Followers

Monday 18 June 2012

Jerebu Di Pulau Pinang !!


Jerebu datang lagi ! Apakah kali ini kerana masalah pembakaran hutan secara besar-besaran mana-mana negara sekitar ataupun sememangnya ianya disumbangkan oleh setiap dari kita ? 

Mungkin ada yang marah dengan kenyataan di atas tetapi percayalah sedikit sebanyak kita sebenarnya turut menyumbang kepada berlakunya jerebu.

Namun apa yang MMI nak maklumkan kepada semua khususnya di Pulau Pinang bahawa seluruh kawasan berada dalam keadaan terkawal kecuali Seberang Jaya 2 merupakan satu-satunya kawasan yang mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat sehingga pukul 11 pagi ini iaitu IPU 101.

Sebanyak 44 kawasan di seluruh negara pula mencatat bacaan IPU sederhana dari 51 stesen pengawasan kualiti udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) manakala lima lagi kawasan mencatat bacaan IPU baik.

Menurut laman web JAS www.doe.gov.my, tiada kawasan di sekitar Lembah Klang mencatat bacaan IPU tidak sihat sehingga pukul 11 pagi ini.

IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).

Menurut laporan sebelum ini, kemerosotan kualiti udara yang dialami di Lembah Klang kebelakangan ini disebabkan pencemaran jerebu merentas sempadan dari Sumatera, Indonesia. - BERNAMA.

Petang semalam MMI bersama keluarga berada di pantai Queensbay dapat melihat dengan jelas masalah jerebu yang berlaku sehinggakan pandangan mata hanya mampu melihat separuh saja jambatan Pulau Pinang.

Apa pun kita bersyukur kerana keadaan masih terkawal cumanya kepada semua MMI ingin berpesan kurangkan aktiviti luar rumah buat sementara waktu.

Sayangi Diri & Keluarga Anda

MMI.


No comments:

Post a Comment

Labels