Followers

Sunday, 1 December 2013

Lagi Cerita PANAZZ Ustaz Kazim Di FITNAH !!


Isu perlantikan Ustaz Kazim Elias sebagai MT UMNO yang di umumkan oleh Presiden UMNO baru-baru ini benar-benar panas.Panas bukan sahaja tentang perlantikan itu tetapi juga dengan panasnya para pemimpin PAS dan juak-juaknya.

Sehingga artikel ini di tulis Ustaz Kazim sudah pun menyatakan akan bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak dalam masa terdekat bagi membincangkan pelantikannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu.

Jadi segalanya kini terjawab dan sama-samalah kita tunggu.

Namun ada sesuatu yang kurang enak apabila blog pembangkang kini mula menyebarkan tentang kenyataan yang menyebut Ustaz Kazim menerima lantikan tersebut kerana di janjikan sesuatu.


Lagi permainan kotor yang di mainkan oleh juak dan macai PAS khusus tentang perlantikan Ustaz Kazim.

Hairan MMI puak-puak PAS ni dah lupa ka tentang persoalan PAS nak laksanakan undang-undang hudud di Kelantan ???

Rasanya itu jauh lebih penting dari fokus mereka terarah kepada isu perlantikan MT UMNO.

Apa pun kenyataan di atas merupakan satu tuduhan yang jelas di tujukan kepada Ustaz Kazim.Sejauh mana kebenarannya hanya boleh di tentukan oleh Ustaz Kazim sendiri.Bagi MMI sekiranya ia sekadar rekaan maka laporan polis perlu segera di buat !!

Ini sudah sampai ke tahap FITNAH !!

MMI

Tentera Sudah Mula Masuk BANGKOK !!

Gambar Hiasan
Nampaknya keadaan di Thailand semakin kucar kacir dan sudah ada potensi untuk ianya semakin berkembang dan menjadi seperti mana krisis sebelum ini.

Dengan para penunjuk perasaan di lihat semakin agresif dan tidak ada tanda-tanda ianya akan berakhir maka pasukan tentera telah di kerah ke Bangkok bagi menjamin keselamatan di sana.

Kerajaan Thailand akan menghantar kira-kira 3,000 anggota tentera untuk mengukuhkan keselamatan ketika penunjuk perasaan semakin mengganas di Bangkok, semalam.

“Bermula malam tadi, beberapa kumpulan tentera telah dihantar untuk mengawal keselamatan," kata jurucakap polis, Piya Utaya, sambil memberitahu, seramai 2,730 anggota tentera itu terdiri daripada tentera darat, laut dan udara.

Langkah itu diambil selepas berlaku keganasan di ibu negara Thailand, menyebabkan dua orang cedera kerana ditembak penunjuk perasan. - AFP

Untuk maklumat keadaan terkini di Thailand .. klik SINI 

Psst bersyukur kerana di lahirkan di bumi Malaysia !!

MMI

Labels