Followers

Thursday 11 August 2016

Parti 3M Amal Diskriminasi Kata DAP !!!


Parti 3M yang masih dalam proses ROS belum lagi disahkan sebagai parti politik yang melayakkannya untuk masuk gelanggang tetapi sudah bermacam-macam isu yang MMI dengar.

Banyak pihak telah tampil mempertikaikan kedudukan parti ini khususnya dari segi pemilihan nama , logo , hala tuju dan pendirian pimpinannya.Sekali pandang caca marba jadinya sama kes dengan parti PAN pimpinan Mat Sabun.

Sebagai parti politik yang kononnya tampil dengan alternatif pilihan dan mengaku akan bersama-sama dengan kem pembangkang dalam PRU14 nanti nampaknya sudah pun ditolak oleh bukan sahaja sebahagian besar rakyat Malaysia tetapi juga parti pembangkang sendiri.

Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) hari ini menolak kerjasama dengan parti politik baharu yang berlandaskan kaum, parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), dengan berkata ia tidak berbeza daripada UMNO.

Jurucakap DAPSY, Chiong Yoke Kong berkata parti politik yang mengamalkan diskriminasi kaum tidak akan menyelamatkan Malaysia sebaliknya akan terus membiakkan amalan rasis di negara ini.

“Usaha untuk menjadikan ahli bukan Melayu sebagai ahli bersekutu (sekunder) serta melarang ahli-ahli tersebut daripada mengundi serta menyertai pemilihan parti adalah salah satu bentuk politik perkauman.

“Sesebuah parti politik yang membezakan ahli mengikut kaum dan warna kulit jelas merupakan diskriminasi kaum,” katanya menerusi satu kenyataan. Baca seterusnya di SINI 

Aduhai memang caca marba beb ....

Yang DAP ni pun satu , punya hentam parti 3M ni sampai terlupa puak-puak DAP pun sebelum ni samalah perangainya dengan apa yang sedang diusahakan oleh gang-gang 3M ni !

Takkan tak ingat ?

PAS dulu ada keahlian bukan Melayu dan Islam ker ????

Siap ada kelab penyokong lagi , kenapa DAP masa tu tak pertikai pun ???

Hahahaha jawapan mudahnya sebab DAP tahu PAS masa tu senang untuk di MACAIkan tetapi dalam kes parti 3M ni DAP dah teropong awal-awal dan mereka tahu ini bukan gang macam PAS dulu , puak-puak ni lain macam dan kalau salah percaturan DAP yang akan jadi MACAI !

MMI tak nak komen banyak-banyak sebab masih dalam proses , yang pasti jika ianya diluluskan oleh ROS maka kem pembangkang akan sekali lagi berantakan sesama sendiri dan kali ini jauh lebih dasyat tak percaya tunggu !!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels