Followers

Friday 17 June 2016

Kenapa Warga Kuale Perlu Tolak PAN #PRKKualaKangsar #KekalBN


Detik penentuan bagi kerusi Parlimen P067 Kuala Kangsar hanya berbaki lebih kurang beberapa jam sahaja lagi dan sudah tentulah setiap parti yang bertanding akan berusaha sehingga ke saat yang terakhir bagi meyakinkan penduduk agar mengundi calon yang diketengahkan.

Sebagai sebuah parti politik yang mengaku rakyat adalah agenda utama sudah pastilah gerak kerja dalam proses kempen di PRK Kuala Kangsar ini akan benar-benar dirasai.Adalah sesuatu yang agak janggal sekali sekiranya parti yang bertanding dan meletakkan calon tetapi gerak kerja dan kempen mereka seolah-olah melepaskan batuk di tangga.

Dan lebih menyesakkan lagi bila mana parti politik yang bertanding itu tidak mempunyai hala tuju malah lebih kepada memburuk-burukkan calon lawan.

Kita boleh sahaja membandingkan kesemua parti yang bertanding di Kuala Kangsar ini.Lihat bagaimana gerak kerja dan kempen yang dijalankan oleh parti BN , PAS dan PAN.Amat berbeza sama sekali dan warga kuala boleh melihat dan menilai sendiri siapakah yang sebenarnya bersungguh-sungguh untuk terus mendengar suara rakyat.

BN sejak dari hari penamaan calon terus turun ke akar umbi membawa mesej yang cukup jelas betapa mereka begitu komited untuk terus menyumbang bakti kepada seluruh masyarakat di Kuala Kangsar.

Tanpa kehadiran calon Datin Mastura yang masih berada dalam edah , BN melalui jenteranya tidak pernah mengambil sikap sambil lewa malah sentiasa berusaha untuk mendekati para pengundi walaupun ada diantaranya berada dalam kawasan-kawasan yang agak jauh dari pekan Kuala Kangsar sendiri.

Usaha berterusan daripada sayap pemuda, puteri dan wanita selain di bantu dengan jentera komponen serta kepimpinan tertinggi parti merupakan BUKTI jelas betapa komitmen yang diberikan kepada warga Kuala Kangsar berada di tahap yang tertinggi.

Mesej tentang usaha untuk meneruskan kesinambungan kudrat bekas penyandang kerusi tersebut terus disampaikan kepada akar umbi malahan keyakinan BN untuk melihat Kuala Kangsar terus membangun terpahat di sanubari pimpinannya dan dizahirkan melalui program "Walk About" yang telah dijalankan.

Yang pasti BN bukan sahaja mahu terus berkhidmat di Kuala Kangsar tetapi berikrar untuk memastikan nasib warganya terus dibela khususnya melibatkan soal pembangunan , ekonomi , sosial dan lain-lain.

Berbeza sama sekali dengan PAN ! Kehadiran mereka di bumi Kuala Kangsar ini bukan sahaja atas dasar politik kepartian dan kepentingan semata-mata tetapi sedang berusaha untuk mencatat sesuatu yang dirasakan cukup penting buat parti serpihan PAS ini.

Kekalahan memalukan PAN di Sarawak baru-baru ini adalah luka yang amat menyiksakan buat parti tersebut.Pedih luka itu perlu segera diubati dengan mencari satu peluang di Kuala Kangsar dan kerana alasan inilah maka EP ingin berpesan kepada semua supaya berhati-hati dalam membuat keputusan kelak.

Bila mana agenda untuk mengubat luka yang kini sedang merebak menjadi barah menjadi taruhan maka sudah tentulah agenda rakyat bukan lagi keutamaannya.

Kita tahu PAN sedang cuba memancing undi di Kuala Kangsar untuk memenangi kerusi parlimen tersebut dan sudah semestinya keputusan sedemikian amat penting untuk mereka persembahkan kepada DAP yang sejak mula lagi menjadi Tuan kepada parti pimpinan Mat Sabu ini.

Malah dalam keadaan tertentu , PAN sudah pun menunjukkan kelemahan mereka apabila Mat Sabu sebagai Presiden parti yang tidak punya sebarang kerusi di Parlimen mahupun Dun tidak mahu bertanding di kerusi terbabit.

Kenapa ? 

Sebagai seorang Presiden parti Mat Sabu wajar bertanding kerana disinilah kekuatan PAN akan dinilai.Sebaliknya Mat Sabu memilih untuk menyerahkan kepada calon lain dan secara tidak langsung kita dapat melihat betapa Mat Sabu sendiri tidak yakin untuk menang di Kuala Kangsar !

Tidak cukup dengan itu , PAN merupakan sebuah parti politik yang kini sedang diremote controlkan oleh DAP !

Dalam sedar atau tidak , satu undi kepada PAN bermakna 1 undi kepada DAP !

Apakah warga Kuala Kangsar rela untuk memberikan DAP ruang untuk bertapak ?

Sejarah telah tercatat , Presiden PAN Mat Sabu yang kini sudah ditranformkan sepenuhnya menjadi seorang pemimpin politik ala-ala liberal yang tidak lagi berpegang kepada perjuangan Islam seperti sebelumnya sewaktu berada dalam PAS pernah mengaku kepada seluruh Malaysia betapa beliau lebih rela MAKAN BABI DENGAN GUAN ENG DARI MAKAN AYAM DENGAN NAJIB.

Apakah pemimpin jenis ini yang dimahukan oleh warga Kuala Kangsar ?

Lebih parah lagi di Sungai Besar , beberapa orang kuat PAN sudah pun mengumumkan keluar parti kerana hilang keyakinan kepada pucuk pimpinan parti tersebut.

Ini merupakan bukti yang cukup jelas betapa PAN hanyalah sebuah parti tunggangan ! PAN hanyalah sekumpulan manusia yang kini telah ditranformasikan dengan jayanya oleh DAP untuk terus menjadi PENCACAI kepada parti tersebut dalam usaha mereka untuk meneruskan agenda Malaysian Malaysianya.

Dan sudah tentulah jika ada kuasa sekalipun , PAN tidak akan mampu membuat keputusan sendiri apatah lagi bangkit menjadi barisan pertahanan untuk mempertahankan HAK ORANG MELAYU , AGAMA ISLAM , RAJA-RAJA dan KEDAULATAN NEGARA.

Jangan sesekali terpedaya dengan dakyah PAN kerana mereka sedang mempergunakan warga Kuala Kangsar untuk memastikan jangka hayat politik mereka dapat diteruskan.

Kepada semua pengundi di Kuala Kangsar khususnya anak-anak muda nilailah dakyah politik PAN.

Buatlah keputusan berdasarkan kepada kemampuan parti bertanding bukan dengan kaedah politik pecah belah yang hanya merugikan diri sendiri dan negara.

Yakinlah kepada Barisan Nasional , calon Datin Mastura Yazid adalah calon terbaik yang merasai denyut nadi seluruh warga Kuala Kangsar dan kita percaya beliau mampu meneruskan legasi peninggalan arwah suaminya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

No comments:

Post a Comment

Labels