Hari ini terbukti bahawa Harakah merupakan sebuah akhbar yang penuh dan sarat dengan unsur fitnah.Kepada puak-puak PAS jangan marahkan MMI kerana yang buat kenyataan dan respon Harakah ni tak beretika adalah Nik Abduh sendiri anak kepada Nik Aziz.
Haa sekarang macam mana ? Standard bahalol-bahalol PAS ni diam je lah,kunci mulut biar pecah di perut jangan pecah di mulut.Itulah perkara yang paling MMI suka puak-puak PAS ni setia walaupun dah tahu ada yang tak betul.
Lihat sendiri kenyataan oleh Nik Abduh di atas,Jelas menunjukkan bahawa beliau tidak senang dengan apa yang berlaku lebih-lebih lagi Harakah dan pemimpin PAS yang secara terang-terangan menyerang rakan seangkatan mereka sendiri hanya kerana berbeza pendapat.Sejauh mana keikhlasan perjuangan dan prinsip para pemimpin dan ahli-ahli parti PAS sekiranya perkara sebegini pun sudah mula hentam-menghentam sesama sendiri.
Kalau di pihak UMNO dan Barisan Nasional bukan main lagi puak-puak PAS ni memfitnah dan menghentam.Bahkan kadang-kadang dilihat sampai ketahap kebudak-budakan.MMI bukan nak memuji dan mengangkat Nik Abduh ni,tapi sekurang-kurangnya beliau antara pemimpin muda PAS yang mungkin telah tersedar hari ini bahawa PAS sebenarnya telah lama menjadi pak turut kepada parti-parti lain dalam puak-puak pembangkang.
Namun begitu jika diperhatikan sikap dan perangai Nik Aziz tetap ada pada Nik Abduh,Biasalah dah anak Nik Aziz tapi apa yang MMI nak utarakan adalah berkenaan kata-kata Nik Abduh dalam kenyataan di atas apabila beliau berkata "Tunggulah dulu 2 itu masuk UMNO jika betul-betul nak tunjuk hero menjaga PAS".Satu sikap yang kurang bijak sebenarnya kerana kenyataan tersebut menunjukkan Nik Abduh juga hipokrik kerana beliau hanya mempertahankan mereka-mereka yang masih didalam PAS sahaja.Dimana kebenaran yang cuba dipertahankan oleh Nik Abduh atau ianya dibuat sekadar untuk pertahankan mereka-mereka daripada meninggalkan PAS.
Puak-puak PAS telah diasuh dan diajar oleh pengasuh mereka untuk menyokong sesiapa sajaha asalkan mereka-mereka itu boleh membantu menangkan PAS dalam pilihan raya dan paling penting dapat bersama-sama dalam usaha mereka untuk memusnahkan UMNO.
MMI bawakan video bukti puak-puak PAS sanggup untuk mendengar cacian dan makian dalam ceramah yang disampaikan oleh Nga Kor Ming dari DAP di Perak baru-baru ini.
Begitu selesa dan gembira sekali puak-puak PAS apabila Nga Kor Ming menyebut haram jadah kepada rakan seagama dengan mereka.Mungkin kerana DS Zambry bukan dari kalangan PAS atau pembangkang lah yang menjadikan puak-puak PAS lupa bahawa rakan sekiblat mereka sedang dicaci dan di maki oleh bangsat kafir harbi yang terang-terangan menolak Islam ini.
Kepada semua buatlah pilihan yang terbaik kerana kita sedang menentukan jatuh bangunnya sebuah negara yang cukup istimewa di dunia,Malaysia.
MMI.
No comments:
Post a Comment