Followers

Wednesday 18 January 2012

Pemuda Bersuara - Jangan Ugut Kerajaan


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengingatkan penganjur perhimpunan Bersih Datuk S. Ambiga supaya tidak lagi mengugut kerajaan berhubung pembaharuan proses pilihan raya di negara ini.

"Kerajaan setuju gunakan dakwat kekal dan kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan-cadangan yang lain dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). SPR dah setuju untuk bersihkan senarai pengundi.

"Banyak permintaan daripada Bersih dilaksanakan. Tidak perlu ada ugutan daripada Ambiga," katanya kepada pemberita selepas pelancaran BN Youth Ride Fest 2012 (BNYRF) di PWTC Selasa.

Katanya kerajaan sebelum ini telah meluluskan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya bagi mengkaji sistem pilihan raya dan ia dibuat secara terbuka dengan keanggotaan terdiri daripada anggota PAS, DAP, dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Apa faedah jika di adakan BERSIH 3.0, kenapa pihak mereka tidak mahu berhadapan dengan kita (BN) sedangkan pilihan raya akan diadakan dalam masa yang terdekat”, bidas Khairy kepada Ambiga.

"Saya hendak beritahu kepada Ambiga, jangan ugut kerajaan. Sudah cukuplah ugut kerajaan. Kita semua tahu pilihan raya akan diadakan dalam sedikit waktu terdekat," katanya.

Ambiga dalam satu sidang media hari ini membayangkan kemungkinan turun ke jalanan bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini jika cadangan mereka mengenai reformasi pilihan raya gagal dilaksanakan pihak berkuasa.

Tambah Khairy lagi, kerajaan kini sedang mempertimbangkan cadangan-cadangan lain dengan kerjasama SPR, malah SPR juga sudah bersetuju untuk membersihkan senarai pengundi dan banyak daripada permintaan BERSIH telah kerajaan laksanakan.

“Kerajaan juga mahu melihat kemenangan yang secara terbuka dan tidak mahu dilihat menang pilihan raya dengan cara yang tidak adil.

“Yang penting jangan nak main ugut, tidak perlu nak mengugut kerajaan, kerajaan tahu apa yang kerajaan buat,” Katanya lagi.

MMI.


No comments:

Post a Comment

Labels