Followers

Tuesday 15 November 2011

GEMPAR - Anwar Ibrahim Mengaku Beliau Pelaku Video Seks


GEMPAR!

Maklumat terbaru Anwar Ibrahim telah pun mengaku kepada Haji Hadi dan Kit Siang bahawa beliaulah pelaku dalam video seks yang tersebar di internet.Namun Anwar tetap menyalahkan Dato Eskay diatas apa yang berlaku.

Mengikut maklumat Anwar Ibrahim sudah berkira-kira untuk mengundurkan diri dari politik setelah keputusan kes liwat diketahui dalam masa beberapa bulan lagi.


Dalam pada itu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kertas siasatan ke atas Ketua Pembangkang berhubung dakwaan memberi maklumat palsu ketika disoal siasat berkenaan video seks yang dipertontonkan oleh trio Datuk T mac lalu telah diserahkan kepada Peguam Negara.

Bagaimanapun Hishamuddin berkata beliau tidak mengetahui kes itu secara terperinci termasuk beberapa kes lain yang melibatkan Anwar dengan pihak polis.

Beliau menambah polis hanya menjalankan tugas dalam konteks siasatan dan Peguam negara akan memutuskan sama ada mahu membuat pendakwaan atau tidak.

"Sama ada ia dibawa ke mahkamah atau tidak akan ditentukan oleh Peguam Negara,saya tidak boleh mengulas lanjut namun apa yang dimaklumkan oleh Tan Sri Ismail Omar (Ketua Polis Negara) kepada saya bahawa kertas siasatan itu telah dipanjangkan kepada Peguam Negara." katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan PJP/KP, Komander dan Komandan di Maktab Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di sini.

Siasatan terbaru itu dibuka selepas pegawai penyiasat kes video DSP Shanmugan Moorthy membuat laporan polis mendakwa Anwar dengan sengaja memberi maklumat palsu,yang diklasifikasikan sebagai satu kesalahan di bawah Seksyen 182 kanun Keseksaan.

Siasatan itu dijangka akan memberi tekanan ke atas Anwar yang sebelum ini telah menafikan bahawa pelaku dalam video seks dengan seorang pelacur itu adalah dirinya.

Sumber Papa Gomo.

Sudah sampai masanya Anwar harus bertaubat.



Sejauh mana kebenarannya sama-sama kita nantikan.

MMI.


No comments:

Post a Comment

Labels