Seluruh rakyat Malaysia khususnya orang-orang Melayu Islam perlu faham dan mengetahui bahawa hari ini dunia politik negara sudah semakin berubah.Perubahan ini bukan saja dalam konteks perubahan dan pelan tranformasi kerajaan Barisan Nasional dalam memacu negara malah turut memperlihatkan bagaimana sebuah parti yang melaung-laungkan perjuangan Islam selama ini berubah dengan begitu drastik semuanya kerana dendam dan tamakkan kuasa.
MMI yakin siapa saja yang mengikuti dunia politik tanahair pasti dapat melihat bagaimana Pas sebuah parti yang hanya menjadi pak turut kepada parti DAPigs yang terang-terangan menolak Islam.Lebih malang dengan tangan-tangan ghaib daripada PKR maka Pakatan Haprak dilihat sebagai sebuah pakatan yang hanya menanti masa untuk runtuh.
Sebagi bukti terbaru kita dapat melihat bagaimana Pas sendiri sebenarnya tidak bersatu dalam soal membicarakan siapa yang sepatutnya menerajui tampuk pemerintahan negara khususnya menjawat jawatan Perdana Menteri sekiranya Pakatan Haprak menang dalam PRU13 nanti.
Memetik kenyataan daripada Nik Aziz berkenaan hal ini beliau berkata tidak kisah siapa menjawat jawatan tersebut asalkan mereka itu terdiri daripada mereka yang beragama Islam.
Beliau dilihat membandingkan Malaysia dengan dunia Arab apabila turut berkata , Islam tidak menetapkan kaum tertentu untuk menjadi pemimpin kepada sesebuah negara.
"Bukan Melayu tidak apa, asalkan Islam. Islam dipimpin oleh pelbagai bangsa di atas muka bumi ini. Di Turki, Perdana Menterinya bukan orang Arab.
Namun lain pula kenyataan daripada Dewan Pemuda Pas apabila mahukan orang Melayu dan Islam sahaja menjadi Perdana Menteri di negara ini.
Timbalan Ketuanya, Nik Abduh Nik Aziz berkata, ia berdasarkan situasi semasa negara ini yang penduduk Melayu beragama Islam adalah majoriti.
Malah, beliau turut bersetuju dengan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib yang menegaskan akan menentang sebarang usaha untuk melonjakkan dalam kalangan bukan Melayu dan bukan Islam menerajui negara ini.
Apa yang mengejutkan adalah kenyataan daripada kedua-dua pihak tersebut jelas memperlihatkan bahawa selama ini mereka tidak pernah membicarakan berkenaan perkara ini dan ianya turut memperlihatkan sikap mereka yang tidak senada dan sekata.
Yang lebih memeranjatkan adalah sikap dan kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang enggan menyanggah hasrat Karpal yang akan berjuang bagi memastikan bukan Melayu menjadi Perdana Menteri.
Sebaliknya Abdul Hadi menyifatkan kenyataan itu sekadar pandangan peribadi Karpal dan menegaskan Pas menyerahkan kepada ketetapan dalam resolusi pakatan pembangkang berhubung perkara itu.
Perbezaan sekali lagi berlaku apabila Nik Abduh Nik Aziz dalam kenyataan berkenaan hasrat Karpal berkata "Kalau Karpal sebut mengenai bangsa tidak kisah tetapi bukan Islam menjadi Perdana Menteri, kita tolak. Kita sebut dalam konteks semasa Melayu lebih layak sebab ia majoriti, ini tanah Melayu,".
MMI simpulkan semuanya kerana mereka (Pas) tidak pernah membincangkan perkara asas ini waima hanya menjadi pak turut dalam Pakatan Haprak.Melihat bagaimana berkali-kali DAPigs sentiasa menyebut untuk mengangkat bangsa bukan Melayu yang mahu ditabalkan sebagai Perdana Menteri selain daripada menolak Islam secara terbuka,Pas hanya menganggap berkali-kali semua itu hanyalah pandangan peribadi dan ini membuktikan Pas tidak jujur dan serius dalam perjuangan membela Bangsa,Negara malah Agama Islam yang kononnya menjadi perjuangan mereka.
Senang kata Pas sedang membantu segerombolan puak-puak yang bersekongkol dengan Yahudi untuk memusnahkan apa yang selama ini kita pelihara.
Percayalah satu undi kepada Pas bermakna satu undi kepda DAPigs.
Fikirkan..
MMI.
No comments:
Post a Comment