Semua rakyat Malaysia sedia maklum tanggal 9 Januari 2012 merupakan tarikh keramat buat Anwar Ibrahim yang bakal mengetahui keputusan kes liwatnya.Bagi kebanyakkan juak-juaknya ia juga merupakan tarikh dan harinya di mana sistem kehakiman negara bakal di tuduh sebagai paling lemah dan mengikut telunjuk UMNO.Itu perkara biasa yang pastinya akan diperkatakan oleh barisan juaknya seperti mana sebelum-sebelum ini.
Namun bagi kebanyakkan rakyat Malaysia terutamanya penyokong-penyokong UMNO dan Barisan Nasional bahkan rakyat Malaysia keseluruhannya ianya merupakan satu tarikh yang ditunggu-tunggu selama ini.Setelah hampir 2 tahun menantikan kes liwat ini berjalan akhirnya ianya bakal menemui nokhtahnya pada 9 Januari 2012 nanti.Tidak salah sekiranya MMI katakan tarikh ini merupakan " End Of The Road " kepada Anwar Ibrahim.
Pelbagai usaha dan cara telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim dalam menangani kes ini sehinggakan timbul cakap-cakap dari kebanyakkan rakyat Anwar sengaja mencari helah untuk melengah-lengahkan perbicaraan kes beliau supaya juak-juaknya dapat merancang strategi untuk membawa rakyat kembali ke jalanan.
Ini dibuktikan dengan kejadian terbaru apabila Anwar menggunakan barisan mahasiswa kononnya atas tuntutan hak kebebasan untuk turun ke jalanan bagi menghuru-harakan negara selain daripada mencetuskan satu isu besar melibatkan nama YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kecoh seluruh negara apabila kes budak suruhan Anwar menurunkan bendera Najib di PWTC.Adam Adli dan konco-konconya daripada Solidari Mahasiswa Malaysia dan BEBAS yang berhimpun dan berdemo jelas sebenarnya cuba untuk menimbulkan ketegangan dan kacau bilau di saat hampirnya tarikh 9 januari 2012.
Jelas dilihat bahawa demo mahasiswa tersebut didalangi oleh Pakatan Haprak apabila kelibat pemimpin mereka turut kelihatan sewaktu demo dan juga ketika Adam Adli membuat laporan beliau diiringi atau diberi perlindungan oleh juak-juak Anwar diketuai oleh Chegu Bard.
Semua ini sebenarnya merupakan satu perancangan yang cukup licik dan disusun atur oleh Anwar dan juak-juaknya untuk memastikan negara terarah kepada rentetan peristiwa yang berlaku dan bakal berlaku.Ini bagi mengajak rakyat untuk memberikan sepenuh perhatian kepada usaha mereka yang mahukan sokongan demi memastikan impian untuk menuju Putrajaya berjaya.
Kempen terbaru yang dilakukan oleh juak-juak Anwar adalah dengan penyebaran poster-poster mengajak rakyat untuk hadir beramai-ramai ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012 nanti bertujuan mencetuskan kekacauan.Tindakan atas nama Rakyat Hakim Negara ini sebenarnya dilihat sebagai satu gerakan tersusun yang dirancang oleh Pakatan Haprak untuk membuat onar dan mencetuskan kekacauan.
Kempen ini jelas membuktikan bahawa pakatan haprak tidak menghormati institusi kehakiman negara secara total bilamana menggunakan perkataan Rakyat Hakim Negara sedangkan secara profesionalnya dalam kes liwat Anwar setiap pihak telah diberikan pelbagai ruang dan masa untuk memberikan hujah masing-masing malahan kerana kerenah Anwar dan barisan peguamnya kes ini telah memakan masa sehingga 2 tahun lamanya.Adakah ini masih dianggap tidak telus ?
Sebenarnya mereka telah pun dapat merasakan Anwar Ibrahim bakal diputuskan sebagai bersalah dan kerana tidak menghormati institusi kehakiman negara ( sedangkan kes ini berjalan selama 2 tahun lamanya ) mereka merancang untuk membawa rakyat kembali ke jalanan dan menggunakan cara tidak bertamadun ini untuk memastikan Anwar tidak diapa-apakan.
Bayangkan keputusan masih belum diumumkan,tanggal 9 Januari 2012 masih belum tiba tetapi tindakan dan gerak kerja Anwar dan juak-juaknya sudah menunjukkan seolah-olah mereka telah pun mengetahui keputusannya.Yang pastinya mereka tidak akan menerima sekiranya keputusan Anwar didapati bersalah dan kerana itulah slogan Lawan Tetap Lawan tertera di poster.
Apa yang MMI boleh katakan kepada semua bersedialah kerana hampir pasti kejadian dan peristiwa demonstrasi seperti mana yang berlaku pada tahun 1999 bakal berulang.Laungan REFORMASI bakal berkumandang semula dan pastinya kekecohan serta kemusnahan harta benda akan cuba dilakukan oleh juak-juak Anwar agar hasrat dan kemahuan mereka tercapai.
Kepada pihak keselamatan MMI meletakkan harapan agar kali ini kita mampu mencegah kejadian yang pernah berlaku dulu daripada berulang.
Kepada semua jentera UMNO dan Barisan Nasional rapatkan barisan kerana kita perlu mempertahankan negara daripada juak-juak Anwar yang pastinya akan mencetuskan kekacauan.
Kepada rakyat Malaysia buatlah penilaian yang terbaik supaya kita tidak menggadaikan sebuah negara yang bermaruah.
Kepada Anwar Ibrahim segala pembohongan dan kekacauan yang kamu telah cetuskan bakal berakhir pada 9 Januari 2012 nanti.
Sama-sama kita tunggu.
MMI.
No comments:
Post a Comment