Followers

Monday 13 July 2015

Jangan Cemar Kesucian Aidilfitri


Seluruh umat Islam kini sedang menantikan ketibaan 1 Syawal , hari di mana seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Puasa.Manakala bulan Ramadhan sudah semestinya akan dirindui apatah lagi ianya dianggap sebagai bulan bonus buat seluruh umat Islam kerana pada ketika inilah segala amalan yang dikerjakan akan mendapat berlipat kali ganda pahala.

Sudah menjadi lumrah bagi kebanyakkan dari kita akan mengambil peluang untuk melaksanakan kewajipan masing-masing dan sebahagiannya pula akan menjadikan bulan ini sebagai bulan untuk berubah.Meninggalkan segala perkara-perkara yang dilarang seterusnya berusaha untuk memperbaiki diri agar menjadi seorang manusia yang berguna.

Dalam erti kata lain kita harus menjadikan Ramadhan dan ketibaan Syawal sebagai pelengkap kepada kehidupan sebagai seorang muslimin dan muslimat.Malah kita sebenarnya diminta supaya mengamalkan keceriaan dan bergembira apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. 

Anas bin Malik r.a berkata:

"Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebihbaik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri."

- Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959.

Adalah sesuatu yang amat memalukan sekiranya kita menjadi sebahagian daripada mereka-mereka yang hidupnya hanya terarah kepada soal politik yang keterlaluan sehingga tindakan kita itu mampu mewujudkan perpecahan sama ada sesama umat Islam mahupun dengan bangsa lain.

Antara yang sedang tersebar di media sosial adalah penyebaran poster oleh PKR berkenaan Himpunan Desak Najib Undur dan dinyatakan himpunan terbabit akan diadakan pada tarikh 17 Julai 2015 bersamaan dengan 1 Syawal iaitu Hari Raya Aidilfitri.Himpunan yang kononnya akan diadakan di Dataran Merdeka itu walaupun sudah dinafikan keterlibatan PKR oleh Pengarah Komunikasinya saudara Fahmi Fadzil baru-baru ini , ianya tetap menjadi satu liabiliti bukan sahaja kepada kemakmuran yang dikecapi oleh rakyat Malaysia selama ini tetapi turut mencemarkan kesucian Aidilfitri itu sendiri.

Jika benar PKR tidak terlibat , siapakah pihak yang cuba menjadi batu api pada ketika seluruh umat Islam di Malaysia bakal menyambut Aidilfitri ?

Tindakan mengadu-domba dan cubaan mencetuskan rasa kurang senang sebahagian besar daripada warga Malaysia khususnya umat Islam itu jelas satu tindakan yang tidak bertangungjawab.Pihak yang punya agenda tertentu ini sewajarnya memikirkan tentang rasa hormat terhadap umat Islam seperti mana umat Islam menghormati perayaan penganut agama-agama lain di bumi Malaysia.

Kepada mereka-mereka diluar sana yang mungkin terlalu obses dengan permainan politik murahan ini kita ingin ingatkan kepada mereka jangan sekali-kali mencemarkan sambutan aidilfitri dengan hasutan sebegini rupa.

Sesungguhnya kesan daripada tindakan mereka yang tidak bertamadun ini cukup besar harganya bukan sahaja kepada umat Islam tetapi juga kepada seluruh warga Malaysia amnya.Sebagai rakyat Malaysia kita perlu mengamalkan sikap saling hormat-menghormati dan janganlah sesekali kita menggadaikannya hanya kerana agenda politik sempit yang mampu memusnahkan apa yang telah kita bina selama ini.

1 comment:

  1. senang org semua blk kpg....bangla kan ramai....blh le kata org ramai dtg.....hahahahaha...padahal pakai bangla

    ReplyDelete

Labels