Followers

Tuesday 25 March 2014

JAUHARI You Are Not Alone !!!


Semua pihak sedia maklum dengan tragedi yang menimpa pesawat MH370 dan sehingga kini operasi dan siasatan untuk mengenal pasti kedudukan pesawat terbabit masih berjalan malah siasatan oleh pihak-pihak berwajib turut berjalan.

MMI yakin seluruh penduduk Malaysia sentiasa berdoa yang terbaik kepada semua pihak cuma segelintir puak-puak pembangkang mungkin lebih suka mencari kredit politik daripada benar-benar membantu.

Semalam YAB Perdana Menteri sudah pun membuat sidang media dan memberikan sedikit pencerahan kepada seluruh dunia tentang perkembangan kehilangan pesawat malang tersebut.

Sebagai manusia dan beragama Islam MMI menerima segala kemungkinan kerana segala-galanya merupakan kuasa Allah swt.Kita sebagai umatnya hanya mampu beriktiar.

Harapan kita tetap kepada penemuan pesawat dan penumpang serta krew dengan selamat.Walau bagaimanapun kita bersedia sekiranya keputusannya nanti menjadi sebaliknya.Inilah yang di namakan Qada dan Qadar kita terima dengan seadanya.

Namun sejak pagi tadi MMi sedikit terkejut dengan satu laporan yang menyentuh tentang soal perletakan jawatan CEO MAS Encik Ahmad Jauhari Yahya.Baca Sini 

Bagi MMI beliau tidak bersalah dalam soal dan insiden ini malah sentiasa menunjukkan komitmen yang cukup tinggi sejak dari hari mula kejadian.Siapa tahu susah perit jerih beliau bersama-sama dengan pasukannya dalam mendepani insiden ini.

Sesuatu yang wajar kita semua rakyat Malaysia berikan pujian.

Kepada Encik Ahmad Jauhari teruskan usaha murni saudara dan jangan sesekali melayan soalan-soalan yang tidak berkaitan.

MMI yakin seluruh rakyat Malaysia tidak pernah menganggap saudara sebagai bersalah malah mahu saudara terus memberikan khidmat kepada MAS.Adalah satu kerugian sekiranya saudara meletakkan jawatan memandangkan MAS amat-amat memerlukan saudara untuk terus memberikan perkhidmatan.

Malah pengalaman menangani insiden ini bukan sesuatu yang boleh di jual beli.

Kepada seluruh rakyat Malaysia sama-sama kita sokong usaha insan mulia ini dalam membantu serta berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia.

MMI kata saudara perlu terus berkhidmat jangan hiraukan cakap-cakap bodoh lagi dangkal mereka-mereka yang hanya mementingkan diri.

#PRAYFORMH370

Baca artikel berkaitan di SINI

MMI

13 comments:

  1. AJ, tidak ada sebab anda harus meletak jawatan. Rakyat faham tekanan yang anda lalui dalam menangani hal ini dan kami sentiasa berdoa agar anda mendapat kekuatan untuk teruskan.

    ReplyDelete
  2. Kami Warga MAS sentiasa menyokong AJ....

    ReplyDelete
  3. Seperti MMI, Saya sokong CEO Jauhari 100%. You have done outstanding job managing the MH370 crisis together with Ministers and other colleagues. Pedulikan suara-suara sumbang yang "uncivilized" tu. Keep up the outstanding effort!!!!!! Hidup MAS. Cemerlang MAS. Selamat maju jaya MAS. Ameen.

    ReplyDelete
  4. Sebagai rakyat Msia aku setuju dgn semua.Ini bukan soal menuding jari kpd sesiapa ttp soal kemanusiaan.Kpd seluruh warga MAS kami rakyat Msia sentiasa d belakang memberikan sokongan.Kpd AJ u & ur team the best ! Keep up a good work !

    ReplyDelete
  5. kepada saudara Jauhari,anda adalah antara yang terbaik.
    kecekalan anda dalam mengharungi krisis pesawat MH370 amatlah dihargai.bukan mudah untuk mendepani pelbagai dugaan yang mendatang ketika malaysia menjadi tumpuan dunia.diharapkan anda janganlah berputus asa dan janganlah membuat keputusan yang boleh menghancurkan hati kami dengan meletak jawatan.anda dan pengalaman anda amatlah diperlukan di dalam MAS dan malaysia secara am nya.biarkan mulut yang jahat mengatakan yang buruk buat anda.kami tetap bersama anda.

    ReplyDelete
  6. Jauhari tidak perlu meletak jawatan..!! bukan kesalahan Jauhari di dalam kes pesawah MH370.. Jauhari telah lakukan yang terbaik utk misi mencari dan usaha keras dari pihak MAS di dlm misi ini amat2 kami hargai.. Bagi saya Jauhari telah lakukan tanggungjawab Jauhari sbg CEO MAS kerana tidak meninggalkan tugas di dalam saat2 genting kehilangan pesawat MAS..MAS tetap syarikat penerbangan yang terbaik bagi rakyat Malaysia..

    ReplyDelete
  7. kepada saudara Jauhari,tolong jangan letak jawatan dari MAS. anda telah melakukan yang terbaik dalam menghadapi krisis kehilangan pesawat MH370.kenapa anda harus meletakkan jawatan jika anda telah melakukan yang seharusnya dan telah berusaha keras dalam menghadapi krisis ini.jangan ambil peduli apa orang nak kata.teruskan berusaha untuk memastikan kita dapat mendepani krisis ini bersama.

    ReplyDelete
  8. saya salah seorang ahli keluarga menerima qada & qadar yg telah ditetapkan oleh ilahi. bagi saya semua pihak telah lakukan yang terbaik untuk mencari & menyelamat pesawat MH370. bukan salah sesiapa di dlm insiden ini. CEO MAS tetap yg terbaik kerana tidak meninggalkan tugas dan terima ujian ini dengan tabah. terima kasih dari saya kpd semua yg terlibat di dlm misi SAR MH370. kami sgt2 hargai bakti & pengorbanan anda semua. Terima kasih sekali lagi semoga Allah dpt membalas budi baik anda semua..

    ReplyDelete
  9. You are not alone tepat ayat tu.Semua pihak drpd keluarga mangsa,kerajaan,MAS,DAC,pasukan tentera darat laut dan udara,pasukan bantuan dr seluruh dunia,para media,rakyat malaysia semua menyokong setiap langkah yang terbaik dlm usaha mencari mh370.Aku juga rakyat biasa dan sesungguhnya setiap dari kamu semua yg terlibat secara langsung telah menjalankan kewajipan yg terbaik.sama2 kita doakan yg terbaik.tak lupa kpd rkn2 kakitangan MAS yg kini terus berjuang walaupun ada d kalangan mrk merupakan sahabat dan kwn2 kita.MAS Terbaik

    ReplyDelete
  10. kepada team yang telah berusaha keras dalam SAR,terima kasih yang tak terhingga atas masa dan keringat yang anda berikan. anda adalah antara team yang terbaik di dunia.kepada Dato Seri Hishamudin,Datuk Azharuddin dan Encik Ahmad Jauhari terima kasih tak terhingga atas pengorbanan anda.

    ReplyDelete
  11. Assalam.
    'You are not alone' -Saudara Ahmad Jauhari kami padu bersama anda, usaha dan keikhlasan anda kami hargai.

    ReplyDelete
  12. You don't resign la.

    ReplyDelete
  13. Saudara Jauhari, Mas telah kehilangan pesawat MH370 bersama anak2kapal dan penumpangnya dan kami tidak mahu pula kehilangan kamu......dunia telah menyaksikan kamu telah melakukan yang terbaik dan termampu - namun ketentuan Allah tiada tandingannya. Kami tetap bersama mu......

    ReplyDelete

Labels