Followers

Thursday 20 February 2014

Anwar Naik Angin Dengan Tun Mahathir


Pada ketika negara sedang di landa suhu panas akibat daripada perubahan cuaca , keadaan yang sama di laporkan berlaku di Kajang.Walaupun majoriti rakyat Malaysia tahu bahawa kajang kini dalam proses untuk menentukan semula wakil rakyatnya , calon pertama yang mengesahkan untuk bertanding di Kajang juga di beritakan semakin panas.

Kepanasan itu bukan sahaja akibat daripada faktor cuaca tetapi juga di sebabkan oleh isu-isu yang kini sedang mengambil tempat memandangkan tarikh penentuan untuk menentukan siapa wakil rakyat Kajang semakin hampir.

Anwar Ibrahim yang kini sedang dalam rangka kempen untuk memenangi hati penduduk Kajang di laporkan semakin resah dengan beberapa perkembangan terbaru yang di lihat tidak memihak kepada beliau.

Jika sebelum ini kem Anwar di lihat bebas dengan gerak kempen mereka kini segalanya perlu di lakuakn dengan berhati-hati memandangkan banyak pihak kini terarah kepada perkembangan di bumi Kajang.

Antara yang memberikan perhatian kepada N25 Kajang adalah bekas Perdana Menteri Malaysia , Tun Mahathir Mohamed dan beliau di lihat telah menyebabkan Anwar Ibrahim tidak senang duduk.

Segalanya bermula apabila Tun Mahathir menyifatkan hasrat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang jika diadakan, sebagai usaha untuk mencapai matlamatnya menjadi Perdana Menteri.

Bekas Perdana Menteri itu berkata ia adalah langkah untuk naik ke atas dan Anwar tidak akan berhenti pada tahap itu sahaja.

“Saya fikir itu bukan matlamatnya tetapi itu adalah tangga yang digunakan untuk mencapai matlamatnya (menjadi Perdana Menteri),” katanya kepada pemberita selepas ditemu bual dalam program ‘Dalam Radar Khas’ terbitan Bernama Radio24 di Wisma Bernama sebelum ini.

Selain daripada itu kenyataan berterusan Tun Mahathir yang menegaskan sekiranya rakyat mengundi Anwar sama ertinya mereka mengundi Amerika menyebabkan kem Anwar semakin panas.

Rakyat Malaysia boleh mengundi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya mereka mahu sebuah "kerajaan pro-Amerika".

"Jika kamu mahu sebuah kerajaan pro-Amerika, sila undi Anwar Ibrahim (dalam pilihan raya kecil DUN Kajang)," katanya.

Selain daripada itu apabila di soal sama ada hasrat Anwar untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu mempunyai kaitan dengan kes liwat beliau untuk memberi tekanan kepada kerajaan, Tun Mahathir berkata beliau tidak tahu sama ada ia mempunyai kaitan secara langsung atau tidak.

“Tetapi jika beliau menjadi perdana menteri, ia satu tahap ke arah itu, jadi Perdana Menteri, maka banyaklah benda beliau boleh buat untuk melindungi dirinya,” katanya.

Bertindak di atas reaksi Tun Mahathir tersebut , Anwar Ibrahim berkata sebagai anjakan Pakatan Rakyat ke Putrajaya, Selangor merupakan benteng penting dan negeri contoh dengan meletakkan DUN Kajang sebagai asas permulaan.

“Sebab itu dia (BN) cuba main isu kaum dan agama. Sedangkan yang kita sentuh soal dasar dan masalah rakyat. Tapi mereka (BN) mula sahaja kempen, terus berkasar.

“Tuduh saya ejen Amerika, dalang ‘Ops Lalang’. Sampai MCA pun tumpang sekaki. Kononnya nak tunjuk hero,” kata Anwar.

Malah Anwar turut berkata Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan sekutu rapatnya, Tun Daim Zainuddin antara individu yang paling takut dan bimbang sekiranya Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai pentadbiran Selangor. “Bila dengar sahaja Anwar nak masuk ke Selangor, (Tun) Daim tak senang duduk.

Meroyan dia dengar Anwar nak tanding (PRK DUN) Kajang, “(Tun) Dr Mahathir yang sedang tidur (berehat) pun bangun (berkempen) bila tahu Anwar nak masuk Selangor,” kata Anwar dalam ceramah kelompok di Padang Pusat Komuniti Kg Sungai Kantan, malam tadi

Justeru, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu mengingatkan kepada pengundi DUN Kajang tidak terperangkap taktik jahat Umno-BN.yang menunggangi media arus perdana yang menyebar maklumat palsu.

“Lebih baik kita tumpu kepada isu sebenar. Kalau kita nak layan dan jawab (mereka), membazir waktu,”

Ternyata kenyataan-kenyataan pedas yang di keluarkan oleh Tun Mahathir berkenaan Anwar telah menyebabkan Anwar angin satu badan.

Jika Anwar menuduh Tun Mahathir punya penyakit meroyan , apakah Anwar juga tidak punya penyakit yang sama ?

Hakikatnya Anwar tertekan dengan tindak balas dan kenyataan daripada Tun Mahathir kerana beliau tahu reputasinya akan terjejas sekiranya Tun membuka mulut.

Anwar tahu bahawa Tun Mahathir punya kekuatan dan keupayaan untuk meyakinkan rakyat Kajang supaya berhati-hati dalam membuat keputusan sewaktu hari pengundian nanti kerana calon yang di tonjolkan oleh PKR itu merupakan seorang pemimpin yang pernah meroyan di seluruh negara akibat daripada perlakuan luar tabienya.utaranews 

Mesti ada sebab musabab yang lebih jelas mengapa Anwar begitu kelam-kabut menepis kenyataan oleh Tun Mahathir tersebut.

Perkara paling menarik , manusia seperti Anwar boleh pula ajak rakyat supaya jangan layan dan menjawab.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels