Followers

Thursday 2 January 2014

Sapa BIKIN Onar Masa DEMO ??

Gambar Hiasan
Tak habis lagi tentang demo malam tahun baru , macam-macam kisah muncul tapi biasalah puak-puak pembangkang mana ada pernah buat silap lebih-lebih lagi parti PAS yang ada bersama memberikan sokongan jitu memantau keadaan supaya tidak ada sebarang perkara yang boleh mendatangkan syak apatah lagi berlakunya perkara-perkara mungkar.

Bagi MMI bukan senang nak jaga semua tu apatah lagi dalam himpunan guling sebab semua pihak dalam pembangkang terlibat.

Kalau di ikutkan dari himpunan-himpunan haram sebelum ni pun bukan main beb ...

Tengok gambar kat bawah ni ..


Parti Islam bro !!! Tak ada ka Unit Anal yang tegur cik kak ni ??


Bercampur-campur , brader baju biru tengok apa tu ??


Seronok sungguh depa , berjuang untuk jihad agaknya ...

Cukuplah setakat tu rasanya , seperkara yang perlu di jelaskan adalah MMI tidak pernah menafikan bahawa dalam mana-mana acara lain yang melibatkan penganjur daripada pihak kerajaan juga tidak dapat lari daripada masalah sebegini.Itu jelas supaya ampa semua tak salah faham kononnya dah kerana MMI ni pro kerajaan kira nak back up kerajaan ja kerja dia.

Cumanya MMI agak tertarik dengan kenyataan daripada Ketua Penerangan PAS Terengganu, Mohd. Nor Hamzah yang melahirkan rasa kesal kerana ramai golongan mahasiswa didakwa terjebak dengan gejala sosial seperti zina dan dadah.

Beliau mendakwa, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana mahasiswa merupakan golongan terpelajar dan mereka tidak sepatutnya memenuhkan laporan media dengan kes-kes memalukan tersebut.

Sehubungan itu, beliau menyalahkan sistem pendidikan Malaysia kerana didakwa gagal membentuk mahasiswa menjadi modal insan yang baik untuk negara.

Inilah perkara yang puak PAS buat kadang-kadang MMI rasa tak adil.Kenapa setiap kali bila menyentuh tentang kegagalan sesuatu perkara itu jari tu cepat ja nak tuding kat orang lain sedangkan mereka sendiri pun sebenarnya sudah terlibat atau bersubahat dalam perkara yang hampir sama.

Contohnya aksi-aksi dalam gambar di atas , kenapa perkara sedemikian masih berlaku ?? Apakah itu juga nak di salahkan kepada kerajaan ??

Mana puak-puak PAs yang seharusnya bertanggungjawab memastikan mereka-mereka itu di nasihati supaya mengikut lunas-lunas atau ciri-ciri Islam ??

Begitu juga dengan mahasiswa dan mahasiswi , bukankah puak-puak PAS dan sahabat sesyurga mereka yang sebenarnya sentiasa meracuni pemikiran para mahasiswa dan mahasiswi kita di serata universiti ??

Jadi kenapa hari ini tiba-tiba nak bercakap soal moral ??

MMI cuma nak sedarkan puak-puak PAS supaya faham tindakan mereka selama ini sebenarnya lebih membawa ONAR daripada KEBAIKAN kepada bangsa dan agama sendiri.

Jangan jadi macam puak-puak ni ...


NOW YOU SEE ....


NOW YOU DONT !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels