Followers

Sunday, 22 January 2012

BUKTI CheguBard Dalang Gangguan Ceramah Mat Sabu Di Shah Alam


Gempar apabila satu ceramah yang turut dihadiri oleh Mat Sabu diserang oleh sekumpulan lelaki di Shah Alam malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam apabila lebih kurang 20 lelaki yang menunggang motosikal menyerang orang ramai yang berada di dalam dewan tersebut.



Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard yang ada ketika kejadian berkata, lebih kurang 100 orang berada di dalam dewan dan akibat serangan tersebut, beberapa orang mengalami kecederaan.

Menurutnya, sekumpulan lelaki yang menyerang dengan menggunakan kayu dan topi keledar itu menyebabkan seorang lelaki berusia 40-an terpaksa dibawa ke Hospital Sentosa untuk mendapatkan rawatan akibat kecederaan di bahagian kepala.

Namun jika diteliti setiap kenyataan dan gerak laku CheguBard berkenaan insiden ini ternyata semuanya telah dirancang oleh beliau sendiri.

Ini adalah kenyataan daripada CheguBard sewaktu berada didalam dewan.



Hebat bukan ? Tapi bagaimana dengan begitu cepat Si CheguBard ini boleh terus menuding jari kepada UMNO ? Apa benarkah insiden ini berlaku disebabkan angkara UMNO ? Bukti apakah yang diguna pakai oleh CheguBard untuk menuduh UMNO terlibat ?

Sebenarnya beliau sebagai penganjur telah merasakan bahawa sambutan yang diberikan cukup dingin dan untuk menutup malu sesuatu perlu dilakukan.Kehadiran Mat Sabu Timbalan Presiden Pas hanya mampu menarik kehadiran 100 orang merupakan satu kegagalan kepada Pakatan Haprak.

Jelas rakyat semakin menolak Pakatan Haprak!

MMI juga nak mengajak semua untuk melihat bagaimana dengan cepat sekali CheguBard telah menyiarkan artikel dalam laman FB nya dengan menuduh serangan daripada pemuda UMNO dan mengajak semua penyokong Pakatan Haprak untuk hadir ke lokasi beliau berada.


Inilah permainan politik murahan CheguBard yang dilihat terkial-kial untuk menonjolkan dirinya dikalangan barisan pemimpin kepercayaan Anwar.

Membawa masuk Hindraf ke Jalan Kebun ternyata mengundang kemarahan penduduk.MMI bawakan kepada anda semua video untuk disaksikan sendiri kejadian tersebut serta bagaimana provokasi-provokasi jelas dimainkan oleh Hindraf.Jangan lupa juga anda perlu lihat kepada reaksi orang-orang Melayu bangang penyokong Hindraf  yang berada dalam dewan tersebut sewaktu kejadian.Lihat juga dimana kelibat CheguBard ketika ini kalau tidak menyembunyikan diri.Lihat juga sekali lagi lakonan puak-puak bangang ini yang kononnya tercedera.

  

Sebagai seorang rakyat Malaysia,MMI juga tidak bersetuju cara dan kaedah kumpulan tersebut mencetuskan kekacauan namun apabila tuduhan diarahkan kepada pemuda UMNO ianya dilihat sebagai satu tindakan melampau yang dilakukan oleh kumpulan yang terdesak.

Bayangkan jika rumah anda dimasuki oleh mereka-mereka yang tidak dikenali dan merupakan kumpulan pelampau apa agaknya tindakan anda ? 

Begitu juga dengan tindakan CheguBard yang membawa kumpulan HINDRAF hadir ke ceramah tersebut.Kehadiran merekalah sebenarnya yang mencetuskan kekacauan dan boleh mencetuskan pergaduhan kaum.CheguBard dilihat sengaja mempergunakan elemen ini untuk membangkit sentimen pergaduhan kaum yang boleh merosakkan negara.Beliau sepatutnya lebih arif berkenaan dengan perkara ini namun masih tetap melakukannya dan MMI yakin semuanya atas satu perkara politik dan kuasa.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels