Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali kena dengar ini baik-baik.Ini bukan suara orang luar tetapi ahli PKR sendiri yang tidak puashati dengan 'penafian kosong' terhadap pelbagai dakwaan terhadapnya termasuk seorang dayus.
Agak mengejutkan kerana ini pertama kali seorang yang berjawatan dalam parti itu tampil menerusi satu sidang akhbar di Kuala Lumpur Rabu bersama beberapa orang ahli parti mahu Azmin membuat penafian yang lebih meyakinkan lagi.
Ketua Penerangan PKR Bahagian Ampang,Selangor, Mohd Isa Mohd Saidi berkata langkah ini wajid diambil Azmin agar benar-benar bersihkan dirinya,keluarganya dan menjaga nama baik parti.
Beliau bimbang orangramai tidak akan menyokong PKR dalam pilihanraya umum akan datang selagi isu ini tidak selesai secara konkrit.
Menurut beliau semua pihak kini tertunggu-tunggu untuk mendapat satu kepastian.
"Demi kepentingan parti Azmin Ali kena tampil ke hadapan menafikan semua isu-isu serta mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka-mereka yang membuat tuduhan,"katanya.
Beliau mengingatkan Azmin bila saja ada tuduhan beliau kena jawab agar ahli yakin beliau tidak terlibat.
"Bila tidak dijawab ini bermakna ada sesuatu yang tidak jelas,"katanya.
Kepada satu soalan Mohd Isa berkata sekiranya Azmin tidak boleh jawab sepatutnya para pemimpin PKR lain termasuk Ketua Wanita PKR Pusat tolong jawab.
Rakyat makin jelas melihat kepincangan PKR dan yakin mereka tahu membezakan diantara permata dan kaca.Apa pun PRU Ke13 akan menjadi pentas jawapannya.
MMI.
No comments:
Post a Comment