Seseorang yang bertakwa atau soleh tidak semestinya layak untuk menjadi pemimpin atau pemerintah negara ? Inilah antara perkara yang diperbincangkan dalam Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin di PWTC.
Tindakan kerajaan menganjurkan seminar ini seharusnya dipuji dan lebih menarik apabila timbulnya soal berkenaan tajuk di atas.
Yang pasti sebahagian daripada kita akan menterjemahkannya dari sudut pandangan masing-masing namun yang perlu diingatkan adalah ianya dirungkaikan sebegitu rupa supaya orang-orang Islam di negara kita dapat menjadikannya sebagai salah satu daripada rujukan ilmiah yang dirasakan cukup baik kerana membicarakan soal kepimpinan.
Dekan Fakulti Syariah Universiti al-Bayt Jordan, Syeikh Dr. Mohammad Ali Ibrahim Alzhoghool berkata, sesebuah negara Islam yang memerintah kerajaan mereka perlu memberi perhatian dalam mencari kelayakan untuk memilih seseorang pemimpin.
“Perlu diberi perhatian bahawa orang yang bertakwa atau soleh, tidak semestinya layak untuk menjadi pemerintah. Di zaman Rasulullah S.A.W sendiri, baginda mengatakan, ada di kalangan sahabatnya yang penuh dengan ketakwaan tetapi, bila sampai kepada peringkat pemerintahan, lelaki itu lemah.
“Maka, pemimpin perlu tahu bagaimana untuk memerintah. Jangan membawa perjuangan parti itu hanya kerana nama kerana letaklah nama apa sekali pun, tapi kalau pemimpin itu lemah dalam memperjuangkan agama Islam dan matlamat bukan untuk membawa kebaikan kepada umat dan rakyatnya, ciri-ciri pemimpin itu tidak layak”, kata Syeikh Alzhogool dalam sidang media di sini hari ini.
Pembentang kertas kerja bersama,Mantan Dekan Fakulti Syariah,Universiti Yarmouk Jordan,Syeikh Prof. Dr. Mohammad Oqlah al-Ali al-Ibrahim turut menyokong kenyataan Syeikh Alzhoqhool.
Katanya, perjuangan yang dibawa dalam sesebuah parti Islam sekarang ini jelas bukanlah memperjuangkan nama Islam dan memberi khidmat serta kebaikan kepada masyarakat.
Sebaliknya, lebih kepada mempunyai agenda politik parti yang tersendiri.
“Setiap parti itu ada agenda dan ada program atau manisfesto sendiri. Setiap parti itu juga ada perlaksanaannya. Jadi, dalam satu-satu parti, program dan perlaksanaannya adalah penting. Rakyat perlu tahu dan mengkaji agenda dan perlaksanaan sesebuah parti.
“Mana-mana parti yang sesuai dan kuat dalam memperjuangkan khidmat kepada masyarakat, perlu dipilih. Ada parti yang membawa syiar Islam di awal perjuangan, tapi di hujungnya ada udang di sebalik batu. Dalam program kata lain, dalam pentadbiran lakukan perkara lain.
“Ini yang dikatakan sibuk perjuangkan parti bukannya memberi khidmat kepada masyarakat. Jadi, pilihlah kepada Islam dan kembali kepada tamadun asal,” kata Syeikh Oqlah.
Kepada anda di luar sana berfikirlah secara matang,Apa yang diperkatakan adalah benar sama sekali.Kita harus bijak menilai dan memilih,tidak ada manusia yang sempurna didalam dunia dan kerana itulah perkara paling baik disaat ini seluruh umat Islam bersatu atas nama perpaduan yang pastinya bakal membawa satu kejayaan besar kepada sebuah negara bernama Malaysia.
Dalam soal ini MMI amat tertarik kepada satu hujah daripada Ustaz Fathul Bari berkenaan soal muzakarah dan isu debat yang dirasakan amat perlu untuk kita semua dengar dan fahami bahawa tindakan yang beremosi atau kepartian tidak akan mampu menyelesaikan sebarang masalah yang melibatkan agama Islam.
MMI.
No comments:
Post a Comment