Followers

Tuesday 30 September 2014

Pakatan Haprak Bukan MILIK PAS ?!!!


Dah banyak kali sebenarnya PAS diasak supaya meninggalkan Pakatan Haprak namun kerana masih setia dengan tahaluf siyasi yang langsung tidak memberikan sebarang kebaikan kepada parti itu menyebabkan PAS kini seolah-olah orang gelandangan yang tidak terurus.

Secara simboliknya Pakatan Haprak sememangnya tidak memerlukan PAS lagi , dan apa jua yang berlaku di peringkat kepimpinan atasan hanyalah sekadar menjaga hati.Mungkin ada gela ketawa dan senyuman dengan lirikan mata semacam bersahabat tetapi secara tersiratnya mereka mahukan PAS agar segera meninggalkan Pakatan Haprak.

Timbul persoalan apakah DAP dan PKR tidak bimbang dengan tindakan keluarnya PAS daripada Pakatan Haprak ?? Ohh jangan silap kawan-kawan mereka dah lama bersedia dan kerana itulah PASMA hanya menghitung hari untuk menggantikan tempat PAS dalam Pakatan Haprak !


Kalau diikutkan kepada apa yang telah disebarkan sejak semalam , ketika ini sudah pasti didepan ibu pejabat PAS sedang berlangsung satu himpunan oleh mereka yang mengaku NGO walaupun secara zahirnya adalah puak macai kepada Anwar Ibrahim untuk mendesak PAS supaya segera meninggalkan Pakatan Haprak.

Setiausaha Politik Tian Chua, Rozan Azen Mat Rasip memaklumkan satu NGO bernama LENSA akan menyerahkan memorandum mendesak PAS keluar Pakatan Haprak.

LENSA atau Lensa Anak Muda Malaysia yang dipengerusikan oleh Safwan Anang adalah sebuah NGO pro PasMa sebelum ini pernah menganjurkan wacana ‘PAS, Ke Mana Selepas Muktamar?’ di Restoren Amjal, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur dengan membariskan ahli panel anti Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang terdiri daripada Saari Sungip, ADUN PAS Hulu Kelang; Ir. Izham Hashim, Yang Dipertua PAS Kawasan Kelana Jaya dan Ustaz Ridzwan Abu Bakar, Ketua Penerangan PAS Kuala Kedah.

Kenyataan media penuh :
JEMPUTAN UNTUK MEMBUAT LIPUTAN SERAHAN SURAT
PAS PERLU BERHENTI CETUS KETEGANGAN
Kepada
YB DATO’ SERI HAJI ABDUL HADI BIN AWANG PRESIDEN PAS
Menekuni sistem politik dwi-parti, Pakatan Rakyat (PR) perlu menjadi sebuah koalisi politik yang kukuh sebagai mekanisme semak dan imbang kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN). Malah PR juga dilihat sebagai harapan baru rakyat Malaysia apabila memenangi 52 % undi popular dalam PRU 13 yang lalu. Maka tidak dapat dinafikan bahawa kewujudan pakatan pembangkang yang kuat akan memberi kesan berbalik yang positif kepada rakyat Malaysia. Namun sekiranya pakatan politik pembangkang lemah, maka ia akan membuka ruang kepada Kerajaan yang memerintah mentadbir secara wewenangan sekaligus menindas rakyat.
Setelah membuat analisis terhadap beberapa forum anjuran LENSA berkaitan krisis politik Selangor, dapat disimpulkan bahawa Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebagai salah sebuah rakan komponen PR banyak menyumbang kepada krisis yang berpanjangan sekaligus mengganggu gugat keutuhan permuafakatan PR.
Oleh itu, LENSA akan menyerahkan surat rasmi kepada pihak Presiden PAS, YB Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang bagi menyuarakan tuntutan agar PAS berhenti mencetuskan ketegangan sesama rakan PR. Satu sidang akhbar juga akan diadakan sejurus selepas surat diserahkan.
Serahan surat ini akan dijalankan seperti ketetapan berikut:
Serahan Surat
‘PAS PERLU BERHENTI CETUS KETEGANGAN’ Kepada YB Presiden PAS
Tarikh:30 September 2014 (Selasa)
Masa:10.00 Pagi
Tempat:Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.(Di Hadapan Pintu Utama)
Oleh itu, LENSA ingin mengundang rakan-rakan media untuk membuat liputan serahan surat dan sidang akhbar ini.
Untuk sebarang maklumbalas atau pertanyaan, pihak Tuan/Puan boleh menghubungi Penyelaras Program di talian 013-6025 461 (Ekhsan) atau emelkan kepada syukri.lensa@gmail.com.
Sekian. Terima kasih

Apakah Presiden PAS Hadi Awang masih lagi mahu memeluk erat sahabat DAP dan PKRnya ?? Well kita tengok apa yang akan berlaku pula !! 

MMI 

No comments:

Post a Comment

Labels