Followers

Tuesday 10 January 2012

Tribute To Saiful Bukhari - Jika Tidak Di Dunia Di Masyar PASTI


Mungkin pada ketika ini penyokong-penyokong Anwar masih lagi meraikan apa yang dilabelkan sebagai satu kejayaan apabila hakim telah memutuskan Anwar tidak bersalah kerana keraguan bukti.Sebagai seorang rakyat Malaysia,MMI yakin seluruh rakyat menghormati keputusan ini atas dasar prinsip rukun negara yang dipegang sejak dari bangku sekolah lagi.Inilah elemen utama yang sentiasa menjadi benteng kepada keutuhan rakyat dan kejayaan negara Malaysia selama ini.


Namun dalam kita berbicara perihal keputusan ini , MMI mahu mengajak semua untuk kita sama-sama melihat dan menilai bagaimana seorang anak muda bernama Saiful Bukhari Azlan yang telah mambuat aduan bahawa dirinya diliwat oleh Anwar menerima keputusan dan menghadapi hari-hari yang mendatang sebagai seorang manusia bernama Saiful Bukhari Azlan.

Jika kita sebagai rakyat Malaysia sendiri pun ada yang tidak dapat menerima keputusan anwar dibebaskan apatah lagi Saiful yang terlibat secara langsung dalam kes tersebut.

Hanya kepada Allah SWT kita berserah kini..

Saiful Bukhari Azlan tidak hadir di mahkamah semasa Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengumumkan keputusan perbicaraan kes liwat dimana bekas bosnya Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah.

Para wartawan asalnya tercari-cari dia untuk mendapat komen mengenai keputusan berkenaan.

Kira-kira sejam selepas keputusan diumumkan, menerusi twitternya Saiful berkata : "Tidak di dunia, namun di Masyar PASTI. Redha dengan ketentuanNya. Akan terus tenang, doa, istiqamah dan sabar. Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi,"

Dalam blognya kemudian dia menulis beliau berharap pihak pendakwa membuat rayuan kes ini ke Mahkamah Rayuan.

Katanya:Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Seperti semua sedia maklum, keputusan pada hari ini tidak memihak pada saya.

Namun, saya redha dan menghormati keputusan ini. Saya menerimanya dengan hati yang tenang.

Walaubagaimanapun, aduan saya sebagaimana laporan polis yang dibuat pada 28hb Jun 2008 mempuyai Hak untuk diadili hingga ke peringkat Mahkamah atasan. Oleh itu, saya dan keluarga berharap agar pihak pendakwaraya dapat memfailkan dan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan.

Sebagai hamba Allah, saya percaya bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Perancangan Allah pastinya jauh lebih hebat daripada manusia. Iman dan keyakinan saya pada Allah tetap teguh. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Akhir kalam, saya ingin mengucapkan ribuan penghargaan kepada semua pihak, yang saya ketahui atau  yang tidak saya ketahui yang menyokong dan mendoakan saya selama ini.

Saya akan terus tenang, doa, istiqamah dan sabar. Tidak sesekali saya akan mengalah.

Jika tidak dunia, di Masyar PASTI.

"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku),tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, 
dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar." (At-Taubah 9:129)

Kepada Allah saya berserah.

Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi

SAIFUL BUKHARI AZLAN

Semoga Saiful tetap tabah dalam menghadapi hari-hari yang mendatang.Kita semua harus percaya setiap kejadian ada hikmahnya dan kitalah yang perlu teruskan perjuangan ini selagi mana kudrat mampu disumbangkan kepada perjuangan Bangsa,Agama dan Negara.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels