Followers

Sunday 28 December 2014

NAJIB Arah Semua Menteri Sedang Bercuti Pulang Segera !!

 

Semua menteri kabinet yang sedang berada di luar negara telah diarah pulang segera bagi melancarkan operasi membantu mangsa banjir, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata arahan itu dikeluarkan pagi tadi dan menteri-menteri yang berkenaan sedang membuat persiapan untuk kembali.

"Ini dibuat sebab kita nak mereka kembali bertugas membantu dalam operasi menyelamatkan mangsa banjir," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tengku di sini hari ini.

Terdahulu, Najib melakukan lawatan sehari ke beberapa kawasan dilanda banjir di Pahang, telah melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Clifford.

Dalam masa yang sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Kem Tentera Lipis di sini, sebentar tadi untuk meninjau kawasan terjejas akibat banjir dan pusat pemindahan di negeri ini.

Beliau yang menaiki helikopter, disambut Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Najib selepas ini akan melawat dua pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Clifford dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Tengku.

Beliau juga dijadualkan melawat di sebuah lagi daerah terjejas teruk akibat banjir iaitu Jerantut dan akan meninjau keadaan di Loji Air Batu Embun serta pusat pemindahan di Batu Embun dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di Temin.

Selepas meninjau keadaan di Jerantut, Najib dijadualkan berlepas ke Temerloh untuk meninjau keadaan di daerah itu yang mula dilanda banjir sejak Jumaat lalu.

Sebaik tiba, beliau akan diberi taklimat ringkas di Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh dan melawat pusat pemindahan di SMK Seberang sebelum meninjau beberapa kawasan dilanda banjir.

Sehingga jam 10 pagi, seramai 33,601 orang ditempatkan di 328 pusat pemindahan dengan jumlah paling ramai direkodkan di Kuantan yang membabitkan seramai 8,474 mangsa.

Ia diikuti dengan Temerloh dengan 6,965 orang, Jerantut (6,657), Pekan (3,928), Maran (3,690), Bera (1,003) dan Rompin (13). RakyatNews

No comments:

Post a Comment

Labels