Pemuda UMNO akur dengan keputusan mahkamah hari ini dalam kes yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuktikan kebebasan serta kewibawaan badan kehakiman negara.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata sebagai sebuah institusi politik yang memegang teguh kepada prinsip kedaulatan undang-undang di samping menghormati kebebasan serta kewibawaan badan kehakiman negara pergerakan itu akur dengan keputusan tersebut.
Menurut beliau keputusan itu juga telah membuktikan kebebasan sistem kehakiman negara yang selama ini dituduh oleh pihak pembangkang sebagai korup, berat sebelah dan di bawah telunjuk kuasa eksekutif tidak benar sama sekali.
“Perlu diingat, keputusan kes ini bukanlah kali pertama keadilan telah memihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pada tahun 2004, Mahkamah Persekutuan telah membebaskan beliau dari tuduhan melakukan kesalahan yang sama. Pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain juga telah mendapat keadilan di mahkamah termasuk Lim Guan Eng yang telah menang kes saman malunya terhadap Utusan Malaysia.
“Badan kehakiman negara juga telah menjatuhkan hukuman terhadap beberapa pemimpin Barisan Nasional termasuk baru-baru ini ke atas bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamed Khir Toyo.
“Semua ini jelas menunjukkan pemulihan kewibawaan badan kehakiman negara dan menyangkal dakwaan bahawa ada campur tangan politik dalam kes-kes mahkamah“, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.Lagi Berita
Itulah hebatnya politik Malaysia dan paling menarik apabila YB KJ yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Malaysia turut menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka.Ini sama sekali telah menyangkal dakwaan pembangkang sebelum ini bahawa institusi kehakiman negara tidak adil serta dikawal oleh kerajaan khususnya UMNO.
Bagi pihak pembangkang pastinya hakim dan mahkamah hari ini telah melaksanakan tugasan mereka dengan begitu sempurna sekali.Walaupun jauh dibenak hati hampir 3 juta ahli UMNO mereka sebenarnya tidak dapat menerima keputusan Anwar dibebaskan bahkan MMI juga percaya jutaan lagi rakyat Malaysia turut tidak dapat menerima keputusan ini namun lihatlah tiada langsung laungan provokasi yang dilakukan oleh penyokong-penyokong BN sebaik menerima keputusan Anwar dibebaskan.
Inilah bukti UMNO tidak pernah menjadikan amalan pemberontakan dan tindakan radikal sebagai wadah perjuangannya.Cumanya satu persoalan bermain difikiran MMI sekarang bagaimana keadaannya sekiranya keputusan hakim mendapati Anwar Bersalah ?
MMI.
No comments:
Post a Comment