Followers

Wednesday 30 May 2012

Tiada Alasan Lagi Nizar Wajib Di Hukum !!


Tindakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin berhubung isu bidaan nombor pendaftaran WWW1 oleh Sultan Johor , Sultan Ibrahim Ismail dengan menyatakan jumlah bidaan sebanyak RM520,000.00 sebagai satu pembaziran kerana menggunakan wang rakyat jelas menimbulkan kemarahan di pihak Sultan Johor serta rakyat keseluruhannya.

Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim bertitah menerusi mesej Twitternya, mempertahankan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh ayahanda baginda Sultan Johor sambil menegaskan, kerabat diraja Johor tidak mengambil sebarang wang daripada kerajaan.

Baginda juga bertitah bahawa pihak-pihak yang mempertikaikan perkara itu boleh bertanya kepada Menteri Besar Johor ataupun mana-mana pegawai-pegawai Kerajaan Negeri.


Melihat kepada kenyataan beliau di atas sahaja sudah cukup membuktikan bahawa YB Nizar mempunyai agenda dan niat untuk menuduh serta mengaitkan pembidaan nombor plat tersebut sebagai bahan politik murahan Pakatan Haprak.

Walaupun beliau telah menjawab tujuan sebenar kenyataan itu di keluarkan tanpa berniat jahat mahupun tuduhan tetapi dari sudut yang lain ianya sebenarnya merupakan tindakan yang tidak boleh sesekali dibiarkan.

Apatah lagi dilakukan oleh seorang manusia kayu yang pernah di bonekakan oleh DAPigs di Perak.

Soal duit rakyat atau tidak itu bukan isunya kerana sebagai Sultan Johor, baginda mempunyai pendapatan sendiri seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang tubuh negeri Johor, malah turut dinyatakan dalam Perlembagaan Malaysia juga. Itu baru bercakap tentang pendapatan, belum lagi kemudahan-kemudahan lain yang dikhaskan untuk baginda.

Malah sebelum ini pun baginda adalah Tengku Mahkota Johor untuk satu tempoh yang sangat panjang iaitu 29 tahun, sebelum ditabalkan sebagai Sultan Johor pada 2010 bagi menggantikan Alhmarhum Ayahandanya, Tuanku Iskandar yang mangkat pada 2010. Jawatan Tengku Mahkota itu juga adalah jawatan rasmi dan bergaji.

Semua inilah yang melayakkan baginda turut serta dalam bidaan tersebut dan motif disebalik tindakan Nizar mempolitikkan isu ini, bukanlah terlalu sukar untuk dibaca.


Nizar cuba membangkitkan sentimen kebencian di kalangan rakyat, kononnya DYMM Sultan Johor ini menghabiskan duit rakyat. Ini memang sikapnya yang sudah banyak termakan budi dengan DAP yang diketahui ‘membenci’ sistem beraja dan sering mencari jalan untuk menghapuskannya. Benci dalam erti kata pendapatan yang diterima, tapi kerana hanya orang melayu sahaja yang boleh menduduki jawatan tersebut.

Maka atas dasar itu MMI mengharapkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) atau pun sesiapa saja yang berwajib seharusnya mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap YB Nizar kerana tindakan biadap beliau terhadap Sultan Johor tidak boleh diterima oleh rakyat Malaysia.


Gagal untuk mengambil sebarang tindakan terhadap beliau bererti kita sedang membiarkan institusi raja-raja Melayu untuk terus di cemuh malah di hina sebegini rupa sedangkan rakyat Malaysia semuanya sudah faham bahawa "Kesetian Kepada Raja & Negara" merupakan salah satu daripada Rukun Negara yang sememangnya menjadi pegangan seluruh rakyat di bumi bertuah Malaysia.

Sehingga artikel ini ditulis diberitakan pihak polis telah pun menjalankan siasatan terhadap YB Nizar di bawah akta hasutan namun MMI mahu tegaskan dalam perkara ini siasatan mestilah diteruskan dengan pendakwaan dan tindakan dikenakan supaya selepas ini tidak akan ada lagi mereka-mereka di luar sana yang bersikap biadap seperti mana YB Nizar.

MMI. 

No comments:

Post a Comment

Labels