Followers

Monday 8 May 2017

Kenapa Tak Ada Himpunan Bakar Lilin Untuk Adam Rosly ??


Bila Adam Rosly kena tahan dengan pihak berkuasa , puak-puak pembangkang tiba-tiba membisu sekejap dan MMI ternanti-nanti bila puak-puak pembangkang nak buat himpunan bakar lilin tanda solidariti untuk orang muda PKR yang berstatus datuk ni !

Apa yang berlaku selepas itu cukup mengejutkan MMI sebab ada pula dikalangan puak pembangkang ni buat macam-macam tuduhan kononnya Adam Rosly ni bukan orang PKR tapi orang PAS !

Punya bacul sampai tahap tu ! 

Bila difikirkan balik memang ianya sesuatu yang ganjil dan Adam Rosly barangkali tersedar dari lamunan harta dunianya apabila tiba-tiba menzahirkan kebimbangannya terhadap terhadap kutipan dana secara besar-besaran daripada orang ramai bagi pihak Rafizi NGO Invoke dan NOW.

Adam dalam kenyataannya menganggap ianya sebagai aneh memandangkan Rafizi telah gagal untuk mendedahkan butiran pengumpulan dana tersebut, walaupun beliau sering menyeru semua pihak, iaitu BN dan pembangkang, untuk mengisytiharkan aset mereka.

Woooo Adam sudah minta Rafizi dedahkan perkara-perkara dibawah ...

i) Jumlah wang yang telah dikumpulkan daripada orang ramai oleh NGO beliau Invoke dan NOW.

ii) Nyatakan bagaimana wang telah dibayar setakat ini

iii) Menyatakan nama semua individu yang telah menerima dana yang dikumpul oleh Invoke.

MMI kata Adam ka , Rafizi ka dua-dua sama ja .. Bila dah tersepit baru nak mengapai , masa tengah sedap kenapa diam ????

Sementara itu Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat ketelusan dana dua badan bukan kerajaan (NGO) dinaungi Rafizi Ramli iaitu INVOKE dan Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW).

“Jika dakwaan daripada Adam benar, siasatan oleh SPRM perlu segera dijalankan. Saya yakin, rakyat juga mahu tahu ke mana dan bagaimana dana yang disumbangkan oleh rakyat dibelanjakan,” katanya dalam satu kenyataan, Ahad.


Jadi kalau kita perhatikan senario kat atas tu maka kita akan sedar bahawa inilah sebabnya kenapa Rafizi mahu Adam Rosly bercuti bukannya Guan Eng !!

MMI

1 comment:

  1. Ini politik cacamerba punya pasal. Tukang fitnah meroyan sakan.

    ReplyDelete

Labels