Followers

Wednesday 20 December 2017

#ECRL Jangan Keliru Dengan Tuduhan Daim


Mengutuk dan mencari salah orang lain memang mudah kerana lazimnya di Malaysia menjadi pembangkang itu haruslah bijak dalam mengeksploitasi isu-isu tertentu dan merubahnya menjadi isu politik yang boleh membangkitkan rasa cemas dan marah rakyat.

Semudah ABC kerana ianya memerlukan usaha yang sedikit untuk mencari kelemahan dan kesilapan namun berbeza dengan pihak yang menjadi sasaran.Dalam konteks ini MMI fokus kepada kerajaan BN yang punya mandat rakyat untuk terus mengurus negara menjadi lebih berjaya dan berdaya saing.

Selain berpolitik, banyak perkara lain perlu dilihat dan ianya menjadi keutamaan kepada kerajaan dalam usaha mencapai matlamat berdasarkan kepada segala perancangan yang dirancang.Kerana itu kerajaan menzahirkan pelbagai program pembangunan khusus untuk menambah daya saing dan memacu kedudukan ekonomi negara yang turut melibatkan rakyat diakar umbi.

Antaranya adalah pembangunan 5 koridor ekonomi melibatkan Johor (Iskandar Malaysia); Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak (NCER); Terengganu, Pahang, Kelantan dan Mersing, Johor (ECER); Sabah (SDC) dan Sarawak (SCORE).

Merujuk kepada ulasan daripada Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan Kolej Perniagaan (COB), UUM yang disiarkan oleh utusan online sebelum ini, Rohami Shafie berkata di atas kertas, memanglah nampak begitu mudah untuk melaksanakan dasar-dasar ekonomi di setiap wilayah koridor, namun terdapat beberapa aspek yang perlu diteliti secara mendalam. Pertama, permasalahan birokrasi yang boleh membantutkan usaha merancakkan ekonomi setiap wilayah koridor ekonomi. Kerenah birokrasi mestilah ditangani sebaik mungkin agar segala perancangan dan pelaksanaan ekonomi dapat dijalankan mengikut jadual.

Selain itu, kerjasama antara syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebagai peneraju wilayah koridor ekonomi dengan kerajaan-kerajaan negeri mestilah diperkukuhkan. Ini kerana setiap projek untuk kesejahteraan rakyat hendaklah sentiasa disokong oleh kerajaan negeri bagi memastikan kelancaran setiap program yang bakal dan sedang dilaksanakan. Bahkan, dasar-dasar yang komprehensif tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa dokongan dan sokongan kerajaan negeri.

Di samping itu, setiap hasil daripada projek yang dilaksanakan mestilah dipulangkan kembali kepada rakyat tempatan. Dengan kata lain, setiap projek yang akan dilaksanakan haruslah diberi keutamaan untuk penduduk-penduduk tempatan yang tinggal di wilayah koridor tersebut.

Di sinilah perlunya kerjasama kukuh. Bermula di peringkat paling bawah hinggalah peringkat tertinggi agar tidak seorang pun terpinggir. Kejayaan pembangunan wilayah koridor ekonomi yang mapan bukannya hanya setakat mempertingkatkan ekonomi dan pendapatan penduduk tetapi juga harus menitikberatkan kualiti dan kelestarian hidup untuk kesejahteraan rakyat secara keseluruhan.

Kerana itu MMI berpendapat kerajaan sudah pun melaksanakan tanggungjawab mereka melalui perancangan dan pelaksanaan yang merujuk kepada semua perkara khususnya dalam konteks pembangunan dan pelaburan yang mesra rakyat.

Cumanya seperti mana yang disebut oleh Rohami Shafie, perancangan dan pelaksanaan itu haruslah disokong dan didokong oleh semua kerajaan negeri dan MMI pasti ianya juga merujuk kepada parti-parti politik dan kalangan mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam politik.

Ini penting kerana sebarang penolakan berdasarkan kepada sentimen politik melampau yang sering diamalkan oleh pengamal-pengamal politik hari ini khususnya dari blok pembangkang akan menyebabkan segala usaha murni untuk kesejahteraan negara dan rakyat terhalang.

Oleh kerana itulah projek mega di Pantai Timur iaitu Laluan Rel Pantai Timur atau bahasa Inggerisnya East Coast Rail Link (ECRL) menggunakan slogan MENYATU KEHIDUPAN, MEMACU PERTUMBUHAN.

Jelas, tujuannya selari dengan slogannya, menyatu kehidupan antara bandar besar (KL) dengan negeri-negeri di Pantai Timur. Memacu pertumbuhan khususnya ekonomi di Pantai Timur.

Bayangkan bila projek ini siap, begitu banyak manfaat yang akan diperolehi masyarakat di Pantai Timur khususnya, rakyat Malaysia amnya.

Untuk makluman, projek ini merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia membina sebuah laluan keretapi baharu yang akan menghubungkan negeri-negeri di Pantai Timur dengan Lembah Klang.


Projek ini juga merupakan sebahagian daripada pelan induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) untuk memacu pembangunan yang setara antara Pantai Barat dan Pantai Timur Malaysia.






Ketika ini pihak Malaysia Rail Link Sdn Bhd bersama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan lain-lain agensi terlibat sedang giat menganjurkan Pemeriksaan Awam bagi Fasa Kedua perlaksanaan projek ECRL bermula 4 Dis 2017 - 5 Mac 2018.


Orang ramai dijemput untuk menyuarakan pandangan atau memberikan apa saja idea yang berpatutan demi menjayakan hasrat kerajaan demi manfaat rakyat secara keseluruhannya.

Jangan jadi seperti segelintir pihak yang berkepentingan, menjadikan projek ini sebagai kempen politik meraih sokongan.

Seperti tindakan bekas Menteri Kewangan yang kini sekapal dengan pembangkang, Daim Zainuddin yang menggelirukan rakyat apabila mendakwa ECRL tidak membawa keuntungan sebaliknya menyusahkan negara kerana perlu membuat pinjaman.

Memetik artikel dalam aplikasi Malaysia 4 All bertajuk : 'ECRL pelaburan negara untuk masa depan'

PM Najib Razak tidak pernah berselindung, dari awal memaklumkan Malaysia mendapat syarat pembiayaan menarik dengan 85 % dibiayai pinjaman mudah 3.25 % daripada China Exim Bank, dengan tempoh moratorium 7 tahun sementara 15 % lagi dibiayai program sukuk yang diuruskan bank-bank pelaburan tempatan.


Namun begitu, Najib menetapkan syarat sekurang-kurangnya 30% kontraktor Malaysia terlibat ECRL dan pelajar Malaysia yang mengikuti latihan industri ECRL diambil bekerja.

ECRL akan mengimbangi pembangunan ekonomi pantai barat dan timur kerana merangsang pelaburan, menggalakkan kegiatan komersial, mewujudkan pekerjaan, pendidikan berkualiti dan merancakkan industri pelancongan di pantai timur.

Pelabuhan Kuantan akan menjadi terminal laut dalam yang mampu menampung kapal lebih besar sehingga 200,000 tan berat muatan atau kapal yang boleh membawa 18,000 unit dua puluh kaki kontena.

Sama seperti Tun M, Daim juga terdesak untuk menjatuhkan kerajaan Najib semata-mata mahu menjaga kepentingannya melebihi kepentingan negara dan rakyat.

#TolakPakatanPRU14 #KekalBN

Dapatkan perkembangan terkini mengenai ECRL di 

kredit Suara Lensa

No comments:

Post a Comment

Labels