Followers

Friday 6 October 2017

Isu Penjawat Awam & GST - Kekeliruan Cetusan Pembangkang Yang Memperbodohkan Rakyat


Bajet 2018 akan dibentangkan tidak lama lagi di Parlimen oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia.Dalam kenyataan sebelum ini , PM berkata beberapa khabar gembira dan penambahbaikan untuk penjawat awam akan diumumkan dalam Bajet 2018.

Justeru itu sudah tentulah ianya merupakan satu langkah yang konsisten daripada pihak kerajaan BN dalam menangani kebajikan para penjawat awam di seluruh negara.

Sebagai sebuah kerajaan yang mentadbir atas kapasiti kemampuan dan bukannya dari retorik politik semata-mata , kerajaan BN rasanya sentiasa menitik beratkan soal kebajikan rakyat.

Memiliki sejumlah 1.6 juta kakitangan sebenarnya bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditangani dan kerajaan tidak pernah mengeluh dengan segala macam urus tadbir itu kerana sedar bahawa penjawat awam adalah nadi kepada negara.

Walaupun kita mendengar dan melihat di media sosial terdapat dikalangan penjawat awam sendiri yang menolak kerajaan BN , tidak ada sebarang langkah memecat mereka dilakukan bahkan nasib mereka sebagai penjawat awam terus dibela dengan pelbagai langkah-langkah susulan dari kerajaan dari masa ke semasa.

Berbeza dengan pembangkang , mereka tidak mempunyai komitmen sebesar itu dan kalau ada sekalipun mereka hanya perlu melihat dalam jumlah yang lebih kecil khususnya di Pulau Pinang dan Selangor.

Apabila kerajaan melaksanakan beberapa langkah contohnya pengenalan GST bagi memastikan negara terus berdaya saing dan mampu bertahan dengan cabaran ekonomi dunia , maka pembangkang mula mengambil kesempatan terhadap isu-isu rakyat yang dibangkitkan khususnya berkaitan dengan kos sara hidup.

Sebagai warganegara Malaysia , MMI adalah dikalangan mereka yang turut terkesan dengan kenaikan harga barangan namun menyalahkan kepada pengenalan GST semata-mata adalah sesuatu yang amat tidak adil.

Ramai yang mungkin tidak sedar bahawa sebelum pengenalan GST , ramai dari kalangan kumpulan terlibat tidak memberikan kerjasama mahupun mengambil kesempatan dengan menyembunyikan pendapatan mereka dan tidak membayar cukai kepada kerajaan.

Walaupun kesan daripada tindakan tersebut tidak menyebabkan kenaikan harga barang , tetapi secara asasnya rakyat turut menyumbang kepada penipuan cukai apabila kumpulan-kumpulan sebegini mengambil kesempatan.

Tidak cukup dengan itu , sebagai rakyat kita juga tidak sedar berapakah jumlah cukai yang dibayar berbanding harga sesuatu barangan yang dibeli.Malah MMI yakin ramai dari kalangan kita tidak dapat membezakan barangan mana yang dikenakan cukai dan barangan mana yang tidak dikenakan cukai.

Oleh yang demikian pengenalan GST sebenarnya telah memberikan pencerahan yang sejelas-jelasnya tentang keadaan ini cumanya apa yang berlaku sewaktu GST diperkenalkan adalah tindakan pihak terlibat yang memanipulasi harga sehingga harga yang sepatutnya lebih rendah menjadi sebaliknya.

Walau bagaimanapun MMI optimis , pihak kementerian terlibat sentiasa berusaha untuk menangani permasalahan ini cuma rakyat sering kali terlupa bahawa pihak yang menyebabkan kenaikan harga ini bukanlah kerajaan sebenarnya tetapi mereka yang terlibat secara langsung dalam proses jual beli tersebut.

Pembangkang juga walaupun menjadikan isu GST ini sebagai modal berkempen sehingga wujud gerakan menuntut supaya GST dimansuhkan tetap tidak mampu untuk membuktikan kepada seluruh rakyat kaedah yang lebih baik daripada GST.

Tindakan tersebut seharusnya menjadi kayu ukur kepada kita semua betapa bangkangan yang dilaungkan oleh mereka hanyalah satu bangkangan tanpa sebarang persediaan yang lebih baik bagi mengatasi GST.

Malah pembangkang dilihat cuba memperbodohkan rakyat apabila cetusan politik yang dimainkan diseluruh negara itu berkiblatkan kepada soal mengurangkan jumlah penjawat awam dengan pengurangan sebanyak 1.2 juta orang.

BUKTINYA Penang Institute yang dibiayai oleh kerajaan DAP Pulau Pinang pernah mencadangkan agar sejumlah 1,2 juta penjawat awam dibuang. 

Pada 22 Oktober 2016, ketika menganalisis “Bajet 2017”, Penang Institute menyatakan terlalu banyak wang diperuntukkan untuk perkhidmatan awam.

“Menggunakan nisbah KDNK kepada penjawat awam seperti di Jerman, ini bermakna Malaysia, yang mempunyai KDNK AS$375 bilion, hanya perlukan 430,000 penjawat awam,” kata Penang Institute.

Bermakna jika mahu kekalkan hanya 430,000 sahaja, Pembangkang akan memecat sejumlah 1.2 juta orang penjawat awam sekiranya Pakatan Haprak berjaya masuk ke Putrajaya.

Dan tahukah kita perancangan itu dibuat kerana mahu mengurangkan beban kos yang terpaksa dibelanjakan dan bakal menjadi alternatif kepada pembangkang untuk menampung hasil pendapatan negara sehingga memerlukan para penjawat awam dikorbankan ?

Sedarkah kita jumlah 1.2 juta penjawat awam yang bakal menjadi mangsa pada keputusan itu terdiri daripada pelbagai kaum dan adakah keputusan sebegitu akan diterima secara terbuka oleh 1.2 juta penjawat awam yang terkesan ?

Apakah kita yakin 1.2 juta penjawat awam yang terlibat itu akan berkompromi dan menerima keputusan sedemikian atas prinsip untuk menyelamatkan negara ?

Sorry to say , MMI yakin dan percaya tindakan sebegitu hanya akan mewujudkan satu lagi kekacauan baru kerana ketidakpuasan hati mereka-mereka yang secara tiba-tiba hilang punca pendapatan !

Bukankah ianya satu tindakan KEJAM lagi tidak berperikemanusiaan ?

Inilah perkara penting yang perlu dinilai oleh seluruh rakyat Malaysia , perbezaan dasar dan perancangan antara kedua-dua belah pihak sebenarnya mencerminkan siapa sebenarnya yang lebih wajar mentadbir negara.

Pembangkang mungkin mudah untuk berkata-kata kerana mereka tidak punya pengalaman selain mengalami pelbagai masalah dalaman di negeri-negeri yang ditadbir mereka.

Kerajaan BN pula sudah mempunyai rekod pencapaian tersendiri yang boleh dijadikan sebagai rujukan dan kerajaan di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tidak akan sesekali menggadaikan rakyat dan negara hanya untuk mendapatkan sokongan tetapi sanggup mengambil keputusan yang tidak mesra rakyat bagi memastikan kelansungan negara Malaysia berdepan cabaran "global" dan tidak pernah sesekali mengambil keputusan mudah dengan MEMECAT PARA PENJAWAT AWAM !

MMI kata Guan Eng sendiri pun tak tunjukkan contoh terhadap apa yang dilaungkan oleh pembangkang apabila menggajikan begitu ramai pegawai kepada Ketua Menteri seperti mana yang berlaku baru-baru ini melantik Wan Ji sebagai Pegawai Penerangan yang baru.

Bukankah perlantikan itu juga bakal melibatkan peningkatan kos pentadbiran kerajaan negeri ?

Percayalah kekeliruan dan cetusan politik bangkang ini sebenarnya memperbodohkan rakyat ! 

Fikirkan ....

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels