Followers

Thursday 25 January 2018

Skandal Terowong 'Tidak Sesen Pun Di Bayar' MAKIN PARAH !

 

Kerajaan DAP Pulau Pinang sehingga kini masih lagi GAGAL menjawab persoalan demi persoalan yang dibangkitkan khususnya berkenaan projek terowong dasar laut yang sudah sampai ke tahap disiasat pihak berkuasa SPRM.

Malah penafian ketua menteri kononnya semua perkara yang dibangkitkan adalah satu tuduhan berniat jahat dan fitnah sering kali dibalas dengan persoalan demi persoalan yang jelas menunjukkan seolah-olah ada sesuatu yang tidak tidak kena.

Oleh kerana itu rakyat semakin rimas !

Sebagai sebuah kerajaan yang mengaku komited dan punya keupayaan tersendiri apatah lagi mengaku berpegang kepada slogan CAT, seharusnya keputusan-keputusan yang melibatkan dasar kerajaan negeri haruslah berpaksikan kepada asas tersebut.

Bukannya cakap lain tetapi tindakan lain !

Akibat daripada sikap sebeginilah akhirnya kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat terperangkap dan akhirnya telah melakukan banyak kesilapan khususnya dalam menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh banyak pihak.

Kerajaan DAP Pulau Pinang seolah-olah menganggap rakyat Malaysia mahupun Pulau Pinang ini adalah terdiri daripada kalangan mereka yang bodoh apabila menyatakan bahawa mereka tidak mengeluarkan sesen mahupun seinci persegi tanah sebagai bayaran kepada kontraktor.

Soalnya sejauh mana kebenaran yang mengatakan tidak berlaku sebarang pembayaran kepada pihak kontraktor terlibat ?

Merujuk kepada satu pendedahan yang dibuat Eric See-To, beliau menyatakan bahawa sudah terdapat 2 lot tanah telah pun diberikan kepada pihak kontraktor.

Perkara ini dibuktikan melalui pengumuman oleh syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Malaysia pada awal tahun 2015 yang lalu.

Pengumuman bertarikh 31 Mac 2015 dengan jelas mengatakan bahawa Kerajaan Pulau Pinang telah memberikan "alienated" tanah kepada sebuah syarikat usaha sama (JV Co) antara syarikat Tunnel dan syarikat yang disenaraikan.



Beliau menambah bukan sahaja tanah yang diberikan pada 17 Februari 2015, tetapi kebenaran merancang telah diberikan oleh Kerajaan negeri pada 30 Mac 2015. 

Bukan sahaja kebenaran yang diberi untuk merancang begitu cepat, pengumuman kedua mengatakan bahawa pelan bangunan mereka selama dua blok 40 tingkat kondominium mewah telah diluluskan pada 7 April 2015 hanya 8 hari kemudian ! 



Baca lagi pendedahan selanjutnya di Eric See-To

Dalam masa yang sama Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Jason Loo turut mendesak agar kerajaan negeri Pulau Pinang menjawab persoalan adakah kerajaan negeri pimpinan Dap telah menetapkan satu undang-undang tanah yang baru di mana membenarkan transaksi tanah dibuat tanpa geran tanah dan membenarkan kontraktor menjual tanah kepada syarikat lain tanpa geran tanah.

Desakan ini dibuat berikutan Zenith-BUCG menjual ‘tanah’ yang masih laut kepada Ewein Sdn Bhd. bagi pembinaan projek kondominium mewah.

“Satupun kerja pembinaan belum dimulakan jadi bagaimana Kerajaan Negeri boleh membenarkan Zenith menjual ‘tanah’ seluas 50 ekar. Tanah tersebut adalah sebahagian daripada 110 ekar tanah tambakan laut yang digunakan oleh kerajaan negeri untuk membayar kos pembinaan projek  terowong dasar laut dan tiga jalan utama.

“50 ekar tanah tersebut masih dalam proses penambahan, tiada geran pun lagi. Jadi, saya amat hairan bagaimana tanah yang belum siap ditambak boleh dijual,” ujarnya. Rujukan

Mengambil kira semua keadaan diatas apakah kita masih boleh percaya bahawa tidak berlaku sebarang transaksi pembayaran sama ada dibuat secara tunai mahupun secara serahan tanah kepada pihak kontraktor ?

Malah kita perlu sedar walaupun tanpa transaksi tunai, serahan tanah juga sebenarnya adalah proses pembayaran kerana ia bukanlah tanah yang tidak bernilai !

Melihat kepada penafian yang dibuat oleh kerajaan DAP Pulau Pinang dan persoalan yang dibangkitkan ini ianya jelas amat berbeza sama sekali.

Oleh kerana itu berdasarkan kepada bukti yang dikemukan, kerajaan DAP Pulau Pinang perlu memberikan penjelasan kerana apa yang telah didedahkan ini telah menimbulkan syak bahawa ada sesuatu yang tidak kena.

Atau ada pembohongan di mana-mana ?

Well jelaskan !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels