Heboh satu alam apabila berita berkenaan kereta milik Ketua Srikandi PKR Siti Aisyah Ismail hilang dipercayai dicuri semalam.
Menurut laporan dalam Harakahdaily kereta jenis proton waja berwarna perak itu disedari hilang pada jam 7.00 pagi semalam setelah diletakkan dihadapan rumah abangnya di Jalan Kecawi 8/11,Kota Damansara.
"Laporan yang saya perolehi dari PLUS mengatakan kereta tersebut dilihat berada di tol Jalan Duta pada jam 8.00 pagi," katanya kepada Harakahdaily.
Berikutan kehilangan itu satu laporan polis dibuat di Balai Polis Trafik Petaling Jaya.
Kereta jenis Proton Waja - Sekadar Hiasan |
"Apa yang menjadi kemuskilan saya adalah bagaimana kereta tersebut boleh hilang sedangkan dihadapan dan belakang kereta saya mempunyai kereta milik abang ipar dan juga abang saya.Selain itu kereta tersebut memiliki sistem pengera yang tinggi kualitinya dan saya memasang sistem tersebut kerana memikirkan banyak dokumen penting berkaitan parti disimpan dalam kereta tersebut," katanya sambil menegaskan tidak mahu menuduh sesiapa.
Baguslah bila tak ada perasaan tuduh menuduh ni,MMI cuma hairan dengan kenyataan seterusnya ini.
Namun ujarnya,kehilangan itu menimbulkan tanda tanya,mengapa pencuri begitu berani mengambilnya sedangkan kejadian berlaku berhampiran dengan balai polis.Beberapa dokumen penting khususnya berkaitan parti juga katanya hilang bersama kereta tersebut.
Sehubungan itu,beliau akan membuat satu lagi laporan polis berhubung kehilangan dokumen-dokumen penting berkenaan.
"Laporan ini dibuat bagi memastikan ia tidak akan didedahkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," kata Siti Aisyah.
Bagi MMI kenyataan pertama itu seolah-oleh ada terdetik dihati beliau untuk mengaitkan mana-mana pihak dengan kejadian kecurian keretanya.
Kedua melibatkan kenyataan takut sekiranya dokumen didedahkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Mudah saja cik kak oi kalau setakat dokumen parti ni tak dak hal sangatlah.Cumanya kalau ada apa-apa perancangan malah mungkin dokumen apa-apa kontrak ka itu memang kena risaulah betul tak ?
Apa pun setiap dari kita ada pandangan masing-masing.Untuk si pencuri kereta tu ampa pulang baliklah kat dia.Kesian Siti tengah risau tu.
MMI.
No comments:
Post a Comment