Followers

Saturday, 14 January 2012

PR Makin Terdesak - Rakyat Bakal DiBohongi Lagi


Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan di Alor Setar hari ini , bakal menjadi pecutan terakhir dalam kerangka dan persiapan  gerakkerja bagi menghadapi Pilihanraya Umum akan datang.

Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata, ia merupakan konvensyen terpenting bagi  KEADILAN, Pas dan Dap menjelaskan agenda yang  dipersetujui bersama, meliputi isu-isu utama melibatkan kepentingan rakyat.

Pakatan Rakyat sekali lagi bakal bermain wayang hari ini apabila konvensyen PR kali ke 3 ini mengambil tempat.Pastinya lakonan ketiga-tiga pimpinan utama parti Keadilan,Pas dan DAP akan digarap dengan sebaik-baiknya untuk memastikan rakyat melihat bahawa jalinan ini akan membawa perubahan kepada rakyat Malaysia dalam usaha mereka untuk mengambil alih Putrajaya.

Sekali lagi barisan juak-juak Pas bakal menjadi kumpulan sorak yang sudah tentunya akan bertakbir gempak gempita apabila wakil setiap parti masing-masing berhujah.Keadilan pula akan memastikan rakyat melihat mereka sebagai hero atau pejuang sejati yang kononnya hebat dalam soal ekonomi dan pentadbiran kerajaan.Namun pemimpin dan penyokong keadilan dan Pas pasti terlupa bahawa DAP pastinya tersenyum kerana sekali lagi dapat menjadikan juak-juak sesat ini menjadi benteng kepada kekuatan parti rasis mereka. 

Konvensyen Pakatan Rakyat kali ini merupakan kali ketiga selepas kali pertama berlangsung di Shah Alam pada 2009 dan kali kedua di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 2010.

PR dilihat cukup cemas kini apabila Azmin turut meminta perwakilan dan anggota Pakatan Rakyat yang hadir agar memanfaatkan konvensyen itu dengan memahami amanat yang disampaikan oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

“Konvensyen ini harus dimanfaatkan sesungguhnya oleh setiap perwakilan yang diberi peluang berucap manakala anggota Pakatan Rakyat yang hadir harus memahami dengan baik dan jelas mengenai apa yang disampaikan.

“Ini penting bagi memastikan apa yang disampaikan kepada mereka senada dan sama sebelum ianya turut disampaikan kepada rakyat di peringkat cabang atau kawasan masing-masing,” tegasnya yang akan berucap seawal jam 9 pagi esok.

Begitulah nada Azmin Ali sebelum konvensyen mengambil tempat yang jelas dilihat sebagai tindakan terdesak mereka dalam usaha merampas Putrajaya dari Barisan Nasional pada PRU Ke-13 nanti.

MMI tidak hairan sangat kenapa mereka dilihat begitu terdesak kerana hari ini mereka sebenarnya tahu dan mengakui bahawa sokongan terhadap Barisan Nasional semakin meningkat.Rakyat keseluruhannya telah kembali kepada Barisan Nasional.

Pakatan Rakyat semakin bimbang dengan gerak kerja jentera Barisan Nasional yang dilihat semakin agresif dan sistematik.Apatah lagi mendengar ikrar pemuda akan terus pertahankan Putrajaya.

Lebih menakutkan Pakatan Rakyat apabila kegagalan pentadbiran kerajaan negeri di bawah mereka dilihat semakin parah dan rakyat sebenarnya melihat dan tahu bahawa mereka gagal.

Apa pun kita nantikan tarikh keramat hari penentuan nanti.

Rakyat akan memilih !

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels