Followers

Friday 30 May 2014

ISU CELAKA - JAHARA Desak DAP Ambil Tindakan TEGAS


Ekoran daripada tindakan biadap Adun Seri Delima RSN Rayer yang mengucapkan kata-kata kesat terhadap UMNO dan orang Melayu , sekumpulan orang Melayu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang bertindak menyerbu ke dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini.

Tindakan biadap yang sama sekali menghina itu di lakukan oleh seorang pemimpin yang mengaku sebagai wakil rakyat.Selain daripada rempuhan ke dalam dewan , himpunan juga turut berlaku di depan pintu masuk bangunan Dewan Undangan Negeri sehingga memaksa pihak berkuasa membuat kawalan keselamatan.

Namun segala yang berlaku itu bersebab dan antara penyebabnya adalah orang Melayu tidak mampu lagi menahan perasaan marah dengan tindakan sebiadap Adun Seri Delima yang secara terang-terangan menghina orang Melayu.

Kumpulan yang berhimpun pada hari kejadian tersebut hanya menuntut permohonan maaf daripada RSN Rayer di atas keceluparan mulutnya menghina orang Melayu namun beliau tidak melakukannya.

Keadaan menjadi lebih panas apabila Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng dalam kenyataannya di salah satu media cetak semalam telah mendesak pihak Polis supaya segera mengambil tindakan terhadap kumpulan yang menyerbu masuk ke dalam dewan.

Bertindak atas kenyataan tersebut YB Dato Jahara Hamid hari ini tampil mengulas kenyataan yang di buat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang terbabit.

Kenyataan Akhbar Ybhg. Dato’ Jahara Binti Hamid pada 29 Mei 2014

Saya merujuk kepada laporan Akhbar The Star muka surat 31 pada 29 Mei 2014 yang menyatakan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang menggesa Peguam Negara untuk menjalankan siasatan di bawah seksyen 121(b) dan 124(B) Kanun Jenayah terhadap mereka-mereka yang masuk ke Dewan Negeri Pulau Pinang pada 21 Mei 2014 yang lalu.

Saya ingin mengulas kenyataan tersebut dan menyatakan bahawa saya selaku Ketua Pembangkang telah memohon maaf secara terbuka pada keesokan harinya,22 Mei 2014 atas kejadian mereka memasuki ke dalam Dewan Undangan Negeri. Saya ingin menjelaskan bahawa mereka masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri tersebut untuk berjumpa dengan YB Seri Delima untuk beliau meminta maaf di atas kenyataan beliau “ UMNO Celaka”.Perlu diingatkan bahawa UMNO adalah salah satu parti yang mewakili majority Bangsa Melayu di tanah air kita dan perjuangan UMNO sejak tahun 1946 sehingga kita mencapai kemerdekaan sehingga sekarang turut memperjuangkan hak-hak kesemua bangsa di Malaysia tidak boleh diperkecilkan.

Oleh itu,kenyataan YB Seri Delima telah menyebabkan perasaan benci dan bermusuhan antara kaum. Semasa kejadian 21 Mei 2014 ianya berlaku semasa waktu rehat Dewan dan tidak terdapat sebarang prosiding ketika itu. Mereka hanya meminta YB Seri Delima memohon maaf di atas kenyataan beliau bahawa

“ UMNO Celaka ”

Saya di sini ingin mempersoalkan kenapa individu yang menyebabkan kejadian ini tidak diambil tindakan .Beliau bukan sahaja menyatakan perkataan itu di dalam Dewan tetapi turut menyatakan semasa berkempen di Pilihan Raya kecil Bukit Gelugor keesokan harinya di khayalak ramai.

Terdapat banyak laporan polis yang telah dibuat atas kenyataan YB Seri Delima. Demi keadilan, saya menggesa individu yang telah menyebabkan kemarahan sehingga berlaku kejadian 21 Mei 2014 di Dewan Undangan Negeri diambil tindakan yang tegas di bawah Seksyen 31(e) Akta Hasutan 1948.

Saya juga menggesa Parti DAP agar mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin-pemimpin serta ahlinya-ahlinya yang sengaja menimbulkan kemarahan  serta mengangu gugat kestabilan, keharmonian dan perpaduan antara kaum di Malaysia.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels