Followers

Wednesday 25 January 2017

Ada Tangan GHAIB Rosakkan Sambutan Thaipusam Di PENANG ??


Apakah ada tangan-tangan ghaib yang sedang merosakkan perpaduan sesama penganut agama hindu di Pulau Pinang ?

Apa yang MMI faham sambutan Thaipusam akan berlangsung pada bulan Februari 2017 dan seperti kebiasaannya sambutan tahunan ini akan menghimpunkan ramai kalangan penganut agama hindu sehingga diberitakan mencecah jutaan orang.

Bayangkan dengan jumlah sedemikian dan tiba-tiba dikhabarkan berlaku pertembungan mahupun perselisihan diantara 2 kumpulan yang akan turut sama berarak , bukankah ianya boleh mencetuskan suasana panik dan menimbulkan masalah keselamatan kepada orang awam ?

Kebimbangan ini ada asasnya kerana kedua-dua kumpulan tersebut dikatakan sudah sampai ke tahap ugut-mengugut termasuklah berlakunya ancaman.

Tindakan bekas pemimpin HYO (Hindu Youth Organisation) P.Rajendran yang telah membuat laporan polis kerana bimbangkan keselamatannya selepas mendapat ancaman daripada kumpulan yang dikatakan pro kepada Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri III P.Pinang benar-benar mengejutkan.

Bagi MMI ini merupakan perkara serius memandangkan ada tuduhan mengatakan Ramasamy selaku Timbalan Ketua Menteri III terlibat !

Isunya sejauh mana kebenaran Ramasamy terlibat ?

Adakah ada cubaan politik mahupun usaha pihak-pihak tertentu yang mahu memecah-belahkan penganut agama hindu di Pulau Pinang ?

Dan apakah penyebab kepada berlakunya keadaan sebegini ?

Dalam laporan Bernama menyebut  ;
Aktivis Buat Laporan Polis Dakwa Terima Ugutan Bunuh
GEORGE TOWN, 20 Jan (Bernama) -- Seorang aktivis kaum India P. Rajendran hari ini membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini, mendakwa menerima ugutan bunuh.
Beliau percaya mesej ugutan bunuh diterimanya melalui SMS dan WhatApps itu ada kaitan dengan tindakannya membantah cadangan perarakan membawa vel atau lembing digunakan Dewa Murugan di atas pedati emas pada sambutan Thaipusam di Pulau Pinang Februari ini, atas faktor keselamatan.
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Rajendran, 55, yang juga moderator komuniti Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di Bukit Mertajam, berkata sejak 10 Jan lepas, beliau telah membuat lima laporan polis berikutan mendakwa pernah dipukul dan dicederakan sekumpulan lelaki.....sumber 
Berdasarkan carian yang MMI lakukan , ianya ada kena mengena dengan perarakan kereta berhias keagamaan hindu di Pulau Pinang apabila kumpulan asal Nattukotai Chettiar diberitakan sudah merancang untuk berarak lebih awal iaitu pada waktu malam berbanding masa subuh untuk mendahului perarakan kereta berhias kumpulan pro kerajaan negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Ramasamy yang akan bermula pada waktu pagi.

Selebihnya boleh terus membaca di pautan ini http://www.themalaysiantimes.com.my/whats-the-big-deal-with-having-two-chariots-ramasamy/

Sama ada berita ini benar atau ditokok tambah pihak berkuasa khususnya PDRM perlulah melakukan siasatan rapi agar tidak berlaku sebarang kejadian yang boleh menjejaskan keharmonian semua kaum khususnya di Pulau Pinang.

Yang paling membimbangkan MMI adalah kemelut yang berlaku ini disebabkan oleh campur tangan politik dan pihak yang menggunakan kedudukan politik serta kuasa yang mahu menekan pihak bawahan.

Sekiranya itu berlaku maka MMI rumuskan sebagai giliran kaum India dan penganut agama hindu kerana orang Melayu dan Islam dah lama tertekan dengan tindak-tanduk pihak-pihak yang punya kedudukan politik serta kuasa di Pulau Pinang.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels