Melihat akan komitmen dan gerak kerja YAB Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia bersama angkatannya sudah pasti mampu menjadikan setiap dari kita turut sama mahu bergerak dan bekerja seperti mana yang dilakukan oleh beliau terhadap rakyat Malaysia.
Malah melihat akan kesan daripada segala perancangan dan gerak kerja bersepadu inilah menjadikan Malaysia dan kehidupan rakyatnya semakin baik kerana boleh dikatakan setiap sudut telah pun mendapat perhatian daripada YAB PM untuk di perbaiki ataupun di tambah nilai.
Begitu jugalah halnya dengan barisan Pakatan Haprak atau pun pembangkang hari ini yang dilihat terkinja-kinja kesan daripada proses transformasi yag dilakukan oleh pihak kerajaan Barisan Nasional yang sudah mula menampakkan kesannya.
Terbaru adalah tindakan SPR mempamerkan senarai rang daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2012 di 952 tempat di seluruh negara selama 14 hari menyaksikan tuntutan himpunan BERSIH 3.0 yang baru berlaku di Ibu Kota tidak langsung relevan.Malah 14 hari yang diberikan oleh SPR untuk semua pihak meneliti dan membuat bantahan sekiranya terdapat mana-mana daftar pemilih yang mencurigakan atau sebarang bantahan boleh di buat menunjukkan bahawa SPR sebenarnya cukup telus dan bersih.
SPR dalam satu kenyataan di sini memaklumkan senarai itu dipamerkan selaras dengan kehendak Peraturan 13(5), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.
Ia dipamerkan di Pejabat Pilihan Raya Negeri di 15 tempat, Pejabat Pos Berkomputer (451), Kompleks/Pejabat Kerajaan (86), Pejabat Daerah/Pejabat Tanah (124), Majlis Daerah/Perbandaran (48), Dewan Serbaguna/Rukun Tetangga/Balai Raya/Penghulu/Dewan (194) dan lain-lain tempat (34).
Semakan juga boleh dibuat melalui laman web SPR di www.spr.gov.my, menurut suruhanjaya itu.
Menurut SPR sebanyak 289,255 permohonan pendaftaran pemilih baru dan 104,430 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih yang sedia berdaftar telah diterima bagi tiga bulan pertama tahun ini.
"Warganegara Malaysia yang baru memohon menjadi pemilih atau mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon untuk pertukaran alamat pusat mengundi dinasihat supaya menyemak senarai tersebut," menurut SPR.
"Bagaimanapun, untuk memudahkan parti politik membuat semakan kepada senarai nama itu, SPR akan mengedarkan cakera padat (CD) yang mengandungi senarai nama yang akan dipotong kepada parti-parti politik," katanya.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi ibu pejabat SPR di talian 03-8885 6565 atau faksimili 03-88889117 atau menghubungi mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri.Klik Sini untuk maklumat penuh.
Kemudian pada 1 Mei 2012 yang lalu YAB PM telah pun mengumumkan berkenaan gaji minimum sektor swasta yang telah ditetapkan pada RM900 sebulan.Ini sebenarnya memperlihatkan kerajaan Barisan Nasional hari ini melihat kepada semua kumpulan dan golongan serta tidak hanya menumpukan kepada sektor awam sahaja.Inilah yang dilakukan oleh kerajaan melalui program tranformasi yang sebenarnya memperlihatkan kesungguhan untuk merubah dan menjadi sebuah kerajaan yang prihatin akan nasib rakyatnya selain membawa negara ke mercu kejayaan.
YAB PM berkata gaji minimum itu akan meliputi pekerja dalam semua sektor ekonomi di seluruh negara, kecuali perkhidmatan domestik, yakni pembantu rumah, tukang kebun dan sebagainya.
Kadar gaji minimum bagi Semenanjung Malaysia ditetapkan RM900 sebulan (RM4.33 sejam), manakala bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM800 sebulan (RM3.85 sejam), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Tarikh mula kuat kuasa pelaksanaan gaji minimum ialah enam bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan," katanya semasa berucap pada majlis Pengumuman Gaji Minimum Sektor Swasta di Putrajaya Isnin lalu.
Pengumuman itu juga sempena sambutan Hari Pekerja yang akan disambut Selasa dan sebagai hadiah istimewa daripada kerajaan persekutuan kepada seluruh warga pekerja.
Najib berkata kerajaan turut menyediakan mekanisme pelaksanaan supaya penetapan gaji minimum itu tidak membebankan majikan dan tidak merugikan para pekerja dengan membenarkan penyerapan sebahagian elaun atau bayaran tunai tetap dalam perkiraan gaji minimum.
Bagaimanapun, katanya untuk memberi ruang dan peluang kepada majikan kecil membuat persediaan, tempoh kuat kuasa bagi kategori itu ialah 12 bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan.
Bernama melaporkan Perdana Menteri berkata pengecualian 12 bulan itu tidak meliputi kepada firma profesional seperti klinik-klinik pergigian dan perubatan; firma guaman; firma arkitek; firma juru perunding dan sebagainya; walaupun mereka mempunyai bilangan pekerja lima atau kurang; mereka perlu mematuhi gaji minimum ini dalam masa enam bulan.
"Pemberian tempoh masa yang mencukupi ini adalah supaya majikan dapat membuat persediaan secukupnya bagi menstrukturkan semula gaji pekerja dan operasi perniagaan masing-masing.
"Kerajaan juga menyediakan mekanisme pelaksanaan yang fleksibel supaya majikan yang benar-benar tidak dapat melaksanakan gaji minimum boleh memohon pelanjutan tempoh peralihan," katanya.
Jelas Najib lagi kerajaan menyedari dan amat prihatin terhadap tuntutan para pekerja supaya gaji minimum ditetapkan pada RM1,200 hingga RM1,500.
Namun untuk permulaan, katanya sebagaimana syor Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) dan kajian Bank Dunia, gaji minimum tidak boleh ditetapkan terlalu tinggi.
"Sekiranya gaji minimum ditetapkan melebihi tahap RM900 (yakni gaji pokok) kesannya dijangka menjejaskan ekonomi, pasaran buruh dan kemasukan pelaburan asing," katanya.
"Jika perkara itu berlaku, industri tidak boleh beroperasi sewajarnya dan dikhuatiri ramai pekerja akan kehilangan pekerjaan. Kerajaan tidak boleh membiarkan perkara ini berlaku, kerana ini akan menjejaskan kebajikan pekerja dan kepentingan nasional," katanya.
Najib berkata kerajaan juga sedar, bahawa menetapkan kadar gaji minimum yang berbeza antara Semenanjung dengan Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan mendedahkan kepada tohmahan bahawa Kerajaan Persekutuan menganaktirikan pekerja di negeri dan wilayah tersebut.
"Perbezaan gaji antara dua wilayah ini terpaksa dilakukan kerana perbezaan struktur upah dan kos sara hidup yang ketara," katanya.
Namun begitu, beliau berkata untuk tempoh dua atau tiga tahun akan datang, kerajaan berharap kadar gaji minimum bagi negeri-negeri tersebut dapat diselaraskan dengan kadar gaji minimum di Semenanjung Malaysia.
Kadar gaji minimum yang ditetapkan tersebut tidak akan kekal statik, ia akan dikaji semula dari semasa ke semasa sejajar dengan kemampuan, produktiviti dan daya saing negara, jelas beliau.
Pada pembentangan Bajet 2011, Perdana Menteri mengumumkan penubuhan MPGN sebagai platform utama dalam penetapan upah, termasuk menentukan kadar dan mekanisme pelaksanaan gaji minimum di negara ini.
Susulan itu, Kementerian Sumber Manusia bersama rakan tripartite telah merangka dan menggubal perundangan yang berkaitan.
Hasilnya, Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 telah digubal dan diluluskan oleh Parlimen pada sesi Jun/Julai 2011, kemudian akta diwartakan pada 15 Sept dan seterusnya, MPGN telah ditubuhkan pada 28 Sept.
Begitulah seriusnya kerajaan untuk memastikan semua pihak mendapat faedah masing-masing tetapi dalam masa yang sama ikhlas memberikan apa yang dirasakan mampu bagi mengelakkan sebarang permasalahan di kemudian hari.
Ada di antara rakan-rakan MMI yang bertanya mengapa hanya RM900 ? Jawapannya cukup mudah,Adakah kita mahukan gaji minimum yang setinggi RM4000 sedangkan kedudukan ekonomi tidak berganjak kerana kos pekerja meningkat yang akhirnya menyaksikan para pelabur akan memilih negara lain seperti China,India,Vietnam dan lain-lain seterusnya menyebabkan ekonomi Malaysia merundum.Sekiranya itu berlaku maka gaji minimum setinggi RM2000 pun tidak akan dapat membantu rakyat kerana ruang dan peluang pekerjaan akan berkurangan.
Sebab itulah MMI katakan kita semua sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana mempunyai sebuah kerajaan yang cekap dan bijak yang hari ini memperlihatkan kesungguhan untuk terus membawa rakyatnya mencapai kejayaan.
Ingatlah mereka-mereka yang bukan pentadbir atau lebih senang di sebut pembangkang bukannya bekerja untuk rakyat tetapi mereka bekerja untuk hawa nafsu mereka menuju Putrajaya.Jika dilihat daripada gerak kerja mereka jelas hanya tahu mencari kesalahan tetapi dalam masa yang sama gagal berkhidmat untuk memajukan negara.
Lihat rakaman di atas kelihatan Rafizi Ramli dan Zuraidah daripada PKR bersama-sama penyokongnya hadir ke Putrajaya semata-mata hanya mahu mencari publisiti murahan dan membuat kekacauan yang akhirnya di halang oleh para penyokong MIC serta menimbulkan suasana tegang.
Kononnya kehadiran mereka untuk membantu seseorang tetapi di buat sebegitu rupa,mungkin mereka terlupa agaknya sudah berjuta rakyat kerajaan bantu namun tidak pernah berlaku kejadian seperti ini.
BN bertindak terhadap BERSIH 3.0 namun tindakan BN lebih kepada rakyat dan negara bukannya melakukan huru hara di jalanan.
Kepada anda semua lihat,perhati,kaji Insyallah MMI yakin anda akan dapat membezakan siapa sebenarnya bekerja untuk rakyat.
MMI.
No comments:
Post a Comment