Followers

Tuesday 7 November 2017

Bayaran BONUS Penentu Kepada Kemenangan PRU14 ?


Sejak pembentangan bajet 2018 diumumkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), kerajaan negeri di bawah pentadbiran pembangkang di Pulau Pinang dan Selangor, kita sudah pasti paling tidak dapat mendengar cerita-cerita mahupun pengedaran maklumat yang membicarakan soal pembayaran bonus.

MMI dah perhatikan perkara ni sejak bertahun-tahun yang lalu sehinggalah pada kali ini kerana boleh dikatakan pada setiap kali dibentangkan, isu bonus pasti menjadi antara topik paling panas.

Jika kita melihat dalam konteks pihak majikan iaitu merujuk kepada mana-mana pihak sama ada kerajaan mahupun ahli perniagaan, pembayaran bonus bolehlah kita istilahkan sebagai satu kaedah pihak majikan menghargai sumbangan para pekerjanya yang selama ini menjadi nadi kepada kejayaan atau keuntungan syarikat.

Malah mana-mana majikan sekalipun, pembayaran bonus bukanlah satu keperluan yang WAJIB atau HARUS dipenuhi oleh majikan pada setiap tahun.Ianya bergantung kepada budi bicara majikan berdasarkan kepada kedudukan kewangan yang selalunya dihitung dan diputuskan pada setiap hujung tahun.

Jangan kita sesekali lupa bahawa ada 2 lagi perkara yang berlaku di Malaysia atau mungin di mana-mana negara di dunia apabila ;

1.Pihak majikan tidak memberikan bonus kepada para pekerjanya tetapi menganjurkan majlis makan malam sebagai ganti. 
2.Pihak majikan tidak memberikan bonus kepada para pekerjanya kerana kedudukan kewangan yang tidak kukuh atau sememangnya pihak majikan tidak mahu membuat bayaran bonus.

Makanya nasib para pekerja tadi sudah tentu tidak sebaik pekerja yang sering mendapat perhatian para majikan seperti mana yang sering berlaku kepada penjawat awam.

Sekarang kita merujuk kepada peringkat yang lebih tinggi iaitu kerajaan pusat dan kerajaan-kerajaan negeri.Disini MMI akan merujuk kepada 2 pihak ;

1.Kerajaan Pusat Barisan Nasional
2.Kerajaan negeri di bawah pentadbiran parti pembangkang

Kalau kita perhatikan, pembangkang sering kali melabel apa jua tindakan kerajaan pusat yang merujuk kepada pembayaran sebegini (bonus) atau yang seangkatan dengannya seperti BR1M misalnya sebagai satu pemberian DEDAK seolah-olah penerima-penerima tadi terdiri daripada golongan orang-orang yang cukup hina integritinya.

Kerana kepentingan politik yang tidak rasional, pembangkang dan konco-konco mereka begitu galak menyebarkan dakyah sebegini ke serata saluran melalui semua medium hebahan bagi mempopularkan label DEDAK kerana ianya dianggap sebagai satu virus yang cukup berkesan bagi menyakinkan orang lain bahawa pemberian bonus yang sebenarnya dibuat berdasarkan alasan yang baik (seperti mana yang MMI nyatakan diatas sana) adalah satu kerja politik kononnya untuk memancing undi atau memancing sokongan kepada pihak kerajaan pusat.

Sebaliknya apabila tiba giliran pihak pembangkang mereka juga bukan sahaja begitu ghairah tetapi turut berbuat demikian malah hampir pasti akan melipatgandakan pembayaran bonus agar dilihat  lebih baik daripada kerajaan pusat di bawah Barisan Nasional.

Begitulah keadaannya yang berlaku kalau kita melihat dalam pembentangan bajet kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor.

Di Pulau Pinang, Ketua Menterinya begitu bangga sekali mengumumkan pembayaran bonus sebanyak RM2 ribu yang akan dibayar pada hujung tahun 2017 menggunakan bajet 2018 sehingga menimbulkan pertikaian dan persoalan dari wakil rakyat Barisan Nasional.

Manakala di Selangor, ianya jauh lebih melucukan apabila Menteri Besarnya mengumumkan pemberian bonus yang sebenarnya sudah pun dibuat sebelum bajet 2018 dibentangkan.

Melihat kepada 2 contoh diatas maka MMI ingin bertanya, apakah pemberian bonus-bonus itu adalah satu timbang tara atau dibuat atas budi bicara bagi menghargai sokongan para penjawat awam di negeri masing-masing ?

Atau ianya juga adalah DEDAK yang ditabur kepada para penjawat awam bagi meraih sokongan khususnya dalam tempoh waktu PRU14 yang semakin hampir ?

Apakah yang anda rasa ?

Perlu diingatkan berdasarkan kepada rekod, pembangkang adalah pihak yang paling konsisten menyerang sektor perkhidmatan awam.

Malah pembangkang sebelum ini pernah melabel para penjawat awam sebagai BIAWAK HIDUP yang perlu ditanggung oleh kerajaan, ini berlaku dalam usaha DAP melalui Tony Pua, Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara apabila mereka menyerang dan cuba elemahkan sektor perkhidmatan awam sehingga mahu mengurangkan 1.2 juta penjawat awam sekiranya mereka menguasai Putrajaya.


Atas alasan apa sekalipun, tindakan pembangkang itu bolehlah disifatkan sebagai rakus dan dipenuhi dendam politik.Keputusan mengurangkan penjawat awam dan menganggap penjawat awam sebagai satu bebanan sebenarnya telah memperlihatkan kepada kita betapa pembangkang sebenarnya tidak mempunyai misi dan visi yang jelas bagi menangani isu membabitkan kedudukan ekonomi negara.

Malah ianya lebih bersifat dendam politik kerana 1.6 juta penjawat awam itu berada dibawah pentadbiran kerajaan BN yang kebanyakkannya terdiri daripada orang-orang Melayu.

Seterusnya retorik pembangkang ini dapat kita lihat dalam bajet 2018 oleh kerajaan negeri Pulau Pinang, contohnya pengumuman kerajaan negeri Pulau Pinang untuk mengecualikan lesen penjaja walhal selama ini kerajaan negeri Pulau Pinanglah yang sering kali merampas dan menyita barangan milik penjaja seterusnya menghalang penjaja untuk mencari rezeki ?

Berbeza dengan kerajaan BN , kerajaan tidak pernah memikirkan untuk meletakkan kesan ekonomi yang dihadapi negara terhadap satu-satu kumpulan sebaliknya telah bertindak lebih profesional dengan memperkukuhkan Pelan Tranformasi Nasional (GTP) selain meneruskan misi untuk merancakkan pelaburan negara dengan negara luar seperti China, Amerika Syarikat, Eropah dan lain-lain secara timbal balik. 

Kreativiti kerajaan dan usaha berterusan mencari dan mewujudkan peluang-peluang ekonomi baharu ini sudah tentu membawa pulangan yang lebih baik kepada Malaysia dan usaha ini sebenarnya sudah pun mendapat pengiktirafan daripada banyak pihak.

Hal ini telah dibuktikan melalui ucapan yang disampaikan oleh bekas Menteri Kewangan Kedua yang juga Ahli Parlimen Tambun, YB Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah di Parlimen bahawa pengiktirafan yang dunia berikan kepada Malaysia selepas melihat kejayaan pelaksanaan GTP sejak ia mula dilaksana pada 2009 sebaik sahaja YAB Datuk Seri Najib mengambil alih tampuk pemerintahan negara. 

Lebih dari 20 buah negara seluruh dunia telah menjemput pasukan dari Malaysia yang terdiri daripada pakar-pakar dalam pelbagai bidang, yang bertanggungjawab merangka GTP dari awal hingga ia membuahkan hasil.Mereka-mereka ini diminta untuk membantu negara-negara tersebut menyediakan pelan transformasi bagi meningkat ekonomi negara terbabit seperti mana yang dilaksanakan oleh Malaysia melalui GTP.

Oleh kerana itulah ramai dari kalangan rakyat Malaysia pada hari ini jauh lebih yakin dengan kemampuan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional dan kerajaan ini tidak pernah beretorik dalam tiap dasar dan pelaksanaan melibatkan kepentingan rakyat seperti mana pemberian bonus kepada seluruh penjawat awam dalam bajet 2018 yang lalu.

Ianya bukan DEDAK dan UMPAN untuk memancing undi rakyat Malaysia kerana kerajaan BN sedar rakyat sudah semakin terbuka dan mampu menilai dengan lebih rasional langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan BN.

Jika ada lagi dikalangan kita yang masih berpegang kepada fatwa songsang bahawa pemberian bonus adalah salah satu faktor yang boleh menyebabkan satu-satu parti itu menang dalam pilihanraya seterusnya menubuhkan kerajaan, maka MMI nak nyatakan segeralah berubah kerana dunia semakin bergerak ke hadapan.

Jika benar langkah seperti pemberian bonus boleh menyebabkan kemenangan pada PRU14, rasa MMI dah lama kerajaan BN mansuhkan GST dan meningkatkan bonus sekali ganda daripada yang diumumkan baru-baru ini.

Tidak susah sebenarnya tetapi kerajaan BN bertanggungjawab, YB Datuk Seri Najib dan seluruh saf pimpinannya tahu mengambil langkah-langkah populis semata-mata hanya akan menyebabkan seluruh negara tergadai dan jika keadaan itu berlaku yang lebih teruk implikasinya adalah rakyat marhaen di akar umbi.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels