Followers

Saturday 30 July 2016

Guan Eng BEBAL Dengan PAN ??


Setelah berhempas pulas meyakinkan PKR supaya menerima keputusan DAP untuk mengadakan PRN tidak berjaya , Guan Eng ternyata buntu dengan percaturan politik parti tersebut.

Kebuntuan itu lebih menyakitkan hati apabila PKR dilihat menolak cadangan DAP yang begitu memerlukan sokongan sekutunya demi menyelamatkan kedudukan politik Lim Guan Eng.

Lebih perit lagi apabila PAS yang selama ini dimangsakan oleh DAP dan dipergunakan sebagai pencacai politik parti cauvinis ini dilihat lebih agresif mempertikaikan keputusan DAP malahan mempersoalkan pula pendirian serta keputusan Guan Eng.

Dalam keadaan tertentu , MMI melihat bahawa gerakan penuh agenda politik peribadi ini seolah-olah langsung tidak mendapat sokongan waima daripada parti-parti dalam Pakatan Haprak sendiri termasuklah PAN.

Sejak Guan Eng dan DAP memulakan gerakan untuk mengadakan PRN , rasanya PAN gagal untuk menyumbang sama ada dari segi kempen mahupun membalas kritikan PKR dan PAS.

Apa sudah jadi dengan PAN ?

Sebagai parti yang dilahirkan dari acuan DAP , PAN seharusnya tampil lebih awal dan WAJIB menjadi benteng mempertahankan pendirian Guan Eng dan DAP.

Tetapi rentak PAN ternyata begitu lemah sekali sehingga DAP dilihat berseorangan dalam perang saudara kali ini.

Lebih mengejutkan lagi diberitakan pula Guan Eng sudah hilang sabar dengan PAN dan parti itu sudah pun diarahkan agar segera bertindak jika mahu terus bersama DAP !

Soalnya sejauh mana kebenaran perkhabaran ini ?

Apakah benar Mat Sabu kena marah dengan Guan Eng kaw kaw punya ?

Jujurnya MMI kurang pasti tetapi kalau melihat dari tindakan terkini PAN , rasanya mungkin !

1.Mat Sabu tiba-tiba mula menagih simpati daripada PKR

Ketika perang mulut antara pimpinan DAP dan PKR panas di media sosial, Presiden PAN, Mohamad Sabu mengungkit semula isu gelaran ‘Anwarinas’ yang dilabel kepada kumpulannya ketika berada dalam PAS.

“Ketika di dalam PAS, sekumpulan pemimpin mereka diberi pelbagai gelaran hanya kerana cuba mempertahankan keutuhan Pakatan Rakyat pada setiap kali mesyuarat parti itu.

“Antara gelaran yang diberikan kepada adalah “Anwarinas”. Gelaran itu diberikan apabila kumpulan ini mempertahankan keputusan Pakatan Rakyat mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat memerintah.

“Namun sebahagian pemimpin PAS yang lain tidak menyukai keputusan ini. Lalu gelaran Anwarinas ini berkumandang setiap kali menjelang muktamar PAS. Paling parah Muktamar 2015, apabila sekumpulan yang mempertahan Pakatan Rakyat dan mempertahan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri menjadi mangsa sehingga berlaku rancangan penyingkiran kepada kumpulan ini sekaligus menguburkan muafakat Pakatan Rakyat.Sambung SINI 

2.Pengerusi PAN P.Pinang Beri Amaran Pada PAS

Datuk Mujahid Yusof Rawa memberi amaran bahawa parti itu akan menentang sebarang usaha mana-mana pihak, termasuk PAS, yang cuba mahu memecahkan Pakatan Harapan.

Mujahid berkata kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru ini dalam sebuah akhbar Cina menunjukkan beliau cuba ‘menganggu’ urusan pakatan berkenaan.

Ujarnya, adalah lebih baik jika pemimpin PAS itu memberi tumpuan untuk mengenalpasti musuh sebenar dan tidak bertindak melagakan PAN dengan sekutunya dalam Pakatan Harapan.

Mujahid merujuk kepada kenyataan Tuan Ibrahim yang dilaporkan sebuah akhbar Cina, bahawa PAS akan mempunyai ‘kerjasama bersyarat’ dengan PKR sekiranya PRN mengejut diadakan di Pulau Pinang.Baca seterusnya di SINI 

Semacam dirancangkan ?

Mat Sabu uruskan PKR manakala Mujahid uruskan PAS .. Selebihnya nanti mungkin kita akan melihat gerakan dari jentera PAN pula ... Tidak ada yang mustahil !

Hebatkan ?

Apa yang MMI boleh katakan semuanya secara tiba-tiba , daripada PASIF ke AGRESIF ... Kenapa ya ?

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels