat di dalam PRK yang bukan sahaja mempunyai nilai moraliti yang rendah, malahan hanya menjadi alat pemuas berahi kemaruk seorang yang sangat kemaruk dengan kuasa. Anwar sudah menjadikan rakyat sebagai ‘komoditi politik’ untuk menyelesai masalah dalaman. 
5. Secara psikologi, ia akan membuktikan kepada pengundi di Selangor bahawa mereka sudah memilih seorang ‘raksasa politik’ yang haloba dan hanya melihat kedudukan peribadinya sendiri. Berkemungkinan juga, kemenangan Anwar, walaupun secara percuma, bakal merosakkan imej PKR, DAP dan PAS di dalam jangkamasa panjang. 
6. Kita tidak seharusnya terikut-ikut dengan kegilaan dan kemaruk kuasa Anwar ini. Apa yang berlaku ini sekadar menunjukkan kepada rakyat, ‘siapa Anwar’ yang sebenarnya. PKR wajar membuang sama sekali perkataan ‘reformasi’ daripada kamus parti tersebut, kerana Anwar baru sahaja melempar ‘reformasi’ ke dalam longkang yang kotor dan hanyir. 

Pesan MMI hati-hati dengan mamat ni brader !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels