Followers

Saturday 28 May 2016

Datin Mastura Yazid Calon BN P067 #PRKKualaKangsar



BN hari ini mengumumkan balu kepada Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad . bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang meninggal dunia dalam nahas helikopter terhempas sewaktu PRN Sarawak baru-baru ini sebagai calon di Kuala Kangsar.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri , YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Command Centre BN di Kuala Kangsar pada jam 4.30 petang tadi.

Jom kita review sikit siapa Datin Mastura ni ...

Mastura, 55, merupakan seorang graduan undang-undang daripada Lincoln's Inn di United Kingdom dan bertugas sebagai seorang peguam selama enam tahun dan merupakan anak kepada bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Yazid Baba.

Beliau juga merupakan seorang yang aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan sepanjang Allahyarham suaminya menjadi wakil rakyat , Mastura dikatakan banyak memainkan peranan membantu mengurus gerak kerja di kawasan dan sering terlibat dalam program politik bersama allahyarham suaminya sehingga dikenali ramai.

Meskipun tidak menyandang sebarang jawatan rasmi , kehadirannya dalam hidup seorang wakil rakyat ( Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad ) sebagai peneman dan penasihat dilihat memberikan kelebihan yang cukup baik khususnya kepada rakyat kerana hampir pasti Mastura sudah sedia maklum tentang keperluan rakyat di kawasan tersebut.

Malah sikapnya yang berani dan bersuara lantang untuk setiap keperluan serta kebajikan penduduk sekitar Kuala Kangsar mampu menjadi sumber aspirasi buat dirinya untuk meneruskan legasi perjuangan dan gerak kerja Allahyarham Datuk Wan Mohamad sebelum ini.

Semestinya kehadiran Mastura akan menjadi perhatian pihak pembangkang yang kini sedang berusaha untuk merampas kerusi tersebut daripada BN namun kerana kecelaruan sesama pembangkang yang kini sedang berdepan dengan masalah dalamannya selain keperibadian Mastura yang tidak mempunyai sebarang masalah dalam konteks percaturan politik UMNO Bahagian Kuala Kangsar , pembangkang dilihat goyah.

Pembangkang juga dilihat turut tidak berupaya untuk membuat serangan peribadi apatah lagi dari segi politik seperti kebiasaannya kerana latar belakang Mastura telah menutup ruang tersebut. 

Untuk rekod PRK Kuala Kangsar P067 diadakan berikutan nahas helikopter yang melibatkan bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar , Allahyarham Datuk Wan Mohd Khair-il Anuar Wan Ahmad di Sebuyau  , Sarawak pada 5 Mei 2016 yang lalu.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels